• Sudahkah anda menulis Diari Cinta anda hari ini?
    Sebagai forumer Forum Tentang Cinta, anda kini boleh menulis dan mencoret kisah manis cinta anda di ruangan Diari Cinta. Hanya satu diari sahaja ya dibenarkan untuk setiap seorang.

[Fisher-Man]

are-fiyz

Active Member
Aku rasa muka aku dah pucat. Perut aku dah tak terkira senaknya. Aku takut. Banyak kali aku panggil minah ni..

Is she dead?

Apa patut aku buat? Apa patut aku buat? Apa patut aku buat? Apa patut aku buat? Apa patut aku buat? Aku dah tak larat nak ulang ‘apa patut aku buat dah’ eh.. Penat.

Aku terjun masuk laut.

Allah.. Tolong..

Aku selam masuk dalam air seberapa dalam yang aku boleh nampak.. Tapi aku tak nampak dia kat mana-mana dalam air yang dalam ni.

Dah tenggelam sampai dasar ke?

Ya Allah ampun.. Aku tak bunuh orang.. Aku tak bunuh orang.. Aku tak bunuh orang eh..

Aku naik ke permukaan nak ambil nafas dan nak mintak tolong yang lain buat misi menyelamat badan si mati. Kalau tak hidup dah, sekurang-kurangnya mayatnya ada. Tak ada la nampak tragis sangat kisah aku ni.

Aku berenang sampai tepi bot dan jerit panggil yang lain. Mungkin diorang ni tengah tidur la kut. Tiba-tiba Daud muncul depan mata aku. “Apa kau buat dalam air ni hah?” Dia tanya dengan muka pelik.

“Tolong..” Aku semput nak bercakap. “Cari Iche.” Pendek pulak arahan aku. Ni gara-gara penat buat aksi selam-selam sampai berapa kaki.. Aku patut bawak torchlight la masa selam tadi. Kut boleh suluh-suluh ikan ke kan??

“Nak cari buat apa?” Daud tanya aku dengan soalan pelik dan tengok aku dengan muka yang pelik jugak.

“Dia hilang.”

“Hilang apanya..” Daud buat muka lepas tu blah tinggal aku terkapai-kapai sendirian dalam air.

Heh? Tak hilang ke?

“Awak!!!!”

Tiba-tiba ada suara perempuan menjerit kuat tengah-tengah laut ni. Hantu ke?

Aku dah panjat naik bot lepas Daud tinggal aku dengan muka terkebil-kebil tadi. Gayanya macam Iche tu tak hilang pun. Daud tengok aku. Aku tengok Daud dan member-member lain. Apesal semua orang tengok aku pelik ni?

Lepas tu mereka tengok laut. Gaya macam tengah melihat benda yang jauh saja.

“Benda apa tu? Obor-obor? Bapak besar obor-obor tu.” Aku tanya dengan muka pelik lepas teropong benda yang terapung-apung atas permukaan air dan agak jauh dari bot.

“Awak!!! Lepas tu saya nak buat apa??” Tiba-tiba ‘benda’ tu macam menjerit.

Daud tengok aku. Tapi aku masih tekun meneliti dan menganalisis benda kat tengah laut tu. “Kau buat apa dengan dia hah? Jauh betul dia berenang?”

“Huh? Dia? Ooo.. Dia!!!” Aku tepuk kepala sendiri. Gila terlupa kut aku ada buat misi mencari mayat tadi. Adeh..

Aku tengok Iche tengah terapung jauh dan makin jauh dari bot.

“Awaaakkkkkk!!!!!!” Dia jerit lagi. Kuat sedikit kali ni. Aku rasa aku nak pecah perut sebab tahan ketawa. Kalau aku ketawa kuat-kuat tengah-tengah laut ni takde orang nak cakap aku gila kan?

Nafas aku tarik dalam-dalam. “Kau berenang balik ke sini laa!!!” Aku jerit kat dia kuat-kuat. Takut tak dengar pulak.

Daud tengok aku.

“Apa?” Aku tanya Daud sebab apa dia tengok aku.

“Apa dah jadi ni?” Daud tanya aku balik.

“Saya tak tahu berenang laa!!! Awak tak cakap pun macam mana nak berenang!!!” Dia jerit lagi kat tengah-tengah laut. Aku tengok makin lama makin jauh pulak budak ni dah terhanyut dek arus laut.

Aku gelak lagi. Kalau dah pandai terapung gaya terlentang elok tu kira pandai la berenangnya. Asal tak tenggelam sudah. Ha.Ha.Ha.

Daud dengan yang lain buat muka terkejut lepas dengar ayat Iche. Mungkin tak expect kut orang yang tak tahu berenang boleh terapung elok tengah-tengah laut dalam ni.

“Kau ni biar betul Hud? Sekarang ni kita kat tengah laut tau! Bukan kat dalam kolam renang angin kanak-kanak 3 tahun. Kau nak biar budak tu mati tengah laut ke hah?” Daud emosi tiba-tiba sambil tengok Iche yang dah makin jauh.

“Hish kau ni.. Relax..” Aku menenangkan Daud. Member yang lain dah tak ambil pusing hal aku dan buat kerja masing-masing. Daud saja yang terlebih concern. Aku tengok Iche dan berfikir-fikir macam mana aku nak suruh dia balik ke bot ni. “Kau guna tangan kau!! Kau tarik air buat macam ala-ala nak terbang!!”

Sungguh pelik ajaran renang aku.. Harapnya dia faham..

“Ooooookeeeeyyyyy!!!” Dia jerit balik macam faham jer gayanya.

Aku tengok usahanya..

Daud pun tengok jugak. “Apesal berpusing-pusing kat tempat yang sama jer tu?” Daud tanya aku. Aku rasa nak pengsan sebab tahan ketawa.

Tiba-tiba pecah ketawa Daud. Kami dua orang dah bantai gelak atas usaha Iche yang sangat bersungguh-sungguh tu.

“Awak!!! Saya dah kat mana ni??? Saya pening laa!!!!”

Aku tak habis lagi ketawa. Penat kut.. Aku pun tak tahu nak respon balik jawapan Iche macam mana. Daud tunjuk pelampung tepi bot kat aku dengan ketawa yang belum habis.

Aku angguk. Terus pelampung yang bertali tu aku capai. “Aku baling pelampung ni!! Kau capai pelampung sudah la!! Nanti aku tarik kau naik!!!” Aku jerit kat dia dan lempar pelampung tu.

Pelampung tu dah comel mendarat betul-betul tepi si Iche. Tapi apesal dia buat tak tahu jer kat pelampung tu hah?

“Weh!!! Apesal kau tak tarik pelampung tu hah??” Aku jerit kat dia kuat-kuat. Dah pengsan akibat kepenatan ke minah ni eh?

“Mana la saya nampak!!!!”

Ye tak ye jugak kan.. Aku tepuk dahi sendiri. Macam mana dia nak nampak kalau dah posisi tidur macam tu. “Sebelah kiri kau!!” Aku jerit kat dia kedudukan pelampung tu. Tapi pelampung tu makin jauh la pulak. Sebab dia pergi tolak air.. Adeh..

“Kau pergi la selamatkan dia.” Daud cakap kat aku dengan gelak-gelak jahatnya.

Akhirnya aku selamatkan jugak dia ni pakai pelampung. Dia pegang pelampung dan pelampung tu aku tarik sampai ke bot. Penat jugak nak berenang tarik-tarik orang dengan pelampung ni.. Semput rasanya.

Atas bot..

Aku stabilkan nafas aku yang agak tercungap-cungap.

“Masin. Masin. Masin.” Dia kumur-kumur dengan air botol yang Daud suakan. “Pening la..” Lepas tu dia picit-picit kepala.

Aku rasa nak tergelak sebab teringat usaha yang menyebabkan dia ni pening. Akhirnya aku senyum sendiri.

“Awak..” Dia panggil aku.

Masa ni Daud dah hilang entah ke mana. Sambung tidur ke?

Aku tengok dia.

“Am I failed?”

Aku senyap.

Dia buat mulut muncung. Aku tengok riak mukanya dah macam nak menangis. Apesal pulak ni?

“Semua ni awak punya pasal la!! Kalau awak ajar betul-betul mesti saya dah pandai berenang. Huhuhuhu..” Dia dah menangis lepas marah kat aku. “Tengok la.. Saya dah tak boleh kahwin dengan awak dah!! Saya dah gagal! Huaaaaa…” Dia duduk sambil ketuk-ketuk lantai bot dengan tapak tangannya. Macam budak kecik.

Aku mengeluh perlahan.

Aku tengok dia.. Rasa pedih hati aku tengok dia menangis.

“Am I really that worth for you?”
 

dieda

Well-Known Member
Hahaha,,,lawakkk
ost utk cite ats>>>awak kt mn??awak kt mn??:lol::lol:
adeiii...sengall jgk si iche ni ekk,,ahaks
 

are-fiyz

Active Member
Cukup dua minggu lima hari..

Dua minggu aku mintak dengan Pakcik Afiq. Dua minggu untuk aku berfikir.. untuk aku mintak jawapan pada Allah..

Tapi tak sampai 5 hari.. Allah dah tunjuk. Jadi aku sengaja cipta segala syarat yang agak tak masuk akal. Kalau Pakcik Afiq tahu anak dia sanggup terjun laut semata-mata nak kahwin dengan aku.. mahu bersepai ego seorang bapak tu..

Aku teringat perbualan aku dengan Pakcik Afiq dua minggu yang lalu masa pertama kali jumpa si Iche ni..

“Iman..” Pakcik Afiq sebut nama aku dengan suara perlahan.

Aku tengok muka Pakcik Afiq. Kenapa dia panggil aku Iman? Sebab memang nama aku Iman.. Cuma orang-orang kat sini saja yang tak tahu nama aku Iman.

“Iche tu..” Pandangan Pakcik Afiq macam tengah mencari perempuan tadi. “Satu-satunya anak perempuan pakcik..”

Ooo.. Anak dia ke.. Aku dah terangguk-angguk dengar statement yang lain macam jer bunyinya.

Nafas dia tarik dalam-dalam. Macam nak cakap sesuatu yang berat jer.. “Pakcik dah bagi pilihan calon kat dia.. Ramai.. Kerja pun bagus-bagus.. Tapi..”

Aku buat mata kecik. Kerja bagus-bagus?? Asal aku rasa macam nak sentap jer hah?

“Tapi dia cakap.. dia nak kahwin dengan nelayan. Nelayan kamu tahu tak? Macam mana la Pakcik tak sentap??”

Tiba-tiba aku ketap gigi sendiri. Dah orang tua ni pulak yang sentap kenapa??? Patutnya aku kat sini yang sentap dengar statement tu.. Apa nelayan ni hina sangat ke hah??

“Pakcik lega sangat bila nelayan yang dia tunjuk tu kamu.” Nampak sangat raut orang tua ni kelegaan yang amat sambil tengok muka aku. Lepas tu dia hembus nafas lega.

Huh?

“Apa yang kamu buat kat sini? Pakcik dengar kamu dah berjaya buat collaboration dengan US punya branch company. Lama Pakcik tak nampak kamu lepas last project tu. CEO international company macam kamu ni kan sibuk orangnya. Tengah bercuti ke sekarang ni?”

Aku garu-garu kepala yang dah nak start gatal. Hish Pakcik ni.. banyak pulak cerita aku yang dia rajin nak berhikayat kat sini. Aku pandang-pandang keliling aku. Harapnya tak ada la mata-mata ke, telinga-telinga yang terpasang kat sini.

Sekali dengan Pakcik Afiq pun turut join aku yang dah macam ala-ala pencuri nak masuk rumah orang-orang kaya. “Kamu cari siapa?” Dia tanya pelik sebab mana ada seorang manusia pun kat sekeliling kitorang ni. Pokok kelapa ada la..

Lepas make sure yang aku masih ‘selamat’..

“Oo.. takde la Pakcik. Tak cari sape-sape pun. Saja nak exercise tengkuk ni. Nanti karat pulak urat-urat kalau tak bergerak lama sangat.” Aku saja cakap ayat ‘pedih’ dan ‘pedas’ kat Pakcik ni sebab dari tadi kepala aku ‘setia’ sangat menghadap dia ni.

Aku lega sebab Pakcik Afiq buat muka pelik-tak paham-innocent sorang-sorang dia sambil tengok aku.

“Iman..” Pakcik Afiq panggil aku lagi. Aku tengok dia. “Pasal anak Pakcik tu.. Pakcik harap sangat yang Iman tak reject dia. Iman tak kisah kan?”

Tiba-tiba aku macam dengar ayat.. ‘Aiman tak kisah..’ dalam kepala otak aku..

“Iman tak kisah.” Terkeluar la pulak!! Siapa cakap aku tak kisah?? Aiman jer yang tak kisah la.. Iman kisah tau tak.. Aku rasa nak ketuk-ketuk kepala sendiri. Argh..

“Alhamdulillah.. Kalau macam tu, Pakcik tunggu rombongan meminang la nampaknya. Ke nak Pakcik yang hantar rombongan?” Pakcik Afiq sengih-sengih tengok aku.

Aku terkebil-kebil. Kerek la Pakcik ni. Malu la kalau anak teruna yang dipinang, pakcik oii.. “Dua minggu.” Pendek ayat aku. Ni semua gara-gara terkejut punya pasal la. Terkejut dengan ‘lamaran’ si Pakcik Afiq ni.

“Huh?” Pakcik Afiq tak faham kut..

“Bagi Iman dua minggu Pakcik. Iman kena fikir dulu.” Selalunya scene macam ni sering terjadi pada kaum-kaum perempuan kan??? Apesal aku pulak yang kena ni….

Pakcik Afiq angguk-angguk. Setuju dengan permintaan aku rasanya. Hahaha.. Aku memandai buat kesimpulan sendiri. “Pakcik harap Iman dapat terima anak pakcik. Pakcik tak pernah tengok dia macam tu selama ni. Dia bersungguh-sungguh tolak semua pilihan Pakcik. Selama ni, dia tak pernah pun nak bantah cakap Pakcik sebab tu la Pakcik rasa Pakcik kena ikut pilihan dia. Kamu kenal ke anak Pakcik tu?”

Aku geleng-geleng.

“Hmm.. kalau tak kenal macam mana boleh jumpa ni?” Pakcik Afiq tanya aku dengan muka berkerut-kerut.

Aku punya muka lagi la berkerut-kerut lepas dengar soalan si Pakcik ni. Takkan la aku nak jawab yang aku ni tiba-tiba jer kena ‘lamar’ lepas turun dari bot tadi dari orang yang aku tak kenal.. Macam tak berapa nak logik tu.

“Iman?” Pakcik Afiq panggil aku sebab aku ni sampai dah termenung duk fikir jawapan apa yang macam bernas sedikit nak bagi.

“Erm.. kenal.” Kenal tadi la. Aku nampak anak dia ni berjalan ke tempat aku buat kerja tadi. Mengelat dan mengelak dari nak bercerita panjang dan menyerabutkan cerita yang tak berapa nak panjang.

Lepas tu aku nampak Pakcik Afiq angguk-angguk. Puas hati la tu kut. Tiba-tiba Pakcik Afiq keluarkan kad dari dompetnya dan letak kat atas tapak tangan aku.

“Telefon Pakcik lepas Iman dah buat keputusan. Apa pun keputusan Iman Pakcik terima. Tapi Pakcik harap sangat yang Iman tak hampakan harapan Pakcik.”

Kad kat tangan aku tenung lama-lama..

“Im!”

Terbang melayang ingatan aku berbual dengan Pakcik Afiq tempoh hari. Depan mata aku sekarang ni tengah berdirinya si dia.

“Awak tak nak hantar saya sampai airport ke?”

Muka dia macam sedih sambil tengok aku dengan beg tariknya yang setia berdiri tepi kaki tuannya. Kenapa dia sedih eh?

Aku senyap sambil memikirkan kenapa dia ni macam sedih sangat. Nampak macam nak menangis tu apesal?

“Awak memang tak suke kat saya ni langsung-langsung ke?”

Pelik pulak ayat dia ni aku dengar. Ke telinga aku ni salah dengar? Pantang betul aku kalau orang melayu cakap melayu tak berapa nak betul. Berkerut muka aku sambil memikir macam mana nak betulkan tatabahasa minah ni.

“Sampai hati awak kan.. Saya tahu saya gagal. Sebab saya ni anak orang kaya ke sampai awak tak nak kat saya sungguh-sungguh?”

Aku pening lagi. Aku tak berapa nak berkenan la kalau ada perkataan kaya-kaya dalam kehidupan seharian aku ni. Kalau kaya makan dengan roti tambah butter aku suka la. Favourite tu.

“Huhhhh.. Nampak sangat awak tak nak kat saya kan. Saya tanya apa pun awak tak nak jawab. Takpela.. Saya mintak maaf sebab dah banyak menyusahkan awak dengan nenek sepanjang saya kat sini.”

Lepas dia mengeluh sambil cakap ayat yang sangat sedih dan menyentuh hati.. dia tarik beg dan berjalan pergi.

Aku terkedu.

Dia dah jauh dan lidah aku masih kelu untuk memanggil.

‘I’m sorry Nafisha. Babai.’
 

are-fiyz

Active Member
erk elehhh,,,punya lama cuti,,,ni jekk???
langsung-langsung xadil!!!
:lol::lol:
hak.hak.hak.hak. (pch prut eh).
nk wat caner.. smgt abes terbang. tinggl bnyk tu jer. kne pikir caner nk upgrde smgt dlu bru bole smbg mcm machne gun..
 

dieda

Well-Known Member
hak.hak.hak.hak. (pch prut eh).
nk wat caner.. smgt abes terbang. tinggl bnyk tu jer. kne pikir caner nk upgrde smgt dlu bru bole smbg mcm machne gun..
okeylahhhh,,ost utk episod ni by xpdc>>semangat yg hilang,,,kahkahkah
 

are-fiyz

Active Member
“Nenek!!!”

Aku jerit panggil-panggil nenek macam budak kecil tak cukup kasih sayang. Ye ke? Entah la.. Aku nampak nenek tengah bagi ayam makan. Tabur-tabur makanan kat ayam dalam reban.

Nenek tak dengar kut aku jerit-jerit tadi.

“Neneeeeeeeekkkkkkkkk!!!!!”

Puas rasa dapat menjerit kalah ayam-ayam arwah tok ki aku. Aku nampak nenek dah terbaling bekas makanan ayam yang dia pegang lalu tertaburlah semua baki yang tinggal dalam bekas tu dan tumpah ke atas muka bumi si ayam-ayam.

Maka berbahagialah si ayam-ayam kerana mendapat rezeki kurniaan Allah yang melimpah ruah untuk hari ni.

Aku rasa aku dah melalut panjang sebab asyik menunggu respon nenek aku yang pending dan loading ni..

“Iman..” Nenek sebut nama sebenar aku dengan pandangan ala-ala stepmother semua jenis fairytale yang wujud. Sesungguhnya aku terasa senak perut dengan pandangan nenek. Akhirnya aku sengih lebar. Harapnya nenek tak marah lepas aku kasi sengih cute ni dekat dia.

“He.he.he. Hud panggil nek banyak kali kut..” Aku sengih lagi sambil membela diri.

Last-last aku nampak nenek cekak pinggang lepas tu kutip bekas makanan yang dah tertangkup atas tanah. Nenek menapak ke arah tempat aku berdiri.

Aku berdiri kat mana?

Mestilah atas rumah. He.he.he. Haruslah nenek mengamuk kat aku kan kalau dah pemalas sangat nak turun rumah lepas tu buat aksi anak-anak dara kampung malu-malu disebalik tingkap kayu macam pintu tradisional ni.

Aku tengok nenek yang tengah mendongak tengok aku. Rasa macam tinggi pulak rumah ni sebab gaya kepala nenek tu macam dah nak terbalik ke belakang dah. Ke nenek yang pendek?

“Hah.. Kenapa?” Pendek soalan nenek bagi aku.

“He.he.he.he. Hud nak kahwin la nek. Tolong hantar rombongan boleh?” Aku berterus terang.

Lepas aku request kat nenek, aku nampak nenek dah bercekak pinggang. “Nak kahwin dengan siapa pulak? Hari tu orang nak kau tak nak. Sekarang ni orang dah tak nak kau pulak yang nak.” Nenek membebel kat aku sambil berjalan ke arah pintu dapur.

Aku terus lari dari tingkap dan mendapatkan nenek aku kat pintu dapur.

“Dah kau tengok nenek kau ni ada berapa orang?”

Aku pelik dengan soalan nenek. Terkebil-kebil mata aku jadinya.

“Ada sampai 5,6,7,8,9,10 orang ke?”

Aku rasa kening aku macam terkena simptom leukemia lepas dengar soalan yang lagi pelik dari tadi. Pandai jugak ye nenek aku bab matematik ni. “Nenek sihat ke tak?” Lain yang aku nak tanya lain pulak yang aku tertanya. Sure aku kena ketuk dengan bekas makanan ayam kat tangan nenek.

“Tuk!”

Kan dah cakap.. Sakit kepala aku ni. Nenek buat muka tak puas hati dan menuju ke sinki dapur rumah tradisional dari zaman era penjajahan british lagi.

“Ala.. nek. Hud tak faham la nek cakap pe. Cuba bagi clear sikit meaning tu.” Aku usap-usap kepala. Sakit kut.

“Nak hantar rombongan apenye kalau dah nenek jer manusia yang ada kat dalam rumah ni. Kalau nenek angkut sekali dengan ayam-ayam tok ki kau tu join rombongan meminang, mahu sawan la diorang.”

Nenek membalas soalan aku pedas. Nenek fikir ayam je ke yang sawan? Aku pun boleh tersawan sekali tau kalau yer la rombongan meminang tu terdiri daripada ayam-ayam kat belakang rumah ni. Kalau sopan yer la jugak aku nak approve jadi membership rombongan tu. Ni dah kalau terbang ke sana ke mari macam flight boeing jer.. siapa yang tak pengsan?

Aku buat muka tak puas hati kat nenek aku sambil memikirkan ayam-ayam tengah pakai baju kurung dan baju melayu. Ooo tidakk..

“Kenapa pulak nenek yang dah tua ni nak pergi rombongan? Kau ingat nenek ni muda remaja ke Iman oii?? Kau pergi la cakap dengan mak bapak kau kat KL tu. Ada mak bapak, nenek jugak yang diheret. Ish.Ish.Ish.” Nenek meluahkan ketidakpuasan hatinya.

Mulut aku dah muncung sedepa. Ni yang malas nak kahwin ni… Arghh… nak merajuk pun dengan nenek. Silap orang la.

“Alaa nek.. Jom laa.. Jom..” Aku ajak nenek pergi meminang anak dara orang macam beli ikan kat pasar.

“Jom.” Pendek jawapan nenek bagi kat aku.

Mata aku terbeliak dan terkejut dengan jawapan nenek yang tak ku sangka-sangka. Takkan senang sangat kut? “Betul ke ni nek?” Aku tanya balik sebab memang susah nak percaya yang nenek aku ni setuju dengan tiba-tibanya.

“Dah kau ajak macam nak pergi beli ikan . Haa.. Jom la. Jom. Nanti habis pulak anak dara tu dibeli orang. Putih mata cucu aku ni.”

Adeh..

Walaupun payah nak memujuk nenek aku yang sorang ni nak join rombongan meminang anak dara orang.. aku tetap berjaya. Tapi nenek letak syarat. Syarat nenek..

“Nenek nak naik kapal terbang. Macam dalam tv tu.” Tiba-tiba nenek tunjuk tv.

Aku pun tengok tv yang nenek tunjuk. Sejak bila tv tu sihat? Setahu aku nenek cakap tv tu rosak masa aku mula-mula sampai sini dua bulan yang lalu. Apabila saat aku terpandangkan skrin tv tu.. aku rasa nak pengsan.

“Nenek nak naik tu. Cepat dan pantas. Tak payah la sakit-sakit pinggang lutut nenek ni nanti.” Nenek ulang lagi sekali dekat aku sambil jongkang-jongket keningnya.

Sikit minit lagi aku boleh arwah. Nenek aku buang tebiat ke apa nak naik roket setakat pergi KL. Alamatnya memang takkan sampai KL la sampai bila-bila pun. Nenek weh.. sabar jer la aku.

“Amacam? Deal?” Nenek tanya aku sambil kejip-kejip mata. Aku rasa nak tepuk dahi. Ni dah kenapa gaya nenek macam si Iche tu pulak tiba-tiba hah? Stress aku dibuatnya.

Nak tak nak aku angguk kepala tanda deal. Mana la aku nak cari roket pergi KL hah?? Aci tak kalau aku hantar nenek naik melawat outer space dulu lepas tu baru mendarat kat KL? Agak-agak nenek takkan belasah aku kan?

Nenek tengok aku yang tengah termenung memikirkan idea kurang cerdas. “Hud..” Nenek panggil aku. Hud sebenarnya nama arwah tok ki. Sejak aku tahu nama datuk yang tak pernah aku ingat.. terus aku suruh nenek panggil aku dengan nama tu. Kata nenek lagi, muka aku dengan tok ki copy paste punya. Cumanya aku tak tua lagi la.. Aku ialah tok ki versi pertengahan 20-an lebih-lebih..

“Ye nek.” Aku jawab panggilan nenek.

“Kau nak kahwin dengan si Iche tu ke?” Nenek tanya sambil sengih-sengih.

“Tak la.”
 
Top