Sufian (bukan nama sebenar) telah berpisah dengan Elfira (pun bukan nama sebenar) hampir tiga tahun. Setelah berpisah, mereka masing-masing membawa haluan dan kehidupan mereka masing-masing.
Sehinggalah pada suatu hari, Elfira tiba-tiba menghubungi Sufian. Pada mulanya, mereka sekadar bermesej bertanyakan khabar. Tetapi semakin lama, semakin kerap mereka bermesej. Dan ada kalanya mereka saling menelefon antara satu sama lain.
Setiap kali apabila dapat bercakap dengan Elfira, Sufian berasa gembira. Tetapi jauh di sudut hatinya, dia merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Perasaan gembira yang dia alami itu seperti ada sesuatu yang kurang.
Dan kekurangan itu adalah jiwa.
Walaupun dia berasa gembira dapat kembali berbual dan bersama dengan Elfira, tetapi sebenarnya dalam perhubungan mereka berdua sudah tidak ada lagi jiwa. Menyebabkan perasaan itu sudah tidak lagi sama.
Once you broke up, everything will no longer be the same even though you are getting back together.
Mr Teddy
Jadi jalan yang terbaik adalah, lepaskan dan lupakan.
Tidak perlu untuk cuba kembali bersama dengan si dia. Kerana perasaan itu tidak lagi akan sama seperti mana anda pertama kali bercouple dengannya.
Mungkin ianya sukar, tetapi itulah jalan yang terbaik.
Tetapi jika anda betul-betul perlukan bantuan untuk melepaskan dan melupakan si dia, ebook Bila Aku Putus Cinta dapat membantu anda.
Tekno
Sebulan lalu saya ngajak balikan mantan saya hehe , kami sama” kelas 1 sma doakan langgeng ya kakak #cintamonyet
Mr Teddy
Alhamdulillah. Semoga dipermudahkan urusannya ya.