Lelaki amat berbeza dengan perempuan. Cara orang lelaki berfikir dan buat sesuatu perkara tidak sama dengan apa yang orang perempuan fikirkan dan lakukan.
Orang lelaki ini macam robot. Mereka hanya buat kalau ianya diprogramkan. Itu sahaja.
Contoh yang mudah. Jika orang perempuan minta orang lelaki tolong buangkan sampah, memang sampah itu sahajalah yang dia buangkan.
Orang lelaki tak akan tolong sapu sampah dulu ke, kemas-kemaskan dulu ke atau bersihkan dulu ke sampah tu. Dia memang tak buat pun benda-benda tu semua. Sebab dalam kepala dia, dia sudah ‘diprogramkan’ untuk buang sampah saja.
Jadi orang perempuan, janganlah nak marah-marah, nak membebel-bebel itu ini tanya kenapa tak sapu sekali? Kenapa tak bersihkan dulu sampah tu? Kenapa tak itu? Kenapa tak ini? Sebab orang lelaki memang tak berfikir macam mana cara orang perempuan berfikir.
So…kalau korang (orang perempuan) nak orang lelaki ni sapu sampah, bersihkan sampah sebelum buang, so korang kena ‘programkan’ mereka satu per satu benda apa yang korang mahu dorang lakukan.
Satu per satu! Be spesific!
Dan lagi satu, “faham, faham sendirilah” memang tidak ada dalam kamus orang lelaki sebab dorang sendiri pun tak tahu, “faham-faham sendirilah” itu apa.
nurfa
bener banget suami ku sama persis
Seseorang
Lelaki tidak boleh membiarkan dirinya menjadi robot yang diprogram. Kerana lelaki mempunyai otak dan minda yang lebih luas daripade wanita. Jadi, gunakanlah keistimewaan itu.