Kerap kali apabila ada masalah, kita akan mendiamkan diri dan cuba tidak mahu bercakap dengan pasangan kita. Konon-kononnya kita merajuk dan ingin jauhkan diri daripadanya.
Tetapi adakah dengan mendiamkan diri dapat menyelesaikan masalah kita tadi?
Sudah semestinya tidak!
Mendiamkan diri bukanlah satu jalan penyelesaian untuk menyelesaikan masalah kita. Masalah tidak akan dapat diselesaikan dengan sendirinya apabila kita mendiamkan diri. Malah ianya akan menjadikan masalah itu menjadi bertambah teruk lagi.
Ianya diibaratkan seperti kanser. Makin dibiarkan, makin melarat jadinya. Jika tidak dirawat dengan cepat, mungkin boleh menyebabkan kematian.
Begitulah juga dengan percintaan. Jika kita mendiamkan diri dan mengharapkan masalah itu selesai dengan sendirinya, memang tidak akan jadi apa-apa. Malah ianya mungkin membuatkan perhubungan yang dibina selama ini terhenti begitu sahaja.
Setiap masalah yang berlaku dalam berpasangan perlu diselesaikan dengan segera. Masing-masing perlu duduk berbincang dan meluahkan perasaan yang terbuku di hati. Apa yang kita tidak puas hati, luahkan kepadanya. Beritahu kepada pasangan kita.
Jika ada perkara yang kita tidak suka tentang pasangan kita, beritahu kepadanya. Mungkin si dia sukar untuk menerima pada awalnya, tetapi sekurang-kurangnya si dia tahu apa yang kita suka dan tidak suka. Sekurang-kurangnya si dia tahu tentang perasaan hati kita.
Dan kita juga perlulah bersedia menerima sebarang kritikan atau komen yang pasangan kita berikan. Buangkan sikap ego dan sikap “aku saja yang betul” dalam diri kita. Terima setiap apa yang dikatakan oleh pasangan kita dengan hati terbuka.
Ianya adalah untuk kebaikan kita juga dan perhubungan yang dibina ini. Masing-masing inginkan hidup yang bahagia bersama insan yang tersayang. Tetapi jika kita sendiri pun tidak mahu bertolak ansur dan masih menerapkan sikap pentingkan diri, memang tidak akan ke mana-mana perhubungan itu.
Oleh itu, hadapilah masalah yang berlaku dalam perhubungan bersama-sama. Jangan gunakan sikap mendiamkan diri sebagai jalan penyelesaian kerana ia tidak akan menyelesaikan apa-apa pun.
Bertindak sekarang, sebelum terlambat. Call pasangan anda sekarang dan bawalah berbincang. Semoga masalah anda berdua dapat diselesaikan dengan cara yang baik.
Pooh_gurl
Yesss …..I’m one of the people yg sgt alergik n x suke benau klu ade mslh di pendam berbulan2 diam diri….klu 1, 2 jam blh thn lg ar bhai….ni…diam xde kabo berite, makan hr, makan bulan….alamatnye….dapek le lagu “Senyum Lagi” di tuju khas kpd beliau an…. hahahaduuiii…
Cara Menambah Nafsu Makan
tidak akan selesai sampai kapan pun juga bila hanya diam
Dewi
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini http://www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis 🙂