Download: Kerana_Kau_Mata_Hatiku.pdf
Hari ini aku pulang dari kerja agak awal dari biasa. Memandangkan hari masih awal, aku mengambil kesempatan untuk berjalan-jalan di sekitar ibu kota. Sekadar melepaskan penat bekerja seharian. Hmm…sudah lama aku tidak berkesempatan mengambil angin seperti petang ini. Seronok pula rasanya walaupun manusia sentiasa memenuhi segenap ruang disana sini. Sedang aku leka melihat barang-barangan yang dijual di sekitar Masjid India, aku terlihat sekumpulam manusia sedang leka berkerumun melihat sesuatu. Pastinya sesuatu yang menarik!
Terdetik juga dihati ini ingin melihat apakah yang melekakan mereka semua sehingga langsung tidak berganjak dari tempat mereka berdiri. Entah mengapa hatiku semakin kuat meronta-ronta ingin melihat apabila orang ramai yang mengerumuni bertepuk tangan. Seolah-olah mereka sedang melihat ahli silap mata membuat magic. Aku juga pelik dengan perasaanku yang tiba-tiba ini. Mungkin ianya sesuatu yang menarik? Mungin juga…siapa tahu.
Ketinggian yang ku miliki langsung tidak membantu ku melihat. Puas ku cuba berasak-asak dengan mereka yang lain. Harapanya dapatlah ku kehadapan bagi melihat dengan jelas lagi ‘panorama’ didepan sana. Namun, hanya bau-bauan yang tidak tertahan menghidangi hidungku ini. Masam…masin… manis…semua ada!
Tidak mahu mengalah, aku bergerak ke sebelah kanan pula. Ya! Dari sini aku nyata boleh melihat dengan jelas. Namun apa yang terpampang dihadapanku hanyalah perkara biasa… seorang pelukis jalanan yang sedang tekun melukis potret seorang wanita. Dikelilingnya juga penuh dengan lukisan potret pelbagai wajah.
Memang tidak disangkal, lukisan-lukisan nya semua tampak hidup. Cantik! Tapi apa yang dipelikkan? Di sekitar bandar raya ini juga setahu ku terdapat ramai lagi pelukis jalanan. Namun, tidaklah terlalu mendapat perhatian seperti pemuda ini.
Apa istimewanya lelaki ini? Adakah wajahnya kacak sehingga meraih perhatian? Tapi serasaku tidak logik pula. Kalau benar pun pemuda itu terlalu kacak, pastinya dia hanya mendapat perhatian gadis-gadis saja. Namun kini bukan saja para gadis, ‘mak-mak’ dan ‘bapa-bapa’ juga turut setia melihat.
Takkan orang KL tak pernah tengok orang melukis potret??? Ada baca ayat ‘guna-guna’ ke??? Alamak…terlebih sudah! Hehehe. Aku cuba mengintai wajah pemuda itu tapi gagal kerana kedudukannya membelakangi ku. Yang kelihatan hanyalah lukisan potretnya yang hampir sempurna siap.
Selagi aku tidak melihat wajah pemuda itu dan keistimewaanya, hatiku ini tidak akan puas. Mungkin bukan rezeki ku hari ini.Esok aku akan datang lagi…
***
“Lewat kau balik, Wan?” Hadi yang melihat sahabatnya itu terkial-kial membawa perkakas lukisan ditangan turun membantu.
“Hmm…ramai sangat pelanggan tadi. Tak menang tangan aku…” Ikhwan menghela nafas. Penat siang tadi masih belum hilang.
“Yeke? Alhamdulillah…murah rezeki kau, Wan.” Hisyam yang sedang leka menonton drama Impak Maksima, menyampuk.
“Alhamdulillah. Aku pun tak sangka di bandar besar macam ni masih ada rezeki menanti untuk orang macam aku ni.” Wajah Ikhwan berubah mendung.
Melihat akan perubahan di wajah sahabat mereka itu, Hadi dan Hisyam mendekati. Mereka tahu apa yang difikirkan Ikhwan itu.
“ Wan, dahlah tu. Sebagai hamba Allah, kau kena redha dengan Qada dan Qadha nya.” Hadi menepuk-nepuk bahu sasa sahabatnya sebagai tanda semangat. Hisyam disebelah mengangguk tanda mengiyakan.
Ikhwan seyum. Dia tahu Hadi dan Hisyam merupakan sahabat yang baik…di masa senang mahupun susah. Dia berasa sungguh bertuah dapat memiliki sahabat sebaik mereka.
“Aku tahu. Terima kasih Hadi…Syam.”
Ikhwan bangkit. Berlalu ke bilik. Badan harus dibersihkan dan diri ini pula memerlukan rehat secukupnya kerana esok masih banyak tugas yang menanti.
***
Masjid India, 10 pagi…
Sengaja aku datang ke sini lebih awal hari ini. Niatku bukan untuk membeli-belah tetapi memburui agenda yang tidak kesampaian semalam.
Dari jauh sudah kelihatan orang ramai sudah berpusu-pusu mengelilingi pelukis jalanan itu. .Hmm! Nampaknya ada lagi yang lebih awal dari aku. Cuma ia tidaklah seramai semalam. Mungkin hari masih awal.
Naluri ku kuat mengatakan lelaki ini pasti ada yang ‘istimewa’ tentangnya kerana semalam dia turut hadir dalam mimpiku. Walaupun begitu, wajahnya tidak jelas kelihatan. Sesungguhnya, kehadirannya mengundang misteri kepadaku. Siapa dia???
***
Masjid India, 10 malam…
Jam sudah menjengah ke angka 10 malam. Aku masih disini. Setia menati si dia. Hanya memerhati dari jauh. Tidak pernah aku membuat kerja segila ini!
Untuk mendekatinya terus serasa tidak sesuai kerana dia begitu sibuk melayan ‘pelanggan-pelanggannya.’ Oleh itu, aku membuat keputusan menantinya sehingga dia selesai melakukan ‘tugasnya’ untuk malam itu.
Sewaktu dia sedang leka mengemas perkakas lukisannya, aku terus menjalankan misi ku yang tertangguh kelmarin.
“Encik, boleh tolong lukiskan potret saya?” Aku pura-pura bertanya. Sengaja ingin mengumpanya bersembang denganku.
“Maaf, cik. Saya dah nak balik ni. Hari pun dah lewat. Cik datang esok saja ye.” Dia tidak memandangku. Tangannya tangkas mengemas tanpa mempedulikan kehadiranku. Ape…tak cantik ke aku ni?!
Dalam samar-samar cahaya itu aku dapat melihat wajahnya dengan jelas. Kacak! Matanya…keningnya… hidungnya…mulutnya… semuanya cantik terbentuk.
Aku bagaikan berada dalam duniaku sendiri. Terasa seperti jatuh cinta pandang pertama. Tetapi mengapa dia tidak memandangku? Seakan tersedar dari mimpi yang panjang, aku kembali ke alam nyata.
“Encik, tolonglah. Satu potret je.” Aku merayu lagi. Dengan harapan dapat mengenalnya dengan lebih dekat.
Panas hati ku ini apabila rayuanku sedikit pun tidak diendahkannya. Sudahlah aku menantinya dari pagi sehingga malam menjelma, boleh pula dia buat tidak tahu!
Tanpa aku sedar, aku merampas semua berus lukisan yang entah berapa batang ditangannya dengan kasar. Ke semua berus lukisan itu bertaburan jatuh ke tanah. Aku tergamam sendiri dengan sikapku yang tiba-tiba itu. Namun,dia dengan selamba tunduk mengutip berus-berus itu tanpa memarahiku langsung. Terdetik rasa bersalah dihati tapi….
Aku terperanjat apabila tangannya teraba-raba mencari dan mengutip berus-berus yang jatuh tadi. Aksinya seolah-olah dia tidak nampak di mana kedudukan berus lukisan tersebut. Aku terpaku memandangnya. Mungkin terasa diri diperhatikan, dia menghentikan perbuatannya.
“ Kenapa? Terkejut? Tak sangka?” Bertubi-tubi soalan dia ajukan padaku.
“Err…awak…” Belum sempat aku menghabiskan kata-kataku….
“Ya! Saya buta. Puas?” Aku terperanjat dengan kenyatan yang diberikan.
“Tapi…” Aku tidak mampu meneruskan kata-kata seterusnya.
“Kuasa Allah. Segala yang diberikan adalah kurniaanNya yang tak ternilai…” Dengan perlahan dia mengungkapkan kata-kata itu yang menusuk ke jantung hatiku.
Barulah kini ku tahu mengapa dia mendapat perhatian ramai. Dia melukis dengan mata hati. Walaupun buta, tapi setiap lukisannya seolah-olah dia nampak apa yang dilukis. Dalam diam, aku mengagumi dirinya.
***
Dua tahun kemudian…
“Ikhwan…Suri nak tanya cikit boleh?” Aku memberanikan diri bertanya.
“Hahaha..sejak bila pulak kalau Suri nak tanya, Ikhwan kenakan cukai? Tak ada kan? Tanya aje lah…” Dia ketawa. Seakan-akan satu jenaka pula padanya.
“Emm… kalau Wan dapat melihat semula, Wan nak kahwin dengan Suri tak?” Aku memandang tepat ke matanya. Matanya celik namun siapa sangka pemuda kacak ini tidak cukup satu pacaindera yang tak ternilai harganya..
Kali ini ketawanya semakin galak. Aku hanya membatukan diri.
“ Wan, Suri tak main-main…” Tanpa dipaksa, air mataku menitis. Dia bungkam.
“Suri, Suri sendiri tahu Wan ni macam mana. Wan tidak sesempurna orang lain. Wan tak layak bergandingan dengan Suri. Wan buuu…” Cepat-cepat aku meletakkan jari telunjuk ke mulutnya.
Sesungguhnya, aku tidak mahu perkataan akhir itu keluar dari mulutnya. Aku ikhlas menyayanginya. Dan aku yakin dialah jodoh yang telah tersurat oleh Allah kepadaku.
“Hmm…” Ikhwan mengeluh panjang.“Suri, seandainya Tuhan takdirkan Wan dapat melihat semula, Wan akan mengawini Suri. Ini janji Wan!” Ayat terakhirnya benar-benar menbuat hatiku berlagu riang.
Aku akan nantikan saat itu…
***
Suatu pagi…
“Hello, Suri.” Awal pagi itu aku mendapat panggilan dari Ikhwan.
“Wan, kenapa ni tiba-tiba aje call?” Biasanya dia tidak akan menelefonku seawal hari ini.
“Good news! Tak lama lagi Wan akan dapat melihat semula…” Suaranya kedengaran begitu ceria.
“ Betul ke ni?” Aku sungguh gembira dengan berita yang disampaikan Ikhwan. Dalam hati, aku mengucap syukur kehadratNya.
“ Iye, sayang. Minggu depan operation .” Dari suaranya, aku tahu dia sudah tidak sabar lagi melihat dunianya kembali.
***
Sebulan kemudian…
“Suri! Kenapa Suri cuba jauhkan diri dari Wan?” Walaupun hanya berbual melalui telefon, suaranya jelas kedengaran tegang.
Ya! Selepas Wan mendapat ‘mata barunya’, aku sudah tidak menghubunginya lagi mahupun berjumpa. Kali terakhir aku berjumpanya sehari sebelum dia diusung ke bilik pembedahan. Sengaja igin menatap wajah Ikhwan sepuas-puasnya.
“Suri…cakaplah. Kenapa diam? Suri tak suka Wan dapat melihat semula?” Aku diam. Tiada kata yang mampu ku ungkapan.
“ Suri..kalau Wan tahu akan jadi begini, Wan sanggup untuk tidak melihat selama-lamanya asalkan Suri tak jauhkan diri dari Wan.” Nada suara Ikhwan berubah kecewa.
Dihujung talian, hanya esak tangisku saja yang kedengaran. Bukan aku tidak mahu bertemu Ikhwan tapi ada rahsia yang harus ku sembunyikan dari pengetahuannya.
“ Wan nak tatap wajah ‘mata hati’ Wan ni. Dan… Wan nak kabulkan janji Wan dulu pada Suri. Kita jumpa, ok?” ‘Mata hati?’ Aku tersenyum mendengar perkataan yang disebut Ikhwan itu.
***
Aku setia menanti Ikhwan di tempat dimana dia pernah melukis dulu. Di sini jugalah tempat pertemuan pertama kami dulu. Sengaja aku datang lebih awal sebelumnya. Apakah reaksinya nanti apabila melihatku?
Ikhwan sampai tepat pada masanya. Sewaktu dia sampai ditempat yang dijanjikan bersama Suri, kelihatan seorang gadis buta turut berada di situ. Dia berasa serba salah samada mahu terus ke sana atau menanti saja Suri di tempatanya berdiri.
Jantung aku pula tiba-tiba saja berdegup kencang. Aku dapat merasakan seperti Ikhwan sudah berada dekat dengan diri ini.
Entah mengapa tiba-tiba saja kaki Ikhwan laju saja melangkah ke arah di mana gadis buta itu berada. Seolah-olah gadis itu menggamit Ikhwan datang kepadanya.
Dengan ringan mulut, Ikhwan menegur. “Err…maafkan saya Cik. Cik dah lama ke duduk dekat sini?” Sekilas dia memandang wajah gadis buta itu. Cantik! Sudah lama dia tidak melihat keindahan ciptaan Ilahi itu.
“Ikhwan??? Awak Ikhwan kan?” Ikhwan terkejut kerana gadis buta itu tahu namanya.
“Ya..saya Ikhwan tapi macam mana…” Belum sempat Ikhwan menghabiskan kata-katanya,gadis buta itu bersuara lagi.
“ Sebab saya Su..Suri…” Menggeletar aku menyebut namaku sendiri.
Adakah lelaki dihadapanku ini terkejut apabila mengetahui gadis buta yang dilihatnya itu adalah aku? Bagaimanakah reaksinya? Sayangnya aku tidak mampu melihat.
“Suri??? Betul ke awak ni Suri? Ikhwan tahu Suri dulu tak macam ni kan?” Agakkan ku tepat sekali. Ikhwan benar-benar terkejut.
Yang bermain-main di hatiku kini sanggupkah dia menerimaku seperti dulu? Sanggupkah dia menunaikan janjinya dulu padaku? Aku pasrah andainya dia tidak mampu menerimaku seperti dulu. Aku terima takdirNya andainya dia bukan untukku lagi.
“Ya Allah…Suri, kenapa Suri sanggup buat ini semua? Kenapa Suri?” Ikhwan memegang bahuku dengan kedua belah tangannya. Kuat!
“Sebab Suri sayangkan Ikhwan. Suri nak Wan tahu Suri sanggup berkorban apa saje demi cinta kita ni. Dan paling penting, Suri nak tengok Wan melihat semula. Walaupun Suri tak dapat melihatnya tapi Suri gembira.” Aku senyum.
“Suri nak tengok Wan melihat semula tapi Suri…” Suara Ikhwan kedengaran sedih. Benar-benar menyentuh naluri wanitaku ini. Aku terdengar satu esakan kecil dekat ditelingaku.
Tanganku meraba-raba wajah kacak milik Ikhwan. Walaupun aku tidak boleh melihat lagi tapi aku tahu dia tetap lelaki paling kacak yang menghuni hatiku ini. Wajahnya basah. Ya! Ikhwan menangis. Aku seperti tidak percaya air mata lelaki ini tumpah jua akhirnya. Tidak semena-mena, air mataku mengalir. Bukan kerana menyesal mendermakan mata milikku kepada putera hatiku ini tapi hatiku benar-benar terkilan kerana telah menyebabkan air mata lelakinya tumpah.
“ Suri, Suri tahu tak pancaindera yang satu ini penting sangat? Suri tahu tak betapa besarnya pengorbanan yang Suri dah buat ni?” Ikhwan menyeka air mataku. Mata-mata yang melihat langsung tidak dipedulikan.
“Suri tak perlukan lagi…” Pendek aku menjawab.
“ Tapi kenapa?” Suara Ikhwan kedengaran terkejut.
“Sebab… Ikhwan mata hati Suri. Suri boleh melihat dan merasa getaran melaluinya” Aku senyum lagi.
Perlahan-lahan aku merasakan pegangan tangan Ikhwan semakin kejap pada tanganku. Terasa diri ini teramat dekat dengan dirinya.
“Suri..” Ikhwan memalingkan tubuhku mengadapnya.
“Sudikah Suri menjadi permaisuri hidup Wan? Bukan untuk seketika tapi untuk selamanya…” Kata-katanya lembut menusuk terus ke jantungku.
Aku tersenyum dan mengangguk setuju. Itulah satu-satunya ayat keramat yang aku tunggu-tunggu selama ini.
Terima kasih Tuhan kerana menemukan diriku dengan lelaki ini. Aku yakin dialah jodohku kerana Kaulah mata hatiku. Selama-lamanya…
Tinta kasih,
AMINIELA…
Cerpen Cinta ini telah dikirimkan oleh saudari Fazila Haryatie Wahab.
huhuhhu menitik air mate bace citer nie…teringat plak citer mak derma telinga untuk anak2 dia semata nak anak dpt telinga cantek
sweet nyer cite nih…. 😥
sweet story..! (^-^)
pengorbanan demi cinta sejati…
terharu….huhu…
erm… kalau dah jodoh x kemana kan??? terimalah seseorang seadanya.. cacat pada panca indera x semetinya cacat segala-galanya..
😥 nak cari yg ikhlas memang susah.. tp kbykannye bl dh temui yg ikhlas, tinggalkan mcm tuh jer…
mustahil…
jgn buta kerana cinta..
mereka yang sanggup berkorban marwah dan nyawa demi cinta adalah orang yang tidak perbah memahami cinta yang sebenarnya..
begitu juga megorbankan pancaindara yg merupakan nikmat dan anugerah sebagai manusia..
cerpen ini memubuatkan aku tersentuh..
tp cerpen ini seperti mempermain-mainkan manusia bahawa cinta sesama manusia itu adalah segala-galanya..
walaubagaimanapun…
tahniah..
ish…ade lg kew owg cm ni zman skunk ni??? 😐
tp pe2 hal p0n,cte ni mmg t0uchng gak la 😥
huhu…n0t bad
aiman, love u so much…
waa…bes + sedih sgt citer niee…. 😥
waa…bgsnyee + sedih citer nie :up: 😥
ctew ny mmg tchng glew… 😥
tp stll ad ag kew cnte yg cm2 kt zmn ney ❗
law kte snggp brkrban dmy somene yg kte cyg
e2 snanye bkn cnte tp kmrhn aty atwpon nfsu jew.. 😐
pew yg kte prlu ialh sntiase mnghrgai ‘dy’
slagy dy msh idop.. 😉
sweet nyer cite nie.. terharu sangat 😥 .. walau cam ne pown c die kite terima r die seada nya k… luv u my sweet heart 😛
sweet cgt..cyte yunk myentuh prasaan..sanggup bkorban demi cinta..
hargailah keikhlasan seseorang yunk kyte sygi slagi blum tlambat.. 😥 :up: for someone yunk sye sygi,sye ikhglas thadap cinta kyte..awk telah mengajar makna percintaan..
sy nangis tau baca crita nie… 😥
peh menitis air mata aku di watnyer….
cdih gler….
👿
i feel like an angel when read this novel…im loving it
saya pernah lalui sume nie…tahniah bg pengarang.. 💡
:XO: 😥 👿 🙄 😳 😮
tiada kata dpt kugambarkan..
tersentuh hatiku.. 😥
jgn pertikaikan sama ada wujud atau tak cinta sebegini..
kita perlu terima.. dan dpt msg yg cuba disampaikan melalui cerita ini..
tahniah..
bagus jugak crita ni..
emm.. apa ya perasaan anda smua bila kekasih anda tinggalkan anda tanpa anda smua tahu sebabnya?? saya sedih n betul2 buntu.. tp ada y mengatakan dia telah di ‘kenakan’ olh seseorg y suka padanya.. wallahu’allam.. apa y harus saya laku kan.. sblum kami putus, dia sedar akan perubahan pada hati dia dan dia sendiri x tahu kenapa.. dan akhirnya dia lepaskan saya.. bila saya tnya apa masalah sbnrnya, dia kata x tahu.. dia btul2 x da jawapan.. patut x? sedih sgt.. lg sedih bila mengetahui ada org y kejam merosakkan hubungan kami y dah lama ni n cuba kawal hati dia.. huhu…
huhuhu…
sedey la citer ney…
😥
nanges la bace..
bb lebiu. 😥
waduh..cite yg mnyayat hati 😥
tp x puas hati part neh la “Suri, seandainya Tuhan takdirkan Wan dapat melihat semula, Wan akan mengawini Suri. Ini janji Wan!”
nape wan rse kne ubah diri die bru nk kawin ngn suri?
mcm suri 2 x time die bute je…
pape pn hanye cerita semate2… ❗
cite ni best gak la..tp suri ni cam xbgs gak..secara umumnya mmg suri ni baik sbb sggup berkorban,tp tersiratnya die mcm mengharapkan balasan..n xkan la dgn berkorban sampai derma mata bru ley bersama..klu laki tu buta pon diorng ley bahagia gak kan??
so sweet. i like this story. :up:
tp knpe msti ada pengorbanan utk mgcap kbhgiaan?
bso sgguh pngorbnn suri utk llaki yg blom sah lg jd suami dy.
tiada ape2 pertlian drh..
kalo kte sggup ke kte wt cm2 kt laki yg nth spe2, nth bek ke x..
sggup ke kte?
saya bergenang air mata bace cite ni.
tp ade ke org yg sngup bt mcm ni lg?
ak ad dpt gak cter mcm ni tp dlm sms. x details mcm ni tp ble tau cter die pnjng mcm ni.. leleh ai..huhuhu.. 😥
sedih btul cter nie.. ngis wooo.. 😥 pe2 pn tahniah 4 a such nice story… 🙂
sedih nyew…
😥 stry nie mmg sedih
tpi pape p0wn dye best…
peng0rbanan dan kebhgian…
arh!!!!
best nyew…
huhuhu…~ chedihnyewp ctewr nyh.. 😥 pape pon hope hope sye dpt yg mcm 2 gak at dunie nyh.. hek3.. 😆
cm dh pnh bca de pn story neh but nway so sweet n can make me cry… 😥
how sweet..huhuhu
sweet story.. 😥
happy ending.. 🙂
sggup brkorban dmi cinta…
so sweet……….
2 lh nme nye cnta sjati…
😥
aku rase suri ni reka citer je laaa
cdeyhnyer citer nhey…
chenta sangup lakukan 1001 pengorbanan…
😥 nangesh2!!
lgiiiii,,,lagiiiiii 😀 :up:
boleh la..sekadar cerita tp nk cri yg cm ni,kt syurga jer ada.mslhnyer time kat syurga 2 sumenya sgt sempurna.well,sdih juga tp cinta 2 xperlu kn syarat n sb kn?
penah bc story cmni tp watak lain…
huhuhu…sdiH gleR cteR..biasalaH lumRah beRcinta..tp pepepOwn bg aq syOk gler cteR neyh!!(^^)
hmmm…mn ad manusia sanggup berkorban cmtu..
klua d tu mmg allah dh kurniakan hati yang suci lg murni kt suri tu..
dia sanggup bg pancaindera kt laki yg dia syg..yg mn blom tentu jd suami dia
pa2 pon tahniah kat writer ni coz imaginasi dia tu bek punya
:halo: yup..mmg sweet..hmm cam mane la zahra leh xperasan cerpen ni..
😥 😥 😥 😥 😥 😥 😥 😥 :up: :up: :up: 😯 😯 😯 😯 😯 😯 😯 😯 ❗ ❗ ❗ ❗ ❗ ❗ ❗ ❗ ❗ :XO: :XO: :XO: :XO: :XO: :XO: :XO:
sgt best
:up: ……….. :XO: ……………
beshhhh cngt…..erm,p skang ssh cngt nk cri owg cm dowg ni kan……
cedihnya.. 🙁 🙁
a’ah ct_erinman..
ssh nk cri owg cm g2 an..~
emmm…!
😥 cheta ni mmg m’yntuh jiwa….cnta mmg prlukan p’gorbanan….mgkin rmai yg bhgia dlm b’cnta…tahniah sy ucpkan
tp sy bhgia dlm sdh…kini org yg sy syg sdg m’derita skt kanser yg hnya bbrpa ktka jer mampu b’thn hdp…. 😥
sy cba utk xm’nangis d’dpnnya krn sy nk dye kuat utk trskan hdp…biarlah sy menangis sndri aslkan dpt mlht snyuman dye… 😥
i love u baby….
mcm citer korea huhu 😯
hamdi penah lalui seme ni??
mknenye mmg tol la bnda ni ad blaku kt dunie sbnr???
musykil2….~~~
cm video klip lgu korea,penyanyi kiss,>kalo x clap <
~to sonny~
be strong..
aq hrap cinta kita pown cmnie..kekal selamanya…..luv u 4eva..!!!! :XO:
hhhhhhhhhhhhhhhhhhiiiiiiiiiiiiiiiii,tak malu ye usup 😛 ungkap cinta kekal dlm email
touchng gak la citeny…
CINTA perlukan pengorbanan..
sanggup melakukan ape saje demi kebahagian pasangan..
asalkan pasangan bahagia..
itula pengorbanan CINTA..
cinta perlukan pengorbanan…
bagus kalo ada yang mcam ni…
:up: cedih r
so sweeet..menyentuh kalbu ku..eeiii..bes nye.. 😥
pertama kali aku bce cerita nie, menitis air mataku..
aku betul2 tersentuh dgn cerita nie…
best lar cter nie..
terharu ble bce story nie..
cam real lak..
isk3..
sedihnye citer nie…
mengalir air mata nie,,,
wawawawawawa…
sedeynye bc cte nexh..
tp zman skunk ade agy ke
lelaky yg snggup 2unggu
pmpuan bute cam tu.. 😡
😥
SDIH BCE CRITA NIE 😮
betul2 trasa r cite nie..
thanz kpd prim coz buat aku sdar..!!
s0 sWeet :XO: ………
isk3 😥 cdey gler…
myentuh prasaan gue bla gue bca……
papep0n tahniah lar :up:
s0 sWeet story :XO:
:up: 🙄 :down: :down: 🙄 👿 😥 😛 😡 😆 :vangry:
:XO: :XO:
:up: :up: :up: :up:
ase nk nangis cgt…dh la ngah de prob ngan bucuk…bucuk…mntk maap cgt2…
cinta perlukan pengorbanan?mungkin hanya segelintir di dunia realiti ni,apapun syabas pada penulis yg bisa menerbitkan kisah yg menarik ini…ada kenamengena dengan kisah hidup aku..terima kasih kerana memberikan jawapan pada persoalan yg ku cari selama ini..mungkin dia tidak sempurna di dunia insyaallah bakalmenjadi kekasih terhebat di syurga… 😀
awak boleh kenal tak kalau boleh kita kasik awak telifon
siti saripa jgn lh sdh sgt nti xlawa tau hex3 😀
erm… sedihnya citer ni… menyentuh hati btul… mmg cinta tu indah.
cinta yg sanggup berkorban apa saja demi kekasih hati..
tapi sa jua telah berkorban utk suami tercinta sa.. tapi dia tak menghargainya.. sa rasa sedih.
tekejut aku baca part dia bagi mata 2…biar btul suri nie…
tulah pasal.. bio betolkan.. murni betooolll cinta c suri 2….
😆 tahniah lah sbab buat crpen ni bst sgt i like it :cinta akak macam yg akak tulis ni ke up:
waaaaaaaaaaaarghhhhhhhhhhhhhh… napalahhhh cinta ni begitu indahhh Allah SWT ja yg mengetahuinya…….. 😥
wah.gler cerita nie…
cmne perasaan suri bila ikhwan xde jodoh ngan dia ek….
xsanggup aku….
sori k….
tp llaki 2 blom ada apa2 hubungan ngan kte……
xmgkin dia akan cari wanita lain untuk d’jadikan teman hidup………
wuaaa….beshnye….da jgak girl yg snggup wat cm2 sdngkan dia x taw lg sma adaboy 2 na kawen nan dia or ta…
ala,2 sumer cte je la.khayalan si penulis je.so,jgn la emosi sgt.
sedeynye.. bg2 besar pgrbanan ke2 belah pihak..
😥 sob3…
cinte yg hbt..
bekye suri sngp bute dmi org trcnte..
tp kt luar de kew org sngp krbn cm nie??
huih??
cm video klip coz im a gurl laa
btw,nice lorh citer nim… 🙂
penah dengar story ni…tp laki 2 x nak kt dye.tp cite ni ok la gak.enjoy.. :up:
ble thn!!! 😥
hebatt!!
sedihnyer…menyentuh prasaan bler bcer cerpen nie,so sweet :XO:
ngarut3….. aaah…. sumenye ngarut r… hahahha
:up: touching giler.
:up:
a beutiful and sad st0ry…
really make me feel it.. 😥
cerite yg sanget mnyentuh sampe2 awa nanis baca’na…
aduhh cdihnye cte nie,,soooo sweeettt…..
cerpen ini btul2 muruntun jiwa tahiah!!! arigato gonzaimas
izinkan saya share cerpen nie..=)
bez!!
true love stay forever!!!
bleh ke sentuh makwe ? yg lum kawen lg?? confuse aq dibuatnyer
..,berkOrbaN sgLa’aa n’tuUk oraNg
.., yNk qTta saiiyaNk…
..,mMaNk iNdah….
..,wLaUpuN meRugukiiN diRii zNdiRii…
..,tHppii iTuLaH CiinTa…
..,bHkaN kRna CiinTa…
..,qTta reLa maTii deMi k’bHagiaAnya…..
At first , I don’t feel anything … But when I read the part when Suri says that SHE DONATE HER EYES TO IKHWAN . That’s the most touching part . I was shocked ! This story is so sweet , I love it
Hmmm macam tak masuk akal,, berlebihan bgt!!!
assalamualaikum . seronok sangat cerita ni 🙂
Cm da pnh dgr je cete ni…
Biase2 jela cete dia..
ko’ gx bisa dikopi
wah,hbtnye cinta nieee.,..
tpi memg ad k pgrbanan sprti inie???
apapun yg dilakukan untuk seseorng wlaupun itu nyawah taruhan.x…. jika betul” tulus akan rela,….
suri the best!