• Sudahkah anda menulis Diari Cinta anda hari ini?
    Sebagai forumer Forum Tentang Cinta, anda kini boleh menulis dan mencoret kisah manis cinta anda di ruangan Diari Cinta. Hanya satu diari sahaja ya dibenarkan untuk setiap seorang.

10 Cara Bila Bergaduh

mawar putih

Well-Known Member
Perbalahan sentiasa berlaku. Tidak semua di antara kita sebagai manusia akan bersetuju dengan pendapat orang lain setiap masa. Orang lain juga pun takkan sentiasa setuju dengan pendapat kita. Namun demikian, dalam percintaan dan perhubungan, perbalahan boleh menjadi terlalu mengikut emosi, sampai ke tahap boleh melukakan hati pasangan.


10 Cara Bila Bergaduh :


1) Jangan Bersyarah
Dalam perhubungan yang matang, anda mesti menghormati pasangan anda dan juga diri sendiri sebagai orang dewasa. Bila anda mula bersyarah dengan panjang lebar kepada seseorang itu tentang kesalahannya, ini boleh mencetuskan perasaan yang amat tidak selesa dalam dirinya. Satu ‘kuasa’ memberontak dan tidak puas hati terhadap anda boleh wujud hasil dari sikap tersebut. Oleh itu, selain dari bersikap “anda adalah betul” dalam situasi seperti ini, adalah lebih baik anda bercakap tentang bagaimana cara untuk membetulkan kesilapan yang telah berlaku. Fokus anda mesti kepada bagaimana untuk menyelesaikan masalah yang timbul dan juga supaya perkara itu tidak berulang lagi.


2) Jangan Balas Dendam
Selalunya, bila hati seseorang itu benar-benar disakiti oleh pasangannya, dia juga akan bertindakbalas untuk menyakiti hati pasangannya semula. Biar pasangannya rasa bersalah dan rasa apa yang dia rasa. Kononnya supaya pasangannya sedar bahawa kesalahan telah dilakukan. Pada masa itu,tindakan macam ni seolah-olah idea yang bagus,sebenarnya akan memalapkan lagi perhubungan. Jangan bertindak begitu. Bila anda salahkan pasangan anda tentang sesuatu perkara dan cuba buat dia rasa bersalah, anda mengatakan bahawa anda betul dan dia salah-hukuman telah dijatuhkan, susah nak selesaikan pergaduhan anda!


3) Jangan Tinggikan Suara
Bila emosi dan kemarahan menguasai diri, adalah sukar untuk mengawal suara lebih-lebih lagi bila pasangan anda sendiri meninggikan suara kepada anda. Walau apa pun, anda mesti ingat, merendahkan nada suara dan bercakap dengan tenang dan tidak menengking amat penting bila berbincang dalam sesuatu konflik. Suasana tenang membolehkan anda dan pasangan mendengar dengan lebih baik apa yang diperkatakan terhadap satu sama lain. Konflik dapat diselesaikan dengan lebih cepat dan tidak merebak dengan lebih teruk dan merosakkan.


4) Elakkan Terlalu Peribadi dan Sensitif
Masa situasi konflik tengah hangat, janganlah terlalu sangat “terasa”, jangan terlalu sensitif atau “take it too personal”. Keadaan yang tengah “panas” boleh buat anda terlepas cakap.Oleh itu pastikan anda tidak terlalu sensitif atas segala yang sedang diperkatakan kerana selalunya emosi lebih menguasai keadaan pada waktu ini. Oleh itu,kadangkala ada waktunya perkara betul yang pasangan anda katakan boleh menjadi perkara yang amat sensitif bagi anda dan anda pula boleh terlepas cakap atau sengaja “melepas” cakap tanpa berfikir panjang.


5) Jangan Timbulkan Perkara-perkara Kecil
Bila tengah bergaduh tu, jangan timbulkan perkara-perkara kecil yang langsung tak membantu selesaikan masalah. Perkara-perkara kecil yang dalam 2-3 hari akan datang tu dah boleh lupa contohnya, tak perlulah diungkit. Fikir sebelum timbulkan benda-benda kecil macam ni sebab ia takkan membantu, membakar semangat marah dan terukkan lagi keadaan tu adalah. Benda-benda kecil ni termasuk la juga perkara yang dah lama terjadi dah 3 – 4 bulan lepas contohnya jadi tumpu hanya pada isu yang sedang berlaku.


6) Mendengar Dengan Teliti
Walaupun susah nak dibuat, anda perlu jadi pendengar yang baik dan teliti. Pasangan anda mungkin dengan jelasnya beritahu apa yang anda berdua perlu untuk selesaikan masalah tapi disebabkan anda tak ambil perhatian, tak dengar dengan baik dan teliti, bukan saja cadangan dia anda tak ambil kira,malah anda pula bagi penyelesaian yang takde kena-mengena dan merumitkan keadaan.


7) Fokus Satu Isu Pada Satu Masa
Seperti biasa yang anda mungkin dah banyak kali dengar ~ fokus! Perkara terbaik yang anda boleh buat ialah kenal pasti apa punca sebenar masalah dalam perhubungan anda sekarang dan cari penyelesaian untuk isu itu sahaja. Bila anda mula bercakap tentang banyak perkara, macam-macam isu, anda mengelirukan keadaan. Selesaikan satu persatu dan bergerak ke punca isu yang lain bila isu pertama selesai. Tentu sekali anda ingin tau apa cerita sebenar yang jadi punca mengeruhkan hubungan anda supaya masalah dapat selesai dengan cepat, jadi pastikan anda fokus!


8) Jangan Serang!
Biasalah, dah terlalu marah sangat, anda pun “naik angin”… bila perkara macam ni berlaku, biasanya anda boleh menyerang peribadi pasangan anda. Sebelum perkara macam ni berlaku, fikir dan sedar bahawa ia TAKKAN membantu malah memburukkan keadaan. Anda ingin selesaikan masalah, bukan nak serang pasangan anda.


9) Mesti Hormat
Perbalahan/pertelingkahan dalam perhubungan boleh menjadikan sesuatu perhubungan itu lebih matang dan lebih rapat malah lebih indah setelah konflik dan isu berakhir dengan baik. Nak jadi macam ni, anda perlu faham perbalahan perlu di lihat dalam konteks “learning experience” atau proses belajar selain melihatnya dari satu sudut saja. Beri perhatian, sabar, tenang, buat “eye contact”, tanya soalan yang relevan dan diperlukan dalam masa yang sesuai. Ini adalah antara cara utama untuk menunjukkan sikap hormat kepada pasangan anda. Bersama, dengan sikap seperti ini anda berdua PASTI boleh menyelesaikan segala masalah yang melanda.


10) Jangan Tinggalkan
Satu lagi perkara yang sukar dibuat bila bergaduh ialah berada tetap dalam tempoh konflik itu sedang berlaku, dari mula sampai selesai. Ramai orang bila dah tak tahan, marah sangat, terus tinggalkan pasangan, bermaksud terus keluar dari “medan” konflik atau pertelingkahan sekaligus membiarkan situasi “tergantung” macam tu je. Pasangan pun dia tinggalkan. Walaupun rasa tak boleh tahan sangat, marah ke, “tension” ke, jangan angkat kaki, tinggalkan konflik dan pasangan macam tu je. Bagi tau dia anda perlukan masa sekejap untuk tenangkan fikiran sebentar, mungkin anda pergi duduk tempat lain kejap ke… kemudian pastikan anda datang semula. Ini secara tidak langsung menunjukkan anda seorang yang berkaliber dan dapat mengurus emosi dengan baik tak kiralah anda lelaki atau wanita.
 

dieda

Well-Known Member
kdg2 diam tu lg baikkkk,,,,pstu esok luse reda la,,,,
setengah2 org jek leh cmtu,,hehehee
 

OrKiD_BiRu

FTC Crew Jr
jujur cakap,oked kalo gaduh akan terus terang..marah semarah2nya...luah segala ape yg tak puas hati (tp dalm mesej je la berani buat camni)..
pastu bile dah dpt luah habis,perasaan kembali reda....selagi tak luah,selagi tu rasa macm ade benda yg tak lepas...perasaan marah tu tetap ade....
rasanya lebih baik luah dr simpan dalam...simpan dalam bahaya ooo..buleh buat kanser...hehe
 

Kinky Girl

Member
jujur cakap,oked kalo gaduh akan terus terang..marah semarah2nya...luah segala ape yg tak puas hati (tp dalm mesej je la berani buat camni)..
pastu bile dah dpt luah habis,perasaan kembali reda....selagi tak luah,selagi tu rasa macm ade benda yg tak lepas...perasaan marah tu tetap ade....
rasanya lebih baik luah dr simpan dalam...simpan dalam bahaya ooo..buleh buat kanser...hehe
ye betul tu..mcm sy punye volcano..meletup kt tempat keje lak tu..haizz...nasib baik tak teruk
 

teacher_lea

New Member
Nice one....

X penah umo lg gado ngan En. Buah aty... Hagak liat gak klu nk gado ngan dia nieh... Mntk2 klu jodohnye pjg, smpi kawen nnti xmo gado2... XD
 

teacher_lea

New Member
Klu pk kan mmg best la kak, sbb x slalu gado....:D

tp klu ikut logik, cam x msuk akal je x penah gado erk.... :roll:

Paling teruk pun majuk je lah... Dia pun,mule x pndi gak majuk2, tp dh bile lea...asit je majuk, tu yg dia blaja skit2 kot.. Kihkihkih...:">
 

dieda

Well-Known Member
kalu xgadoh pon,cam xde adventure(laaaa sgt)
cer sekali sekala pooh cr2 pasai dgn die,,keh2(ngajar yg xelok)
 

samaratungga

Well-Known Member
please lah hangpa jangan menyakat thread orang kat sini, sian sapa pembuka thread itu lol

edit:

lahh,, mawar pembuka thread rupanya,,,, sorry sorry tuan tanah
 

pemimpi

New Member
emm

pengalaman saya. sebagai lelaki, satu perkara yang perlu diingat. ego.

sebab ego ney lah, kami putus
sebab ego ney lah, saya merana
sebab ego ney lah, saya tidak tenang sampai sekarang..

emm.. sedey

berbalik kepada kisah saya,

saya sebenarnya, banyak memendam daripada berterus terang.
satu hal si die buat, saya pendam
satu lagi hal si die buat, saya pendam lagi
satu lagi lagi hal si die buat, saya pendam
akhirnya, apabila dah byk terpendam,
satu lagi hal si die buat, saya luahkan segala galanya.

this is not good.
NOT GOOD
REALLY NOT GOOD.

dan bila saya meluahkan segalanya, sebenarnya, bukan meluahkan, tapi memarahi, membebel dengan sepenuh hati. tiada satu urat 'tenang' pun dalam diri. semua diluahkan. padahal, satu hal yang si dia buat, adalah satu hal yang kecil.

jadi, apabila bebelan luahan tersebut habis. hancurlah hati si die. dan inilah yang membuat saya menyesal tak sudah.
dan satu lagi kesilapan saya. saya tidak menyeselesaikan masalah tersebut pada waktu itu. saya hold. hold dan hold. sampailah hati si die betul betul tawar dengan saya.

alangkah. alangkah menyesal. namun.. apakan daya..

so sad..



ya Allah. kuatkanlah hati saya !!
 

watsup gurl

New Member
tp its depend on person..ade pasagan tu yg nk selesai kn trus...yg agi sorang duk diam n lupakan...so ader conflict bila sorang senyap n sorang asyik ckp psal issue yg tgh gaduh
 

Daniel

Well-Known Member
kalau ada masaalah atau rasa tak puas hati...biarlah diselesaikan secepat mungkin...secara jujur dan akui kesilapan dengan mintak maaf...clear dan lupakan perkara tu...pasti hepi dan bertambah sayang pas tu...selagi tak diselesaikan walaupun cinta tu diteruskan...ada ketika perkara tu akan diungkit ungkit semula...selalunya perempuan yang suka ungkit2 ni.:p
 

watsup gurl

New Member
kalau ada masaalah atau rasa tak puas hati...biarlah diselesaikan secepat mungkin...secara jujur dan akui kesilapan dengan mintak maaf...clear dan lupakan perkara tu...pasti hepi dan bertambah sayang pas tu...selagi tak diselesaikan walaupun cinta tu diteruskan...ada ketika perkara tu akan diungkit ungkit semula...selalunya perempuan yang suka ungkit2 ni.:p
sometime setiap pergaduhan tu akan merapatkan lagi kasih syg ye...slpas gduh msti akn lebih caring dr sblm yer
 
Top