• Sudahkah anda menulis Diari Cinta anda hari ini?
    Sebagai forumer Forum Tentang Cinta, anda kini boleh menulis dan mencoret kisah manis cinta anda di ruangan Diari Cinta. Hanya satu diari sahaja ya dibenarkan untuk setiap seorang.

Kongsi cite kelakar..

dieda

Well-Known Member
Di suatu malam yang hening, kedengaran seseorang baru pulang ke rumahnya..ia sendirian di biliknya melepaskan lelah sambil menatap kipas angin di sudut biliknya.
Kesibukan menyelenggarakan ceramah keislaman di masjid betul-betul meletihkan. Suasana hening dan damai di flat kediamannya kerana ramai penghuni masih belum balik dari kerja.

Dari balik dinding sayup-sayup terdengar perbualan jirannya, seorang Ibu tua dengan anaknya.

Anak : Ibu..

Ibu : Hmmm?

Anak : BU!

Ibu : APA?

Anak : Mmm, niii.. tadi saya ke masjid dengar ceramah. Ibu dengarlah ni!

Ibu : IYA! Ibu dengar. Cakap ajalah. Kan ibu tengah sibuk memasukkan benang ke jarum ni. Susah pulak rasanya. Agaknya mata ibu sudah nak rabun.

Anak : Bu!

Ibu : Apa dia? cakap ajelah, Yang?

Anak : Tadi, di masjid seorang ustaz bercerita soal tudung. Katanya pakai tudung itu wajib. Ibu, mulai sekarang saya mau pakai tudung. Boleh tak Bu..?

Ibu : Jangan….

Pemuda dari balik dinding makin menajamkan perhatian pendengarannya.

Anak : Tapi tu perintah Allah. Kalau tidak patuh kita berdosa, Bu. Boleh ya, saya mau pakai tudung?

Ibu : Kan ibu kata JANGAN…

Anak : Tapi bu.. bukan lebih baik saya memakai tudung kerana kerana kita orang Islam dan sudah tentu dapat menjaga maruah dan harga diri saya… betul tak bu…? Bolehlah bu..

Ibu : TIDAK!

Anak : Kenapa? Atau ibu terpengaruh sama cerita bohong pasal memakai tudung? Itu Syariat Islam. Islam yang sebenar bukan adat. Dari dulu memang diwajibkan demikian, bukan trend baru-baru ini aja.

Ibu : Iya, iya Ibu faham tu. Tapi ibu kata JANGAN!

Anak : Jadi Ibu melarang saya nih.. Bu, mau tak mau saya tetap akan pakai tudung. Terserah Ibu nak kata apa. Tak perlu taat pada orang tua, kalau orang tua itu menyuruh maksiat pada perintah Allah.

Ibu : Kamu tak faham-faham lagi ke? Ibu kata jangan, jangan, JANGAN!!!

Anak : WALAU APAPUN JADI BESOK SAYA TETAP PAKAI TUDUNG. MUKTAMAD!

Ibu : JANGAN!

Anak : TUDUNG!

Ibu : JANGAN!

Anak : TUDUNG!!

Ibu : J A N G A N !!!

Anak : TUDUNGGGGGGGGGGGG !!!!

Pemuda tadi sudah tidak dapat menahan keinginannya. Ia terus keluar bilik untuk bertemu ibu dan anak itu untuk membela si anak agar si ibu bersetuju dengan kemahuan si anak. Tangannya sudah terangkat di depan pintu untuk mengetuk..namun terdengar lagi kata-kata dari si ibu..



Ibu : KAMU NI ROSLAN, IBU KATA JANGAN, JANGANLAH! KAMU KAN LAKI-LAKI..BUAT APA NAK PAKAI TUDUNG!!!..(sambil mengetuk kepala anaknye)

Anak : Dengan muka tak bersalah terus berkata..err, betul juga.. ekekke

Pemuda, Si jiran sebelah pun berlalu dengan langkah yang longlai~
 

dieda

Well-Known Member
prnh dengar kisah gajah kalah dgn semut x?mcm ni cite die,,

si semut gi jmpa gajah lalu membisikkan sesuatu ke telinga gajah,
tb2 si gajah jth ke tnh dan trs fengsan,,
nk tau apa semut ckp kt gajah???

"syg,,i hamil anak u,,"

loll
 

dieda

Well-Known Member
Semasa rompakan di Guangzhou, China, perompak bank berteriak kepada semua orang di bank:

"Semua tiarap di lantai dan jangan melawan! Wang ini kepunyaan bank tapi nyawa anda adalah kepunyaan anda..."Semua orang dalam bank pun ikut arahan perompak tanpa melawan dan senyap.

*Ini dipanggil "berfikir di luar kotak." - berfikir lain daripada yang lain!

Apabila seorang wanita bertiarap di atas meja dengan gaya yang menggoda, perompak menjerit kepadanya: "Tolong bersopan! Ini adalah rompakan, bukan cubaan merogol!"

*Ini dipanggil sebagai "Profesional." - Fokus hanya pada apa yang anda dilatih untuk melakukan!

Apabila perompak bank kembali ke rumah, perompak muda (kelulusan MBA) memberitahu kepada perompak yang lebih tua (lulus darjah 6 sahaja): "Taiko, mari kita kira berapa banyak duit kita dapat."Perompak tua menyangkal dan berkata: "kau ni bodoh! Terdapat banyak wang, sampai bila baru kita habis kira ? Malam ni kita nonton berita di tv, pasti kita akan tahu jumlah rompakan dari berita tersebut."

*Ini dipanggil "Pengalaman." - Kini, pengalaman adalah lebih penting daripada sijil kertas!

Selepas perompak telah beredar, pengurus bank itu mengarahkan penyelia bank untuk memanggil polis dengan cepat. Tetapi penyelia berkata kepadanya: "Tunggu Mari kita ambil $ 10 juta daripada bank untuk diri kita dan tambah kepada $ 70 juta yang kita sudah gelapkan dari bank!".

*Ini dipanggil "inovatif." - Menukar keadaan tidak menguntungkan untuk keuntungan anda!

Penyelia berkata: "alang kah baiknya jika rompakan berlaku setiap bulan. Dapat juga kita gelapkan duit"

*Ini dipanggil "berpandangan jauh." - merancang masa depan selangkah lebih awal!

Keesokan harinya, berita TV melaporkan bahawa $ 100 juta telah diambil dari bank. Perompak mengira, mengira dan mengira berulang kali, tetapi mereka hanya boleh mengira $ 20 juta. Perompak sangat marah dan mengadu: "Cilaka! Kita mempertaruhkan nyawa kita dan hanya mendapat $ 20 juta tapi Pengurus bank pula mengambil $ 80 juta dengan hanya petikan jarinya, nampaknya lebih baik menjadi orang pintar daripada menjadi pencuri."

*Ini dipanggil " Pengetahuan." - pengetahuan kunci kejayaan hidup!

Pengurus bank itu tersenyum dan gembira kerana kerugiannya dalam permainan pasaran saham kini sudah dilangsaikan oleh duit rompakan itu.

*Ini dipanggil "sambil menyelam minum air." - mempergunakan peluang yang ada untuk mencipta peluang yang lain!

Merompak hnya contoh shj. Anda tidak diminta merompak.

Lalu perompak tersebut membuat laporan polis terhadap penipuan pegawai bank tersebut tentang jumlah rompakan sebenar.. ini dinamakan "BANGANG TAK BERTEMPAT"
 

dieda

Well-Known Member
SARI mengadu kepada ibunya tentang hal buruk yg menimpanya. . . . .

SARI : (ketakutan) Maakkk, mana bapak?

IBU : Bapak keluar...ngko dah kenape?!

SARI : (dgn nada pelan) minta maaf Mak...kemungkinan Sari hamil.

IBU : (terkejut) Apa?

SARI : (gementar) Ya, hamil.

IBU : Aaahh...tak mgkin, ko cuma sakit je tu... ko pi rehat je situ...

SARI : Tapi sejak kebelakangan
ini...Sari selalu muntah2, Mak.

IBU : (rasa geram) Aaahh...paling2 pun masuk angin je ko itu.. pi beli minyak angin... sembuh jugak ko tu nanti.

SARI : (tersedu-sedu) hikss...hikss...tapi kenapa skrg Sari suka makan yg masam2, Mak . . . ?

IBU : (dgn kesal sambil menjerit) Cukup2 la kau berangan SARIPUDDIN. Mak lempang jugak ko nanti.Jantan mana boleh beranak!!!!!
 

nur affan

New Member
hahaha smua lawak2.:lol:

nak smpaikn 1 cite jgk.:facepalm:

Sepasang suami isteri bru lngsungkan prkahwinan. Si suami bertnya samada dia blh mmpunyai sbuah laci khas utk dirinya shj. Si isterinya tnpa mmikirkn yg bkn2 trus je stuju.

30 years by gone ~~~~
Si isteri tdi pn teringat kpd laci prsendirian suaminy dn bila diintai trdpt 3 biji bola dan duit sebnyak RM2000.00.

Si isteri trus mndpatkan suaminy utk pnjelasan.Setelah dipksa dgn bersungguh-sungguh si suami pun terpaksa menjelaskannya.
Suami: setiap kali abg buat curaang kat luar,abg simpan sebiji bola golf dlm laci.
Isteri: *fikir: *30 thn kawin bru ad 3 biji bola? hmm not bad*
Isteri : hbis tu ap kna mengena ngan duit RM2000.00 tu?
Suami: setiap kli bola golf tu cukup sedozen,abg akn jual

isteri plak canggini aa jwbny:rage:
 
Top