• Sudahkah anda menulis Diari Cinta anda hari ini?
    Sebagai forumer Forum Tentang Cinta, anda kini boleh menulis dan mencoret kisah manis cinta anda di ruangan Diari Cinta. Hanya satu diari sahaja ya dibenarkan untuk setiap seorang.

........

are-fiyz

Active Member
#1
Some say, they are somewhat of perfectionist and they strive for it.. but she says it is impossible to look for perfection because..

Perfection itself is Imperfection -Vladimir Horowitz-

[hehehehe... here is the prologue..]

“Aku ceraikan kau dengan talak tiga.”

“Huh? takkan la sampai macam tu sekali kut??” Oo my.. ngerinya.

Along terangguk-angguk merenung angahnya yang hampir ternganga mendengar lafaz talak sebentar tadi.

“Itulah akibatnya.. kalau rahsia angah terbongkar..” Along memberi amaran.

Terkebil-kebil angah memandang alongnya.

Along sengaja. Dia sendiri pun tak yakin terhadap apa yang dikatakan sebentar tadi. Tapi kalau ikut hukum alam.. selalunya begitu.

Jarang sekali kes-kes seperti ini akan terselamat bahagia sehingga ke akhir hayat. Peratusan untuk dia berkata yang baik-baik adalah terlalu sedikit berbanding yang buruk-buruk. Jadi baik cakap yang buruk-buruk dulu lah.

In case kalau jadi yang buruk-buruk.. tiada la adiknya tu hilang kewarasan akal terus sebab dah expect apa yang akan jadi.

Pandai-pandai la.. dia tidak mahu terlibat dalam kerja pelik ini.

Angah yang terdiam dari tadi mungkin tak menyangka perkara paling buruk dan dia takuti akan terjadi dalam hidupnya.

Ada harapan ke hah?

Kepala angah dah serabut..

‘Macam mana ni??? Apa patut aku buat sekarang?? Argh.. redah jer laa. Tawakal banyak-banyak.. Ya Allah.. selamatkanlah aku..’
 

are-fiyz

Active Member
#2
Book 1

Tahun baru.

Makin bertambah umurnya.. Ilham Irsyad masih belum berkeingingan mendirikan rumah tangga. Tidak seperti rakan-rakannya yang lain yang sudah beranak pinak membentuk sebuah keluarga besar. Hanya dia yang belum berpunya..

Jadi?

Ibu mana yang tidak bising?

Bapa mana yang tidak hampir pekak akibat isterinya yang kuat bising?

That’s it.. he’s going to get married. No more excuses.” Mak Jah kalau marah memang speaking habis.

Ruang tamu rumahnya bising pada cuti hujung minggu itu. Ilham Irsyad- baru masuk 26 tahun dah kena paksa kahwin. Baru jer dia guna duit buat beli rumah. Mana nak ada duit dah untuk kahwin.

“Irsyad tak de duit dah mak nak buat kahwin-kahwin ni.. lagipun kalau boleh Irsyad tak nak kahwin lagi sekarang ni mak.. nak pergi umrah haji dengan mak ayah dulu baru la Irsyad fikir pasal kahwin tu.” Irsyad menolak keinginan ibunya dengan cara berhemah.

Mak Jah tersedak air kopi. Pak Mad terkebil-kebil melihat isterinya tersedak. Tiada keinginan untuk menolong. Irsyad sengih sendiri.

What???”

‘Haa.. sudah.. speaking lagi mak aku ni.. jadi-jadi la tu mak, kita kena memperkasakan bahasa melayu la mak.’

Mak Jah tak puas hati. Pergi umrah haji dulu baru fikir pasal kahwin?? Bukannya kahwin terus, tapi fikir dulu, fikir?? Alamatnya mati tak sempat tengok cucu-cicit la macam ni. Tak boleh jadi. Irsyad mesti ikut katanya.

“Sekarang ni mak bagi pilihan kat Irsyad. Pilih nak kahwin dengan pilihan Irsyad ataupun pilihan mak. Mana satu Irsyad nak??” Mak Jah memang sengaja. Dia dah tahu anak terunanya itu memang malas benar bab-bab perempuan ni. Lagipun memang Mak Jah sendiri dah tahu mana satu pilihan Irsyad.

Mata-mata di situ semuanya merenung Irsyad meminta jawapan segera. Sengih tua di bibir Mak Jah makin melebar.

Irsyad menarik nafas berat. “Ikut mak la.. Irsyad tak de siapa-siapa pun lagi. Irsyad terima je siapa-siapa pun pilihan mak.” Cermin matanya ditanggalkan. Belakang disandarkan ke sofa. “Lagipun, Irsyad malas la mak. Malas nak cari. Mak la carikan untuk Irsyad.”

Tepat sekali seperti yang Mak Jah fikirkan. Anaknya itu memang pemalas bab-bab perempuan ni. Hati tuanya lega. Dia memang sudah ada pilihan sendiri. Sudah lama dia mengintai-intai anak dara jiran taman sebelah.



Irsyad menutup pintu bilik rapat. Belum puas hati dengan cadangan-wajib-ikut ibunya sebentar tadi. Banyak sebab dia belum bersedia untuk kahwin buat masa sekarang. Tapi ibunya asyik fikir pasal..

Cucu?

Nak membantah memang bukan perangainya. Memang dia tak pernah nak membantah segala apa jenis arahan mahupun cadangan-wajib-ikut ibunya. Syurga seorang anak kan terletak pada keredhoaan ibu bapanya.

‘Allah.. sekiranya Kau menentukan bahawa jodohku ini adalah pilihan ibuku.. aku terima saja.’ bunyi seperti pasrah benar doanya.

Bunyi telefon bimbit mengejutkan Irsyad dalam khayalan doanya. Mesej. ‘hmm.. dari sape la ni. Tak kena timing betul.. tengah-tengah frust macam ni la baru nak berbunyi handphone tu..’ nak tak nak Irsyad mencapai juga telefon bimbit atas meja belajar zaman sekolahnya dahulu..

Aqil: Heyp.. Irsy, kau busy tak malam ni? Aku ada hal nak discuss.

‘hal? Discuss? Malam? Malas la..’

Irsyad malas nak keluar rumah dengan mood yang tak tentu macam ni. Terperuk dalam rumah lagi bagus dari menyerabutkan kepala otak dengan hal dan discuss si Aqil tu. Dia bertekad tak nak keluar.Tangan menekan reply..

Irsyad: Soo sorry.. aku tengah sedih ni. Lagipun aku malas sangat sekarang ni. Besok okey?

Aqil: Sedih? Kenapa? Mak kau paksa kau kahwin ke?

Irsyad mengetuk kepala sendiri. ‘obvious sangat ke mesej aku tadi? Tak de pulak aku type pasal kahwin. Hish.. malu.. malu..’

Irsyad: Macam tu la nampaknya. Aku bersimpati dengan orang yang dapat suami macam aku ni..

Aqil: hahaha.. ye la sangat. Beratur nak dekat kau, kau tu yang anti sangat dengan perempuan.

Irsyad senyum sendiri membaca balasan mesej Aqil. ‘aku anti perempuan? Bila masa la..’

Irsyad: Mana ada.. okey la weh. Ada hal. Time, and place for tomorrow please..

Malas dia nak melayan mesej lama-lama. Bukan style dirinya.

Aqil: Okeh.. jangan sedih2 sangat la weh.. 11.00 a.m kat taman permainan rumah aku tau.

Irsyad merenung pelik telefon bimbitnya.. ‘taman permainan rumah dia? nak main jongkang-jongket ke apa ni?’

Irsyad: Okey.

Malam itu, Ilham Irsyad memang tak boleh nak pejam mata. Serabut segala saraf dalam kepala otaknya memikirkan hal kahwin. Walaupun kahwin tu perkara yang sangat dituntut dalam Islam, dan semua manusia sangat-sangat la excited kalau masuk bab-bab kahwin ni, tapi bagi Ilham Irsyad memang tak payah la nak elaborate panjang-panjang. So simple..

Malas.

Lewat pagi baru matanya sudah give up untuk terbuka lagi. Alhamdulillah.. selewat mana pun tidurnya, subuh tetap diawal waktu. Seusai solat subuh, matanya merenung jam dinding yang tergantung tinggi.

Hmm.. janji pukul 11. Cuti hari ni tak boleh la nak berkebun lama-lama..’ kebun sayur yang diusahakan bersama bapanya sedang membuahkan hasil. Kebun sayur tu wujud pun sebab mak.. mak bising-bising..

“Irsyad.. Paknye.. belakang rumah kita dah macam hutan Amazon.. bilanye nak bagi jadi macam Taman Babylon yer??”

Akhirnya, ‘hutan amazon’ mak dah bertukar jadi taman. Tapi mak bising-bising jugak. Katanya..

“Irsyad.. tanam apa ni? Sejemput je mak tengok. Macam tak nak tumbuh pun..”

Irsyad sengih-sengih sendiri. “kan mak nak Irsyad buat taman Babylon.. sekarang ni Irsyad cuba mencapai impian tu untuk mak la.” Bapanya kat sebelah terangguk mengiakan kata-katanya.

“Bagusnya anak sulung mak ni.. dah tu pokok bunga apa Irsyad tanam ni?”

“Hehe.. mak nak taman Babylon, so Irsyad pun tanam-tanam la Baby corn. Nanti dah tumbuh, jadi la taman Babycorn.. hooyeeaah..” Irsyad memandang kesemua Baby corn yang baru sejemput tumbuh keluar dari tanah dengan penuh kasih sayang.

Makin melebar senyum Pak Mad melihat muka masam Mak Jah. Dia hanya ketawa masa Irsyad mengusulkan ‘hutan Amazon’ itu dijadikan ‘taman Babycorn’..

Peristiwa yang mencuit hatinya melihat angan-angan mak yang nak belakang rumah mereka jadi ala-ala taman Babylon itu memang tak dapat nak dilupakan. Senyum kecil pasti automatik tersungging dibibirnya. Hari ini dia bersiap kemas ala kasual untuk janjinya dengan Aqil pukul sebelas nanti.

Mak Jah sibuk menyiapkan sarapan pagi. Terkontang-kanting tubuh tuanya berulang alik dari dapur ke ruang meja makan menghidang makanan seorang diri. Irsyad melangkah laju ke meja makan.

“Mak nak Irsyad tolong?”

Eh.. tak payah la. Irsyad tengok ramai benar pembantu mak ni kan??” maknya menjawab perli.

“Mak.. mak.. ada-ada je la.”
 

are-fiyz

Active Member
#3
Taman permainan di hadapannya direnung dengan kening terangkat dan dahi yang berkerut-kerut.

‘Taman permainan ke macam ni?? Macam taman ‘hutan Amazon’ mak aku je pun.’

Pukul sebelas tepat, Ilham Irsyad terpacak sebelah keretanya depan ‘Taman Permainan’ yang dimaksudkan Aqil semalam. Aqil masih belum memunculkan diri. Entah hal apa la yang semangat sangat si Aqil tu nak discuss di taman ‘hutan Amazon’ macam ni. Ish.Ish.Ish. Musykil benar dirinya.

Lima minit kemudian..

“Irsy!!! Sorry sangat weh. Aku ada problem besar tadi.” Aqil menjerit-jerit sambil berlari ke arahnya.

Terkebil-kebil dia merenung Aqil yang sedang berlari-lari anak sambil mendukung.. anak??

Nak discuss hal penting sekali dengan anak kecik dia ke?’

Termengah-mengah nafas Aqil berdiri di hadapan Irsyad. Kasihan budak kecik ni terhuyung-hayang bergoyang mengikut rentak nafas ayahnya yang tercungap-cungap. Boleh diserang muntah kuning jadinya.

Irsyad menggeleng-geleng kepala melihat keletah Aqil dan anaknya. “yang kau berlari-lari apesal la.. kesian aku tengok anak kau. tak ke parah kalau buatnya budak tu muntah kuning atas badan kau. ish.ish.ish..”

Dan memang benar katanya..

Habis baju Aqil dengan muntah anak sendiri. “Allah.. apa laa nasib aku hari ni. Huhuhu.” Aqil merungut sedih. Anaknya disua ke Irsyad. “Tolong pegang anak aku jap.”

Irsyad menyambut anak kecil yang baru berusia beberapa bulan itu ke dalam dukungannya. Aqil dilihat terkebil-kebil mencari paip air dikawasan taman permainan rumahnya itu.

Tisu dalam kereta dikeluarkan Irsyad. Disuanya ke arah Aqil yang macam ala-ala mandi dengan baju. “Nah. Lap baju kau yang basah tu.” Aqil hanya diam menurut. Riak mukanya jelas muram. Seperti dilanda masalah yang sangat besar.

“Kau ada masalah apa sebenarnya?” Nasib anak si Aqil ni tak meragam. Risau pula kalau-kalau budak kecil ni menangis tak tentu pasal dalam dukungannya. Senyap terkebil-kebil melihat dirinya selepas muntah kuning atas badan ayahnya tadi. Comel.

Aqil menyandar pada kereta saga FLXnya itu. “Aku nak mintak tolong kau sebenarnya.”

“Tolong? Tolong apa?”

Aqil menarik nafas berat. “Cuma kau la satunya-satunya harapan aku dalam dunia ni. Banyak-banyak member kita, kau je la yang aku paling percaya.” Aqil buat ayat terharu sedih la pulak.

Irsyad sengih sendiri. “Kau ni, emosi semacam apekehal? Cakap je la. Kalau aku boleh tolong, InsyaAllah aku tolong. Don’t worry okey.”

Aqil menarik sengih lebar. “Ni yang buat aku makin sayang kau ni. Tolong Irsy, jaga anak aku ni seminggu. Seminggu je.. please?”

Giginya seperti mahu tercabut disaat itu. Bukan kerana terkejut dengan permintaan Aqil yang tiba-tiba. Tapi..

Kepala anak si Aqil menghentak kuat rahang kirinya. ‘Excited sangat ke nak tinggal dengan aku sampai seminggu? Kuat betul tempurung kepala budak kecik ni ye. Hukhukhuk.. sakit gigi graham tua aku ni.’

Aqil gelak sendiri melihat kerenah Irsyad dan anaknya. “Anak aku dah bagi persetujuan tu. Kau patut terima dengan hati terbuka tau.”

“Kenapa aku kena jaga anak kau? Sampai seminggu pulak tu? Dua tiga hari boleh tahan la jugak aku.. Seminggu? Aku kerja la weh. Macam mana nak jaga anak kau ni?”

“Ala Irsy.. kau kan tinggal dengan mak bapak kau. Time kau pergi kerja, kau mintak tolong diorang jagakan kejap la. Takkan tak boleh kut. Please?”

Berat untuk Irsyad menolak permintaan sahabatnya itu.

“Seminggu je aku jaga. Tak boleh lebih. Okey?”

“Terbaik laa.. kau la sahabat aku dunia akhirat.”

“Kau ada masalah apa sampai aku kena masuk kerja babysitter bagai ni?”

Aqil muram kembali. “Bini aku. Masalah apa entah sampai merajuk-rajuk tahap kritikal dah ni. Anak kecik ni dibiar macam tu je. Lagi dua orang kat rumah tu kerja menangis maknya tak masak-masak. Kebulur diorang time aku pergi kerja. Nak kata tak de bahan nak masak, punya la nak termuntah isi dalam peti ais rumah tu aku belikan. Entah la weh. Pagi ni aku lambat pun sebab sibuk duk memasak kat anak-anak aku ni la.”

Senyap Irsyad mendengar. Tumpang simpati.

“Aku doakan masalah kau cepat selesai. Kau kena sabar banyak Qil.”

Hanya itu yang mampu dikatakan buat sahabatnya. Bayi ditangan ditepuk-tepuk perlahan belakangnya. Tindakan simpati terhadap nasib keluarga si kecil ini. Gaya macam budak kecik ni faham je dengan apa yang sedang berlaku. Ish.Ish.Ish. memang failed si Irsyad ni nak memahami budak-budak.

So, barang-barang keperluan anak kau ni?”

Haa.. aku lupa nak bawak. Dah siap kemas dah tadi. Kelam kabut sangat aku lari marathon sebab lambat dah. Hehe..”

Tergeleng-geleng Irsyad.

“Jom la. Naik kereta aku pergi rumah kau. Tak payahnya nak marathon sekali lagi. Hadiah tak de.”

“Hadiah, kau tolong jagakan anak aku dah cukup weh. Tak ada yang dapat menandingi hadiah yang paling bernilai itu. Huhuhu..”

Yoo..yoo..yoo.. Masya-Allah. Stop it okey. Geli geleman aku dengar. Tak payah membazir ayat jiwang-romantik-pelik kau ni dengan aku ye. Pergi pakai nak pujuk bini kau tu.”



Irsyad selamat membawa pulang anak Aqil ke rumah mak bapaknya. Dia merenung pintu masuk besar rumah itu. ‘hish.. macam mana aku nak bawak masuk budak kecik ni ye? Nak jawab apa dengan mak yang semangat sangat dengan program cucunya tu? adehh.. tertekan eh.’

Bayi kecil di tempat duduk sebelah direnung lembut. Senyap saja budak ni. Bagus. Tak banyak songeh. Senang la hidupnya selama seminggu nak menjadi babysitter ni.

Perlahan-lahan bayi kecil didukung dan beg yang diberikan Aqil tadi dibimbitnya masuk ke dalam rumah. Pintu ditutup seperlahan mungkin agar tidak berbunyi. ‘wahai bayi comel.. tolong beri kerjasama yang bagus sama uncle ya. Jangan menangis tau sayang.’ Terkebil-kebil mata bayi itu melihat Irsyad buat isyarat “Shuuu..” sampai muncung mulut jadinya.

Hanya beberapa langkah nak ke pintu biliknya..

“Irsyad…”

Huhuhuhu.. Allah.,. tamat la riwayat bujang aku’

Teragak-agak dia berpaling. Perlahan sekali pergerakannya. “Ye mak.”

Eh.eh.. Bayi siapa Irsyad curi ni?”

Oh mak. Mana ada orang curi orang la mak. It’s culik la mak.’ Nak tak nak Irsyad terpaksa cakap. “Hehe. Er, er, er, ni anak kawan Irsyad. Mana ada Irsyad curi.”.

Laa.. kenapa tak cakap dengan mak awal-awal Irsyad pun semangat dah nak jaga anak. Besok mak pergi hantar rombongan la kalau dah macam ni..”

Irsyad hanya mampu tersengih lemah. Dalam hatinya..

Hukhukhukhuk.. makkkkkk.. Irsyad tak semangat pun. Mak sorang je yang semangat.’
 

are-fiyz

Active Member
#4
Book 2

Keesokan paginya..

“Allah.. mengantuknya.” Irsyad merenung bayi kecil di sebelahnya. Nyenyak tidur. Memang patut la nyenyak tidur. Semalaman dia berjaga menjaga baby si Aqil ni. Tak boleh nak terlelap sikit pun. Pasti mula nak meragam kalau baby ni tengok mata dia dah nak start terpejam.

Ilham Irsyad kerja hari ni.

“Jadinya? Budak ni siapa yang nak jaga? Mak?” kepala tak gatal habis jadi gatal-gatal.

Selesai bersiap, Irsyad mencari Mak Jah di dapur. Kena mintak tolong awal-awal kalau dengan emaknya ini. Memang sangat sibuk Mak Jah walaupun suri rumah sepenuh masa jaga bapak dengan adiknya seorang yang tingkatan dua tu saja.

“Mak.. oo.. makk..” Irsyad terintai-intai mencari maknya di dapur. Mak Jah sedang membancuh air dalam jag.

“Ya Irsyad?”

Irsyad senyap. Memilih penggunaan kata yang sesuai untuk meminta tolong emaknya yang sedang busy ini adalah penting. Tersilap kata, memang wasalam la dia akan ditolong dengan sukarelanya. Kalau dah tak sukarela.. paksa-rela la jawabnya.

Mak Jah merenung anak terunanya yang tergaru-garu dahi di depan pintu dapur.

“Mak sibuk tak hari ni?”

“Kenapa? Sibuk tu tak de la sibuk sangat. Sekejap lagi mak nak pergi hantar rombongan meminang. Kalau jadi, terus mak nak pergi tempah baju pengantin siap. Tak payah la lambat-lambat sangat. Irsyad pun bukannya muda lagi dah.”

ek?”

“Irsyad cakap tak de duit kan? Tak pe, mak banyak duit. Pakai duit mak dulu. Duit nak buat hantaran nak buat kenduri. Cukup cukup. Jangan risau.”

Huh?”

“Kalau boleh mak nak cepatkan tarikh nikah Irsyad. Kita buat dalam dua minggu lagi boleh?”

Heeehhh???”

laa.. yang Irsyad terkejut kenapanya? Kan kelmarin dah setuju dengan mak nak kahwin.”

“Lagi dua minggu?” Irsyad rasa nak pengsan di situ.

Mak Jah terangguk-angguk dengan sengih lebar. “Nak lagi cepat? Minggu ni? Boleh boleh. Mak setuju sangat.”

Cermin mata senget jatuh ke hidung. Terkejut.

Tak nak la mak. Awal sangat tu. Irsyad kan kena jadi babysitter minggu ni. Tak boleh, tak boleh.”

“Kalau macam tu tak pe la. Mak tak paksa. Lagi dua minggu la nampaknya baru mak nak merasa dapat menantu ni. Wawawa.. seronoknya mak. Tak sabar rasanya.” Mak Jah dah macam terbang ke langit dengan angan-angan dapat menantu sulung.

“Mak ni.. Irsyad nak mintak tolong mak minggu ni. Time Irsyad kerja mak tolong jagakan baby Aqil boleh?”

Muka Mak Jah berkerut-kerut. “Laa. Kenapa mak pulak nak kena jaga baby tu?”

Irsyad pening.

Alaa mak. Praktis la nak jaga cucu nanti. Pukul lima petang Irsyad balik Irsyad jagakan la. ye mak? Boleh ye? Terima kasih. Sayang mak. Baby kat atas. Tengah tidur. Irsyad lambat dah ni. Pergi dulu. Assalamualaikum” tangan emaknya lantas disalam dan terus keluar dari rumah.



Rehat tengahari itu,

Panggilan dari rumah. “Irsyad. Balik awal hari ni boleh?” permintaan emaknya yang tiba-tiba saja suruh balik. Ada kecemasan ke kat rumah tu? Baby?

“Kenapa mak?”

Laa.. balik je la. Ada hal penting ni. Berkaitan hidup dan mati mak ni. Balik balik.” Emak berkeras nak suruh dia balik awal jugak.

Irsyad panik.

“Kenapa mak? Mak sakit ke?”

Hish. Balik. Balik.”

Nak tak nak Irsyad terpaksa menurut jugak kehendak emaknya. “Baik mak. InsyaAllah Irsyad cuba balik awal.”

Sesampainya di rumah, tepat pada pukul 3 petang. Dah cuba nak balik awal, tapi penolong kanan pengarah cakap tak boleh.. jadinya, tak boleh la. Tak boleh nak buat apa.

“Irsyad. Awalnya Irsyad balik. Ada apa-apa ke yang balik awal sangat ni?” Mak Jah sedang memberi susu botol kepada bayi kecil di tangan.

Eh?”

Haa.. Bagus la Irsyad balik awal. Mak nak ajak Irsyad pergi menengok anak dara jiran taman sebelah.”

Hah?”

“Kenapa? Kita tunggu bapak Irsyad balik dulu. Lepas tu baru kita pergi. Nah pegang anak Irsyad ni, mak nak buat panggilan penting sekejap.”

Mak Jah berlalu pergi setelah bayi bertukar tangan. Anak Aqil di dukungannya terlena kekenyangan.

‘Allah.. Mak aku ni ada masalah apa la? Tadi dia telefon suruh aku balik awal, dah balik awal, siap tanya pulak kenapa aku balik awal. Dah tu dibuatnya nak pergi menengok anak dara orang pulak tu. Hish.. serabut aku.’

15 minit kemudian..

“Anak bapak dah balik. Bagus.. bagus.. semangat yang macam ni yang bapak nak tengok.”

Pak Mad memang klasik. Mana ada ayah zaman sekarang yang guna perkataan ‘bapak’ dalam panggilan diri sendiri terhadap anak dan isterinya. Kalau ada pun, Pak Mad antara spesis yang hampir pupus.

Irsyad tersandar kepenatan di sofa ruang tamu sambil meriba anak Aqil. ‘Semangat? Semangat apa pulak dah ni?’

“Semangat apa bapak?” terkebil-kebil Irsyad.

“Semangat nak kahwin la!” bapaknya terlebih excited. “Mana mak kamu? Tadi semangat sangat telefon bapak suruh balik awal. Siap warning bagai. Sekarang batang hidung pun tak nampak?” Pak Mad mencari Mak Jah.

‘Allah.. ujian yang betul-betul ujian dengan semangat mak pak aku ni ya Allah. Hukhukhuk. Baby comel.. tolong uncle please. Uncle tak nak kahwin lagi. a’ah.. nama anak si Aqil ni apa ya? Terlupa pulak aku nak tanya. Takkan la aku nak panggil baby baby je kut.’

Panggilan dibuat.

“Aqil! Aku tak sangka kau sanggup merahsiakan nama anak kecik kau ni dari aku. ish.ish.ish.”

Eh???”
 

are-fiyz

Active Member
#5
“Waalaikumsalam. Masuk-masuk. Jangan malu-malu. Jemput masuk.”

Mak Jah semangat masuk ke dalam rumah diikuti Pak Mad dan akhir sekali Irsyad dengan Izzat. Izzat? Mesti la baby kecik tu tadi.

Perbualan Irsyad dan Aqil di telefon sebelum sampai ke rumah bakal isterinya ini tadi memang ‘hangat’..

“Eh???”

Terkedu Aqil dengan statement Irsyad dihujung talian sana tadi. “Bilanya aku rahsia-rahsia pulak? Tak ingat pun.”

“Alasan! Kau memang sengaja kan? Sengaja nak rahsiakan nama anak kau yang comel ni dari aku. Aku dah tak percaya lagi dengan kau. Kau jangan harap dapat jumpa anak kau ni sampai bila-bila.”

“Heeeehhhhhhh!!!! Apa kena dengan kau ni Irsy? Meroyan ke apa? Anak aku tu weh. Anak aku!!” Aqil boleh naik sawan dengan kerenah Irsyad yang tiba-tiba pasal kes terlupa nak bagitahu nama anak je pun.

Pecah ketawa Irsyad. Jadi jugak dia berlakon ye. Boleh try aplikasi taktik macam ni time-time kecemasan ke. Hohohoho.. kesian Aqil. Terpedaya.

Aqil yang mendengar ketawa Irsyad yang tiba-tiba menarik nafas lega. ‘budak ni boleh buat aku sakit jantung betul la dengan acting mengarut-jadi-tak berapa nak jadi tu.’

“Apa nama anak kau ni weh?”

“Izzat. Muhammad Izzat. Yang kau ni pelik tiba-tibanya kenapa? Terkejut aku.”

“Aku nak pergi melawat-melawat bakal menantu mak aku ni. Sembang lain kali. Assalamualaikum”

“Oh. Okeh. Waalaikumsalam.”

Mata-mata di situ semuanya merenung..

Irsyad masih berdiri di muka pintu dengan mendukung Izzat. He’s totally space out.

“Irsyad? Yang berdiri kat depan pintu buat apanya? Kerusi kan ada banyak ni.” Mak Jah memang tak memahami betul.

Pak Mad tergeleng-geleng melihat anak terunanya. Nervous la tu.

Tuan rumah ketawa melihat gelagat Irsyad bersama anak kecil di tangan. “Meh duduk meh. Kesian dukung budak lama-lama sambil berdiri. Lenguh tu.”

Irsyad sengih sendiri. “Tak lenguh pun makcik. Terima kasih banyak.” Berbudi bahasa dengan tuan rumah yang menjemputnya duduk.

Mak Jah sengih-sengih ke arah Pak Mad. Menghantar isyarat suruh memulakan bicara dahulu. Pak Mad membalas isyarat dengan menjeling-jeling siling rumah. ‘Tak Nak. Kan awak tu yang semangat sangat. Awak la mula dulu.’

Heee.. kami datang ni..” Mak Jah tersekat-sekat nak memulakan bicara. Maklum sajalah pengalaman pertama nak menengok anak dara orang ini. Mana pernah dibuatnya sebelum ni pun. Jadi malu-malu tu ada la sikit.

Tuan rumah senyum.

Pak Mad pun turut senyum sekali.

Irsyad?

‘Kepala aku pening. Nak balik rumah… Makkkk.. Irsyad nak balik la..’

“Ala. Kan Kak Jah dah cakap dalam telefon tadi. Tak cakap sekarang pun Ma dah faham la. Tapi nak tengok anak dara seorang ni payah sikit la kak.”

Eh? Kenapa?

“Bukan apa Kak Jah, dia tu tengah tahun akhir ni memang sibuk sangat. Duduk terperuk menghadap sintesis hipotesis apa benda entah dalam bilik tu time-time macam ni.”

Irsyad pelik. Habis senget spec mata. Izzat mula tak duduk diam. Spec pun dah mula ditarik-tarik nak bawak masuk dalam mulut keciknya tu. ‘sintesis hipotesis apa? bukan tesis ke?’

Mak Jah dengan Pak Mad terangguk-angguk dengan penjelasan Norma. Nama panggilannya Ma. Mama kepada bakal menantu Mak Jah. Macam dah confirm saja gayanya.

“Kak Jah dengan Bang Mad jemput la minum dulu. Irsyad, minum. Ma naik sekejap nak panggil anak dara sorang tu. Jemput minum.” Ma mempelawa tetamu-tetamu pentingnya minum.

Tiba-tiba Izzat menangis. Mananya tak menangis. Nak makan cermin mata tapi Uncle Irsyad tak kasi. Makanya, lumrah kehidupan kanak-kanak, akan meraung-raung lah sampai dia dapat apa yang dia nak.

“Sayang Uncle, shuuu.. kita kan kat rumah orang ni. Malu la nangis-nangis sini.” Irsyad memang la failed kalau dalam komunikasi sesama insan yang tidak reti bercakap lagi. Dia bangun berjalan-jalan keluar ke halaman rumah untuk membuatkan Izzat kembali diam.

Senyum Ma melihat keletah Irsyad dengan bayi kecil itu. Dia meminta diri untuk ke atas. Nak panggil anak dara yang sibuk kat atas sampai tak sedar ada tetamu penting datang rumah.

Mak Jah mengangguk tanda memberi laluan kepada tuan rumah memanggil anak dara tunggal mereka dalam rumah besar ni.

Sementara menunggu bakal menantunya turun, Mak Jah menjeling-jeling ke luar rumah. Mencari Irsyad dan budak kecik tu. Pak Mad kat sebelah menghirup kopi yang disediakan untuk mereka.

Kesian budak tu, yang awak nak cepat sangat kenapa? Macam la tak boleh nak tunggu hari lain ke, masa cuti ke, nak datang rumah orang.” Pak Mad merungut dengan cawan kopi di tangan.

Mak Jah mengalih pandang mengahadap suaminya. “Apa? Paknya cakap apa?” sarkastik. Kepuraan yang jelas. Pak Mad mencebik bibir tuanya. “Tak de apa la maknya.” Malas nak bertekak kat rumah orang ni.

Haa.. Angah, pergi salam Mak Jah tu.” kedengaran suara Ma yang sedang menuruni anak tangga. Di hadapannya anak dara yang dinantikan Mak Jah selama ini berjalan ke arahnya. Tangan bersambut dan bersalaman.

“Apa khabar Mak Jah? Sihat? Pak Cik? Sihat?” Angah sekadar berbasa basi. Tak tahu nak cakap apa.

“Panggil Pak Cik, Pak Mad dah la. Tak lama lagi dah tak panggil Pak Mad dah. Panggil bapak la pulak ye. Hihihihi..” Pak Mad semangat terlebih pulak selepas memandang bakal menantunya. Comel. Memang spesis menantu yang dia idamkan. Bagus emaknya. Pandai pilih.

InsyaAllah Pak Mad.” Angah rasa nak ketawa dengan keletah Pak Mad. Kelakar. Tapi ditahannya dalam hati saja. Control ayu. Mama dah pesan sebelum turun tadi lagi.

Err.. Mak Jah nak panggil apa ni kat..” ibu jarinya diunjukkan ke arah Angah.

Angah senyum. Jelas kedua lesung pipitnya. “Panggil Angah Mak Jah.”

Oo. Angah.” Terangguk-angguk Mak Jah serta Pak Mad sekali. “Angah bila habis belajar?”

InsyaAllah hujung tahun ni bulan 11 nanti.”

Bunyi telefon berdering mengejutkan isi rumah. Telefon siapa? Masing-masing saling merenung antara satu sama lain. “Allah. Terlupa.” Pak Mad terlupa bunyi telefon sendiri. Sengaja dia tak vibratekan kerana takut diserang terkejut yang teramat.

Hello? Ha? Ada apa? Hah? Biar betul? Okey. okey. Stand by dulu..” talian diputuskan.

Mata masing-masing merenung Pak Mad yang bercakap telefon macam cakap sorang-sorang. Laju sangat.

“Maaf la Ma. Nak kena mintak diri dulu ni. Ada hal kat tempat kerja.” Pak Mad mencuit bahu isterinya. Isyarat suruh bangun. Nak balik dah.

Laa.. nak balik dah ke? Tak sempat nak sembang lama-lama.” Angah baru nak duduk menyembang. Alih-alih dah nak balik. Si anak teruna suami isteri ni pun dia tak sempat nak tengok. Datang ke?

Ma bersalaman dengan Mak Jah. “Kira jadi la ni ye?” Ma mengangguk menjawab pertanyaan Mak Jah. “Nanti-nanti kita sambung dalam telefon la Ma. Bang Mad ni kalau bab berjalan memang sibuk memanjang kerjanya.”

Ma dan Angah tersenyum dengan Mak Jah yang sedang merungut. Angah berlalu ke dapur sambil mengangkat dulang air untuk tetamu penting emaknya ini. Dia tak sempat pun nak tengok bagaimana rupa bakal suaminya tu.

Tak pe laa.. lain kali dia akan mulakan penyiasatan rahsia untuk bakal suaminya tu. Mesti.

Di luar rumah..

Irsyad? Hilang dah ke? Sejak keluar dari rumah, tak nampak-nampak dah pun kelibatnya. Takkan dah balik rumah dulu kut??

“Eh mak? Bapak? Nak balik dah ke?” Irsyad baru habis berpusing satu rumah besar ni. Izzat hanya diam kalau dia berjalan. Jadinya memang tak boleh nak masuk rumah la. Tak sempat dia nak tengok bakal menantu emaknya. Jadi ke?

Nak balik dah.” Pak Mad terus masuk kereta. Mak Jah melambai Ma yang berdiri di muka pintu. Irsyad mengalih pandang.

“Balik dulu ye Makcik.” Dari jauh dia meminta izin. Memang kurang sopan. Nak buat macam mana lagi dah. Bapaknya nak masuk gear dah pun.

Dia tak nak kena tinggal kat sini..

Dalam kereta Irsyad mendodoikan Izzat yang kepenatan mengembara ke sekeliling rumah besar tadi. Terlena si kecil itu di pangkuannya. “Dah tu mak? Tak jadi ke yang nak balik awal sangat ni?” sengihan di bibir makin lebar. Macam tak jadi. Lega.

Tak jadi apanya, confirm dah pun. Jangan risau. Makcik Ma macam setuju je kalau mak nak cepatkan tarikhnya.”

Haaa??”
 

are-fiyz

Active Member
#8
Book 3

Izzat meragam teruk pada hari ketiganya bersama Irsyad. Tak nak minum susu, Tak tidur sangat. Asyik menangis. Kesimpulannya, Irsyad serabut. Tak tahu nak buat apa. Itu belum lagi anak sendiri. Kadang-kadang sepanjang menjaga Izzat dia kembali muhasabah diri.

‘Aku yang baru tiga hari menjaga si Izzat ni dah rasa macam nak kena Malaria pun ada. Mak yang jaga aku 26 tahun hidup ni memang sangat power la. Aku ni sah-sah la spesis perangai lagi teruk dari Izzat time kecik-kecik dulu. Memang tak patut betul la kalau aku tak dengar cakap mak. Ya Allah.. Jauhilah aku daripada menjadi anak yang derhaka buat ibu bapaku… Lagipun, mak suruh aku kahwin je. Kan kahwin tu sunnah Nabi Muhammad S.A.W, bukannya maksiat ke apa. So, Irsyad. Kau pejam mata dan kahwin. Senang je. No hal la.’

Sedang dia bermain-main dengan Izzat,

“Irsyad?? Turun sekejap..”

Kuatnya jeritan mak. Boleh daftar jawatan ketua askar macam ni.

ye makk.. kejap.” Izzat didukung turun.

Dilihatnya emaknya sedang menyandar pada kerusi tepi telefon rumah. Mak baru lepas cakap telefon ke?

“Kenapa mak?”

“Irsyad kahwin minggu depan hari jumaat tau. Tadi mak dah bincang-bincang dengan Mak cik Ma. Dia setuju sangat. Kalau lagi cepat lagi bagus katanya. Bertunang buat jugak, ikut adat.”

Izzat di tangan rasa macam nak dilempar saja. Terkejut dengan berita mengejut emaknya. “Dah tu bertunangnya bila? Jumaat ni?”

“Pandai anak mak. Tahu mana ni? Haaa… ni mesti dengar senyap-senyap perbualan mak dengan Makcik Ma tadi ye?”

Huh? Mak ni biar betul. Kenapanya nak express sangat ni? Irsyad tak kenal pun dengan bakal menantu mak tu. Hari tu tak sempat nak tengok dah semangat nak balik rumah.” Dia memang tak puas hati dengan cadangan pelik emaknya ni. Kut ya pun nak suruh kahwin awal takkan la ‘awal’ sangat gaya macam kena tangkap basah saja. Tak logik.

Laa. Express apa pulaknya. Umur Irsyad pun dah lanjut kan.” Mak Jah tak nak mengaku yang dia juga dah tua. “Lagi pun mak dah tengok bakal menantu mak tu. Comel ooo. Padan sangat dengan Irsyad. Bapak Irsyad terus berkenan nak buat menantu la. Don’t worry okey.”

Terangkat kening Irsyad. “Ikut mak la. Jom Izzat. Kita sambung main tadi.” Irsyad malas nak serabut fikir. Biar la mak yang uruskan semuanya. Semangat sangat nak suruh dia kahwin cepat-cepat.

Mak Jah mencebik bibir melihat Irsyad dah naik ke atas dengan Izzat. “Dah ada ciri-ciri bapa penyayang tu tak nak kahwin-kahwin lagi kenapa? Dari jaga anak orang lain lagi seronok jaga anak sendiri apa. Budak bertuah sungguh.”



Keesokan harinya.. Mak Jah nak ke kedai jahit dekat depan taman mereka. Baju pengantin mesti siap awal. Kalau tak time akad nanti pakai baju raya tahun lepas la alamatnya.

“Izzat. Jom ikut nek pergi kedai jahit ye sayang.” Mak Jah pun dah terikut-ikut dengan perangai Irsyad yang suka sangat bercakap dengan si Izzat tu macam budak besar boleh bercakap.

Izzat sengih-sengih menampakkan gusinya. Seperti faham yang dia akan berjalan-jalan sebentar lagi.

Irsyad kerja seperti biasa hari ni. Jadi Mak Jah tak boleh la nak menyuruh itu ini. Kalau Irsyad tu ada je kat rumah, macam-macam disuruhnya. Pengantin tak boleh malas!. Teringat Mak Jah dengan arahan barunya pasal nak buat hantaran nanti.

“Ala mak.. hantaran pun Irsyad nak kena buat jugak ke? Irsyad malas la mak.”

Malas.Malas.Malas.

“Irsyad. Kan dah kerja arkitek tu, apa susahnya alang-alang buat sekali hantaran sendiri. Tak payah membazir duit. Guna kreativiti otak tu untuk manfaat diri sendiri. Kan bagus.”

Irsyad rasa nak pergi panjat pokok kelapa lepas tu tak nak turun-turun dah. Tak payah la kena kahwin kalau macam tu.

“Baik mak.”

Irsyad tak pernah nak membantah lebih-lebih. Anak yang mendengar kata. Walaupun perkara yang dia tak suka, last-last ikut juga tanpa banyak songeh. Senang hati perut Mak Jah ada anak macam Ilham Irsyad ni.

Sampai-sampai depan pintu kedai.

Closed.

Heh? Tutup? Hish. Berniaga apa la kerja tutup saja kerjanya. Baik tak payah tulis kedai jahit. Tulis kedai kedai tutup la kalau dah selalu sangat tutupnya. Tempah tempat lain lagi bagus.”

Mak Jah memang suka marah-marah sendiri. Apa saja tak puas hati habis dikeluarkan serta merta. Tak pernah ada rahsia.

Izzat menangis. Mungkin terkejut kut tengok nenek ni marah-marah sorang-sorang diri depan kedai tutup.

Shuu.. ala Izzat sayang. Nenek tak marah Izzat la. Nek marah kedai ni. Jom-jom. Kita balik. Nanti petang uncle Irsyad balik boleh Izzat main dengan uncle pulak. Penat nenek nak jaga Izzat lama-lama.” Mak Jah ‘memujuk’ anak kecil itu.

faham ke budak kecik tu???

Mak Jah tengok Izzat yang dah berhenti menangis.. mata Izzat terkebil-kebil bulat tengok 'nenek' nii..

"bagus.. macam ni la cucu nenek.."

huh?
 

are-fiyz

Active Member
#9
Sementara di tempat kerja Irsyad..

Meja kerjanya berselerak dengan kertas. Blue print project site tunggang langgang tak dimasukkan dalam bekasnya kembali. Hilang tu mau mampus dengan ketuanya. Tapi fikirannya langsung bukan di meja kerja. Bukan di atas lakaran baru yang tak jadi. Bukan bercadang nak kemas balik bilik kerjanya.. bukan.

Fikirannya pada seorang insan bernama Izzat. ‘Rindu pulak kat si kecik tu. Ni yang nak balik awal ni. Hari jumaat ni dah nak bertunang. Nama bakal tunang pun aku tak tau. Macam mana la ni? Lusa dah jumaat. Macam mana nak bertunang ni? Adeh.. tertekan.’

Irsyad menconteng-conteng kertas dihadapannya. Bukan melakar.

‘Bertunang maksudnya mak yang pergi sarung cincin. Lelaki tak pergi time bertunang kan?. Fuhh.. lega perut aku. Izzat pulak balik hari sabtu ni. Cukup seminggu dah la kalau macam tu. ala.. Nanti rindu la aku dengan si comel tu.’

Murung hatinya bila fikirkan dia akan berjauhan dengan Izzat nanti.

Ketukan di pintu biliknya mengejutkan Irsyad yang sedang mengelamun.

“Encik Ilham. Ada orang nak jumpa dengan Encik di lobi.”

Er? Dobi? Nak buat apa kat dobi?” Irsyad memang berkhayal sungguh.

Rakan sekerjanya senyum saja. “Lobi Encik Ilham. LOBI. L.O.B.I, lobi”

Irsyad yang malu-malu mengangguk sahaja. Pantas dia bangun dari kerusi dan keluar dari bilik.

Lobi? ‘Siapa pulak yang nak jumpa aku kat lobi-lobi bagai ni?’ tapi kakinya bergerak jugak menghala ke lobi yang dimaksudkan.

“Encik, Ilham Irsyad?”

Ye saya. Siapa er.. ni?”

“Along.”

“Along? Along mana pulak ni?” ‘Bila masa aku hutang dengan Along ni. Lagipun budak kecik ni tak nampak macam Along pun. Baik semacam saja aku tengok. Muka pulak spesis perempuan je. Lelaki ke perempuan ni?’

Orang yang mengaku ‘Along’ di hadapannya tiba-tiba gelak. “Saya Afif.” Senyumannya melebar tatkala Ilham Irsyad membuat riak terkejut.

“Afif?”

Afif mengangguk mengiakan.

Tak kenal. Sorry. Jap.” Irsyad mengangkat tangan kanannya tiba-tiba. “Kita pernah kenal ke? Jumpa kat mana-mana?”. Seingat Irsyad dia tak pernah lagi berkenalan dengan ‘Along’ Afif yang macam perempuan ni selama 26 tahun hidup. Hmm.. musykil betul.

Afif menjemput Irsyad duduk. Takkan nak berbual sambil berdiri pulak kut kalau dah sofa kulit yang mahal ni dah tersedia cantik bawah punggung. Memang tak mensyukuri nikmat kalau tak duduk atas sofa cantik ni.

“Memang kita tak pernah kenal pun. Penat saya cari alamat pejabat Encik ni.”

Dahi Irsyad makin berkerut-kerut. Urusan penting ke?

“Saya ada urusan penting dengan Encik Ilham.”

Hmmm.. kan dah cakap. Mesti la ada urusan penting kalau dah sampai datang-datang pejabat bagai.

Tak payah la panggil Encik Ilham. Formal sangat. Panggil Irsyad dah la.”

Ookey.. but I prefer Ilham. Tapi saya muda dari Ilham. Muda tiga tahun.”

Oo. Muda tiga tahun.” Terangguk-angguk kepalanya dengan pengakuan Afif. ‘Bagus budak ni. Macam jujur je orangnya.’ “Eh??? Macam mana Afif boleh tahu perbezaan umur kita ni??”

Takkan la budak ni memang Along yang sebenar kut? Gila. Aku tak hutang dengan Along la!! Aku hutang dengan Bank Islam je laaaa.. Jangan cakap Bank Islam hantar Along datang kutip hutang dengan aku? Adeh.. sakit kepala aku.’

“Along datang ni saja nak kenal dengan Ilham.”

Heh?? Saja nak kenal?? Jatuh cinta dengan aku ke budak ni??’

“Ilham busy ke ni? Kalau busy lain kali boleh jumpa lagi. Along tak nak kacau Ilham kerja.”

Irsyad picit-picit kepala yang makin berdenyut-denyut dengan sebelah tangan. Serius dia tak faham dengan drama baru sekarang ni.

“Ilham sakit ke?”

“Afif ni siapa?” Tolong la jangan buat drama kat sini. Apesal la aku nampak budak ni macam syok kat aku je? Hish. Mintak simpang la. Dah la tahu umur aku pula tu.

Senyum-senyum Afif memandang Irsyad yang macam nak pecah kepala berfikir. Siap picit-picit lagi. “Kan keluarga kita dah setuju. Boleh la kita berkenalan dulu sebelum pergi lebih jauh.”

Jatuh rahang Irsyad mendengar ayat ‘pelik’ Afif.

‘Keluarga setuju? Berkenalan? Pergi lebih jauh? Apa semua ni hahhh? Aku mimpi ke apa sekarang ni? Jangan cakap dengan aku yang budak ni spesis gay pulak. Astaghfirullahalazim. Ujian apakah ini?’

Pecah ketawa Afif dengan muka pelik Irsyad.

Irsyad pula terkebil-kebil memandang Afif yang sedang seronok ketawa. ‘Apesal budak ni gelak pulak?’

Should I call you ‘abang’? Ilham kan tua tiga tahun dari Along. Hmm.. lagi satu, panggil Along tau. Not Afif okey.”

Huh?”

Okey la Ilham. Nanti jumpa lagi. Gotta go now. Assalamualaikum.” Tangan Irsyad ditarik agar bersalaman dengan tangannya. Nak tunggu Irsyad hulurkan tangan dahulu memang tak la. Riak muka memang speechless habis.

Kelibat Afif dah hilang dari pandangan matanya. Irsyad tersandar di sofa kulit itu. Terkejut.

Seriously.. what was that, just now?

“Encik Ilham?”

Terkejut Irsyad sekali lagi. ‘Oo. Mimi ke. Nasib la bukan budak tadi, kalau tak aku memang lari pecut 400m la kalau betul la memang budak pelik tu.’

Ye? Ada apa?”

“Siapa budak tadi tu? Adik Encik ke? Comel. Saya suka budak lelaki comel-comel ni.” Mimi memang la spesis berterus terang sungguh.

Irsyad tersenyum. ‘Adik? Takkan adik sendiri aku tak kenal kut. Memang ridiculous betul.’ Dia hanya gelengkan kepala kepada soalan Mimi tadi. Malas nak bersuara apa-apa. Masih dalam mode terkejut.

Pulang dari kerja.. Irsyad mendapat kejutan baru lagi.

Please weh.. kau la satu-satunya harapan aku Irsy.. Aku tak boleh nak ambik Izzat sabtu ni. Next week pulak aku outstation seminggu sampai jumaat petang. Bini aku tu hilang ke mana entah. Makin aku pujuk makin dia merajuk.”

Panggilan yang tiba-tiba dari Aqil elok-elok je dia masuk rumah.

Dah tu kau tak fikirkan Izzat ke weh? Aku no hal nak jaga budak tu even sebulan ke dua bulan ke buat selama-lamanya ke. Izzat tu mesti rindu mak dia. Kalau kau, aku tak yakin la budak kecik tu ingat tak kat kau.”

“Aku tau Izzat mesti rindu mak dia. Aku pun rindu mak dia jugak. Hukhukhukhuk.. Tragis betul kisah aku ni weh.” Aqil meraung-raung dalam telefon.

Ye la. Ikut kau la nak ambik anak kau tu bila. Jangan sampai aku berubah fikiran tak nak bagi balik anak kau tu dah la ye.” Irsyad mengakhiri perbualan mereka.

Baru dua tapak berjalan..

“Irsyaaaaddd!!!!.”

Adeh.. apa lagi la pulak ni??’ tergaru-garu kepala yang dah sedia serabut dengan pelbagai kejutan hari ini.

Ye maakk.”

“Izzat demam ni!”
 

are-fiyz

Active Member
#11
Book 4

Suasana yang hijau dan tenang, udara yang segar dan nyaman ternyata mampu memberikan kelegaan dan kerehatan buat manusia yang berkunjung ke taman rekreasi air terjun itu.

“Irsyaaad!!!”

Irsyad sedang leka melihat kehijauan alam. Izzat pun sama. Terkebil-kebil dua orang ni berdiri atas batu besar tepi air terjun. Panggilan Mak Jah yang sememangnya kuat mengejutkan habis orang-orang yang sedang berkelah tepi air terjun itu.

“Ya maakk..” Irsyad pun dah terbiasa jerit macam Mak Jah.

Macam duduk berkilo meter jauh sampai perlu jerit-jerit bagai. Irsyad berjalan ke arah Mak Jah.

“Tolong mak, Irsyad. Bapak Irsyad ni ke mana entah. Tadi mak suruh angkut bakul ni, sekarang mak yang angkut. Bapak Irsyad ni memang pantang sungguh nampak air terjun. Mak dah agak dah.”

Gelak-gelak Irsyad mendengar emaknya membebel marah kat bapak. “Agak apa mak?”

Tuu.” Jari Mak Jah menuding ke arah seorang manusia dalam air terjun.

Pak Mad sedang berendam dalam air terjun tak jauh dari tempat mereka. Irsyad melihat ke dalam kereta. Kunci kereta, telefon bimbit, dompet, jam tangan ditinggal macam tu saja atas kerusi driver.

“Bapak ni semangat sungguh nak mandi air terjun sampai tinggal macam ni je kereta. Buatnya ada orang datang samun ke, tak balik rumah la nampaknya. Haa.. lagi bagus tak balik rumah, tak payah la nak bertunang besok. Hihihi..”

Irsyad mengunci kereta dan membawa sekali barang-barang penting bapaknya yang sedang mandi dengan adiknya, Muaz. Mak Jah pula sedang sibuk mengeluarkan bekal-bekal makanan yang disediakan dirumah tadi.

Hari ni Irsyad ambik cuti sebab Izzat tak sihat. Macam anak sendiri pulak si Izzat ni. Besok memang dah kena cuti. Ingat tak nak ambik cuti, tapi siapa nak jaga Izzat kalau satu rumah pergi rumah bakal tunangannya besok.

“Irsyad, letak la si Izzat tu dalam baby stroller tu. Penat mak tengok Irsyad usung budak tu ke sana ke sini. Dah la Izzat tu sedap badannya. Mak pun tak larat nak dukung lama-lama.” Mak Jah concern terlebih hari ni. Maklumlah besok kan dah nak bertunang.

Alaa, mak. Bukan berat pun Izzat ni. Irsyad larat la nak dukung. Boleh buat senaman tangan kalau dukung Izzat. Bina muscle sikit time-time nak kahwin ni. Baru macho Irsyad nanti. Kalau Irsyad letak Izzat, nanti dia nangis mak.”

Mak Jah mencebik bibir. Tak percaya.

“Betul la mak.. tengok ni. Irsyad letak ye Izzat ni.” Irsyad meletak Izzat yang terkebil-kebil dengan mata bulatnya merenung Irsyad ke dalam baby stroller.

1 saat.. 2 saat.. 3 saat..

Izzat senyap saja di dalam baby stroller tu. Mak jah merenung anak terunanya. Mencari bukti. Irsyad pula yang terkebil-kebil melihat Izzat.

“Mana? Tak menangis pun Izzat tu.” Mak Jah sengaja tanya.

Hehe. Mana la Irsyad nak tau. Tadi letak dia menangis. Sekarang..” mata Izzat dah mula terpejam. “Eh? Dah tidur..” Irsyad garu-garu kepala yang tak gatal.

Tujuan mereka datang ke taman rekreasi air terjun ni pun sebab Izzat. Cadangan bapak semalam masa makan malam. Dia cakap dah lama tak berendam dalam air terjun. Lagipun si Muaz tu tengah cuti sekolah. Daripada terperuk dalam rumah tengok tv, main game baik la bawak pergi jalan-jalan.

Sekarang ni, yang tengah jadi badak berendam, bapak dengan Muaz je la. Takkan la dia nak rendam Izzat sekali dalam air terjun tu, mau kena cekik dek Aqil kalau dia dapat tahu Irsyad rendam anak dia dalam air terjun yang sejuk ya amat tu.

Mak Jah dengan Irsyad sedang ‘melantak’ makanan-makanan yang dibawa dari rumah tadi. Ada la nasi putih dengan daging masak merah, ayam bakar, sambal belacan dengan ulam-ulam siap. Sandwich pun sempat buat jugak tadi. Walaupun si Izzat ni minum susu saja, tapi bekal yang mereka bawak untuk lima orang makan. Kata bapak..

“Maknya!! Awak siapkan bekal makanan untuk lima orang tau.” Bapak tengah baca surat khabar.

Mak Jah pelik. Lima orang? Sekali dengan Izzat ke? Budak tu mana boleh telan nasi lagi.

Bapak sambung lagi.. “Lagi sorang bukan untuk Izzat. Tapi untuk saya la. awak jangan lupa pulak ye. Mak Jah ooiii..”

Bapak memang bab makan sambil berkelah dua kali ganda makan kat rumah. Katanya aura makan berkelah ni, makan sekali nak lagi. Kata mak pulak, tu bukan aura makan sekali nak lagi, tu namanya aura makan syaitan join sekali. Lepas tu memang mak kena cubit-cubit dengan bapak la.

Berkelah dengan keluarga hari ni memang memori terakhir zaman bujangnya. Irsyad rasa senang walaupun dah ada ‘anak’ dulu sebelum ada isteri. Terasa hidupnya buat masa sekarang ni macam…

Duda anak satu.



Keesokan harinya.. Hari Pertunangan yang tidak dinanti-nantikan oleh Irsyad.

Hari ni keadaan rumah memang kelam kabut. Majlis pertunangan pagi. Pukul 10.00 pagi. Semua orang dalam rumah sibuk bersiap kecuali, Irsyad dan Izzat.

Orang yang paling lambat sekali bangun mestilah Izzat. Sebabnya, dialah orang yang paling lambat sekali tidur. Mangsanya? Mestilah Irsyad. Mata pun dah macam panda asyik berjaga dengan si Izzat ni.

Irsyad rasa dia perlu buat sesuatu dengan Izzat yang dah macam terkena insomnia ni. Ada ke baby menghidap insomnia??

“Irsyad???” Mak Jah memanggil anak terunanya yang sedang terlentok depan pintu rumah.

Tidur. Tertidur.

Irsyad yang lali-lali terkejut dengan suara kuat emaknya. “Ye mak?” lemah semacam suara.

“Apa yang Irsyad buat depan pintu ni? Kut ya pun tak ikut jangan la sampai pergi peluk cium pintu rumah. Hish. Tak senonoh betul budak bertuah ni.” Mak Jah mengambil sandalnya dalam almari kasut tepi pintu.

Bapak dengan Muaz dah berada di luar. Tunggu Mak Jah bersiap bukan main lama lagi. Pak Lang dengan Mak Lang sekeluarga pun dah get ready tunggu dalam kereta nak konvoi sekali ke taman sebelah.

Majlis pertunangan yang simple-simple saja. Keluarga terdekat dengan mereka, Pak Lang dengan Mak Lang saja la yang mak dengan bapak panggil.

Irsyad melambai-lambai emaknya yang dah masuk kereta. Penampilannya sekarang memang totally out. Serebeh. Sememeh. Selekeh. Tak macam orang yang nak bertunang langsung walaupun tak pergi majlis bertunangnya.

Irsyad naik kembali ke biliknya setelah pintu rumah dikunci. Ingat nak sambung tidur balik sekali dengan Izzat sebelum bersiap solat Jumaat kejap lagi. Mengantuk sangat-sangat.

Tapi matanya tak boleh nak pejam.

Posisi berbaring menghadap Izzat yang sedang lena tidur terasa sangat selesa dan membuat matanya mengantuk dan nak terpejam. Fikirannya menerewang ke tempat lain. Bukan ke rumah taman sebelah. Bukan..

‘Hari jumaat depan aku kahwin. Jadi Izzat????’

Terus Irsyad bangun dari posisi berbaring. ‘Siapa nak jaga Izzat time aku kahwin nanti pulak?? Takkan la nak suruh mak pulak? memang tak la.’ Kenduri buat sekali gabung sebelah lelaki dengan perempuan. Senang sebab rumah dekat saja.

‘Macam mana ni? Apa aku nak buat dengan Izzat ni? Allah..’

Izzat di sebelah dipandang. Bantal-bantal berbiji-biji diletakkan di sisi katil. Izzat tidur buas. Kalau tak buat ‘dinding’ kat tepi katil memang terjun bawah la alamatnya. Kadang-kadang bangun pagi tu Izzat dah ada atas badannya. Macam mana la budak kecik ni merangkak naik sampai atas badan? Musykil Irsyad jadinya.

Masalah dia nak fikir siapa yang boleh jagakan si Izzat ni time dia akad nikah nanti. Sepanjang kenduri tu takkan la nak menyusahkan orang lain pulak kut. Buatnya hilang Izzat kalau lepas kat tangan orang yang tak dikenalinya kan ke susah hidup jadinya.

Masalah..
 

are-fiyz

Active Member
#12
Di rumah taman sebelah..

Majlis sarung cincin dah selesai. Rasmi sudah anak dara rumah tu jadi tunangan kepada Ilham Irsyad.

Mak Jah terharu sedih pulak semasa bersalaman dengan Angah.

“Bakal menantu kak ni memang comel betul.” Mak lang memuji kecomelan Angah dalam bilik tu. “Padan la dengan si Irsyad tu. Sesuai.”

Angah yang mendengar dirinya dipuji tersenyum saja.

Mak Jah pula dah bangga-bangga bakal dapat menantu comel tak lama lagi. Berbunga-bunga hatinya.

Hmm.. Mak Jah, Angah nak tanya ni.” yang lain semua sedang menjamu selera di ruang tamu. Hanya Mak Jah dan Angah saja yang masih berada di dalam bilik.

Nak tanya apa?”

“Kalau angah tanya ni, Mak Jah jangan marah tau. Hehe.” Angah buat muka comel.

Mak Jah senyum. “Nak marah apanya. Tak marah eh.”

Err.. anak Mak Jah tu macam mana orangnya? Hehe.” Angah sengaja tanya soalan tu. Dia dah kumpul banyak maklumat dari pelbagai sumber yang sahih sebelum mengatakan ya untuk hari pertunangan ni. Sekarang ni Angah nak tahu daripada emak bakal suaminya sendiri.

Tangan angah ditarik dan dipegang kejap.

Tak tau la Mak Jah nak cakap macam mana, angah. Irsyad tu nak kata anak yang degil. Tak. Mak Jah suruh dia kahwin ni dia cuma bantah sekali saja.. Mak Jah tekan dia lagi, terus dia setuju. Setakat Mak Jah jaga dia, tak pernah lagi Mak Jah rasa nak marah dengan dia. Mesti ada saja kata-katanya yang buat Mak Jah senang, rasa terpujuk kalau nak merajuk dengan bapak dia tu.” mata angah direnung dalam dalam.

Tiba-tiba Mak Jah ketawa.

“Mak Jah cakap ni, angah jangan fikir yang Mak Jah nak promot habis si Irsyad tu.”

Angah terus geleng-geleng sambil senyum balik kat Mak Jah.

Mak Jah sambung lagi.. “Irsyad ni spesis susah nak tolak permintaan orang. Baik sangat ikut siapa entah la. Kalau Mak Jah ni bukannya baik sangat nak tolong semua orang. Pak Mad tu pun sama dua kali lima dengan Mak Jah ni.”

Angah tak percaya. “Maksud Mak Jah?”

“Kalau orang lain, mesti tak de punya la nak jaga anak orang lama-lama sampai macam tu. Lain la bagi upah ke kan?.”

“Jaga anak orang?”

Mak Jah angguk-angguk. “Irsyad tu, jaga anak kawan dia sampai dua minggu katanya. Mak Jah tolong jaga time dia pergi kerja saja la. Time lain, dia la yang jaga budak tu. Kecik lagi. Baru berapa bulan.”

Angah semakin berminat nak tahu pasal bakal suaminya tu. “Kenapa dia jaga budak tu Mak Jah?”

“Entah. Mak Jah pun tak sure. Katanya family budak tu ada masalah apa entah. Patutnya budak tu balik besok. Tapi tak boleh. Tak de siapa yang nak jaga pulak nanti kalau dah balik rumah.”

“Sekarang ni dia tengah mengasuh budak tu la kiranya?” Angah garu-garu pipi.

Mak Jah angguk-angguk lagi. “Budak tu pun banyak sungguh kerenah. Malam-malam tak tidur, penat si Irsyad tu Mak Jah tengok asyik berjaga nak menjaga Izzat tu.”

Ooo.. Baby lelaki ke. Dah tu Mak Jah, Irsyad tu tak melenting ke? Kut penat sangat jaga baby dengan kerja lagi. Boleh tension kalau lama-lama macam tu.” Angah mengecilkan matanya melihat respon Mak Jah.

Mak Jah ketawa.

“Melenting? Baru Mak Jah perasan.. Mak Jah tak pernah nampak pun Irsyad marah. Hmm.. tak pernah la.”

Angah ternganga. Tak pernah marah? Ridiculous.

Takkan la kut Mak Jah. Sekali ke?”

Kali ni Mak jah geleng-geleng. “Nanti sembang dengan Pak Mad tengok. Dengan Mak Jah dia tak pernah pun marah ke melenting ke. Kalau sepanjang dalam rumah pun memang tak pernah nampak dia marah ke apa ke. Kut dia pernah marah Pak Mad ke mana la Mak Jah nak tahu kan?”

Angah terangguk-angguk.

“Baju pengantin angah dah siap?”

Dah Mak Jah. Nak tengok tak? Cantiiikk..”



Selesai makan malam, Irsyad membasuh pinggan mangkuk yang dah bertimbun dalam sinki. Siang tadi tak sempat nak basuh dengan Izzat yang tak nak duduk. Asyik nak kena dukung sepanjang masa.

Sambil-sambil dia membasuh pinggan, Mak Jah sedang mengira jumlah pinggan mangkuk yang menjadi koleksi almari dapur rumah mereka.

“Mak..”

“Hmmm..”

“Irsyad lupa nak tanya satu benda penting la kat mak.”

“Huh? Benda penting? Benda apa yang penting sangat tu? Mak tengah kira-kira ni.”

Irsyad membilas pinggan terakhir dalam sinki. Selesai mengelap tangan, dia duduk di sebelah Mak jah yang sedang sibuk mengira pinggan.

“Kalau Irsyad tanya ni, mak jangan marah tau.”

Laa.. tak tanya lagi nak marah apanya? Lain la kalau Irsyad dah tanya. Baru la mak fikir dulu nak marah ke tak.” Mak Jah buat kerek pulak.

Irsyad senyum. Nafas ditarik perlahan. Dalam.

Err.. nama tunang Irsyad tu apa ye mak?”
 

are-fiyz

Active Member
#14
Book 5

Tepat pukul 11 malam, Irsyad dah bersedia.

Hmm.. Izzat oo Izzat.. malam ni kau kena tidur jugak.’ Penat dia satu hari ni asyik bermain dengan Izzat. Ni semua nak mengelakkan Izzat dari tidur seharian. Menangis-nangis si Izzat nak tidur tapi tak boleh tidur siang tadi. Irsyad punya angkara memang bunyi agak kejam. Tapi ni semua untuk kebaikan Izzat dan Irsyad jugak.

“Izzat. Jom tidur.”

Irsyad membaringkan Izzat di sebelahnya. Telefon bimbit tepi katil dicapai. Pandangannya dikalihkan ke arah Izzat. “Eh dah tidur? Hihihihi.. nampaknya berkesan la rancangan aku hari ni. Alhamdulillah..”

Telefon bimbit direnung lama-lama. Hajatnya nak menghantar mesej pada tunang yang tidak dikenalinya itu.

‘Ada ke orang macam aku ni? Dah la muka tunang sendiri pun tak pernah tengok. Nama pun aku tak tahu. Ni memang kes macam kena kahwin paksa pun ada. Hish. At least aku kena tahu gak nama dia. Nak praktis lafaz akad senang . Tak de la nanti aku tergagap-gagap ke semput ke sebab panjang sangat nama bakal bini aku tu.’

Dia teringat perbualannya dengan Mak Jah semalam. Masa kat dapur tengah mengira pinggan.

“Nama tunang sendiri pun Irsyad tak tahu ke? Ish.ish.ish.. apa nak jadi la dengan anak mak ni.”

Irsyad garu-garu kepala. Spec yang dah melurut ke hidung ditolak naik. “Mana pernah mak bagi tahu pun nama tunang Irsyad tu sebelum ni. Mana la Irsyad nak tahu kalau bukan mak yang sepatutnya bagi tahu Irsyad. Kan kan kan?”

Mak Jah termenung seketika. Memikirkan kebenaran kata-kata anaknya itu.

“Hmm.. betul gak ye. Nama tunang Irsyad tu, hmm.. hmm.. tak silap mak.. hmm..”

Irsyad melihat maknya dah tergaru-garu kepala. “Hmm.. apa mak?”

“Angah.”

“Ek? Angah?”

Mak Jah angguk-angguk sambil mengira pinggan kembali. Cakap je la Mak Jah pun tak tahu nama bakal menantu Mak Jah tu apa. Kasihan Irsyad.

Irsyad buat muka blurr.. Tak faham. “betul ke nama dia Angah mak? Peliknya.”

Mak Jah berhenti mengira pinggan mangkuk dan berpaling melihat Irsyad di sebelahnya.

Irsyad sambung lagi. “Kalau nama dia Angah, senang la kerja Irsyad time akad nanti.”

“Maksud Irsyad?” Mak jah pelik sendiri.

Irsyad menarik senyum lebar. “Senang la nak sebut lafaz akad nanti. Sekali lafaz dah selesai. Hehe..”

“Bertuah punya anak.”

Di tangan Irsyad sekarang nombor telefon tunangnya. Mak Jah terus mintak semalam time telefon bakal besannya lepas saja habis kira pinggan mangkuk. Siap ugut-ugut lagi si Irsyad suruh mesej tanya nama. Teruk punya bakal pengantin sampai tak tahu nama orang yang nak dikahwininya.

Mesej dihantar.

Irsyad: Assalamualaikum. Irsyad ni. Maaf nak tanya.. nama awak apa?

Seminit.. dua minit.. tiga minit..

Tiada balasan pun. Busy kut.. Tak pun dah tidur la tu. Irsyad rasa dia perlu tunggu jugak balasan mesej daripada tunangnya tu. Banyak kali, mesej yang dihantar tadi dibaca-baca berulang kembali. ‘Ayat aku pelik ke? Tatabahasa tak betul sampai tak boleh faham? Hmm.. tapi kan aku dah cakap nama aku.. takkan la dia tak tahu nama aku sama macam aku tak tahu nama dia pulak kut? Hmm.. tak logik tu, perempuan bukan spesis yang senang-senang nak buat keputusan melulu macam aku ni. Habis tu? Apa masalah sekarang ni???’

Setengah jam berlalu..

Irsyad tak sedap hati..

“Makk.. oo makk.. betul ke nombor yang mak bagi ni?”



Pagi tu Irsyad bangun awal. Tahajud. Malamnya tidak diganggu Izzat lagi. Izzat pula masih nyenyak tidur. Sekejap bergolek ke kiri, lepas tu ke kanan. Memang tidur ganas betul la Izzat ni.

Telefon bimbit sebelah bantal dicapai. Mesej??

Tunang aku: Waalaikumsalam.

‘Huh? waalaikumsalam je ke? Tak de ke jawapan kepada persoalan aku?’ Irsyad pelik. Nak kata broken message tak pulak. Tapi kenapa salam je? Namanya?

Telefon diletak ke tepi. Dah tak banyak masa sebelum masuk subuh. Dia perlu tahajud dulu.

Selesai solat subuh Irsyad kembali berbaring di sebelah Izzat. Telefon dicapai kembali. Reply ditekan.

Irsyad: Ermm.. nama awak?

Lima saat kemudian..

Tunang aku: Maaf. Cari sendiri.

“Heh? Cari sendiri? ada ke pulak macam tu? Adeh.. sakit kepala aku.”

Irsyad: Nak cari kat mana?

Tunang aku: JPN. Jangan risau. Saya warganegara Malaysia.

“Mak eh.. sampai ke JPN aku kena cari ke? Malas aku.”

Irsyad: InsyaAllah.. saya cuba. :)

“JPN? Sampai macam tu sekali ke nak berahsia nama sendiri. Ish.Ish.Ish. mungkin dia nak uji aku la tu. Tak pe, tak pe. No hal.”

Izzat bergolek-golek lagi atas katil tu. Bantal-bantal disusun seperti biasa sekeliling Izzat. ‘Tidur diam-diam ye sayang. Jangan jatuh-jatuh.’

Seperti biasa, Irsyad turun ke dapur.

Eh? Tak de sarapan la. Pelik ni. Tak pernah-pernah tak de sarapan pagi. Mak tak sihat ke ek?” Irsyad melihat atas meja makan yang kosong. Jam dah pukul lapan pagi. Selalunya Mak Jah buat sarapan, pukul 7.30 pagi dah terhidang atas meja ni.

“Hari ni hari apa? ada kenduri ke pagi-pagi ni?”

Tiba-tiba Mak Jah melintas depan Irsyad. “Mak. Nak ke mana tu?” Irsyad pelik.

Mak Jah bersiap cantik pagi-pagi ni.

Oo. Mak nak ke rumah bakal besan mak tu la. Nak buat persiapan kenduri nanti. Masa tinggal tak banyak dah.”

Ooo.. macam tu ke. Sarapan kira tak de la hari ni?” Irsyad tanya soalan bodoh.

Mak Jah senyum. “Irsyad buat la. Kan dah nak jadi suami orang. Kena belajar sama masuk dapur.”

Irsyad angguk-angguk. “Baik mak.”

Irsyad hantar Mak Jah sampai depan pintu. “Haa.. Irsyad, tanya tak nama Angah tu?”

Terkebil-kebil sekejap Irsyad. “Huh?”

Mak Jah merenung muka anak terunanya.

“Tanya.”

‘Memang la aku tanya. Tapi dia tak jawab pun apa yang aku tanya.’

Mak Jah terangguk-angguk. “Bagus la macam tu. Mak pergi dulu. Jaga rumah.”

Irsyad angguk.

Tiba-tiba dia terfikir jalan penyelesaian yang paling menyenangkan hidupnya. Tak perlu susah-susah nak cari nama budak tu sampai ke JPN bagai. Ada jalan yang paling senang sekali dan Irsyad bertekad nak pilih cara itu. Muktamad.

Seminggu sebelum bergelar suami orang, Irsyad pergi kerja macam biasa dan minggu ni Irsyad angkut Izzat pergi kerja dengannya sekali. Kata Mak Jah..

“Irsyad, minggu ni mak sibuk. Walaupun kita pakai wedding planner, tapi sebab masa dah suntuk mak tak boleh nak jaga budak Izzat tu. Irsyad hantar kat nursery mana-mana ke time Irsyad kerja tu boleh?”

Memang sangat mencabar la bawak baby pergi kerja sekali. Nasib dapat kebenaran pihak atasan selepas buat rayuan yang betul-betul menyentuh hati dan perasaan. Alhamdulillah.. rakan sekerjanya yang lain datang menolong apa yang patut.

Tapi, Irsyad terlupa satu benda penting.

Dia terlupa nak ambik cuti kahwin. Dan terlupa nak bagi tahu semua rakan sekerjanya bahawa dia bakal berkahwin.

Logik tak?

Memang tak logik. Tapi hakikatnya memang macam tu. Mak Jah pun terlupa nak bagi kad jemputan ke Irsyad untuk Irsyad jemput semua kawannya. Semuanya sebab nak cepat sangat. Memang patut la tertinggal macam-macam benda penting.

Besok dah nak kahwin. Cuti tak ambik. Izzat pulak tak ada orang yang nak jaga. Serabut dan Irsyad malas nak fikir apa dah. Buat saja apa yang boleh buat.

Malam tu Izzat kembali insomnia. Makanya dengan Irsyad sekali diheret ke dalam dunia insomnia dia.

“Izzat please.. tidur sayang. Besok uncle kena kahwin ni. Nanti kalau uncle tertidur depan tok kadi macam mana ni Izzat?.. Huhuhu..”

Dan sampai ke pagi Izzat masih aktif. Selepas subuh baru dia tidur. Irsyad? Memang tak boleh la nak tidur. Akad nikah pukul sebelas pagi. Selepas solat subuh, Irsyad mengambil baju melayu untuk akad nikahnya sekejap lagi dalam almari. Nak iron.

Memang semuanya berdikari sendiri la.

Selesai baju di iron, Irsyad kembali ke bilik. Mengantuk sangat. Hari ni sepatutnya dia pergi kerja. Tapi dah buat panggilan ambik cuti kecemasan. So, boleh masuk bilik balik dan tidur. Sekejap.

Malangnya..

“Irsyaaaddd.. tolong mak kejap!!” Mak Jah menjerit dari bawah.

Hampa hatinya. Tapi nak buat macam mana. “Ye mak. Irsyad turun ni.”

Mak Jah sedang mengangkut segala jenis kotak-kotak keluar rumah.

Irsyad merapati emaknya. “Nak tolong apa mak?”

“Ni. Angkat semua kotak-kotak ni.”

MasyaAllah..”
 

are-fiyz

Active Member
#15
Pukul sebelas pagi di rumah bakal pengantin perempuan, ramai tetamu dan keluarga terdekat yang hadir.

Semua dah berada di tempat masing-masing. Pengantin lelaki menghadap Tok Imam yang sedang membacakan khutbah nikah. Masing-masing mendengar dengan penuh khusyuk.

Pengantin perempuan dalam bilik. Sebabnya Irsyad tak nampak pun manusia yang pakai baju ala-ala sama dengannya. Kesimpulannya budak tu mesti la dalam bilik.

Irsyad mengantuk. Rasa nak terpejam matanya mendengar khutbah nikah. Izzat sedang tidur nyenyak atas pangkuan budak lelaki mana entah. Dia bagi Izzat kat budak tu sebelum duduk menghadap Tok Imam.

Selesai khutbah nikah, Irsyad berpusing menghadap wali pengantin perempuan. Bakal bapa mertuanya.

Irsyad terpesona sebentar. ‘Waaa.. comelnya bakal bapa mertua aku ni.’

Dah sedia?”

Irsyad menarik nafas dan mengangguk perlahan. Semua di situ senyap. Cuma bunyi flash kamera yang banyak sedang sibuk nak menangkap gambar detik terpenting hidupnya.

Tangan kanan saling berjabat.

“Aku nikahkan dikau Ilham Irsyad bin Mohamad dengan anakku Afrin Alia binti Kamal dengan maskahwinnya RM100.00 tunai.”

Irsyad terkebil-kebil. ‘Apa nama anak dia tadi? Afin? Ah Ping? Haa sudah.. mati aku. nak suruh ulang balik boleh tak???? Tak boleh. Malu ni. Ramai orang tengok.’

Irsyad senyap dan pejam mata. Dia cuba nak ingat balik sebutan yang didengar dan dilihat dari mulut bakal mertuanya.

‘Afin.. Afin.. Arfin.. Afrin ke? Cuba je la.’

Nafas ditarik panjang. “Aku terima nikah Afrin Alia binti Kamal dengan maskahwinnya RM100.00 tunai.”

Saksi-saksi sibuk menyebut sah. Maka sedarlah Irsyad, nama budak perempuan yang dia teka tadi betul. Lega hatinya tak payah nak ulang balik lafaz akad. Kalau salah, entah dengan manusia mana la yang dia dah terkahwin. Tak sanggup nak bayang..

Sewaktu dia menandatangani borang kahwin tu, ejaan nama isterinya dilihat semula. Memang betul seperti yang disebut. ‘Unik sungguh nama budak ni. Berbelit lidah aku nak sebut.’

Sekarang selamat la Ilham Irsyad menjadi seorang suami. ‘Mana la Izzat ni?’ Orang pertama yang dicari selepas bergelar suami adalah anak si Aqil tu. Izzat. Izzat tidur lagi. Setelah bersalaman dengan tok imam, bapa mertuanya, saksi-saksi, adik beradik keluarga tetamu-tetamu yang datang, Irsyad mendapatkan Izzat semula.

Ramai yang sedang sibuk menangkap gambarnya. Sibuk sungguh. “Terima kasih tolong pegang.” Budak lelaki tu hanya tersenyum mengangguk.

“Bang, ada permintaan ni.” Budak lelaki tadi mencuit lengannya. Irsyad memandang. “Ada apa?”

Budak tu senyum lebar.

“Isteri abang dalam bilik tu tak nak sarungkan cincin ke?”

Semua kat situ ketawa habis.

Irsyad tepuk dahi sendiri. ‘Allah.. terlupa pulak aku kalau dah kahwin memang ada aktiviti pelik macam ni. Adeh..

“Biar la saya pegang dulu baby ni.” Budak tu mengambil balik Izzat yang sedang tidur dari dukungannya. Irsyad membiarkan.

Langkah kaki perlahan bergerak menuju ke bilik yang dimaksudkan. Ramai jurukamera yang tidak bertauliah mengekor belakangnya. Nak ambil gambar konon.

Pintu bilik dibuka dan salam diberi.

Pengantin perempuan pakai apa entah atas kepala tu sampai lindung habis muka. Tak nampak dari tepi. Irsyad rasa berpeluh-peluh walaupun bilik ni pasang air conditioner.

Apabila masing-masing saling menghadap, Irsyad sedang sibuk mengeluarkan cincin dari kotak baldu kecil. Muka budak tu langsung tidak dipandang. ‘Huh, rahsia sangat nama tu ye? Kan dah selamat jadi bini aku sekarang ni. Hohoho.’ Tangan isterinya dicapai. Cincin disarung ke jari manis.

Ramai yang sibuk menangkap gambar. Flash yang tak berhenti-henti membuatkan Irsyad makin malas nak mengangkat muka. Silau habis. Sekarang ni dua-dua orang pengantin ni kerjanya merenung lantai bilik. Memang la tak menarik langsung kalau nak masuk dalam gambar.

“Pengantin perempuan boleh salam dengan pengantin lelaki sekarang ni.” Terdengar suara-suara jurukamera yang menyuruh posing macam-macam tu.

Irsyad mengangkat muka memandang isterinya.

Eh??? Along?????”
 

zahra

FTC Crew
Moderator
#17
haha..cari sendiri kat JPN??ok jugak..boleh pakai ni :D:D:D..adeh baru post comment ni dah ada new post..advance :D:D, idea mencurah2 nampak nye ni..but pelik..meaning along tu kan ala2 cute boy..or cute boy tu sebenarnya angah? adeh:confused:
 

are-fiyz

Active Member
#18
Book 6

Habis sudah majlis kenduri kahwin Ilham Irsyad dan Afrin Alia yang diadakan di dewan kawasan perkarangan masjid taman mereka.

Irsyad balik ke rumah awal lagi. Selepas asar terus balik rumah. Izzat dah tak selesa dengan orang ramai. Sebut pasal Izzat, dari pagi selepas akad sampai la ke petang isterinya yang jaga. Untung ada isteri kan?

Teringat betapa kecoh bilik isterinya dengan peristiwa masing-masing kena bersalaman. Irsyad geleng-geleng kepala sendiri.

“Along?”

Pipi isterinya dipegang dengan kedua-dua tangan dan didongakkan ke atas dekat dengan mukanya.

Lagi semangat jurukamera tangkap gambar. Makcik-makcik mana yang sesat masuk bilik tu pun cepat-cepat keluarkan tab la Nokia la Sony la Samsung la semata-mata nak tangkap gambar pengantin aksi macam nak kiss je.

Irsyad pelik. “Tapi bukan ke Along ni lelaki?”

Angah yang dengar suaminya tanya pasal Along terus nak pecah ketawa.

“Along mana ada kat sini sekarang ni.” Angah angkat-angkat kening.

“Habis tu ni siapa?” Irsyad merenung pelik insan di hadapannya.

“Angah.”

Irsyad rasa dia tak boleh nak berhenti senyum. Macam mana dia boleh lupa pasal kes nama ‘angah’ tu. Mak Jah pun tak tahu nama angah apa.

Selesai memandikan Izzat, Irsyad mengambil telefon bimbitnya.

Ada mesej. Dari tunang aku.

Irsyad belum tukar lagi nama isterinya dalam simpanan phonebook.Hmm, nak save apa ye nama budak ni?? Bini aku? Afrin? Alia? Haa.. Apa susah-susah.. Angah sudah.’

Tunang aku: Erm.. can we have a chat through message only?

Huh? Apesal pulak nak mesej je? Call kan lagi senang.’

Irsyad: I’ll call you.

Tak sampai beberapa saat kemudian.

Angah: NOO!! You better NOT to call me.

Irsyad makin pelik.

Irsyad: Apesal pulak?

Angah: Bolehla awak jimat kredit.

Irsyad picit-picit kepala sendiri. Ada pulak orang macam ni.

Irsyad: Biar je la. Habis boleh top-up lain.

Angah:Tak payah la. Saya nak tolong jimatkan untuk awak ni.

Irsyad: Takkan la nak jimat sampai macam tu sekali?Ke awak malu nak cakap dengan saya?

Lama Irsyad menunggu. Tiada balasan. Marah ke? Ke memang malu?

Irsyad: Okey la tak call.

Angah: Bagus. Terima kasih. :)

Dah agak. Mesti budak kecik ni malu dengan aku. Perempuan ni kalau dah pelik tu memang pelik sungguh la. Tak faham betul aku.’

Irsyad: But not now. I’m busy with the baby. Tak nak datang rumah ke?

Angah: Tak nak la.

Irsyad senyum sendiri. Malu la tu. hakhakhak..

Angah: I’m NOT malu okey. :p

Iye la tu..

Irsyad: Dalam pukul sebelas lebih nanti boleh? Ke dah tidur?

Angah: Boleh no hal.

Irsyad: Gud. See u then.

Angah memang tak balik sekali dengannya. Dan takkan duduk sekali dengannya walaupun dah bergelar isteri. Hari ni memang dia tak bercakap lagi dengan isterinya itu. Waktu lepas akad tadi saja. Tu pun berapa kerat sangat la.

Dia faham komitmen angah. Dan dia setuju sangat-sangat.

Mama yang cakap panjang lebar dengan Irsyad selepas akad nikah tadi sementara nak menunggu untuk solat jumaat. Dan waktu tu baru la dia tahu isterinya itu masih belajar. Kata mama..

“Irsyad? Mari ikut mama. Ada benda mama nak cakap sikit.”

Irsyad yang tengah dukung Izzat sambil tangkap-tangkap gambar dengan isterinya terkebil-kebil. Ini yang paling dia takut. ‘Mak mertua spesis apa ya mama ni? Garang macam mak tak?’

Izzat diberi kepada Angah.

Mama dah keluar rumah. Duduk dikerusi panjang yang menjadi dekorasi halaman rumah mereka.

“Sini Irsyad” mama panggil duduk disebelahnya.

Irsyad hanya menurut sambil mengangguk. “Ada apa mama?”

Mama senyum lebar kepadanya.

“Angah tahun akhir. Boleh tak kalau Irsyad benarkan dia tinggal dengan mama dulu sampai dia habis belajar nanti? Mama bukan apa. Risau sangat kalau dia tinggal dengan Irsyad time tengah nak habis belajar ni, bebankan Irsyad pulak. Mama setuju dengan mak Irsyad untuk cepatkan tarikh kahwin pun bersebab.”

Irsyad tak faham. Makin berkerut-kerut dahi.

“Hmm.. Sebab apa mama?”

Mama senyum lagi. “Mama tak nak dia posting jauh-jauh.”

Irsyad angkat kening. “Posting? Cikgu ke?”

Mama angguk-angguk. Irsyad tersenyum sendiri. ‘Patut la mak aku ni excited sangat nak suruh aku kahwin awal bagai. Takut bakal menantu dia ni dikebas orang rupanya.’

“Irsyad okey ke tak ni dengan cadangan mama, kalau tak okey..”

“Eh mama, tak. Irsyad okey je. Okey sangat-sangat.” Lagi bagus kalau tak tinggal sekali. Banyak benda aku kena fikir nanti. Dengan ada Izzat sekarang ni pun tak menang tangan. Nak-nak ada isteri kat sebelah. Hisy.. tak boleh tak boleh.

Mama pegang tangan menantu sulungnya walaupun bukan kahwin dengan anak yang sulung. “Irsyad jangan risau. Mama akan suruh angah tu balik tengok mak mertua dia tu time-time cuti.”

Tepat pukul 11.00 malam, Irsyad dah siap mengemas barang-barang Izzat. Izzat pula dah lama tidur. Hari ni dia sibuk bergambar dengan pengantin perempuan sampai ke kawan-kawan si Angah tu pun sibuk nak bergambar jugak dengan Izzat. Siapa yang tak nak pegang baby comel macam Izzat ni. Kecuali Mak Jah yang garang tu la. Izzat pun takut dengan Mak Jah.

Irsyad berbaring. Telefon sebelah bantal dicapai.

Irsyad: Tidur dah ke?

Angah: Belum.

Irsyad: Nak mesej apa ni?

Angah: Mama ada cakap apa pagi tadi?

Irsyad malas sungguh nak taip mesej. Tak pernah-pernah dibuatnya mesej lama-lama dengan orang. Nak pulak hal-hal yang panjang lebar kalau nak diceritakan.

Irsyad: Ada la. Hal orang-orang lelaki.

Memandai saja Irsyad cakap hal orang-orang lelaki. Dia memang malas nak menulis panjang.

Angah: Betul ke?

Eh budak kecik ni. Betul la. Betul ke? Betul laa.. aku kan orang lelaki. Betul la tu.’

Irsyad: Nak kena call ke?

Angah: Eh tak payah.Betul3.. awak betul.

‘Awak? Hmm.. macam tak sesuai je ni. Kena tukar.’

Irsyad: Hmm.. tukar panggilan boleh tak?

Irsyad sengaja. Sengaja nak tengok perangai isterinya.

Angah: Boleh.

Irsyad: Nak panggil saya apa?Abang?

Senyum lebar Irsyad. Seronok nak menyakat budak kecik ni.

Angah: Okey. Tak kisah.

Uuu.. she’s agree. Good’

Irsyad: Sekarang ni nak saya panggil awak apa?

Angah: Anything u like.

Ooo.. apa je yang aku suka? Hmm.. memandangkan dia ni masih kecik lagi, budak kecik boleh?

Irsyad: Budak kecik boleh?

Angah: EHHH?? Saya dah besar la. Apanya budak kecik pulak. I’m 23 already.

Irsyad: Ooo.. ye ke?Tapi awak nampak kecik macam budak kecik je.

Angah: Ikut la. Kalau rasa nak tukar panggilan budak kecik tu, boleh panggil angah je.

Irsyad: Tapi kan, nama awak sedap..

Angah: Terima kasih.

Irsyad: ..dan pelik. ;)

Angah: Memang la nak kena sungguh. Back to the point. Mana awak tahu nama saya?

Irsyad: Tahu masa time abah sebut lafaz akad tu la.

Angah: Eh? Biar betul? Tipu la.

Irsyad: Betul la. Mana boleh tipu-tipu, dosa tu. Tadi cakap nak panggil abang, apesal saya awak lagi ni?

Angah: Hehe. Tak biasa la.

Irsyad: Kena biasakan. Tu la, saya nak call tak nak. Kalau tak boleh panggil siap-siap.

Angah: Eleh. Dia pun sama saya awak jugak. Kalau nak saya panggil abang, awak kena bahasakn diri awak tu abang dulu la.

Irsyad ketuk kepala sendiri. ‘Aku pun tak biasa. Macam mana ni.. Adeh. Malu, malu. Nak tarik balik ke apa aku cakap tadi? Tak boleh tak boleh. Lagi malu macam tu.

Irsyad menguap. Mata dah mula mengantuk. Pukul berapa ni? Hampir pukul 1 pagi dah pun.

Irsyad: Okey. Abang ngantuk dah ni. Nanti kita mesej lain ye budak kecik.

Angah: Okey. Gud ni8. Assalamualaikum.

Irsyad senyum. Tiba-tiba dia rasa macam nak demam. Malu.

Lampu bilik ditutup.
 

are-fiyz

Active Member
#19
haha..cari sendiri kat JPN??ok jugak..boleh pakai ni :D:D:D..adeh baru post comment ni dah ada new post..advance :D:D, idea mencurah2 nampak nye ni..but pelik..meaning along tu kan ala2 cute boy..or cute boy tu sebenarnya angah? adeh:confused:
x perasan pon post zahra.. tgh duk nk mngepost smbgn cter nii sbnrny.. huahaha.. :D hehehe.. along dgn angh tuu.. zahra kne bce laa.. hihihihi.. :D
 

are-fiyz

Active Member
#20
Hari ni Izzat dah nak balik. Irsyad rasa sedih nak berpisah dengan Izzat. Selama dua minggu Izzat dijaga macam anak sendiri. Mesti rasa sunyi lepas ni. Tadi awal pagi Aqil dah telefon nak datang ambik Izzat dalam pukul sepuluh pagi kejap lagi.

Tiba-tiba mesej masuk.

-“Irsy. Aku dah sampai depan pagar rumah kau ni. Cepat bukak pintu tu.” -

Eh? Takkan dah sampai kut? Baru pukul sembilan ni. Awal lagi.

Irsyad membuka pintu pagar rumahnya. Aqil tersengih-sengih.

“Jom la masuk dulu. Izzat belum bangun lagi.”

Aqil menurut saja langkah Irsyad masuk ke dalam rumah. Dia terhendap-hendap macam mencari sesuatu.

“Yang kau ni kenapanya terhendap sana sini macam pencuri ni hah?” Irsyad naik pelik dengan kerenah Aqil yang memang pelik setelah dua minggu tak nampak batang hidung.

Aqil sengih. “Hehe. Mana bini kau? Tak nampak pun?”

Aqil tahu yang Irsyad dah berkahwin. Tapi nak buat macam mana dah dia tak boleh nak hadir majlis kahwin sahabat baiknya ini.

“Budak tu mana tinggal dengan aku.”

Ehh? Apakah yang telah terjadi?”

Irsyad geleng-geleng kepala. “Kau jangan nak buat ayat skema sangat la weh. Pelik aku dengar tau tak.”

Aqil mencebik mulut. Nak guna tatabahasa yang betul pun tak boleh ke? “Apa jadi weh? Korang gaduh ke?”

Irsyad geleng. “Kau duduk la dulu. Aku buat air jap. Nak panas ke sejuk?”

Aqil ternganga. “Kau buat air? Biar betul? Tahu ke kau buat air ni?”

Irsyad rasa nak ketuk-ketuk kepala si Aqil ni. Banyak songeh pulak dah orang nak tolong buatkan air untuk dia.

“Kau nak ke tak? Tak nak, aku tak payah nak buat.” Malas Irsyad nak bersoal jawab pasal air lama-lama dengan si Aqil ni.

Eh nak nak. Nak air panas. Kopi okey gak.” Tahu pun takut kalau dah kena ugut tu.

Lima minit kemudian..

Irsyad membawa dulang air dengan biskut kering.

Aqil senyum-senyum dari jauh. “Waahh.. sejak bergelar suami ni makin pandai kau masuk dapur eh? Bagus..”

Irsyad rasa nak pecah ketawa. “Tolong sikit, aku memang spesis rajin dari dulu tau.”

Aqil mengangguk-angguk. Memang betul pun. Sejak zaman belajar lagi si Irsyad ni terkenal dengan sifat kerajinan dan tolong menolong yang sangat melampau. Sampai semua orang hanya mampu geleng-geleng kepala dengan sifat yang mustahil orang lain boleh buat macam yang Irsyad buat.

Irsyad tuang air kopi panas dalam cawan siap-siap. “Minum weh. Aku nak pergi kejut Izzat jap.

Aqil hanya mengangguk. Cawan kopi diambil. Minum sehirup dua. Irsyad dah turun kembali dengan Izzat dan beg barangnya.

Aqil bangun mengambil anaknya dari dukungan Irsyad. “Anak ayah.. lamanya tak tengok Izzat ni. Rindunya. Kesian anak ayah.”

Irsyad senyum tengok gelagat anak beranak yang dah lama tak jumpa. Baru dua minggu je pun.

“Mana mak kau? Aku tak nampak pun?” Aqil tanya lagi.

“Mak aku duk rumah besan dia. Mengemas sikit-sikit lagi katanya. Majlis aku ni dekat masjid kau tau tak. Dekat dengan rumah bini aku tu. So segala bilik pengantin bagai semua kat sana la. Tu yang mak aku sibuk tak habis lagi tu.”

Ooo..

“Teringin aku nak tengok bini kau. Gambar tak de?”

Tak de. Malas aku ambik gambar. Kau nak tengok gambar pergi la cari mak aku. Confirm ada punya la..”

“Kau ni, tak pernahnya nak bersemangat langsung kalau bab-bab ambik gambar. Kesian bini kau. Bini kau mesti kontra kan dengan kau.” Aqil memang banyak tanya sungguh.

“Entah la weh.. Aku tak kenal lagi pun isteri aku tu orang yang macam mana.”

Aqil terkebil-kebil dengan mata yang membulat. “Kau biar betul?”

“Betul la. Aku tak kenal.”
 

Top