• Sudahkah anda menulis Diari Cinta anda hari ini?
    Sebagai forumer Forum Tentang Cinta, anda kini boleh menulis dan mencoret kisah manis cinta anda di ruangan Diari Cinta. Hanya satu diari sahaja ya dibenarkan untuk setiap seorang.

........

are-fiyz

Active Member
Book 27

Selepas pada kes tanah kubur seksaan buat isteri yang menderhaka dan tak taat pada suaminya.. Angah mesti dah insaf. Rasanya..

Sebab semua kerja rumah dia buat.. Makan pakai Irsyad dia jaga.. Kata-kata Irsyad dia ikut. Bagus laa.. Dah berubah rupanya angah ni. Ingatkan keras hati sangat. Sekali tengok cerita tanah kubur tu terus ditumpahkan taat setia buat Irsyad.

Irsyad teringat malam tu. Malam yang sama lepas mereka balik kedai makan tu. sepanjang perjalanan balik dia cuba sedaya upaya tahan ketawanya dari pecah terburai dan didengari oleh telinga angah.

Tapi impossible la. Sakit perut-perut dia cuba tahan. Angah yang macam perasan terus bagi keizinan untuk dia gelak. Tapi bukan style Irsyad ketawa lama-lama dan kuat-kuat. Sunnah Rasulullah s.a.w yang hanya senyum kalau suka tu sedaya upaya dia cuba ikut.

Sampai saja kat rumah..

Irsyad pelik.. Angah mengekor dia sampai ke bilik.

“Kenapa pulak dah ni?” Bilik angah kat bilik along dulu. Sekarang ni angah dah silap bilik ke apa?

Angah tak cakap apa-apa. Terus dia duduk atas katil. Irsyad dipandang.

Lain macam saja aura si angah ni. Menakutkan pun ada. Tiba-tiba..

“Angah takut.”

Laa.. Sampai macam tu takutnya. Ingatkan kenapa la. Irsyad assume sendiri yang mereka ni dah baik-baik macam pasangan suami isteri yang lain. Tapi dia tak boleh nak agak jugak dengan perangai angah yang gila-gila ni. Buatnya dia faham lain, angah pulak faham yang lain..

Nanti kang tak pasal jadi macam dulu. Dia tak nak kena belasah lagi dengan angah. Tragis hidupnya sepanjang berbalut.

Irsyad senyum. “Nak tidur sini ke?”

Tak la. Buat apa angah nak tidur sini.”

Laa.. Dah tu tadi yang cakap takut kenapa?”

Angah geleng-geleng macam makcik-makcik tua bergosip. “Hisshh.. Angah takut la. Angah tak nak jadi bini yang derhaka. Tak nak.. Nanti kalau angah mati malam ni macam mana? Tak boleh tak boleh tak boleh..”

Irsyad pelik. Apa yang tak boleh? Tak boleh mati? Astaghfirullah.. Mati tu bukan kerja manusia.

“Apa angah cakap ni?”

Tiba-tiba angah cuba nak buka baju yang dipakainya sekarang.

Eh nanti nanti.. Apa angah nak buat ni hah?” Irsyad jadi gelabah semacam. Apa yang dah jadi ni. Apa kaitan takut dengan nak buka baju pulak ni? Tak faham eh..

Angah tepuk kepala sendiri. Sangat lambat tangkap betul la suaminya ni.

Nak buat tu la.” Angah pandang muka Irsyad dengan perasaan yang tak bersalah.

Huh? Irsyad blank sekejap. “Tu?”

Angah angguk-angguk. Bajunya cuba dibuka kembali.

Heeeehhhh!!! Nantiii..” terus Irsyad pergi tarik balik baju angah yang dah terselak.

Adeh.

Sakit kepalanya. Apa la yang angah fikir ni? Langsung dia tak faham.

“Apa kaitannya angah takut dengan nak buat tu? Tak faham eh.”

Ish.Ish.Ish. Angah takut la. Angah takut jadi bini yang derhaka. Kan bini derhaka tu tak layan suaminya time malam-malam.”

Irsyad tepuk dahi sendiri. Memang sah la dia silap faham dengan pengertian takut angah tadi.

Angah pandang Irsyad yang sedang pegang pinggangnya.

So, tunggu apa lagi. Jom la buat tu.” Angah memang la straight to the point sangat.

Irsyad senyum sendiri. Naik takut pulak angah yang versi pelik macam ni. “Angah buat ni sebab takut jadi isteri derhaka macam dalam tv tu la?”

Angah terus angguk-angguk. Terlalu berterus terang betul. Bagus la..

Irsyad bangun dari katil.

“Kalau macam tu, apa yang patut angah panggil sekarang ni?” Irsyad tunjuk dirinya sendiri dengan ibu jari.

Angah macam berfikir-fikir. “Hmm.. Kalau abang tak nak la.”

Nak jadi isteri derhaka lagi?”

Huuuu.. Tamau tamau. Okey. Abang. Abang pun abang la.” Eii.. Lama siot dia tak panggil mamat ni abang. Rasa macam kena jangkitan kuman. Oo.. Tidak..

“Good. Dah sekarang gi tidur. Jangan lupa basuh kaki. Lepas tu baca doa tidur.”

Huh? Tak nak buat tu ke?”

Irsyad senyum. Rasa kena pakai minyak cap kapak lepas ni. Naik malu dia rasa dengan angah. Tapi boleh la pulak angah ni buat muka seposen macam tak ada apa yang berlaku.

Not when you’re not ready yet.” Irsyad tak nak tergesa-gesa. Dia tahu yang angah bukan lagi beri sepenuh hati pada dirinya. Jadi dia tak nak ambil kesempatan.

Okey.. Nanti jangan cakap angah menderhaka pulak ek.. Abang yang tak nak. Bukan angah..” Angah teragak-agak nak bangun.

Irsyad yang senyum hanya mengangguk mendengar pernyataan angah.

Angah berjalan ke arahnya. “Tapi kan, abang ni normal ke tak?”

“Kenapa pulak angah cakap macam tu?”

Ye la kan.. Mana ada lelaki normal akan tolak isteri dia.”

“Bila masa abang tolak angah?”

“Tadi tu? Angah ajak buat, abang tak nak.”

Dear.. Lelaki yang pandai jaga hati isteri ialah lelaki yang tahu dan faham perasaan isteri. We cannot rush the thing that will hurt you and your feeling. Betul tak?”

Angah buat muka.

Rasa kena ketuk batang hidung sampai jadi penyek-penyek pun ada.

Ceh.. Perasan diri jadi suami yang pandai jaga hati isteri la konon. Blah la.”

Terkebil-kebil Irsyad dengar ayat angah macam gangster time kat rumah mama hari tu.

Angah tutup mulut sendiri. Itu la pasal. Dah terbiasa cakap kasar, dia jadi lupa nak cakap elok-elok.

Oppsie.. Kakanda.. Dinda minta ampun. Dinda telah durhaka pada kakanda sebentar tadi. Dinda tidak bermaksud begitu. Harapnya kakanda bisa mengampunkan dosa-dosa dinda.”

Angah kembali pada zaman kerajaan melayu klasik sebelum penjajahan British di Tanah Melayu.

Sejak pada tu, kata-kata angah dah sopan. Terlebih sopan. Kadang-kadang penat Irsyad kerja senyum memanjang bila angah dah bukak mulut.
 

are-fiyz

Active Member
Macam biasa, hari sekolah mesti la angah ke sekolah.. Irsyad pulak ke tempat kerjanya. Masa mereka hanya pada waktu petang dan malam.

Angah balik tengahari. Sekolah pun habis dalam pukul satu lebih. Lagipun dia ke sekolah berjalan kaki saja. Nak naik kereta? Orang gelak dulu ada la.

Buat membazir minyak kereta saja.

Dalam rumah tu, angah dan Irsyad tak tinggal sebilik. Kata angah..

“Dah tu tak nak duduk sebilik dengan abang ke?”

“Tak boleh. Tak boleh.” Tergeleng-geleng kepala angah dengan soalan Irsyad.

Irsyad pelik. “Laa.. Kenapa pulak tak boleh?”

“Kakanda..” Dia dah mula dah melayu klasiknya. “kakanda cuba berfikir sejenak..”

Irsyad malas nak fikir. Ni tak lain tak bukan mesti tengah nak cari alasan yang bernas time dia tengah berfikir. “Tak nak.” Irsyad geleng dengan permintaan angah.

“Hish. Nak suruh mikir pun tak nak.” Kasar sedikit.

Irsyad pandang dengan kening terangkat. “Huh?”

Angah sengih-sengih. “He.he.he. Maafkan dinda atas kertelanjuran bahasa. Sebenarnya.. Hish.. Payah eh nak cakap pakai bahasa melayu klasik ni.” Susah benar dia nak susun ayat melayu klasik yang tersusun cantik lagi dramatik.

“Cakap normal sudah.” Irsyad senyum sendiri. Tahu pun susah. Semangat sangat siapa la yang suruh.

“Alaa.. cuba fikir, kalau kita duduk sebilik.. Nanti lama-lama bosan. Tak seronok la.”

“Bosan?”

“Hmmm.. Kalau abang rindu angah.. Abang datang la bilik angah. Ee.. Yuu.. Kalau angah rindu abang.. Rindu ke? Macam tak kan ada jer.. Hehe.. Angah pergi la bilik abang pulak. Baru la romantik kalau macam tu..”

Irsyad tergeleng dengan kenyataan pelik angah tu. Macam-macam.

Malam tu sedang Irsyad leka dengan kerjanya di bilik, tiba-tiba pintu terbuka.

Terkejut.

Dia tak dengar apa-apa bunyi ketukan atau sesuatu diketuk terlebih dahulu pun. Terus-terus pintu terbuka. Luas.

Irsyad menjenguk ke arah pintu bilik yang terbuka. Mana orang yang buka pintunya? Dah hilang?

“Angah??”

Tiada sahutan terhadap panggilannya. Irsyad malas nak tutup balik pintu bilik. Lagipun jauh dengan meja kerjanya. Dia terus saja sambung kerja yang tergendala akibat pintu sebentar tadi. Mungkin dia tak tutup pintu bilik rapat kut tadi. Angin kuat sikit saja dah terbuka.

Tapi tingkap dah tutup. Takkan la nak bukak tingkap malam-malam macam ni? Ni bukan rumah kampung ada lubang sana sini.

Apa-apa saja la. Malas nak fikir.

Di bilik angah pula.. Pintu pun terbuka juga. Hehehe.. Mesti la sebab dia yang buka.

Pintu bilik Irsyad dia jugak yang pergi buka lepas tu lari balik bilik kembali. Memang tiada motif betul. Angah bosan sebenarnya. Dia dah habis semak semua buku latihan anak murid yang dia bawak balik rumah.. Bahan bantu?

Dia malas la. Dia fikir nak buat aktiviti banyak dari guna bahan bantu.

Jadi sekarang ni dia dah tak ada kerja nak buat dan malas nak cari kerja nak buat. Kerjanya pergi bukak pintu bilik Irsyad luas-luas lepas tu lari ke bilik sendiri balik.

Angah dengar yang Irsyad ada panggil namanya. Tapi dia sengaja tak menjawab. Terasa macam nak kenakan Irsyad.

Hehehe..

Dia yakin sangat yang Irsyad mesti datang bilik punya la sekejap lagi. Dia perlu mencari tempat persembunyian. Semua tempat kat dalam rumah tu tiada yang sesuai jadi tempat persembunyian.

Angah kembali ke biliknya.

Hish.. Mana nak sembunyi ni hah?’ dia memerhati sekelilingnya.

Haa.. Bawah katil ni macam luas je. Boleh la.’ Angah terus masuk bawah katil. Lega tiada habuk. Sebab dia baru vacuum semalam.

Angah keluar balik dari bawah katil dan berjalan ke almari. Bantal kecik yang dia simpan dalam almari tu dikeluarkan. Terus dia bawa masuk ke bawah katil sekali dengannya.

Takkan nak tidur bawah katil kut?

Hmm.. Kena. Nanti tak berkesan rancangannya.

Rancangan lagi?

Mesti..

Angah terus duduk bawah katil tu dalam posisi berbaring yang tidak terlalu terdedah sekaligus akan mengantoikan rancangannya.

Pintu bilik macam biasa dia biarkan terbuka.

Tapi Irsyad tak buat lawatan ke biliknya langsung malam tu. Rasa macam sia-sia saja dia tidur bawah katil.

Keesokan paginya angah baru nak keluar dari tempat persembunyian. Tiba-tiba.

“Angah?”

Fuhh.. Selamat tak keluar lagi.

Irsyad tiap-tiap pagi mesti akan ketuk pintu bilik untuk solat jemaah sekali. Jadi, pagi ni.. angah tiada?

Eh? Mana budak ni pergi?”

Setelah dipastikan line clear, angah terus keluar dari bawah katil. Senyap-senyap dia mandi bilik air luar biliknya kat belakang dapur. Jauh dari bilik mereka berdua. Memang tak dengar bunyi air.

Selesai solat subuh sembunyi-sembunyi, angah cepat-cepat bersiap nak ke sekolah.. Irsyad masih belum keluar dari bilik.

Selesai bersiap angah keluar rumah macam pencuri keluar rumah. Semua bahan bukti dia tinggalkan. Dia ke sekolah dengan melenggang bawak diri. Beg tangan tak bawak, telefon tak bawak, beg duit pun tak bawak, dia bawak duit RM10 sekeping, kasut pun dia tak pakai..

Takkan kaki ayam ke sekolah?

Ada kasut baru yang dia beli tanpa pengetahuan Irsyad la. Kasut tu dia sembunyi dalam almari. Jadinya Irsyad akan ingat dia memang ada dalam rumah ni.

Harap-harap Irsyad takkan cari dia sampai ke sekolah. Semua bahan bukti dah cukup.

Balik tengahari tu dia nampak kereta Irsyad masih ada kat rumah. Eh? Mamat ni tak pergi kerja ke?

Angah tengok rumahnya dari jauh. Terhendap-hendap. Tengah memikir macam mana nak masuk rumah ni senyap-senyap tanpa pengetahuan Irsyad.

Angah tengah berfikir sambil membuat perkiraan. Hmm.. Zohor baru masuk. Mustahil la dia tu solat kat rumah. Mesti akan keluar ke surau punya la. Tunggu punya tunggu..

Cun.” Irsyad keluar rumah siap baju melayu dengan kain pelikat. Setelah kunci pintu dia keluar dan kunci pagar pula.

Angah dapat nampak dari kejauhan, riak muka Irsyad macam kehilangan sesuatu. Gelisah semacam.

Dia yang dah semangat nak masuk rumah terus lari-lari berkaki ayam sebab kalau lari dengan kasut nanti bunyi. Kunci spare dalam baju kurung punya poket dikeluarkan.

Sekejap saja dah masuk rumah ala-ala pencuri pro. Cepat-cepat angah solat zohor lepas tu sembunyi balik bawah katil.

Elok pada tu, Irsyad balik. Satu rumah dia cari angah. Hari ni dia tak pergi kerja sebab angah la. Dah selamat buat laporan kat keluarganya dan keluarga mertua.

“Angah?”

Entah-entah semalam tu angah dah kena culik. Hatinya kacau sendiri. Serabut kepala otaknya.

“Afrin Alia.. Tolong la..”
 

are-fiyz

Active Member
Book 28

Irsyad rasa dia perlu buat laporan polis. Walaupun tak cukup 24 jam lagi angah hilang, tapi risau pun ada.

Kalau memang betul angah kena culik? Kan dah terlambat kalau nak tunggu sampai 24 jam. Penjenayah tu boleh bunuh dalam sekelip mata saja.

Sebelum Irsyad nak buat report polis. Dia membuat tinjauan habis-habisan dalam dan luar rumahnya.

Kecuali bawah katil la.

Irsyad kembali duduk di sofa. Gelisah makin menjadi-jadi. Angah tiada kat rumah mama dengan maknya.

Jadi, betul la angah kena culik?

Sementara pada itu, angah yang baru keluar dari tempat persembunyiannya mengintai-intai Irsyad yang macam cacing tanah tapi tak jumpa tanah kat ruang tamu tu.

Pakaian angah dah bertukar dari baju kurung ke baju hariannya di rumah. Nak cepat dia sarung t-shirt dengan kain batik saja.

Cepat-cepat angah menyeludup masuk ke dapur. Dia bancuh air milo panas secawan. Senyap-senyap.

Irsyad kat ruang tamu, tergaru-garu kepala. Semua barang angah ada kat rumah. Segala jenis kasut sandal milik angah pun ada tersusun. Jadi mustahil angah keluar dari rumah. Kalau angah kena culik, memang logik la kan kalau tak pakai kasut.

Memang sah. Angah kena culik.

Angah yang kat dapur tersengih-sengih. Dia dah bersedia.

Irsyad pula dah pegang telefon. Laporan polis.

Hish.. Mana la angah ni..”

Secawan air dia letak dalam dulang kecil dibawa ke ruang tamu. “Ye bang?”

Ooo..Maaakkkkk..”

Terkejut kut. Rasa kalau bank derma darah datang bukannya boleh menderma tapi perlu didermakan darah lagi ada la.

Angah senyum-senyum ayu sambil memegang dulang air. Sebelah tangan menyelak rambut yang terlindung matanya. Ala-ala isteri solehah yang tunggu suami balik kerja.

“Minum bang.” Air diletak di atas meja di depan Irsyad.

Irsyad pelik. Rasanya dari pagi sampai la sekarang dia cari satu rumah tak nampak angah kat mana-mana pun. Alih-alih muncul depan mata.

“Angah hilang ke mana ni?” Irsyad soal siasat angah.

Angah duduk sebelah suaminya.

Huh? Apa yang abang merepek ni? Tak sihat ke? Hilang? Angah ada je ni.” Sopan semacam bicara angah.

“Betul ke? Dari tadi abang cari tak jumpa. Keluar pergi mana?”

Angah senyum-senyum sambil picit bahu Irsyad. “Angah tak faham la abang cakap apa. Abang balik awal la hari ni. Ada apa-apa ke?

“Mana ada abang pergi kerja hari ni..”

Hahaha.. Kelakar la abang ni. Tak sangka angah yang abang pandai bergurau..”

Angah terus bangun dari situ. Dia masuk dapur. Makanan yang dia masak semalam senyap-senyap dia sembunyi jugak dan keluarkan balik untuk panaskan.

Irsyad terkebil-kebil kat ruang tamu.

“Abang!! Mari la makan..”

Irsyad makin pelik. Makan? Bila masanya masak?

Irsyad terus ke dapur.

“Bila masa masak ni? Pening Irsyad tengok lauk-lauk atas meja.

“Abang ni kelakar la. Mesti la angah masak time abang pergi kerja. Macam biasa.. macam tiap-tiap hari.”

“Tapi..”

“Abang, khayalan abang je tu. dah-dah.. Jom makan.”

Angah layan suaminya makan. Walaupun muka Irsyad still nampak keliru semacam dengan apa yang berlaku.. Tapi angah di belakang tabir.. Means belakang Irsyad la, dia dah sengih jahat. Hihihi.. Padan muka.

Perkara yang hampir sama berlaku lagi kepada Irsyad. Kali ni angah menjadi musuh dalam selimut. Lebih kurang la.

Dia tak derhaka pada suaminya..

Dia cuma balas dendam.. Senyap-senyap.. Pada suaminya.

Pada hari cuti tu, sekolah cuti orang lain pun cuti. Tapi Irsyad kena berkerja. Angah macam biasa, siapkan sarapan pagi.. Baju seluar untuk Irsyad pakai. Semua beres. Yang pasti, luaran angah memang nampak seperti isteri-isteri biasa yang lain.

Senyum selalu. Cakap pun lembut. Layanan pun baik.

Sebut pasal layanan.. Kalau Irsyad penat, dia urutkan. Kalau Irsyad nak bermanja dia pun manja sekali dengan Irsyad la kiranya.

Tapi kalau yang lebih-lebih tu, dia selalu tanya.. Tapi Irsyad cakap..

Not now. Jangan risau. Abang takkan cakap angah isteri derhaka eh.”

So, sekarang ni angah masih selamat la. Tak pernah-pernah dia jumpa suami sebaik Irsyad ni. Mungkin Irsyad ni bukan manusia agak-agaknya.

Jadinya? Irsyad tu apa? Hantu?

Hish.. Tak de la sampai hantu. Takkan angah kahwin dengan hantu kut. Mungkin.. Dia makhluk Allah yang lain.. Pandai-pandai.. Nak sebut alien la tu.. Mengarut.

Mengarut sekali sekala dapat mengurangkan tekanan pada otak. Cuba la..

Ada lagi lebih kurang setengah jam sebelum Irsyad keluar ke tempat kerjanya. Angah memastikan keadaan berpihak padanya.

Terintai-intai kunci kereta Irsyad. Irsyad punya tempat kerja kena naik kereta atau kenderaan lain yang laju tidak termasuk basikal. Sebabnya tempat kerja Irsyad tu bukan laluan bas. Jadinya..

Angah punya rancangan seterusnya..

Tempat letak kunci kereta Irsyad selalu dia perhatikan. Kalau tak dalam laci meja sekali dengan wallet Irsyad tu mesti dekat tempat letak segala jenis kunci. Dua tempat tu saja. Tiada tempat lain dah.

Angah masuk bilik Irsyad sambil bawa baju kemeja dengan seluar slack yang Irsyad akan pakai sekejap lagi. Dia gantung dekat almari tepi meja. Sebab hari ni Irsyad kerja tiba-tiba jadi dia tak iron siap-siap macam hari kerja yang lain. Irsyad tengah siapkan bahan-bahan yang dia kena bawak.

Angah mengira waktu yang sesuai. “Abang kerja macam biasa ke minggu depan?” Angah mengalih perhatian Irsyad pada pandangannya menghadap laci meja. Irsyad angguk saja.

Ish.

“Abang nak pakai baju apa pulak minggu depan ni? Angah nak iron siap-siap.” Angah dah menyandar kat almari baju. Disebabkan Irsyad dekat sangat dengan meja tu. memang payah la dia nak seludup kunci kereta tu.

“Ikut la.” Irsyad masih sibuk dengan barang-barang nak kena bawak.

Hishh.. Mana boleh macam tu. Sebelum ni semua angah pilih. Hari ni apa kata abang pulak yang pilih sendiri.”

Irsyad merenung angah.

Ala.. Kalau abang pilih, angah boleh makin memahami citarasa abang. Nanti boleh la angah pilih semua yang abang suka saja. Tak de yang tak suka.”

Irsyad terangguk-angguk.

Yess.. Makan umpan.

Irsyad tinggalkan barang-barang yang sedang dia kemas dan bergerak ke almari. Sedang Irsyad membuat beberapa pilihan baju mengikut citarasanya untuk minggu depan.. Tangan angah senyap-senyap curi kunci dalam laci meja belakangnya. Sengaja dia membelakangkan meja agar Irsyad tak perasan. Sambil-sambil tu dia cuba berbual..

“Angah kan tak nak jadi isteri yang derhaka. So, abang kena la bagi kerjasama..”

Kerjasama untuk dia membalas dendam. Huahahaha..

Kunci selamat diambil dan diseluk masuk dalam poket seluar. Nasib pakai seluar.

Irsyad selesai memilih baju-baju yang dia nak pakai untuk minggu depan. Angah terus ambik dan senyum.

“Terima kasih sebab bagi kerjasama..”

Hihihihi..

Terus dia bawak berhelai-helai baju Irsyad keluar dari bilik dan ke tempat iron dekat dengan ruang mesin basuh. Angah cakap ruang tu macam bilik dobi.

Sambil iron dia senyum-senyum sendiri dan tengok jam kat tangan. Dah hampir tiba masanya..

Dia dapat rasa Irsyad tengah gelabah sendiri cari kunci kereta sekarang ni. Sepatutnya dia dah jalan time ni, tapi dah lewat lima belas minit. Memang lambat la akan sampai ke tempat kerja.

“Angah?”

Angah yang dengar namanya dipanggil Irsyad sengaja lambat-lambatkan perjalanannya dari bilik dobi tu ke bilik Irsyad. Selangkah selangkah dia melangkah.

Sebelum masuk bilik Irsyad dia terus letak kunci kereta Irsyad kat tempat gantung kunci.

Elok saja sampai bilik, angah rasa macam nak ketawa. Rambut Irsyad serabut. Tali leher pun senget benget. Baju pun belum tide in lagi. Cepat-cepat dia control balik eksperesi mukanya menjadi serius terkejut.

Masya-Allah.. Apa dah jadi ni bang?” Bajet tak tahu apa-apa.

“Angah tolong cari kunci kereta abang jap. Hilang la.”

Angah tukar ekspresi muka. Kali ni bajet-bajet buat pelik. “Kunci kereta? Hilang? Macam mana yang boleh hilang tu?”

“Sekarang ni angah cari dulu. Nanti-nanti abang jawab semua soalan angah. Okey.”

Okey..” Angah pun mula pencariannya. Konon-konon la mencari dalam bilik tu. Dekat 10 minit mencari..

“Abang ingat last simpan kunci tu kat mana? Tak jumpa pun.”

“Dalam laci.”

Takkan la tak de kalau dah simpan dalam laci. Abang simpan tempat lain la tu.”

“Tempat lain abang dah cek. Tak de pun.”

Dah tu?”

Angah sengih jahat sewaktu Irsyad menghadap tempat lain.

Irsyad dengan angah nak cari kat luar pulak. Habis dalam bilik digeledah.

Elok-elok keluar, mata Irsyad dan angah melihat tempat letak kunci. Irsyad pelik. Baru tadi dia tengok, tiada kunci keretanya di situ. Takkan la silap tengok.

Angah belek-belek kunci kat tempat kunci. “Abang, abang.. Ni tergantung kat sini apa? bukan kunci kereta ke?”

Irsyad merenung angah pelik. Angah buat mata tak tahu apa-apa. “Abang ni tak sihat ke? Abang abang.. Umur belum masuk 30 tahun dah nyanyuk. Bahaya ni..” Angah membebel sambil ke tempat iron baju.

Sekejap lagi dia kena mengemas balik bilik Irsyad yang dah bersepah gara-gara cari kunci kereta tak jumpa.

Misi selesai.
 

are-fiyz

Active Member
Selang dua tiga hari angah mesti akan kenakan Irsyad diam-diam macam yang dia buat dengan kunci kereta dan hilangkan dirinya sebelum ni.

Walaupun muka keliru Irsyad tu nak cakap semua ni angkaranya, Irsyad tetap tiada bukti kukuh mengatakan dia yang buat semua kerja jahat tu. Sebab angah akan cover up dengan acting tak tahu apa-apa dan muka tak bersalah.

Plus angah punya kesopanan dan kesusilaan sebagai seorang isteri berlagak solehah memang tidak dapat dinafikan oleh setiap mata yang memandang.

Kes yang paling teruk sekali angah buat setakat ni..

Hilangkan dompet Irsyad waktu mereka tengah makan kat luar. Lepas sampai rumah baru la jumpa balik. Angah biar je Irsyad yang gelabah sorang-sorang kat kedai makan tu basuh pinggan kat belakang sebagai bayaran makanan yang mereka makan.

Teruk sungguh.

Tapi action angah jadi. Dia buat-buat risau lepas tu mintak simpati tuan kedai. Lepas buat action menyedihkan tu, tuan kedai suruh Irsyad basuh pinggan. Awal tu, angah cakap nak tolong Irsyad basuh pinggan la konon. Bajet-bajet baik. Tapi Irsyad terus cakap suruh dia tunggu dalam kereta saja. Kalau nak cakap pasal malu.. Memang malu la.

Tapi malu cuma buat masa tu. Kepuasan hati adalah yang paling penting.

Jahat betul angah ni.

Tapi mana ada dia menderhaka pada suaminya.

Angah tak buat kerja jahat ni kerap dah lepas pada kes dompet Irsyad tu. Kalau tak Irsyad boleh perasan yang semua kerja jahat ni angkaranya.

Nanti kantoi.. Tak boleh..

Satu hari tu.. Angah tengah sibuk membasuh pinggan. Macam mana entah, terlepas pinggan kaca yang dia nak letak di tempat pengering pinggan.

Jatuh berderai ke lantai.

Terkena kaki la alamatnya.

Apabila terkena kaki.. Benda pertama yang angah buat..

Teruskan basuh pinggan yang masih belum berbasuh habis dalam sinki tu. Kaki dah berdarah-darah dia buat tak tahu.

Mungkin dah hilang deria sakit agaknya.

Irsyad kat depan yang tengah tengok berita tv3 terganggu dengan bunyi macam ala-ala benca kaca yang pecah. Terus dia ke dapur.

Benda pertama yang Irsyad nampak..

Merah.

Darah??

MasyaAllah.. Angah..”

Selesai pinggan terakhir dia letak kat tempat pengering pinggan.. Angah berpaling melihat suaminya yang muka macam dah kehilangan darah.

Irsyad melihat kaki angah yang dah tak nampak rupa kaki. Penuh dengan darah. Rasa macam boleh jadi tempat pembunuhan dengan darah yang banyak ni. Ngeri..

“Kenapa boleh jadi macam ni?” Irsyad risau. Dibuatnya kena ke hospital?? Macam mana?

“Dukung? Tak boleh nak jalan la. He. He. He.”

Irsyad sakit kepala. Angah dah makin kronik..
 

are-fiyz

Active Member
Book 29

Kes kaki berdarah angah sampai ke pengetahuan kedua-dua belah keluarga mereka. Masing-masing risau. Lepas angah suruh dukung terus dia dah tak sedarkan diri.

Muka pucat.

Memang kena masuk darah sebab kehilangan banyak darah sangat. Doktor soal siasat Irsyad yang dah macam penjenayah kat situ.

Lepas sedar, angah kena tahan kat wad semalam. Lemah lagi badannya selepas tambah darah. Keluarga masing-masing terus berkejar ke hospital lepas dapat berita.

Mana tak risaunya.. Menantu kesayangan dengan anak perempuan tunggal dalam keluarga masuk hospital. Mak Jah dengan Pak Mad bising-bising dekat Irsyad. Habis ‘pujian-pujian’ dia dapat daripada mak bapak sendiri. Tak pandai jaga bini la, itu la ini la..

Kasihan Irsyad..

Dia langsung tak bersalah.

Mama dengan abah tak marah menantunya. Mama? Mesti lah dia marah angah. Mananya dia nak marah menantu kesayangannya ni. Menantunya baik, angah tu mesti la ada buat benda yang tak baik kat Irsyad sampai jadi macam tu.

Mama percaya Irsyad tak bersalah.

Keluarga masing-masing dah terbalik peranan.

Masing-masing sayang menantu lagi daripada anak sendiri. Ini menunjukkan yang mereka adalah besan-besan yang berbahagia. Bagus. Bagus.

Selepas semua balik sebab hari dah lewat, lagipun pelawat tak dibenarkan menunggu pesakit ramai-ramai kecuali seorang saja.

Irsyad teman angah.

Elok tengah malam, waktu semua tidur.. Dan Irsyad pun dah mengantuk nak tertidur kat kerusi sebelah katil angah.. Tiba-tiba..

Ehh… Jangan tidur. Bangun.Bangun..”

Angah mengejutkan Irsyad yang dah nak terpejam matanya. Irsyad yang sedar kembali pelik sendiri. “Kenapa ni? Nak terkencing ke?” Sengaja Irsyad tanya macam tu sebab muka angah macam tengah menunjukkan reaksi macam nak terkencing.

Hish.. Tak la.”

Dah tu?” Irsyad memerhati sekeliling mereka. Pesakit-pesakit lain dah tidur. Ada yang berteman ada yang keseorangan. Suaranya diperlahankan.

“Kita sembang-sembang nak?”

Huh?

Bagus. Bagus sangat la.. Mentang-mentang dia asyik tidur dari tadi, sekarang ni time Irsyad nak tidur baru la nak ajak bersembang. Memang macam Izzat anak si Aqil betul la angah ni.

Irsyad senyum.. “Nak sembang apa?” Sabar dia layan kerenah si isteri.

Hmm..” Angah memikir.

Haa.. Cerita kat abang cepat, macam mana boleh jadi macam tadi tu?”

Lepas solat isyak mereka makan dan angah basuh pinggan. Irsyad tengok tv.. Memang Irsyad tiada klu apa-apa selain dengar bunyi benda pecah.

Lagipun angah tak jerit apa-apa pun.. Selalu kan perempuan ni akan jerit-jerit dulu kalau ada apa-apa yang tak elok akan jadi di sekeliling mereka.

Angah sengih-sengih.

“Pinggan tu nak jatuh. Nak buat macam mana dah..”

Irsyad pelik. “Macam tu je?”

Hmm.. Macam tu je..” Angah jongket-jongket bahu.

Pendeknya kisah yang telah terjadi. Irsyad tak puas hati. Takkan la habis tamat macam tu saja.

“Macam ada yang tertinggal je ni. Cuba angah cerita habis. Jangan sembunyi-sembunyi dengan abang. Abang tak marah eh.”

“Macam tu la yang terjadi. Tak de sembunyi-sembunyi apa pun.” Memang betul la macam tu yang terjadi. Takkan la dia nak buat jahat kat diri sendiri pulak kut. Tu namanya dah hilang kewarasan akal.

Oookkkeeyyy..”

Panjang benar okey Irsyad. Seakan-akan meragui kenyataan isterinya. Tapi kalau ikutkan memag logik pun. Takkan la angah ni nak mencederakan diri sendiri dengan sengaja pulak kut.

Angah tengok kaki dia yang berbalut. Sebelah kanan saja yang kena tampal. Sekarang ni doktor dah tak menjahit-jahit pakai jarum lagi. Keadaan dah maju. Tampal saja. Sebelah kiri cuma luka kecil. Habis la kecantikan kakinya. Sudah tidak cantik lagi.

Irsyad tengok ekpresi muka angah. Muka angah yang menunjukkan dia tu bukan dalam kesakitan. “Angah tak sakit ke?”

Geleng-geleng. “Kenapa? Perlu sakit ke?”

Huh?

Angah ni kenapa? Irsyad makin sakit kepala jadinya. “Takkan tak sakit sikit pun sekarang ni?”

Geleng lagi.

“Tadi? Tadi.. Masa kena kaca ni? Takkan tak sakit jugak kut?” Mustahil la. Kalau tak sakit tu bukan orang la namanya.

Geleng juga.

Irsyad rasa lain macam dengan perangai angah sekarang ni. Seram.. dan scary.. memandangkan suasana hospital yang suram lagi tengah sunyi ni memang menjadi side effect yang sangat berkesan dalam situasi mereka sekarang.

Irsyad mesti test.

Kaki angah yang berbalut tu dipegang. “Kalau abang picit ni.. Tak pe?”

Angguk.

Biar betul budak ni. Memang tak sakit ke? Irsyad yang tengok pun dah rasa sakit.

Okey.. Ready.. 1..2..3..”

Macam nak lumba lari gayanya. Padahal..

Masing-masing senyap. Irsyad tenung muka angah. Muka Irsyad serius.. Muka angah?

Serius tak sakit ke??

Ekspresi muka angah menjelaskan yang dia memang bukan dalam keadaan sakit. Berlakon ke? Macam tak. Takkan la sakit-sakit boleh dibuat lakonan kut. Impossible.

Hmm.. Kes makin kronik. Irsyad rasa dia perlu consult dengan doktor psikologi pasal kes angah ni.

Angah bosan. “Jom.”

Irsyad tak faham. Jom? “Nak pergi mana?”

“Jom balik.”

Laa.. Ingatkan nak pergi mana. “Mana boleh balik la time sekarang ni. Sekarang ni time orang tidur. Tidur.”

Dia nak suruh angah tidur. Tapi nampaknya angah tak nak tidur.

Akhirnya sampai ke pagi mereka berbual.
 

are-fiyz

Active Member
Selepas boleh keluar dari hospital, angah excited sangat cakap mengidam nak makan sate dengan tomyam..

Hmm.. Terliur jadinya. Segera dia mengajak Irsyad makan sate..

Dekat kedai makan, Irsyad berhati-hati. Berkali-kali dia pegang poket sendiri. Risau terjadi kes macam dulu. Dia tak nak basuh pinggan lagi.

Sambil-sambil makan..

Tiba-tiba angah..”Abang?”

Irsyad yang tengah masukkan sate dalam mulut.. “Hmm??”

“Jom kita pergi honeymoon nak?”

Hukhukhuk..” tersedak Irsyad. Rasa terlekat isi ayam yang tak sempat nak kunyah sebab dengar permintaan terbaru angah.

Angah buat muka. “Abang ni kenapa?”

Irsyad geleng-geleng. Kelakar dengan angah. Kaki pun terjengket-jengket nak jalan dah ajak pergi honeymoon. Macam –macam. Kadang-kadang dia tak boleh nak mengagak apa yang bakal keluar dari mulut angah.

Inpredictable.

Angah makan nasi pula.. Dia minta tomyam ayam dengan nasi putih sepinggan sebab Irsyad tak nak makan katanya. Makan sate dah kenyang.

“Nanti kaki dah sihat kita pergi ye.” Irsyad cuba memujuk angah yang dah macam ala-ala merajuk.

Hmm..”

Dua minggu kemudian..

Selepas kaki angah dah kembali sihat dan dah tak berbalut lagi, dia fikir nak tuntut janji Irsyad tempoh hari kat kedai makan tu.

Tapi minggu ni Irsyad kursus. Tiga hari. Hari ni last day. So, lepas Irsyad balik rumah baru dia nak cakap pasal kes honeymoon tu.

Motifnya nak honeymoon.. Mesti lah nak meneruskan rancangan jahatnya yang terbaru..

Masih belum insaf-insaf lagi rupanya angah ni.

Irsyad sampai rumah dah petang. Macam biasa, solat maghrib dan isyak berjemaah adalah satu kemestian kalau Irsyad tak ke surau.

Selepas solat, angah ke dapur dan siapkan makan malam mereka. Masakan kegemaran Irsyad dah semestinya penuh atas meja tu. Menyambut suami setelah tiga hari berpisah.

Rindu?

Tak pun. Dia dah kena masuk kerja. Kerjanya ialah jadi isteri solehah depan Irsyad saja. Sekarang ni yang dia kisah adalah janji Irsyad dengannya. Mesti kena tuntut jugak.

Selesai menghidang semua jenis lauk yang dia masak sejak petang tadi, angah nak sendukkan nasi dalam mangkuk besar. Pintu kabinet dapur kat bahagian atas dibuka. Tercari-cari dia mangkuk besar sampai terlompat-lompat sebab tak cukup ketinggian untuk melihat isi dalam kabinet.

Semangat sangat lompat.. Kepalanya terhentak ke bucu pintu kabinet yang terbuka tu.

Pening.

Susah-susah sangat dia pergi tarik kerusi meja makan. Senang kerjanya. Naik atas kerusi tu dah boleh ambil mangkuk besar dalam kabinet tu.

Selesai sendukkan nasi ke dalam mangkuk besar tu, angah letak atas meja makan. Irsyad baru keluar daripada bilik.

Waa.. Sedapnya. Suka-suka.” Irsyad dah tak sabar-sabar nak makan. Dilihatnya lauk pauk air tangan isteri sendiri dengan mata yang dah bersinar-sinar.

Kerusi ditarik. Irsyad dah duduk.

Ehh??

Mana pulak budak ni hilang?

Terintai-intai Irsyad kat ruang tamu sebab tak nampak angah kat dapur pun.

Cari-cari punya cari satu rumah tak jumpa. Keberadaan angah tidak dapat dikesan buat masa sekarang ini. Pelik. Takkan jadi macam hari tu lagi kut? Baru tadi dia nampak ada depan mata.

Depan mata??

Terus Irsyad pergi ke meja makan kembali. Depan matanya? Balik sana meja, atas lantai..

Masya Allah.. Angah??”

Angah dah pengsan dengan kepala pulak yang berdarah-darah kali ni.



Di hospital..

Sekali lagi..

Macam-macam Irsyad kena soal siasat dalam wad kecemasan tu oleh doktor yang bertugas. Siap nak tulis kes penderaan sebab mereka kenal angah yang baru masuk hospital sebab kaki berdarah. Baru sangat lepas kes kaki hari tu, ni kes kepala pulak.

Penat Irsyad nak bersoal jawab dengan doktor.

Kes kali ni dia tak bagi tahu kedua-dua keluarganya. Kalau tak, makin teruk dia kena soal-siasat lagi.

Kasihan Irsyad.

Dia tak bersalah..

Kali ni angah tak payah tambah darah. Cuma kena tambah air. Boleh balik terus lepas habis sepaket air tergantung tu. Tak masuk wad. Cuma stay kat wad kecemasan tu saja.

Waktu perjalanan balik rumah..

“Macam mana yang boleh jadi macam tu?” Irsyad memulakan bicara. Secara jujurnya dia tak tahu apa-apa.

Penat nak yakinkan doktor-doktor kat situ yang dia memang tak tahu apa-apa.

Kepala angah berbalut.

“Terhantuk masa nak ambil mangkuk.”

Macam tu saja? Irsyad pelik lagi. “Macam tu je ke?”

Hmm.. Macam tu saja.”

Serabut kepala Irsyad jadinya. Kisahnya sama pendek macam kes kaki dulu. Tapi tak pe la. Nak buat macam mana.. Benda dah jadi.

Dah tengah malam baru sampai rumah. Nasi tak sempat nak makan lagi tadi. Dia cuma tutup dengan tudung saji sebelum bawak angah ke hospital.

Perut masing-masing dah bergeroncong. Lapar.

Elok sampai kat rumah. Masing-masing ke meja makan. Angah nak panaskan lauk sebab dah tak sedap kalau makan tak panas.

“Duduk. Biar abang yang buat.” Irsyad mendudukkan angah. Risau juga kalau jadi apa-apa lagi. Dia sempat melihat tempat kejadian.

Masih ada kesan darah beku atas lantai yang belum dibersihkan lagi.

Sambil-sambil makan,

“Bila kita nak pergi honeymoon?” angah memang nak tanya soalan tu sepatutnya time mereka nak makan awal tadi.

Alih-alih sebelum makan dia dah masuk hospital dulu. Sekarang ni angah macam dah tahu jawapan Irsyad apa. Mesti nak suruh tunggu kepala dia sihat dulu.

Irsyad senyum.. Honeymoon dengan kepala berbalut macam tu??

“Tunggu sampai kepala tu dah tak berbalut, kita pergi ye..”

Huhuhu.. Sedihnya. Dia dah agak suaminya akan cakap macam tu..
 

are-fiyz

Active Member
Book 30

Angah mengalami tekanan emosi?

Irsyad pening dengan huraian doktor psikologi yang elaborate panjang lebar pasal kes angah yang tak sakit walaupun cedera agak parah.

Sekarang ni yang Irsyad boleh faham ialah tekanan emosi. Sejak bila angah dapat tekanan emosi pun dia tak pernah tahu. Okey saja dia nampak selama ni.

Takkan la tekanan emosi tu berkaitan dengan hal yang dulu?

Mustahil la. Lama dah benda tu berlaku. Kes dia tak bercakap dengan angah berperang dingin selama kat rumah mak dengan bapak.. Memang dah lama sangat dah. Angah pun baik-baik saja dengannya. Tak buat perangai jahat macam dulu dah pun.

Kes kaki ni baru sangat. Sama dengan kes kepala angah. Masih tak sakit. Katanya pening saja.

Doktor cakap mungkin bebanan emosi yang dibawa angah tak dapat nak ditanggung dah sampai effect kepada derianya. Mungkin emosi dia terlampau sakit menyebabkan dia nak lupakan semua kesakitan emosi tu sampai sakit fizikal pun turut terjejas.

Pening kepala Irsyad nak faham.

Sekarang ni dia perlu cari bila masa angah dapat tekanan emosi melampau ni??

Pagi cuti tu Irsyad cakap dia kena kerja. Tapi tak pun. Angah perlu diintip hari ni. mungkin dia akan dapat apa-apa klu berhubung dengan teori doktor tu.

Sebelum dia keluar rumah, dia panggil angah.

“Angah.. Hari ni jaga diri elok-elok. Jangan buat benda yang boleh mencederakan diri sendiri sepanjang abang tak de ni. Okey?”

Gaya Irsyad pesan macam orang yang akan pergi buat selama-lamanya.

Angah senyum. “Abang ni kenapa? Touching semacam je. Geli.Geli.” Angah buat badan macam obor-obor berenang. Menunjukkan dia geli la sangat.

Hish.. Cubit kang.” Memang dah cubit pun. Habis pipi angah yang putih tu dah merah-merah sebab kena cubit dengan suami sendiri. “Meh sini..” Irsyad tarik angah dekat dan rapat dengannya.

Angah terkebil-kebil pandang muka Irsyad. “Kita nak buat tu ke sekarang ni?”

Adeehh..

Budak ni kalau tanya soalan tu, memang buat dia malu sendiri. Straight sangat. Tak berlapik dah.

Angah peluk suaminya. “Okey jom.”

Irsyad ketawa.

“Mana ada la. Kan abang nak pergi kerja ni.” Irsyad membalas pelukan angah. Kesian isterinya. Isteri sendiri mengalami tekanan emosi pun dia boleh tak sedar.

Angah melepaskan pelukan mereka. “Ala.. Tak de feel langsung la abang ni. Ish.Ish.Ish. Angah rasa la kan, abang ni memang tak normal kut.. Jom kita gi hospital.. Nak?”

Ke situ pulak..

Okey sayang.. Abang dah lambat ni.. Nanti kita sembang lain ye.”

Irsyad dah berjalan ke muka pintu. Angah salam dan cium tangan suaminya.

Irsyad keluar rumah dan naik kereta. Bajet-bajet pergi kerja la konon. Padahal dia pergi parking kereta kat simpang depan jauh sikit dari rumah mereka. Lepas tu dia jalan kaki balik ke rumah.

Sebelum dia keluar tadi, tingkap-tingkap yang penting dia dah buka siap-siap. Langsir pun dia pastikan tak menghalang pengintipannya terhadap angah.

Irsyad bergerak dengan sangat berhati-hati agar tidak mengeluarkan bunyi langsung. Bimbang nanti angah perasan tak pasal mengamuk satu rumah.

Mengamuk?

Dia tak pernah lagi tengok angah mengamuk.. Setakat cakap kasar tu ada la..

Cermin tingkap bilik angah menjadi sasaran pertama.

Ehh? Tak de.. Mana angah pergi?

Irsyad tengok jam kat tangan. Mungkin masa-masa sekarang ni angah menyapu sampah kat dapur ke.. Tapi dia tak tahu nak tengok kut dapur pakai tingkap apa.. Sebab rumahnya ini unik sikit. Dapur kat tengah-tengah rumah. Mana nak ada tingkap.

Seharian Irsyad buat pantauan ke atas angah.

Tiada apa-apa yang pelik berlaku. Angah okey saja dalam rumah tu. Sekejap buat kerja rumah lepas tu tengok tv.. Lepas tu sambung balik mengemas rumah, basuh, sidai, lipat baju. Perkara rutin. Dia tak nampak sebarang klu yang menunjukkan angah sedang berada dalam tekanan emosi.

Hari tu konon-konon dua balik awal sedikit dari kebiasaaan. Tak larat dah nak jadi spy rumah sendiri. Hari-hari lain dia akan cuba buat perkara yang sama seperti dia buat hari ni.

Angah tengah memasak untuk makan tengahari yang tak berapa nak tengahari sangat dah. Dah petang pun.

Makan petang. Irsyad pun konon-konon baru sampai rumah la masa tu.

Terus dia ke dapur. Berniat baik untuk membantu isterinya yang sedang memasak.

Eh? Bila balik?”

“Baru tadi.”

Ooo.. Nak makan dah?”

“Boleh gak. Tak makan pun tadi. Tak sempat. Siap-siap kerja terus balik.” Dalih Irsyad. Memang betul pun apa yang dia cakap.

Siap-siap kerja mengintip, terus dia balik (masuk rumah).

Angah terangguk-angguk. “Dah nak siap ni. Gi duduk kat depan dulu. Nanti angah panggilkan.”

Irsyad geleng. “No.. Abang nak tolong isteri abang masak.”

Angah senyum sendiri. “Alahai.. Sweetnye pakcik ni. Susah-susah je.”

Sengaja menyakat. Irsyad ketawa kecil. “Ala makcik.. Bukan senang pakcik nak turun padang ni. Alang-alang biar la pakcik tolong. Iye tak ye makciknya?”

Angah buat muka. “I’m not makcik yet la.” Tak puas hati.

Tengah berlawan tekak kat dapur tu. Angah dah siap masak. “Okey abang sayang. Tak payah tolong. Dah siap masak dah pun.” Api dapur ditutup.

“Memang la nak kena.” Irsyad peluk angah dari belakang.

Angah macam nak cakap sesuatu.

Irsyad senyum dulu. “Jangan tanya pasal nak buat benda tu okey. Abang nak makan nasik ni. Lapar.”

Angah ketawa. Pandai.. Baru nak tanya.

Irsyad masih tak lepas pelukan. “Kenapa kalau setiap kali abang pegang angah mesti angah tanya pasal benda tu ek?”

Teringin juga dia nak tahu pemikiran angah.

Angah pusing ke belakang. Pelukan terlerai. “Ish.Ish.Ish.. Abang ni lelaki ke perempuan? Mesti la angah tanya sebab, kalau lelaki ni dah pegang-pegang perempuan mesti la dia nak benda tu. Semua kepala otak lelaki sepaten saja. Sama.”

Ooo.. Macam tu ke..

Irsyad rasa nak gelak dengar ayat angah. Tapi ada kebenaran jugak walaupun dia tak berapa nak membenarkan sangat dengan kenyataan angah tu.

Dah-dah.. Jom makan.” Irsyad ambil turn angah dalam menghidang makanan.

Selesai makan petang masing-masing buat kerja sendiri dalam bilik sendiri-sendiri.

Irsyad bukan buat kerjanya. Tapi dia buat rancangan seterusnya.

Macam mana nak kenal pasti tekanan emosi apa yang sedang menganggu isterinya.

Pening kepalanya. Kalau nak tanya terus depan-depan nanti mesti angah ingat dia tak sihat macam hari tu. Lepas tu ingat dia buat lawak pulak.

Hari tu??

Hari lepas pada tu??

Hari yang dia rasa dia betul, tapi angah cakap dia tak sihat la.. Mengarut la..

Hari kes angah hilang satu hari.. Kunci keretanya.. Dompetnya?? Kenapa Irsyad rasa lain semacam saja. Macam ada sesuatu yang tak kena bila dia ingat balik peristiwa-peristiwa yang berlaku.

Macam dirancang.

Takkan angah sengaja pulak kut.. Tapi.. Kalau difikirkan balik kes angah putus contact lepas pada along pindah asrama, apa kaitannya??

Irsyad pening.

Sejak putus contact dengan angah.. Angah macam dah bertukar jadi orang lain. Jadi dingin.. Sampai la mereka tinggal serumah dan lepas pada tu terus baik macam tu saja.

Angah mesti ada alasan sendiri. Tapi mustahil lepas pada tengok cerita tanah kubur tu, segala perkara yang terjadi antara dia dan angah boleh selesai macam tu.

Macam ada sesuatu yang tergantung..

Jangan-jangan.. Puncanya ialah..
 

are-fiyz

Active Member
Minggu depan punya cuti hujung minggu, Irsyad berdalih lagi yang dia ada kerja perlu diselesaikan.

Angah pun rajin-rajinkan diri iron baju kemeja Irsyad yang susah betul nak iron. Paling-paling banyak kerja rumah yang angah tak suka buat sekali adalah iron baju. Nak-nak lagi kalau baju lelaki.

Dulu Along selalu buli angah suruh iron baju sekolahnya tiap-tiap hari pulak tu.

Nak tak nak dah memang tugas isteri meringankan kerja suami. Takkan la semua kerja dalam rumah ni Irsyad yang buat pulak kut? Walaupun Irsyad buat saja semua kerja rumah tu kalau cuti hujung minggu, tapi angah tetap tolong jugak.

Dia tak nak jadi isteri yang derhaka.

Macam biasa, angah salam Irsyad sebelum Irsyad keluar rumah.

Irsyad senyum “Jaga diri. Nanti kita pergi honeymoon ek..”

Angah yang dengar perkataan honeymoon tu dah terlompat-lompat. Seronok sangat.

Irsyad buat macam minggu lepas. Berharap sangat apa yang dia sangka tu tak betul sama sekali.

Irsyad risau sebenarnya. Kalau betul la apa yang dia sangka.. Dia pun tak tahu nak selesaikan macam mana. Sekarang ni dia perlu kerap buat macam ni kalau nak selesaikan masalah angah ni secepat mungkin.

Tapi dia tiada masa lain selain cuti hujung minggu saja. Masa-masa lain dia sangat sibuk. Petang sangat baru sampai rumah. Penat.

Nak harapkan cuti hujung minggu tak boleh nak gunakan sepenuhnya time cuti nak buat kerja-kerja mengintip ni. Nanti angah perasan habis tergendala rancangannya.

Banyak hari Irsyad berdoa agar hari ni Allah tunjukkan apa yang dia perlu tahu. Dan tidak berlalu dengan sia-sia macam minggu lepas.

Tunggu punya tunggu kat cermin tingkap bilik angah, tiba-tiba angah masuk bilik. Yeah.. Ini lah masanya. Ini lah masanya.. Irsyad excited sendiri. Gaya yakin sangat yang segala kemusyikilannya akan terungkai pada hari ni.

Angah tengah cakap telefon.

Cakap telefon? Dengan siapa?

Irsyad pasang telinga kat tingkap tu. Rasa macam dia tengah buat kerja bodoh pun ada.

Angah cakap perlahan. Jauh dari tingkap pulak tu. Tapi Irsyad cuba sedaya upaya fokuskan pendengarannya.

“Along ni!! Angah cakap tak nak tu tak nak laa!!”

Ooo.. Angah sedang bercakap dengan along. Sebab angah macam marah So, suaranya kuat sendiri.

Angah senyap.

Mungkin along sedang menerangkan sesuatu yang memang nyata takkan boleh didengari oleh telinga Irsyad kat luar tingkap tu.

“Along.. Kan angah dah tolong dulu. Cukup-cukup la tu. Mana boleh angah buat macam tu lagi dah. Tak boleh!”

Entah apa la yang dua beradik ni bergaduh, habuk pun Irsyad tak faham. Tapi dia pasang telinga jugak. Kut-kut dapat point penting. Boleh la dia try-try buat kesimpulan sendiri.

Angah dilihat bergerak ke almari baju. Lepas tu dia keluarkan beg kertas. Dalam beg kertas tu ada apa?

Angah keluarkan kotak dari dalam beg kertas tu.

Ooo.. Kotak apa?

“Along.. Angah tak nak. Angah takkan sesekali kerat rambut dah macam dulu.”

Irsya pelik. Kerat rambut? Bila masa angah kerat rambut? Panjang je rambut angah.

Angah senyap.

“Kalau angah tak tolong pun along takkan mati punya la.” Tengah marah-marah angah keluarkan isi kotak.

Irsyad kat luar terintai-intai. Apa tu? Baju lelaki? Eh??

“Along!! Mana boleh pakai rambut palsu ni la!!” Angah angkat rambut palsu tu tinggi-tinggi. Dia cuba di kepalanya.

Irsyad kat luar dah speechless… Betul la apa yang dia sangka..

Semua yang macam puzzle paling complicated dah tersusun sendiri macam ada magic.

Sebab tekanan emosi angah adalah daripada dia sendiri.

Dia dah dapat agak yang along tu sebenarnya angah. Tapi dia tak yakin. Tak yakin langsung. Cuma mengagak. Sengaja dia tak balas mesej angah lepas dia rasa yang along di sisinya adalah angah.

Mungkin sebab..

“Sebab along la angah still tak dapat nak terima Ilham Irsyad dalam hidup angah tau tak!!”

Betul laa..

Sebab angah cemburu pada alongnya sendiri. Kenapa la dia boleh tak perasan. Walaupun hal ni remeh sangat pada pandangan matanya..

Pada angah.. Benda yang dia dah anggap remeh dah jadi satu tekanan emosi.

Irsyad terduduk selepas rasa macam kesalahan yang dia buat macam telah membunuh seseorang. Kesalahannya ialah tak pedulikan angah yang sebenar dan ambil berat pasal ‘along’.

Irsyad rasa tak perlu lagi dah dia nak mengintip angah.

Semuanya dah terbongkar.

Irsyad berfikir-fikir tindakan seterusnya yang dia perlu buat untuk selesaikan masalah mereka berdua. Pening kepala otaknya nak berfikir. Lagi susah dari melakar pelan baru yang penuh kreativiti dan inovasi.

Selama ni.. Semuanya adalah permainan angah sendiri. Sekarang ni dia akan bermain bersama-sama dengan angah. Tunggu.. Dia akan cuba put it back to normal.

Lemah Irsyad melangkah kakinya ke bilik angah. Pintu bilik angah dibuka.

Angah yang tengah mencuba rambut palsu yang along bagi tu.. Terkejut.

Mata saling bertentangan..

“Sampai hati angah buat abang macam ni..”
 

are-fiyz

Active Member
Book 31

Angah serabut sendiri dalam bilik tu. Teringat ekspresi Irsyad yang terkejut sangat-sangat lepas nampak dia dengan rambut along tu.

“Kenapa angah buat abang macam ni?” Sayu suara Irsyad.

Terlepas rambut palsu tu.

“Tak sangka angah tipu abang selama ni..”

Angah tak bermaksud…

“Abang ni tak boleh dipercayai langsung ke untuk jadi suami angah?”

Bukan macam tu..

“Huh.. Patut la selama ni angah jauhkan diri daripada abang..” Irsyad tersenyum sinis, tapi matanya merah. Pandangannya kabur dengan air mata yang bakal tumpah.

Bukan sebab tu!!!

“Abang ni memang tak layak agaknya untuk angah kan..” Tumpah air mata lelakinya.

Tak..

Mata mereka saling bertentangan. Mata Irsyad dah basah dengan air mata. Mata angah penuh dengan rasa bersalah.

“Angah bencikan abang ke?”

Hmm.. Angah tak tahu..

“Angah sukakan abang tak?”

Angah.. Angah..

“Macam tu rupanya..”

Maksudnya? Apa maksud Irsyad? Angah tak faham langung.

Irsyad meninggalkan angah. Dia berlalu dari situ dengan langkah yang lemah.

Angah pula keliru sendiri. Dia tak tahu nak buat apa. Tak tahu nak mula dari mana. Tak tahu nak cakap apa!!!

Macam ni ke perasaannya bila rasa bersalah???

Sakit.

Angah duduk melutut. Matanya yang tidak mahu berkerjasama dengannya awal tadi mula berair. Hatinya mula digigit perasaan bersalah yang teramat saat terpandang air mata suaminya. Baru dia sedar sendiri..

Dia memang dah jadi kejam.

Terlebih kejam.

Siapa yang kejam sebenarnya??

Angah tak tahu setakat mana yang Irsyad tahu. Dia nak tanya, tapi takut. Takut kalau-kalau dia tersilap faham apa yang Irsyad faham.. Nanti kalau dia mengaku semua kejahatannya pada Irsyad, Irsyad mungkin akan marah kepadanya..

Marah?

Bukan itu ke yang angah cari pada Irsyad selama ni??

Sampai dia terpaksa menyamar jadi along.. Sampai dia kecewa sendiri.. Sampai dia balas dendam atas kekecewaannya.

Semata-mata untuk mencari sifat marah suaminya..

Ni adalah peluang yang terbaik. Angah sepatutnya ambil peluang ni untuk tambahkan kemarahan Irsyad lagi. Tapi Irsyad marah ke sekerang ni?

Tadi tak nampak macam marah pun. Kata-kata Irsyad pun sayu bunyinya. Meruntun perasaan bersalah yang teramat terhadap Irsyad. Sepatutnya Irsyad marah dalam keadaan sekarang ni.

Mana ada orang yang tak marah kalau tahu yang dia telah ditipu. Mustahil!! At least mesti ada sikit perasaan marah Irsyad padanya.

Angah tak puas hati.

Bilik Irsyad diterjah sesuka hati. Sekarang ni dia pulak yang nak marah.

Irsyad terkejut. Dia baru keluar dari bilik air. Waktu zohor pun dah masuk. Tak hairanlah anggota wuduknya basah. Muka Irsyad yang basah menghilangkan kesedihan yang angah nampak tadi.

Tenang.

Hatinya turut tenang. Terbang melayang perasaan nak marahnya. Biar la dulu. Nanti-nanti dia ungkit balik.

Irsyad yang pelik dengan angah macam nak marah tadi, tapi sekejap saja dah macam okey. “Apa yang angah nak cakap kat abang?” Irsyad diam..Dia silap. “Silap. Apa yang awak nak cakap kat saya?”

Angah terkejut.

Awak? Saya? Maksudnya??

“Kalau tak de apa.. Saya nak solat. Awak nak solat dengan saya tak?”

Angah diam depan pintu. Dia tak tahu nak respon macam mana dengan Irsyad yang macam ni. Hatinya tiba-tiba sakit. “Tak pe la. Tak nak.”

Angah keluar dari bilik tu. Macam mana dia boleh nak solat jemaah dengan orang yang dah buang dia dari hidupnya. Tak boleh.

Air matanya kembali mengalir. Setelah lama ianya kering tanpa perasaan sakit. Baru hari ni dia dapat rasa kembali semua kesakitannya. Hatinya sangat sakit sekarang ni..

Angah tak nak sakit ni. Dia tak nak.

Selesai solat zohor sendiri dalam biliknya, angah berbaring atas katil. Perasaan kacau bilaunya kembali reda. Sekarang ni dia harus fikir macam mana nak berdepan dengan Irsyad.

Dia bergolek-golek atas katil. Pening. Tiada satu idea pun yang muncul dari kepala otaknya.

Tiba-tiba pintu biliknya terbuka.

“Makan.”
 

are-fiyz

Active Member
Irsyad terus tinggalkan pintu bilik terbuka lepas sebut sepatah perkataan pada angah yang tengah bergolek-golek atas katil tu.

Terkebil-kebil angah yang dengar sepatah perkataan dari mulut Irsyad. Macam tu je? Pendek sangat tu. Tidak berbentuk ayat langsung. Dia marah ke??

Angah keluar dari bilik. Rambutnya yang serabut selepas buat senaman golek-golek disikat pakai jari saja.

Irsyad yang sedang menghidang makan kat dapur dilihat dengan takut-takut. Bila masa masak?

Angah tengok atas meja. Nasi putih, telur dadar, ikan bilis goreng cili padi?? Sebotol kicap.. dan sos.. Hmm.. Patut la cepat sangat. Simple saja masakan Irsyad untuk makan tengahari mereka hari ni.

Irsyad duduk lepas sendukkan nasi pada pinggannya. Angah teragak-agak nak duduk. Irsyad memang marah ke? Kalau nak cakap marah.. Muka Irsyad langsung tiada riak-riak marah. Macam normal. Biasa-biasa saja. Cuma tiada senyuman pada bibir itu.

Nak tak nak angah ambil tempat duduk jauh daripada Irsyad.

Huh??

“Kenapa?” Irsyad bertanya pada angah yang duduk jauh darinya. Tak duduk kat tempat biasa.

Angah tengok muka Irsyad dengan bersungguh-sungguh. Punya semangat dia mengkaji muka suaminya sekarang ini. Mungkin dia akan dapat hint apa yang Irsyad tengah rasa buat sekarang ni.

Tapi.. clueless.. Macam tengah tengok dinding.

Angah geram. “Angah tak nak dekat dengan abang.” Lain yang dia nak jawab lain pulak yang keluar.

Huh??

Irsyad makan macam biasa. “Kenapa?”

Kenapa apanya lagi?? Kalau dia tak nak tu tak nak la. Sibuk!!

Lain yang angah nak buat lain yang jadi.. “Hmm.. Takut.” Pinggan nasi penuh dengan lauk. Sebabnya dia tak nak bangun dua tiga kali semata-mata nak ambil lauk yang jauh daripada tempat duduknya.

“Kenapa?”

Kenapa lagi.. Tiada soalan lain ke Irsyad nak tanya. Angah tenung dinding dapur. Kali ni dia fikir macam mana nak mengelakkan Irsyad dari ulang tanya kenapa-kenapa. Mana boleh asyik dia saja yang kena soal siasat.

Tak aci!

“Sebab abang ni pelik.”

Angah memang pelik. Boleh pulak dia cakap Irsyad pelik. Makin kecik hati kawan tu dengar isteri sendiri cakap dia pelik. Mungkin Irsyad ni memang pelik kut. Kalau tak, takkan la pulak si angah ni nak kata dia pelik tiba-tiba.

“Kenapa?”

Angah tension. Kenapa lagi. Kenyataan dia tadi mungkin lagi menimbulkan persoalan kenapa dalam kepala otak Irsyad mungkin. Dia makan nasi berselang sambil menjawab persoalan Irsyad. Irsyad pun sama. Kalau tak, dua-dua tu takkan boleh habis makan sampai ke petang nanti.

“Marah.”

Angah tenung pinggannya. Kalau ada kenapa lagi.. Memang la nak kena baling dengan pinggan kat depannya.

“Kenapa?”

Ini tak boleh jadi. Angah dah hilang sabar. Anak murid pun tak pernah lagi la asyik tanya kenapa-kenapa sampai banyak kali macam dengan Irsyad ni. Dia bangun dari kerusinya. Nasi kat dalam pinggan tinggal lagi suku.

Hish. Abang ni pelik! Tak pernah angah jumpa orang yang tak pernah nak marah macam abang ni tau tak!!! Sekarang ni abang yang patut marah angah, bukan angah yang marah abang!! Tapi semua ni dah terbalik. Terbalik.”

Angah geram. Dia terus angkat pinggan nasinya. Irsyad yang terkejut dengan ayat angah tadi kembali seperti biasa. Macam tiada apa-apa yang berlaku.

Nak pergi mana?” Irsyad pandang kembali angah yang berdiri dengan pinggan nasi kat tangan. Nasi ada lagi dalam pinggan. Takkan nak membazir kut.

Angah buat tak layan soalan Irsyad. Dia terus ke periuk nasi. Disenduknya lagi nasik masuk pinggan. Tambah.

Lepas tu ambil lauk atas meja sampai habis dan letak dalam pinggannya.

Irsyad tengok saja keletah isterinya.

Angah jelling-jeling. Dia terus bawak pinggan nasi yang penuh kembali ke ruang tamu. Makan sambil tengok tv lagi bagus. Tak la boleh tercekik nasi kalau asyik dengar ayat ‘kenapa’ tu ulang tayang tanpa henti dari mulut Irsyad.

Irsyad kat meja makan tu pun dah selesai makan semasa angah pergi tambah nasi. Dia ingatkan angah dah tak lalu makan lepas marah padanya, sekali makin berselera ada la. Pelik.

Sekarang ni siapa yang lagi pelik?

Dua-dua sama saja.

Selesai membasuh semua pinggan mangkuk yang diguna pakai semasa makan tadi Irsyad mengintai-intai angah kat ruang tamu. Angah sedang makan nasi sambil tengok cerita kanak-kanak cicak padang pasir yang tengah berebut apa entah dengan burung macam ala-ala helang, serigala betina?? Lagi seekor macam anjing. Entah la. malas dia nak ambil tahu.

Yang pastinya angah tengah ketawa sorang-sorang tengok cerita tu. Seronok sangat ke?

Irsyad terus masuk bilik.



Malam tu, angah terperuk dalam biliknya. Dia tak memasak langsung hari ni. Tengahari tadi Irsyad yang masak. Sekarang dah nak makan malam nak makan apa? Semua lauk dia licinkan serta merta masa makan tengahari tadi.

Huhuhu.. Sekarang ni perutnya lapar. Tapi dia ego. Ego tak nak keluar bilik selagi Irsyad tak panggil dia makan.

Terbalik sudah.

Sekarang siapa yang patut bersikap-sikap ala-ala ego ni? Dia ke Irsyad? Ego selalunya bukan untuk spesis yang tengah marah ke?

Hmmm.. Betul la tu. Boleh diterima. Tapi siapa yang patut marah sekarang ni?

Dah lama rasanya dia tinggal sebumbung dengan Irsyad. Tapi dia tak pernah nampak sekalipun Irsyad marah. Makin fikir makin dia tak puas hati. Kalau Irsyad tak pernah nak marah langsung setelah tahu rahsianya ni bermaksud yang..

Angah rasa makin sakit hatinya.

Takkan la dalam hidup Irsyad, dirinya langsung tak bermakna sekali pun?

Angah geleng sendiri. Tapi hatinya sendiri ragu-ragu dengan penafiannya tadi.

Dah tu? Kalau dah sampai kena tipu dengan isteri sendiri pun tak ada rasa nak marah walaupun sedikit tu dah memang terang-terang menunjukkan dia memang tiada erti dalam hidup Irsyad.

Tapi..

Perlu ke semuanya jadi complicated sampai macam ni. Dia nak sangat pergi tanya terus, tapi dia takut.. Irsyad tu pakar memutarbelitkan soalan. Nanti dia yang jadi marah-marah sendiri macam tengahari tadi.

Angah pening. Dia ketuk-ketuk hentak-hentak kepalanya pada kepala katil. Serius nak bunuh diri ke apa kalau dah gaya macam ni??

Hentuk punya hentuk, terkena bucu kepala katil. Semangat sangat.

Pandangannya terasa macam berpusing. Sakit.

Tiba-tiba kepalanya rasa macam kena siram air panas. “Uu.. Panasnya.. Kenapa panas ni??” Tangannya pegang air panas yang terasa basah di kepala.

Huh??”

Air panas tu warna merah.. Dan warna merah tu?? Darah??

Warrrgggghhhhhh!!!”

Lama sudah dia tak menjerit kuat-kuat macam ni.

Tiba-tiba pintu biliknya macam nak pecah dibuka kuat dari luar. Irsyad terpacak depan pintu dengan riak muka yang risau.

“Angah?”

Angah yang terkejut sebab biliknya dah macam ala-ala drama kena pecah masuk sengih-sengih kepada Irsyad. Mungkin sebab side-effect hantuk kepala kuat sangat kut.Hehehe.. Hai..”

Tangan angah yang penuh dengan darah dah lambai-lambai Irsyad. Terkejut Irsyad. Apa lagi yang dah jadi ni.. Kenapa banyak sangat aktiviti berdarah daripada angah.. Hish.. pening kepalanya.

“Angah!!”

Dan angah dah pengsan dulu.
 

are-fiyz

Active Member
Book 32

Di hospital..

Kali ketiga dia bawak angah yang pengsan dengan berdarah-darah ke wad kecemasan yang sama.. Kebetulan kerja jumpa dengan doktor yang sama.. Menyebabkan..

“Maaf la encik. Saya tak boleh nak bersangka baik dengan encik. Kali ni dah kali ketiga isteri encik ni kehilangan darah. Walaupun kali ni tak berapa banyak.. Tapi..” doktor tu macam teragak-agak nak sambung ayatnya.

Irsyad tak puas hati. Dia tak bersalah. “Doktor. Saya tak tahu apa yang dah jadi. Serius.”

Memang dia tak tahu apa yang jadi kat angah sampai berdarah-darah kepalanya. Yang dia tahu dia dengar punya la kuat si angah ni menjerit. Rasanya rumah sebelah boleh dapat serangan jantung dengar jeritan angah.

Doktor tu hanya geleng-geleng kepala. Kalau lepas ni jadi lagi, mungkin kena fikir untuk telefon polis la pulak.

Angah dah sedar masa Irsyad tengah bersoal jawab dengan doktor yang bertugas. Dia senyum-senyum sendiri tengok Irsyad yang macam kena marah dengan salah seorang doktor perempuan dalam wad kecemasan tu.

Irsyad perasan.

“Kenapa?”

Angah buat tak nampak Irsyad. Kenapa lagi. Asyik-asyik kenapa. Sampai kat hospital pun masih tak habis-habis lagi dengan kenapa tu. Sepatutnya cuba la tanya kena-apa. Bukannya kenapa.

Angah pandang Irsyad dengan renungan tajam. Kepalanya yang berbalut dirasakan berat. “Kenapa?”

Dia tanya balik.

Irsyad buat muka tak faham. “Kenapanya?”

“Kenapa kenapanya?”

Irsyad rasa nak senyum. Tapi dia buat muka biasa. Baru dia perasan dari siang tadi asyik kenapa-kenapa yang menjadi topik perbualan antara mereka hari ni. Kepala angah yang berbalut tu dipandang sayu.

Irsyad rasa dia tak mampu nak jadi suami yang baik buat angah. Dah banyak tragedi berdarah yang terjadi pada angah sampai semua orang yang pandang dia pun dah macam pandang penjenayah.

Angah mengantuk. “Nak balik.”

Tak boleh lagi. Ni..” Irsyad pegang air yang tergantung tepi katil tu. “Takkan nak usung besi ni bawak balik rumah kut, tak muat bonet kereta.”

Angah buat muka. Boleh pulak nak buat lawak kat sini. Tengah sakit-sakit ni tak boleh nak menerima sebarang gurauan. Sensitif. “Tak kira. Nak balik gak.”

Degil sungguh. Irsyad sabar saja dengan perangai degil angah ni. Degil tak bertempat. Kalau bertempat tu tak apa jugak. Ni tak kena tempat sampai boleh dapat sakit kepala yang kronik nak fikir.

“Nanti dulu.” Irsyad cuba memujuk.

Nak balik.” Terus dia cabut jarum yang dicucuk pada belakang tapak tangan kirinya.

Irsyad terkejut. “MasyaAllah. Budak ni.”

Angah yang dengar Irsyad menggumam sendiri senyap. Dia sakit hati. Memang patut la Irsyad tak pernah nak marah dirinya. Betul la yang dia ni memang tak bermakna apa-apa langsung pada Irsyad.

Sebabnya dia cuma budak.

Budak. Mana ada orang nak marah-marah pada budak. Budak kan tak tahu apa-apa. Jadi sama macam dengan dia sekarang ni. Dia tak tahu apa-apa pasal Irsyad. Jadi kenapa perlu Irsyad nak marah padanya.

Tiada sebab.

Angah sedih. Pada Irsyad, dia hanyalah seorang budak.

Tangah kiri angah yang berdarah lepas cabut jarum air tu saja dia buat tak tahu. Irsyad cepat-cepat ambil kapas yang terlekat pada jarum tu untuk menutup tempat cucukan jarum.

Nurse perempuan yang bertugas perasan keadaan mereka berdua cepat-cepat mendapatkan angah.

Angah tolak tangan Irsyad yang cuba menyentuhnya. “Tepi!”

Dia bangun dan terus berlari keluar dari wad kecemasan tu macam ala-ala drama. Dia lari pun sebab nak lari daripada Irsyad. Dia tak nak menangis di situ. Dia tak nak sesiapa pun nampak air matanya.

Ehhh..” Nurse perempuan tu pelik. Apa yang dah jadi ni?? Pergaduhan rumah tangga yang kritikal ke?

Irsyad senyum pada nurse yang telah tertengok adegan yang tak sepatutnya tengah-tengah wad kecemasan tu.

Nurse tu pun senyum balik pada Irsyad. “Err.. Tak nak kejar ke?” Jari-jari dah dituding ke arah pintu keluar wad kecemasan tu.

Irsyad geleng.

Nurse tu buat muka pelik sendiri. Okey.. Baik. Dia tak nak masuk campur hal-hal rumah tangga orang.

Tak lama selepas angah keluar dari wad kecemasan tu, Irsyad pun keluar jugak. Buat apanya dia nak tunggu lama-lama dalam tu. Bukan dia yang sakit pun. Yang sakit dah lari keluar awal daripadanya.

Angah sedang tunggu di luar wad kecemasan. Nak pergi ke kereta Irsyad, mana dia nak tahu parking kat mana. Kan pengsan tadi. Lama sungguh Irsyad dalam wad tu. Dia geram sendiri. Bawa pesakit ke dah bertukar jadi pesakit kat dalam tu?

“Angah..” Irsyad panggil dari arah belakang angah yang sedang bertinggung tepi pokok bunga.

Angah tak berpaling. “Hmmmm..”

“Jom balik.”

Irsyad ke keretanya. Angah jadi pak turut kat belakang.
 

are-fiyz

Active Member
Hari-hari berlalu dalam rumah tu macam tiada apa-apa yang berlaku. Memang membosankan betul mereka berdua ni. Angah pulak makin sibuk dengan aktiviti-aktiviti sekolah yang bersusun dalam jadual tugasnya.

Irsyad?

Lagi sibuk daripada angah. Berganda-ganda sibuknya. Ada hari tak menapak langsung ke rumah. Ada hari hilang sampai berhari-hari. Kursus kat luar. Ada hari sepanjang hari kat rumah.

Walaupun rutin mereka berbeza, satu benda yang mesti mereka buat bersama kalau duduk satu rumah tu pada masa yang sama, ialah solat jemaah. Nak tak nak, angah kena ikut satu-satunya peraturan ketat Irsyad yang tidak boleh dilanggar sengaja atau tidak sengaja terlanggar.

Satu hari tu, selesai jemaah isyak, angah salam Irsyad macam biasa.

Tapi hari ni Irsyad luar biasa. Tangan angah yang bersalam dengannya tak dilepaskan.

“Kenapa?”

Angah pulak yang tanya kenapa. Soalan famous Irsyad.

Hmm.. Saja.” Irsyad senyum padanya. Angah tengok muka Irsyad pelik. Pelik benar ‘abangnya’ malam ni. Ada apa-apa yang dah jadi ke?

“Kalau saja… Tak payah pegang-pegang angah. Tepi-tepi. Eii.. kuman kuman.” Angah memang kurang protection terhadap kuman-kuman ke?

Tangannya ditarik daripada dipegang Irsyad dengan motif yang saja-saja itu.

Irsyad senyum. “Kenapa?”

Argghhh.. Geramnya. Kenapa la perkataan kenapa ni mesti wujud dalam kehidupan seharian mereka hah??? Angah rasa dia tak boleh hidup dengan aman kalau asyik dengar kenapa kenapa selalu.

“Angah tak suka.”

Okey.. Tak suka rupanya. Sebelum-sebelum ni dia yang lagi excited daripada Irsyad kalau bab-bab pegang memegang ni. Weird.

Oo. Kalau macam tu abang tak pegang-pegang angah dah lepas ni.” Irsyad pun betul sangat lurus tiada bengkok-bengkok punya kepala otak la.

Angah makin masam. Sungguh tidak memahami betul la Irsyad ni. Nak saja dia bungkus-bungkus Irsyad dengan telekung besarnya ni. “Hisshh.. Ni la masalah abang yang paling utama. Kronik. Teruk. Tak dapat diselamatkan. Wasalam.”

Angah cakap terus tanpa berlapik-lapik dah. Selama ni kalau dia bercakap pun tak pernah nak ada lapik-lapik bagai. Jadi ini adalah perkara yang normal bagi angah.

Orang cakap, terlajak kata buruk padahnya.

“Maksud angah? Tak faham.” Irsyad garu-garu kepalanya.

Angah tension. Penat dia nak memikir macam mana nak explain pada suaminya yang sangat suci pemikirannya. Tu belum lagi nak menyusun ayat. Boleh cedera parah otaknya.

Angah buka telekungnya. Rambut pun dah panjang macam dulu-dulu sebelum dia potong. Getah rambut yang setia mengikat rambut lurusnya ditarik lepas.

Irsyad tengok angah pelik. Nak buat apa ni?

Muka angah serius. Macam peguam nak menegakkan hujah dalam court pula. Irsyad yang duduk dihadapannya dipegang kedua belah bahu.

Mata Irsyad terkebil-kebil tengok angah. “Nak buat apa ni?”

Angah tarik Irsyad kedalam pelukannya.

Huh?

Leher Irsyad dirangkul dengan kedua tangannya. Kepala Irsyad diusap-usap perlahan dengan telapak kanannya. Gayanya persis sedang memujuk anak kecil yang sedang menangis minta dipujuk.

“Angah?”

Shuuu..” Angah mengahalang Irsyad dari berkata apa-apa.

Irsyad diam sendiri. Menunggu apa yang nak dikatakan angah. Tapi beberapa minit berlalu dengan suasana bisu di antara mereka. Angah mengusap belakang Irsyad pula sambil menepuk bahu macam mendodoikan budak yang mahu tidur.

Irsyad jadi mengantuk sendiri.

Angah perasaan Irsyad yang sedang menguap. Dia sengaja buat macam tu. Tapi mereka masih belum makan malam lagi.

“Angah..”

Irsyad panggil angah dengan meleret-leret macam orang yang bakal tertidur sikit minit saja lagi.

Hmm?”

Ngantuk.”

Angah senyum. Dia dah berjaya buatkan suaminya mengantuk. Mengantuk sangat. Mata pun dah nak tertutup. Kalau boleh tidur terus memang sedap sangat.

Irsyad fikir dia nak tidur terus macam ni. Tak payah bangun-bangun naik atas katil dah.

Mata Irsyad dah mula terpejam.

Angah pula makin melebar sengihnya. Ini la masanya.. 1..2..3..

“Banguuuuuunnnnnn!!!!” dia menjerit betul-betul tepi telinga Irsyad.

Macam terkena kejutan elektrik jadinya. Bergegar rasa badan Irsyad. Boleh pecah telinga kirinya. Angah melepaskan pelukannya. Dia terus bangun dan lipat telekungnya. Irsyad masih dalam mod kejutan elektrik.

Huhuhuhu.. Apa angah buat ni?” Rasa nak menangis Irsyad pegang telinganya. Masih ada lagi ke telinga oi?

Angah angkat kening sebelah. Konon-konon tak faham soalan Irsyad tadi. “Apa? Angah tak faham la apa yang abang cakap ni.. Abang mamai ke?”

Angah versi jahat dah mula mengusai dirinya. Siapa suruh Irsyad cari pasal dengannya. Tanggung sendiri la akibatnya.

Irsyad mendongak ke atas mencari muka angah yang sedang berdiri tu. “Kenapa angah menjerit tepi telinga abang tadi?”

“Menjerit? Bila masa? Tak de pun angah jerit-jerit. Sah la abang ni dah mamai.”

Irsyad garu-garu kepalanya. Sudah laa.. Angah dah mula dengan perangai peliknya. Apa lagi yang tak kena ni?

“Apa yang angah cuba nak sampaikan kat abang sebenarnya ni?”

Choose..”

Huh?

Truth..”

Irsyad makin serabut. Betul ke tidak apa yang dia dengar dari mulut angah ni? Angah nak main truth or dare ke sekarang?

“..or..”

Irsyad tak nak main game pelik tu. Banyak lagi benda berfaedah dari main pelik-pelik macam tu. Makan pun belum lagi. Teringat yang mereka belum makan malam.

Lie..”

Huh?

Ada ke game truth or lie? Irsyad tak pernah dengar pun selama dia hidup. “Angah cakap apa ni? Abang tak faham la.”

Ish..” Kepala Irsyad diketuk-ketuk dengan telekung yang dah lipat tadi.

Eh.Eh.Eh.. Kenapa pulak ni?? Apa salah ke soalan abang tadi?” Irsyad sedih. Semua anggotanya cedera malam ni. Tadi telinga. Sekarang dah jadi kepala.

“Abang ni.. Tadi beria-ia tanya angah. Lepas tu buat-buat tak faham.”

Dah memang Irsyad tak faham. Mana la dia rajin nak buat-buat tak faham. Makin menyusahkan kepala otak nak berfikir lagi ada la. “Serius tak faham.”

“Takkan Bahasa Inggeris pun tak faham kut?? Kerja dah besar.. Gaji pun besar.. Klien pun besar-besar.. Mesti la Bahasa Inggeris pun kena besar.”

Irsyad rasa nak gelak sendiri. Bukan tak faham soalan Bahasa Inggeris angah tu, tapi tak faham apa yang angah nak cakap sebenarnya.

“Angah.. Cuba straight to the point dengan abang.. Tak payah nak berbelit-belit sangat. Macam yang angah selalu buat. Cakap terus-terus tak berlapik tu.”

Irsyad perli ke apa ni?

Huh. Malas. Hilang mood.”

Angah terus melangkah keluar. Dia lapar. Makin lapar kalau layan suaminya yang tak pernah nak faham sendiri. Mana boleh semua benda nak kena explain.

Tangan angah ditarik dari belakang. Irsyad menghalangnya dari keluar.

Tell me..”

Angah pusing kembali mengahadap Irsyad dengan senyum dibibir. Makin pelik Irsyad jadinya.

“Angah peluk abang, usap kepala abang, tepuk-tepuk bahu abang.. Best tak?” Angah tengok muka suaminya yang sedang dilanda kepelikan.

Irsyad angguk-angguk.

“Angah jerit tepi telinga abang tiba-tiba tadi sakit tak? Ada rasa perit tak?”

Irsyad mengangguk lagi.

Senyuman angah hilang tiba-tiba. Mukanya macam orang yang tiada apa-apa perasaan.

That’s how I feel..”
 

are-fiyz

Active Member
Book 33

Beberapa hari kemudian..

Semua kerja yang Irsyad buat tak berapa nak jadi. Bukannya dengan sepenuh hati. Separuh hati saja diberikan kepada kerjanya. Separuh hati lagi diberikan kepada otaknya.

Fikirkan ayat angah dua tiga malam yang lalu memang meletakkan pelbagai rasa dalam hatinya ketika ini. Dia rasa salah, rasa bersalah, rasa dipersalahkan, rasa menyalahkan semua ada.

Pening.

Sejak pada malam tu, Irsyad tak berani nak kata apa-apa dan kenapa pada angah. Senyap sepi saja rumah mereka. Tak banyak sesi perbualan antara satu sama lain. Masing-masing buat kerja sendiri.

Irsyad rasa dia perlu teruskan rancangannya yang kedua.

Honeymoon..

Dia teringat permintaan angah sebelum-sebelum ni. Ajakan angah yang terlalu berterus terang apabila dia memegang isterinya itu, selalu dia tolak. Kalau orang lain fikir mesti dia ada masalah.

Mana ada orang akan tolak pahala besar sekiranya dah mendirikan rumah tangga. Cuma dia tahu, sebenarnya angah masih belum bersedia. Dia nampak, walaupun mulut angah cakap lain.

Sedang Irsyad mengemas menyiapkan pelan baru siap dengan model atas meja besarnya dalam bilik tu.. Tiba-tiba..

“Abaaaaannnggggg!!” Pintu bilik Irsyad dah macam nak tercabut.

Baru nak gam bumbung model barunya.. Dia dah tergam jari sendiri. Terkejut punya pasal.

“Kenapa ni??” Jam dah menunjukkan pukul 12 tengah malam lebih.

“Api-api..” Angah terus lari lintang pukang meninggalkan Irsyad dalam bilik keseorangan. Tiba-tiba biliknya gelap sendiri.

Haa..

Sudah..

Ada kebakaran ke?? Macam mana ni?? Takkan nak tinggal model yang dah 99% siap ni? Tak boleh.. Nanti penat nak kena buat lain. Dah la bapak punya besar model ni. Tapi nak selamatkan macam mana??

Irsyad dah pening sendiri. Kalau terlambat buat keputusan nyawa boleh melayang. Angah pula.. Memang isteri terbaik la.

Tinggal dia macam tu saja. Kut la nak tolong suami buat operasi menyelamat ke.. Ini tidak, lari selamatkan diri dia dulu saja. Irsyad terus capai telefon, beg laptop dan dompetnya. Semangat lari-lari keluar dari bilik yang dah gelap tu.

Eh??

Mana apinya?

Gelap gelita satu rumah. Kalau ada api mesti lah dah terang dan berasap-asap rumahnya.

Asap?

Asap pun tiada. Apa semua ni??

“Angah???” Irsyad jerit panggil isterinya. Tiada panggilan. Takkan dah lari sungguh kut?

Mungkin kebakaran kat rumah sebelah kut. Cepat-cepat dia ke pintu rumah. Pintu dibuka.

“Jeng jeng jeng!!”

Terkejut Irsyad. Angah depan pintu rumah. Dengan api??

Happy birthday!!”

Eh? Birthday? Oo.. Dia terlupa sendiri hari lahirnya. Asyik fikir benda lain sangat. Senyum mula mengambil alih mukanya yang serius gelabah semacam tadi.

“Mana api?” sengaja dia tanya angah yang semangat jerit api-api tadi.

He.he.he. Nii..” Angah pegang lilin sebatang kat tangan. Sebab gelap sangat, dia tak sempat nak cari lampu suluh. Terus nyalakan lilin dengan bawa kek lari keluar.

Atas kek tu tiada lilin macam orang selalu buat cucuk-cucuk lilin atas kek, lepas tu main tiup-tiup buat wish siap. No. Hidup dengan Irsyad bermaksud hidup dengan penghayatan agama yang sangat tinggi. Dia teringat sendiri..

“Angah teringin nak makan kek ada lilin..”

Lepas tu Irsyad beli kek dengan lilin sekotak. Lilin besar. Macam boleh merosakkan rupa kek ni kalau cucuk lilin besar tu atas kek.

Lilin besar tu dinyalakan dan dilapik atas piring.

“Kenapa macam ni?”

“Dear… Hari tu kan nak makan kek dengan lilin.. Sekarang ni dah ada depan mata kan? Jom makan.”

Angah ketawa. “Bukan macam ni. Angah nak kek ada lilin atas kek tu.”

Irsyad terang habis sebab musabab yang dalam islam sebenarnya mengharamkan amalan meniup lilin atas kek semasa menyambut hari lahir.

Terangguk-angguk angah selepas mendengar penerangan Irsyad.

Sekarang ni dia tak cucuk lilin besar tu atas kek. Tapi dia pegang lilin tu dengan tangan kirinya. Kebetulan tak jumpa lampu suluh punya pasal.

Mereka berdua dah melangkah masuk ke dalam rumah. Suis lampu dipetik. Rumah pun dah jadi terang benderang kembali.

Masing-masing duduk kat ruang tamu. Lilin tadi angah dah padam siap-siap lepas lampu dah terpasang. Irsyad jadi terharu sendiri. Ingat jugak angah pada hari lahirnya. Mahu jugak angah buat kejutan untuknya.

Setakat ni belum ada lagi kejutan yang dia beri untuk angah. Sungguh tidak romantik betul la Irsyad ni. Angah ke dapur ambil piring, garpu dan pisau potong kek. Jag air masak dia angkut sekali ke depan dengan gelas dua biji. Malas nak tuang siap-siap.

Irsyad perhati saja tingkah isterinya. Sampai sekarang dia tak boleh teka apa yang angah akan buat setiap hari. Walaupun manusia ni ada rutinnya, tapi angah, dia bukan spesis yang stick to the routine after all..

“Jom makan!” Excited benar muka angah nampak kek sekarang ni.

Sebenarnya angah nak makan kek tu terus saja lepas bayar. Serius tak tahan. Terliur sangat nak tunggu sampai 12 tengah malam. Sepanjang masa dia asyik buka peti ais dan menghalang sebarang bentuk talian hayat yang Irsyad cuba lakukan pada peti ais rumah mereka.

Bimbang..

Rahsia keknya akan terbongkar.

Irsyad senyum sendiri. “Mana lilin tu?” Dia dah tak nampak lilin kat tangan angah.

Eh?” Terus tangan kiri angah ditarik. “Kenapa ni?” Merah-merah habis tangan isterinya.

Angah buat muka. “Ala.. Tak sakit pun. Sikit saja. Kena air lilin tadi tu.”

Air lilin? Cairan lilin yang panas tu? Astaghfirullah..

Angah perasan riak muka Irsyad yang macam tak puas hati dengan jawapannya. “Dah abang lama sangat dalam rumah tu, siapa suruh. Mana ada orang yang boleh bertapa dalam bilik tu lama-lama macam abang tadi kalau tiba-tiba ada orang jerit api-api. Pelik betul.”

Memang pelik betul Irsyad ni. Habis tangannya pedih-pedih sebab cairan lilin tu jatuh pada tangannya. Nak saja dia cucuk lilin besar tu atas kek. Lama sangat ambil masa nak keluar rumah.

Irsyad senyum mendengar rungutan isterinya.

Okey. Abang salah. Mintak maaf ye.”

Tahu pun. “Dah, dah.. Makan kek.” Angah dah tak potong kek tu. Sia-sia dia bawak pisau bagai. Terus garpu diambil dan dikuis macam tu saja atas kek.

Selamat masuk mulut Angah dulu.. Irsyad pun tengok saja kek hari jadinya orang lain yang rasmi dulu.

Waaa.. Sedapnya.. Pandai angah pilih kek.” Puji diri sendiri. Sekarang ni siapa yang menyambut hari lahir siapa ni?

Gaya pun dah terbalik. Irsyad pulak yang pergi potong kek tu dan letak dalam piring. Piring dihulurkan kepada angah yang makan kek tak ikut etika tu.

Nah.. Cuba makan tu sopan-sopan. Kan comel saja abang tengok kalau makan sopan-sopan.”

Mulut angah dah kembung dengan kek. Macam orang kebulur tak makan seminggu.

“Baik!!”

Tersembur habis kek dalam mulutnya ke muka Irsyad. Semangat sangat.

Dan yang pastinya.. Irsyad takkan pernah marah. Itu angah tak risau dah.
 

are-fiyz

Active Member
Malam tu mereka berbual lama. Sebab dah lama kan tak berbual. So, ada peluang Irsyad rasa dia kena gunakan sehabis mungkin.

Habis sebiji kek yang tak berapa nak besar. Semuanya gara-gara ‘hantu kek’ angah yang semangat sangat. Hari lahir Irsyad mungkin sengaja dialasankan untuk dia membeli kek. Ish.Ish.Ish. Sungguh tidak patut.

Lewat pukul 3 pagi mereka masih berbual..

Irsyad mula dah nak terpejam matanya. Angah pula masih bersemangat cerita pasal sekolah la, guru besar la, cikgu-cikgi yang sangat kelakar la.. Macam-macam. Irsyad dah tak boleh nak fokus. Matanya mengantuk sangat.

Rasa macam boleh pengsan tertidur kat ruang tamu tu.

Weh..Weh.. Bangun la. Bangun.” Angah tolak-tolak Irsyad yang tersengguk-senguk sebelahnya. Tak puas hati. Dia masih belum mengantuk lagi. Tapi Irsyad dah semangat nak tidur.

Mana boleh!

Irsyad tersedar. “Ha? Hmm.. Hmm.. Apa? Hmm.. Hmm..” Matanya pejam balik. Badannya dah tersandar kat sofa dengan kepala menghentuk kepala angah di sebelahnya.

Adeh. Sungguh tidak romantik la suami aku ni.” Angah garu-garu kepala sendiri.

Cubaan demi cubaan dilakukan untuk membangunkan Irsyad. Mana mungkin la dia nak dukung ke, nak kokkong ke, nak gendong ke manusia yang lagi berat dan lagi tinggi daripadanya.

Tu namanya dia kena daftar masuk kelab bina badan dulu.

Baru ada lessen dia nak mengangkat suaminya ni walaupun dengan sebelah tangan. Konon-konon bajet kuat la sangat.

Tapi Irsyad masih belum menunjukkan tanda-tanda untuk bangun. Angah terpaksa fikir cara lain. Cara yang lebih berkesan.

Cubit?

Dah.. Tak berkesan langsung. Siap pakai cubitan kuku tajam lagi. Naik takut dia tengok kulit lengan Irsyad yang dah macam nak terkeluar isi pun ada. Reject.

Tampar?

Dah jugak. Apa yang dia dapat? Free-free saja tangannya kebas. Rasa nak tercabut pergelangan tangannya. Badan Irsyad ni batu ke?

Jerit?

Boleh hilang suaranya. Jiran sebelah pun bangun kalau dengar dia menjerit. Baguslah.. Dia boleh mendorong jirannya bangun bertahajud.

Jerut?

Mana boleh. Dia belum berhajat untuk menjadi janda lagi pada umur sekarang ni. Kalau dah ada anak dua tiga baru boleh dia fikirkan cadangan tu. Ish.Ish.Ish. Ni dah ada cubaan membunuh suami ni.. Tak boleh!! Nanti tak boleh dapat faraid. Rugi rugi.. Cancel.

Haa.. Simbah air??

Bernas juga idea ni. Gelas air dicapai dan dia try percik percik air pada muka Irsyad. Tak jadi tak jadi. Simbah? Buat apa yang pergi perciknya pulak.. Mana boleh.. Nanti kembang kayu kayan sofa rumah ni kang tak sampai dua tiga hari rumah mereka dah tiada tempat duduk. Dah la sofa ni adalah ‘katil kesayangannya’.. Oo.. Tidak sama sekali dia mahu mengorbankan hayat sofa ini semata-mata nak mengejutkan orang macam dah mati sebelahnya ni.

Dah tu?

Biar saja la dia tidur sini. Nak sangat dia tidur sini. Biarkan. Biarkan.

Teruk sungguh..

Macam mana nak buat dah kalau semua cara kejut tak jalan?? Idea oo idea.. Sila la muncul dalam kepala otak angah buat masa sekarang ni. Kecemasan. Dia pun jadi mengantuk tengok Irsyad yang sedang tidur dengan nyenyaknya.

Tak aci.

Angah memerhati sekelilingnya. Mungkin akan idea yang datang membantu. Tapi berminit-minit dia tunggu idea nak datang masuk ke dalam kepala otaknya satu pun tiada.

Mungkin waktu dah lewat sangat.

Jam di dinding menunjukkan lewat pukul 4 pagi. Matanya angah dah jadi lampu isyarat berhenti berjalan. Merah!

Tiba-tiba dia terfikir idea yang menarik.

Hehehehe..

Sorry.. I have to.”

Baju Irsyad dia tanggal pakai hujung jari. “Eii.. Ngerinya aku..” Tapi dia buat jugak.

Tapi Irsyad tak bangun-bangun pun lagi. Baju Irsyad yang dia buka dilempar macam tu saja.

“Abang oo abang.. Jangan salahkan angah ye.. Hihihi..” Dia sengih jahat sorang-sorang. Entah apa bentuk kejahatan yang dia cuba buat la sekarang ni. Ish.Ish.Ish.

Angah pejam mata sendiri.. Memang kurang senonoh. Lepas pada tu dia tak tengok dah. Dia tengok tempat lain. Rasa macam tengah nak menganiaya suami sendiri pun ada sekarang ni.

Hish.. Pening-pening. Irsyad dia tarik dan sandarkan pada belakangnya. Konon-konon nak buat piggyback la sangat. Alih-alih dia heret saja suaminya masuk bilik. Tu pun masih tak sedar-sedar. Tidur mati sungguh.

Keesokan paginya..

Irsyad rasa dia macam peluk sesuatu. Tapi dia mana pernah tidur guna bantal peluk pun sebelum ni. Huh?

Mata terbuka. Angah? Dia peluk angah? Mimpi ni..

Angah kat sebelah dah bergerak-gerak. Mungkin kena peluk kut. Irsyad terus bangun duduk. Biar betul? Dia tidur dengan angah? Apa dah jadi semalam?

Warrrgggghhh!!” Kali ni Irsyad pulak yang menjerit. Bukan angah.

Angah yang terkejut pun terus bangun. Irsyad tuding-tuding padanya. “Huh? Kenapa?” dia menutup mulut menahan kuap.

“Ma.. Mana ba..baju angah?” Irsyad tak tengok dah angah yang cuma bersinglet tali halus tu. Dia lupa keadaan dia yang juga tak berbaju.

Angah pusingkan badan Irsyad yang dah berpaling ke sebelah dinding sambil senyum-senyum. He.He.He.

Surprise!!”

Huh?
 

are-fiyz

Active Member
Book 34

Di universiti along..

Dah berminggu along tak balik rumah. Sejak angah pindah rumah Irsyad dia masih belum lagi menjejak kaki ke rumah tu kembali semata-mata nak jumpa angah.

Angah tidak mahu menolongnya lagi..

Dan sekarang dia buntu sorang-sorang.

Ni semua sebab kes Farid. Berita buruknya dia dan Farid memang dah berdamai. Buruk ke? Buruk la. Sebab si Farid tu tak ubah macam member-member lelakinya yang lain. Macam tak kena pun ada.

Mana ada pernah dia treat perempuan macam lelaki.

Berita baiknya?

Mana ada berita baik. Berita lagi buruk punya teruk buruknya ada la. Beritanya si Farid dengan dia dah macam jadi ‘member’ rapat. Ni adalah perkara luar biasa. Mana pernah dia rapat dengan mana-mana membernya.

Haish..

Jadi?

Jadi dia nak mintak tolong jasa baik angah la..

Jasa baik angah? Buat apa lagi? Tak cukup ke angah dah tolong kes dulu tu. Ingat senang nak berlakon macam tu dengan perempuan jugak? Boleh muntah tiga hari non-stop tau..

Bukannya dia tak cukup ke, sedikit lagi nak cukup ke dengan jasa angah tempoh hari. Tapi masalahnya sekarang ni dia pelik dengan si Farid..

Pelik? Apa yang pelik?

Hish. Entah la. Dia pun tak tahu nak terang macam mana. Farid macam lain. Dia pun jadi lain semacam.

Kenapa ya?

Teringat along masa telefon angah..

“Hello..”

“Angah. Nak tanya ni, kalau ada orang tu pelik dengan kita tandanya apa?” Terlalu umum soalan along.

“Hish. Pelik sangat la along ni.”

Orang yang tanya soalan pelik itulah yang dikatakan pelik.

“Cepat la. Jawab soalan along.”

Angah malas. Dia terus cakap “Dah dia suka along. Sebab tu la dia pelik-pelik dengan along.”

Angah teringat waktunya jadi along. Semua benda pelik dia buat. Sebab dia rasa dia dah mula suka suaminya tu. Jadi soalan along tadi boleh dikira logik dan wujud la.

“Huh? Betul ke ni?” Along macam ragu-ragu dengan jawapan angah.

“Dah ragu-ragu tu pergi tanya dia sendiri la!! Yang tanya angah kenapa!!!” Angin marah angah tak habis-habis lagi dengan alongnya.

Talian diletakkan.

Along tengok telefon. “Kurang membantu punya kembar. Baik tak payah jadi kembar aku kalau nak menderhaka macam ni. Huh!”

Along pun geram jugak. Dah serabut dengan perangai pelik Farid, ditambah dengan ribut angah lagi.. Memang dia nak pergi serang saja asrama perempuan tu.

Haa..

“Kenapa pulak tak boleh.. Kan boleh kalau macam tu.. Aku pergi saja la asrama dia.”

Along terfikir-fikir rancangan yang agak bernas.



Beberapa hari, lepas pada panggilannya untuk angah dia buat delivery ke rumah angah. Siap dengan pos laju. Baik tak payah pakai pos laju. Lagi laju kalau dia pergi sendiri rumah suami isteri tu. Tak la perlu membazir duit nak bayar duit pos bagai. Memang sungguh kurang cerdik along ni.

Dia dah jadi kurang cerdik kalau melibatkan hati dan perasaan manusia. Lambat. Sesetengah orang kalau kelebihannya banyak pada pelbagai aspek, mesti ada kelemahan pada satu aspek..

Dan kelemahan along, tak reti nak kawal perasaan sendiri.

Kelemahan ke tu?

Kelemahan la.. kut. Bahaya tu. Nanti orang salah faham, kan boleh membawa kepada kebahayaan diri sendiri.

Along telefon dua tiga hari selepas dia rasa-rasa macam dah sampai apa yang diposkannya. Sungguh tidak efektif langsung la Along ni. Kalau pakai pos kecemasan, memang sehari lepas tu dah sampai. Tak payah tunggu berhari-hari pun.

“Hello..”

“Angah.. Mintak tolong sekali ni je. Last-last.”

“Apa?”

“Tolong buat macam angah buat kat Farid hari tu.”

“Tak nak.”

“Please.”

“Along ni!! Angah cakap tak nak tu tak nak laa!!”

“Please angah.. Along tolong angah banyak kali apa dulu. Semuanya tak logik pun apa yang angah suruh along tolong. Angah baru tolong along sekali dah tak nak. Apa laa.. angah ni. Sampai hati.”

Angah senyap.

“Along.. Kan angah dah tolong dulu. Cukup-cukup la tu. Mana boleh angah buat macam tu lagi dah. Tak boleh!”

“Please. Sekali ni jer. Bukannya along nak suruh angah buat macam apa yang angah buat dulu. Just approach her. Just that. okey?”

Angah macam tak membantah. Along sambung lagi.

“Sekarang ni angah keluarkan barang yang along hantar tu.”

Angah senyap. Mungkin sedang mengikut arahannya barangkali.

“Along.. Angah tak nak. Angah takkan sesekali kerat rambut dah macam dulu.”

“Alaa.. Bukannya along suruh angah kerat rambut pun.” Dia tak tengok isi kotak tu lagi ke?

Angah senyap.

“Kalau angah tak tolong pun, along takkan mati punya la.” Tengah marah-marah angah keluarkan isi kotak.

“Please.. Kalau angah tak nak tengok along mati.. Please..” mengugut pulak along ni.

“Along!! Mana boleh pakai rambut palsu ni la!!”

“Ala.. Try la dulu. Bukan suruh pakai tunjuk kat orang. Darurat ni. darurat.” Pandai-pandai saja along keluarkan fatwa sendiri.

Angah angkat rambut palsu tu tinggi-tinggi. Dia cuba di kepalanya. Dia nampak along di dalam cermin.

“Please angah. Angah dengan Ilham dah okey kan.. Sekarang ni angah kena tolong along pulak.”

“Sebab along la angah still tak dapat nak terima Ilham Irsyad dalam hidup angah tau tak!!”

Terdiam along. Okey.. Sekarang ni dia nak buat apa? Mustahil la angah still akan tolong dia lagi kalau dah macam ni.

Hish buntu.

Along diam sendiri. Dia kecewa dengan angah.

“Tak pe la kalau dah macam tu. Ingatkan kembar sendiri tak berkira kalau nak tolong kembarnya. Tak sangka angah ni berkira rupanya. Along kecewa dengan angah. Lepas pada ni along takkan mintak tolong angah dah, angah pun tak payah la nak mintak tolong along lagi dah. Assalamualaikum.”

Along letak telefon lepas membuat pengakuan kecewanya terhadap angah tadi.

Harap-harap angah setuju nak tolong dirinya. Saja dia buat ayat macam tu sebab angah selalunya akan jadi kesian padanya lepas dengar ayat-ayat yang berbentuk kekecewaan kesedihan ni.

Hihihi..

Teruk punya along. Dah orang tak nak tolong tu tak nak la.

Along dah tak kisah. Janji dia tahu apa yang tak kena dengan Farid tu. Lain kali boleh la dia berfikir macam mana nak bertindak dengan betul depan Farid nanti.

Along pening sendiri. Dia fikir kalau nak buat apa-apa mesti la dia kena pastikan dulu apa yang tak kena dengan Farid tu. Sekarang ni dia tak boleh nak buat apa-apa la kiranya?

Hmm.. Macam tu la..

Masalah oo masalah.. Bila la nak selesai kalau dah macam ni jadinya. Dia dah tambah satu lagi masalah baru. Masalah merajuk dengan angah. Harapnya nak la angah tu datang pujuk dan sekaligus setuju nak tolong dirinya.

Amin..
 

are-fiyz

Active Member
Angah berkira-kira sendiri sama ada nak tolong along atau tak lepas pada panggilan telefon along tempoh hari. Pagi beberapa hari yang lalu.. Dia dah buat kejutan untuk suaminya sendiri.

Hihihi.. Padan muka.

Huh?

Lama dah dia mintak nak pergi honeymoon kan.. Dari kepala berbalut sampai kepala terbuka balutnya dan berbalut balik dan dah buka dah balutan pun tak ada khabar berita yang mereka akan pergi honeymoon lagi. Tak aci la.. Tak aci..

Lama sangat dia tunggu bilalah masanya dia akan pergi honeymoon. Kebetulan yang memang kebetulan.. Malam hari lahir suaminya, nak kejut suruh bangun tidur bilik sendiri pun punya la payah. Huh.. Terus timbul idea pelik tu.

Dia sengaja nak buat Irsyad serba salah. Hohoho.. Teringat kes pagi tu. Rasa kena peluk kuat sangat, boleh melayang nyawa pun ada. Tapi dia buat-buat tak tahu. Still tidur macam biasa.

Warrrgggghhh!!” Kali ni Irsyad pulak yang menjerit. Bukan angah.

Angah pura-pura terkejut terus bangun. Dilihatnya Irsyad tuding-tuding padanya. “Huh? Kenapa?” Dia menutup mulut menahan kuap. Bajet-bajet mengantuk lagi..

“Ma.. Mana ba..baju angah?” Irsyad dah tak tengok dirinya. Mungkin sebab pakai baju yang terdedah lengan dan bahagian atas depannya kut.

Seksi sedikit.

Sengaja dia pakai macam tu. Hihihi..

Angah pusingkan badan Irsyad yang dah berpaling ke sebelah dinding sambil senyum-senyum. He.He.He.

Surprise!!”

Huh?

Irsyad pelik. Pagi-pagi ni pun dah buat kejutan ke? “Surprise apanya?”

Angah menghadapkan badannya ke arah Irsyad. Penat nak telengkan kepala saja. Boleh terteleng kepalanya lama-lama macam ni.

“Hadiah.”

“Hadiah? Hadiah!?” Baru Irsyad dapat menangkap maksud angah. Jangan cakap yang mereka dah..

Angah angguk-angguk. Bajet faham sendiri apa yang sedang bermain di kepala otaknya. Irsyad pun dah tengok diri sendiri yang dah tiada baju dengan angah yang seksi sebelahnya.

Oh noo.. Irsyad menggeleng.

Oh yes.. Angah mengangguk.

Happy birthday abang!!! Yei!!” Excited angah. Sepatutnya kat sini yang excitednya Irsyad. Terbalik sudah.

Irsyad tengok angah yang excited kat sebelah. “Kenapa boleh jadi macam ni?”

Eh? Apa suara semacam saja bunyinya. Macam orang tak puas hati. “Abang tak ingat ke?”

Angah sengaja nak bermain teka-teki dengan Irsyad. Pagi ni punya kes termasuk dalam rancangan terbarunya.

“Ingat? Ingat apa?”

“Cuba abang ingat betul-betul. Penat angah semalam. Huh..” Angah buat-buat muka penat. “Rasa nak tercabut pinggang angah ni..” Angah urut-urut belakang pinggangnya. “Urut-urut.” Dia suruh Irsyad pulak yang urut.

Irsyad yang dengar ayat angah lagi tak nak ingat.

Memang angah penat semalam. Penat nak mengangkat suaminya ni balik bilik. Entah berapa kilo la berat suaminya ni pun dia tak tahu. Kena suruh pergi timbang lepas ni. rasa nak tercabut pinggangnya lepas pada tu.

Tu yang dia buka baju tinggal singlet saja. nak urut belakang dengan baju payah. Lepas urut terus tertidur sebelah Irsyad. Macam tu la jadinya. Tiada apa-apa yang tak senonoh terjadi pada mereka berdua.

“Kita buat tu ke?” Irsyad tanya pada bantal. Malu nak tengok muka angah.

Angah rasa nak pecah ketawa dengan reaksi muka Irsyad sekarang ni. Watak mereka berdua seakan-akan terbalik sudah. Irsyad ni macam perempuan yang malu-malu dan angah pula macam lelaki yang cool macam tiada apa berlaku.

Seronok angah tengok Irsyad yang muka dah merah-merah. Makin seronok dia nak menyakat.

“Abang rasa?” Angah terus tarik Irsyad dalam pelukannya. Gimik la konon-konon. Angah memang suka berlakon ke apa? Berapa banyak scene tak senonoh dia buat dengan cemerlang. Dulu tu kes Farid pun scene tak berapa nak senonoh jugak.

Ish.Ish.Ish.

Irsyad yang terkena peluk macam dah terkena kejutan elektrik. Rasa nak telan liur sendiri pun susah. Angah ni macam takkan selamat saja untuk kali kedua. Subuh-subuh macam ni orang dah bangun nak pergi solat subuh berjemaah. Dia??

Terkebil-kebil sendiri.

“Betul ke?” tanya Irsyad sekali lagi.

“Kalau betul kenapa? Tak boleh ke?” Angah sengaja provoke.

“Kalau betul jom sambung lagi.”

Huh? Angah pulak yang telan air liur. Nak menyakat last-last dia yang tersakat. Pelukan Irsyad dilepaskan. Terasa macam ada arus elektrik pelik yang disalurkan Irsyad kepadanya. Oo.. Tidak. Tidak.

Eh.. Mana boleh!! Time jalan-jalan honeymoon pulak nanti. Baru boleh..”

Huh?
 

are-fiyz

Active Member
Book 35

Irsyad asyik terkejut dengan perangai angah yang baru sejak dua tiga hari ni. Macam-macam yang angah buat. Tak pernah-pernah dia buat selama ni tiba-tiba saja buat. Apa agak la intention angah yang sebenarnya? Dia masih blurr..

Teringat kes pagi-pagi subuh terkejut sebab angah dekat sebelah. Awal-awal pagi dah mintak nak pergi honeymoon. Pelik sungguh.

Irsyad merancang sendiri nak pergi honeymoon dengan angah nanti. Dah janji tu kena tepati la. Dia takkan mungkir janji. Janji tu kan satu amanah berat.

Ingatkan nak buat kejutan honeymoon untuk angah, rupa-rupanya angah yang buat kejutan honeymoon dalam biliknya. Memang penat otaknya nak mengingat apa yang jadi.

Hasilnya memang dia tak ingat apa-apa pun sebabnya dia dah tidur. Mana ada orang tidur mati ada apa-apa ingatan pasal dirinya ketika tidur. Yang ada cuma mimpi saja la. Tapi malam tu dia tak mimpi apa-apa pun. Mungkin penat sangat kut.

Hari ni dah genap setahun mereka kahwin.

Tapi angah macam tiada kejutan apa-apa pun untuknya hari ni. Separuh hari berlalu macam tu saja. Angah memang cuti hari ni. Cuti sekolah. Cuma Irsyad saja yang kerja.

Petang macam biasa Irsyad balik rumah. Dia tercari-cari angah. “Angah?”

Angah tiada di mana-mana. Irsyad keluar rumah balik. Tengok kasut angah.

Semua jenis kasut ada tersusun kat rak kasut. Pelik. Mana budak ni pergi? Takkan la keluar rumah tak pakai kasut kut..

Irsyad masuk balik dalam rumah. Nanti-nanti la dia cari angah. Sekarang ni bersihkan diri adalah lebih penting dan menjadi asas keperluan asasi semua manusia.

Selesai membersihkan diri, Irsyad keluar dari biliknya. Misi mencari angah perlu diteruskan. Entah lesap ke mana la isteri sendiri pun dia tak tahu. Tengok telefon tiada call atau mesej daripada angah pun.

Jadi macam hari tu ke?

Irsyad membuat tinjauan satu rumah sambil panggil-panggil angah. Tiada sahutan balik pun daripada angah.

Irsyad berdiri depan pintu rumah sambil bercekak pinggang. “Takkan la nak buat kejutan lagi kut?”

Telefon bimbit dikeluarkan dari poket seluar. Nombor angah didail.

Panggilan bersambut. “Hello?” Suara angah di hujung sana talian bunyi macam lain.

“Angah?”

Eh tak la.. Ni bukan angah.”

Irsyad pelik sendiri. Skrin telefon di tengok kembali. Memang nombor angah pun. Dah tu siapa pulak yang angkat telefon isterinya ni?

“Tumpang tanya.. Ni encik Ilham Irsyad ke?”

Irsyad pelik. Dia angguk. Lupa yang orang sebelah sana mana nak nampak anggukannya. “Ye saya.”

“Encik, suami kepada Afrin Alia ke?”

Ye saya.”

Apa la yang angah dah buat ni. Adeh..

Irsyad tarik nafas panjang-panjang. Rasa macam dia bakal menerima satu kejutan yang paling terkejut.

“Encik sila datang ke balai polis sekarang ye.”

Eh?? Kenapa pulak? Kenapa dengan angah.. Eh isteri saya. Kenapa dengan isteri saya?”

Oo.. Jangan risau. Isteri encik cuma terlibat dengan kemalangan jalan raya tadi. Datang sekarang ye.”

Huh?

Di balai polis..

Irsyad tercari-cari angah. Rasanya tak la besar sangat balai polis cawangan ni. Boleh tengok sekali pandang saja.

Dia nampak angah tengah duduk di atas kerusi. Baju yang dipakai penuh dengan darah. Apa angah buat kat balai polis instead of pergi hospital?

Angah tengah bercakap-cakap dengan seorang pegawai polis.

Irsyad berjalan ke arah angah.. Takut-takut.

“Angah?”

Angah berpaling ke arah suara yang memanggil di sebelah kirinya. Kacau betul.

Eh.. Abang.. Meh duduk-duduk.” Sempat lagi angah ajak Irsyad duduk dekat kerusi kosong sebelahnya.

Sungguh tidak sensitif betul la angah ni. Irsyad dekat sebelah macam nak tercabut jantung dapat berita angah terlibat dengan kemalangan jalan raya. Irsyad tengok angah macam okey saja. Bercakap-cakap dengan pegawai polis tu macam tak cedera apa-apa pun.

Irsyad tarik angah menghadapnya. Terbantut percakapan angah yang penuh bersemangat depan pakcik polis tu.

“Angah okey?”

“Sekejap ye.” Angah buat isyarat tangan dan sambung balik bercakap dengan pakcik polis tu. Ish.ish.ish.

Beberapa minit selepas itu..

“Nasib abang datang.”

Angah senyum pada Irsyad kat sebelah.

Tiba-tiba ada pegawai polis perempuan datang ke arah angah. “Puan Afrin, telefon puan. Terima kasih atas kerjasama puan.”

Telefon bertukar tangan. Angah mengangguk sambil senyum. “Sama-sama.”

Dia pandang balik Irsyad yang macam patung sejak dari tadi. “Jom balik.”

Masing-masing dah keluar dari balai polis. Angah berjalan depan sedikit dari Irsyad yang lambat sangat berjalan.

Rasanya dia dah macam jauh ke depan. Terus dia berpaling ke belakang. Patut la. Irsyad tak berjalan langsung rupa-rupanya.

Angah patah balik.

Irsyad tengok bawah. Angah tak pakai kasut rupa-rupanya. Patut la semua kasut ada saja kat rumah tu tadi. Apa la yang dah jadi ni?

Angah pelik. “Abang kenapa? Tak nak balik ke? Kereta abang kat mana?”

Irsyad senyap. Angah mencari muka Irsyad yang dah tertunduk ke bawah. Kenapa ni?

“Kenapa angah buat abang macam ni? You made me worried!!”

Angah terkejut. Pertama kali sepanjang usahanya yang semua membawa kepada kegagalan tiba-tiba hari ni berjaya. Irsyad marah.

Hoyeeaahh..

Angah memang pelik. Mana la ada orang yang suka kalau dirinya kena marah. Ni dah kurang kewarasan akal nampaknya. Muka dia tak macam orang kena marah langsung. Sebaliknya muka angah sekarang ni macam orang dapat hadiah RM 1 juta ringgit tiba-tiba.

Nafas Irsyad macam dah tak teratur. Menahan marah mungkin. “Kenapa tak telefon abang dulu?? Apa yang dah jadi ni hah? Baju penuh dengan darah! Abang dah fikir macam-macam sebelum sampai sini, alih-alih angah boleh buat tak tahu saja tanpa cakap apa-apa yang abang perlu tahu. You owed me an explanation Afrin Alia!!”

Habis semuanya terkeluar. Geram barangkali tengok angah yang steady semacam dan dia yang dah rasa macam nak mati pulak.

Angah senyum..

He.he.he. Terima kasih.”

Huh?

Irsyad tak faham. Pelik la angah ni. Sepatutnya dia rasa macam nak menangis ke sedih ke terkilan ke sebab dah kena marah. Alih-alih boleh pulak cakap terima kasih? “Apa yang angah cakap ni?”

I said thank you.. Thank you for being normal.. At last.”

Angah memeluk suaminya. Terharu.
 

are-fiyz

Active Member
Di rumah..

Masa makan malam tu, angah cerita habis apa yang telah terjadi sebenarnya siang tadi. Dari A sampai Z. Tiada satu pun yang tertinggal. Irsyad yang dengar sekejap rasa nak ketawa sekejap dah simpati balik.

Waktu angah tengah semangat ambil gambar pokok bunga kat halaman rumah nak buat bahan bantu mengajar la konon, tiba-tiba saja dia dengar bunyi enjin kereta menderum macam nak racing pun ada. Terus angah intai luar pagar.

Tiba-tiba dia nampak makcik depan rumah dah kena langgar. Tergolek-golek ke tepi jalan. Angah apa lagi. Terkejut sangat. Tapi dalam-dalam terkejut sempat lagi dia tangkap gambar belakang kereta yang langgar lari makcik tadi.

Allah nak tolong mungkin, telefonnya yang dah memang dalam keadaan mode kemera tu ditekan terus icon snap picture.

Angah tengok makcik tu dah macam semput-semput bernafas. Banyak darah mengalir keluar dari kepalanya akibat terhantuk kuat. Cepat-cepat dia lari mendapatkan makcik tu dan sudah semestinya dia tak pakai kasut la. Mana sempat nak sarung selipar ke sandal ke kasut ke dalam keadaan kecemasan macam ni.. dia tak berani sentuh sebab takut tersilap pergerakan mungkin akan membahayakan nyawa makcik tu.

Terus angah telefon ambulan. ‘Oo.. Ambulan.. Cepat la sampai.. Aku tak nak jadi saksi kematian makcik ni.’ Sementara nak tunggu ambulan sampai, angah cuba beri bantuan kecemasan yang dia belajar selama di kampusnya sebelum ni untuk mengurangkan pengaliran darah yang sedang keluar. Habis bajunya penuh dengan darah akibat cuba nak menolong.

Takut-takut tapi berserah saja pada Allah. Niat angah cuma nak membantu.

Beberapa minit kemudian ambulan dah sampai. Kawasan perumahan Irsyad ni dekat sangat dengan hospital. So syukur Alhamdulillah..

Angah ikut makcik tu naik ambulans sekali. Sebab dia rasa makcik tu seorang saja kat rumah. Rasa la.. Kalau tak mesti ada yang dah keluar tengok.

Irsyad yang mendengar macam pelik. “Angah tak jerit-jerit mintak tolong macam yang angah selalu buat dalam rumah ke masa tunggu ambulans datang?”

Tiba-tiba angah macam terkejut.

Aa..Aa.. Laa.. Kenapa angah tak jerit-jerit ek? Hmm.. Mungkin sebab kat situ tak de orang langsung kut. Sampai terlupa nak jerit. He.he.he.”

Sungguh tidak menyenangkan diri sendiri la angah ni. Menyusahkan diri lagi ada la. Seingat dia memang tiada orang lalu langsung semasa tunggu ambulans datang.

Sebab terkejut sangat kut sampai dia terlupa habis nak buat apa yang orang normal selalu buat.

Hmm.. Macam tu la kisahnya..

Irsyad nak ketawa balik..

Mananya tak nak ketawa kalau si angah ni dah buka mulut. Memang boleh jadi pelawak pun ada. Penggunaan ayat pun rasa dah nak gelak terguling-guling kalau dengar. Tak lagi jalan penceritaan angah.

Memang boleh berair mata tahan ketawa.

“Abang ni.. Tak serius langsung. Penat angah nak menggambarkan keadaan tu sama macam waktu kejadian tau tak. Hish. Cuba la hayati sikit cerita angah ni.”

Okey. Okey. Tengah hayati ni. Hmm..Hmm..” Irsyad pejam mata konon-konon menghayati la.

Last-last dapat cubitan daripada angah.

Laa.. Apa salah abang pulak ni?” kesian lengannya dah kena cubit.

Angah jelir lidahnya.

Hmm.. Macam mana angah boleh ada kat balai polis pulak?”

Ish.ish.ish.. Sungguh lambat pick up la Irsyad ni. Mesti la kena pergi balai polis buat laporan selaku saksi kejadian dan menyerahkan bukti di tangan.

“Kan ambulans datang.. Mesti la encik polis pun datang sekali. Apa la abang ni. Lepas hantar makcik tu ke hospital, angah ikut la pakcik polis tu ke balai. Ish.Ish.Ish.”

Ooo.. Terangguk-angguk Irsyad. Baru dia faham cerita angah. Penat dia marah-marah siang tadi.

Hmm sebut pasal marah.. “Kenapa angah seronok masa abang marah siang tadi tu?”

Angah senyum-senyum.

Mana boleh cakap. Nanti terbongkar segala motifnya. Oo.. Tidak-tidak..

“Baik angah cakap. Kalau tak..”

Irsyad membuat ugutan.

“Kalau tak? Apa?” Angah buat muka tak takut dengan sebarang bentuk ugutan.

Irsyad malas nak ugut-ugut. Tahu dah tak berjalan punya la kalau dengan angah ni. Silap-silap haribulan dia pulak yang kena ugut dengan angah. “Kenapa polis pulak yang jawab call abang siang tadi?”

Irsyad memang lambat betul nak tangkap kesimpulan cerita angah tadi. Angah dah tepuk dahi.

Kan angah tangkap gambar kereta yang langgar makcik tu pakai telefon. Mesti la kasi kat pihak polis nak ambil bahan bukti tu. Apa la abang ni.”

Ooo.. Macam tu.”

Angah pelik. Hmm.. Kenapa Irsyad boleh marah padanya? Mesti ada apa-apa yang dah suaminya ni salah faham. “Kenapa abang marah angah tadi?” Sepatutnya mesti la Irsyad dah dapat maklumat daripada pegawai polis yang menjawab panggilannya siang tadi.

Huh?”

“Kenapa marah angah?”

“Mana la abang tak marah.. Tiba-tiba saja yang angkat call abang tu orang lain lepas tu cakap angah terlibat dengan kemalangan jalan raya lepas tu suruh abang datang balai polis.”

Ooo.. Macam tu.. Memang patut la Irsyad marah. Sampai-sampai balai polis tengok isteri sendiri okey saja. Rasa macam tertipu pun ada. Angah kena mengucapkan terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga buat pegawai polis tu.

Sengih-sengih angah tak habis-habis lagi sambil menyuap nasi di pinggan yang masih banyak gara-gara bercerita tadi.

“Kenapa sengih ni?”

Angah geleng-geleng. Tapi masih senyum lagi. Hari ni adalah hari yang paling menyeronokkan. Walaupun penuh cabaran dan debaran.. Tapi hasilnya memang berbaloi.

“Angah..” Irsyad panggil.

Ye?”

“Tahu tak hari ni hari apa?” Irsyad bajet angah mesti tak ingat punya ulang tahun perkahwinan mereka. Dengan macam-macam perkara yang luar biasa terjadi hari ni. memang takkan ingat.

“Tahu.. Hari ni hari isnin.”

Irsyad senyum. Kan dah cakap angah tak ingat..

Angah senyum pulak. “Tarikh hari ni, akad nikah kita hari jumaat tahun lepas.”

Lebih pada ingat dari Irsyad yang cuma ingat tarikh saja. Siapa yang menang??

Okey, okey abang kalah.. Angah menang.”
 

are-fiyz

Active Member
Book 36

Kejutan yang angah bagi padanya semalam memang boleh buat Irsyad hilang pertimbangan sekejap. Kejutan yang dia bagi pada angah.. cuma..

“Oo.. Tiket kapal terbang? Nak pergi mana ni?”

Clueless.

Angah boleh tanya soalan yang sudah terang menunjukkan jawapannya pada tiket tu.

New Zealand??

Angah pandang Irsyad pelik. “Nak buat apa pergi new Zealand ni? Kursus ke?”

“Tak laa.. Our honeymoon..”

Hari ni.. Hari ni hari mereka bertolak ke New Zealand. Angah boleh cakap..

“Kenapa lambat sangat bertolak? Tak boleh bertolak sekarang ke?”

Padahal malam semalam dia tunjuk tiket kapal terbang ni dan tengahari nanti mereka akan fly. Angah.angah..

Irsyad terpaksa masuk kerja sekejap pagi ni. Ada panggilan kecemasan dari tempat kerjanya. Angah yang semangat dengan beg bagasinya, kerja main heret-heret dalam rumah tu.

Macam budak-budak tak cukup umur.

“Angah pergi airport dulu boleh? Nanti abang pergi.”

Dengar ayat sebaris tu.. kalau isteri-isteri lain mesti dah tarik muka masam. Angah..

Okey. Bak sini tiket tu.”

Huh? Biar la abang yang pegang.” Irsyad pelik semacam saja dengan perangai angah ni.

Tak boleh tak boleh..” tergawang-gawang tangannya menggayakan perkataan tak boleh tak boleh tu. Semangat overdose.

“Kenapa pulak?” Irsyad dah makin pelik. Macam ada agenda tersembunyi saja angah ni..

Angah sengih-sengih. “Bagi je la.” Terus tiket kapal terbang dalam poket seluar Irsyad ditarik keluar.

Irsyad pula yang buat muka. Tak puas hati. Selagi dia tak tahu niat jahat angah ni selagi tu dia berat hati nak keluar pergi kerja. “Cakap cepat angah nak buat apa..”

“Angah nak pergi New Zealand la. tanya lagi.” Angah jawab bodoh-bodoh. Macam la Irsyad tak tahu. Berapa banyak dah aktiviti peliknya dapat dikesan Irsyad.

Kali ni?

No way..

“Cakap..”

Okey.. Angah cakap.. Tapi abang jangan kecik hati tau..”

Irsyad angguk-angguk.

“Angah pergi dulu la kalau abang tak sampai-sampai lagi. Tak denye angah nak tunggu-tunggu.”

Kurang asam punya isteri. Boleh tergamak nak tinggal suami pergi honeymoon sorang-sorang. Sungguh tidak mithali betul punya isteri la angah ni.

“Mana boleh macam tu..” Irsyad kecik hati jugak akhirnya. “Mana boleh tinggal abang sorang-sorang kat sini.”

Dah. Dah. Tak payah nak merajuk kat sini. Buruk. Buruk. Cepat pergi kerja. Nanti lambat sampai airport memang angah cakap betul, betul.. angah tinggal abang punya la.”

Angah salam suaminya. “bye bye..” gaya bye bye pun macam dah nak pergi melancong seorang dirinya saja. Makin tak sedap duduk la Irsyad.

Angah bukan boleh dibuat main. Sungguh-sungguh dia kena tinggal, free-free saja kena tempah tiket lain. Oo.. Tidak. Membazir tu.



Di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur..

Angah keluar rumah terus lepas Irsyad pergi kerja. Dia nak pergi jalan-jalan kat kawasan KLIA yang luas tu. Untung-untung boleh cakap dengan foreigner ke.. Boleh la dia tangkap-tangkap gambar tunjuk kat Irsyad. Hihihi..

Masih ada lagi dua jam sebelum fly. Angah fikir nak makan-makan dulu. Makanan kat sini.. mak eh.. Boleh menangis kebuluran kalau ada orang fakir miskin tersesat kat sini.. Lama angah termenung fikir nak makan apa.. Dia lapar. Mana ada dia sarapan apa-apa kat rumah tadi.

Tak payah makan la..

Macam membazir. Baik dia beli roti saja buat alas perut. Nanti Irsyad dah sampai, boleh la dia pau duit suaminya tu.

Makan roti gardenia vanilla dengan air kotak pun dah kenyang. Angah tengok jam.. dah hampir sejam berlalu. Dia tak nampak-nampak batang hidung Irsyad.

Macam mana la nak nampak.. tunggu pun kat tempat yang luas dengan jutaan manusia. Memang tak nampak la. Dia segera ke tempat check-in. Ramai benar yang beratur nak check-in. Padan la.. Nama pun antarabangsa.. Memang pelbagai bangsa la dia nampak sekarang ni.

Tiba-tiba telefon berbunyi.

Hello.. Abang kat mana ni? Angah dah nak naik kapal terbang dah ni.” Bajet-bajet tipu nak bagi Irsyad gelabah sorang-sorang.

Oo.. Betul ke? Hmm naik la. Abang rasa macam tak dapat nak pergi la. Nanti angah pandai-pandai la jaga diri ye kat sana..”

La.. Macam tu ke? Abang jangan la sedih-sedih eh. Nanti ada rezeki kita jalan sama-sama. Okey dah nak naik ni. Bye.Bye.”

Bye.Bye.”

Talian dimatikan.

Angah terus bangun heret bagasinya ke tempat check-in. Serius nak pergi sorang-sorang?

Mesti.. Tiket ni tak boleh membazir. Mahal. Mahal.

Elok saja nak sampai ke tempat orang yang tengah beratur panjang, tiba-tiba tangannya ditarik dari belakang.

Eh?”

“Pandai-pandai ye angah nak tinggalkan abang sorang-sorang kat Malaysia ni.” Irsyad macam termengah-mengah.

Mana la tak termengah-mengah, dari jauh dia dah nampak angah tengah duduk macam menunggu dia. Sekali buat call cakap tipu-tipu terus angah hilang.

Ingatkan lari balik. Rupanya lari nak pergi check-in sungguh. Cepat-cepat Irsyad berlari mendapatkan angah.

Kan angah dah cakap sebelum abang pergi kerja tadi. Ingat angah main-main ke?”

Irsyad surrender. Memang tak boleh dibuat main sungguh la angah ni.

Beberapa belas jam atas flight menjadikan angah pening semacam sampai-sampai di bumi New Zealand ni.

First time dia ke luar negara. Irsyad cool saja. Dia seorang saja ke yang tengah jet lag ni??

Apa-apa saja la. Kerja angah hanya mengekor Irsyad. Sampai la mereka dah check-in kat hotel. Hotel apa pun malas angah nak ambil tahu. Sejuk semacam saja kat sini. Sekarang ni musim apa??

Sampai-sampai bilik..

Eh? Satu je bilik?” Angah tengok kunci bilik kat tangan Irsyad. Tak macam kunci la kiranya. Macam kad. Kad kunci?

Irsyad angguk-angguk sambil senyum. “Kenapa? Tak boleh ke? Tak ingat janji angah pagi tu?”

Huh?

Janji? Bila masa dia janji-janji?

“Janji surprise angah tuu..” Irsyad sengaja mengungkit.

Oooo.. Ini tidak adil!!!

Irsyad dah buka pintu bilik. “Kalau tak nak tidur luar, masuk.. kalau rasa nak tidur luar..”

Terus angah masuk bilik. Tak tunggu dah. Terfikir surprisenya untuk Irsyad pagi tu.. Alamatnya macam mana ni?? Macam mana ni??

Rahsianya bakal terbongkar sikit minit lagi.. Oo tidak.. Apa nak buat ni? Keluar bilik balik? Pergi tempah bilik baru? Angah memang dah macam cacing kepanasan dalam bilik tu. Bukan risau dengan janji tu tapi risau kalau Irsyad dapat tahu rahsia tipunya pagi tu. Oo.. Tidak.. Dia takut sendiri.

Irsyad perasan kegelisahan isterinya. Hahaha. Tu la.. buat main lagi. Kan dah tersepit sendiri. “Angah kenapa ni?” Saja dia tanya walaupun dah tahu sebab musabab kenapa angah jadi gelabah macam ni.

Angah terus tinggal beg tepi pintu lepas tu masuk dalam selimut.

“Angah sakit kepala.”

Alasan. Apa nak buat pun dia tak tahu. Bukan tak tahu nak buat apa, cuma dia tak tahu nak mula macam mana sebelum nanti dia kena soal siasat macam-macam dengan suaminya ni.

Wait.. dulu pun Irsyad tak tanya apa-apa lepas dapat tahu kes ‘along’ tu.. so, kali ni mungkin dia akan terselamat?

Siapa tahu.. belum kena belum tahu lagi. Huhuhu.. Sakit perut pulak bila difikirkan. ‘Oo.. period.. kenapa la kau tak nak datang time-time kecemasan macam ni.’ Angah dah menyeru kitaran haidnya.

Dia takut..
 
Top