Artikel Cinta ini telah dikirimkan oleh Dieda di Forum Tentang Cinta.
Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki, tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan, cinta itu anugerah.
Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala.
Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki?
Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan.
Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api.
Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit.
Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.
Tetapi lelaki yang baik, jika Tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya.
Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan saya, kerana Allah itu yang lebih mengetahui.
Kawan, kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia menyempurnakan kita.
Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita, wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan.
Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita.
Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita, gadis, yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin.
Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia.
Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara. Namun jika kita bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja. Itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada.
Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua.
Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan keluarga dua pihak, jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja.
Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa.
Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa.
Dan semoga lelaki yang dipilih, melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri.
Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia.
Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan Tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa.
Dan kerana Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki.
Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.
Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya.
Tetapi kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata.
Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati.
Tetapi kita bahagia dalam dakapannya, semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik. InsyaAllah…
Zairi Faiezil
Salam,
Sungguh cantik artikel yang diberikan, wanita amat memerlukan lelaki dlm kehidupan kerana didalam Al-Quran Allah s.w.t telah berfirman aku telah jadikan manusia ini dalam bentuk berpasangan dan carilah pasangan yang baik, beriman dan menjaga agamanya..
Sabda Baginda Rasullulah juga, bukan daripada golonganku sekiranya umatku tidak berumahtangga kerana mendiri rumahtangga merupakan ibadah dalam Agama islam..
Hanya terpulang kepada kita untuk mencari dan menilai siapa jodoh kita..
Sekian..
Cahaya Hati
Salam,
Tajuk kali ni benar2 menyentuh pelusuh hati ini…lelaki dan wanita mmg saling memerlukan…Bercintalah dgn sesiapa pun tetapi bukan kerana dia sebaliknya kerana Allah swt.
” Ukuran cinta yg hakiki adalah berlandaskan taqwa, ikhlas dan menurut sunnah nabi yg diperakui illahi. Keredhaan Allah matlamat utama cinta. Walau sekecil apa ape pun usaha yg dilakukan demi menjamin ikatan yg ada tidak terlelai dan bubar. Nescaya ia di berikan ganjaran setimpal oleh Yang Maha Esa”…..amin…=)
7TAIKO
….SLMT BERPUASA JE R…SLAMAT BERAMAL~
ikoko
Adam & Hawa diciptakan, untuk kita beribadat kepadaNya, Allah yang satu.
NUR
AKU BENCI DENGAN LELAKI…LELAKI MMG KUAT PENIPU SELALU MENYAKITKAN HATI PEREMPUAN.AKU MEYESAL MENERIMA CINTA LELAKI.AKU BENCI DGN CINTA.
sevvy
yah… emg kita udah ditakdirkan oleh Allah untk berpasang-pasangan, tapi knp ya, cwo sekarang banyak banget yang sifat.a buruk, jadi tuh cwe juga trauma sama cwo, takut disakiti lagi,
sepengalamanku dr tmn2q seumuran q, yah.. ms2 SMA lah. itu tuh pd sakit hti gr2 cwo termasuk q,
cwo tuh cuma bikin sakit hati cwe…..
So…. jgn terlalu mikirin cwo, klo pacaran pke logika jgn pke perasaan , entr jd sakit hati
hartanto
ga perduli gw ma yang lain tapi hidup tu bkn gw doang biar hidup berjalan apa adanya
Huda Nemo Riko
salam…
cantik..indah dan tersusun sekali ayat2 ni….
terima kasih…. ayat ni dah berjaya menyentuh hati saya…..
tak sangka dalam ayat juga..saya bolehh merasakan keindahan yang luar biasa seakan-akan mata sedang memandang keindahan alam ciptaan Tuhan….terima kasih kerana menulis ayat yang begitu indah rasanya untuk saya serapkan dalam hati saya ni..
insyaAllah…^_^
sal@ti
thanks,
artikel ini dapat menenangkan hatiku yg lara..n membuatkn aku tersenyum membaca bait2 ayatnya..waah~
๐
Murtaza
Gadis cantik memerlukan hubungan
ctzila
salam,
saya suka artikel ini & saya menyokong penuh ttg apa yg dkatakan ini.
Allah menyangi kita semua baik lelaki maupun wanita. Jadilah yg terbaik utk Allah s.w.t & diri sendiri..
ikoko
Satu artikel yang sangat ada kelas tersendiri. ๐ Andai semua faham perasaan seorang ibu, takyah pergi jauh, faham perasaan seorang perempuan pun sudah cukup.
Yang penting, lelaki memang susah nak faham perihal seorang perempuan. ๐
Peace. ๐
siti
aku rase wanita ta perlukan lelaki..tapi bile skali lelaki datang dalam hidup dye, dye akan jadi wanita yang sangat lemah untuk teruskan hidup kalau lelaki itu tade.same macam situation aku skarang..aku merana sebab lelaki..sebab tu aku rase perempuan ta perlukan lelaki..
lelaki selalu buat perempuan nangis..n aku ta nafikan kadang2 perempuan pun buat lelaki kecewa.tapi aku cakap berdasarkan pengalaman..
n to all those lelaki yang amat BAJINGAN, go to hell!
to men yang sangat nice to women,thnks alots.
shira
aku juga pernah merasa kecewa sbb lelaki.. memaafkan dan menerima ny semula.. tapi dikecewakan lagi.. memang sakit.. percoma je nangis2.. but then aku fikir.. org lain kan ada? bukan jodoh kot.. pastu aku x nangis agi dah.. kawan kan ramai.. boley tolg kita lupakan tntang dia.. so then life goes on.. (^^,)
yean
betapa indah nye ayat2 nie,hati qu bgtu tsentuh mghayati stiap yg t’coret,indah kurnian ALLAH..smoga kita akan d ketemukan jodoh yg baek aminnn…
sharingan kakashi
cooL…
aulia
nice..s0o0o0o0o0o00o sweet!
dinda cw@ntik
emang betul sihhh manusia sebagai makhluk sosial pasti saling membutuh kan sama seperti aq and ….
Cinta
salam…
cantik..indah dan tersusun sekali ayat2 ni….
terima kasih…. ayat ni dah berjaya menyentuh hati saya…..
tak sangka dalam ayat juga..saya bolehh merasakan keindahan yang luar biasa seakan-akan mata sedang memandang keindahan alam ciptaan Tuhan….terima kasih kerana menulis ayat yang begitu indah rasanya untuk saya serapkan dalam hati saya ni.. ๐
drinspirasi
thanks for sharing..input yang sngt membantu
jelly gamat
artikl yang bagus dan menyntuh dan mnginspirasi, makasih artikl anda luar biasa..
Jus Kulit Manggis
TOP dah pokonya.. semangat terus brkrya ๐
Nur
ungkapan wanita adalah insan yg mesti d syangi adalah ungkapan yg sgt bermakna..tetapi tidak bg diriku..dye telah pergi..mgkin tuk selamanya..
bunga sahnira
thanks for sharing..mitak izin utk share in my blog..tq
puisi cintaku
bagus banget artikel luar biasa saya suka.
fifiy fitrianiee
alhamdulillah ilmu btmbh sesudah mmbaca ayat ini.. walaupun sedikit tpy ia mmpu mmbimbing kita.. ๐
ayna kyara
saya pernah bercinta dngn ses0wg lelaki nie lma dh kmi couple perhubungan tak perpnjangan tiba-tiba perasaan sayang terhadap si dia timbul balik ..
macam mna nk buat ?? saya pun tengah buntu untuk membuat keputusan…
tasha
umm .. itu sje komen sy
bumblebee
sy nie tak cantik..tak lawa..gempal..apakah sy akan ada jodoh?
saya rasa sunyi sgt…
ieda
bumblebee insyallah akan ad jdoh yang terbaik untuk kamu….
kerana ieda tahu kamu seorang baik hati…
rosila
Sy DOA kn bumblebee akan Cpt mdpt jodoh. Jgn putus asa, selalulah mohon pd allah , berdoa pd allah , tingkatkn iman , Dekat kn diri pd allah , allah tidak zalim hny sekadar menguji cinta kita kpd NYA, semoga bertemu jodoh dgn insan yg baik in shaa allah Aamiin
ieda
ieda ta suka dengan perkataan cinta…..
ia sangat menyakitkan….
astiy
nyuwun sewu,,
copast boleh??