Saya rasa anda mungkin pernah mendengar bahawa kehidupan kita ini adalah seperti sebuah roda yang berputar. Sekejap kita berada di atas, sekejap kita berada di bawah. Sekejap kita hidup senang, dan sekejap kita hidup susah. Proses ini berulang-ulang sama seperti sebuah roda yang berputar tanpa henti.
Begitulah juga dengan perhubungan kita bersama dengan pasangan. Ianya sama seperti sebuah roda, seperti kehidupan yang kita lalui. Kadang-kadang kita rasa gembira dengan pasangan kita. Tetapi ada masanya, kita akan berasa sedih.
Macam-macam perkara boleh berlaku dalam berpasangan. Ketika ‘roda’ kita berada di atas, segalanya adalah kegembiraan. Kita rasa gembira apabila dapat berjumpa dengan si dia, berjalan bersama-sama, menonton wayang bersama-sama, berkongsi kisah dan cerita, dan meluangkan masa bersama dengannya.
Tetapi, apabila ‘roda’ kita berada di bawah, segalanya hanyalah kesedihan. Mungkin disebabkan berlakunya perselisihan faham, terasa dengan sikap pasangan, atau berkecil hati menyebabkan perhubungan itu tidak manis dan menjadi hambar. Pada waktu itulah kita sedar bahawa tidak segalanya indah dalam berpasangan. Langit yang cerah tidak akan sentiasa cerah tanpa mendung dan hujan.
Bagaimana menghadapi ketika ‘roda’ berada di bawah?
Setiap yang berlaku ada hikmahnya yang tersendiri. Allah swt tidak menurunkan hujan untuk menyusahkan hambaNya. Tetapi adalah untuk kebaikan hambaNya jika mereka mengetahui. Hujan yang turun adalah untuk menyuburkan hasil tanaman, membasahkan tanah yang kering kontang, dan agar hambaNya dapat minum dari air yang diturunkan ke Bumi.
Begitulah juga dengan keadaan apabila anda sedang mengalami masalah dengan pasangan anda. Apa yang berlaku sudah semestinya ada hikmahnya yang tersendiri. Pada waktu inilah anda perlu menilai semula perhubungan anda agar ianya dapat diperbaiki. Di antara yang boleh anda lakukan adalah:
1. Muhasabah diri – Ambil peluang ini untuk muhasabah dan menilai diri anda. Cuba selidik semula sepanjang perkenalan, adakah anda pernah menyakiti hatinya? Adakah anda pernah membuatkan si dia terasa, berkecil hati, atau anda pernah berselindung sesuatu dengannya? Selidik dan imbas semula satu persatu kesalahan yang pernah anda lakukan.
2. Perbetulkan mana yang silap – Dalam muhasabah diri itu, sudah semestinya anda akan jumpa beberapa kesilapan yang pernah anda lakukan. Perbetulkan kesilapan itu dan jangan ulanginya semula. Walaupun anda tahu si dia pun ada membuat kesilapan pada diri anda, tetapi perbetulkan terlebih dahulu diri anda sebelum anda membetulkan orang lain.
3. Memohon maaf dan sedia memaafkan – Setiap kesilapan yang dibuat, jika anda ada terkasar bahasa, terlepas kata, mohon maaflah kepada pasangan anda. Setiap insan sudah semestinya akan membuat kesilapan. Jalan yang terbaik adalah memohon maaf kepadanya. Namun begitu, anda juga perlu bersedia memaafkan pasangan anda sekiranya si dia memohon kemaafan. Janganlah berdendam hati atau menyimpan hasad dengki kerana ianya amat menyakitkan. Maafkanlah kesalahannya agar anda berasa lega dan terlepas daripada amarah dalam dada.
4. Jadikan apa yang berlaku untuk mematangkan perhubungan anda – Seperti yang saya katakan tadi, setiap yang berlaku sudah pasti ada hikmahnya. Pasti ada kebaikanya yang tersendiri. Ambil iktibar dari masalah ini agar ianya tidak berulang lagi dan dapat mematangkan perhubungan anda. Sekiranya perkara yang sama berlaku, ambil jalan yang betul untuk selesaikan masalah tersebut supaya ianya tidak menjadi parah dan semakin teruk.
Apabila ‘roda’ kembali ke atas
Saya tertarik untuk berkongsikan sebuah kata-kata yang dipetik dari filem Syurga Cinta,
“Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari,
Dia datangkan petir dan kilat,
Kita tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari,
Rupa-rupanya Allah memberi kita pelangi…”
Tidak semestinya kesulitan yang dialami itu akan kekal selama-lamanya. Sudah semestinya kita akan berjumpa dengan kesenangan dan kegembiraan.
Tetapi apabila anda berjaya keluar dari situasi ‘roda’ di bawah, jangan mudah lupa diri. Beringatlah ketika anda sedang bersedih, ketika anda berada di bawah. Jangan terlalu gembira dengan kesenangan yang diperoleh. Bersyukurlah kepada Allah swt kerana mengeluarkan anda daripada kesulitan yang dilalui.
Anda perlu ingat, roda sentiasa berputar. Akan tiba masanya juga, anda akan kembali semula ke bawah. Pada waktu itu, kegembiraan yang ada tidak bermakna lagi.
Oleh itu, walau di mana keadaan pun anda berada, beringatlah dan bersyukurlah kepada Allah swt. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Gunakanlah peluang yang ada dengan sebaiknya. Mudah-mudahan perhubungan itu akan kekal dan bahagia selama-lamanya. InsyaAllah…
cinta
betul tu langit tidak selalunya cerah,dan sebagai manusia kita harus mensyukuri apa juga keadaanya
r!ep!n
cinta x prna memnta,ia sntiasa mmberi cnta m’mbwa pnderitaan,tetapi x prna brdndam,x prna mmblas dndam…..
D mana ada cnta d c2 ada khidupan
mnakala kebencian m’bawa kpda kemusnahan..so hargai la cnta ney sbagai bdn sndri.,..k
Ratna Palupi
Cinta itu hadir begitu saja, cinta tdk memandang apakah dia msh anak2 or ud remaja or dewasa…ataukah dia sdh menikah or belum…cinta itu indah membuat kita semangat, seperih apa jika ada cinta akan berasa senang…cinta membuat motivasi hidup lebih semangat…cinta membuat hidup lebih berwarna. Namun ada kalanya cinta buat kita sedih…menangis duka lara…
Monaliza Aryati
Ada kalanya bila kita kehilangan seseorang itu baru lah kita mengerti bagaimana rasanya kehilangan seseorang yang kita sayang .. dan betapa sakitnya di tinggalkan .. saat itu lah kita sedar bahawa kita mencintainya ,.. eemm , cinta memang indah .. indah bila kita dapat merasa bagaimana disayangai n menyayangi .. Tapi ada kalanya indah tu hanya sementara .. ini kerna cinta tak selalunya indah .. macam-macam yang akan kita rasa .. macam-macam juga yang akan kita hadapi .. cinta ini juga akan mendewasakan kita . mengajar kita untuk menilai seseorang itu .. mengajar kita erti kesabaran , kesetiaan , kasih sayang , kejujuran ..
yuki_hana
itu lah yg dinamakan “sekolah kehidupan”, ilmu yg tak diajar dalam mana2 kelas, sekolah mahupun universiti… selagi mana nafas masih terhembus, roda akan sentiasa berputar, setiap hari yang berlalu dilalui dengan rasa bersyukur, syukuri apa yg ada, disamping berusaha yg terbaik untuk hari seterusnya. pengalaman mematangkn diri dan begitu juga dalam perhubungan…
copasgeboy
nice gan… thank you
copasgeboy
seepp.. terima kasih artikel nya
Razlan
artikel yang terbaik,thanks
azuzu
kejujuran itu penting dlm perhubungan…setia pd yg 1. menjaga hati pasangan dgn sebaiknya..tp kenapa diri snd sll asyik terkena. kdg2 terasa sudah letih utk mengikut rentaknya..tp kerana syg, semua diturutkan..
r!ep!n
tuhan member kta dua kaki untk bjln. Dua tgn utk memegang.dua telinga utk mndgr dan mta utk melihat………… Tetapi mngapa tuhan hnya menganugerahkn sdkepin hat pada kita? Karena tuhan tlah memberi kn sekeping lagi hati pda seseorang utk kta mncarinya…so itu lah nama nya cinta..he9gud luck you all.. semoga brjya mencari cinta sejati..hu9
noni.alya
tpi bgaimana dgn hti dn perasaan yg tlalu skit,hnga mjdi dndam
dewi
cinta itu adlah harapan , ,
berharap bahagia ,
namun terkadang jika tidak tercapai
kita akan kecewa ,dengan harapan itu sendiri
nur shahidah nawi
saya baru shaja ditinggalkan kekasih hati..sungguh pedih rasanya….can sumone help me???
Bunga cinta
Istigfar la byk2…dan bersyukurlah sbb allah beri petunjuk bhw dia bukanlah jodoh awak..allah telah jadikan ssorg yg lbh baik utk awak..insyaallah akn bertemu jodoh awak suatu hari nanti…
budak poyo
sabar dan cuba tenangkan fikiran jika dia tidak mahu kita lagi..sampai bila kita nak duduk bawah bayang2x dia… ๐ smile always
smlmyghangat
worst come to worst..by hook or by crook..
lifes must go on..but..dont and nvr..pretending..
agen xamthone plus batam
tanks ya infonya …
bagus banget