Tentang Cinta

Membina Percintaan yang Bahagia Selamanya

  • Utama
  • Forum
  • Ebook
  • Hubungi

Cinta Perlu Dicari, Ia Tidak Akan Datang Sendiri

February 17, 2013 by Mr Teddy 9 Comments

Baru-baru ini kami ada mengupdate status di fanpage Tentang Cinta yang berbunyi,

Cinta tidak akan datang dengan sendiri jika ia tidak dicari. Jika anda berkata, “Belum ada jodoh lagi”, jadi kenapa anda pergi temuduga untuk mendapatkan kerja? Kenapa tidak duduk di rumah sahaja dan bercakap, “Belum ada rezeki lagi” dan mengharapkan kerja datang mencari anda? Fikir-fikirkanlah dan selamat berehat di hujung minggu.. Salam sayang dari kami berdua, Mr & Mrs Teddy, untuk anda semua! ? –link

Betul atau tidak apa yang kami katakan?

Segala benda yang kita inginkan, kita perlu berusaha. Even semenjak kita kecil lagi untuk mendapatkan susu dari ibu kita pun, kita akan menangis untuk memanggil ibu kita. Untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan pun, kita perlu bertungkus-lumus mengulangkaji pelajaran sehingga lewat malam. Untuk mendapatkan menjadi seorang pekerja yang terbaik pun, kita perlu menyiapkan segala kerja yang diberikan.

Tetapi kenapa apabila timbul soal cinta dan jodoh, kita terus mengatakan “Belum ada jodoh lagi”? Kenapa pada awal-awalnya kita tidak diamkan diri sahaja dan mengharapkan ibu kita datang untuk memberikan susu? Kenapa kita tidak berhibur sahaja setiap masa dan mengharapkan kita akan berjaya dalam peperiksaan? Dan kenapa kita tidak duduk diam sahaja di rumah dan mengharapkan akan ada rezeki pekerjaan untuk kita?

Segala benda yang kita mahukan mestilah perlu ada usaha. Termasuklah dengan bercinta.

Jika anda mengatakan anda tidak ada jodoh dan masih tidak mempunyai pasangan, fikir-fikirkanlah adakah anda sudah berusaha untuk mendapatkannya? Adakah anda sudah berdoa memohon kepada Allah SWT untuk memberikan anda petunjuk dan jalan mencari jodoh anda?

Lihat! Even untuk mendapatkan jodoh pun kita perlu berusaha untuk berdoa memohon kepada Allah SWT agar kita diperolehkan jodoh.

Jadi, jika anda masih lagi keseorangan dan mengharapkan jodoh datang terjelepuk di sebelah anda, fikirkanlah semula. Anda perlu berusaha untuk mendapatkannya. Cinta perlu dicari kerana ia tidak akan datang bergolek dengan sendiri.

Kami doakan semoga anda berjumpa dengan seorang pasangan yang terbaik untuk anda dan mudah-mudahan segala urusan anda akan dipermudahkan olehNya yang Maha Berkuasa. Aminnnn…

Filed Under: Artikel Cinta

About Mr Teddy

Mr Teddy merupakan pengasas dan pemilik laman Tentang Cinta. Beliau juga merupakan penulis Ebook Tentang Cinta dan pentadbir Forum Tentang Cinta.

Related Posts

  • Wanita Mudah Maafkan SuamiWanita Mudah Maafkan Suami
  • Mengapa Wanita Memerlukan Lelaki?Mengapa Wanita Memerlukan Lelaki?
  • Gio – Bila CintaGio – Bila Cinta
  • Jodoh Di Tangan Siapa?Jodoh Di Tangan Siapa?
  • 5 Tips Utama Untuk Menjadi Pakar Cinta5 Tips Utama Untuk Menjadi Pakar Cinta
  • 9 Sebab Hubungan Tidak Mampu Bertahan9 Sebab Hubungan Tidak Mampu Bertahan

Comments

  1. Fyra Malik says

    February 20, 2013 at 5:12 pm

    Dulu saya selalu mencari cinta. Tapi salu je tak jadi. Tapi lepas redha dengan kekecewaan dan mohon doa dr yg maha esa. Tak perlu cari, ia datang sendiri. Point is carilah cinta Allah nescaya Allah memberi cintaNya kpd kita

    Reply
  2. Jefry says

    March 1, 2013 at 8:44 am

    segala sesuatunya memang harus diusahakan, tidak begitu saja Allah memberikan kitasesuatu tanpa adanya usaha dna ini termasuk dalam urusan cinta ya..
    nice share dan sukses terus buat anda

    Reply
  3. nor cahaya says

    March 9, 2013 at 1:56 am

    cinta perlu usaha,tapi kdg2 rs down bl stp kali bcinta itu gagal…bkn sekali tp lebih..myb sbb si dia bkn jodoh..smuanya krn tiada restu…harap sy x kan jemu utk berusaha utk trus mncuba mncari di mn cinta sy..yg tlh Allah tentukan..INSYAALLAH… <3 ALLAH sntsa ada.

    Reply
  4. EJAM 1993 says

    March 22, 2013 at 3:24 pm

    yup, doa dan usaha.. buat masa ni saya perlu kan berdoa dan xnak usaha mncari..
    saya usaha mncari pekerjaan sendiri , dan menentukan khidupan masa depan saya..
    cinta juga mmbahgia kan.. indah nya cinta itu kalau kita menghargai seseorang itu..

    Reply
  5. mizz orange 92 says

    May 5, 2013 at 8:13 pm

    Ta sume org taw menghargai…

    Reply
  6. paras putih says

    May 6, 2013 at 12:27 am

    Cinta memang segalanya

    Reply
  7. FaizAlias says

    May 27, 2013 at 7:54 am

    saya setuju sangat2 🙂

    Reply
  8. lelaki keliru says

    August 17, 2014 at 2:07 am

    aku tak percaya.. dan aku keliru.. aku dah cuba cari jodoh( pebende ntah cinta ke ape ke,nafsu ke pegi jahanam smua tu dah fade up).. tapi asyik tepuk sebelah tangan… smua yg aku berkenan smua tak suka aku.. maki aku balik… aku umur 24, tak pernah bercinta, cinte monyet ke, perasaan suka sama suka kat pompuan smua tak merasa.. ni nak masuk 25.. dlm tempoh umur nk sampai 24 dekat 10 pompuan melayu aku nk berkawan buat jodoh smua kena reject.. kawan pompuan plak bila aku nk lepak sekali depa mcm x suka.. muka berubah.. aku tak tau apa kurangnya.. kadang2 dah putus asa dgn pompuan melayu.. aku tak rasa jodoh tu dah ditetapkan. jodoh tu mcm rezeki.. kita usaha, ayat nk sedapkan hati je ckp jodoh kita mmg ada… jodoh xda!!! INGAT ISTILAH JODOH TU MCM MENCARI SESUAP NASI. KITA LAPAR KALO TAK CARI NASI KITA X DPT. jodoh bukan sesuatu yg ditetapkan. jodoh bukan takdir. pergi mati la smua pompuan melayu!!!!

    Reply
    • Pembaca says

      October 18, 2017 at 6:32 am

      Sabar2..yg penting anda dah berusaha..

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  • Facebook
  • Google+
  • Instagram
  • RSS
  • Twitter

Artikel Popular

  • Rahsia Tarikh Lahir
  • Tips Untuk Berkenalan Rapat Dengan Seseorang
  • Tanda Lelaki Sayang…
  • 20 Tanda Apabila Lelaki Serius dalam Percintaan
  • Air Mata Malam Pertama..
  • 18 Perkara Yang Perempuan Inginkan Dari Lelaki
  • Cara Lelaki Menguji Wanita
  • 5 Hadiah Kesukaan Wanita Sempena Hari Jadi
  • 5 Tanda Yang Menunjukkan Seseorang Itu Menyukai Anda
  • Tips Doa Untuk Kekasih

Iklan

Kategori

  • Artikel Cinta
  • Cerpen Cinta
  • Hadiah Cinta
  • Islam Cinta
  • Isu Cinta
  • Kisah Cinta
  • Kreativiti Cinta
  • Lagu Cinta
  • Laman Cinta
  • Lelaki Cinta
  • Masalah Cinta
  • Motivasi Cinta
  • Personaliti Cinta
  • Puisi Cinta
  • Tips Cinta
  • Wanita Cinta

Copyright © 2007 - 2018 Tentang Cinta · Hak Cipta Terpelihara · Ditaja Oleh Elfbytes Web Hosting