• Sudahkah anda menulis Diari Cinta anda hari ini?
    Sebagai forumer Forum Tentang Cinta, anda kini boleh menulis dan mencoret kisah manis cinta anda di ruangan Diari Cinta. Hanya satu diari sahaja ya dibenarkan untuk setiap seorang.

........

are-fiyz

Active Member
Selepas makan malam kat restoran dalam hotel tu.. Angah dengan Irsyad terus naik bilik. Penat atas kapal terbang berbelas jam masih belum hilang lagi.

Sampai saja di bilik mereka, Irsyad buka pintu. Tak sempat nak buat apa-apa angah terus lari pecut masuk bilik dulu. Macam ribut. Terkejut Irsyad. Senyum mula menarik pinggir bibirnya.

Pintu bilik dikunci.

“Angah?”

Angah dah berbungkus dalam selimut.

Ala.. Kenapa ni? Kenapa tiba-tiba takut semacam dengan abang? Abang dah bertukar jadi hantu ke?”

Angah tarik selimut daripada menutupi mukanya. Boleh mati tak cukup nafas dalam selimut yang tebal nak mampus tu. Nafas tercungap-cungap ditarik laju. Oksigen.oksigen.

Nak tidur dah?” Saja dia tanya angah sambil senyum-senyum.

Angah geleng-geleng. Eh.. Tak boleh cakap dia nak tidur lagi nanti bahaya. Sekarang ni dia perlu fikir rancangan baru. Haa..

“Jom kita bual-bual dulu. Awal lagi ni nak tidur. Mana boleh lepas-lepas makan terus tidur. Nanti perut buncit la. Tak elok. Tak elok.”

Irsyad senyum saja dengan alasan angah yang macam-macam tu. “Okey.” Dia setuju. “Nak berbual pasal apa?”

“Pasal.. Er.. Pasal.. Haa.. Angah dah ingat. Pasal kenapa abang jaga baby time akad nikah dengan kenduri kahwin kita dulu tu?”

Oo.. Pasal tu.. Kenapa?”

“Kenapa abang tanya??!!! Semua orang yang kenal angah tanya pasal abang tau tak??”

Angah dah nak marah sendiri bila dia teringat cerita pelik tu. Mana la tak pelik kalau pengantin tu dah mengusung baby masa hari perkahwinan sendiri.

Diorang tanya apa?”

Diorang tanya.. Angah ni menikah dengan duda anak satu ke?”

Irsyad ketawa terus. Haha. Dah agak soalan tu yang orang-orang akan tanya kalau nampak dia pegang si Aqil tu.

Angah tak puas hati tengok Irsyad yang tengah ketawa. Tak kelakar pun la. Sekarang ni dia nak penjelasan. Penjelasan!! “Soalan tu kira okey lagi tau tak. Rasa macam tak la teruk sangat. Apa salahnya kalau angah memang kahwin dengan duda anak satu pun kan. Tak salah apa-apa pun.”

Irsyad senyum balik. Habis dah ketawanya. “Dah tu, ada orang tanya lagi teruk ke?”

Angah tarik muka masam-masam. Semasam masamnya. Soalan ni yang paling dia tak puas hati. Kalau orang tu tak tanya memang sampai ke sudah orang duk mengata mereka di belakang.

“Ada orang tanya..” angah sakit hati nak sambung ayatnya apabila teringat balik.

Hmm?? Tanya? Tanya apa tu?”

Hish.. jangan menyampuk. Duduk diam-diam. Nanti tak nak cerita kang.”

Okey.” Irsyad buat isyarat zip mulut.

“Ada orang tanya, kita ni menikah lepas dapat anak ke?”

Soalan ni memang Irsyad terus pecah ketawanya. Tak tunggu-tunggu dah. Kasihan angah. Mesti la selalunya orang tanya pengantin perempuan. Kalau tanya pengantin lelaki bakal kena hambat balik terus la. Tak sempat nak menghadap nasi sepinggan dulu dah.

Angah menguap. Mengantuk dah mungkin. Sunyi sepi antara mereka.

“Kalau abang nak tuntut janji tu boleh?”

Angah kaku. Dia berfikir-fikir sendiri. Berfikir macam mana nak buat supaya Irsyad tak ungkit pasal janji pagi tu. Hmmm..Hmm.. Dah berbual.. Tapi habis macam tu saja.

“Boleh!” laju angah menjawab. Rasa macam nak ketuk kepala sendiri. Lain yang dia nak jawab lain yang keluar. Sekarang ni apa nak buat??

Irsyad senyum sambil mengambil duduk dekat sangat dengan angah. Angah punya la takut-takut sampai tudung pun tak buka. Irsyad mendekat dan membuka tudung isterinya. Angah tengok saja tangan suaminya.

Tangan Irsyad menarik tangan angah yang tersembunyi dalam selimut tebal tu. Dia genggam kedua tangan kecil isterinya erat-erat. “I’m sorry..”

Huh?”

I’m sorry for the fact that I did not know.” Sayu muka Irsyad.

Angah makin pelik. “Apa yang abang cakap ni?”

I’m sorry for the wrong things that I’ve done to you.” Irsyad tenung muka angah. Penuh dengan rasa bersalah.

Angah senyap. Faham la dia apa yang Irsyad cuba nak cakap. Pasal dia, along dan Irsyad. ‘I’m sorry too.’

I'm sorry for the things that I did not say in front of you..”

Angah senyum. Mata Irsyad dah basah dengan air mata. Entah kenapa malam pertama mereka di bumi orang ini baru la Irsyad ada kekuatan nak bercakap pasal hal ni.

Say it.” angah senyum. Matanya turut berair. Rasa macam hatinya dah boleh lepaskan semua kesakitan lalu. Kesakitan yang dia cipta sendiri untuk along dan Irsyad.

I miss you.”

Terus angah dipeluk. Erat. Lama dia nak cakap satu ayat ni untuk angah. Selagi dia tak kembalikan angah yang dulu.. Selagi tu rindunya tetap berhenti di situ. Saat angah pergi tinggalkannya, dan muncul kembali dengan jiwa yang hilang, dia jadi kaku.

Angah menangis teresak-esak di dalam pelukan suaminya.

I miss you too.”
 

are-fiyz

Active Member
Book 37

Sejak angah dah tak nak tolong along, along telah menghadapi satu penyakit yang dinamakan kemurungan.

Along murung.

Along fikir kalau dia terus-terus mengelak dari Farid mungkin semuanya akan kembali seperti biasa. Mungkin Farid takkan bersikap pelik dengannya lagi selepas pada ni.

Itu namanya melarikan diri. Bukan menyelesaikan masalah.

Hmm..

Jadi?

Jadinya, pergi la beranikan diri dan tanya terus si Farid tu kenapa dia bersikap pelik. Apa susah. Buka mulut, tanya. Senang.

Along buat keputusan. Mesej dihantar kepada Farid.

Along: Farid? Free tak hari ni? Ada kelas?

Tunggu punya tunggu.. Tenung punya tenung skrin telefon bimbitnya, mesej yang ditunggu-tunggu dari membernya tu tak masuk-masuk pun.

Along tak sedap duduk. Ni yang dia tak suka ni. Kecewa kalau tunggu mesej tak masuk-masuk. Makin kecewa kalau mesej tu dah tak nak masuk-masuk dalam inboxnya. ( Ini bermaksud kalau orang yang diberi mesej tak mahu reply mesejnya.)

Along tiada kuliah hari ni. Jadi dia fikir, sekarang macam masa yang sesuai untuknya berterus terang tanya Farid. Tapi dia sendiri pening nak tanya macam mana pada Farid. Tengah asyik memikir cara yang sesuai untuk approach membernya itu..

Tiba-tiba mesej masuk..

Hati along seronok sendiri. Walaupun tak tengok skrin telefon, dia dah tahu bunyi mesej tu cuma dari Farid seorang saja. Jadi dia setkan telinganya untuk peka pada satu bunyi tu saja.

Sungguh tidak senonoh.

Farid: Apesal? Tak de la busy sangat. Tak de la free sangat. Class? Nope.

Along senyum tengok balasan mesej Farid. Macam orang angau. Sebenarnya siapa yang pelik ni? Dia ke Farid? Nampaknya macam along yang pelik. Bukan Farid. Ish.Ish.Ish.

Along: Good. Jumpa nak? Aku belanja makan.

Along sengih lagi. Sampai nampak gigi. Dia rasa dia dah ada satu penyakit baru. Penyakitnya angau kalau baca mesej Farid. Nampaknya along sudah tidak dapat diselamatkan.

Farid: Kau belanja? Betul? Kau nak belanja apa?

Along: Anything u want. Just say it.

Farid: Wooah.. Gila la kau ni. Kalau aku hentam yang super expensive punya, mampus kau nak bayar.

Along: Tak kisah. My treat.

Farid: Kau jangan prank aku sudah. Lain la kalau kau memang nak merasa penumbuk aku kan..

Along: Tak de la. Aku serius nak belanja kau makan ni. Tak tipu.

Farid: Oookkeeyy.. I trust u. Pukul berapa?

Along: Macam biasa. Lepas asar. Okey?

Farid: Okey.

Along senyum sendiri. Tak boleh nak berhenti senyum. Memang dah angau tahap kronik.

Selepas asar adalah masa yang paling dinantikan along. Tak sabar rasanya nak bertemu mata dengan Farid. Lama dah dia tak lepak kat gerai-gerai dengan Farid sebab masing-masing busy dengan assignment la, project la. Macam-macam. Nak lagi si Farid tu tengah tahun akhir. Memang sibuk.

Mesej pun dah jarang-jarang sekarang ni.

Sebab tu la along dapat penyakit angau sejak dari mesej Farid awal tadi sampai la dah nak keluar ni. Nasib sekarang dia dah pakai kereta. Thanks to mama yang kebas kereta angah tak bagi-bagi balik kat angah lepas tu bagi dia guna.

Kalau angah tahu la yang dia pakai kereta angah sekarang ni, mampus kena jerit dengan angah. Oo.. ngeri. Sukar dibayangkan apa yang akan terjadi pada nyawanya nanti.

Along tunggu dalam kereta kat tempat parking blok asrama Farid. Dalam 10 minit kemudian dia dah nampak Farid turun dari bloknya. Along hon. Isyarat yang dia dah nampak Farid la konon-konon.

Sungguh tidak macho la along ni.

Ada dia kisah. Janji dia tak terlalu over. Nanti kalau buatnya Farid perasan sesuatu yang pelik padanya kan bahaya tu. Boleh terkantoi.

Terkantoi apa?

Tiada apa-apa. Along tergeleng-geleng sendiri sambil menunggu Farid yang sedang berjalan ke arah keretanya. Tiba-tiba cermin kereta sebelah penumpang diketuk. Terkejut.

Weh.. Bukak la kunci pintu tu.. Aku nak masuk macam mananya?”

Along tak perasan yang dia belum unlock pintu kereta. Farid ambil tempat duduk sebelahnya. Along pandang saja.. Rindunya. Lama tak tengok dia ni..

Farid yang perasan along macam tengok dia pelik semacam terus berpaling ke arah along. “Apesal kau tengok aku semacam ni? Kau tak suka aku duduk sini ke? Nak aku duduk belakang? Okeh. No hal.” Terus Farid buka pintu kereta.

Wait. Yang kau kalut semacam ni apekehal?” along cepat-cepat menghalang Farid yang tiba-tiba nak keluar.

Farid duduk balik. “Dah kau tenung aku semacam macam nak marah saja aku duduk sini. Aku bangun je la.”

“Ada aku cakap ke yang kau kena bangun duduk belakang? Aku tenung kau jer pun. Tu pun nak sentap ke?”

Farid sengih. “Tak de la sampai nak sentap-sentap. Just tak selesa. He.he.he.”

Along buat muka. “Kau nak makan apa ni?”

Farid diam.

Along tak jadi nak masuk gear reverse. Farid yang diam semacam dipandang kembali. “Kau okey ke tak ni?”

Senyap saja si Farid ni. Ada masalah ke?

“Aku nak makan mcd.”

Laa.. Tengah memikir nak makan apa ke. Mati-mati dia ingat yang Farid ni ada masalah ke tengah sedih ke.. “Okey.”

Gear reverse dimasukkan. Kereta Myvi milik angah dah bergerak keluar meninggalkan perkarangan universiti mereka.
 

are-fiyz

Active Member
Sampai-sampai di mcd.. “Nak makan sini ke nak drive-thru saja?” Farid tanya pada Along kat sebelah.

“Makan sini la. Aku dah lapar sangat ni.” Along sengaja bagi alasan. Padahal dia tak lapar pun. Saja nak berlama-lama dengan Farid. Teruk betul.

Farid jongket bahu.

Selesai membuat pembayaran, along mencari-cari Farid. Penuh dulang dengan burger la bubur la aiskrim la fries la.. Dia nak tambah lagi tadi tapi takut..

Masya Allah.. Banyaknye kau beli. Siapa nak makan ni?”

Kan dah cakap. Mesti bising punya la si Farid ni. Dia tak berani dah nak pandai-pandai tambah order lepas terbayang yang dia bakal kena sembur.

Along ambil tempat depan Farid.

Selesai baca doa makan, Along jemput Farid makan. “Choose..”

Hmm.. Aku pilih ni la.” Terus dia ambik aiskrim oreo mcflurry tu.

Along ternganga. “Not just that. Pilih lagi la weh. Mati pecah perut aku nak habiskan semua ni.”

Farid jelirkan lidahnya. Tanda tidak mahu berkerjasama. “Tak nak. Siapa suruh kau pesan banyak sangat.”

“Farid. Sebelum aku sumbat semua ni masuk mulut kau, baik kau menyerah diri. Pilih.” Along buat muka macam along kutip hutang yang sebenar. Tapi tak jadi pun.

Haha. Tak nak aku. Tak payah bajet buat muka comel kau tu kat aku la. Tak berkesan. Langsung!”

Farid terus makan aiskrim di tangan.

Along malas nak bertekak. Dia ajak Farid keluar pun bukan semata-mata nak bertekak saja. Dia nak tanya sesuatu.

Weh. Farid.”

“Hmm..” Aiskrim penuh mulut. Sejuk gigi-giginya.

“Kau dah ada someone special ke weh?”

Tersedak aiskrim kat kerongkongnya. Rasa macam tertelan pisau pulak. Sakit. Sakit. “Kau sihat ke tak ni weh?”

Along jongket bahu. “Entah. Ala.. Kau jawab jer la soalan aku tu. Bukan boleh mati pun kalau kau jawab.”

Farid pelik.

“Kenapa tiba-tiba kau tanya macam tu hah?” Fries diambil dan dicecah sos masuk ke dalam mulut.

Ala.. Just nak tahu. Curious.” Along berdalih. Takkan la nak cakap terus depan-depan kut. Nanti free-free saja dia mandi coke dengan si Farid ni. Bukan boleh dibuat main dia ni.

“Kalau aku cakap tak de?”

Along rasa nak senyum. Tapi dia cepat-cepat tahan. Buat muka cool. Steady. Jangan obvios sangat.

Takkan la tak de kut. Orang macam kau tak de? Ngarut la.” Along sengaja tanya soalan provoke macam tu. Harap-harap memang betul tak de la. Kalau ada? Menangis je la Along oii..

Farid ketawa tiba-tiba. Along yang tengok pening sekejap. Apa motif tiba-tiba yang ketawa ni? Ada benda yang kelakar ke?

Tiada..

Farid kembali makan aiskrim. “Betul la cakap kau tu.. Orang macam aku ni mana boleh tak de. Mesti ada punya la. Kenapa? Kau nak aku tolong carikan kat kau sorang ke?”

Oo.. dah ada rupanya. Melepas la dia nampaknya. Bukan spesis along rampas merampas yang orang ni. Baik dia angkat bendera putih dulu. Along menggeleng lemah. Rasa sedih pun ada. Tak lalu dia nak telan semua makanan depan matanya.

Farid yang macam perasan Along dah bertukar mood terus hulurkan aiskrim. “Kenapa kau monyok je ni? Ada masalah ke? Kalau ada masalah kau makan la aiskrim, konfem hilang masalah kau tu. Tapi sekejap jer la.”

Along menggeleng lagi.

Dia rasa nak balik. Sedih hatinya.

Farid makin pening dengan kerenah along yang tiba-tiba. Tadi okey saja. Apa yang dah jadi ni?

“Kau ada masalah ke Afif? Tak nak share dengan aku ke?”

Mustahil la along nak share apa yang dia tengah rasa sekarang ni pada Farid. Habis la rahsianya. Rahsia dia suka Farid. Oo.. Tidak mungkin.

Tak de la. Aku tak de masalah pun.”

Farid menjongket bahunya. “Okey. Tak nak cerita tak pe. Tak paksa.” Dia angkat kedua-dua tangan gaya menyerah kalah la konon-kononnya.

“Siapa orang tu? Boleh aku tahu?” Along tanya pada air coke depan matanya.

Farid senyum. “Woo.. mana boleh aku kasi tahu. Bocor la rahsia aku kalau kau tahu. Kau ni bukan spesis simpan rahsia. Tak nak aku.”

Ala.. Please. Cakap la. Siapa orang tu? Aku kenal tak?”

Farid geleng laju.

Please..”

Farid tak puas hati. Apa kena la dengan Along pun dia tak faham. Tiba-tiba saja berperangai pelik macam ni. “Kenapa yang kau nak tahu sangat ni hah?”

Along buat muka kesian pada Farid. Habis sedih dia buat muka. Kalau tak jalan juga tak tahu la. Memang keras hati sungguh la si Farid. Kalau dah tak tahu jugak siapa la si Farid ni punya someone special.. memang along angkat bendera putih.

Dia menyerah kalah.

Farid tenung muka along dekat-dekat. “Kenapa kau sedih pelik ni?”

Alamak!

Cepat-cepat along buat muka cool. Macam tiada apa-apa. “Mana ada. Mana ada aku sedih. Buat apa aku nak sedih pulak. Buang masa je.”

Macam ni dah la namanya manusia. Suka membelit-belitkan masalah yang sedia bermasalah. Bukannya nak selesai dengan cara yang mudah. Makin menyusahkan ada la.

“Betul ke ni? Kenapa aku nampak mata kau macam mata..”

Huh? Along pelik.. Rasanya dia dah buat mata normal dah. Macam mata-mata manusia lain.

Farid sambung.. “Macam mata penyu.”

Hah??? Kau cakap aku punya mata, mata penyu?? Kurang garam punya member!!”

Yoo.. Man.. Sabar, sabar. Bila masa aku cakap mata kau mata penyu. Aku cakap macam. Macam. Ada faham apa maksud macam??”

Baru tenang sikit along yang dah macam kena serang ribut taufan tadi. Lepas tu Farid tenung muka along lama-lama.

“Kenapa?” Along jadi malu-malu sendiri. Terasa macam dah merah mukanya. Kebas.Kebas.

Apesal aku nampak kau macam sedih je tadi?”

Along menafikan dengan sepenuh-penuh penafian. Memang tak nak terkantoi terang-terangan dengan tuan punya badan. “Mana ada. Aku memang macam ni. Perasaan kau je tu. Aku okey la.”

Sedar tak sedar dah habis semua makanan yang dipesan dalam dulang plastic koko tu.

Masing-masing senyap menghirup air coke.

Along berkira-kira sendiri dalam hatinya. Nak tanya balik ke tak payah tanya dah soalan tadi. Kalau dia tak tanya nanti dia menyesal pulak.

Kata orang-orang tua.. menyesal dahulu pendapatan menyesal kemudian tidak berguna. Jadinya.. daripada terjadi perkara yang tidak berguna tu baik la dia buat jadi pendapatan untuk menanpung kos sara hidupnya. Tak de la rasa macam membazir sangat.

Hish.. merepek.

Tanya je laa.. “Siapa orang tu?”

“Kenapa nak tahu jugak?”

Please.. Aku kenal dia tak?”

Along harap sangat bukan la orang yang dia kenal. Tolong cakap yang dia memang tak kenal. Tak kenal. Please..

Farid senyum. “Kau kenal.”
 

are-fiyz

Active Member
Book 38

Percutian bulan madu Irsyad dan Angah memang banyak habis dalam bilik saja. Angah tak nak keluar bilik. Sejuk katanya. Lagipun sekarang ni bukannya musim sejuk pun. Pelik. Pelik.

Hari terakhir mereka, tiba-tiba angah ajak pergi melawat..

“Abang, jom kita pergi melawat..”

Irsyad dah excited. Tujuan dia datang sampai New Zealand ni pun sebab nak pergi melawat banyak tempat-tempat cantik dia tengok dalam gambar. Tapi spoil.. angah tak nak berkerjasama dengannya. Langsung.langsung. Siap ugut-ugut lagi.. Sedih.Sedih.

“Nak melawat tempat apa??” Tak sabar-sabar Irsyad nak dengar.

“Kita pergi melawat lembu.” Angah dah macam ke langit.

Huh?

“Lembu? Angah tak sihat ke?” pening Irsyad dengar tempat lawatan angah. Memang sangat luar biasa. Datang jauh-jauh semata-mata nak tengok lembu??

Angah buat muka tak puas hati. “Lembu. Lembu. Angah nak tengok lembu jugak.”

Kenapa la Irsyad rasa macam dia tengah bercuti dengan budak umur 8 tahun ni?? “Kat Malaysia kan dah banyak lembu.. Abang tengok berlambak saja tepi jalan. Siap buat free show berak tengah jalan lagi. Nak lintas jalan pun terkedek-kedek sampai jadi jam habis jalan raya. Angah tak puas lagi tengok lembu ke?”

Irsyad memang kurang sensitiviti terhadap lembu betul la.. Ish.ish.Ish. “Abang ni.. tu lembu kat Malaysia.. Sekarang ni kita kat New Zealand. Okey?”

Huh? Ada beza ke? Nama pun sama je.. lembu gak.”

“Kalau lembu kat Malaysia tu tak cantik la..”

Irsyad hampir ternganga. Lembu pun ada yang cantik-cantik ke? “Dah tu? lembu kat sini cantik la??”

Laju angah mengangguk. Irsyad rasa memang angah tengah tak sihat kut. Sakit mata? Lembu pun dia cakap cantik. Seriously pelik. “Tak payah tengok lembu la.. Kita pergi tempat lain.”

Irsyad tengah membancuh air kopi dalam paket segera tepi kerusi beranda bilik mereka. Angah pula masih berbungkus dalam selimut. Sejuk. Dia tak nak pergi mana-mana selain duduk dalam selimut tebal ni.

“Kalau abang nak pergi tempat lain pergi la. Angah nak pergi jugak tengok lembu bintik-bintik tu.”

Lembu bintik-bintik??

Angah ni nak pergi tengok lembu yang tengah sakit ke? Betul la tu.. Angah tengah sakit ni. Patut la dia nak sangat pergi tengok lembu yang tengah sakit jugak tu. No wonder.

“Abang!”

Ha? Apa? Kenapa?” Terkejut Irsyad.

“Jangan sengih pelik macam tu boleh tak!! Angah normal la. Normal. Bukan macam abang tu.. Pelik.” Dia geram tengok Irsyad yang sengih sorang-sorang lepas pengumuman lawatan ke tempat lembu berbintiknya itu.

Okey..”

Angah masuk balik dalam selimutnya. Sensitif sungguh hatinya pagi-pagi macam ni. Ni semua salah Irsyad la. Salah Irsyad.

Irsyad yang macam perasan angah tengah merajuk cepat-cepat dia tinggalkan kopi di tangan dan bergerak masuk dalam selimut sekali.

Warggghhh!!!”

Pekak sekejap.

“Abang ni kenapa?”

Nak pujuk angah la..”

Uuu.. Geli.Geli.” Angah dah buat gaya obor-obor berenangnya.

Irsyad senyum. “Dengan abang pun nak geli ke?”

Angah malu sendiri. “Dah la. Malas nak layan. Baik kemas beg lagi bagus.” Angah terus keluar dari selimutnya.

Baju yang dah pakai dia lipat-lipat balik masuk beg. Susun cantik-cantik.. Kemas. Irsyad atas katil tengok saja dia yang sedang mengemas beg. Kut nak tolong kemas sekali.. Harapan.. Pakai tak payah balik Malaysia la jawabnya.

“Angah…” Meleret-leret Irsyad panggil.

Angah mengerling suaminya sekilas. Lepas tu sambung melipat baju. “Apesal?” Eh silap.. Mana boleh cakap macam tu dengan suami. Kurang adab tu.. Tak boleh. Tak boleh. “Ye abang..” Selembut habis intonasinya. Gaya macam perempuan gedik pun ada.

Geli tengkuk sendiri.

Irsyad dah pecah ketawa. Dia pun geli semacam dengar suara pelik angah tu. Angah pun dah gelak sekali. Over sangat nak berlagak isteri mithali la konon. Tak jadi tak jadi.

Apesal ni?” Angah kembali normal macam selalu-selalu. Tak reti la dia nak bertukar watak jadi macam perangai jahatnya dulu. Lagipun, mereka kan dah baik.. Tak payah berlakon-berlakon dah.

Irsyad belum habis ketawa.

“Abang..” Angah membuat suara ala-ala mengugut. “Nak selamat, baik berhenti gelak tu.” Memang terus ugut.

Irsyad angkat tangan dengan sengih sampai ke telinga. Menyerah kalah. Jangan buat main dengan ugutan angah.. Scary.. Teringat macam mana dia kena masuk hospital gara-gara cari pasal dengan angah. “Okey.Okey. Tak gelak dah.”

Walaupun Irsyad tak gelak dah.. Tapi sengih yang overdose tu memang tak dapat nak disembunyikan. Serius kelakar. “Kenapa angah boleh terfikir nak come up dengan idea ‘along’ tu eh?”

Angah senyum.. “Sebabnya.. Abang ni perfect sangat.”

Eh? Perfect?”

Angah angguk-angguk. Mana pernah dia jumpa manusia macam Irsyad ni. Semua orang dia tanya, semua orang cakap benda-benda yang terlalu baik dan terlalu sempurna pada diri Irsyad. Macam tiada kelemahan langsung. Macam perfect sangat. Tu yang dia tak puas hati sangat tu.

“Kenapa pulak angah cakap macam tu?”

“Sebab angah dengar dari orang la. Dari semua orang yang kenal Ilham Irsyad. Even dari mak sendiri.”

“Mak??”

Hmm.. Mak abang.”

Irsyad pelik. Dia tak pernah dengar pun perkataan perfect dari mulut emaknya sepanjang dia hidup ni. Mustahil la. Angah terlupa nak korek telinga dulu kut sebelum bersembang dengan emaknya itu. “Mengarut la.”

Selesai lipat pakaiannya angah lipat-lipat pulak pakaian Irsyad. “Betul la. Kalau tak takdenye angah nak buat kerja pelik-pelik tu la.”

Irsyad yang tengah berselimut atas katil tu makin berkerut-kerut dahinya. “Sebab angah ingat abang ni perfect je, angah buat semua kerja pelik tu? Memang pelik la angah ni..”

Eh.Eh.Eh.. Sedapnya kata orang. Macam la dia tu tak pelik.”

Irsyad jongket-jongket bahu. “Dah tu, angah dapat hasil tak lepas buat semua rancangan pelik angah tu??” Irsyad nak tahu jugak perkembangan rancangan pelik isterinya ni.

Angah ketawa. “Of course..”

Irsyad mengangkat kening bertanya. Angah senyum sampai meleret-leret ke telinga kalau boleh. “Masa sehari sebelum datang sini.. Kes gempak tu..”

Irsyad pelik. Kes gempak?? Ooo.. Kes tu.. Kes yang boleh buat dia tercabut jantung tu.

Angah senyum tengok Irsyad yang tengah serius memikir. Baru sangat kes tu.. Takkan dah lupa dah.. Sungguh tidak kuat ingatan betul la suaminya ni. Rasa bimbang pulak nak hidup sampai ke hari tua dengan orang yang cepat hilang ingatan macam Irsyad ni. Bahaya.

Irsyad petik jari tiba-tiba. “Patut laa..”

Angah tahu dah Irsyad nak sambung apa.. “Patut la apa?” Tapi dia tanya lagi..

How dare you.. Abang gigit-gigit kang baru tahu..” Irsyad senyum mengugut. Sungguh tidak patut isterinya ini. Penat sebelum ni dia memikir pakai logik akalnya. Baru hari ni dia dapat jawapan.

Angah jelir lidah. Tak hairan dengan ugutan Irsyad. “Patut apa? Patut apa?” Dia sengaja tanya lagi. Nak jugak Irsyad sebut ayat ‘killer’ dia tu.

Huh.. Tak nak.” Tahu dah taktik angah. No way dia akan ulang balik ayat pelik angah tu.

Angah senyum. “Ke nak angah ulang sebut sekali lagi? No hal..”

Irsyad terus bangun dari katil mendapatkan angah kat bawah. “Jangan pandai-pandai cakap kalau nak selamat..” Turn dia mengugut angah pulak. Asyik kena ugut saja sebelum ni.

Angah sengih.. Kisah apa dia.. “Thank you for being normal..” Akhirnya dia cakap jugak ayat ‘killer’ tu. Dia nampak muka Irsyad dah merah.

Selesai saja ayat angah tu habis disebut.. Mulutnya dah kena gigit dengan Irsyad..

I’m dead..
 

are-fiyz

Active Member
Malaysia..

Along duduk terperuk dalam biliknya kat rumah. Frustrated tahap kritikal. Angah dengan suaminya dah beberapa minggu balik dari honeymoon. Dia tak tahu pun suami isteri tu selamat pergi honeymoon bagai.

Dia?

Kahwin pun belum.. Honeymoon memang wassalam la.. Umur baru 24.. Nak kahwin apanya. Lain la angah.. Angah kan perempuan. Sekarang ni along malas nak fikir pasal kahwin, tapi hatinya nak kahwin jugak.

Tertekan.

Sejak hari terakhir dia keluar makan dengan Farid tu, dia dah tak berhubung lagi dah dengan Farid. Mana taknya, kecewa teramat-amat. Mana mungkin dia cakap perasaannya pada Farid tu. Farid dah ada orang lain.

Farid tak pernah tanya apa-apa pun pasal kes angah ada jumpa dia pada along. Jadi memang Farid tu tak pernah kisah la sebenarnya. Along tak nak fikir lagi. Dia sakit otak kalau asyik fikir benda yang takkan selesai.

Mama dengan abah pelik dengan perangai anak sulung mereka. Sejak dua tiga minggu ni kerja balik rumah saja. Sekejap-sekejap cakap tiada kuliah, lepas tu cakap kuliah habis awal. Macam-macam. Ikut la.. Malas ibu bapanya nak masuk campur hal anak-anak mereka. Masing-masing dah besar, pandai-pandai la urus masalah sendiri.

Mama yang tengah menyapu halaman rumah tiba-tiba terkejut. Ada orang bagi salam kat pagar rumah. Bangla jual kain ke??

“Assalamualaikum..”

“Waalaikumsalam..” mama yang rabun tak pakai spec tu terus pergi dekat dengan pintu pagar. Siapa la yang rajin datang rumah tengahari-tengahari rembang ni??

“Mama.. Angah ni.. Takkan anak sendiri tak kenal kut?” Angah rasa nak ketawa tengok mama berkerut dahi-dahi tengoknya yang terpacak luar pagar. “Takkan la nak biar angah duduk luar kut??”

Pintu pagar dibuka. Angah salam tangan mama. Lama dia tak balik rumah. Apa khabar la orang-orang dalam rumah ni..

Mama yang pelik dengan kemunculan angah yang tiba-tiba tu.. “Datang dengan siapa ni? Mana Irsyad?”

Angah dah berjalan masuk rumah. Penyapu di tangan mama dirampas dan tangan mama ditarik agar masuk rumah. Panas sangat kat sini. Habis gelap kulit dia yang cerah ni. “Irsyad? Kerja la. Datang dengan siapa? Dengan bas.. Kan kereta angah mama kebas tak bagi-bagi lagi.. Tuu..” angah tuding jari pada keretanya di bawah garaj.

Mama pun dah terangguk-angguk. Terlupa pulak. “Along ada rumah.. Pergi la tengok along tu. Macam dah nazak je mama tengok.”

Mama menggeleng-geleng kepalanya. Macam dah tiada harapan. Kasihan..

Angah yang dengar terus rasa macam dapat kejutan elektrik. Nazak? Along dah nak mati ke? Sakit apa? Masya-Allah.. Dia tak tahu pun.

Elok saja masuk rumah, angah dah berlari memanjat tangga ke bilik along. Pintu dah tak diketuk. Terus saja dia ceroboh. Kalau ketuk pun buat apa, along kan dah nazak.. Mana ada orang nazak nak boleh bangun buka pintu.

Tak senonoh.. Orang nazak pun ada privasi la.. Sungguh kurang kesedaran betul la angah ni.

Warrggghhh!!!”

Kan dah cakap.. Ini lah balasannya bagi orang yang tidak beradab dengan orang lain. Angah menjerit tengok along.

“Along!!! Jangan!! Mengucap-mengucap..”

Angah takut sendiri tengok along yang tengah berdiri atas kerusi bawah kipas angin dengan kain yang tergantung.

“Angah ni kenapa??” Kacau sungguh konsentrasinya..

Angah terus pergi pegang kaki along. Menghalang along dari cubaan membunuh diri. Tak sangka dirinya orang nazak dah pun masih ada kekuatan untuk membunuh diri lagi. “Along.. Jangan long.. Tak baik bunuh diri. Tak hidu bau syurga. Siapa kita nak mencabar hak Allah. Jangan long. Mengucap..” Angah dah bunyi macam ustazah-ustazah pulak sejak hidup dengan Irsyad ni.

Along tolak-tolak angah yang meruntun kakinya. Hish.. kacau betul. “Apa angah ni.. Tepi la tepi.. Jangan kacau along.”

“Along jangan. Fikir mama dengan abah. Kesian mama yang penat-penat lahirkan along lepas tu along nak mati macam ni..” Angah dah emosi sendiri.

“Angah! Tepi la. Kacau betul”

“Along.. Jangan macam ni..”

Hish.. Kacau betul la budak ni. Along nak ambik telefon ni. Tepi-tepi. Tak nampak ni.” Terus along tolak-tolak badan angah dengan kakinya. Dia nak menjengket pun tak boleh dengan angah yang peluk kakinya erat-erat.

Angah terkebil-kebil sendiri. Huh? Ambik telefon? Bukan nak bunuh diri la kiranya? Fuh.. Selamat..

Apekehal telefon along duduk atas kipas tu?” Angah mendongak memandang kipas. Along tengah berusaha meraba-raba atas kipas tu dengan kain yang dah dibuat ala-ala gelung macam nak bunuh diri saja. Tangan tak sampai.

“Along terbaling..”

Oo.. dasyat benar balingan along sampai terlekat atas bilah kipas ni. “Angah.. Tolong angkat along. Tak nampak la telefon tu duduk mana.”

“Angkat along??” Biar betul. Boleh terberak dia macam ni. Ingat along ni ringan ke??

“Angkat cepat laa.” Gesa along.

Angah buat muka tak puas hati. Kenapa pulak dia yang jadi mangsa???

“cepat along cakap!” along geram. Lambat betul angah ni..

Nak tak nak angah dengan gagahnya peluk kedua kaki along dan angkat ke atas. Naik la dalam beberapa inci dari kerusi yang digunakan along tu. Macam tak membantu saja pun..

Tengah-tengah semangat kedua beradik tu dalam misi menyelamatkan telefon..

Mama kat bawah yang terkejut dengar angah menjerit tadi sampai tingkat bawah terus pergi melihat apa yang berlaku.. Dengan pintu bilik along yang terbuka luas..

Astaghfirullahala’zim.. Angah!!! Jangan bunuh along…”

Ek?
 

are-fiyz

Active Member
Book 39

Telefon along berjaya turun daripada kipas tu dengan selamat tanpa cedera parah. Mama pun dah selamat turun bawah. Nasib la angah tak lepas kaki along masa mama datang tu.. Kalau tak memang arwah sungguh la jadinya si Along tu.

Along usap-usap belakang telefonnya yang berhabuk dengan habuk-habuk kipas. Angah penat. Rasa nak tercabut pinggangnya dukung along tadi. “Kenapa along boleh terbaling telefon tu sampai atas kipas?”

“Sebab along kecewa..”

Huh?

Macam tu saja jawapannya?? Pendeknya.. Takkan la kecewa dengan telefon sampai baling-baling naik atas kipas? Apa la kesalahan telefon tu dah buat.. Kasihan. Angah cuma mengangguk mendengar jawapan pendek along.

No komen.

“Apa angah buat kat sini?”

“Saja balik..”

Hmm.. Macam mana angah dengan Ilham? Dah okey? Dengar kata dah berbulan madu siap..”

Angah sengih. Dia angguk-angguk. Hubungannya dengan Irsyad memang dah okey pun. Dah macam suami isteri yang lain. Sebelum ni pun macam orang-orang lain jugak, tapi ada satu halangan yang tak nampak antara dia dan Irsyad.

Halangan yang tak nampak? Tu macam bermaksud tiada halangan saja..

Bukan tiada halangan.. Tapi halangan yang tak nampak la. Tak nampak. Tak nampak tu tak bermaksud tiada tau tak.

Okey..

Along senyum hambar. “Bagus la masalah angah dah selesai. Tak de la angah nak marah-marah dengan along lagi kan lepas ni?”

Angah angguk. “Yup..” angah teringat pelbagai jenis usahanya nak mencari kemarahan Irsyad tapi semuanya membawa kepada kegagalan yang nyata..

Senyuman Irsyad lembut pada pandangan matanya.. “Angah.. Angah tau tak ada hadis Nabi daripada Abu Said Al-Khudri r.a.. Dalam hadis tu.. Rasulullah s.a.w cakap.. seseorang tu tak dikurniakan suatu pemberian yang lebih baik dan lebih luas daripada sabar.. Hadis ni hadis sahih tau.. Riwayat Bukhari.”

“Huh? maksud? Tak faham la..”

“Maksudnya.. Bersabar tu adalah lebih utama dan lebih baik dalam kehidupan manusia.”

Ooo.. No wonder la dia tak pernah nampak Irsyad ni marah-marah. Sabar adalah sesuatu perkara yang sukar dilakukan oleh semua manusia. So, macam mana Irsyad boleh buat??

Irsyad yang tengok angah dah kelip-kelip mata macam kelip-kelip, tarik angah menghadapnya.. “Angah.. Bersabar tu memang bukan perkara senang. Abang pun mula-mula dulu susah sangat nak buat tau.”

“Mula-mula?? Bila mula-mula tu?”

Angah tertarik nak mendengar cerita perfect suaminya ini. Bersinar-sinar matanya memandang muka Irsyad.

“Masa mula-mula abang terasa hati..”

“Terasa hati?? Dengan siapa? Bila?” Makin berkobar-kobar semangat angah. Ada jugak ya spesis manusia yang belajar bersabar akibat daripada terasa hati saja pun..

“Abang cerita kat angah sorang je ni.. Jangan pandai-pandai bocor rahsia tau.” Dia cuit hidung angah.

“Okey!!”

“Masa tu abang umur 8 tahun.. Kalau tak silap la.”

“Wuyooo.. Terbaik la.. 8 tahun?? 8 tahun??” Angah dah ternganga dulu. Irsyad senyum saja. Rahsia hidupnya pertama kali dikongsi dengan seseorang.

“Masa tu abang nak sangat makan aiskrim time jalan-jalan dengan mak ayah kat shopping mall. Abang cuma mintak sekali saja..” Tiba-tiba mata angah dah berair.. Dia sudah hanyut dengan emosi. Macam tahu saja apa yang bakal terjadi dengan kisah suaminya ni. Huhu.. Sedih.. Sedih..

Tiba-tiba..

“Angah!!”

Ooo mak engkau. Sakit jantung aku..” Angah melatah. Hilang habis khayalannya bersama Irsyad.

Along dah gelak ketawa. Kelakar dengar angah melatah macam makcik-makcik. Angah dah layak masuk kategori makcik-makcik la. Tahniah. Tahniah.

Dah sampai mana hah? Tahu la bahagia dengan suami tercinta pun. Tak payah la tunjuk-tunjuk kat along ni.”

Angah senyum.

Along tak puas hati. “Kalau setakat nak menunjuk kat along, pergi balik la. Tak nak along tengok. Buat kecewa lagi ada la. Dah. Dah. Jangan kacau along.” Along hambat angah keluar dari biliknya.

Makin kecewa hatinya yang dah sedia kecewa. Ish.Ish.Ish.. Tak patut.. Sepatutnya selaku adik beradik kembar, kena la tumpang bahagia dan gembira atas kebahagian saudara kembarnya. Bukan iri hati.

Tapi nak buat macam mana.. Along memang iri hati pun. Daripada menipu cakap yang dia tumpang bahagia baik la dia cakap yang benar walaupun tak berapa nak sedap dengar. Pepatah arab cakap.. Qulil Haq Walau Kaana Murran. So dia menyahut seruan orang arab yang suruh bercakap benar walaupun pahit.

Angah tengok ekpresi muka along yang memang macam orang dilanda kemurungan. “Sebenarnya angah datang ni nak tolong along.. Tapi dah along suruh angah balik.. Tak pe la kalau dah macam tu. Angah kena balik la macam ni..”

Angah bangun dari duduknya.

Along terpinga-pinga mendengar ayat yang telah menyelamatkan jiwanya daripada terbunuh diri.. “Eh.. Nanti-nanti dulu. Nak pergi mana pulak ni?? Duduk duduk balik. Banyak hal yang kita kena bincang ni..”

Angah senyum. Tahu dah along. Memang cepat sungguh tarik balik kata-katanya. Tak pernah lagi la dia nampak along ni ego keras kepala macam dia. Sebab tu kut mama lagi sayang along.. Huhuhu..

Angah duduk balik.

Okey.. Apa yang angah nak tolong?” Pelik betul soalan along ni. Ada ke orang yang nak minta tolong tanya orang yang nak menolong pakai ayat macam ayat nak menolong orang yang diminta tolong?

Sendiri fikir pun dah serabut.

Tiba-tiba muka semangat along jadi muram kembali. “Dah tiada apa-apa yang boleh angah tolong pun.. Semuanya dah terlambat.”

Huh?
 

are-fiyz

Active Member
“Terlambat? Apa yang terlambat? Kenapa? Dia dah mati ke? Innalillahi wa Inna Ilaihi Raajiu’n..” tergeleng-geleng kepala angah mendengar perkhabaran yang menyedihkan ini. Kasihan along..

Bukk!!”

“Along! Apa ni baling-baling bantal kat angah pulak.”

Along bercekak pinggang. “Bila masa pulak along ada cakap dia mati hah??”

Oo tak de ek??

Nampaknya dia sudah terlebih imaginasi. Biasalah.. Guru yang kreatif dan inovatif mesti la mempunyai daya imaginasi yang tinggi.

Dah tu?? Apa yang dah jadi sampai along cakap terlambat-terlambat ni? Selalunya kalau dah terlambat gaya murung macam along ni dah tak de bab lain yang sesuai melainkan bab-bab mati.”

Angah memang la terlalu berterus terang. Mungkin bakal dicium bantal busuk along sekali lagi kut.

Buk!!”

Kan dah cakap..

Adeh.. Penderaan ni.. Tak nak tolong baru tahu.” Angah baling balik bantal kat along. “Cuba along cerita dulu kat angah apa yang jadi sebenarnya ni??”

Along menarik nafas berat.

“Dia dah ada orang lain.”

Huh?

“Dia dah ada orang lain. Orang yang along kenal pulak tu. Memang tak la.”

Sepatah habuk angah tak faham apa yang alongnya cuba nak sampaikan. Siapa yang dah ada orang lain? Budak Farid tu ke? Orang yang along kenal?? Apa kaitan dengan orang yang along kenal dengan Farid tu? Apa yang tak pulaknya? Tak faham!!

Muka angah dah blur. Dia tak faham langsung. “Apa yang along cakap ni?? Bukan dulu along suruh angah gi selidik kenapa si Farid tu tiba-tiba pelik dengan along je ke? Macam mana yang boleh muncul dah ada orang lain la.. Orang kenal la.. Tak la.. Bagai? Explain. Explain..”

Angah bersila pulak. Ambil port kedudukan yang lebih selesa nak mendengar hikayat alongnya.

Maka along pun memulakan hikayatnya dari A sampai Z.. Sekejap-sekejap muka tu bersinar bahagia.. Sekejap pulak dah jadi sedih.. Merana.. Lepas tu jadi murung balik. Kasihan along..

Rupa-rupanya along dah jatuh cinta pada Farid tu.. Tu la along.. Memandai sangat awal-awal dulu benci-benci la konon dengan budak tu. Sekali dia yang sangkut dulu. Kan dah macam letak leher sendiri kat tempat pancung.

Boleh ke disamakan kes along ni dengan perumpamaan pelik tu? Macam kurang sesuai je pun.

Apa-apa saja la..

Along mengeluh sendiri setelah tamat ceritanya. “Apa yang along nak buat ni ngah? Tak boleh lupa la.. Asyik-asyik along mesti kena tengok telefon ni. Benci arr..” Terus dia baling telefon tu dekat longgokan bantal. Tak nak baling naik atas lagi dah. Nanti sangkut kat kipas macam tadi, pakai tak bawak turun dah la.

Angah senyum. Ayat along mengingatkan dirinya waktu dulu tu.. Sampai dia buang terus nombor telefonnya gara-gara kecewa punya hal.. Gila. Dia lagi gila dari along la kiranya..

Along sedih.. Angah rasa nak ketawa pun ada tengok kesedihan along ni. Tapi cepat-cepat dia tahan.

“Ala long.. Kan ada banyak lagi yang lain, tak payah la harapkan budak tu.” ayat angah memang tak membantu langsung.

“Angah ni.. Along suka dia la. Rasa macam tak mampu nak bagi hati along ni kat orang lain.”

Hmm.. kronik ni. Tiba-tiba idea pelik muncul dalam kepala otak angah.

Haa.. Senang je long.. Along pergi la recite lagu ku tunggu jandamu kat dia. wawawawa..” Pecah ketawa angah. “Nanti kalau dia dah janda, lepas tu nak kahwin balik.. Confirm-confirm la dia cari along.” Angah sambung gelak. Memang menyakitkan hati orang sungguh la angah ni.

Along buat muka. Rasa nak tendang-tendang saja angah yang tengah seronok gelakkan dirinya.

Angah dah berhenti gelak sorang-sorang. Rasa aura bunuh yang tengah berlegar-legar di sekeliling along. “He.He.He. Sorry.. lawak je.” Angah kembungkan mulutnya. Buat-buat tak nampak aura bunuh along tu. Scary..

Tiba-tiba..

Angah tepuk tangan sekali tepuk. “Wait.. Rasa macam ada sesuatu yang pelik kat sini..”

“Apa yang peliknya??”

“Along cakap, Farid tu bersikap pelik dengan along kan?? Apa yang pelik? Cuba explain sikit pelik Farid tu.”

Along macam tengah memikir-mikir. “Hmm.. Pelik Farid tu, kalau along nak tolong apa-apa dia macam malu-malu lepas tu tergagap-gagap kalau bercakap dengan along.. Ada sekali tu along tolong ambil bola tenis dia yang terlekat atas pokok, lepas tu tangan along terguris sikit jer pun. Berdarah la gak.. Alih-alih dia yang menangis teruk. Macam dia pulak yang berdarah. Pelik eh..”

Angah tepuk dahi sendiri. Adeh.. Sungguh clueless betul la along ni. “Apa yang along buat lepas perasan segala jenis kepelikan Farid tu??”

Along tenung kipas. “Hmm.. Along mengelak sekejap dari jumpa dia. Kut,kut pelik dia tu dah hilang ke..”

“Bengong punya along.”

Huh?? Angah cakap apa? Tak sopan punya adik.” Along ketuk kepala angah. Suka-suka hati cakap dia bengong.

“Sakit la. Betul la angah cakap. Along ni bengong. Dah terang lagi bersuluh yang dia tu suka along, along pergi mengelak dari dia apesal? Memang bengong la namanya tu.”

“Suka along?? Along? Dia suka along??” Rasa hidupnya diberi sinar baharu.

“Angah tahu macam mana nak tolong along. Don’t worry..”

“Macam Mana??” along tak sabar-sabar. Tapi dia dah muram balik. “Tak payah la angah.. Kan dia dah ada orang lain. Along tak nak kacau kebahagiaan dia.”

Angah geram. Kepala along diketuk-ketuk. Kepala genius ni kalau bab hati dan perasaan memang tahap lembam terus.

Adeh.. Angah ni kenapa pulak??”

“Along.. Kan dia cakap orang yang dia suka tu, along kenal kan??”

Along terangguk-angguk. Angah berpeluk tubuh. Gaya macam doktor-doktor phsyco pula. “Dah tu, cuba along fikir, siapa yang along kenal, rapat dengan budak tu??”

Hmm.. Mana ada member-membernya kenal dengan Farid pun. Dia kenal dengan Farid tu pun tiba-tiba saja. Rasanya dia sorang je budak master yang rapat dengan sorang degree student. Hmm.. Mana ada!! Jawapannya tiada.

So dia tipu along la??”

Adeh.. Lambat sungguh. “Maksudnya orang yang dia maksudkan tu along la!! Takkan la along tak kenal diri along sendiri kut???”

Aaaa.. Terasa diberi pencerahan.. Terus angah dipeluk kuat-kuat. “Angah.. Thank you very much..”

Dah.. Angah nak balik. Lambat dah ni. Angah janji dengan Irsyad nak balik sebelum asar. Dah nak dekat asar dah ni.” Terus pelukan along dilepaskan.

Angah bangun dari duduknya. Terasa senak semacam pulak perut ni.

Tiba-tiba..

“Angah?? Bajet la.. Takkan tak pakai pad kut??” Along dah marah-marah. Habis katilnya dah merah semacam. Penat la dia nak basuh macam ni.

Pad? Mana angah period pun.” Dia tengok tempat dia duduk tadi. Masya-Allah.. Terus angah angkat kain kurungnya sedikit.

Along telan liur. “Mamaaaaaaa!!!!!”

Angah dah pengsan..
 

are-fiyz

Active Member
Book 40

Di hospital..

Angah keguguran.. Kandungan yang tak sampai 4 minggu tu.. Memang tak dapat nak bertahan kalau dah angah buat semua kerja berat macam orang nak masuk kelab-kelab bina badan tu.

Baru sangat dia angkat along dalam misi nak menyelamatkan telefon atas kipas tu. memang konfem la keguguran kalau dah gagah sangat mengangkat orang lelaki. Kali ni angah masuk wad kecemasan bukan dengan Irsyad.

Maka terselamat la Irsyad dari terkena tuduhan doktor-doktor kat situ akibat kes penderaan yang melampau dan kerap. Mama dengan abah sedih dengar yang mereka dah kehilangan bakal cucu yang baru saja tahu berita kehadirannya tapi dah pergi buat selama-lamanya.

Along??

Makin tertekan. Kalau la dia tak suruh angah angkat dia tadi.. Mesti anak saudaranya sekarang ni masih hidup.. Rasa macam tak boleh terima hakikat. Tapi semua ni salahnya. Angah yang dah dipindahkan ke wad biasa dah sedar. Dia dah tahu berita yang dia mengandung dan sudah tidak mengandung lagi pada masa yang sama.

Benda pertama yang angah buat lepas dengar berita yang menyedihkan tu..

Senyum..

Irsyad adalah orang yang pertama dapat panggilan mengejutkan tu sebelum Mak Jah dengan Pak Mad kat rumah tu tahu. Cepat-cepat dia bergegas ke hospital dan orang pertama yang dia nampak kat luar wad tu along. Along yang telefon tadi.

Irsyad terus pergi kepada along yang sedang duduk macam orang yang bersalah menunggu hukuman. “Along?”

Along pandang adik iparnya. “Along mintak maaf sangat-sangat. Along tak tahu pun yang..”

“Ilham pun tak tahu.. Ilham yakin, angah pun tak tahu gak yang dia tu sedang mengandung sebelum pada ni.. So don’t worry okey. She’ll be fine. Just fine.” Irsyad mengambil tempat duduk di sebelah along. Sepatutnya sekarang ni dia berada di samping isterinya memberi semangat dalam menghadapi kehilangan anak sulung mereka. Tapi dia memilih untuk menenangkan along yang penuh dengan rasa bersalah sekarang ni.

Along pelik. Macam mana Irsyad boleh yakin yang angah okey??

Dalam wad tu angah senyum saja. mama dengan abah yang menangis untuk satu-satunya anak perempuan mereka yang keguguran. Last last angah pulak yang memujuk mama yang sedih melampau tu.

“Mama.. Dah la tu.. Nak buat macam mana.. Allah cakap bukan rezeki kita lagi.. Kita kena redha. Sabar. Mama jangan la sedih-sedih. Nanti angah usaha lagi. He.He.He..” sungguh tidak senonoh betul angah ni.

Tak jadi mamanya nak sedih lama-lama dengar ayat angah tu. Abah pun dah senyum sendiri. Tak sangka yang anak perempuannya ni dah berubah perangainya. Kalau dulu.. Masya-Allah.. Dia yakin, ni semua mesti dari usaha Irsyad dan pertolongan Allah. Alhamdulillah..

Angah senyum saja. Malu pulak cakap macam tu depan mama abah. Tapi dia tak kisah.. Dia kan spesis berterus terang.. Teringat cerita Irsyad yang belajar sabar.. Dan cerita tu la yang membuatkannya mampu bersabar dengan ujian Allah untuknya sekarang ni.

“Masa tu abang nak sangat makan aiskrim time jalan-jalan dengan mak ayah kat shopping mall. Abang cuma mintak sekali saja..” Tiba-tiba mata angah dah berair.. Dia sudah hanyut dengan emosi. Macam tahu saja apa yang bakal terjadi dengan kisah suaminya ni. Huhu.. Sedih.. Sedih..

“Tapi.. Mak cakap.. Tak boleh. Nanti besar, dah ada kerja.. Beli sendiri.” Irsyad senyap. Dia tengok riak muka isterinya yang ternganga..

“Waduh Waduh.. Kesiannya kat abang. Tak sangka angah, mak rupa-rupanya seorang yang kejam.” Angah masih lagi ternganga sambil terangguk-angguk.

Irsyad terus cubit pipi isterinya.. “Ada ke pulak cakap mak abang kejam. Tak baik la.”

“Abang ni pelik la. Kalau budak nak aiskrim dicakapnya macam tu.. Tu bukan terasa hati namanya.. Tu namanya boleh marah nak memberontak. Tak pun sedih menangis.” Angah tengah memikirkan logik cerita Irsyad.

“Pelik kan?? Tapi tu la pertama kali abang mula-mula terasa hati. Rasa masa tu macam nak marah mak sebab kecik hati mak tak nak belikan aiskrim dan suruh tunggu abang besar dulu baru beli sendiri.”

Angah setuju dengan Irsyad. Memang tak puas hati betul la dengan mak mertuanya tu.

“Tapi tiba-tiba kan.. Abang nampak ada seorang budak laki ni.. Dengan ayahnya jalan-jalan lintas depan abang. Dua orang anak beranak tu biasa-biasa saja. Tapi mata abang ni tak boleh nak lepas pandang daripada mereka tu.” Irsyad pause sekejap ceritanya..

“Lepas tu?”

“Lepas tu.. Budak tu tarik-tarik baju ayahnya. Dan cakap nak aiskrim yang macam abang nak tu. Kebetulan dua beranak tu berhenti depan abang. Sebab orang jual aiskrim tu betul-betul depan abang je. He.he.he.”

“Abang memang suka aiskrim ke?”

Irsyad angguk-angguk. “Tapi ayah budak tu macam tak cukup duit rasanya nak belikan aiskrim tu untuk anaknya. Mungkin la. abang assume jer. Masa tu abang fikir mesti budak tu tengah rasa macam apa yang abang rasa waktu tu. Tapi abang salah..”

“Salah? Kenapa salah?”

“Sebabnya.. Budak tu senyum pada ayahnya. Dan cakap.. ‘Amin ingat lagi cakap ayah. Tak pe.. Amin boleh bersabar dari nak makan aiskrim tu.’ Abang ingat budak tu akan terasa hati dengan ayah dia. Alih-alih dia cakap macam tu.. Lepas tu ayah dia usap-usap kepala anaknya dan cakap ‘Bagusnya anak ayah.. Kebaikan bagi mereka yang??’ abang pelik dah.. Kenapa ayah budak tu tanya anak dia pulak. Mesti la budak tu tak tahu sebab budak tu sebaya abang je rasanya.. abang pun tak tahu gak masa tu.. tapi abang silap lagi.. Budak tu terus sambung ‘bersabar..’ Terus abang rasa lain macam. Rasa macam hilang segala perasaan kecik hati nak marah dengan mak awal tadi.’

“Waa.. Bagus la budak tu..” Angah impressive sendiri dengan budak yang bernama amin tu. Mesti sekarang ni dia dah membesar jadi anak yang soleh..

Irsyad senyum sambil mengangguk setuju dengan statement angah tu. Irsyad sambung lagi.. “Abang berfikir sendiri time tu.. Kebaikan bagi mereka yang bersabar?? Maksudnya?? Abang rasa abang dapat bersabar dari perasaan marah nak memberontak pada mak. Terus muka abang yang masam awalnya dah boleh tersenyum. Rasa lapang jiwa abang time tu. Tapi mata abang tak lepas pada dua beranak tu. ayah budak tu macam perasan abang asyik pandang mereka sejak awal kut, terus dia datang kat abang. Dia usap-usap kepala abang macam dia buat kat anak dia. ‘Bagusnya anak ni.. sabar ya nak..’ abang pelik jugak, tapi abang senyum saja. mungkin dia tahu yang abang pun nak makan aiskrim macam anak dia gak kut.. He.He.He. Kantoi..”

Angah gelak. “Lepas pada tu?”

“Lepas pada tu, tiba-tiba kan.. Pakcik yang jual aiskrim tu datang bagi aiskrim pada abang dengan budak tu. Kalau nak cakap dia dengar apa yang ayah dengan anak tu cakap, mustahil la. Sebab jauh gak tempat kitorang dari pakcik jual aiskrim tu. Lepas pada tu baru abang faham apa yang dimaksudkan kebaikan bagi mereka yang bersabar.”

“Ooo.. Macam tu..”

“Tapi bukan habis macam tu jer kisah abang, lepas dapat aiskrim tu.. Ayah budak tu cakap kat anak dia ‘Amin.. kata apa kat pakcik ni?’ Abang tengok saja. Mesti la terima kasih sebab bagi aiskrim free kan.. Dan memang amin tu cakap ‘Terima kasih pakcik..’ abang pun cakap benda yang sama macam amin tu. Tapi..”

“Tapi??” Angah suspen balik.

“Tapi.. Ayah budak tu tak sempat lagi nak cakap kat budak tu.. Budak tu terus cakap.. ‘Alhamdulillah.. Terima kasih Allah atas kurniaan rezeki ni..’ Masa tu abang rasa macam nak menangis.. Abang lupa nak berterima kasih pada rezeki dan ganjaran yang Allah dah bagi pada abang lepas abang bersabar.. Rasa macam malu sangat dengan Allah..”

Angah dah teresak-esak.

Irsyad yang semangat bercerita berpaling tengok isterinya yang dah banjir dengan air mata. “Laa.. kenapa pulak ni??”

“Sambung-sambung.” Angah bercakap dalam esakannya yang tiba. Sempat lagi. spoil suasana betul.

Nak tak nak Irsyad pun sambung.. “Hmm.. budak tu macam perasan kut abang tengah bersedih terus dia pegang tangan abang.. ‘Jangan risau.. Allah tu ar-Rahman.. ar-Rahim.. Pengasih dan penyayang..’ Hilang terus rasa kesedihan abang. Abang cepat-cepat ucap Alhamdulillah..”

“Baiknya amin tu.. Teringin angah nak tengok dia.” Sempat pulak angah ni fikir ke situ.

“Ish. Ada ke pulak macam tu.. Lepas pada tu setiap kali abang terasa sedih ke terkilan ke nak marah ke.. Cepat-cepat abang bersabar.”

Angah terangguk-angguk. Patut la.. Macam tu rupanya. Memang patut sangat la segala usaha gigihnya membawa kepada kegagalan. “Patut la kan.. Semua orang cakap abang ni sempurna la tak de cacat cela la.. terbaik la.. sangat-sangat baik la..”

Irsyad senyum..

“Angah.. abang bukan sempurna. Abang cuma belajar bersabar.. Kebaikan buat mereka yang bersabar.. Dan dalam kesabaran tu ada kesempurnaan. Ingat tak hadis tadi? Tiada pemberian yang lebih baik dan lebih luas dari bersabar. Tak gitu??”

“Angah?”

Lama benar angah termenung. Semua mata-mata kat situ macam risau padanya. Mungkin masih bersedih. Dia memang sedih.. Tapi macam Irsyad cakap.. Dia cuba bersabar. Matanya mencari Irsyad dalam ramai-ramai orang kat situ.

Irsyad berada tak jauh dari katilnya. Mata mereka saling bertentang. Irsyad senyum pada isterinya.

Tahu la angah apa yang dia dapat melalui senyuman Irsyad.

Kebaikan buat mereka yang bersabar..

Senyuman Irsyad dibalas dengan senyuman dari hatinya yang tenang dengan bersabar.

Tiba-tiba angah bangun dari katil tu.

“Jom balik.”

Huh??
 

are-fiyz

Active Member
Sudah berminggu-minggu berlalu sejak kes kegugurannya. Angah macam biasa. Waktu hari kegugurannya tu hari tu jugak dia nak balik rumah. Terkejut semua orang. Irsyad pulak dah tepuk dahi sendiri masa tu.. Teringat masa angah masuk hospital sebelum-sebelum ni.

Tak pernahnya nak berubah..

Satu hari tu di meja makan..

“Abang kerja kan besok?”

Yup. Kenapa?”

“Angah tak kerja.” Masalah sungguh la angah ni. Nak cakap yang dia tak kerja besok, baik tak payah tanya. Satu Malaysia tahu yang dia tak kerja besok. Sekolah cuti dia pun cuti jugak la.

Irsyad senyum sendiri. Dah mula perangai pelik angah ni. “Tahu..”

“Bagus la abang tahu..”

So? Apa motif angah sebenarnya ni?”

Angah sengih. “He.he.he. Angah.. Angah nak balik rumah mama.”

Laa.. ingatkan apa la tadi. “Okey no hal.”

“Tapi nak tidur sana la. Lama tak balik tidur rumah mama.” Angah buat ayat sedih. “Abang boleh tak tidur sana ni?”

Irsyad macam berfikir. “Abang tak kisah angah nak tidur sana. Tapi.. abang tak boleh kut. Banyak kerja lain lagi. Nanti kirim salam kat mama dengan abah eh.”

Angah senyum. Akhirnya dapat persetujuan. Rancangan berjalan dengan lancar setakat ni.

Bagus!

Keesokan harinya di rumah mama..

“Along??”

Yoo.. kat sini..” Along tengah bersiap-siap kemas. Good.. Seperti yang dirancang.

Dah telefon Farid tu?”

Along angguk.

“Mama dengan abah? Settle belum??”

Along angguk lagi. Rasa macam tengah buat plan underground spy pun ada. Ni angah punya kerja la.

Good. Nanti kalau dah sampai, along duduk kat depan pintu ni, lepas tu lambai-lambai Farid tu suruh masuk rumah. Kalau dah nampak Farid tu dekat dengan pintu dah terus lari sembunyi tau.

Along angguk.

Tak lama lepas pada tu Farid sampai.. Along macam biasa buat apa yang angah suruh.

“Farid.. Datang pun kau. Ingatkan sesat dah..” ‘Along’ jemput Farid masuk. Farid macam risau nak masuk rumah lelaki. Nanti kena tangkap basah macam mana?

‘Along’ yang macam perasan Farid tengah takut-takut.. “Abah aku kat atas. Mama je tak de sekarang ni. Jangan risau. Adik aku pun ada dalam bilik tu.”

Baru la Farid tu masuk rumah along. Tiba-tiba Farid rasa macam ada orang berdiri rapat belakangnya. Takut nak berpaling.

‘Along’ senyum.. “Wangi kau hari ni? Ada apa-apa ke?”

Farid mula gelabah. Dia jadi malu sendiri dengan along. “Apa kau ngarut ni afif? Aku normal je la. Macam selalu.”

Along yang sedang mengintai dari dalam bilik tepi ruang tamu tu.. ‘Masya-Allah.. Budak bertuah.. Sakit jantung aku tengok.’

“Kalau aku nak kau wangi untuk aku je.. boleh tak?” ‘along’ makin mendekat dengan belakang Farid. Terasa macam berbahang belakangnya dengan kedudukan ‘along’ yang makin mendekat.

Terus Farid lari jauh dan duduk kat sofa ruang tamu tu. Muka ‘Along’ memang macam playboy sejati sungguh la..

Along yang sedang mengintai rasamacam nak penumbuk angah kat luar tu. Berani-berani dia buat Farid macam tu. Dah la fizikal angah tu dari atas sampai bawah sebijik macam dirinya sekarang ni. Rasa macam tengah bersaing dengan lelaki lain pulak. Tension.Tension.

“Kau cakap ada makan-makan? Tak de orang pun yang datang. Kau tipu aku eh Afif?”

‘Along’ senyum. “Mana ada aku tipu.. Aku memang buat makan-makan pun. Tapi aku nak makan dengan kau je.”

Mak eh.. Along dalam bilik tu dah mendidih. Cemburu.

Muka Farid merah. “Kenapa kau pelik sangat eh hari ni??”

“Jom la makan dulu. Nanti kita borak panjang sambil makan.”

Kedua-dua perempuan itu berlalu ke dapur. Jadinya Along dah tak nampak adegan seterusnya. Angah pesan awal-awal dah jangan sesekali jejak kakinya keluar daripada bilik ni kalau tak nak rancangan mereka spoil.

Jadi nak tak nak along dah makan hati berulam jantung dalam bilik tu sorang-sorang. Dia nak tahu apa yang dah jadi pada dua orang perempuan kat dapur tu!!!

Tengah-tengah makan, ‘Along’ mula langkahnya. Dia kena selesaikan hal ni sebelum mama sampai rumah. Kalau tak memang wasalam la jawabnya dengan mama.

“Farid.. Aku pernah tanya kan dulu.. Pasal orang yang kau suka tu..”

Farid macam gelabah. Dia pandang tempat lain. Tak berani nak melawan pandang mata ‘along’. Dia cuma mengangguk sebagai balasan jawapan kepada ‘Along’.

“Kalau aku tanya sekali lagi siapa orang yang aku kenal tu, boleh?”

Kali ni memang Farid tak boleh nak duduk dengan tenang. ‘Along’ perasan yang Farid dah terkena. Memang betul la orang yang dimaksudkan tu adalah along. Tekaan angah dulu betul. Dan sekarang ni ‘along’ nak buat tuan punya badan mengaku sendiri.

“Kau suka aku kan.. Farid?”
 

are-fiyz

Active Member
Pada masa yang sama dalam bilik.. Along ulang alik kiri kanan dalam bilik tu. Dia dah tak sedap duduk. Rasa nak keluar tengok apa yang dah jadi. Tapi tiba-tiba teringat ugutan angah dia tak jadi nak keluar bilik.

Farid dengan ‘along’ kat dapur tu masing-masing senyap.

‘Along’ senyum.. Farid dah memandang tempat lain. Dia malu dengan along sekarang ni.

“Kau jangan la nak malu dengan aku. Actually.. Aku pun suka kat kau gak.” Nak termuntah ‘along’ lepas cakap ayat jiwang tu. Dekat Irsyad pun dia tak pernah cakap macam tu. Gila.Gila.

Farid pandang muka ‘Along’ dengan perasaan yang sukar digambarkan dengan kata-kata. Matanya pun dah berair. Adeh.. Nama pun perempuan.. Touching bebeno la kalau masuk bab-bab hati dan perasaan ni.

“Aku harap, kau dapat jadi yang halal untuk aku.. Boleh?”

Waa.. Bila masa la ‘along’ curi skrip ni dari mana-mana drama hah? Terbaik!! Action jadi! Farid dah menangis terharu.. Tu tandanya dia setuju.. Hoyeaahh.. Masalah selesai.

Setelah selamat Farid balik… Along terus keluar dari dalam bilik tu. Rasa macam boleh mati sesak nafas walaupun kipas angin dengan aircond masih menjalankan tugas mereka dengan cemerlang.

‘Along’ yang konon-konon sedang melambai Farid di muka pintu terus ditarik along masuk ke dalam rumah. “Apa yang dah jadi tadi? Macam mana? Okey?”

Angah buat thumbs up. “Beres.”

“Apa yang beres?”

“Along boleh hantar rombongan masuk meminang dia la. Takkan la angah pulak kut yang nak hantar rombongan. Mahu si Irsyad tu kejar angah dengan parang sebab curang padanya. Oo itu adalah tidak mungkin sama sekali..” Angah buat-buat skema setelah meninggalkan watak playboynya sebentar tadi.

Along senyum sampai ke telinga. Rasa semua masalahnya dah terbang melayang. Tapi.. “Macam mana angah buat sampai dia setuju terus tu?? Pelik eh..”

Along meragui pulak kata-kata angah. Tadi macam seronok sangat.

Angah yang dah agak soalan along tu cepat-cepat tarik along masuk dapur. Video camera atas kabinet dapur dicapai dan dihentikan recordingnya. Along yang tengok tu.. ternganga..

Nah.. Tengok.. Lepas tu bagi angah balik.”

“Kenapa pulak?”

“Angah tak nak nanti video ni jadi punca penceraian along dan budak tu. Dan tak nak Irsyad piat-piat telinga angah sebab buat kerja pelik ni lagi.”

Along sengih. Cepat-cepat dia main balik rakaman tu. Sekejap-sekejap rasa macam nak marah, lepas tu rasa macam bahagia pulak. Rasa macam tengah tonton dirinya sendiri sedang berlakon dengan Farid pulak. Selesai tengok, along bagi balik video cam tu ke angah.

Dah puas?”

Along angguk. “Thanks. Sayang angah.”

“Tapi ingat.. Ni rahsia antara kita dua saja. Biar pecah di perut.. Jangan pecah..”

“Kentut.”

“Along!!!”

Alaa.. Gurau jer.. Jangan pecah di mulut. Dah. Dah. Pergi tukar. Nanti kang ada yang nampak, mati kita dua.”

Angah malas nak tukar lagi. Dia nak sambung makan dulu. Tak sempat nak makan sungguh-sungguh gara nak berlakon dengan cemerlang punya pasal.

Tension.

Along dah keluar mencari abah yang sedang membaiki sliding door beranda rumah mereka. Gara-gara angah yang pergi pecahkan kunci tu senyap-senyap semata-mata nak jayakan rancangan ni. Teruk.Teruk.



Petang tu, Irsyad tak jadi balik rumahnya. Dia tukar haluan terus balik ke rumah mertuanya. Rindu nak jumpa dengan angah. Rasa macam kalau sehari tak bercakap dengan isterinya tu macam pelik pulak.

Sampai-sampai saja kat rumah mertuanya tu.. Irsyad memerhati keliling rumah.

Kereta ada.. Orang macam tiada.. Sunyi semacam saja rumah ni. Lama dah dia tak balik sini. Rasa lain macam pun ada. Elok saja nak masuk rumah, dia nampak along dengan abah.

Laa.. Along ada rumah rupanya. Patut la angah nak sangat balik rumah ni. Ada geng la tu. Along dilihatnya tengah berbual apa entah dengan abah kat kerusi beranda rumah ni. macam tengah bincang hal yang serius saja. Malas Irsyad nak kacau.

Terus dia masuk pintu depan rumah yang dah sedia terbuka. Ada siapa-siapa datang ke tadi?

Ruang tamu masih dengan kipas terpasang tapi tiada orang.. Irsyad membuat tinjauan dalam rumah mertuanya tu. Bilik bawah pun kipas, lampu dan aircond terpasang tapi tak ada orang.

Pelik.

Irsyad masuk dapur. Meja makan ada makanan yang terhidang. Tapi tiada orang jugak. Tiba-tiba Irsyad nampak ada orang melintas dari sinki ke tong sampah dengan membelakanginya. Laa.. Along ke..

Along??

Bukan along kat luar dengan abah ke tadi? Bila masa pulak ada kat dapur ni? Tak nampak la pulak along dari beranda jalan masuk dapur melintas depannya.

“Along?”

‘Along’ berpaling ke belakang..

Irsyad dah bersandar di dinding dapur sambil memeluk tubuh.. Keningnya terangkat sebelah merenung ‘along’ yang macam gelabah..

‘Along’ sengih sendiri.. “He.He.He. Hai. Ilham.. lama tak jumpa.” Habis la dia..

“Angaaaahhhh….”
 

are-fiyz

Active Member
here's d epilogue..

“Aku terima nikah Farid Faiza binti Fauzi dengan mas kahwinnya RM100.00 tunai.”

Selamat la sudah Along bergelar suami kepada orang yang dia benci dulu tu sampai patah riuk budak tu dikerjakannya. Sekarang ni along dah selamat habis buat masternya dan tengah tunggu tawaran kerja.

Kerja dulu sebab nak tanggung anak orang pakai apa, kalau tak kerja?? Nanti baru dia fikir nak sambung Ph.d pulak.

Angah dengan Irsyad..

Macam biasa.. Hidup berumah tangga. Angah tengah mengandung anak sulung mereka. Kali ni tak macam dulu.. Cepat saja dia perasan yang dia tengah mengandung. Risau kalau-kalau dia buat aksi macam kelab-kelab orang bina badan pulak.

Makan malam di rumah.. Macam biasa setiap hari gilir-gilir yang memasak. Irsyad ambik turn memasak banyak sikit dari angah. Tapi tu tak bermaksud angah boleh mengelat dari kena memasak. Dia tak nak anaknya nanti jadi malas kalau ibu pun dah pandai nak malas-malas.

Masa masing-masing tengah makan, tiba-tiba Irsyad tarik tangan kiri angah atas meja tu dengan tangan kirinya. Irsyad letak sesuatu atas tapak tangan kiri angah.

Huh??

“Hadiah angah..” Irsyad senyum.

Angah pelik. Hadiah apa bagi macam ni.. Tak berbalut pun.. Baik tak payah cakap hadiah.. “Balut la dulu kurang-kurang pun. Bagi macam ni je.. Ish.Ish.Ish.”

Ala.. Kalau balut pun nak kena buka. Baik tak payah balut.”

Memang laa.. Kurang sensitiviti suasana romantik betul la Irsyad ni.

Angah tengok hadiah di tangannya sambil menyuap nasi ke mulut. “Eh ni.. Kenapa macam pernah tengok ek?”

“Ingatkan tak ingat dah.. Oo.. Pandai ek lari-lari dari abang konon. Siap tutup-tutup muka lagi. Ingat abang tak kenal ke isteri sendiri??”

“Kenapa tak tarik je tangan angah masa tu kalau dah abang memang kenal isteri sendiri??” Angah sengaja tanya soalan perangkap balik. Mesti Irsyad sendiri pun ragu-ragu.

Irsyad gigit-gigit mulut sendiri sambil menjulingkan mata ke siling. Angah memang sengaja. “Abang confuse. Suara angah time tu macam lain. Takut silap orang sungguh kan, free-free je sentuh perempuan lain.”

Irsyad senyum. Memang dia sendiri susah nak bezakan suara angah dengan along. Kalau tak tadah telinga betul-betul, memang sama saja suara si kembar-copy paste ni.

Angah kelihatan terangguk-angguk. “Kesian along tau tak.. Sebab suara dia tak berapa nak manly sikit, ramai lelaki suka kat dia. Hakhakhak.”

Irsyad panjangkan tangan dan cubit pipi angah. Nakal sungguh.

Angah senyum. Tak kisah kena cubit pun. Dia suka. Di tangannya, benda yang sama masa dia pegang dulu-dulu.. Tabung epal merah. Comel.. Sekali nampak macam bentuk love.

“Baru gi beli ke apa ni??” Angah tanya dengan muka macam polis soal siasat penjenayah.

Irsyad jongket bahu.. “Cuba tengok elok-elok..”

Mata angah makin mengecil. Tengok elok-elok? Ada tulis purchase date ke kat benda alah ni? Mantap la kalau ada.. Tapi dia belek-belek kut-kut jumpa expired date ke.. Satu rekod bertulis langsung tidak wujud pada tabung epal itu. Keningnya terangkat sebelah bertanya pada Irsyad yang senyum-senyum tak berhenti depannya kini.

Tak de apa pun.. Nak suruh angah tengok apa?”

Irsyad bangun mengangkat pinggan nasi yang dah kosong meninggalkan isterinya yang terpinga-pinga keseorangan di meja makan itu.

“Abang!! Cepat la cakap..” Angah tak puas hati selagi dia tak dapat jawapan yang sahih.

“Nanti jangan lupa basuh tangan kiri tu ye. Kuman. Kuman.”

Angah pelik. Kuman?

“Abang!!!!!” Patut la Irsyad suruh tengok elok-elok pun. Berhabuk yang teramat la tabung ni. Macam dah berusia beratus tahun pun ada. Nak menandakan yang hadiah ni konon-konon lama sangat dah la tarikh pembeliannya.

Ish.Ish.Ish..

Sedang-sedang mereka bersantai depan televisyen mati lepas makan malam yang istimewa sikit la konon-kononnya dari yang sebelum ni sebab ada hadiah berhabuk tu..

Kata angah.. “Kesian kat anak New Zealand kita tu kan.. Tak sempat nak tengok dunia.”

Irsyad ketawa. Boleh pulak anak New Zealand bagai. “Dah tu anak dalam perut sekarang ni anak apa??”

Of course la anak Malaysia.. Lepas ni angah nak anak Korea la pulak. Please??”

Angah pujuk-pujuk suaminya. Anak korea?? Ish.Ish.Ish.. Melampau benar ni. Demand jugak rupanya angah ni.

Irsyad senyum.. “Insya-Allah..”

Angah seronok.. “Lepas tu nak anak Arab Saudi.. Anak Amerika Syarikat… Anak Afrika..”

Huh? Afrika pun nak ke? Tak payah laa.. Tak payah tak payah..”

Masing-masing dah ketawa.

Alhamdulillah.. atas rezeki-Nya. Ganjaran dan kebaikan adalah bagi mereka yang bersabar..

Insya-Allah..
 

zahra

FTC Crew
Moderator
Kebaikan buat mereka yang bersabar.. Dan dalam kesabaran tu ada kesempurnaan

(y)(y)(y)(y)(y)
t'baik..are-fiyz..suka yg ni..t'haru bila Irsyad cakap ayat ni..kebaikan buat mereka yg b'sabar..susah nak ada sifat yg sabar ni..best sangat cite ni..zahra suke..esp ending die :)
 
Top