Tentang Cinta

Membina Percintaan yang Bahagia Selamanya

  • Utama
  • Forum
  • Ebook
  • Hubungi

Bukan Mudah Untuk Melepaskan Orang Yang Kita Sayang

August 6, 2016 by Mr Teddy 7 Comments

Setiap orang akan mempunyai satu lagu yang apabila dia dengar je akan membuatkan dia teringat pada seseorang atau pada sesuatu peristiwa.

Ketika saya menulis artikel ini, saya sedang mendengar lagu Terakhir yang dinyanyikan oleh Sufian Suhaimi. Ada sesiapa yang suka dengar lagu ini tak? Say hye! (Hye~~~!)

Apabila saya mendengar bait-bait lirik dalam lagu ini, ianya membuatkan saya teringatkan pada seseorang. Terutamanya pada part lirik lagu ini:

Melepaskanmu…
Bukan mudah bagiku untuk melalui semua ini
Pabila kenangan kita mengusik jiwa dan hati
Kala malam tidurku tak lena mengenangkanmu

Memang betul apa yang disampaikan dalam lagu ini. Bukan mudah untuk kita melupakan orang yang kita sayang. Lagi-lagi apabila kita mempunyai banyak sangat kenangan dan peristiwa yang kita lalui bersama ketika kita ada bersama dengannya.

Tetapi kini semuanya sudah tidak bermakna lagi…

Semuanya kini hanyalah kenangan yang menjadi sebahagian dalam memori hidup kita. Nak tak nak, kita terpaksa melepaskan dia dan merelakan dia pergi.

Apa yang perlu kita lakukan sekarang ini adalah berhenti sejenak, dan cuba fikirkan kenapa ini semua terjadi?

Bukankah setiap apa yang berlaku dalam hidup kita adalah satu ujian? Dan setiap ujian itu mempunyai hikmahnya yang tersendiri?

Teruskan Membaca

Pantang Larang Dalam Hubungan Suami Isteri

July 3, 2015 by Abang Qiara 10 Comments

Apabila sudah berumah tangga sebagai suami isteri, anda mungkin terlepas pandang pantang larang yang sepatutnya anda elak dari melakukannya.

Berikut adalah enam pantang larang yang perlu anda ketahui dalam hubungan suami isteri.

  1. Jangan puji orang luar, jiran tetangga atau saudara mara secara berlebihan.
  2. Hindar meninggikan suara/menjerit memanggil pasangan. Tegur dan nasihatlah dengan nada rendah agar tidak mengguris hati.
  3. Usah lontarkan kritikan pedas yang mengguris perasaan pasangan. Sentiasa membuka hati untuk menerima pandangannya.
  4. Jangan berbohong dengan pasangan. Tiada tempat dalam syurga untuk si pembohong kerana rumah pertama dalam syurga adalah bagi mereka yang bercakap benar.
  5. Usah meninggalkan isteri tanpa alasan dan sebab yang munasabah. Elak juga menjauhkan diri daripada isteri walau ketika isteri sedang haid.
  6. Bersedia untuk mengakui kesilapan yang dilakukan. Usah sesekali merasakan diri tidak bersalah/betul setiap masa.

Nampak simple je kan? Tetapi sebab simple itu lah yang ramai orang terlepas pandang.

Jadi dengan adanya perkongsian ini, dapatlah saya, anda dan pasangan sama-sama memperbaiki kekurangan dan kelemahan masing-masing.

Semoga ianya akan dapat berikan manfaat dalam perhubungan kita sebagai suami isteri.

Sumber: Facebook

Mendiamkan Diri Bukanlah Jalan Penyelesaian

April 23, 2015 by Abang Qiara 4 Comments

Kerap kali apabila ada masalah, kita akan mendiamkan diri dan cuba tidak mahu bercakap dengan pasangan kita. Konon-kononnya kita merajuk dan ingin jauhkan diri daripadanya.

Tetapi adakah dengan mendiamkan diri dapat menyelesaikan masalah kita tadi?

Sudah semestinya tidak!

Mendiamkan diri bukanlah satu jalan penyelesaian untuk menyelesaikan masalah kita. Masalah tidak akan dapat diselesaikan dengan sendirinya apabila kita mendiamkan diri. Malah ianya akan menjadikan masalah itu menjadi bertambah teruk lagi.

Ianya diibaratkan seperti kanser. Makin dibiarkan, makin melarat jadinya. Jika tidak dirawat dengan cepat, mungkin boleh menyebabkan kematian.

Teruskan Membaca

Cinta Tidak Semestinya Memiliki

April 21, 2015 by Abang Qiara 2 Comments

Mungkin anda pernah dengar ayat ini,

Cinta tidak semestinya memiliki…

Ada orang yang bercinta sudah bertahun lamanya. Masing-masing sudah kenal hati budi masing-masing. Ibu bapa pun sudah kenal dengan siapa kita berkawan.

Tetapi sayangnya, percintaan itu tidak semestinya kekal lama. Tidak semestinya percintaan itu akan kekal sehingga ke alam perkahwinan.

Walau bagaimana sekalipun kita menyayangi seseorang, tidak semestinya dia akan menjadi milik kita selamanya.

Kita kena bersedia untuk menerima dan redha bahawa tidak semestinya apa yang kita inginkan, akan kita dapat. Kita kena sedia menerima perasaan kecewa dan sedih dalam hidup yang kita lalui ini.

Teruskan Membaca

Mengenalpasti Samada Rakan Anda Sedang Mempunyai Masalah Dengan Pasangannya

January 25, 2014 by Mr Teddy Leave a Comment

Sebenarnya bukanlah susah pun untuk mengenalpasti samada rakan anda sedang mempunyai masalah dengan pasangannya atau pun tidak. Semua benda ni boleh anda ketahui dari Facebook dia je. Maybe dia tengah gaduh dengan awek dia ke, tengah merajuk dengan boyfriend ke, ataupun dia baru je lepas break.

1. Suka upload gambar sendiri – Sebelum ni jarang je pun dia upload gambar sendiri dekat Facebook. Tetapi sejak akhir-akhir ni banyak pulak gambar selfie yang dia share. Dan kebanyakannya pula gambar yang dia upload tu gambar dia tengah happy, bergelak ketawa tiba-tiba. Nak tunjuk yang dia takde apa-apa masalah. Menipu diri sendiri.

2. Post ayat-ayat motivasi – Satu lagi perkara yang anda boleh check adalah, dia sekarang ni banyak post ayat-ayat motivasi. Semua ayat tu lebih kepada untuk diri dia sendiri. sebab dia nak meningkatkan moral dia supaya dia tidak sedih dan boleh melupakan masalah yang alami.

Teruskan Membaca

Next Page »
  • Facebook
  • Google+
  • Instagram
  • RSS
  • Twitter

Artikel Popular

  • Rahsia Tarikh Lahir
  • Tips Untuk Berkenalan Rapat Dengan Seseorang
  • Tanda Lelaki Sayang…
  • 20 Tanda Apabila Lelaki Serius dalam Percintaan
  • Air Mata Malam Pertama..
  • 18 Perkara Yang Perempuan Inginkan Dari Lelaki
  • Cara Lelaki Menguji Wanita
  • 5 Hadiah Kesukaan Wanita Sempena Hari Jadi
  • 5 Tanda Yang Menunjukkan Seseorang Itu Menyukai Anda
  • Tips Doa Untuk Kekasih

Iklan

Kategori

  • Artikel Cinta
  • Cerpen Cinta
  • Hadiah Cinta
  • Islam Cinta
  • Isu Cinta
  • Kisah Cinta
  • Kreativiti Cinta
  • Lagu Cinta
  • Laman Cinta
  • Lelaki Cinta
  • Masalah Cinta
  • Motivasi Cinta
  • Personaliti Cinta
  • Puisi Cinta
  • Tips Cinta
  • Wanita Cinta

Copyright © 2007 - 2018 Tentang Cinta · Hak Cipta Terpelihara · Ditaja Oleh Elfbytes Web Hosting