Artikel Cinta ini telah disampaikan oleh saudari aini80 di Forum Tentang Cinta.
Dalam meneliti perjalanan hidup kita sering diuji dengan pelbagai cabaran dan ini tidak terkecuali dalam menjalin dan mengukuhkan sesebuah perhubungan atau ikatan kasih sayang antara lelaki dan wanita, khususnya bagi pasangan suami isteri.
Apabila pasangan melakukan kecurangan dalam suatu hubungan, ia seolah-olah menaruh tuba dalam minuman apatah lagi selepas segala kepercayaan dan harapan tinggi diletakkan kepadanya. Jika ini yang terjadi adakah seseorang itu boleh memaafkan pasangannya?
Ketua Unit, Guaman Syarie Universiti Teknologi Mara (Uitm), Prof Madya Noor Awang Hamat, berkata berdasarkan pengalaman sebagai peguam syarie tidak dinafikan dalam kebanyakan kes dirujuk, lelaki didapati lebih ramai yang curang dalam sesuatu hubungan itu berbanding wanita.
Beliau berkata, begitu juga dalam memaafkan pasangan didapati wanita lebih bersifat pemaaf dan boleh menerima kesilapan yang dilakukan serta diakui pasangannya.
“Wanita atau isteri ada sikap dan naluri untuk bergantung serta inginkan perlindungan daripada lelaki ataupun suami, maka sebab itulah dia mudah memaafkan pasangannya. Walaupun wanita itu ada kerjaya sendiri dan dilihat boleh berdikari, sikap ingin bergantung dan dilindungi pasangan tetap ada dan sebab itulah ada yang boleh memaafkan pasangannya. Malah, selagi tinggi status dan kukuh kedudukan wanita itu, selagi itulah dia bergantung kepada pasangannya.
“Ingin bergantung atau dilindungi pasangan itu bukanlah dari segi wang ringgit dan kasih sayang semata-mata, tetapi lebih kepada faktor luaran, termasuk tanggapan serta pandangan masyarakat dan ingin menjaga maruah. Wanita itu takut akan gelaran ‘janda’ kerana status berkenaan sehingga kini masih dipandang negatif dalam masyarakat,” katanya.
Noor Awang berkata, disebabkan faktor itulah dalam sesetengah kes walaupun suami terus berlaku curang dan mendera emosi mahupun fizikal, isteri masih boleh bersabar dan cuba mempertahankan perkahwinan itu. Bagi wanita berkenaan, sekurang-kurangnya dirinya masih bersuami dan tidaklah masyarakat memberikan persepsi negatif terhadapnya.
Bagaimanapun, beliau berkata ada juga wanita berani menerima kenyataan hidup dan boleh menempuh hidup bersendirian, tetapi ada aspek lain yang diberikan pertimbangan termasuk soal harta dan anak hasil perkahwinan dibina.
Katanya, kejadian dan ciri wanita yang dijadikan Allah berbeza dengan lelaki turut menjadi faktor mengapa wanita mudah memaafkan seseorang itu. Walaupun wanita berjiwa sensitif berbanding lelaki, mereka mempunyai sikap yang tabah dan kesabaran tinggi serta jarang membuat keputusan melulu ketika membuat pertimbangan sesuatu perkara.
“Melalui pengalaman sebagai peguam syarie dan banyak membantu pasangan yang menghadapi krisis rumah tangga, saya lihat sifat peribadi dan ciri kewanitaan banyak mendominasi diri isteri dan ini dapat membantu menyelamatkan keruntuhan rumah tangga apabila berlaku kecurangan yang dilakukan suami,” katanya.
Beliau berkata, dalam kebanyakan kes yang membabitkan kecurangan isteri, boleh dikatakan hanya 25 hingga 30 peratus lelaki saja boleh memaafkan dan menerima pasangannya semula.
Sikap ego yang begitu menebal dalam diri hampir semua lelaki menyebabkannya sukar untuk memaafkan pasangan. Lebih-lebih lagi, sifat pemaaf memang sukar diamal dan selagi seseorang itu berpendapat bahawa setiap kejahatan serta keburukan seharusnya dibalas secara setimpal.
Malah, katanya, kerana ego yang tinggi ada suami yang berlaku curang dan tahu kesilapan diri sendiri masih ingin meletakkan kesalahannya kepada isteri. Lelaki berkenaan sanggup menyatakan, isteri menjadi punca semua itu berlaku kerana tidak mampu memberi kebahagiaan kepadanya lantaran itulah beliau terpaksa beralih mencari wanita lain.
Noor Awang berkata, selain itu hadis Rasulullah yang mengingatkan golongan lelaki agar jangan membiarkan isteri curang kerana boleh dianggap dayus juga menjadi bayangan dalam diri kebanyakan lelaki sehingga sukar memaafkan pasangan.
Dalam menempuh ranjau hidup berumahtangga dan membina perhubungan yang sudah retak, beliau menasihatkan pasangan supaya kembali kepada falsafah perkahwinan itu sendiri. Sebuah perkahwinan itu hakikatnya, memerlukan ketenangan dan kebahagiaan bersama. Untuk mencapai ke arah itu, segala sifat yang keji perlulah dielakkan dan ditepis oleh setiap pasangan.
“Kecurangan boleh berlaku disebabkan beberapa faktor seperti persekitaran harian di tempat kerja, kepincangan pasangan, pengaruh media dan sebagainya, tetapi ia boleh diatasi dengan keazaman masing-masing. Pasangan juga perlu mendekatkan diri dengan Allah dan dengan ada keimanan dalam diri, Insya-Allah kita dapat elakkan diri daripada perkara yang tidak elok,” katanya
mmg btol tu… husband saya baru2 ni penipu belakang saya bile dia kata dia kene outstation hari sabtu ader meeting kul 9 pagi… so jumaat malam dah bertolak ke perak… tp biler friends finder… maxis bgtau dia masih di KL di Jalan Ipoh… sampai sabtu kul 1 ptg baru friends finder tu tunjuk kan dia di kampar perak… bile saya mintak bukti bil hotel, tol dan lain2 macam2 alasan… tp nk wat cam ner… terpaksa sabar dan maafkan je… tp gerammmmm
mmmm…sabar ye ida…lelaki ni sukar untuk kita paham,ntah apa yang mereka fikirkan…mungkin mereka ingin kan kesempurnaan pada si isteri walhal mereka sendiri yang tidak mampu memberi yang terbaik pada si isteri…sabar lah ida….jika ida bersabar..pasti kesudahannya akan menjadi lebih baik…
ye..betul tu ida.. Akak penah lalui perkara yang sama… Org lelaki ni bila dia kita maafkan dia dan kita sabar.. nasihatkan dia elok elok, teruskan bersikap lemah lembut pada nya… Dia akan sedar/insaf dan kesal dan akn amat menyayangi kita, Itu pasti…dik. Sertakan dgn doa yg elok elok untuk suami kita…
thanks jasmine… mmg tgh sabar skang ni… ida tak nk desak dia.. nnt lagi macam2 jadi… so skang ni ida amik langkah untuk merelakan ape saje dia buat. dlm masa tu ida doa moga2 allah buka kan hati dia untuk kembali kepada keluarga. perit rasa hati ni sbnarnye tapi tu la kehidupan kan….
waktu berdua dgn hubby..tiba ada call masuk…bile lelaki yg call nanti dia ckp kuat2 ketawa kuat2 tp klu girl yg call..mula la duduk kat penjuru pastu ckp berbisik2…sakit hati betul…bila ditanya jawapan dia…partners i call…bukan sekali tp tiap kali…mcm tu la dia…sapa2 ada idea apa yg patut sy buat…???
hahha… hubby ida lg best skang ni hp siap ader password n tak nk bagitau ida… biler mintak dia sorok kan phone… ntah la kan… sampai biler isteri ni nk ditipu suami….
-AKU HANYA UNTUK MUUU….,SLAMANYA !!!!
salam kawan…
sedih sgt biler kenangkan sikap suami y tak reti menghargai isteri..mengapa tak pernah cukup satu? y pmpuan pun satu naper suker sgt meruntuhkan rumah tangga org..apa y baby dan ida lalui saya juga lalui..mmg pedih biler tengok suami sorokan hp..mlm2 duk sms tpi biler kita dtg cpt2 padam hp..hp ada password…pastu selalu kuar mlm..gunakan alasan mcm2..padahal jumpe buah hati..pada meke buah hati lebih dirindui berbanding isteri.kita hanya mampu berdoa..saya rasa dah setahun sy lalui benda ni..skit sgt simpan dlm hati..sy mohon pada Allah berilah pengakhiran y baik pada hidup saya..umur baru 23..usia perkahwinan pun baru 2 tahun..terlalu cpt meke berubah..padahal perkahwian kami dibina atas dasar cinta..org ke3 tu pula umo baru 20 tahun..entahlah..tak pelah di dunia meke menang..tpi tunggulah di akhirat..meke akan dpt balasan y setimpal atas apa yang meke lakukan..moga Allah terus berikan aku kekuatan untuk menghadapi dugaan ni..
bila isteri memaafkan dan sentiasa mendoakan suaminya walaupun suami berbuat salah adalah yang sangat2 mulia dan ketahuilah bahawa doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W akan hal tersebut,jawab baginda: “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”
Saya selalu dibohongi dan dikhianati oleh suami saya…tapi saya takut kehilangan dia…mangkanya saya selalu memaafkan segala kesalahannya
adaka berkawin lebih dr satu dianggap curang?
suami mmg perangai macam tu yer…. pelik laa lelaki nih… dia nak yg mcm ne lagi pun tak tau laa… adoiii..
Dan baqaimana sikap kita menqhadapi suami yanq acuh dan cuex kepada kita ? ?
Kita kena bersabar , nasihat pelan2 dan yang penting kene banyak berdoa pada Allah.. Org lelaki / Suami ni kita tak bleh cabar dia apatah lagi kita berkeras maka hasil nya dia akan lebih jauh dari kita dan hatinya akan bertambah tambah keras… atau lebih teruk lansung tak blh diubati atau diperbetulkan.,Dia akan semakin jauh….. Jika kita mahukan suami kita yang kembali.. ikhtiarlah dgn cara yang elok..bukan kekerasan/boicot/masam muka/ego dll lagi.. kerana hasilnya pasti dia akan lebih jauh sesat dan hanyut didalam dugaan dunia,…. Akak pasti bukan itu yang kita inginkan…
ko pakai je…. Ma’jun Jampi Rapat…. Teerbaaeeekk…!!!
Betol ke…terrbaeek kak??
Iye…memeng betol peah.. memang ‘A’.. Panndang lah…lihat laaah..Tiru macam saaya.. laaa..laa…la…
menyeramkan lah… akak ni.. huhu
asalamualaikum,
suami saya telah dua kali berlaku curang, pertama kali tu saya bagi peluang pada dia untuk berubah ,tapi sekarang buat lagi dan minta maaf . pada saya senang sangat nak minta maaf pada hal hati kita dah hancur luluh, dan perasaan benci dan menyampah mula timbul perlahan-lahan. Ini kerana selama ini kata suami dia dah berubah, tapi sebenarnya tidak dan sering bersumpah kerana allah yang dia tak akan kawin lain dan saya lah isteri nya dunia akhirat. Saya rasa dia pergunakan saya selama ini dan dia sebenar nya hidup berpura-pura baik pada saya , sedang kan aktiviti nya masih berjalan seperti biasa. sekarang ni saya langsung tak ada kepercayaan pada dia, kerana saya dah berkorban selama 31 tahun. Sepanjang hidup bersama segala rasa susah saya dah alami, sekarang saya rasa tak larat lagi untuk meneruskan kehidupan dalam keadaan sentiasa ditiupu suami. apa pendapat kawan sekalian