• Sudahkah anda menulis Diari Cinta anda hari ini?
    Sebagai forumer Forum Tentang Cinta, anda kini boleh menulis dan mencoret kisah manis cinta anda di ruangan Diari Cinta. Hanya satu diari sahaja ya dibenarkan untuk setiap seorang.

........

are-fiyz

Active Member
#62
Book 20

Selepas habis makan angah terus masuk bilik.

Emotional sangat time makan tadi sampai dah terjerit keluar benda yang sepatutnya tak boleh keluar.

Irsyad yang terkejut tiba-tiba bangun. Angah dah tertunduk. Bersedia untuk di marah balik. Alih-alih..

“Ilham mintak maaf. Makan la.”

Terus Irsyad tinggalkannya sendiri kat meja makan tu. terasa menyesal sebab tinggikan suara pada orang yang lagi tua padanya. Selebihnya rasa bersalah sebab buat suaminya sedih. Huhuhu.. angah rasa dia ni spesis yang tak patut dimaafkan.

Malam tu lepas selesai solat Isyak dia mengemas semua barang-barang milik along. Along dah pesan suruh dia bawak balik semua barang milik along kat rumah. Selesai mengemas, angah terbaring atas katil. Jam telefon dibelek lama-lama.

Rasa bersalahnya masih belum hilang. Besok dah tak jumpa Irsyad. Lagipun malam ni malam last dia dalam bentuk along. Rasa bersalah pula kalau dia blah macam tu saja. angah merenung kipas siling yang berpusing-pusing atasnya.

Sama pusing dengan otaknya.

Pening nak buat apa. tak tahu nak cakap apa. sebelum makan tadi dah la menceroboh bilik Irsyad, lepas tu time makan boleh pulak dia pergi tengking Irsyad. Cuba cakap manusia mana yang takkan rasa marah walaupun sedikit??

Angah bertekad nak pergi mintak maaf dengan Irsyad malam ni jugak.

Tapi macam mana? Dia pun tak tahu.

Sekarang dah jam sepuluh malam. Irsyad mungkin tengah sibuk buat kerja sendiri. tiba-tiba angah dapat satu idea menarik. Dia rasa dia dah tahu macam mana nak kenal pasti teorinya pasal mesej siang tadi. Teori ketiga.

Takkan la Irsyad tak de kredit kut?? Mustahil..

Telefon bimbit milik along dicapai. Nasib belum expired lagi kreditnya. Mesej untuk Irsyad dihantar.

Along: Sorry.. :(

Angah menanti dengan penuh debaran. Nervous rasa nak tengok telefon along. Dia berharap sangat yang teori ketiganya tu betul..

No respon. Setelah berminit-minit berlalu. Masih tiada balasan dari Irsyad. Hati angah lega sendiri. Kurang sikit sakit hatinya yang siang tadi.

Bunyi telefon mengejutkan angah yang sedang tersenyum kelegaan. Mesej!

“Hah?? Apa ni?? kenapa dia balas? Kenapa!!!”

Irsyad: Huh? sorry for what?

Angah ketuk-ketuk kepalanya dibantal. Hatinya terasa seperti digilis-gilis. Nampaknya dia telah kalah dengan along. Angah rasa nak menangis. Irsyad lagi kisah pasal along dari dirinya yang sebenar. Memang menyedihkan.

Malas dia nak balas mesej Irsyad. Tapi tangannya gatal tak dengar cakap otak.

Along: tertengking tadi. Sory sangat.

Hmm.. minta maaf sebab tak hormat pada yang lagi tua darinya. Fair and square. Dia dah tiada hutang apa-apa dengan Irsyad dalam versi along ni.

Irsyad: Oo. Ilham yang patut mintak maaf sebab kacau along makan. It’s okey.

Angah terasa malas nak balas. Telefon miliknya dicapai pulak. mesej yang sama siang tadi dihantar lagi untuk Irsyad. Sengaja dia nak tengok.

Along: salah along gak. Sory again.

Angah tunggu telefon miliknya berbunyi. Alih-alih telefon along yang bunyi.

Irsyad: okey. sorry diterima. :)

Sampai hati. Mesej angah tak balas satu pun. Mesej along sekejap saja dia dah balas. Apa semua ni?? sekarang ni salah siapa hah?? Salah along? Along tu dia sendiri.. jadi semuanya ni salah dia sendiri la.

Mesej Irsyad dah tak dibalas. Telefon along diletak tepi. Telefonnya direnung sepi.

Tiada tanda-tanda yang mesejnya akan dibalas Irsyad. Angah makin tawar hati. Jam menginjak ke pukul sebelas malam. Masih belum ada balasan. Matanya dah mula mengantuk walaupun sepetang dia tidur.

Hati yang sedang kecewa mungkin cepat mengantuk kut.

Tanpa sedar dia dah terlena dengan air mata.



Keesokan paginya angah bangun awal. semangatnya hilang habis sejak semalam. Kalau boleh hari ni dia tak nak terserempak langsung dengan Irsyad. Biar la dia keluar rumah ni tanpa jumpa dah dengan Irsyad. Sakit hati.

Angah berkurung dalam bilik sampai pukul sepuluh pagi. Selalunya pukul sembilan Irsyad dah keluar rumah. Lepas yakin yang Irsyad dah keluar, angah terus bersiap. Pakaian perempuannya yang disimpan dalam laci disarungkan ke badan.

Setelah bersiap lengkap bertudung depan cermin, baru angah boleh tersenyum.

“I miss you afrin alia. Long time no see..” tiga minggu ni asyik menghadap muka along dalam cermin memang buat dia sesak nafas. Cemburu.

Beg pakaian along diseret keluar. Berat nak mampus angkat sorang-sorang. Nasib dia datang sini pakai kereta. teringat yang Irsyad pernah tanya pasal keretanya. Dia cakap dia pinjam kereta angah sebab angah busy and tak guna kereta.

Selesai mengemas apa yang patut dalam rumah tu, angah kunci pintu rumah. Dia malas nak sarapan dulu sebelum keluar. Sakit hati. Kecewa masih belum hilang.

Enjin kereta dihidupkan dan kereta dikeluarkan dari halaman rumah. Setelah pagar rumah dikunci, angah terus drive meninggalkan homestaynya selama tiga minggu ni.

Selamat tinggal Ilham. Irsyad.

Angah tak balik rumah. Sebab dia dah habiskan tiga minggunya di rumah Irsyad, dia malas nak balik rumah mama dengan abah. Angah singgah uni alongnya. Nak bagi beg besar gedabak along yang diangkut dari rumah Irsyad tu.

Dia call along suruh turun cepat sikit. Nak balik kampus terus. Sepatutnya cuti tiga minggu ni banyak kerja dia kena buat untuk semester terakhirnya. Tapi disebabkan dia berfoya-foya tak bawa balik apa-apa maka akan sibuk teramat la dia nanti.

Sementara tunggu along, telefon bimbit milik along dikeluarkan dari poketnya. Mesej untuk Irsyad dihantar.

Along: Assalamualaikum, along dah masuk asrama hari ni. rumah semua dah kunci. Don’t worry. Anyway, thanks for everything.

Sent.
 

are-fiyz

Active Member
#63
Angah merenung bangunan asrama lelaki di hadapannya. Teringat dia pernah datang ke asrama perempuan. Semuanya pasal kes along. Harap-harap dah settle la masalah along tu.

Along dah berdiri di hadapannya.

“Oo my.. so like me..” terkejut angah tengok along. Rasa macam tengah tengok cermin pulak.

“Angah ni kenapa? Dah tak betul ke?” Along pelik dengan angah yang tiba-tiba terkejut sebaik saja pandang dirinya.

Angah senyum. tapi along tak senyum. “so good. My nightmare is already over.” Rasa nightmare pun ada kalau dia perlu pandang muka along tiap hari, masa dan ketika. Angah dah berazam nak simpan rambut panjang lepas pada ni. dia dah tak nak kerat langsung dah rambutnya.

Janji!

Along makin berkerut-kerut pandang angah dihadapannya.

Angah malas nak berbual dengan along. Cemburunya masih bersisa. Walaupun bukan salah along, tapi dia dah tiada mood nak tengok muka along lagi dah.

“Cepat ambik beg along ni. angah banyak kerja. Haa.. lagi satu. Nah.” Angah hulur kembali telefon milik along.

Along belek-belek telefonnya. Tiada perubahan. Eh.. ada mesej. Dari Irsyad.

“Angah, mesej Ilham ni. tak nak baca ke?”

Angah mengeleng. “malas la. kalau ada apa yang along tak tahu, tak payah balas. Biarkan je. Haa.. lagi satu, angah pakai sikit kredit along. Nahh.” Kad top-up rm10 diberikan kepada along.

Along mengeluarkan beg bagasinya dari kereta angah. ‘berat jugak ye beg aku ni.’

Lepas tu Along pandang muka angah yang macam baru lepas break-up saja gayanya. “Apesal ni? ada apa-apa yang dah jadi ke?”

“tak de apa-apa yang jadi pun.” Angah masuk kembali dalam kereta dan hidupkan enjin.

“dah nak balik ke?”

Angah cuma mengangguk. Pintu kereta ditutup. Cermin diturunkan. “Balik dulu. Assalamualaikum.”

Waalaikumsalam.



Sepanjang perjalanannya ke kampus dia berazam, yang dia takkan sesekali mesej dah Ilham Irsyad. Takkan.

Sampai-sampai kampus, tempat parking student kosong lagi. Tiada siapa lagi yang rajin nak balik kampus dua hari awal macam dia. dia balik awal pun sebab tak nak terserempak dengan Irsyad. Jadi terpaksa la. dah nak buat macam mana lagi dah.

Tiada barang pun yang dia bawa balik.

Telefon yang diletak dalam laci dashboard diambil. Ada mesej. Dari along.

Along: Angah, Ilham tanya kalau dia nak jumpa along kat uni jap lagi boleh tak?

Angah makin sedih. Sampai macam tu sekali Irsyad ambil kisah pasal along. Sakit hatinya. Dia menangis sendiri. Mesej along dibalas.

Angah: lantak dia la. janji along jangan screw up my secret.

Lepas tu angah dah tak kisah mesej yang masuk. Telefonnya di turn-off. Tenang sikit hidup ni rasanya.

Masuk semester baru, sama seperti apa yang dia agak.. sibuk sangat. Terlampau sibuk dengan internship lagi.. memang tak sempat nak bersosial dengan alam luar melainkan sekolah dan kampus.

Naik turun tangga jabatan jumpa lecture dan macam-macam lagi yang dia kena buat, menjadikan dia lupa pada satu nama.

Gaya macam dah bercerai pun ada.

Rumah, along, langsung dia tak hubungi. Tambah lagi rumah mertuanya. Memang tak la. hidupnya yang selalu balik rumah kalau ada masa free sekarang ni disibukkan dengan segala aktivti lain.

Aktiviti yang boleh menghilangkan rasa sakit hatinya pada cuti semester yang lalu. Dia tukar nombor telefon baru untuk memudahkan kerjanya sepanjang semester ni. keluarganya langsung tak tahu yang dia dah tukar nombor.

Macam orang yang sedang melarikan diri.

Memang angah lari. Nak lari daripada Irsyad kena lari daripada keluarganya. Jadi buat masa sekarang dia tak nak diganggu siapa-siapa pun. Ramai kawan-kawannya yang dah kahwin pelik dengannya.

Orang yang dah kahwin ni kalau boleh tiap hari nak berkepit dengan suami. Selalu telefon, selalu berjumpa.. tapi kes angah dah terbalik.

Setiap kali angah tengok cermin dia nampak along. Setiap kali dia nampak along dia pasti akan menangis. Sedaya upaya dia buat macam-macam usaha untuk bagi rambutnya panjang kembali.

Rasa seksa jiwanya setiap kali tengok cermin.

Rambutnya dah panjang sedikit daripada sebelum ni. macam-macam petua tradisional dia buat. Ada yang cakap kalau bulu mata luruh, letak kat rambut nanti rambut cepat panjang. Yang ni angah rasa nak cabut semua bulu matanya letak kat rambut. Biar panjang cepat-cepat.

Tapi nanti tak boleh tutup mata pulak. haru..

Teringat masa awal-awal buka semester. Roomatenya pengsan tengok penampilannya yang baru.

Pengsan. Bukan nak atau hampir pengsan. Tapi telah pengsan.

Ingat lelaki mana sesat menyamar jadi dirinya.

Penat angah nak ceritakan hal sebenar kat roomatenya.

Lagi sebulan nak habis belajar. Dah nak final exam. Rasa macam sekejap sangat lima tahun setengah dia di kampus ni. bakal bergelar seorang guru. Insya-Allah.

Masa-masa terakhir yang dilalui sebagai seorang bakal guru memang sangat sedih. Rasa sedih nak berpisah dengan semua teman seperjuangan sejak dari lima tahun bersama. masing-masing akan membawa haluan sendiri lepas pada ni. ramai dah yang mendirikan rumah tangga.

Alasannya?

Mesti la cinta sama cinta.

Suka sama suka.

Mana ada macam dia. atas dasar tak nak posting lepas sabah serawak. Orang lain pakai alasan ni jadi alasan kedua ketiga keempat dan seterusnya. Dia? alasan pertama sekali.

Kan dah mengalami sakit hati yang kronik.. pandai sangat nak test konon-konon. Sekali, diri sendiri yang give up awal-awal. kalau tiba-tiba Irsyad datang cakap nak bercerai sekalipun dia dah tak kisah. Lagi bagus dia bercerai. Cerainya ini tiada tempoh iddah.

Hujung minggu tu, angah keluar shopping dengan kengkawannya yang masih belum berstatus married. Kecuali dia seorang la.

Banyak stok-stok makanannya dah habis. Sibuk nak keluar beli barang sebelum-sebelum ni. Sampai saja kat ATM, angah keluarkan jumlah wang yang mesti bertambah setiap bulan. Orang lain dapat elaun enam bulan sekali, dia dapat elaun sebulan sekali.

Wang tu dia simpan dalam tabung haji yang baru saja dia bukak lepas bergelar isteri. Duit nafkah dari suaminya langsung dia tak sentuh. Terdesak sampai macam mana sekali pun dia takkan gunakan wang tu. semuanya dia simpan dalam tabung haji.

Senang.

Tak sakit hati.

Selepas membeli beberapa barang keperluan, angah dengan dua lagi kawannya ain dan ika window shopping sekejap sebelum bercadang nak makan kat KFC. Lama benar tak makan ayam goreng tu.

Ain dengan ika memang suka window shopping kat kedai-kedai baju. Butik. Suka tengok. Tapi harapan la nak beli kalau dah akhir-akhir sem ni.

Angah senyum saja melihat keletah dua orang kawannya ni. tiba-tiba ada yang panggil..

“Angah..”

Ain dengan Ika terkejut. Ada lelaki menegur sahabat mereka. Ain mencuit bahu angah yang menghadap ke tempat lain. “weh.. af. Ada orang panggil kau tu.”

Angah tarik kedua tangan sahabatnya. “Jom weh. Aku dah lapar la.”

Ain tak puas hati. Dia kenal lelaki ni. lelaki ni.. “af.. ni bukan suami kau ke?”

Angah tak memandang langsung lelaki di hadapannya. Ain dengan ika ditarik agar berjalan pergi dari situ.

“aku tak kenal orang ni.”
 

are-fiyz

Active Member
#64
Book 21

Along geram!

Dah berbulan dia cuba cari angah. Telefon langsung tak bersambung. Pergi kampus semuanya cakap angah tak ada. Entah ke mana la adiknya tu pergi. last jumpa pun time bagi beg besar miliknya yang dibawa dari rumah Irsyad.

Along dah dapat agak. Mesti jadi apa-apa antara angah dengan Irsyad kat rumah tu. kalau tak takkan la semacam saja angah. Bercakap pun macam nak tak nak saja. Mama dengan abah kat rumah dah bising-bising sebab angah dah tak balik-balik rumah langsung. Jangan cakap mama dengan abah..

Mertua angah pun naik hairan.

Irsyad? Entah la. Setakat ni along masih lagi simpan rahsia adiknya.

Mama dengan abah cakap yang angah telefon rumah dua minggu sekali saja. Tu pun pakai public phone. Cakap yang dia sibuk, tak boleh balik dan seumpama dengannya.

Along tak faham.

Takkan bergaduh dengan Irsyad pulak kut? Kalau bergaduh dengan Irsyad mesti la aku yang bergaduh dengan Irsyad. Bukan dia. Hish.. Pening eh.’

Along makin serabut dengan perangai angah yang tiba-tiba. Dia perlu cari angah sampai dapat sekarang ni. Masalahnya yang lain pula timbul. Malas along nak fikir masalah rumah tangga angah. Sekarang ni masalah baru pulak yang sibuk mengganggu hidupnya.

Farid.

Apa la angah dah buat dengan si Farid tu sampai lain macam je minah pelik ni kalau terserempak dengan along. Musykil.

Telefon bimbit dikeluarkan dari poket. Hari ni dia tiada kuliah, so lepak-lepak kat library saja la.

Nombor Irsyad dicari dalam phonebook. Mesej dihantar. Nak call macam tak proper pulak bercakap dalam library yang sunyi sepi ni.

Along: Salam. Ilham. Ada jumpa angah tak?

Sent.

Along lupa. Mana la dua orang manusia tu pernah berjumpa pun sebelum-sebelum ni. Terasa seperti dia telah tanya soalan bodoh pulak.

Beberapa minit kemudian telefonnya vibrate. Nasib awal-awal dah silent. Nanti kena marah dengan pustakawan kat sini kang tak pasal kena halau keluar dari library. Saja lepak sini sebab ada aircond.

Tu saja matlamat along. Sungguh kurang senonoh betul. Ish.Ish.Ish.

Irsyad: Hmm.. Ada. Tapi dia tak kenal Ilham la.

Ehhh?? Apa jenis manusia angah ni?? Dah hilang ingatan ke apa? Mustahil la tak ingat muka suami sendiri. Tiga minggu duduk sekali takkan la tak boleh nak ingat?

Along: Takkan la. Ilham silap orang kut.

Along ketuk kepala sendiri. Hish.. Tak logik la kalau Irsyad silap orang. Takkan la tak kenal isteri sendiri kut.

Irsyad: Tak la. Memang tu angah pun.

Along: So, macam mana Ilham boleh cakap dia tak kenal Ilham pulak?

Along tak faham. Makin pening kepala otaknya cuba mencerna satu-satu apa yang Irsyad cuba sampaikan. Dah la dengan maasalah baru si Farid tu menyemak dalam kepala otak ni. Memang serabut sungguh.

Irsyad: Ilham tegur dia. Lepas tu dia cakap tak kenal and terus blah. Entah la.

Along terangguk-angguk.

Dia dah faham. Angah mesti ada simpan something darinya. Mustahil angah akan berkelakuan macam tu kalau tiada apa-apa yang berlaku.

Sekarang ni dia mesti jumpa angah.

Mesej Irsyad dah tak dibalas. Dia terus keluar dari library. Misinya sekarang mencari angah.

Along terkebil-kebil depan pagar kolej kediaman kampus angah. Nak masuk sampai dalam pun kena tahan dengan sekuriti. Memang la overprotected betul bakal-bakal guru kat sini.

Along cakap dia nak jumpa adik kat dalam. Setelah disoal siasat, baru lepas nak masuk. Waktu dia datang dulu tak de la sampai macam ni. Ada kes ke sampai pengawalan keluar masuk asrama pun diketatkan??

Sampai betul-betul depan pagar blok perempuan, Along dah tahu blok mana yang angah duduk. Tunggu punya tunggu. Tiada seorang manusia pun yang keluar masuk asrama.

Tiba-tiba ada seorang perempuan bertudung labuh melintas di hadapannya.

Er… Excuse me?”

Along bajet speaking la pulak. Sebenarnya dia tak tahu nak cakap macam mana. So, penggunaan bahasa inggeris dirasakan lebih sopan sekarang ni.

Perempuan bertudung labuh tu berhenti berjalan dan berpaling melihatnya. “Oo my.. Afrin?” Takkan la Afrin tu nak duduk luar dengan tak pakai tudung pulak. Mustahil.

Dia pun tercakap bahasa orang putih jugak. Perempuan bertudung labuh ni cepat-cepat tutup mulutnya. Along yang dengar dia sebut nama angah tadi rasa lega sendiri. Means perempuan ni kenal adiknya.

“Bagus la. Afrin ada tak?”

Mata perempuan tu masih terkebil-kebil memandang along..

Err.. Hello??” Tangan along tergawang-gawang depan budak perempuan tu.

“Af.. Dia er.. Dia.. Tak..”

Please. Saya kena jumpa dengan dia gak. Urgent. Saya tahu dia ada. Tolong panggil dia jap. Mintak tolong sangat.”

Buadak perempuan tu buat muka serba salah. Along rasa mesti angah dah pesan kat semua kengkawannya agar cakap yang dia tak ada kalau ada yang mencari.

Along buat muka kesian. “Please..”

Okey. I’ll try. Tapi tak jamin la kalau dia nak turun jumpa awak.”

Along angguk-angguk. “Just let her know, along ada datang and kecemasan. Mesti dia turun punya la.”

Budak perempuan tu mengangguk dan terus panjat tangga blok asramanya. Along pula menunggu kat bawah dengan harapan.

Beberapa minit kemudian dia nampak kelibat angah yang sedang turun tangga.

Alhamdulillah.

Angah merenung along di hadapannya. Serius. “Kecemasan apa?” Nada suara pun tegas semacam.

Along pelik. Pelik dia tengok angah berubah jadi orang baru. Serius. Menakutkan.

“Apa yang angah buat dengan si Farid tu hah?”

Along terus straight to the point. Dia malas nak tanya pasal rumah tanggan angah dengan muka yang menakutkan ni. Silap haribulan benda yang dia nak tanya terus tak dapat nak ditanya.

You should ask her. Not me.”

“Angah! Apesal yang jadi teruk sangat ni?” Dia tak pernah nampak angah yang macam ni. dingin. Macam tak boleh didekati langsung.

Angah tersenyum sinis.

Along gerun.

Scary..

“Angah punya suka la. Apa along kisah. Kalau dah tak ada apa yang penting. Excuse me..

Angah terus blah macam tu saja. Along terkejut. Ternganga dia tengok perangai angah yang dah transform terus jadi orang lain.

Angah kena sampuk ke?

Hish.. Ridiculous la. Sekarang ni makin serabut masalahnya. Tanya angah pun tak membawa apa-apa maksud. Kut la nak bagi hint ke apa ke kat dirinya yang clueless dengan semua yang terjadi sekarang ni.

Penat nak memikir, along terus cabut balik uni. Baik dia pergi tanya terus si Farid tu. Lagi senang. Selesai masalah.

Tapi nak tanya apa??
 

are-fiyz

Active Member
#65
Angah yang panjat tangga asrama menjeling ke belakang. Along dah balik. Lega hatinya. Malas nak berkomunikasi dengan keluarganya buat masa sekarang ni. Dia tak nak emosi. Nanti emosinya akan kacau semua kerja. Spoil.

Farid huh?

Teringat waktu dia tolong along pasal kes Farid tu.

“Haaaahhhh!!!! Apa kau buat kat sini hah? Kau gila! Keluar la!”

Farid menjerit kuat. Segera angah pergi pekup mulut Farid agar tak menjerit lagi.

Mana tak terkejut si Farid tu nampak along dalam biliknya. Macam mana lelaki boleh ceroboh masuk dalam asrama permpuan ni hah?

Untung along. Ada kembar seiras macam angah. Seiras sangat sampai style rambut pun sama sebijik copy paste. Mana la tak terkejut si Farid tu tengok ‘along’ dalam biliknya. Nasib roommate si Farid ni dia dah jumpa masa kat luar bilik tadi.

Baju t-shirt along lengan panjang dan jeans dia pakai keluar dari rumah Irsyad. Cuma letak tudung atas kepala saja. Macam biasa, dadanya dia buat macam kat dalam rumah. Ikat rapat-rapat.

Dia memang senang masuk asrama perempuan sebab dia perempuan. Cuma sebelum masuk bilik si Farid tu dia tanggal tudung siap-siap. Lepas tu buat konspirasi dengan roommate si Farid tu agar biarkan mereka berdua-duaan buat beberapa minit.

Haha.

Ni la rancangan angah.

Sekarang ni posisi mereka berdua sangat rapat. Angah menekup mulut Farid dan menolaknya ke dinding. Senang. Tak la Farid ni boleh lari jauh-jauh.

Sebelah tangan lagi ditongkat ke dinding sementara tangan kanannya di mulut Farid. Muka mereka berdua dekat sangat. Farid meronta-ronta.

“Kau senyap kalau nak selamat.” Angah mengugut.

Lututnya menekan rapat paha Farid ke dinding. Terasa badan si Farid ni menggigil-gigil. Lepas kena ugut, baru senyap sikit. Dah tak meronta-ronta macam tadi. Mungkin takut diapa-apakan kut.

Angah rasa nak pecah ketawanya. Tak boleh! ‘Tahan. Kau kena bertahan.’

“Sekarang ni kau dengar apa yang aku nak cakap.”

Farid mengangguk takut-takut. Matanya dah berkaca-kaca.

Bagus. Senang kerja angah.

“Haa.. sebelum tu aku nak tanya kau.” Angah merapatkan lagi badan mereka berdua.

Farid yang dipekup mulutnya buat bunyi. Macam nak cakap, “Nak tanya apa?”

“Kenapa kau cakap aku macam perempuan hah? Apa motif kau?”

Farid tak menjawab. Matanya dah berair. Takut sangat mungkin. Tapi angah kisah apa. Yang penting rancangannya selesai.

Angah sengaja menekan kuat kakinya ke atas kaki Farid. Kedua-dua bahu si Farid dia pegang kuat dengan kedua tangannya. Tidak lagi menekup mulut Farid dan menongkat dinding.

Selamat minah ni dah tak jerit.

Soalan angah masih belum berjawab. “Kau nampak aku macam perempuan ke sekarang ni hah?!!” tegas.

Muka angah sengaja didekat lagi dengan muka Farid. Beza sejengkal saja pun. Tangan kanan angah diangkat ke pipi Farid. Pipi Farid yang dah basah dengan air mata dibelainya lembut.

Huu.. Scary..

Mata mereka saling bertentangan dengan jarak yang sangat dekat.

Angah tak puas hati. Dia perlu tingkatkan kemahiran lakonannya. Tak boleh jadi ni!

“Kau nampak aku macam perempuan ke sekarang ni hah?” Suaranya dilembutkan sikit dari tadi.

Kini actionnya beralih kepada merapatkan badan mereka berdua. Habis rapat. Tiada jarak langsung. Angah dapat rasa badan si Farid yang terkejut dengan perlakuannya. Muka angah sengaja didekatkan ke leher si Farid.

“Huh? Aku macam perempuan ke sekarang ni?” Dia berbisik di telinga kanan Farid.

Masih tak menjawab soalan. Angah buat move seterusnya. Pipi Farid di kiss. Kalau tak jalan jugak yang ni tak tahu la nak cakap apa. Habis over dia berlakon.

Terus Farid menggeleng laju lepas kena kiss. Huh.. lega. Selesai masalah.

“Good girl. Sekarang ni aku nak kau buat apa yang aku suruh dulu..”

Mata mereka saling bertentangan. Farid memberikan pandangan yang penuh tanda tanya.

“Mintak maaf kat aku. Kau belum buat yang tu kan?” Angah sengaja mendekatkan bibirnya ke muka Farid. Action lagi. Macam nak kiss mulut betul-betul. Berani sungguh.

Farid yang ketakutan terus berpaling ke kiri. Angah senyum sinis. Nak menambahkan lagi keaslian lakonannya.

“Farid, kalau kau tak nak benda sekarang ni terjadi lagi.. Senang jer..” Angah belai-belai pula pipi Farid.

“Next time I see you, make sure kau mintak maaf dengan aku… If not.. Jangan salahkan aku..” Action terakhir angah sebelum blah dari bilik Farid tu..

Pipi Farid dikiss sekali lagi.

Angah geleng kepala kalau terfikir insidennya dengan si Farid tu.

Gila.



Along sedang menunggu Farid keluar dari dewan kuliah. Hari ni dia kena cari jawapan sendiri. Nak harapkan angah, entah bila la boleh selesai masalahnya dengan si Farid ni.

Hopeless. Helpless..

Sia-sia dia ceritakan masalahnya kat angah.

Tengah sibuk menunggu, along nampak. Farid tengah berjalan keluar dari dewan kuliah.

Along cepat-cepat bergerak ke arah Farid yang sedang berjalan laju. Farid perasan yang dia cuba mendekat.

Along tak puas hati. Mukanya makin serius. “Woi! Kau jangan nak salahkan aku..”

Tak sempat ayat along habis dicakap, Farid terus berhenti berjalan. Dia teringat ugutan ‘along’ tempoh hari.

“Aku mintak maaf! Mintak maaf sangat sebab cakap kau bukan-bukan. Aku tarik balik apa yang aku dah cakap selama ni.” Muka Farid merah. Terus dia lari lepas cakap macam tu.

Along terkebil-kebil. Baru nak explain pasal angah kalau betul angah ada buat apa-apa kat si Farid ni.

Huh? Apa dah jadi ni?”
 

are-fiyz

Active Member
#66
Book 22

Final exam semester terakhir berlalu..

Tamatlah sudah pengajiannya selama lima tahun lima bulan bergelar siswa guru. Angah malas nak mengemas semua barang-barangnya. Nak balik rumah pun malas. Nanti dia kena berhadapan dengan macam bentuk soalan kat rumah tu.

Roommate dia pun dah balik. Angah tinggal seorang diri dalam bilik tu. Tapi dia still kena mengemas. Masa belajarnya di sini dah habis. Nak buat apa tinggal kat asrama lagi..

Angah berdiri depan cermin almari.

Rambutnya dah panjang paras bahu. Walaupun tak panjang macam dulu, tapi dia dah puas hati. Tak nampak macam along dah.

Selesai mengemas semua barang-barang, dia masukkan dalam kereta pulak. Satu-satu dimasukkan sampai penuh belakang dengan bonet keretanya.

Tapi ada sikit lagi yang tak muat nak masukkan dah. Angah terfikir nanti-nanti la dia datang ambil.

Sebaik saja sampai kat rumah, Angah nampak motosikal along.

Dia malas nak keluarkan barang. Dibiarkan semuanya dalam kereta dulu. Nanti-nanti boleh angkat. Tiada siapa nak kejar.

Elok-elok kaki melangkah masuk dalam rumah..

“Budak bertuah. Telefon pun tidak, alih-alih dah sampai rumah.” Mama bising terus sebaik saja nampak satu-satunya anak perempuan dia.

Kat ruang tamu tu ada along dengan abah. Minum petang kut. Macam ada set cawan dengan jag air. Sepiring kuih pelbagai jenis pun ada.

‘Rajinnya mama buat kuih.. Mustahil la mama buat kuih. Ni mesti kes along bungkus mana-mana bawak balik ni.’

Angah malas nak membalas jawapan emaknya. Malas nak bukak mulut. Sekarang ni dia just nak masuk bilik.

“Angah, mari la minum sekali. Along beli kuih ni.” Abah mengajak dengan senyum manis. Abah tak macam mama yang bising. Abah baik.

Dia salam mama lepas tu pergi salam abah pula. “Angah penat la bah. Nanti-nanti angah makan. Naik dulu.”

Angah mintak diri. Dia buat tak nampak langsung along kat situ.

Along dah pelik. Abah dengan mama yang tengok kelakuan angah tadi lagi la pelik.

Abah tanya along. “Kamu ada bergaduh dengan dia ke?”

Apa lagi.. Geleng saja la. Mana ada dia bergaduh dengan angah pun. Seingatnya tiada. Hish pelik sungguh.

Dalam bilik angah memerhati sekeliling biliknya. Tiada perubahan. Cuma kemas sedikit berbanding kali terakhir dia tinggalkan bilik ni. Tudung ditanggalkan dan disangkut di penyidai tepi almari.

Eh? Apa kain pelikat along buat kat sini?”

Angah faham sendiri. Mesti orang tu ada datang sini. Kalau tak, takkan la kemas semacam biliknya. Huh. Menyampah betul. Segera kain pelikat along kat penyidai ditarik.

Dia terus letak kat luar bilik. Atas lantai macam tu saja. Padan muka. Lepas tu angah kunci pintu bilik. Tiada sesiapa dibenarkan masuk.

Angah berbaring atas katil. Perutnya lapar semacam. Tapi ditahan. Bukan sekarang. Bukan waktu semua mata dalam rumah ni masih terbuka. Bukan.

Elok saja berbaring, dia dah mula rasa mengantuk. Maghrib dah nak masuk. Angah terus bangun.

Tak boleh. Aku tak boleh tidur. Nanti terlepas maghrib.’

Dia perlu mandi. Kalau tak mandi makin mengantuk ada la. Almari bajunya dibuka.

Eh?

“Apa semua ni?”

Kedudukan baju-bajunya habis diubahsuai letak duduk. Kepala otaknya tak nampak orang lain dah yang buat semua kerja jahat ni. Tak lain tak bukan mesti si Irsyad.

Eeeee.. Geramnya aku. Pandai-pandai tok nenek dia saja nak ubah-ubah orang punya barang suka-suka hati!’

Angah marah. Tapi keadaan almarinya yang sekarang ni lagi kemas dan teratur daripada sebelum ni. Dia nak ambil baju pun senang.

Tapi bila dah marah, semuanya nampak menyusahkan di mata. Angah nampak ada beberapa helai baju lelaki tergantung pada penyangkut baju. Rasa nak ambil buang dalam tong sampah pun ada. Menyampah sangat tengok baju-baju tu dalam biliknya.

Tengok baju dah menyampah, tengok tuan punya baju??

Angah tak tahu la dia akan buat apa kalau nampak tuan punya baju tu. Sepak terajang?

‘Mamat tu tidur sini ke sebelum ni?’

Angah malas nak ambil kisah. ‘Biar je la. Bukan dia kacau aku pun. Selagi dia tak kacau aku, no hal.’

Kalau dia kacau?

Arrgghh! Malas aku nak fikir.”

Terus dicapai tuala dan masuk bilik air.



Malam tu tepat jam dua belas tengah malam, angah tak boleh nak pejam mata dah. Lepas isyak dia terus tertidur tadi. Tiba-tiba terjaga, sebab perut lapar sangat. Mana makan apa-apa pun dari siang tadi. Sekarang ni rasa nak pergi menyeludup masuk dapur.

Tapi kena make sure dulu yang semua penghuni dalam rumah ni dah tidur. Angah buka pintu bilik. Kepala saja dikeluarkan untuk mengintai keadaan sekeliling di luar biliknya.

Lampu bawah dah gelap. Means dah tiada orang kat bawah. Lampu tengah saja yang hidup kat tingkat atas ni.

Angah segera keluar bilik. Dia berjalan-jalan macam pencuri masuk rumah. Tidak mahu dikesan langsung setiap pergerakan kakinya.

Sampai kat dapur, peti ais dulu yang dia buka. Malas nak buka lampu dapur. Takut nanti ada orang perasan.

Hmm.. Mana ada benda yang boleh dimakan terus. Semuanya kena masak dulu. Takkan nak telan sayur mentah-mentah kut? Aku bukan kambing. Hisshhh.. Tak nak aku.’

Pintu peti ais ditutup.

Maaaakkkk!!”
 

are-fiyz

Active Member
#67
Terkejut.

Lama dia dah tak menjerit. Last pun kat rumah Irsyad dulu.

“Apa angah buat kat sini hah lewat-lewat macam ni?” Along menyibuk.

Dah tu, apa along buat kat sini time-time macam ni?”

Angah tanya balik. Malas dia nak bersoal jawab dengan along. Dah alang-alang terkantoi, angah petik suis lampu dapur. Terang benderang jadinya dapur rumah. Angah angkat tudung saji atas meja. Mesti ada lagi lauk makan malam. Selalunya tak habis pun.

Seperti yang dia duga, memang ada lagi lauk. Tapi macam tak best. Kari ikan.

Dia tak suka kari ikan. Peti ais dibuka kembali. Sebiji telur ayam diambil. Makan telur dengan kari baru dia suka.

Along tengok angah. Dia tak puas hati dengan angah yang berubah pelik. Pelik sangat.

Dah selesai masak telur goreng, angah bersila atas kerusi meja makan dengan sepinggan nasi dan botol kicap di sebelah. Along tarik kerusi di hadapan angah.

“Angah ada masalah ke?”

Angah makan nasi dengan selera. Along kat depan langsung dia buat tak tahu. Lagi la tak kalau nak jawab soalan along.

“Angah..”

Along panggil angah lembut. Dia kenal sangat dengan adiknya ni. Kalau kena cara pujuk tu, sekejap saja dah okey.

Apesal?” Dingin semacam nada suaranya.

Along rasa dia ada harapan untuk tahu punca utamanya masalah angah sekarang ni. “Angah gaduh dengan Ilham ke?”

Memang silap besar la along sebut nama Irsyad sekarang ni. Marahnya belum reda lagi. walaupun dah berbulan-bulan berlalu. Along memang cari pasal.

Soalan along dah tak dijawab. Angah terus makan nasi tanpa menghiraukan along.

“Angah, marah along?”

Pun tak dijawab.

“Angah ni kenapa? Along tanya tu jawab la.”

Angah bagi jelingan tajam kat along. Dia cukup tak suka kalau ada yang suka memaksa macam ni. Bukannya nak ambil inisiatif nak faham dulu, tapi main serang saja. Orang spesis macam ni, memang kalau boleh nak kena penyepak dengannya. Tapi bila fikir along yang buat macam tu, angah malas nak cakap apa-apa.

Buang masa.

Nasi di pinggan cepat-cepat dihabiskan. Malas nak menghadap along lama-lama. Selesai membasuh pinggan, air masak dituang ke dalam gelas.

Along merenung angah dengan perasaan tak puas hati.

“Angah, apa angah dah buat sebenarnya dengan Farid?” Along cuba alih topik. Mungkin topik si Farid tu boleh buat angah bukak mulut. Siapa tahu kan?

Gelas pula dibasuh.

Huh.. Budak tu dah patut mintak maaf kat along sekarang ni. Bukan?”

Along terkejut. “Macam mana angah tau ni?” Pandangan mata angah, serius menakutkan.

Angah tutup lampu dapur. Tinggal along sorang-sorang dalam kegelapan dapur. Memang kejam.

“Angah!”

Angah dah memanjat tangga ke tingkat atas. Perut pun dah kenyang, So dia nak sambung tidur.

Pintu bilik dikunci.

Tanpa disangka-sangka along ketuk pintu biliknya. “Angah. Bukak pintu ni. Bukak!”

Angah buat tak tahu. Dia dah tutup lampu bilik.

“Angah! Bukak pintu ni. Selagi angah tak bukak pintu ni selagi tu along akan ketuk.”

Along pun degil jugak. Kalau angah tak cakap ayat yang buat dia tertanya-tanya kat dapur tadi memang dia tak ketuk dah pintu bilik angah pagi-pagi buta macam ni. menyusahkan diri sendiri. Baik dia pergi tidur lagi bagus.

Ketukan di pintu bilik angah masih belum berhenti dan tiada tanda-tanda akan berhenti. Sakit telinganya. Kalau mama dengan abah terjaga siapa yang susah? Nanti dia yang kena marah lebih-lebih.

Mama kalau marah memang payah nak berhenti marah. Mungkin sama macam dia. Lepas tu mesti marah dia banyak dari marah along. Mama mana pernah marah along lama-lama macam mama marahkannya.

Tak adil.

Hati yang geram dan naik geram dengan along dah tak dapat dibendung.

Pintu bilik dibuka.

Along terus serbu masuk. Angah malas nak cakap apa-apa. Kalau dia tak fikir yang along ni ada pertalian darah dengannya muka sama dengannya suara pun hampir sama dengannya, memang dah lama angah belasah orang bernama along depannya ini.

“Sekarang ni along just nak tahu apa yang angah dah buat dekat si Farid tu. Tu saja.”

Angah tenung along dengan tenungan yang boleh membawa maut. Geramnya berapi-api. Kalau boleh dia nak tengking-tengking along yang berada di hadapannya ini. Memang menyakitkan hati betul.

“Angah mengantuk.”

Angah tarik selimutnya. Dia nak tidur dah.

Along tarik selimut dari angah. “Cerita dulu la baru tidur.”

“Tengok jam.” Angah cakap sepatah-sepatah. Sejak bertukar jadi angah yang baru, semua perkataan yang dikeluarkan pendek-pendek saja.

Dia hanya bercakap apa yang perlu. Kalau dirasakan tak perlu, angah hanya bagi isyarat mata. Scary.

“Along kisah apa. Cepat cerita.” Along dah tak sabar-sabar nak tahu cerita sebenar. Dia dah tak hairan dengan perangai angah yang makin pelik sekarang ni.

“Suka hati la.”

Angah terus baring dan tidur. There’s nothing to change her back. Nothing.

Along putus asa. Dia bangun dan keluar dari bilik angah.

Dalam kepala otak along tengah fikir rancangan macam mana nak buat angah buka mulut.

Keesokan paginya, angah bangun macam biasa. Dah lama dia tak memasak. Tapi hari ni dia malas nak memasak. Biar la dulu semua kerja mama yang buat. Nanti-nanti dia tolong la.

Along masih macam biasa. Macam lintah asyik berkepit dengannya. Angah tak layan satu pun soalan along.

Mama pulak naik bising dengan perangai angah.

Tu pun angah malas nak kisah. Lantak la mama nak bising ke nak senyap ke, dia dah pekakkan telinganya awal-awal lagi. Pagi tu, dia tengok tv.. Dah habis belajar ni, angah fikir dia nak cari kerja sambilan dulu sebelum tunggu posting.

Malas nak terperuk kat rumah.

Hmm.. Malas nak balik rumah mertuanya. Malas.

Kalau boleh dia tak nak tinggal dengan suaminya. Buat apa? Buat sakit hati.

Angah tak sarapan sekali dengan semua penghuni dalam rumah tu. Makin bising la mama. Along pun dah tak larat nak jongket bahu. Abah pulak hanya diam.

Sepanjang semua manusia dalam rumah tu tengah bersarapan, angah memunggah habis semua barang yang dia bawa balik dari asrama masuk ke dalam rumah. Selesai mengangkut semua barang-barang miliknya masuk bilik, angah berbaring.

Dia kepenatan.

Tiba-tiba pintu bilik diketuk. Sekejap saja dah terbuka. Along menjenguk ke dalam bilik.

“Angah, Ilham ada datang ni.”

Angah terus bangun dari baringnya. Tudung disarung kembali atas kepala. Kunci kereta atas meja dicapai.

Angah turun tangga diikuti along dibelakang.

Irsyad tengah berbual dengan abah dan mama kat ruang tamu. Mama yang perasan angah dan along sedang turun tangga “Angah, ni suami angah datang ni..”

Dia hanya memandang sekilas. Terus kakinya melangkah keluar daripada rumah. Along memandang pelik. “Angah!”

Angah menghidupkan enjin kereta. Along yang mengikut dari belakang tadi pandang angah melalui cermin kereta. “Kalau angah buat macam ni, jangan salahkan along kalau rahsia angah semua orang tahu.”

Angah membalas pandangan along dengan renungan yang tajam.

“Ada aku kisah?”

Terus dia tinggalkan rumah mama dengan abah dan along yang dah speechless.
 

are-fiyz

Active Member
#68
Book 23

Sejak kes dia cabut lari dari rumah semasa Irsyad datang hari tu, mama marah dia tiap-tiap hari. Angah cuma senyap. Dia hanya mendengar masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

Along pulak selalu balik rumah sejak kes tu.

Masing-masing tak faham dengan perubahan angah yang sangat mendadak. Rasanya angah ada masalah besar yang tak nak diceritakan kat siapa-siapa.

Tengahari tu angah makan awal sebab dia yang memasak kat dapur. Pukul dua dia dah ada hal lain yang perlu dia buat.. Melarikan diri daripada kebisingan rumahnya. Sekali tengok, angah ni dah macam remaja yang sedang memberontak terhadap keluarga sendiri.

Sedang-sedang bersiap nak keluar rumah, mama masuk bilik. Kunci kereta atas meja mama ambik.

“Angah, hari ni jangan fikir nak ke mana-mana.”

Angah senyap buat tak tahu.

Mama makin bengang. “Kunci kereta angah mama pegang.”

“Ikut suka hati mama la.” Angah tak kisah pun kalau dia tak pakai kereta. Dia boleh naik bas. Jalan kaki.

Muka angah macam orang tiada perasaan. Sepatutnya angah marah, tapi riak wajahnya sekarang ni tak dapat nak diteka.

Along tiba-tiba masuk.

“Angah, ikut along.”

Sejak along ugut pasal rahsianya, sepatah pun dia tak bercakap dengan along. Dia tak perlukan pengkhianat. Dia tak perlukan siapa-siapa. Dia boleh hidup sendiri.

Angah buat tak tahu dengan ajakan along. Mama yang tengok anak kembarnya naik pening sendiri. Apa dah jadi dengan angah pun dia masih belum tahu puncanya.

Lagi setengah jam nak ke pukul dua.

Angah cepat-cepat keluar dari bilik. Dia perlu kejar bas. Kalau tak nanti dia lambat. Along dengan mama terkebil-kebil tengok angah yang dah keluar macam tu saja.

Along cepat-cepat mendapatkan angah yang tengah sarung kasut. Pergelangan tangan angah ditarik.

“Angah. Angah kena balik rumah Ilham. dia sakit sekarang ni. He needs you.”

Along silap.

Along silap besar sebab cakap macam tu. Makin sakit hati angah dengar. Tangannya direntap kembali.

“Angah!”

Angah berpaling sekilas menghadap along. “No. He needs you.”

Terus angah keluar dari rumahnya. Tanpa disedari matanya mula berkaca.. pandangannya kabur dengan air mata. Apa yang dikatakan pada along tadi memang betul.

Irsyad mana perlukan dia. Irsyad cuma perlukan along.

Pelik kan?



Along senyum sendiri di muka pintu. “Gotcha.”

Dia sengaja tipu angah cakap yang Irsyad sakit la konon. Sebenarnya dia nak test angah. Dah berbulan-bulan macam-macam teori dia fikir pasal keadaan angah yang pelik ni.

Hari ni sengaja dia cuba teka. Dan akhirnya apa yang dia teka betul. Angah cemburu. Cemburu dengan dirinya.

Apa-apa pun dia akan cuba kurangkan cemburu angah yang pelik tu.

Along nak minta kerjasama mama. Mama mesti setuju punya la. Ingat nak mesej angah, tapi dia terlupa yang dia tiada nombor baru angah.

Terpaksa la tunggu angah balik rumah dulu. Angah pergi ke mana pun tiada siapa yang tahu.

Sekarang ni dia perlu telefon Irsyad.

Lewat petang dah nak maghrib baru angah sampai rumah. Mama bising-bising lagi macam biasa.

Dia malas nak ambil kisah.

“Angah!” mama marah.

Angah berhenti dari melangkah ke arah tangga.

“Besok balik rumah mertua angah. Mesti balik. Jangan bagi alasan.”

Angah buat tak tahu dengan arahan mama. Dia terus memanjat anak tangga.

“Angah! Jangan jadi anak derhaka dengan mama. Mama tak redho apa yang angah buat kalau angah tak dengar cakap mama.” Mama sakit hati tengok perangai angah.

Lama-lama macam ni boleh kena serangan sakit hati yang kronik. Angah yang mendengar ayat mamanya berhenti memanjat tangga.

Dia sakit hati jugak. Tapi semua orang bukan nak faham, lagi bising-bising dengan keadaan dia sekarang ada la. Masing-masing tak pernah kisah apa yang dia rasa. Pentingkan perasaan diri sendiri saja. Bila dia mula memberontak, dia juga yang disalahkan.

Mana adil!

Angah makin kecewa dengan mama. Mama tak pernah nak faham hati satu-satunya anak perempuannya. “Angah dengar cakap mama.”

Sebaris ayat itu disebut dingin. Dia terus memanjat anak tangga.

Dalam bilik angah merenung kosong sekeliling biliknya. Sekiranya dia minta cerai dengan Irsyad apa yang akan jadi?

Tapi atas sebab apa?

Kalau saja-saja mesti semua orang akan salahkannya. Walaupun hatinya dah tawar dengan Irsyad tapi dia takut nak melawan cakap mama.

Dia tak kisah nak kecewakan hati semua orang disekelilingnya. Sebab dia dah penat nak merasakan kecewa.

Kalau orang lain dah lama fikir untuk tidak mahu mengecewakan orang disekelilingnya. Tapi dia fikir, dia takut.. Takut nak buat ikut rasa hatinya.

Ikut rasa hatinya dia nak pergi jauh dari semua orang yang dia kenal. Kalau dapat tukar tempat mintak posting, dia nak tukar masuk pedalaman yang paling pedalaman sabah atau sarawak. Tak payah dia balik dah semenanjung ni. Berkhidmat kat sana sampai mati.

Baru dia takkan fikir rasa sakitnya hati.

Tapi sebab dia takut dengan mama, dia tak berani. Dia cuma mengikut kata-kata mama bagaikan lembu yang dicucuk hidungnya. Kahwin awal?

Langsung dia tak teringin nak kahwin awal. Sekarang makin tunggang langgang perasaan dibuatnya. Ni semua gara-gara Irsyad. Dia benci lelaki itu.

Benci.

Keeseokan harinya angah bangun tidur dengan hati yang bengkak dan juga mata yang bengkak macam panda. Teringat ugutan mama suruh balik rumah mertuanya hari ini.

Tapi dia malas.

Malas!!

Mama masuk bilik sambil bercekak pinggang. “Angah. Balik rumah mertua angah tu minggu ni.”

Angah yang baru bangun dari tidur lepas sambung balik tidur time subuh tadi rasa nak mengamuk dengan mamanya.

Sampai seminggu??

Gila!
 

are-fiyz

Active Member
#69
Dulu waktu sebelum dia bermukim di rumah Irsyad tiga minggu, rasa macam okey lagi balik rumah mertuanya. Tapi lepas kes dia tawar hati, sakit hati dengan suaminya itu, hilang mood dan semangatnya nak balik ke rumah besar tu.

Dia benci la.. Benci!! Kenapa semua orang perlu paksa dia hah??

Nak tak nak angah bangun dari katilnya. Jam di dinding dikerling sekilas. Dah pukul sebelas pagi. Lewat sungguh dia bangun tidur. Ni semua sebab tak boleh tidur semalam.

Tuala di penyidai ditarik kasar. Boleh terbalik penyidai tu dibuatnya. Pintu bilik air ditutup kasar. Tanda dia memberontak dengan arahan mama. Mama memang suka betul mengarah dalam hidupnya.

Sampai sekarang ni semua benda dia buat adalah arahan mama. Tiada apa yang dia buat atas dasar kerelaan hatinya sendiri. Dari kecil sampai la dah jadi isteri orang.

Semuanya mama yang arah!!

Selesai mandi angah bersiap. Lama sungguh dia mandi. Satu jam. Satu jam dia duduk bawah shower bilik airnya..

Menangis sepenuh hati, sebab lepas ni dia dah bertekad tidak mahu menangis lagi. Tadi tu dalam bilik air last dia menangis. Janji.

Beg baju sederhana tak terlalu kecil dan tak terlalu besar dikeluarkan dari dalam almari. Baju-baju yang dirasakan penting untuk dipakai di rumah Mak Jah nanti selama seminggu disumbat masuk macam tu saja.

Tak berlipat langsung.

Selesai bersiap, angah turun dengan beg bajunya. Mama sedang mengemas dapur. Malas nak menegur emaknya yang sibuk menyapu lantai dapur tu, angah terus ke pintu rumah.

Sandal di sarung ke kaki.

Dia dah berjalan keluar dari pagar rumah. Kereta?

Malas nak drive. Lagipun, kunci kereta kan kat mama. Kalau nak pakai kereta dia kena pergi mintak kat mama. Kalau nak mintak kat mama, dia kena bercakap dengan mama. Dan itu yang dia malas sekali nak buat bila hati dan perasaannya dah macam hilang daripada dirinya.

Angah terus berjalan dan berjalan sampai la ke bus stop yang terdekat dengan rumahnya. Semalam dia dah pergi kerja sambilannya dengan bas. Tiada kereta pun dia boleh hidup lagi.

Nak ke rumah mertuanya, angah ingat lagi jalan-jalan yang perlu dia ambil. Cuma perlu naik turun bas dua tiga kali baru la boleh sampai rumah mertuanya betul betul.

Akhirnya angah berjaya sampai ke tempat yang dituju. Kereta Irsyad tiada di situ. Hatinya lega sendiri. Tapi sampai bila boleh lega, nanti-nanti mamat tu balik jugak rumah ni.

Angah bagi salam.

Salamnya berjawab oleh seorang lelaki muda. Adik Irsyad. Dia dijemput masuk. Baru nak duduk, tiba-tiba Mak Jah datang menyerbu dirinya.

Terkejut pun ada tapi dia senyum saja.

Pura-pura.

Kalau dah sakit hati tu, semua benda yang berkaitan dengan penyebab kepada sakit hati tu akan terkena tempiasnya. Termasuk la keluarga ni.

“Angah lama tak datang sini. Rindu mak dengan angah.” Mak Jah memeluk satu-satunya menantu perempuannya. Memang rindu teramat dengan angah. Angah membalas pelukan Mak Jah cukup syarat saja.

Dia tiada hati nak beramah mesra dengan siapa-siapa buat masa sekarang ni. Kalau ikutkan hati nak saja dia lari balik. Tapi teringat ugutan mama dia jadi takut sendiri.

‘Berlakon saja la angah. Kau kan pandai berlakon.’

Eh? Angah datang dengan apa ni? Ada orang hantar ke?” Mak Jah pelik. Dia melihat keluar. Tiada kereta angah terparking kat luar pun.

Angah senyum plastik. “Datang dengan bas.”

Mak Jah buat muka terkejut. “Laa? Datang dengan bas? Kenapa tak naik kereta? Kereta rosak ke? Kenapa tak cakap awal-awal? Kalau tak mak dah suruh Irsyad ambil angah dulu bawak datang sini.”

Angah buat muka penat. Memang dia penat pun naik turun bas. Penat nak bercakap dengan mak mertuanya yang banyak mulut ni. Dulu boleh lagi dia senyum ikhlas melayan keramahan orang tua ni, tapi sekarang.. Makin sakit hati, nak lagi disebutnya nama mamat tu.

Mak Jah tak habis-habis lagi dengan keramahannya. “Kesian kat angah. Jom-jom, kita naik atas. Angah rehat la dulu ye.”

Angah terus angkat beg bajunya naik atas. Dia tiada pilihan lain selain kena masuk satu-satunya bilik yang paling dia tak nak masuk.

Dalam bilik Irsyad, angah terus berbaring. Dia memang penat sungguh. Dah dekat petang baru dia sampai rumah ni. Zohor tadi dia buat dalam perjalanan ke sini.

Sekarang ni hidupnya bakal berubah. Dia takut kalau-kalau dia makin kecewa tinggal di sini. Satu-satu harapan angah sekarang ni ialah.. Irsyad tak balik rumah langsung sepanjang minggu ni.

Jadi tak payah la dia nak berkongsi bilik dengan Irsyad. Tak payah dia susah-susah nak berlakon macam bahagia hidupnya.

Malam tu lepas selesai solat Isyak, Mak Jah panggil turun makan. Dia cepat-cepat tampal senyum plastik kat muka dan terus turun ke bawah. Memandangkan rumah ni ada adik iparnya, angah pakai baju yang sopan dan tudung atas kepala.

Masuk-masuk dapur, kakinya automatik berhenti. Irsyad sedang duduk di meja makan tu. Semua dah ada kecuali dia. Bagus sangat la. Apa punya spesis isteri la dia ni. Tapi bagus la, angah rasa kalau dia buat perangai teruk kat sini, makin cerah la peluangnya akan diceraikan.

Tapi bila terfikir cerai dia terfikir mama.

Scary.. Tak jadi nak fikir cerai.

Mak Jah panggil angah yang terpacak depan pintu dapur. “Angah, buat apa kat situ cepat la duduk.”

Angah berjalan ke meja makan untuk enam orang makan tu. Terus dia duduk sebelah bapak. Jauh dari Irsyad. Sengaja.

Mak Jah senyum saja tengok kelakuan angah. Irsyad senyap saja dari tadi.

“Kak, kak ambil tempat mak la.” Adik iparnya Muaz berbisik perlahan ke angah.

Angah senyum. “Angah tak suka duduk dekat dengan orang tu.” Dia tunjuk Irsyad.

Terkebil-kebil semua mata kat situ memandangnya. Straight to the point betul. Berani sungguh angah ni.

Angah sambung lagi. “Lagipun, lama angah tak jumpa bapak. Rindu nak makan sebelah-sebelah dengan bapak la hari ni. Boleh kan?”

Pak Mad dah pecah ketawa dengan kelakuan angah. Kelakar jugak ye menantunya ni.

Laa.. Kalau tiap hari pun bapak lagi suka. Tapi tu kena tanya maknya dulu la bagi ke tidak.”

Kalau orang tengok ni mesti ingat kes bapak mertua dengan menantu ada affair. Memang kurang senonoh betul.

Mak Jah hanya menggeleng kepala. Macam-macam kerenah betul orang tua ni.

Angah sendukkan nasi ke dalam pinggan bapaknya.

Hati mak dengan bapak mertuanya perlu dipancing dulu. Angah layan mak dengan bapak mertuanya makan. Irsyad? Dia buat macam mamat tu halimunan kat situ.

Angah senyum dekat bapaknya.

“Buat masa sekarang ni angah tak selesa la dengan orang tu. Harapnya mak dengan bapak tak kisah la kan kalau angah tak layan dia tu. Hehehe..”

Terlalu berterus terang.

Habis laa..
 

are-fiyz

Active Member
#70
Book 24

Sejak kes makan malam tu, angah senang hati. Dia dapat tidur asing-asing dengan Irsyad! Ni kes yang luar biasa. Selalunya kalau ada orang buat macam angah yang terlalu berterus terang memang bakal kena marah mengamuk la. Tapi lain benar kesnya. Mak Jah dengan Pak Mad lagi setuju dengan permintaan angah.

Pertama kali jumpa ada orang yang berani berterus terang macam angah ni. Bagus la.. menantu mereka ni jujur orangnya.

Tapi jujur macam tak kena tempat saja pun..

Angah peduli apa.. Kat rumahnya sendiri, perasaannya langsung tak diambil kisah. Datang rumah orang lain, senang saja orang lain yang tiada pertalian darah dengannya boleh faham. Angah makin sayang mertuanya. Bukan senang nak dapat mertua spesis baik macam ni.

Sepanjang Irsyad kat rumah tu, langsung dia tak layan Irsyad sepertimana seorang isteri patut layan seorang suami. Kalau terserempak dia buat-buat tak nampak, kalau makan, macam biasa la.. Tempat Mak Jah yang dia ambil. Tapi dia ada cara lain yang buat mertuanya senang.. Tambah-tambah hati emak si Irsyad. Hari-hari kerja Mak Jah kat dapur, angah yang buat. Dia suka memasak. Jadi tiada hal la nak memasak masakan kegemaran mertuanya.

Maka semakin sayang la mertuanya dengan angah. Hubungan angah dengan keluarga Irsyad dah jadi anak perempuan kesayangan, bukan menantu kesayangan lagi dah. kalau macam ni dia dah tak nak balik rumah mama dengan abah dah.

Di suatu pagi hujung-hujung minggu.. Semua orang bercuti. Kalau ikutkan tempoh seminggu angah kat rumah ni dah tamat. Jadi dia sepatutnya dah boleh balik rumah mama.

Tapi dia tak nak balik rumah mama!

Mak Jah dengan Pak Mad pun tak bagi dia balik jugak. Yeyei..

Mama kat rumah tak tahu menahu macam mana angah kat rumah mertuanya. Lagi tak kisah kalau angah tak balik sebab boleh selalu dengan suami sendiri. Kalau mama tahu la.. Angah tak dapat nak bayang apa yang akan terjadi padanya. Harap-harap si Irsyad ni tak pergi balik mengadu kat mama dia telah menjadi isteri yang tidak solehah.

Ada angah kisah kalau dia bukan isteri yang solehah? Tak langsung.

Ish.Ish.Ish.. Teruk punya isteri.

Pagi tu, angah macam biasa.. Masak sarapan buat seisi rumah keluarga suaminya. Sejak bilik Irsyad kena take over olehnya, Irsyad tinggal kat bilik tetamu sebelah dapur. Habis baju-baju keperluan Irsyad kat rumah tu dia keluarkan dari bilik Irsyad yang asal.

Memang sangat kurang sopan langsung angah ni.

Tapi dia suka. Irsyad langsung tak cakap apa-apa. Marah apatah lagi.. Memang tak la. manusia perfect-pelik macam Irsyad tu mana pernah marah. So makin melampau-lampau jadinya angah balas dendam balik kat Irsyad.

Sejak habis cuti semester yang dulu tu, angah memang terputus hubungan langsung dengan Irsyad. Jadi memang tak ada la nak mesej-mesej ke, mesra-mesra macam orang lain ke.. Memang tak. Antara dia dan Irsyad adalah orang baru dan tak pernah langsung kenal.

Logik la kalau angah layan orang yang dia tak kenal macam tu. Sebagai seorang manusia yang berhati-hati, dia tak boleh senang-senang layan stranger macam layan orang yang dia kenal. No way.

Selepas semua dia siap hidang atas meja, Mak Jah masuk dapur..

Waahh.. Rajinnya anak mak ni masak nasi goreng. Siap dengan ikan bilis lagi tu.” Mak Jah puji-puji menantunya.

Angah senyum. Mak Jah dah panggil dia macam anak sendiri. Hihihi.. Anak mak, bukan menantu mak. Seronok-seronok.

Mak Jah panggil Irsyad keluar makan kat bilik sebelah dapur. Pak Mad pula baru turun dari tingkat atas.

Selesai makan Pak Mad ajak semua orang berkumpul kat ruang tamu. Semua orang la sangat. Muaz mana ada kat rumah. Jadinya empat orang mereka saja la.

Angah ambil tempat sebelah Mak Jah.

“Bapak ingat nak pergi camping.”

Huh? Camping? Tua-tua pun rajin berkhemah lagi ke? Terbaik la Pak Mad.

Angah dengan Mak Jah terangguk-angguk. Irsyad? Diam saja. Sejak angah ada kat rumah, watak si Irsyad ni tak menonjol sangat. Senyap sepi saja. Macam tak pernah bercakap.

Kat mana?” Akhirnya.. Baru bunyi suara Irsyad. Tu pun dua patah perkataan saja.

Bapak senyum-senyum. “Kat mana lagi.. Kat hutan la. Mana ada orang berkhemah tepi jalan.”

Bapak memang la tak menjawab soalan sungguh. Angah dengan Mak Jah dah ketawa sendiri. Irsyad pula picit-picit kepala. Pening jadinya.

Angah berhenti ketawa. “Bila bapak nak pergi ni?”

“Lepas zohor jap lagi.”

Haaahhh??” Angah, Mak Jah dan Irsyad terkejut serentak. Cepat gila nak pergi.

Bapak dah senyum-senyum. Lama benar dia tak bercuti dengan keluarganya. Dah anak besar-besar, dia pun dah makin tua, mana sempat. Kalau nak tunggu sempat ke tak, sampai ke sudah memang takkan boleh pergi.

Jadi Pak Mad buat keputusan macam ni. Keputusan terkejut mengejutkan orang.

“Awak pergi siapkan perkakas nak memasak. Nanti bahan-bahan basah, kita pergi beli time on the way ke sana.”

“Kita ada khemah ke bapak?” Irsyad makin pening jadinya.

Bapak dah tersengih-sengih. Irsyad macam dah boleh agak jawapan bapaknya. Mesti tiada punya la kalau dah sengih versi pelik tu. “Ada. Jangan risau. Ada eh.”

Irsyad mengerutkan dahinya. Pelik. Tapi tak kisah la.

Mak Jah dengan angah dah ke dapur. Berkemas apa yang patut nak dibawa berkhemah. Angah senyum sendiri. Kelakar sungguh. Pertama kali jumpa orang buat keputusan serta merta macam ni.

“Angah jangan terkejut. Bapak ni memang spesis macam tu. Suka bagi orang terkejut. Mak yang hidup berpuluh tahun pun tak pernah lagi la tak terkejut dengan idea tiba-tiba bapak angah tu.”

Angah mengangguk. “Tak pe. Angah suka terkejut-kejut ni.” Dia teringat cuti tiga minggu kat rumah Irsyad tu. Tiap hari mesti ada la yang dia terkejut. Tak sangka, si Irsyad ni ikut bapak rupanya.

Selesai mengemas peralatan dan perkakas yang nak dibawa, angah panjat tangga naik bilik. Nak berkhemah mesti la kena bawak baju. Tengah-tengah mengemas, pintu bilik diketuk dari luar.

Angah buka pintu. Sedikit.

Kepalanya sahaja yang terkeluar di balik pintu yang terbuka sempit.

Waaaarrrrgggghhhh!!”

Oppss.. Dia terjerit lagi. Dah lama tak menjerit versi along ni. Mana la dia tak jerit macam tu, Irsyad depan pintu. Terkepit kepalanya akibat terkejut.

Nak apa hah?” Mukanya kembali serius. Kepalanya dimasukkan balik dalam bilik.

“Seluar track dalam almari. Ambilkan jap.”

Angah buat muka. Eh, eh.. Tolong tak de? Sepatutnya cakap tolong ambilkan. Bukan ambilkan jap. Tu namanya dah mengarah. Huh.

Tak nak.”

Angah nak tutup pintu. Malas dia nak menolong manusia yang tak tahu mintak tolong ni.

Tak sempat nak tutup pintu, Irsyad nak masuk.

Ehh!!! Siapa suruh masuk ni hah?? Keluar-keluar.” Angah kuatkan tolakan di pintu. Tangan Irsyad saja yang berjaya masuk.

Tu pun angah kepit-kepit dengan pintu. Kisah apa kalau putus pun.

Tapi yang angah pelik, rasanya dah kuat di tolak pintu tu dan nampak tangan Irsyad yang terkepit. Tapi tiada bunyi macam orang sakit terkepit pun. Senyap saja.

Hantu ke?

Pintu dibuka kembali. Dia tengok muka Irsyad yang dah merah. ‘Mak eh.. Mesti mamat ni marah aku punya la buat tangan dia macam tu.’

“Tolong ambilkan jap.”

Hmm.. Baru ada perkataan tolong. Kan senang awal-awal lagi dah cakap macam tu. Tak payah la susah payah nak korbankan tangan tu. Apa punya orang la dia ni. Angah tolak Irsyad ke belakang.

Eh?

“Tunggu kat luar.” Pintu ditutup kuat. Kunci.

Angah menggeledah almari baju Irsyad. Seluar yang dimaksudkan dicari-cari. Banyak jugak yang dia jumpa. Tapi mamat ni tak cakap nak berapa la pulak. Apa lagi, angah angkut semuanya terus. Ada la dalam lapan pasang.

Pintu dibuka kembali. Irsyad masih berdiri depan pintu. Bagus. Jenis yang setia menunggu jugak ye mamat ni.

Angah buat tak nampak. Irsyad yang sedang berdiri depan mata. Baru nak dihulurkan semua seluar-seluar kat tangan, tiba-tiba sengaja dia jatuhkan.

Angah tengok seluar yang jatuh tu dengan senyum sinis. “Eh.. Jatuh la.. Biar jer la. Orang yang nak sangat seluar-seluar ni pun dah hilang.”

Terkebil-kebil Irsyad memandang pintu yang ditutup agak kuat.

Serius scary..
 

are-fiyz

Active Member
#71
Sampai-sampai saja kat tapak perkhemahan yang dimaksudkan bapak, semuanya buat muka takut.

Mak Jah cubit-cubit Pak Mad. “Awak dengan idea pelik awak ni memang buat saya sakit jiwa tau tak. Tempat macam ni awak nak berkhemah. Tak bahaya ke hah?”

Pak Mad sengih-sengih. Memang agak bahaya sikit. Tapi ada saja orang lain yang berkhemah kat situ selain mereka. Jadi kurang sikit la tahap kebahayaan tu.

Bapak keluarkan khemah-khemah untuk penginapan mereka selama dua hari satu malam kat sini.

Huh? Ada dua khemah saja ke? Angah dengan Irsyad memandang khemah kat atas tanah tu sambil mengira bilangan khemah.

1, 2, lepas tu 1,2 lepas tu 1,2 dan sampai la seterusnya 1,2 tu jugak la yang diulang.

Tiba-tiba angah rasa ada sesuatu yang tak kena.. Dia tengok Irsyad kat sebelah. Ni mesti ada yang buat rancangan jahat.

Mesti mak dengan bapak tidur satu khemah. Jadi khemah satu lagi, angah nak tidur seorang diri. Tak kira.

Dia terus cepat-cepat ambil satu khemah.

Lepas tu melarikan diri jauh-jauh dari Irsyad. Tak pernah lagi la jumpa spesis manusia yang macam angah ni. Tunjuk terang-terangan sangat ketidaksukaannya pada suami sendiri.

Pak Mad dengan Mak Jah dah tengok angah yang sedang berlari-lari dengan memeluk khemah macam kanak-kanak. Lepas tu mereka tengok Irsyad pulak.

Muka Irsyad dah berkerut-kerut. Dia pandang mak bapaknya mintak simpati.

Mak Jah dengan Pak Mad jongket-jongket bahu dan buat-buat tak nampak. Haha. Kasihan anak sendiri. Lagi sayang menantu dari anak sendiri.

Nak tak nak Irsyad kena fikir sendiri mana dia nak tidur malam ni. Lagipun cuma semalam saja kan. Tak tidur pun tak apa.

Mereka selesai mendirikan khemah tak sampai lima belas minit thanks to angah. Pakar pasang khemah. Kat kampus, kerjanya selalu sangat pasang-pasang khemah sampai dah pro.

Lagi la Mak Jah dengan Pak Mad sayang lebih dari sayang anak sendiri.

Angah dengan Mak Jah tengah menyiapkan makan malam mereka. Irsyad dengan Pak Mad sibuk memasang lampu di sekeliling khemah mereka. Sungguh tak mengikut etika perkhemahan yang sebenar. Masak pakai gas dalam botol dengan dapur kecik, lepas tu pakai lampu. Sepatutnya pakai semua dari alam semula jadi. Pakai kayu api..

Biasa la tu.. Nak senang dan cepat. Mana ada manusia yang suka menyusahkan diri sendiri.

Selalunya time lepas makan malam setiap perkhemahan mesti ada pengisian. Jadi dengan segala hormatnya bapak menjemput Irsyad memberi tazkirah pendek sebelum masing-masing masuk khemah.

Ada la dalam lima belas minit tazkirah pendek Irsyad. Angah dengar sambil main game dalam telefon. Yang semangat sangat dengar Mak Jah saja la. Pak Mad dah tersengguk-sengguk.

Mengantuk.

Tamat tazkirah, masing-masing masuk khemah.

Irsyad saja yang duduk di luar. Takkan nak masuk khemah mak dengan bapak pulak kut. Confirm kena tendang keluar balik. Khemah angah? Yang tu boleh masuk kubur terus.

Dalam khemah, angah ketawa sendiri. Padan muka dengan mamat tu. Baru dia puas hati. Banyak lagi dendamnya pada Irsyad yang belum terbalas.

Dia terus tidur. Memang dah tak ambil kisah suaminya di luar. Sungguh tidak solehah betul angah ni.

Tak sampai beberapa jam angah tidur, dia rasa dahaga. Tudung atas kepala disarung. Keluar dari khemah dia cari air masak dalam Tupperware besar yang bawak siap-siap dari rumah.

Batang hidung Irsyad tak nampak pun.

Ada dia kisah?

Tak. Angah terus masuk khemah.

Tak guna.” Irsyad dah selamat tidur dalam khemahnya. “Woi. Bangun la.” Angah cuba kejutkan manusia yang tidak tahu etika perkhemahan. Mana boleh lelaki masuk khemah perempuan la!!

Tapi kan dia tu suami kau. Tak boleh ke?

Tak boleh!!

Okey.. Baik. Kau tak nak bangun ye. No hal..” Angah keluar balik. Baik dia duduk kat luar.

Lagipun memang kerjanya akan jadi sentry pun kalau setiap kali pergi berkhemah. No hal. Lagipun dah pukul 3 pagi. Tak lama dah nak siang.

Angah berkeliaran ke sekitar khemah sambil pegang torchlight. Memastikan keselematan tapak perkhemahan adalah tugas yang sangat penting.

Tiba-tiba torchlight yang dipegangnya jatuh.

Huk. Hiyak. Buk.”

Teruk benar bunyi orang kena belasah. Mungkin dah selamat jadi arwah kalau kena dengan angah.

“Sakit la.. Hukhukhuk..”

Oo.. Kau ke? Silap besar aku tak belasah lagi teruk.”
 

are-fiyz

Active Member
#72
Book 25

Irsyad cedera agak parah selepas balik dari berkhemah tempoh hari. Mana tidaknya, angah belasah macam belasah penjenayah.

Tu pun, dia cakap silap besar tak pukul lagi teruk. Nyawa Irsyad boleh melayang kalau macam tu. Angah tak macam dulu. Selepas berbulan-bulan lost contact angah terus transform jadi orang lain.

Walaupun dia tak berapa nak kenal angah, tapi dulu angah lain. Sekarang ni angah lagi lain. Bahasanya dah kasar. Bukan macam dulu.

Dulu angah panggil dia abang. Sekarang ni angah panggil dia.. Kau?

Nampak sangat angah dah buat jurang yang terlalu jauh untuk dia rapatkan kembali. Dan dia tahu, ni semua salahnya sendiri. Tapi nak buat macam mana dah.. Orang cakap nasi dah jadi bubur. Jadi dia mesti modified balik bubur tu supaya makin sedap.

Sejak angah ada kat rumah mak dengan bapak, Irsyad cuba balik sekerap mungkin. Mak Jah pernah cakap..

“Irsyad.. Bersabar la dengan angah tu. Mak tahu, mesti dia lagi sakit dari sakit yang Irsyad tengah rasa sekarang ni. Kalau tak, tak denye dia nak buat semua ni.”

Dan Irsyad pegang kata-kata Mak Jah. Tapi memang dia tak kisah pun angah nak buat macam mana. Dia terima.

Sebab semua ni adalah salahnya.

Walaupun Mak Jah dengan Pak Mad tahu dia kena belasah teruk dengan angah, mereka masih side dengan angah. Bertuah punya mak bapak.

Tiada siapa yang ambil kisah pasal Irsyad. Pandai-pandai la dia nak hidup.

Irsyad mengalami kecederaan kaki tangan bengkak dengan calar balar sikit kat kaki sebab angah twist kakinya sampai terseret kat tanah.

Serius sakit.

Doktor cakap dia kena tahan kat hospital takut ada internal bleeding sebab tengok muka dah lebam-lebam dengan mulut pun berdarah. Irsyad cuma kena tahan satu hari saja. selamat. Dia tak suka duduk hospital lama-lama.

Irsyad takkan sesekali berputus asa untuk mendapatkan angah yang dulu kembali. Dia akan cuba mengalah sampai la angah mengaku kalah. Itu motifnya sekarang.

Hari ni dia tengah berfikir-fikir macam mana nak bercakap dengan angah. Langkah pertama perlu dimulakan, kalau tak sampai bila-bila tiada perkembangan. Nak mintak tolong mak bapak, memang jangan harap la nak ditolong. Mereka sayang angah lagi dari dirinya.

Haa.. Irsyad, apa yang Irsyad buat ni?” Mak Jah tengok anak lelakinya ni makin pelik pun ada sekarang ni. Irsyad tengah bersila depan pintu bilik lamanya. Bilik angah sekarang ni.

Hehehe.. Irsyad ingat nak masuk dalam” Irsyad garu-garu kepala. Tapi memang harapan la masuk dalam. Bersila la sampai bila-bila.. Takdenye angah tu akan cair dengan taktiknya.

Mak Jah sengih. “Harapan la kalau Irsyad boleh masuk dalam tu.” Mak Jah pun merasakan yang Irsyad memang dah tiada harapan nak boleh masuk kat dalam.

Tapi dia harus cuba. Tak boleh mengalah. Kalau dah perempuan tu perempuan jugak. Mesti akan tersentuh punya la hati yang dah keras tu.

Tiba-tiba pintu terbuka dari dalam. Tu pun selepas tak henti-henti dia berdoa kat luar bilik. Kalau sekali pandang gayanya dah macam tok bomoh tengah sibuk dengan jampi. Cuma tiada asap kemenyan saja.

Angah terkebil-kebil tengok Irsyad yang hampir 50% berbalut tu tengah bersila depan biliknya.

What are you doing here?”

Yes.. Walaupun caranya pelik sedikit. Pelik banyak la jugak.. Tapi angah dah bercakap dengannya. Itu satu petanda yang baik bukan?

Irsyad buat muka simpati. Dia tengok ke dalam bilik yang dah lama dia tak masuk. Rindunya kat bilik sendiri.

Are you out of your mind?”

Irsyad jongket-jongket bahu. Lantak la. Tapi apa kena si angah ni speaking-speaking pulak dengan dia? Baru lepas tengok cerita orang putih ke?

“Kenapa cakap orang putih ni?”

Excuse me.. Tengok kulit la. I am orang putih okey.” Angah terus tutup pintu.

Irsyad rasa nak pecah ketawa dengan ayat angah tadi. Memang betul pun angah tu orang putih sebab kulitnya putih.

Okey.. I agree with you..” Irsyad dapat perkembangan baru antara dia dan angah hari ni.

Seronok sangat..



Along telefon rumah mertua angah.

Gara-gara tak tahu nombor telefon angah, along berani-berani telefon mertua adiknya itu. Dia perlu bercakap dengan angah. Ni pasal kes Farid yang dah makin pelik. Serius dia tak faham dengan apa yang dah jadi. Farid bersikap malu-malu kucing pulak dengannya. Memang sakit kepala eh nak main teka-teka penyakit apa yang dah menyerang si Farid budak tomboi tu.

“Hello.. Assalamualaikum.. Boleh bercakap dengan angah tak?”

“Waalaikumsalam. Angah? Siapa ni?”

Laa.. Ilham ke? Along ni. Takkan dah tak ingat suara along pulak kut?”

Ooo.. Along, ingatkan siapa la nak cari angah kat sini. Ingat-ingat. Cuma tak ingat saja tadi”

Along pelik dengar ayat Irsyad yang macam pelik. Ingat, tapi tak ingat. Hish.. Semua orang nak buat dia makin pening kepala ke hah?

“Angah ada tak?”

“Ada-ada.. Tapi nak cakap dengan dia sekarang ni ke?”

“Kenapa? Tak boleh ke?”

Irsyad macam teragak-agak nak bercakap.

Tak la. Boleh. Kejap ek.”

Irsyad lemah semangat nak pergi panggil angah kat atas tu. Tiba-tiba Mak Jah melintas di hadapannya. “Haa.. Kenapa tenung tingkat atas macam tengok rumah hantu ni?”

Dia buat muka kesian kat Mak Jah. “Maaakkk.. Tolong. Along ni. Dia nak cakap dengan angah.” Irsyad buat isyarat tunjuk-tunjuk kat tingkat atas. Mintak tolong emaknya panggilkan angah.

Mak Jah jongket bahu. “Pandai-pandai la Irsyad fikir sendiri. Bukan kerja mak.”

Mak Jah terus blah selepas cakap ayat yang tidak mengandungi nilai-nilai murni saling menolong antara satu sama lain.

“Along?” Kut-kut dah letak ke..

Still here..”

Hehehe.. Kejap eh.”

Irsyad letak ganggang telefon atas meja telefon tu dan terus panjat tangga. Pintu bilik diketuk. Sekejap kuat sekejap perlahan.

Tapi angah tak bukak-bukak pun pintunya.

Kesian kat along tunggu lama.

“Angah!! Along kat bawah. Turun sekarang!” Arahan terdesak. Betul la sangat along kat bawah. Along in the phone. Phone kat bawah. Betul la tu..

Pintu bilik terbuka..

Laa.. Senang je pun nak buka pintu. Kalau awal-awal lagi aku dah tahu, aku cakap terus tak payah ketuk-ketuk dah.’

Angah tengok dirinya macam nak telan hidup-hidup. “Cakap kat manusia tu. Angah tak de.”

Eh?? Kenapa pulak? Angah kan ada sekarang ni. Tak baik tipu-tipu.. Dosa.” Sempat lagi tazkirah pendek.

Terus pintu ditutup balik. Degil sungguh la manusia bernama angah ni. Irsyad termenung sendiri sebab teringat orang-orang tua ada pernah cakap yang anak kedua ni memang spesis degil semulajadi.

Jadi..Memang benar lah kata orang-orang tua tersebut.
 

are-fiyz

Active Member
#73
Terus Irsyad berlari turun mendapatkan telefon. “Along?”

Hmm.. Kat sini lagi. Angah?” Along dapat agak dah yang angah memang takkan jawab panggilannya.

Sorry long. Angah, dia suruh cakap kat along yang dia tak de.” Betul sangat la si Irsyad ni.

Along ketawa.

“Along ada kat depan pintu pagar rumah Ilham ni. Kalau sudi, tolong la bukakan pintu pagar.”

Laa.. Kenapa tak cakap awal-awal. Kejap eh.”

Irsyad letak telefon. Terus dia keluar rumah dan jemput along masuk.

Along tak duduk. Dia intai-intai dalam rumah. Ni la kali pertama dia masuk rumah mertua adiknya.

“Angah mana?”

Irsyad tunjuk-tunjuk tingkat atas.

“Along naik boleh? Ada hal kecemasan nak cakap dengan dia ni.”

“Kecemasan? Ada apa-apa dah jadi ke kat rumah along?”

Along semangat goyang-goyangkan tangan ke kanan ke kiri. “Eh.. Tak la. Kecemasan hal along. Hehe.”

Irsyad angguk-angguk. Dia tunjukkan along bilik angah.

“Ilham tak masuk sekali ke?” Along pelik tengok Irsyad dah nak menapak turun ke bawah.

Tak la. Ilham duduk bilik bawah.” Irsyad senyum dan terus turun bawah.

Along terkebil-kebil depan pintu bilik. Tak sangka angah boleh buat apa yang dia suka dalam rumah ni. Kalau mama tahu la, memang sure mati kering angah dengan mama.

“Angah..”

Along ketuk-ketuk pintu bilik angah. Sekejap saja angah dah buka pintu. “Nak apa?”

Nak tuntut hutang. Kalau angah mati, nanti roh tak tenang sebab tak langsaikan hutang.”

Huh? Bila masa dia ada berhutang dengan along? Seingat otaknya tak pernah lagi dia ada buat sebarang bentuk pinjaman dengan mana-mana manusia. Dengan bank pun tak pernah.

“Along yang nyanyuk ke angah yang nyanyuk ni?”

Along pula tak faham. Apa kaitan penyakit nyanyuk dengan kes hutang?

“Mana ada angah hutang apa-apa dengan along. Pergi balik la. Shuuhh..Shuuhh.” Dia halau along keluar. Macam halau kucing pulak. Teruk benar angah ni.

Huih.. Teruk betul angah ni. Banyak la boleh halau along suka hati angah. Argh.. Tader tader. Selagi angah tak bayar hutang along, along takkan balik.” Terus dia masuk dalam bilik angah.

Sedap berbaring atas katil.

Tak senonoh punya along. Berambus dari sini segera!” Angah skema semacam..

Along buat bodoh.

Hish. Hutang apa? Cepat cakap.” Angah pergi ambil pursenya atas meja. Mengira duit yang tak berapa nak ada untuk dikira.

Along tepuk dahi. Angah ni dah macam Irsyad pulak. Lurus semacam. Memang padan sangat la laki bini ni.

“Angah.. Bukan hutang duit la. Hutang penjelasan. Ada faham?”

Angah geleng. Tak faham eh. Penjelesan boleh diklasifikasikan dalam bentuk hutang ke?

“Farid..”

Oooo.. Mamat tu. Eh silap. Minah tu. Apesal dengan minah tu? Buat hal lagi ke?

“Apa yang angah dah buat ke Farid tu?”

“Kenapa?”

She’s weird.” Along buat muka versi weird jugak sekarang ni. Mungkin tengah membayangkan kepelikan si Farid sampai muka along pun turut pelik sekali.

Weird? Apa yang along nak kan dah tercapai. Sudah la. Nak rumitkan kes apesal?”

Along memang spesis yang suka cari penyakit jugak la nampaknya.

“Angah. Cepat bagitau along apa yang angah dah buat dengan Farid tu. Emergency ni..”

Along macam orang yang bini tengah beranak tapi anak tak mau keluar keluar. Serabut.

“Angah just buat based on apa yang along cerita kat angah la.”

Along angkat kening. Tak faham.

Nak tak nak angah cerita juga apa yang dia dah buat dekat si Farid tu dari awal sampai habis. Penat sampai boleh hilang suara dia bercerita. Along sekejap-sekejap muka excited sekejap lagi muka macam orang nampak hantu sekejap lagi terharu pelik dan macam-macam jenis muka la along ni mengaplikasi pada muka sendiri.

Selesai bercerita angah bangun dari duduknya. Lenguh.

Along masih lagi speechless..

“So.. Pergi balik la. Shuuhh..Shuuhh…” Angah menghalau along keluar dari biliknya.

Along kembali ke alam nyata. Patut la.. Semacam saja perangai si Farid tu dengan dia. macam orang angau.

Along gelak tiba-tiba.

Hatinya berbunga gembira. Tidak disangka-sangka angah punya idea memang genius gila. Mesti ikut otaknya yang genius jugak ni. Tumpang kredit sekali nak puji diri sendiri. Teruk punya along.

Angah pandang along yang dah macam orang hilang kewarasan akal tahap kronik. Semua orang yang tengah buat master memang perangai macam along ke? Kalau macam tu dia tak nak la buat master. Dia masih bercita-cita untuk hidup normal lagi.

Tiba-tiba along memeluk angah..

“Along tak sangka.. Adik along ni memang terbaik la. Sayang angah.”

Angah yang meremang bulu tengkuk terus tolak along jauh-jauh. Gila ke apa along ni nak berdrama kat rumah orang. “Eeee.. Yaks.. Kuman kuman..” Terus dia kibas-kibas badannya.

‘Mana aku letak sanitizer dettol hah? Kena membasmi balik semua kuman-kuman along ni.’

Rasa seperti bakal terkena jangkitan mental along. Nau’zubillahu min zalik..

Along masih senyum-senyum. Seronok apa pun malas angah nak ambil kisah, yang dia kisah sekarang ni.. Bila la along ni nak berambus balik hah? Geram la..

Tiba-tiba along pegang tangan angah. Apa lagi la pulak ni??

“Angah.. Tolong along lagi.. Please..”

Haa. Sudah..Ni yang dia tak suka sifat tolong menolong ni..

Along ambil kesempatan..

Mana aci!!!!
 

are-fiyz

Active Member
#74
Book 26

Beberapa bulan kemudian..

Percutian angah selama beberapa bulan di rumah mertua berakhir dengan satu tragedi. Tidak disangka-sangka.. Dan tiada siapa yang menyangka.. Tragedi yang berlaku memberi satu tamparan hebat kepada angah.

Dia speechless.

Dalam bayangan imaginasi tingginya, dia berada di kawasan perhutanan Malaysia, dikelilingi sungai-sungai yang buayanya sedang berjemur.. Rupa-rupanya beberapa tapak melangkah saja dari kawasan ‘perkuburannya.’

Mak Jah yang paling seronok sekali dengan tragedi angah ni. “Bagus la. Minggu depan kan masuk? Boleh la kemas-kemas apa yang patut dah sekarang ni.”

“Bapak punya la risau kalau-kalau angah dapat jauh seberang laut tu. Alhamdulillah.. rezeki angah.” Pak Mad pun tumpang seronok sekali dengan Mak Jah yang dah excited.

Tak lama lagi boleh la mereka timang cucu..

Angah berkerut kepala jadinya. Boleh berselirat urat otaknya. Dia dapat posting bukan di sabah sarawak seperti angan-angannya. Tapi beberapa tapak saja dari rumah Irsyad.. Kawasan ‘perkuburannya’

Memang tragedi betul-betul punya tragedi la.

Dia pandang Irsyad. Muka macam tak berperasaan.

“Boleh start angkat barang-barang angah balik rumah Irsyad la besok. Oo.. Silap. Rumah angah jugak.” Mak Jah sengaja.

Doanya tiap-tiap hari agar dilembutkan hati menantunya itu.

Alhamdulillah.. Allah buka jalan untuk pasangan suami isteri ni berdamai kembali.

Angah terpaksa menurut. Kalau dia tak pindah duduk rumah mamat tu, nanti dia nak ke sekolah dengan apa? Kereta mama pegang. Kalau mama tahu dia posting kat mana, lagi la mama tak bagi dia ambik balik kereta tu. Nak-nak lagi lepas along report habis semuanya kat mama lepas lawatan kurang akal pelik mental along dulu tu.

Menyampahnya..

Tapi dia tiada pilihan lain. Ikut saja la. Bukan boleh mati sungguh pun kalau hidup sebumbung dengan mamat tu.

Angah cuma perlu berhati-hati. Not to fall for the second time. Bajet yakin diri sangat la. Percaya la.. Tak sampai beberapa hari mesti hati dia dah cair macam lilin. Lepas tu beku sekejap lepas tu cair balik.

Keesokan harinya dia balik rumah mama dengan abah. Along yang kaki sibuk tu pun ada kat rumah jugak. Kali ni angah balik dengan siapa lagi kalau bukan dengan Irsyad. Sedaya upaya dia tolak permintaan mertuanya yang suruh dia balik dengan Irsyad jugak. Tapi tak berkesan.

Sepanjang dalam kereta tadi, angah letak headphone terus atas kepala.Menghalang dari berlaku sebarang bentuk perbualan.

Sebaik saja masuk dalam rumah, angah salam mama dengan abah dan terus naik atas. Sepatah tak bercakap. Sekarang ni dia masih dalam mood memberontak. Tak mau pindah!!

Mama dengan abah tergeleng-geleng dengan perangai anak perempuan mereka. Jadi malu pulak dengan Irsyad yang baik, selalu senyum dengan kata-kata yang lembut. Tak pernahnya disalahkan angah.

Mama tak puas hati. Angah makin melampau baginya. Tak bermakna suami angah tu baik, angah boleh senang-senang ambil kesempatan atas kebaikan suaminya.

Irsyad berbual-bual dengan bapa mertuanya pasal angah. Pasal angah yang akan tinggal dengannya mulai hujung minggu ni.

Abah memang dah lama nak suruh angah tu duduk sebumbung dengan Irsyad pun. Tapi tu la.. Angah tu sejak berubah pelik ni langsung-langsung tak mendengar cakap. Hairan betul kepala otak tuanya memikir.

Irsyad senyum saja mendengar celoteh bapa mertuanya.

Kat tingkat atas..

Angah mengemas apa yang patut dibawa ke rumah barunya. Mama tengok saja dari luar. Ingatkan naik-naik atas tadi terus tidur ke, buat kerja lain ke.. Tapi berkemas. Bagus. Bagus.

Mama turun balik ke bawah.

Angah dalam bilik tu pening sendiri. Tiba-tiba dia dapat idea baru.

Beg bagasi paling besar yang dia ada terus ditarik keluar dari bawah katil. Sebab besar sangat tak muat nak masuk almari. Jadi tempatnya bawah katil la. Berhabuk. Perlu cari..

Vacuum mama letak mana ek?”

Setelah ditinjau-tinjau bahagian atas rumahnya, rupa ala-ala tikus kecil tu langsung dia tak nampak.

Nak tak nak kaki melangkah turun ke bawah. Tak sampai bawah lagi dia dah menjerit dulu. “Maaa.. Oo.. Maaa.. Vacuum kat mana??”

Abah malu anak daranya dah jadi macam tarzan. Depan menantu pulak tu. Malu. Malu.

Irsyad pulak dah senyum-senyum sendiri. Ganas jugak ek angah ni kat rumah.

Angah yang turun-turun terus ternampak Irsyad tengah senyum. Geram. Ni mesti tengah gelakkan dia. Tak guna. “Apa senyum-senyum hah? Dah lama hidup?”

Adehh..

Terlalu berterus terang sangat. Dulu dengan mertua. Sekarang depan bapak sendiri. mama yang baru keluar dari dapur sambil heret vacuum terlepas belalai vacuum tu atas lantai.

Angah ke yang cakap ala-ala gangster tu??

Irsyad masih seperti biasa. Maintain senyum machonya tu. Cuma yang berubah muka kat sini, mama dengan abah la. Jatuh reputasi ibu ayah yang cemerlang dalam mendidik anak. Tidak disangka-sangka anak perempuan mereka telah bertukar menjadi gangster.

“Angah!!!!!”

Mama dah jerit.. Macam king kong kejar tarzan.



Penat. Satu hari mengemas barang sendiri. Irsyad nak tolong.. Tapi dia terlebih dahulu ketuk-ketuk kepala Irsyad dengan bantal kesayangan yang dia bawak dari rumah. Jangan harap la senang-senang boleh sentuh semua barang miliknya.

Last-last angah pengsan kat sofa yang selalu dia tidur sampai jatuh-jatuh dulu.

Angah dikejutkan Irsyad. Simple. Just…

“Angah. Bangun. Maghrib.”

Terus angah bangun. Dia tenyeh-tenyeh matanya. Mungkin mengantuk masih lagi bergayut dimatanya.

Angah lega. Dia dah cuba mindsetkan suara Irsyad dalam kepala otaknya. Ni bertujuan untuk mengelakkan dari berlakunya sebarang sentuhan antara mereka berdua.

Ish.Ish.Ish. Ridiculous.

“Cepat mandi. Siap.”

Huh?

“Siap? Nak gi mana?”

Nak jemaah sekali. Cepat.”

Angah buat muka. Betul ke nak jemaah sekali??

“Kalau tak nak, nak pergi surau ni.” Irsyad malas nak tunggu jawapan angah. Lambat sangat. Nanti buatnya dia tak nak berjemaah dengannya memang terlepas la solat jemaah maghrib hari tu. Angah memang la menolak pahala jemaah.

Irsyad dah keluar ke surau. Terkebil-kebil angah kat sofa tu. Nak bagi kata putus solat jemaah pun makan masa berminit-minit.

Sesungguhnya kamu (angah) adalah di kalangan orang-orang yang rugi.
 

are-fiyz

Active Member
#75
Malam tu lepas solat Isyak baru Irsyad sampai rumah.

Angah tengah makan maggi kat depan tv.

Laa.. Dah makan.”

Angah buat tak tahu. Sungguh kurang sopan betul.

“Kalau macam tu tak pe la.” Irsyad dah menapak ke bilik.

Angah yang tengah telan maggi sekali masuk saja rasa nak tercekik. Kenapa ayat mamat ni semacam saja ek? Macam..

“Ingat baru nak ajak makan luar.” Irsyad sambung dari jauh.

Huh?

Makan luar.. Nak ikut..

Hish.. Ni yang nak marah ni. Apesal la cakap lambat sangat nak makan kat luar tu. Dah nak habis maggi ni angah telan.

Angah memang suka sungguh makan-makan kat luar ni. Kalau boleh hari-hari dia nak makan kat luar. Tak payah la dia masak dah kat rumah ni macam masa dia jadi along dulu. Tapi nak buat macam mana.. Kereta sendiri dah kena kebas.

Irsyad dah masuk bilik.

Angah tak puas hati. Terus saja dia menceroboh bilik si Irsyad.

“Ini tidak adil!”

Pintu bilik diketuk kuat setelah ditolak buka luas-luas. Terkejut Irsyad yang tengah nak tukar baju melayu yang dia pakai time pergi surau tadi.

Angah silap timing betul la.

Scene yang tidak patut dilihat sebelum malam pertama berlaku antara mereka. Ooo tidak.. Matanya sudah tidak suci lagi.

Irsyad yang rasa dirinya diperhatikan pelik oleh angah cepat-cepat sarung t-shirt. “Kenapa ni?” Pelik dengan angah yang tenung dia macam tenung pemandangan sawah padi yang menghijau.

Uuuffhhh.. Scary..

“Tadi cakap nak pergi makan. Kenapa gaya macam tak nak pergi makan pun?”

Irsyad pelik. Dah tu nak gaya macam mana lagi? Takkan nak pakai kemeja pulak kut nak pergi makan malam-malam macam ni?

Dah tu?”

“Orang pakai la kemeja ke.. Tux ke..”

Mak eh.. Angah ni orang negara apa?

Irsyad malas nak layan cadangan luar biasa angah. “Nak ikut ke tidak?”

Oo.. Hmm…” Bajet-bajet tengah nak fikir la konon. Cover line tak nak bagi nampak gelojoh sangat nak ikut.

Tak nak sudah.” Irsyad sengaja.

Eh naakkk!!! Mana boleh tolak-tolak rezeki.. Tak baik.” Dengan tangan yang tergawang-gawang, gaya angah dah macam orang-orang tua yang diletak sepinggan pisang goreng panas lagi menyelerakan.

Irsyad senyum.

Bagus la. Angah dah macam dulu balik. Walaupun sekejap dingin sekejap okey.. Dia perlu pandai guna cara yang berhikmah untuk membentuk angah jadi isteri yang solehah.

Di meja makan yang betul-betul depan tv, walupun tv tu tak seberapa besar tapi still lagi boleh nampak la gambar dalam tv tu, angah punya tempat duduk menghadap tv. Irsyad pula mesti la menghadap angahnya.

Suasana dalam restoran tu betul-betul islamik punya la. Siap dengan ayat Quran dipasang sederhana tidak terlalu perlahan dan tidak terlalu kuat menjadi background sound sambil pelanggan-pelanggan sedang menikmati hidangan.

Angah tengok orang yang datang makan sini pun, beriman semacam saja. Dengan tudung labuh baju kurung jubah bagai kopiah tak kopiah songkok lagi dengan kain pelekat baju melayu, buat angah seram sendiri.

Dia hanya biasa-biasa. Cukup syarat tudung lepas dada dengan t-shirt labuh dan track. Rasa macam kerdil saja kat situ.

Angah malas nak tengok Irsyad kat depan matanya. Dia tengok tv.

Adehh.. Bagus sangat la cerita yang dia tengok sekarang ni. Tanah kubur.

Rasa macam nak lari balik sekarang ni. Sementara tunggu makanan yang dipesan nak sampai, mata angah memang tak berkelip-kelip daripada cerita kat tv tu.

Irsyad pulak rasa nak ketawa tengah-tengah kedai makan ni. Mana tak nya.. Muka angah, sekejap macam orang kena kejar hantu, sekejap pulak macam orang kena masuk dalam peti ais menggigil semacam lepas tu ternganga sorang-sorang sambil pegang kedua-dua pipi macam tengok sesuatu yang sangat dasyat.

Sangat dasyat?

Irsyad berpaling ke belakang. Nak tengok jugak la apa yang ditengok si angah ni. Oo.. patut la. Tanah kubur. Cerita pasal apa?

Elok-elok saja cerita tu habis, makanan pun sampai.

Irsyad order nasi goreng paprik. Angah? Nasi putih dengan ayam masak merah.

Lepas baca doa makan, Irsyad terus pegang sudu garpu nak makan.

Angah?

Dia tenung punya tenung lauk ayam masak merah tu. Baginya ayam masak merah tu dah nampak macam darah.. Merah darah.. Scary..

Ni semua gara-gara bersemangat sangat menonton cerita tanah kubur tu. Dia dah jadi tak lalu nak makan. Tengah bermuhasabah diri sendiri. Irsyad dah tinggal setengah nasi kat pinggan.

“Kenapa ni? Tak lalu nak makan ke?” Risau pulak Irsyad tengok angah yang dah macam pelik. Tadi semangat sangat nak makan. Sekarang ni..

Angah angguk-angguk lemah. Dia dah banyak dosa dengan manusia kat depannya ini. Apabila terfikir saja, pening kepalanya. Huh.. Tertekan.

Dah tu takkan tak nak makan sikit pun?”

“Angah fikir angah nak bawak balik la.” Hmm.. Baik la dia bawak balik. Kut nanti-nanti dah ada selera nak makan balik kang terliur pulak kalau tak bawak balik.

Laa.. Macam tu pun ada. Nanti bawak balik, nak makan bila pulaknya?”

Hish.. Banyak tanya betul la manusia depannya ni. Baru tengah nak bermuhasabah insaf tak nak buat jahat dah.

Irsyad berhenti makan. Dah habis nasi di pinggannya. Sudu dengan garpu diletak dengan penuh etika. Macam makan-makan kat hotel pulak.

Angah tolak pinggan nasinya yang masih belum bersentuh. Lepas tu dia tolak pinggan nasi Irsyad yang dah kosong.

Terus tangan Irsyad ditarik dan dipegang kedua-duanya.

Huh? Apa kena ni? Tak pernahnya nak dibuat pegang-pegang tangan pun sebelum pada ni.

“Kenapa ni? Ada apa-apa yang dah jadi ke?” Walaupun Irsyad tak nampak apa-apa yang dah jadi kat angah sekarang ni. Dia tanya lagi soalan bodoh tu.

Ekspresi muka angah macam orang baru kena dengar hukuman gantung sampai mati.

“Angah mintak maaf.”

Eh? Irsyad pelik. Apesal yang ala-ala drama pulak angah sekarang ni?

“Angah tak nak jadi macam dalam tv tu.. Takut eh..”
 

are-fiyz

Active Member
#78
4 readers yg bce cter ne... actually cter ne da abeh ditulis n now i work on new story...:D

mlgny xdpt nk smbg sbb laptop xley connect intenet.. huhuhuhu. :'(

mybe ujung mggu ne akn ad smbgnny.. i'll try my best 2 post it.
 

zahra

FTC Crew
Moderator
#79
4 readers yg bce cter ne... actually cter ne da abeh ditulis n now i work on new story...:D

mlgny xdpt nk smbg sbb laptop xley connect intenet.. huhuhuhu. :'(

mybe ujung mggu ne akn ad smbgnny.. i'll try my best 2 post it.
eh???:eek::eek::eek: dah habis?? huhu..macam tu jew eh..adeh..haha..Zahra b'iya tunggu kot ada sambungan lagi..tak confess pun..yg angah tu nyamar along..huhu..nak tengok reaction Irsyad...huhu..
 

are-fiyz

Active Member
#80
eh???:eek::eek::eek: dah habis?? huhu..macam tu jew eh..adeh..haha..Zahra b'iya tunggu kot ada sambungan lagi..tak confess pun..yg angah tu nyamar along..huhu..nak tengok reaction Irsyad...huhu..
x abeh lg la zahra... pnjg lg.. dah abeh tulis tp x abeh post jer lg..
 

Top