Kata orang mencintai tak semestinya memiliki. Memiliki juga tak semestinya dicintai. Tapi kalau cinta itu ikhlas dan suci berbekalkan restu Yang Maha Mencintai, kita akan memiliki apa yang kita cintai dan kita akan dicintai oleh yang memiliki. Jadi seharusnya kita ikhlas dalam mencintai jua memiliki.
“Aku terima nikahnya Alia Areena binti Ahmad Abdan dengan mas kahwinnya RM100 tunai”
Dengan hanya sekali lafaz sahaja aku kini bergelar isteri kepada Adam Harris bin Luqman Hakeem. Menitis mutiara jernih dari tubir mataku. Terharu tatkala dahi dikucup suami tercinta dalam majlis membatalkan air sembahyang.
Majlis persandingan berlangsung dengan sangat meriah. Semua sahabat ayah dan ibu hadir menyaksikan persandingan puteri bongsu mereka. Walaupun letih yang teramat sangat,tapi ku dapat lihat betapa gembiranya ibu dan ayah apabila aku dijodohkan dengan lelaki yang baik budi pekerti dari kalangan keluarga yang baik keturunannya. Gembira benar mereka kerana yakin kebahagiaan aku pasti terlakar nanti.
Malam itu, aku dan Adam Harris, solat Isya’ bersama-sama buat pertama kalinya sebagai suami isteri. Kalau dulu kami selalu juga solat bersama, tapi hanya sebagai abang dan adik angkat.
Aku menjadi anak angkat umi dan abi, gelaran buat kedua orang tua abang Adam Harris semasa aku melanjutkan pelajaran di Johor Bahru 2 tahun lepas. Lantaran terlalu lama bersama dan terlalu sayang pada aku, umi dan abi mengambil keputusan menjadikan aku menantu kepada anak kedua mereka,putera tunggal keluaraga Tan Sri Luqman Hakeem.
********************
Aku perasan yang abang Adam leka memerhati aku menyisir rambut. Rambut ikal dan lebat melepasi bahu. Terasa janggal pula bila kali pertama tak betudung depan abang Adam. Belum pernah aku membiarkan lelaki yang bukan muhrimku melihat rambutku.
“Pertama kali lihat rambut Alia. Cantik sangat. Inilah untungnya suami yang memiliki isteri bertudung.” Bicara abang Adam sambil menutup malu kerana perasan perbuatannya ditangkap.
Aku juga hanya tersenyum. Menutup janggal.
“Abang Adam tidurlah atas katil tu, biar Alia tidur atas sofa.” Sambil mengeluarkan selimut dari dalam almari.
“Takpelah, Alia tidur atas katil, biar abang yang tidur atas sofa.”
Terkesima aku mendengar abang Adam membahasakan dirinya ‘abang’. Sebelum ini kami berbahasa menggunakan ‘abang Adam’. Sekali lagi kejanggalan menerjah diri.
“Tempat yang terbaik hanyalah untuk suami, sekarang abang Adam suami Alia, jadi abang Adam tidur atas katil, biar Alia tidur atas sofa.” Balasku. Belum selesa hendak memanggilnya ‘abang’.
“Tapi Alia..”
“Dahlah abang Adam,baik kita tidur. Nanti kalau ibu atau yang lain dengar, lain pula jadinya. Biar Alia padamkan lampu, abang Adam tidurlah ya. Assalamualaikum.”
“Waalaiakumusalam Alia..” balas abang Adam perlahan.
********************
Sebelum keluarga umi hendak masuk meminang, aku pernah berbincang dengan abang Adam Harris tentang apa yang direncanakan. Aku tak nak kami tersalah langkah, tak nak kami menyesal dikemudian hari.
“Alia setuju dengan apa yang umi rancangkan??” Tanya abang Adam Harris perlahan.
“Entah..” jawabku ringkas
Kami senyap tanpa bicara. Hilang kata-kata. Terasa lain benar petang ini.
“Keluarga umi dah terlalu baik pada Alia, begitu juga abang Adam sendiri. Alia tak nak lukakan hati siapa pun, itu sebab Alia ajak abang Adam bebincang. Alia tahu abang Adam dah ada pilihan hati, Kak Zulia kan??” Tanyaku sambil tersenyum.
“Zulia??” Tanya abang Adam kehairanan.
“Alia dah tahu masa kali pertama abang Adam bawa kak Zulia jumpa Alia. Walaupun abang Adam dan kak Zulia tak bagitahu Alia, Alia boleh baca dari raut wajah abang Adam dan kak Zulia” jelasku.
Sekali lagi kami senyap tanpa bicara.
“Alia juga tahu yang abang Adam bukan seorang anak yang suka membantah kata-kata umi dan abi, jadi kalau abang Adam tak setuju, biar Alia saja yang beritahu umi dan abi.Biar Alia beritahu yang Alia dah ada pilihan hati.”
“Tapi..” balas abang Adam dalam nada serba salah.
“Tak apa, Alia tak kisah. Apa yang penting kita tak tersalah membuat keputusan hidup.”
Balasku sambil tersenyum. Agar dapat menghilangkan rasa bersalah yang bersarang di hati abang Adam mungkin. Juga menenangkan hati sendiri. Penipu.
“Tapi umi pasti sangat-sangat kecewa dengan keputusan Alia. Abang Adam pula akan rasa bersalah seumur hidup. Abang Adam tak mahu jadi anak yang menyebabkan air mata umi mengalir, dan membiarkan Alia menanggung semuanyab seorang diri.” Balas abang Adam.
“Bukan abang Adam yang menyebabkan umi kecewa tapi Alia. Abang Adam tak perlu rasa bersalah. Alia tak kisah pun.” Balasku memujuk abang Adam.
“Dan kecewa umi pasti tak lama. Bila abang bawa kak Zulia jumpa umi nanti, pasti umi akan terima. Dan waktu tu,umi pasti dah tak ingat pada Alia lagi. Alia yakin kerana Kak Zulia baik peribadinya. Umi akan terima. Percayalah pada Alia.” Sambungku lagi.
“Tak Alia. Abang Adam tetap akan rasa bersalah dengan umi dan Alia. Abang Adam terima Alia sebagai pilihan umi.” Sambil memandang tepat ke arah ku.
“Apa?? Abang Adam jangan main-main” Balasku terperanjat. Pelik.
“Kita akan teruskan impian umi dan abi. Kita akan bernikah dan berkahwin seperti pasangan lain. Tapi hanya pada nama.” Henti abang Adam disitu.
“Maksud abang??” Aku semakin pelik dan hairan dengan bicara abang Adam.
“Kita berkahwin seperti biasa, dan abang akan lepaskan Alia selepas beberapa bulan kita kahwin. Kita cari alasan yang paling sesuai tanpa melukakan mana-mana pihak. Tidak umi, tidak abi,tidak abang Adam juga tidak Alia.”
“Apa?” hampir luruh jantungku mendengar bicara abang Adam.
“Alia tak perlu risau. Abang Adam tidak akan menyentuh Alia. Abang Adam akan lepaskan Alia sepertimana abang Adam mengambil Alia. Abang Adam janji.” Jelas abang Adam lagi. Penjelasan yang cukup menghancurkan hatiku.
“Selepas tu?” Tak sabar rasanya ingin mendengar butir perancangan abang Adam seterusnya.
“Selepas tu??” Tanya abang Adam semula. Lama juga abang Adam senyap sebelum dia meneruskan bicara seterusnya yang semamngnya tak pernah terlintas difikiranku.
“Selepas tu Alia boleh bersama dengan Izhar. Abang tahu yang Alia sukakan Izhar. Izhar pun sebenarnya sukakan Alia, dia ada bagitahu abang Adam yang dia nak jadikan Alia teman istimewa dia.Tapi dia belum berkesempatan untuk meluahkan kepada Alia.” Lancar bicara abang Adam.
Doktor Ikham Izhar. Sahabat baik abang Adam. Pernah merawat aku ketika kemalangan setahun lepas. Kami memang rapat, tak sangka pula keakraban kami disalah erti. Bukan sahaja oleh abang Adam tetapi juga Izhar.
“Izhar??” tanyaku.
“Ya, Izhar. Abang Adam akan terangkan segala rancangan kita pada dia. Hanya kita bertiga sahaja yang tahu.” Balas abang Adam.
“Jadi maksud abang Adam kita hanya berpura-pura sebagai suami isteri?” tanyaku mendapatkan kepastian.
“Ya..Tapi abang Adam tak paksa Alia untuk turut berlakon dalam drama yang mengarut ni. Abang Adam cuma menyatakan pendapat abang Adam sahaja. Abang Adam tak mahu ada hati yang terluka dengan keputusan kita nanti terutama umi dan abi. Kalau Alia rasa akan terbeban, kita lupakan sahaja.” Jawab abang Adam tenang tapi sayu.
“Alia setuju.Alia juga tak mahu kecewakan umi dan abi.” Entah kenapa begitu mudah aku bersetuju. Sedangkan aku tahu dalam hal ini akan ada hati yang terluka. Aku.
********************
Malam pertama bergelar isteri aku tidur betemankan air mata. Aku tak salahkan sesiapa. Aku yang setuju dengan keputusan ini. Tiada sesiapa yang memaksa.
Hampir 4 bulan melayari bahtera rumahtangga. Kami tinggal bersama umi dan abi. Tiada cacat cela dalam hubungan kami pada pandangan umum. Aku menjadi isteri yang paling solehah dan Adam Harris menjadi suami yang paling mithali. Kami sembahyang berjemaah, ke pejabat bersama, makan pakainya aku sediakan tanpa terbiar walau seinci pun. Dan dia memberiku nafkah zahir yang cukup sempurna. Walaupun aku memiliki pendapatan sendiri, tapi perbelanjaanku tetap ditanggung. Kami dikatakan pasangan yang paling sempurna. Ber ‘abang’ ‘sayang’ dalam bicara. Tapi itu semua hanya di luar kamar tidur. Kami kembali menjadi ‘Alia’ dan ‘abang Adam’ sekembali ke kamar tidur. Aku di sofa dan dia di katil. Plastik.
“Alia rasa dah sampai masa kita hentikan semua lakonan ini.” Bicaraku pada abang Adam selesai solat Terawih. Pertama kali aku bakal berpuasa Ramadhan sebagai seorang isteri.
“Maksud Alia?” Tanya abang Adam bagaikan tak mengerti.
“Alia tak mahu sambut Aidilfitri dengan semua ni. Kalau boleh biar kita akhiri semua ini sebelum Aidlfitri tiba “ Jawabku sambil mengawal perasaan yang bergelodak.
“Tapi macamana kita nak biarkan semua ini berlalu tanpa ada yang kecewa. Abang belum merancang. ” balas abang Adam.
Abang Adam benar. Kami terlalu sibuk ‘berlakon’ sehingga lupa memikirkan rancangan perpisahan terbaik tanpa melukakan hati mana-mana pihak. Sibuk sehingga kadang-kadang aku rasakan aku bukan lagi ‘berlakon’. Sibuk.
“Umi dan abi dah mula bertanya bila mereka boleh mendapat cucu daripada kita. Alia dah tak tahu nak jawab apa lagi.Alia rasa bersalah dan berdosa sangat pada umi dan abi.” Tak dapat kubendung lagi air mata dari mengalir.
Abang Adam datang menghampiriku dan mengelap air mata ku.
“Abang janji kita akan selesaikan semua ini secepat mungkin. Maafkan abang.” Pinta abang Adam sambil mengucup tanganku. Terharu.
“Tak, abang tak salah. Alia yang setuju dengan semua ini. Tiada siapa yang harus minta maaf dalam hal ini.” Balasku tanda bersalah. Bersalah membuatkan suami tercinta momohon ampun padaku sedangkan semua ini kehendak kami berdua. Kehendak aku sendiri.
********************
“Alhamdulillah. Selesai sudah ibadat Ramadhan hari pertama. Ujian Ramadhan hari pertama adalah ujian terbesar sepanjang Ramadhan.” Bicara abi dalam perjalanan pulang dari solat Terawih.
“Adirra katanya akan pulang raya ni. Adilla pun akan beraya disini. Tahun lepas dah beraya di rumah Ikram.” Cerita umi gembira.
Adilla Harissa. Puteri sulung pasangan Tan Sri Luqman Hakeem dan Puan Sri Hanum. Sudah berkahwin dengan Ahmad Ikram dan memiliki 2 orang cahaya mata. Hanis dan Haris. Kini menetap di Kuala Lumpur.
Adirra Harrisa. Masih belajar di Seol, Korea. Jurusan seni bina tahun terakhir.
“Wah!! Meriahlah rumah umi tahun ni.” Abang Adam turut gembira.
Aku hanya mampu tersenyum. Tak mampu untuk melibatkan diri. Fikiranku jauh melayang memikirkan apa yang sepatutnya aku lakukan. “Ya Allah, bantulah hambaMu ini”.
Malam itu sebelum bangun menyediakan juadah untuk bersahur aku sempat menunaikan solat hajat. Memohon petunjuk dan jalan daripada Yang Maha Merencana.
“Ya Allah, ku pohon padaMu agar Kau beriku petunjukMu.Bantulah aku dalam menyelesaikan semua ini. Sesungguhnya Ya Allah, seandainya dia tercipta sebagai teman hidupku, Kau perpanjangkanlah jodoh kami..seandainya dia bukan untukku, Kau berilah kami jalan terbaik dalam menempuhi kehidupan ini. Sesungguhnya, hanya padaMu aku bermohon Ya Allah, Tuhan yang Maha Agung, yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..Amin Ya Rabbul A’lamin.”
********************
Aku menunggu abang Adam pulang dari solat terawih dengan penuh debaran. Malam ini aku tidak ikut sama kerana masalah wanita. Aku yakin abang Adam pasti setuju dengan rancangan aku nanti.
“Cepat balik terawih hari ni? ” Tanya aku sebaik sahaja abang Adam melangkah masuk ke dalam bilik.
“Cepat? Tak adalah. Macam biasa. Alia tak ikut itu yang Alia rasa cepat.” Seloroh abang Adam.
Sebaik sahaja abang Adam melabuhkan punggung di atas sofa, aku terus menghampirinya.
“Sebenarnya Alia dah ada rancangan.” Bicara ku tanpa membuang masa.
“Rancangan? Rancangan apa pula ni? ” Tanya abang Adam pelik.
“Macam ni, pagi tadi Alia dapat tawaran kenaikan pangkat. Dengan syarat Alia perlu mengambil kursus di Jepun.”
Pagi tadi aku ditawarkan kenaikan pangkat. Tetapi dengan syarat aku harus mengambil kursus di Jepun selama 6 bulan. Mungkin ini petunjuk daripada Yang Maha Bijaksana untuk aku menyelesaikan semua ini.
“Jepun!!” jerit abang Adam.
“Perlahanlah suara tu, nanti umi dengan abi di luar tu dengar.” Sambil meletakkan jari telunjuk di bibir.
“Ya, Jepun. Alia ingat kita bagitahu umi dan abi yang Alia tak boleh beri abang zuriat. Alia izinkan abang kahwin satu lagi. Alia akan cadangkan kak Zulia sebagai menantu umi. Bila semuanya selesai Alia akan terus ke Jepun.Kalau boleh kita selesaikan semua ini dalam bulan Ramadhan ni juga. Sebab Alia diminta ke Jepun pada raya ke 7.” Cadangku pada abang Adam. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa hancurnya hatiku bila memikirkan semua ini. Tapi inilah yang harus aku bayar atas segala perbuatanku.
“Apa!!! Alia nak bagitahu umi yang Alia tak mampu mengandung?? Alia dah gila ke?? Abang tak setuju. Banyak lagi cara lain. Bukan ini caranya. Dan Alia akan pergi ke Jepun tinggalakan kami semua?? Itu lagi abang tak setuju!!!” Marah abang Adam. Belum pernah aku lihat abang Adam marah begitu sekali.
“Abang Adam dengar Alia. Hanya ini sahaja jalan yang kita ada. Hanya ini sahaja peluang yang kita ada. Alia tak sanggup nak teruskan lakonan ini lagi. Dan Alia tak mahu jadi penghalang cinta abang Adam. Kak Zulia terlalu baik orangnya, Alia tak mahu abang Adam kehilangan dia.Tolonglah setuju dengan Alia untuk kali ini sahaja. Alia tak pernah minta apa-apa dengan abang Adam, hanya ini yang pertama dan terakhir. Kita hentikan semua ini.” Rayuku pada abang Adam. Tak mampu lagi untukku tahan air mata dari mengalir.
Abang Adam bangun meninggalkan aku sendirian. Tiada keputusan yang dicapai. Tapi aku nekad. Walaupun tanpa abang Adam, aku tetap akan meneruskan semua rancangan ini.
********************
Sambil membantu umi mencantas pokok bonsai kesayangannya, aku memulakan bicara tetang apa yang sudah aku rancangkan.
“Umi, Alia nak mintak ampun dengan umi dari hujung rambut sampai hujung kaki.Maafkan segala salah dan dosa Alia selama Alia bersama keluarga umi.” Bicaraku tersekat.
“Kenapa tiba-tiba Alia minta maaf pulak ni??” tanya umi hairan dengan sikapku.
“Tiada apa yang perlu umi maafkan. Alia anak yang sangat baik. Tiada salah satu pun yang Alia pernah lakukan.Kenapa ni sayang??” tanya umi lagi sambil mengusap belakangku.
“Maafkan Alia umi, Sebenarnya,Alia tak mampu berikan abang Adam zuriat. Alia tak mampu berikan umi dan abi cucu. Maafkan Alia.” Bicaraku dalam ketar.Hanya Allah yang tahu betapa berdosanya aku terhadap insan yang ku panggil umi. Yang tiada bezanya dengan ibuku sendiri.
“Ampunkan Alia kerana menipu umi. Ampunkan aku Ya Allah.”
“Astargfirullahhalazim!!Apa yang Alia cakapkan ni?? Umi tak faham lah.” Tanya umi tak percaya.
“Alia tahu. Umi pasti tak percaya. Tapi itulah hakikatnya. Alia tak mampu. Alia tak boleh. Maafkan Alia umi.” Jelasku dalam esak tangis. Bukan tangisan lakonan, tapi tangisan kerana menipu seorang insane bergelar ibu. “Berdosa aku Ya Allah.”
“Tak sayang. Tak. Sekarang ni banyak teknologi canggih. Kita usaha ya. Umi yakin anak yang baik macam Alia akan dikurniakan cahaya mata yang baik juga. Kita usaha ya sayang. Umi yakin, pasti akan ada cara. Kalau tak boleh cara moden kita cuba cara kampung ya.Allah itu Maha Kuasa sayang.” Pujuk umi. Aku tahu umi kecewa sangat-sangat. Terlalau kecewa. Tapi umi bijak mengawal perasaan dan dikuatkan dirinya demi aku. Itulah umi.
“Tak umi. Alia dengan abang Adam dah cuba macam-macam cara. Baik moden mahupun cara kampung. Pelbagai usaha dah kami ikhtiarkarkan.” Bohongku pada umi.
“Kami dah buat keputusan. Alia izinkan abang Adam kahwin lain.” Beritahuku pada umi.
“Apa!! Apa yang Alia mengarut ni?? ” Marah umi.
“Alia tak mengarut umi. Kami dah setuju. Alia juga dah ada calon yang paling sesuai menggantikan tempat Alia disisi abang Adam dan juga untuk keluarga ini.” Jelasku pada umi. “Ya Allah, hanya Kau yang Maha Mengetahui.”
“Tak!! Umi tak setuju. Kalau betul Alia tak boleh beri zuriat pada Adam. Kita ambil anak angkat. Umi tak mahu orang lain sebagai menantu umi selain Alia. Umi tak setuju!!” Tegas umi.
“Umi, Alia nak abang Adam ada zuriat dia sendiri. Anak dia sendiri. Keturunan dia sendiri. Darah daging dia sendiri.” Jelasku dalam tangis yang tak dapat dibendung lagi.
“Umi jangan bimbang. Alia janji, isteri abang adam nanti lebih baik daripada Alia. Dia akan jadi isteri yang paling solehah,menantu yang paling hebat dan juga ibu yang paling sempurna kepada anak-anak abang Adam. Percayalah pada Alia umi. Alia pohon pada umi. Percaya Alia untuk sekali ini sahaja umi.” Rayuku. Aku yakin umi akan setuju. Aku kenal umi.
“Alia, jangan buat umi macam ini sayang. Alia tahu kan umi sayang Alia lebih daripada umi sayang Adam. Kenapa mesti macam ini sayang??” Tangis umi, kali ini umi tidak lagi dapat mengawal perasaanya. Tapi aku yakin ini adalah yang terbaik. Terbaik buat insan yang aku cintai.
********************
“Berbuka puasa tadi umi lain macam sahaja. Solat Terawih pun umi tak ikut. Alia tahu tak kenapa?” tanya abang Adam sebaik sahaja masuk ke dalam bilik pulang solat Terawih.
“Alia dah bagitahu umi.” Jawabku pendek.
“Bagitahu umi?? Maksud Alia??” Tanya abang Adam dengan nada terperanjat. Kami belum capai kata sepakat, tapi aku dah memulakan rancangan. Siapapun di tempat abang Adam akan terperanjat.
“Alia dah bagitahu umi yang Alia tak boleh mengandung. Alia juga dah ceritakan pada umi tentang kak Zulia sebagai pengganti Alia. Dalam masa terdekat ni boleh lah kita pergi meminang kak Zulia. Kalau boleh raya pertama abang dengan kak Zulia dah boleh disatukan.” Bicaraku lancar tanpa memandang abang Adam. Takut aku kehilangan kekuatan.
“Apa yang Alia mengarut ni??!! Kita belum pun setuju dengan rancangan tu.” Marah abang Adam.
“Nampaknya Alia tak sabar nak tinggalkan abang ya. Bersungguh-sungguh benar Alia ingin dilepaskan.Baiklah, kalau itu keputusan Alia. Hujung minggu ni kita pergi pinang Zulia. Alia suka kan?? Puas hati Alia sekarang??”
Belum sempat aku jelaskan abang Adam terus keluar. Dihempasnya pintu bilik. Belum pernah aku lihat abang Adam seberang itu. Aku meraung sekuatnya dibibir katil.
“Bukan ini yang aku mahu Ya Allah. Kalau boleh aku tak mahu dilepaskan walau sesaat pun. Kalau aku berdaya aku akan merayu supaya dakaplah aku seeratnya. Paut bahuku serapat mungkin. Jangan biarakan aku walau senafas sekalipun. Tapi aku terlalu lemah untuk itu. Terlalu lemah. Aku tak berdaya.”
********************
Deringan jam loceng benar-benar membuat duniaku berpusing. Kepalaku terlalu sakit bagai dihempas batu yang sangat berat. Tapi aku harus kuatkan diri. Keperluan suami tercinta harus aku siapkan. Abang Adam hanya akan bersahur jika aku yang masak. Bukan umi mahupun Mak Jah,tukang masak keluarga Tan Sri Luqman Hakeem sejak belasan tahun yang lalu.
Aku berjalan ke bilik mandi sambil berpaut pada dinding, berat sungguh rasa kepalaku. Keluar dari bilik mandi aku mencari abang Adam, tapi tiada. Kemana pula hilangnya?? Peristiwa malam tadi menerjah kotak fikiranku. Aku terus tertidur di birai katil kerana teruk menangis. Dan abang Adam keluar ke mana??
Segera ku ke bilik bacaan. Biasanya kalau ada masalah, abang Adam akan ke bilik bacaan. Dia sukakan buku.
Telahan ku benar. Dia tidur di sofa panjang di dalam bilik bacaan.“Maafkan Alia.” Manik jernih mula menitis kebumi. Ku tinggalkan abang Adam terus lena sementara aku turun hendak menyiapkan juadah bersahur.
********************
“Alia dah sedar.” Suara umi bagaikan bergema.
“Alia dah sedar sayang.. Syukur Alhamdulillah.” Bicara umi sambil mengucup dahiku.
Kepalaku ligat memikirkan apa yang terjadi. Kenapa semua orang ada di sini?? Ibu dan ayah dari Perlis pun ada. Kenapa aku boleh berada di atas katil hospital?? Kenapa kepalaku berbalut?? Apa yang sebenarnya semua ini?? Adakah aku sekadar bermimpi?? Dan mana abang Adam??
“Alia sayang, Alia jatuh pengsan masa turun tangga sahur kelmarin. Kepala Alia berbalut pula sebab Alia terhantuk pada anak tangga. Dua hari Alia tak sedarkan diri. Itu sebab kami telefon ibu dan ayah Alia.” Jelas abi bagaikan mengerti persoalan yang bermain di mindaku.
Tapi mana abang Adam?? Marah benar dia padaku sampaikan tak sudi melihatku disini.
Melihatkan aku yang senyap dan muram, ibu bagaikan mengerti bahawa aku perlu bersendirian.
“Doktor beritahu tekanan darah Alia terlalu rendah dan Alia terlalu letih. Itu sebab Alia pengsan. Alia perlu banyak berehat. Kami semua keluar dulu, esok pagi kami datang lagi. Alia rehat ya.” Pesan ibu sambil mengucup dahiku.
“Terima kasih ibu.” Bisikku perlahan.
Umi tidak mahu meninggalkan aku seorang. Tapi setelah dipujuk ibu, akhirnya umi mengerti. Sebelum keluar, ayah,ibu,umi dan abi mengucup dahiku dan berdoa supaya aku lekas sembuh. Mengalir air mataku tak tahan sebak di dada. Ternyata aku dikelilingi mereka yang penuh dengan kasih sayang.
Malam terasa sungguh kosong. Aku gagahkan diri bangun dari katil mencari kerusi tolak. Aku perlu keluar, aku tak mahu terbiar keseorangan dalam bilik ini. Aku mahu mencari ketenangan di kedinginan malam.
Aku duduk di suatu sudut sambil merenung malam. Aku tak berani memandang bulan kerana aku akan menangis jika terpandangkan bulan. Terasa betapa sunyi dan sedihnya sang bulan.
Dingin malam mencengkam sampai ke tulang. Tiba-tiba ada kain yang diletakkan dibahuku.
“Maafkan abang sayang.” Lafaz abang Adam sambil menggenggam erat jemariku.
Tiada apa yang mampu aku luahkan. Hanya air mata yang mengalir mamberitahu segalanya.
Malam itu aku diam tanpa sepatah kata pun. Begitu juga abang Adam. Kami sama-sama merenung malam. Memikirkan apa yang telah terjadi dan akan terjadi.
********************
“Sayang dah bangun?? Cepatnya. Nak makan apa-apa tak?? Doktor pesan sayang tak boleh berpuasa hari ini.” Jelas abang Adam sebaik sahaja menjengah masuk.
“Malam tadi abang tolak sayang masuk bilik. Tak mahu kejutkan sayang, abang pun angkatlah sayang naik atas katil. Berat juga isteri abang ni ya.” Seloroh abang Adam.
Tapi sedikit pun tidak berjaya membuat aku tersenyum. Aku masih tak mengerti. Kenapa abang Adam tiba-tiba berubah. Kenapa mesti ber’abang’ ‘sayang’ sedangkan tiada siapa pun disini.
“Laa, kenapa senyap je ni??marah sebab abang tinggalakan sayang seorang?? Sorry lah, abang pergi solat subuh kat surau sebelah.” Jelas abang Adam sambil tersenyum.
Dia bangun dan menuangkan air, lalu disuap ke mulutku. Kemudian dia membetul-betulkan bantal dan selimutku. Bimbang kalau aku tidak selesa. Tak cukup itu, dia duduk dibirai katil sambil mengulus lembut jemariku.
“Abang sayangkan Alia. Lebih daripada segalanya. Lebih daripada nyawa abang sendiri. Mencintai Alia adalah anugerah terhebat daripada Yang Maha Mencintai kepada abang. Memiliki Alia walau tidak sepenuhnya adalah hadiah terbesar sepanjang hidup abang.”
“Dan sekiranya abang terpaksa kehilangan Alia, abang lebih rela kehilangan nyawa abang. Abang terlalu cintakan Alia. Terlalu. Terimalah cinta abang sayang.”
“Tapi…” Pintasku. Tapi belum sempat aku menghabiskan ayatku, abang Adam cepat meletakkan jari telunjuknya dibibirku.
“Sebenarnya abang terlalu cintaka Alia. Sejak pertama kali abang lihat Alia di rumah umi 2 tahun lepas, hati abang dah terpaut pada Alia. Abang sentiasa berdoa agar Alia menjadi suri dalam hidup abang. Menjadi menantu kepada umi. Dan ibu kepada anak-anak abang. Allah Maha penyayang, Dia hadiahkan Alia untuk abang, tapi bukan sepenuhnya.” Bicara abang Adam sayu. Dan air mataku mula mengalir.
“Kenapa abang tak berterus-terang dengan Alia??” balasku dalam sendu.
“Bila Alia cakap tentang Zulia, abang rasakan Alia tak mahu bersama abang. Abang tak pernah cakap yang abang ada perasaan pada Zulia. Tambahan pula Izhar pernah bercerita pada abang tentang perasaannya pada Alia. Dan Alia juga ada cakap yang Alia akan beritahu umi bahawa Alia tidak setuju dengan perkahwinan kita. Itu sebab abang buat keputusan gila dengan setuju berkahwin dengan Alia. Bagi abang, biarpun abang tidak memiliki Alia sepenuhnya, tapi abang tetap berhak ke atas Alia. Dan abang yakin suatu hari abang akan berjaya memiliki cinta Alia. ”
“Tapi kenapa baru sekarang abang beritahu semua ni??kenapa tak dari dulu??”
“Abang tak mahu tergesa-gesa. Abang perlu benar-benar sedia. Dan yang sebenarnya abang takut. Takut kalau abang terpaksa kehilangan Alia.”
“Kalau betul abang cintakan Alia, kenapa abang tak ada masa Alia dihantar ke hospital?? Abang tahu tak, masa tu Alia lebih rela jika Alia mati. Alia benci pada doktor yang menyelamatkan Alia.” Tangisku semakin menjadi-jadi.
“Jangan cakap macam tu sayang.” Pujuknya sambil mengesat air mataku..
“Alia buat abang benar-benar kecewa bila Alia tiba-tiba beritahu umi tentang rancangan yang abang langsung tak setuju. Abang ingat nak luahkan segalanya pada Alia malam tu,tapi ternyata Alia lebih dulu minta dilepaskan. Ternyata cinta abang tak berjaya menambat hati Alia. Abang kecewa sangat-sangat. Sebab tu abang halang diri abang dari melawat Alia. Tapi ternyata cinta abang lebih kuat dari marah abang pada Alia. Abang tak berjaya halang diri abang dari bertemu Alia. Abang tak sanggup berpisah dengan Alia.” Jelas abang Adam tentang apa yang berlaku.
Tiada kata yang mampu aku luahkan. Kami saling berpelukan. Seerat mungkin. Bagaikan tiada apa yang dapat memisahkan kami saat itu.
“Maafkan abang sayang. Maafkan abang atas segala penderitaan Alia selama ini. Maafkan abang kerana tidak menunaikan tanggungjawab sebagai suami. Maafkan abang kerana leka dengan perasaan Alia. Maafkan abang sayang.” Rayu abang Adam sambil mencium-cium jemariku. Terasa bahangnya airmata abang Adam yang mengalir di jemariku.
Aku yakin cinta Adam Harris tulus dan ikhlas buat diriku Alia Areena. Dan aku yakin inilah petunjuk daripada Yang Maha Merencana. Aku bersyukur yang teramat sangat.
Terlalu bersyukur.
********************
“Selamat hari raya Aidilfitri sayang.” Bisik abang Adam ke telingaku.
“Selamat hari raya Aidilfitri??” Tanyaku pelik.
“Ya, selamat hari raya Aidilfitri” ulang abang Adam lagi.
Terasa liat sungguh mataku untuk dibuka. Baru aku teringat, malam tadi aku tidur lewat sangat. Bantu umi, kak Adilla, Adirra dan Mak Jah membuat persiapan akhir menjelang raya. Siapkan pakaian raya lagi. Hampir pukul 4 pagi baru aku berjaya meletakkan badan disisi suami tercinta.
“Dah pukul berapa ni?” Tanyaku sambil menggosok-gosok mata.
“Dah subuh. Bangunlah mandi. Busuklah.” Seloroh abang Adam.
Selepas solat subuh aku terus ke dapur membantu mana yang patut. Umi memang akan menyiapkan semuanya sebelum pergi solat Aidilfitri. Balik sembahyang boleh terus makan. Tak perlu nak kelam kabut. Hehehe..
Pulang dari sembahyang, kami semua menuju ke kubur datuk dan nenek abang Adam. Pertama kali buatku. Selesai membaca surah Yassin, al-Fatihah dan sedikit doa, kami terus pulang kerumah.
********************
“Abang, ampunkan dosa dan salah silap Alia selama bergelar isteri abang. Halalkan segala makan pakai Alia. Ampunkan Alia ye bang.” Menitis air mataku tatkala mencium tangan suami tercinta. Terharu diberi peluang oleh Yang Maha Mengasihi memiliki insan yang sangat aku cintai.
“Alia tak pernah bersalah pada abang. Abang halalkan segalanya. Dan abang harap, Alia pun sudi maafkan segala kesalahan abang pada Alia.” Sambil mengucup lembut dahiku. Terasa hangatnya kucupan seorang suami.
Selesai semua bermaaf-maafan, kami menjamu selera dengan semua juadah yang tersedia. Meriah sungguh Aidilfitri kali ini. Pertama kali menyambut Aidilfitri sebagai seorang isteri. Isteri kepada seorang suami yang sangat aku cintai.
********************
“Assalamualaikum.” Suara orang memberi salam sambil menekan loceng pintu.
“Waalaikumusalam.” Jawab abi dari dalam rumah.
Keluarga Ikham Izhar memang tetamu wajib keluarga abi dan umi. Datuk Arsyad dan Datin Siti Nuraidah, ibu bapa Izhar merupakan sahabat umi dan abi semasa belajar puluhan tahun dahulu.
Melihatkan Izhar aku rasakan seribu kesalahan telah aku lakukan padanya.Risau apa yang akan dikata nanti bila aku dan abang Adam masih suami isteri. Risau di wajahku dapat di baca oleh suami tercinta.
“Sayang tak perlu risau. Izhar tak tahu apa-apa pun. Abang tak pernah beritahu dia apa pun yang terjadi antara kita.” Bisik abang Adam ke telingaku.
“Maksud abang??!!” tanyaku terperanjat.
“Ya, bila abang cakap yang hanya kita bertiga sahaja tahu, sebenarnya tak, hanya abang dan Alia sahaja yang tahu. Mustahil abang akan lepaskan Alia kepada orang lain.hehehe” Jelas abang Adam sambil ketawa sinis.
“Owh..main-mainkan Alia ye.” Balasku sambil mencubit pinggang abang Adam.
“Aduhh!!” jerit abang Adam. Semua yang ada di ruang tamu memandang tepat kearah kami. Senyap.
“Kenapa Adam??” tanya umi kehairanan kerana tiba-tiba sahaja abang Adam menjerit.
“Tak ada apa umi. Semut gatal gigit pinggang Adam.” Jelas abang Adam sambil tersenyum simpul.
Semua yang ada tergelak di buat dek abang Adam. Riuh rendah rumah besar ini di buatnya.
********************
Ya Allah, bahagianya hidup ini. Aku bersyukur teramat sangat hanya padamu Ya Allah..
Terima kasih atas bahagia yang Engkau anugerahkan Ya Allah. Sesungguhnya setiap recanaMu adalah yang terhebat dari mana-mana rencana di dunia ini.
Mungkin kehidupan tak seindah kisah cinta kami. Tapi kehidupan juga tak sedasyat yang kita bayangi. Kerana itulah ia di gelar kehidupan.
Cerpen Cinta ini telah dikirimkan oleh saudari Siti Rahmah.
e-bah
Cinta itu memang susah. Apalagi jikalau kita menaruh perasaan terhadap orang yang sukar untuk dimiliki….:x
aleena
besh citer nie~o)
pooh_gurl
heee…..
luv dis story a lot……..
t`igt kat abg cayunk pooh…..
:x:x:x
eyka
cinta sukar utk dtafsirkn..
andai anda mncintai ssorg luahkn sja wloupun anda thu anda akn ditolak tapi skurng2nya dya thu anda mncintai dya..
cinta itu terlalu sukar tapi terlalu mnis andai dkongsi bersama yg tercinta..
kpd semua,smoga anda bhgia dgn cinta yg anda miliki..jngn lpaskn cinta anda kerna cinta sejati mungkin dtng hnya sekali..
wsalam..
EMARIZ
wah….seronok nyer cerite nie…
alangkah bahagianyer kesudahan cerite nie…:x:x:x:x:x:x:x:x:x:x:x kan bagus berade ditempal “ALIA AREENA”:x:x:x:x:x
EMARIZ
[Comment ID #19924 Will Be Quoted Here]
Betui tu…that goods!!!
:x:x:x:x
eyka
[Comment ID #19927 Will Be Quoted Here]
ahah,thx q..jdilah pecinta yg setia yup..gud lux..
living_creature
realiti tidak seindah mimpi….
langit tidak selalunya cerah…
persiapkan diri, matangkan fikiran jika berlaku sesuatu di luar jangkaan…
because love….is painful….
EMARIZ
[Comment ID #19930 Will Be Quoted Here]
owh..tu sudah semesti nyer…gud luck for u…
:d:d:d:d:d
insan terluka
cerita ni sgt sweet… sy jg ade menaruh hati pada abg angkat sy dalam diam, tpi sy sedar yg die lebih tertarik kpd sepupu sy yg cantik.. sy rasa sgt3 kecewa..
sms3rd
[Comment ID #19924 Will Be Quoted Here]
hmmm…bgtau kat dia eh?…nampak cam senang…tapi sebenarnya susah nak lakukan nya…huhuhu
insan terluka
sy pnh bg hint, tpi dye mcm buat2 xfhm or mmg xfhm… so.. i dunno wht should i do.. huhu
zakwan
huh…
cta ny memeng btol2 dasyat lor…
2 in 1…
🙂
🙁
tp klau kta tol2 ska, cinta, n cyunk kat sowang 2…
jgn lor pendam jar perasaan 2…
tkot2 dua2 merana….
tp tol lar..
cinta x knal sesiapa….
cinta itu buta…
jdi..
skrg sesiapa yg sndang ska kat sowang 2…
jgn teragak2 nak luahkan prasaan 2 k…
=|
:x:x:x:((:):)
dearie
wowww..nice story..cinta sejati sukar dicari tapi xmustahil utk dimiliki kan..love need sacrifice..:x:x:x:x:x:x:x:x:x:x:x
adreyana
cerita menarik
'ain comel..
x best r cite ni..
cam tiru novel bicara hati je..
da xde idea ke??
bosan..
tlg la pk bende yg menarik sket..
jgn la ambik idea org lain..
cite mcm ni da slalu org buat..
blah r!!!!!!
ALEX
[Comment ID #20002 Will Be Quoted Here]
Hek…eleh….kerek betol hang nieh!!!
dh taw xsuka,jgn bace atikel nie r!!!
hah comel konon…bole blahhhh r,jgn nak perasan!!!!
silver_planet
hahahaha, ileks kawan2…
dier nih nk berkongsi citer jewk…
jgn ler kutuk…
law hebat sgt, meh ler kongsi citer sini…
kiter tgk laks, besh ke tak??
myra_nurcinta
well..ssh gak tau kita nk pk idea nk wat cerpen cmni.
jgn main tduh je.kita kne hargai usaha@idea penulis ini.
overall..its lovwly story..love it so much..:x
myra_nurcinta
btl..btl..btl..
myrA stuje dgn silver 2..
try la send artikel..biar kitaowg judge value story ain.
amacam…ada bran x??
ayan
besh cite ni 😡
miqa
weih,aku stuju dgn ain,,
cite ni x best la..
mmg la kene hargai usaha die tp,,
da x best, nk wt canne,,
korg tu x pandai menilai,, sbb tu la kate best,,
aduss!!
Mencari keredhaanNYA
Salam, best gak cerita ni..indahnya bila apa yg diimpikan tercapai…tapi aku, aku tersepit dlm memilih 2 insan yang amat mencintai aku. J, dah 4thn aku bersama dia, tapi dah berulang kali dia mengkhianati aku, namun sehingga hari ini pun dia tidak mahu melepaskan aku dan sikapnya semakin berubah baik…
H, insan baru yg hadir dlm hidup aku…mengisi kekosongan saat aku benar2 memerlukan. Keperibadiannya membuatkan dia menjadi rebutan gadis2. Ketaatan dan keluhuran budinya membuatkan aku kagum. Tak semua remaja islam seperti dia. Aku mengakui aku mencintai dia seperti yang dia juga lafazkan pada aku, cuma aku takut untuk menyatakannya…
Ya Allah, berilah aku pertunjuk!
Mencari keredhaanNYA
‘ain comel.. on December 11, 2008 at 3:18 am said:
x best r cite ni..
cam tiru novel bicara hati je..
da xde idea ke??
bosan..
tlg la pk bende yg menarik sket..
jgn la ambik idea org lain..
cite mcm ni da slalu org buat..
blah r!!!!!!
KPD SAUDARI AIN, TIDAK BAIK UTK KITA MENGEJI HASIL KERJA ORANG LAIN. BIARPUN MNGKIN IDEANY SMA, TAPI SEKURANG2NYA HASIL ITU BERBEZA…JGN SUKA MENGHUKUM KERJA ORG LAIN ANDAI DIRI SENDIRI BELUM CUKUP SEMPURNA. SEMOGA DIRAHMATI.
'ain comel
ala,,da mmg x best..
kpd Mencari keredhaanNYA ske hati la nk komen pe pon..
hak masing2 kan..
klu x ske..
xyah r bace komen aku..
cite ni x best!!!!!!!!!!!!!!!!!11
miqa
lek r ain..
emo la u ni..
silver_planet
😐
ishihara
ape la ain ni,,
x baik tau!
Nana_Arena234
Apela Saudari Ain nie,if x ske pun,x pyah pun dbace,org yg kirim artikel tew pun x suruh you bace pun,if nak coment tew,kasi ler,perkataan yg baek sket,x payah lah,guna kn perkataan ksar 2,apelerr~ 8-|8-|8-|:P:P:P
ishihara
betul la nana_arena
arep
betul la ain ckp..
cite ni mmg x best!!!!!
haikal
ktorg nk ain mintak maaf kt sume pembace kat sini…
x baik tau kutuk camtu..
budi bahasa budaya kita…
miqa
stuju gak dgn haikal,,
ape kate pembace yg lain??:-?
myra_nurcinta
i’m totally agreed…!!
ain kne mtk maaf dgn smue chatterz kt sni.
lau da terlanjur kata 2,mtk maaf je la.
xyah nk pnjg2kan cter..
btl x,silver?
………..
……….
………
……..
…….
……
…..
….
…
..
.
myra_nurcinta
lau muke je comel,tp tiada budi bicara..x gune gak..
like i said b4,kita kne hargai usaha@idea penulis ni.
if de persamaan pun,x pyh la kutuk2.
kita ptt bg semangat pd penulis ni.
if semua nk kutuk cmne industri penulisan kita nk maju?**==
'ain comel
huh,ade yg x puas hati lg rupe nye..!
LailaNieta5357
:-w apela ain ni kan, biarla org yg wat cerpen ni, da idea dia mcm ni, biarla… Tak suke, jgn baca.. Anyway, best citer ni…
myra_nurcinta
bukan x puas ti tp trase ati je..
so…nk mtk maaf ke x??:-<
AWanbiRU_BOyz
hmm..xkisahlah kopi paste ke,ape ke..janji cite nie menunjukkan makna tersirat dn tersurat…
tp kan,bg aku,sesapa yg ada gf,bf,buah hati mahupon kekasih kenalah hargai pemberian tuhan…ermm..bersyukurlah kerana tuhan dh kurniakan pd korang sume pasangan…
setialah pd yg 1..bukan ape,perit tau rasa putus cinta nie..terlalu perit..korang bayangkan,korang ada gf,patu putus..xsampai sebulan,gf korang tuh ada laki lain..laki tuh lak mmg korang benci..cmne? ape pendapat korang?
mayb xsume berdaya nak terima kenyataan..tp tulah aku..aku terioma kenyataan nie wpon pedih sgt2…nangis air mata darah pon xdpt ubah ape2…cuma aku doakan kalu dialah jodoh aku,tuhan kebalikanlah dia pada aku..ermm..thanks sbb membc luahan hati aku nie..salam..
sahabat
hm.. hrp2 awak dpt balik si H tu awanbiru.. amin.. 🙂 (dari insan yg sntiasa mndoakan kebahagiaanmu..)
sahabat
anyway.. cite ni mmg best.. meleleh2 airmate aku bace.. isk2..
drInspirasi
Menariklag cerpen ni. Penuh dengan unsur Islam dan maksud sebenar cinta.;)
jaja
nice luv story..tapi wujud ke dlm realiti???:-?
'ain comel
jaja,xwujud pon cite cam ni dlm realiti..
new2n
ih……………
jd terharu deh,pingin nangis aja.tapi nangis seneng maksudnya………….
palagi kata2nya sangat romantis,dengan panggilan sayang bikin cewek jadi berdebar!!!!:((:x:)>-
ALEX
[Comment ID #20094 Will Be Quoted Here]
Ko nieh nak kata bangang pwon xjugak!!!!!
dunia nieh besar oiiii cik adik yg paling comel didunia….
xsemua lam kehidupan nie anda tahu semua isi2 kehidupan…..dan
yang pasti nye,ade kat dunia cerite mcm nie….ialah kenyataan..
bagi sesetengah pihak…..dan ia bukan datang dari diri anda….tapi org laen..
mungkin anda tiada sifat saling-menyayngi…and memahami ….
tu yg hati lu xsuka dgn artikel mcm nieh…..kalu lu dah bagus sangat…ape kata,lu ciptakan artikel bg kiteorg bace and boleh kwn2 comment kan….
kuntum azhani
:d Ain comel…
mesti ada maksud tsirat nape awk kate gitu…
ada kene mgne dgn hidup awk ke citer ni???
anyway citer ni bez gak =|
sy baru sj hantar karya sy
klu tiada halagan
cerpen akn d kluarkan
jgn lupa komen ia!!!:x:x:x
Fanaa
err bole tk copy cite neh ? hm sy nk masuk kn kt blog (:
best cite neh tp tk puas bace lah :d
nabella najwa
luv is too hard to be defined….
ali
iz
btl ckap korang cita ni best gak aku bngga ada org dpat wat karya mcm ni drp org yg bnyk ckp tp x dak hsil lngsung…btl x krang???
syida
like it.