“Dinikahi wanita itu kerana empat perkara; kerana hartanya, keturunannya, kecantikkannya dan agamanya. Maka pilihlah dalam hal keagamaannya. Nescaya beruntunglah kedua-dua tanganmu.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
“Kerja, kerja, dan kerja. Aku bosan dengan semua ini.”, getus hati kecil Izhar yang merasakan hidupnya sekarang sunyi dan sepi.
Izhar merupakan seorang peguam di mahkamah syariah dan bertugas sebagai seorang pendakwa raya.
“Hari-hari berhadapan dengan kes-kes penceraian, khalwat…”, bagaikan tertekan dengan kesibukan kerjayanya sehingga diri sendiri seakan tidak terurus.
“Hidup bersahabat memang berbeza dengan hidup berteman…”, tiba-tiba sahaja tersentuh hati Izhar untuk mencari pasangan setelah sekian lama dia hidup bersendirian.
Dengan ini, bermulalah kisah Si Ustaz dalam mencari pasangan hidupnya. Dengan langkahnya pertama, usaha Izhar telah bertemu dengan seorang gadis. Namanya Alfatunnisa’. Cantikkan namanya, begitulah juga parasnya, secantik namanya. Gadis ini adalah rakan sekampus kawan Izhar semasa menuntut di Jepun dahulu.
Alfatunnisa’ adalah anak orang ternama, anak Tan Sri Ahmad. Gugup juga Izhar apabila hendak berhadapan dengan Tan Sri. Tetapi itu dulu, sebelum Izhar kenal dengan Tan Sri. Sekarang hubungan mereka nampaknya sudah rapat seperti saudara sendiri. Mungkin itulah yang dikatakan jodoh. Sebenarnya perkenalan dengan gadis ni bukanlah lama, sekejap saja. Mereka memang merancang untuk mendirikan rumahtangga bersama namun semakin lama dikenali, gadis itu seakan sudah banyak berubah.
“Mungkin ini bukan jodohku, aku tak tahu erti cinta…adakah aku tertarik padanya ataupun pada hartanya…Nauzubillah, ya Allah..selamatkan diriku daripada godaan syaitan…”, hati Izhar berbisik dan berdoa sendirian.
Pada langkah pertama, Izhar gagal menemui cinta hatinya. Pencarian Izhar tidak berakhir hanya di situ. Akhirnya semasa menguruskan kes anak guamannya, Izhar tertarik pula dengan anak kepada anak guamannya. Surina namanya, berasal daripada keluarga yang sederhana, Orangnya bijak bekata-kata. Akhirnya Izhar terpancing jua. Sesungguhnya Allah mengetahui segala-galanya.
Pada suatu hari, Izhar terserempak dengan Surina di salah satu pasar raya berdekatan bersama seorang jejaka, mesra sekali lagak mereka. Setelah disiasat, sungguh tidak disangka-sangka bahawa Surina yang sangat petah dan bijak berkata-kata selama ni sanggup berdusta dan mengambil kesempatan. Surina sebenarnya bekerja di kelab malam.
“Astaghfirullahal azim.. Alhamdulilah, daku bersyukur padamu ya Rabbi, Engkau menyelamatkanku daripada segala bencana, sekiranya aku berkahwin dengan keturunan seperti ini, amatlah pedih untuk aku melalui sisa-sisa hidup ini…”, syukur Izhar atas segala petunjuk daripadaNya.
Setelah kecewa dengan gelagat cinta yang baru ditemui itu, Izhar sepertinya sudah putus harapan. Bagi Izhar, biarlah masa yang menentukan kerana dia yakin akan ketentuan Allah.
Bulan silih berganti, hari demi hari, putaran jam meninggalkan masa-masa yang lalu. Izhar semakin sibuk dengan menguruskan firmanya. Suatu hari, Izhar menghadiri mesyuarat untuk satu program yang disertainya, program “Selamatkan Jiwa”. Mesyuarat pada hari itu pula melibatkan seluruh mahkamah syari’ah di kawasan tersebut. Dalam kalangan ahli jawatankuasa yang datang, Izhar terpandang ke arah seorang wanita yang dirasakan amat berbeza dengan wanita-wanira lain. Sangat pendiam orangnya.
Diam-diam ubi berisi, namun apabila melontarkan idea, cukup bernas! Memang cantik orangnya. Sopan dan berjubah adalah penampilan yang dipilih. Tidak hairanlah kerana gadis ini merupakan alumni Universiti Al-Azhar, dan ayahnya adalah imam di kampungnya. Izhar akhirnya mengambil kata putus untuk menulis sepucuk surat untuk menyatakan isi hatinya.
Salam perkenalan buat saudari Sa’adatul Sakinah…
Dengan lafaz bismillahhirrahmanirrahim, saya meminta izin daripada saudari untuk mengenali dengan lebih dekat lagi. Saya amat tertarik dengan saudari, pandangan mata yang penuh keihklasan melontarkan idea-idea yang bernas untuk melakukan kebajikan di jalan Allah. Mungkin Allah telah mempertemukan kita, dalam situasi yang sama.
Dirimu yang sempurna, memperjuangkan kalimah suci Allah membuatkan saya tertarik dengan saudari. Tidak sepertimana perempuan-perempuan di luar sana yang pernah saya kenali. Andainya diri tidak berpunya, izinkan saya untuk melamar awak sebagai isteri saya yang sah.
Ikhlas, Izhar…
Wassalam saudaraku Muhd Izhar…
Buat saudara yang baru ku kenali, sesungguhnya pertemuan dan perpisahan adalah milik Allah, Dialah yang berhak mengaturkan segalanya. Sudi-sudikanlah menghayati nota-nota yang ku tulis buatmu…
Wahai saudaraku…Cinta pertama mengukir peristiwa, menguggat pelbagai perkara. Ketahuilah saudara, jangan mempercayai pada pandangan mata, ia hanya pandangan syaitan durjana. Usah memujiku lebih darinya, kiranya diri ini masih kurang seadanya, idea hanyalah pandangan manusia, belum tentu betul pada pandangan yang Esa. Sempurnaku tak sempurna Nabiku, kerana aku hanya manusia biasa, dan ketahuilah sahabat, manusia tidak akan pernah sempurna.
Wahai saudaraku…janganlah kau membanding-bandingkan diriku dengan insan lain, sesungguhnya Allah tidak menyukai hambaNya mempersoal mengenai keburukan mereka. Kiranya engkau membenci kemaksiatan, tugasmu adalah membawa mereka berhijrah dan tidak sesekali berhujah untuk menyemarakkan lagi hati mereka.
Kirannya aku jatuh cinta padamu, itu kerana aku jatuh cinta pada kesederhanaanmu, dan kiranya aku membenci dirimu, tidak bermakna aku membenci dirmu, tetapi aku membenci egomu. ingatlah wahai Adam, manusia adalah sama, hiris tangan, pastinya darah yang mengalir adalah merah. Hanya Allah yang dapat membezakan hambanya, dan kita sebagai hamba tidak layak untuk membuat penilaian.
Andainya kamu mencintaiku kerana Allah yang maha Pencipta..Sesungguhnya aku belum berpunya, diriku hanyalah untuk Dia. Aku menerima lamaranmu dengan hati yang terbuka, Kiranya ini menambahkan ketaqwaanku padaNya. Inilah nota-nota cintaku buatmu lelaki yang akan bergelar suami…
“Astaghfirullahal ‘azim… Astaghfirullahal ‘azim… Astaghfirullahal ‘azim… Ampunkan dosaku ya Allah. Sesungguhnya selama ini aku telah tewas dalam permainan cinta. Terlampau mengejar cinta, aku telah melakukan dosa pada mereka. Sesungguhnya diriku kerdil di hadapanMu ya Rabbi. Aku sememangnya tidak layak untuk menghukum manusia, sesungguhnya aku seorang hamba seperti mereka..”, doa Izhar selepas menunaikan solat tahajjudnya.
Izhar kini bersyukur kerana telah dikurniakan oleh Allah seorang isteri yang solehah, mampu memandu hidupnya dan saling melengkapi dan memperbaiki dalam kesilapan masing-masing. Dia tersedar akan kesilapannya terhadap Surina dan Alfatunnisa yang gagal menemukan mereka kepada kebenaran.
Yakinlah bahawa sesungguhnya jodoh itu rahsia Allah dan masanya pasti akan tiba…
Cerpen Cinta ini telah dikirimkan oleh saudari Miss Amy melalui Forum Tentang Cinta.
suhail saya suka dekat awak
subahanllah…moga ku juga bertemu jodoh yang begitu…
kisah yg penuh pengajaran….
jodoh di tangan Allah…
:-)suke
bestnye laman ni……comel pla…..erm….cinta……….cinta ni terlalu besar maksudnye….tapi aq cinta bertepuk sebelah tangan…dah bertahun aq cintakan dia …dah bagi taw pun tapi dia x bagi respon…urm…bukan jodoh kali kan….redha jalah………..
salam..subhanaAllah..moga di jodohkan dengan insan yang taat pada Allah.
buat tunang ku saiful..moga hubungan ini berkekalan, diredhai dan di berkati Allah SWT…amin.
jauh sudah bertiup songsang..kembalikan diriku yg dlu ya tuhan..ampuni daku.aku jahil..pimpinlah aku
cinta aku bertepuk sebelah tangan.. tp tq syahfiq..
kerana mencintai mu dlm diam membuat kan aku tak pernah pandang kepada orng lain.. 5 tahun lamanya aku tidak melihat lelaki lain kecuali kw..
subhabanallah..indah nyer…
surat dari sa’adatul sakinah amat menarik..hrp menjadi seperti dia yang mencintai kerana ALLAH.
sgt indah..
ya allah indah nya…..cinta ini bkan atas dasar nafsu tapi cinta ikhlas dari haty,,bila kah dri ini akan mnjadi seperti sakina yaAllah??
andai benar dia bakal suamiku ya Allah..jngan benar cintaku padanya melebihi cintu ku padaMu dan agamaMu..izin aku cinta dia hanya kernamu..amin..
subhanallah… sungguh indah..
saya skrg sdg berperang dgn perasaan..
saya yakin dgn janji Allah.. mgkin dia bukan ditakdirkan buat sy…
dan keimanan saya belum mntp utk-Nya sblum sy menerima cinta dr manusia…
best siot ceta ne…..
ahahah…
^_^
Subhannallah…btapa besarnya kuasa Allah s.w.t dlm m’beri yg tbaik utk umatnya… <3
ssungguh nyew Allah e2 adil..
ia m’cptakan psangan y baek ngn psangan y baek..
🙂
saya setuju dgn ayat irafira itu..
[Comment ID #33825 Will Be Quoted Here]
semoga hubungan aku dan Richard kekal hingga akhir hayat …
bantulah aku memimpin Richard ke jalan mu ya Allah…..
cintaku ikhlas dan aku mahu dia menjadi seorang muslim yang baik…
ya allah ko beri kan lah aq jodoh yg terbaek jgn aq menerima laki yg hnye nak merosakkan hdop ku…..
qaseh untuk mu sharial
ya Allah semoga engkau jodohkan aku dgn Penllyn,
aku x dapat bygkan hidupku tanpa dia, aku x mau harta,yg ku ingi restu mu dn sygku Lyn
masih ada cinta
……
seingga hari ini aku masih ada rasa cinta terhadapmu tapi bagaimana harus ku ungkapkan…sedangkan kau sudah di miliki oleh yang lain…dengan mudah kau lepaskan cintaku…namun aku pasrah aku terima kerana ku mahu kau bahagia……rasa cinta ini masih utuh hanya untuk dirimu sahaja….
ya Allah andai dia mmg miliku……jdohkan dia dgn ku…tpi klu bkn jdohku…jodohkan lah jga..jika dia tidak berjodoh dgn ku..maka kau jdohkan lah jga dgn ku…..amin….
aq p0n berharap…aq akan di temukan j0d0h yang baik…
knape 0rg yg aq sayang tggl kn aq cn tu je..aq bukan nk cari cinta yg sempurna..tp aq cume nk cari sese0rg yg mampu wat aq sempurna,,tunang aq da tgl kn aq,untk 0rg yg dia suke..10 ta9n kite jalin kn perhubungan..senag2 je dy buang aq..mgkin sy bukn milik aq,…ya allah temukan aq dengan insan yg iklas myangi aq..
ooh alangkah indah nya jika fantasi ini menjadi realiti…hidup yang begitu mudah sekali…adakah orang2 lain akan dapat menikmati kehidupan yang hampir sempurna seperti cerita diatas…aku..hanyalah bunga biasa2 sahaja…bunga yang agak sihat..dan tidaklah pandai berkata2 melainkan hanya bergosip2an…ooohh…aku jugak bukanlah bijak sangat hanya berpindidikan tak berape nak rendah sahaja…adakah cintaku ini akan disambut oleh lelaki2 seperti izhar…yaa…aku pasti jodohku juga pasti laki2 sepertiku juga…mudahnya manusia berkata2..menulis2…dan…bermimpi2,sedangkan mereka tidak melihat,tidak merasa,tidak memberi muka…kpd insan2 sepertiku…yaa..manusia yg sempurna utk manusia yg sempurna…aku sedar tentang perkara itu…usahlah..berdusta dengan kata2 yg mengunakan janji2 tuhan..tuhan itu maha kaya…ko hanya mencerikan yg indah2 belaka..bagaimana dengan kami yg dijadikan seba kekurangan dr semua segi..apa salah kami..kami jugak makluk tuhan..kenape izhar bertemu juga dgn perempuan yg sekufu…kenapa???adakah ini penyudah utk cerita yang indah ini..katakan ini semua hanyalah dusta semata2…KATAKANNNNNNNNNNNNNNNNN..
terlalu indah pertemuan dan perkenalan itu,bersyukurlah dengan nikmat yang Allah s.w.t telah berikan kepada kita hamba_Nya… saya juga mahu diketemukan jodoh dengan sedemikian rupa doakan saya sahabat-sahabat amin……
Terima kasih Ya Allah….Sesungguhnya aku masih buta menilai cinta…aku berperag dengan perasaan aku sendiri…mencintai Mohd Efendi Mad Amin adalah 1 anugerah perasaaan yang tidak dapat aku lupakan…tapi kini dier pergi meninggalkan aku amcam tue sahaja…hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu perjalanan hidup ku…amin…kalau benar dia jodoh ku…Kau pulangkan la…Amin…
Indahnya hidup dipertemukan jodoh dgn cara begitu…
Aku juga impikan begitu..tp kte merancang dan tuhan menentukan..
Alhamdulillah aku sudah bertunang dgn lelaki yg menjadi teman aku…
Maha suci Allah yg menemukan kami kembali…
salam…mudhmudhn aq dberi jodoh yg sebegini.amin….
seandainya kau catatkn die milikku,,,maka satuknlah hati nya dgn hati ku…..(ikwan)
sebenar nyew cae adw skew at swang dax nim….tapi….cae takotw na ckap at dye…..cm ney aek na wat…..kalao lmbat….takot uwang lem lak aek dye…….