• Sudahkah anda menulis Diari Cinta anda hari ini?
    Sebagai forumer Forum Tentang Cinta, anda kini boleh menulis dan mencoret kisah manis cinta anda di ruangan Diari Cinta. Hanya satu diari sahaja ya dibenarkan untuk setiap seorang.

........

are-fiyz

Active Member
Book 7

Mak Jah sedang mengemas ruang tamu rumahnya pagi ahad itu. Walaupun kenduri bukannya di rumah besar ini tapi berselerak jugak la dengan barang-barang persiapan perkahwinan anak terunanya itu.

Irsyad sedang menolong Mak Jah menyimpan kotak-kotak besar yang sudah tidak digunakan lagi. Sedang dia menyimpan, muncul idea baru.. Bukan idea lakaran pelan rumah untuk klien tetapnya.. tapi..

“Mak.. mak nak guna ke tak lagi kotak-kotak ni?”

“Simpan je la. Nanti-nanti kalau nak guna boleh pakai lagi.” Mak Jah memang suka simpan-simpan kotak. Dah berapa banyak kotak tak pakai sampai berhabuk dalam stor tu. Nak simpan lagi?

Simpan. Yang penting simpan..

Irsyad berhenti menyimpan. Dia duduk bersila atas lantai tengah-tengah ruang tamu tu. “Kalau Irsyad nak guna kotak-kotak ni boleh tak mak?”

Nak guna untuk apa? Nak buat model pelan rumah baru ke?” Faham sangat dengan kerja Irsyad yang kadang-kadang ambil kotak untuk kerjanya.

Tak la mak.”

Dah tu?”

“Kalau Irsyad cakap mak jangan marah tau. Hehe.” Trademark Irsyad ialah tanya soalan ni kalau bercakap dengan Mak Jah.

Mak Jah berhenti dari menyapu sampah. “Irsyad. Tak tanya lagi nak marah macam mana. Cuba tanya dulu lepas tu tengok mak marah ke tak?”

Irsyad telan liur. ‘Scary.. tak nak tanya la. Dah la mak tengah pegang penyapu tu. Buatnya mak bagi penyapu terbang kan tak pasal-pasal nanti aku daftar masuk Hogwarts School Of Harry Potter nanti. Huhuhu.

Hehe.. tak pe la mak. Tak jadi tanya.” Nanti-nanti la aku tanya mak. Tanya bapak dulu pun okey gak kut.

Mak Jah merenung Irsyad dengan pandangan mata besar. Boleh terkeluar anak mata pun ada. “Irsyaaddd.. cepat bagitau mak.”

Mak Jah dah keluar aura api-api. Cukup pantang kalau ada orang nak cakap tapi tak jadi cakap benda apa yang nak dicakapkan.

Er.. nanti mak marah.” Tak cakap lagipun dah marah. Kalau dah cakap tak tahu la apa akan jadi padanya.

“Cakap!”

“Irsyad nak pindah.”

Terkeluar terus apa yang nak dicakapkannya pada Mak Jah selepas kena gertak. “Kenapa nak pindah? Irsyad tak kesian kat mak ke?”

Eh? Tak marah pun? Ni apa gaya sayu semacam macam drama sedih orang mati ni? Irsyad berjalan ke arah emaknya yang sedang pegang penyapu tu. Ditarik pergelangan Mak Jah agar duduk di sofa. Penyapu diletak tepi. Tangan Mak Jah dicapai dan digenggam erat macam dalam drama-drama.

“Mak. Irsyad bukan saja-saja nak pindah. Mak faham kan?”

Mak Jah mengangguk. Memang patut la anaknya itu tinggal di rumah sendiri lepas dah masuk ke alam rumah tangga ni. Takkan la nak tinggal tepi kain mak lagi kalau dah ada isteri. Irsyad kena belajar berdikari.

“Mak faham. Tapi takkan la secepat ni Irsyad nak pindah? Bukan angah tak habis belajar lagi ke? Angah kan tinggal dengan keluarga dia sementara nak habis tahun ni.” Mak Jah dah sedia maklum dengan keadaan angah.

Irsyad pelik. ‘Angah? Apa kaitan budak kecik tu dengan aku nak pindah pulak ni? Pandai-pandai je mak ni buat kesimpulan sendiri. Ish.Ish.Ish.

“Bukan sebab angah la Irsyad nak pindah. Irsyad nak pindah sebab….”

Mak Jah menanti. “Sebab?”

“Sebab rumah kita ni jauh sangat la dengan tempat kerja Irsyad. Hehe.” Irsyad sengih-sengih. Mak Jah buat muka. “Ala makk.. please.. Irsyad nak jimat ni. Banyak duit habis buat kahwin ni, lepas tu nak sara anak orang lagi. Kalau Irsyad tak kerja kuat macam mana nak bagi anak orang tu makan nanti? Irsyad tak nak susahkan mak dengan bapak. Irsyad kan dah besar, dah jadi suami orang.”

Mak Jah terharu sebentar. Irsyad memang anak yang baik. Tak pernah kata-kata Irsyad mengguris hati tuanya. Lagipun perbelanjaan kahwin dengan duit hantaran, semua pakai duit Irsyad sendiri. Dia keluarkan habis semua simpanannya semata-mata untuk menurut permintaan Mak Jah. Kahwin awal.

Irsyad menunggu persetujuan emaknya yang macam sedang berfikir panjang tu.

“Irsyad balik rumah setiap kali hujung minggu. Okey?”

Mak Jah merenung Irsyad. “Betul ni? Tak balik rumah siap.”

Irsyad senyum. Akhirnya Mak Jah setuju dengan permintaannya.

Alhamdulillah.
 

are-fiyz

Active Member
Seminggu selepas masuk rumah baru yang dibelinya sebelum bergelar suami, Mama datang melawat dan buat satu permintaan yang serba salah dia nak tolong.

Teringat ayat mama..

“Irsyad boleh tolong mama tak? Along, dia nak sambung master. Rumah Irsyad ni dekat sangat dengan tempat belajar dia tu, sementara nak tunggu rayuan asrama boleh tak dia tinggal dengan Irsyad dulu?”

Nampaknya dia bakal dapat housemate baru yang paling dia alergi. Bukan bermaksud dia tak suka Along, tapi…

“Hai Ilham. Lama tak jumpa. Apa khabar?”

Nak tak nak Irsyad terpaksa terima hakikat. Terima hakikat yang isterinya itu adalah kembar. Adik kembar seiras kepada housemate barunya. Along.

Er.. khabar baik.” Irsyad menyambut huluran tangan Along dan bersalaman.

Irsyad merenung Along atas bawah. ‘Hmm.. tak banyak pun barang budak ni bawak. Just beg tarik besar satu dengan satu kotak sederhana besar. Beg galas satu. Bagus-bagus.’

“Kenapa tengok Along macam tu?” Along dah berjalan masuk ke dalam rumah adik iparnya. Hmm.. quite comfy. Cantik susun atur rumah ni. Kemas. Walaupun rumah ni tak besar sangat tapi decoration fuuhh.. elegan macam rumah orang kaya-kaya la.

Irsyad tertangkap merenung anak orang lama-lama. Dah la lelaki pulak tu. Hish.. teruk-teruk.

Along yang perasan dengan kebisuan Irsyad dari awal tadi terus teringat sesuatu. “Oo. No wonder, dah tengok Angah? Mesti la dah kan, korang dah kahwin pun. Sorry tak mention awal-awal time kita jumpa kat pejabat Ilham tu. Saja nak menyakat. Hehe.”

Irsyad diam memikir. ‘Oo.. nak menyakat aku rupanya budak kecik ni.’ Irsyad mati-mati ingat budak ni sejenis manusia yang ala-ala macam tu. Rasa tak sanggup nak duduk sebumbung kalau imaginasinya pasal Along tu betul. Ngeri.

Its okey. Not a big prob.” Irsyad dah boleh tersenyum lega.

Where’s my room?”

“Yang ni.” Irsyad tunjuk pintu betul-betul depan ruang tamu. Memang bilik tetamu pun.

Along mengangguk. “Thanks bro.” Barang-barangnya diangkat masuk ke bilik. Besok dah kena daftar.

Irsyad fikir dia perlu memasak untuk dua orang sekarang ni. Hari-hari dia memasak. Jimat duit. Along dah masuk bilik. Berfikir dua kali nak ketuk pintu bilik ke tak. Risau adegan yang sama terjadi dua kali. Dia tak nak fikir bukan-bukan.

Pintu bilik Along diketuk juga. Sehabis berani.

Along buka pintu. “Ada apa?”

Nak makan tak?” Irsyad tak tahu nak bahasakan diri dengan Along macam mana. ‘Budak ni lagi muda dari aku, but dia abang ipar aku. Hish payah sungguh eh.

Eh, Ilham masak? Rajinnya. Boleh-boleh. Along nak gak. Terima kasih.”

“Sama-sama.” Irsyad terus lari ke dapur. Tak boleh nak tengok muka Along lama-lama.

Di dapur Irsyad mengeluarkan barang-barang yang diperlukan untuk masak makan malam mereka. “Hmm.. nak masak apa ek?” fikirannya menerawang ke tempat lain.

Teringat ekspresi muka Along masa tanya nak makan ke tak tadi. Boleh luruh jantung. ‘Kenapa la mesti sebijik sangat muka diorang ni!!! Hish. Tak tenang hidup aku lama-lama macam ni’

“Ilham nak masak apa? Nak Along tolong tak?” tiba-tiba Along dah berdiri di sebelahnya.

Terkejut. Nasib pisau di tangan tak terlepas ke lantai. Kalau tak mau la terkerat kaki siapa-siapa.

Er.. Ilham tak tau lagi nak masak apa.” Hampir tergagap-gagap Irsyad menjawab.

“Kalau Along request boleh?” Along senyum. Lesung pipit kecil kedua belah pipinya kelihatan. Comel.

Irsyad pandang tempat lain. Memang sungguh-sungguh tak boleh la kalau nak tenung muka Along ni lama-lama. “Er.. Boleh. Nak makan apa?”

Ermm.. Along nak.. Ayam masak merah. Boleh?”

Irsyad senyum dengan permintaan Along. Bukan tak boleh.. Boleh sangat-sangat. Memang favourite dia jugak. “Boleh. InsyaAllah. Pergi la buat kerja Along, besok daftar kan? Dah siap semua persiapan untuk besok?”

Along geleng. “Belum.”

“Pergi la sambung buat kerja. Er..er.. Ilham boleh masak sendiri.” Nak tak nak dia bahasakan dirinya Ilham jugak sepertimana yang Along panggil.

“Betul ni?” Along merenung Irsyad.

Memang sah sah la Irsyad tak tengok muka Along. Dia lebih rela tengok sinki di depannya.

Er.. Betul. Betul. Ilham okey je masak sendiri.”

Thanks.” Along terus keluar dapur. Dan Irsyad menarik nafas lega.

Bawang merah, putih, besar dikupas dan dipotong halus. Cili merah dicapai dan dipotong juring. ‘Hmm.. apa kena la dengan aku ni. Ilham Irsyad, budak tu Along la. ALONG. Bukan Angah tau. Kau kena sedar diri Irsyad. Along tu lelaki tau tak. LELAKI. Tapi aku.. kenapa Along tu macam Angah sangat-sangat hah? Macam mana aku nak hidup ni.. huhuhu.



Malam tu selepas makan malam, masing-masing masuk bilik. Sibuk dengan kerja sendiri. Besok Irsyad kerja. Along pula mula daftar. Angah? Entah la.

Irsyad sejak berpindah ke rumah barunya, dia mula buat OT. Nak tambah sumber kewangan. Banyak klien yang berpuas hati dengan kerjanya. Lagipun kalau dah ada kontraktor tetap memang senang kerja sebab ramai yang tolong rekomenkan dia untuk projek-projek besar.

Alhamdulillah.. Allah murahkan rezeki untuknya.

Sedang asyik membelek proposal baru, mesej masuk.

It’s Angah. Sejak mereka berkahwin memang masing-masing belum pernah berbual even dalam telefon. Mesej saja.

Angah: Assalamualaikum.. busy ke?

Irsyad: Yup.

Angah: Erm.. takpe la. Sorry kacau.

Irsyad pelik. Apa kena budak kecik ni macam depressed je gayanya.

Irsyad: Apesal ni?

Angah: Tak de apa.Sambung la buat kerja tu.

Irsyad senyum. Macam mana la dia nak sambung buat kerja kalau dah macam merajuk je gayanya isteri-tak ada-depan mata ni.

Irsyad: Spill out. I’m here.

Angah: Hari ni kena marah dengan guru pembimbing. :’(

Laa.. kesiannya. Irsyad letakkan pensel. Niat untuk mula melakar tak jadi. Dia bangun dari kerusi meja kerjanya dan bergerak ke katil.

Irsyad: Tak marah balik ke?

Angah: Ish. Takkan la nak marah balik.Nanti kena sembur balik kang, free-free jer markah dia kasi paling rendah. Kena sabar banyak. Tak boleh marah-marah.

Irsyad senyum. Sengaja dia tanya soalan yang macam tu. Nak bagi isterinya berfikir.

Irsyad: Good girl. Tahu pun marah-marah tu tak elok. Lepas tu buat apa dekat cikgu tu?

Angah: Kutuk-kutuk dalam hati.

Irsyad gelak sendiri membaca balasan mesej angah.

Irsyad: Untung cikgu tu.

Angah: Kenapa pulak?

Irsyad: Sebab ada orang bagi pahala kat dia free-free je. Tak perlu susah payah nak dapat pahala.

Angah: Alaa.. dah tu? Dah terkutuk dah pun. Ish.. Tak aci la macam ni.

Irsyad: Dah lepas biarkan je la. Sekarang ni angah tau kan angah kena buat apa? ;)

Angah: Okey baik. Angah tau.

Irsyad: Okey tak lagi ni?

Angah: Makin tak okey.

Irsyad senyum. ‘Memang macam kanak-kanak sungguh la bini aku ni. Tiba-tiba rindu kat Izzat.’ Irsyad tahu cara yang paling berkesan nak buat isterinya kembali okey. Hihihihi..

Irsyad: Dah tak okey ni, Abang call boleh?

Angah: Jangan!! Angah dah okey. Serius dah okey. :D

Irsyad pecah ketawa. Kan dah cakap. Asal sebut saja nak call mesti semuanya okey la. Pelik betul perangai isterinya ni. Macam mana la kalau dah duduk sekali nanti. Irsyad memang tak dapat nak bayang.

Irsyad: Betul ni? Abang rasa Angah macam tak okey je lagi ni.

Angah: Serius dah okey. Janji!.

Irsyad: Gud girl.

Angah: Erm.. Along dah sampai kan? Semua okey ke?

Irsyad: Er.. Along? Dah. Er.. semua.. o..okey je.

Semua okey? Along okey.

Cuma aku je yang TAK OKEY sekarang ni!!!!!
 

zahra

FTC Crew
Moderator
huhu...ok..akan menunggu dengan sabar :argh:

p/s: haha..aduii..cepat lagi new post ni..owh along kembar nye si angah..ok paham..entah2..si along tu sebenarnya angah tak..saje nyamar..haha
 
Last edited:

zahra

FTC Crew
Moderator
haha..cer bace comment atas..ada editing sikit..siapa suruh advance kan..tak sempat2 zahra nak comment..but macam sweet je cite ni..:rolleyes:
 

are-fiyz

Active Member
huhu...ok..akan menunggu dengan sabar :argh:

p/s: haha..aduii..cepat lagi new post ni..owh along kembar nye si angah..ok paham..entah2..si along tu sebenarnya angah tak..saje nyamar..haha
heheheheee... :D entah laa.. ad lg post nee.. bnyk cket tuk ari nee.. ^_^
 

are-fiyz

Active Member
Book 8

Sebulan berlalu dengan cepat. Masing-masing dalam rumah tu busy dan tak sempat nak berbual. Setiap kali hujung minggu Irsyad balik rumah emaknya. Memang payah la nak berkomunikasi. Sekadar bertegur sapa sewaktu masing-masing nak keluar pergi kerja dan universiti saja.

Keadaan yang macam ni memang banyak membantu Irsyad untuk bernafas dengan aman dan tenteram. Sejak akhir-akhir ni dia memang kerap sms dengan angah. Cerita itu ini macam orang sedang bercinta sms antara satu sama lain. Tak boleh nak berenggang dengan telefon langsung.

Hubungan mereka sebagai suami isteri memang sangat pelik. Walaupun ada saja suami isteri yang tidak tinggal sebumbung, tapi masing-masing mencari kesempatan untuk saling berjumpa. Selalu menghubungi pasangan masing-masing. Tapi bagi Irsyad dan angah, memang sangat pelik.

Irsyad pernah meminta untuk mereka saling berjumpa. Saja-saja. Bagi Irsyad ianya penting sebab makin lama makin parah hatinya tengok muka Along tiap-tiap hari. Walaupun Irsyad tahu Along-Angah kembar seiras yang memang sangat-sangat seiras, tapi dia tak boleh nak jaga hati kalau lama-lama dia tengok muka comel along tu.

Irsyad keliru. Dia sayangkan angah. Tapi dia suka tengok Along. Gila. Semua ni gila. Cepat-cepat dia beristighfar dan bayangkan Along tu angah. Baru la rasa tak bersalah sangat.

‘Angah!! Bila la angah nak habis belajar ni. Kesian kat abang kalau lama-lama macam ni!!’

Irsyad menyelak plannernya.

Oo.. besok birthday angah. Hmm.. birthday along jugak. Nak beli hadiah ke tak? Tapi nanti nak bagi macam mananya? Alaa.. beli je la. Macam mana nak bagi nanti fikir lain.’

Selepas balik dari kerja, Irsyad singgah di kedai cenderamata yang berhampiran dengan pejabatnya. Berhasrat nak beli hadiah untuk isterinya. Untuk Along? Tak payah la, dia kan lelaki dan besar dah. Tak payah la.. tak payah, tak payah susah-susahkan diri.

Sedang membelek-belek hadiah apa yang sesuai dengan isterinya, Irsyad rasa dia nampak seseorang yang dia kenal.

Dari tepi memang betul-betul macam orang dia kenal. Tapi mustahil la..

Orang yang dia kenal tu sedang asyik membelek tabung-tabung comel atas rak. Macam-macam bentuk tabung-tabung tu. Satu-satu dipegang. Tapi tiada yang menjadi pilihan. Orang yang dia rasa kenal tu berjalan ke rak sebelah pula.

‘Along? Eh.. takkan la Along pakai tudung pulak. Angah???’

Irsyad tarik nafas. Perlahan-lahan dia berjalan ke arah orang yang dirasakannya ialah angah. Betul-betul belakang orang tu, Irsyad memberanikan diri untuk menegur.

Erm.. ni Angah ke?”

Tiba-tiba orang tu senyap. Macam kena masuk peti ais. Beku.

Irsyad makin yakin. Mesti angah ni. Kalau bukan angah mesti dah lama orang depannya ini berpaling ke arahnya.

Irsyad cuba sekali lagi.

“Angah?”

Namun orang depannya ni belum berpaling melihat dirinya. Makin berkerut-kerut muka Irsyad. ‘Jangan cakap aku silap orang, malu la nanti. Tapi aku sure sangat depan aku ni angah.’

“Angah kan?”

Tiba-tiba orang yang disangka angah berpaling menghadap Irsyad. Tapi separuh mukanya ditutup dengan hujung tudung.

“Maaf? Siapa encik ni ye? Angah? Encik silap orang ni. Uhuhu.. Saya bukan angah. Maaf ye.”

Sepantas kilat orang tu keluar dari kedai. Terkejut Irsyad jadinya.

‘Kenapa muka dia macam along ek? Along ni ada kembar lagi ke selain angah?’ Seingatnya suara angah time akad nikah dulu tak de la kecik halus pelik macam tadi. Silap orang kut.

Irsyad kembali memilih hadiah.. Tiba-tiba matanya terpandang tabung-tabung yang dibelek orang tadi.

‘Hmm.. comel gak ye tabung tabung ni. Ambik yang ni je la.’ Irsyad memilih tabung bentuk buah epal merah.

Sampai saja rumah, Along tengah memasak. Bau pun semerbak sedap. Irsyad cepat-cepat masuk bilik. Sedaya upaya dia perlu mengelak dari kerap bersua muka dengan Along.

Tiba-tiba Along panggil dari luar. Suaranya dikuatkan takut Irsyad tak dengar.

“Ilham. Nak makan tak? Along masak maggi ni.”

Irsyad terkebil-kebil di balik pintu. “Tak kut. Ilham dah makan kat kafe pejabat tadi. Along makan la. Ilham kenyang lagi.” Fuuhh.. lega. Memang betul pun dia kenyang lagi dan tak rasa nak makan apa-apa pun buat masa sekarang ni.

Okey. Nak Along simpankan tak?”

Tak payah la.”

Okey.”



Malam tu Irsyad ingat nak tanya Along pasal insiden siang tadi kat kedai cenderamata tu. Mungkin betul tu angah datang beli hadiah untuk along dia ke. Tapi kalau betul tu angah, kenapa nak mengelak suami sendiri. Takkan la suami sendiri pun dah tak kenal langsung kut. Macam kurang masuk akal pun ada.

Hish. Ilham Irsyad. Kau jangan berani-berani nak cari pasal. Buatnya Along tu tenung kau lama-lama kau nak mati sakit jantung kat situ? Baik la kau confront dengan angah terus. Pakai la taktik psikologi yang kau belajar dulu tu. Jangan lupa Along tu abang ipar kau la Irsyad. Dia bukan angah.’

Irsyad mengambil telefon bimbitnya. Sengaja nombor angah didail. Panggilan bersambung. Tapi.. tak diangkat. Irsyad tahu dah.. angah takkan pernah angkat kalau dia telefon. Macam-macam alasan yang angah bagi kalau dia tanya kenapa angah tak jawab panggilannya.

Alasannya, dalam tandas la, tengah masak la, jogging pun ada tapi tak logik sebab time tu dah tengah malam. Betul apa ada manusia nak pergi berjogging pukul 12.30 malam. Memang kurang waras namanya.

Irsyad menaip mesej.

Irsyad: How was your day today my dear?

Sent.

Tak sampai beberapa saat angah dah balas. Irsyad senyum. Budak ni memang sengaja tak nak angkat phone call darinya.

Angah: Kinda give me a heart attack.

Kan dah cakap. Angah ni memang tak pandai nak simpan rahsia sendiri. Sekali tengok pun dah boleh teka. ‘Angah sayang, kita tengok apesal awak lari dari saya siang tadi..’

Irsyad: Oo.. kesian kat angah kan. Pergi la hospital kalau dah boleh dapat sakit jantung tu. Bahaya kalau dibiarkan.

Angah: Malas la.

Irsyad: Malas? Hmm.. dah pukul 12 tengah malam. Lewat dah ni, tak de kelas ke besok? Nanti kena marah pulak dengan guru pembimbing kang, kesian angah.. tidur ye sayang. Okey dear, gud night.

Irsyad dah pandai panggil-panggil isterinya sayang.

Lama tiada balasan. Irsyad senyum sendiri. Angah merajuk la tu. Tapi Irsyad biarkan. Sengaja nak uji isterinya. Tiba-tiba mesej masuk.

Angah: Macam tu je?

Irsyad sengih. Rasa nak pecah ketawanya tengah-tengah malam tu. Nanti Along kata dia kena sawan pulak. Tak boleh tak boleh. Tahan Irsyad. Tahan.

Irsyad: Macam tu apa?

Sengaja buat-buat tak faham.

Angah: Hish. Hari ni kan hari.. baru.

Irsyad: Soo? Hari ni dah masuk hari rabu. Kenapa?

Angah: Tak pe la. Selamat malam.

Irsyad: Happy birthday sayang.

Angah: Sengaja buat tak tahu kenapa?

Irsyad senyum.

Irsyad: Sebab ada orang buat macam tu kat abang dulu siang tadi.

Angah: Mana ada angah buat tak tahu?

Gotcha.. Memang betul la tadi tu angah. Sengaja. Siap la kalau terserempak lagi dengannya lepas ni. Memang bakal kena ikat kuat-kuat la.

Irsyad: Sejak bila pulak angah buat-buat tak tahu kat abang?

Angah senyap tak balas.

Irsyad menarik selimut ke paras dada. Bantal dipeluk. Mata dah mengantuk. Tangan menahan kuap yang kerap.

Irsyad: Okey la sayang. Tak nak mengaku pun tak pe la. Gud night.

Dan Irsyad dah tertidur.
 

are-fiyz

Active Member
Banyak hari dah angah langsung tak mesej dengan Irsyad. Nak cakap merajuk, siapa yang patut merajuk sekarang ni? Dah terbalik jadinya. Disebabkan kesibukan yang melampau dengan projek-projek besar menyebabkan lagi renggang la Irsyad dengan telefonnya. Nak mesej memang tak la. Tangan dia sibuk dengan kegunaan lain. Tak sempat la nak taip-taip mesej bagai.

Maka makin merajuk la angah. Irsyad langsung tak mesej dengannya sepanjang minggu ni lepas kes terkantoi dengan suami sendiri.

Petang jumaat tu Irsyad bersantai-santai diruang tamu rumahnya. Dia duduk di sofa depan tv. Along belum balik dari universiti lagi. Lama dah Irsyad tak nampak Along. Pagi-pagi pun mesti Along yang keluar dulu darinya. Bagus la.

Tiba-tiba.. Bunyi telefon berdering. Telefon rumah? Rumah ni mana ada telefon rumah la. Jadinya telefon milik Irsyad berdering.

Siapa pulak yang rajin telefon time-time sekarang ni hah.. Kacau betul masa rehatnya.

Skrin telefon dilihat. Pemanggil nombor tak dikenali.

Hello. Assalamualaikum.” Irsyad menjawab panggilan.

“Waalaikumsalam. Ni Ilham Irsyad ke?”

Irsyad pelik. Tapi siapa la yang rajin panggil nama penuhnya ni ye?

“Siapa ni?” Tapi kenapa aku macam kenal suara ni.

Laa.. tak kenal ke?”

Ni mesti Along. Nak buat crank-call pun bajet-bajet la. “Along? Ada apa Along telefon Ilham ni? Dah tu Along pakai nombor siapa sekarang ni?”

Talian disana senyap.

Irsyad pelik. “Hello? Along? Along dengar tak?”

“Ni angah la.”

Klik. Talian telefon diletakkan.

Huh? Angah? Angah ke tu?’ Irsyad confuse sendiri. ‘Tapi apesal Angah call pulak tiba-tiba? Selama ni tak pernahnya nak bagi call, nak lagi kalau dia yang call. Pelik.’

Mesej dihantar ke nombor angah.

Irsyad: Angah ke yang call tadi?

Tunggu punya tunggu sambil merenung tv mati. Malas nak tengok tv.

Angah: Hmm.

Sepatah saja dia menjawab. Irsyad senyum sendiri. Tahu dah angah merajuk dengan dia. Itu la, sebelum ni nak call tak nak, kan dah jadi kes suami tak ingat suara isteri sendiri.

Irsyad: Kenapa call?

Angah: Nak mintak maaf.

Irsyad: Mintak maaf kenapa?

Angah: Pasal hari tu.

Irsyad: Oo. Okey. Maaf diterima. :)

Angah: Macam tu je? Tak marah angah ke?

Irsyad senyum. Buat apa dia nak marah. Tak rasa macam perlu marah pun.

Irsyad: Kenapa nak marah?

Angah: Pelik tau. Selalunya orang akan marah kalau jadi macam tu. Tak pun merajuk ke.Abang tak merajuk?

Irsyad: Buat apa nak merajuk? Angah ingat abang merajuk ke berapa hari ni? Tak la,abang busy la. Banyak projek. Tak sempat nak mesej. Nak call, angah tak bagi pulak. Sorry sangat2.

Angah: Tadi kan angah call. Tapi ada orang tu tak kenal isteri sendiri.

Irsyad: Alaa.. Sorry la. Mana la abang nak ingat suara angah.Kita mana pernah talk through d phone kan? So tak boleh nak agak tadi tu suara angah.

Angah: Okey. Sorry diterima.

Irsyad: Abang ada request untuk angah? Rasa-rasa boleh fulfill tak?

Angah: Hmm.. tengok la request yang macam mana. Kalau boleh, InsyaAllah angah tolong fulfill.

Irsyad: Nanti cuti lama sikit bila?

Angah: Hmm.. cuti sekolah la.

Irsyad: Balik rumah kita boleh?

Angah: Huh?

Irsyad: Kenapa? Malu ke?

Angah: Eh tak la. Hmm.. Cuti tu angah busy. Tak balik rumah sangat kut. Tak boleh kut. Sorry?

Irsyad: Hmm.. tak pe la kalau dah macam tu. Nak buat macam mana lagi dah.

Angah: Marah?

Irsyad: Mana ada abang marah. Tak marah pun la. Kan tadi cakap request jer.

Masing-masing berhenti mesej. Irsyad pun dah penat nak taip mesej. Maghrib pun dah masuk. Along pula tak balik-balik lagi.

‘Sekarang ni kalau time Along cuti nanti, aku nak buat macam mana? Kalau dia balik rumah mama, selesai la masalah aku. Tapi kalau dia insist nak tinggal kat sini.. Aku nak buat macam mana ye? Aku bukan boleh lari keluar tinggal rumah ni macam tu jer. Ingat drama ke apa? Hmm.. Aku boleh atasi masalah ni. Boleh sangat. Boleh. Boleh.’

Irsyad terpaksa. Dia kena kawal perasaan sendiri dan atasi masalah pelik macam ni. Memang kena banyak-banyak berdoa. Sampai bila dia harus mengelak dari Along. Mereka kan dah jadi satu keluarga. Sekarang ni dia yang bermasalah dan masalah ni mesti diselesaikan time along cuti nanti.

Mesti.
 

are-fiyz

Active Member
Book 9

Cuti hujung minggu tu, Irsyad bercadang nak balik rumah Mak Jah. Baru nak keluar rumah, Mak Jah telefon.

“Assalamualaikum, Irsyad. Minggu ni tak payah balik rumah tau. Mak dengan ayah tak de kat rumah ni. Siapa-siapa pun tak de kat rumah tu. Muaz tak balik minggu ni. Ada kem apa entah kat asrama dia tu.”

Maka tak jadi la Irsyad nak balik rumah Mak Jah. Mak Jah dengan Pak Mad balik kampung nak kait buah apa entah kat dusun atuk dengan nenek. Lama dah tak jumpa atuk dengan nenek. Last pun time dia kahwin hari tu. Irsyad masuk balik dalam rumah. Along pulak tak de kat rumah cuti ni. Dia ada lawatan projek katanya. Entah la betul ke tak.

Sejak akhir-akhir ni Along macam mengelak dari terserempak dengannya. Sekarang ni siapa yang sedang mengelak siapa ni? Makin complicated jadinya.

Angah makin sibuk nak exam katanya. So, mereka jarang mesej buat masa sekarang ni. Nak kata rindu angah, memang dia rindu angah tiap-tiap hari pun. Tapi angah tetap tak bagi call, katanya kalau nak lepas rindu, mesej je boleh. ‘Isteri spesis apa la bini aku ni. Sabar je la Irsyad oii..’

Irsyad baru lepas habis projek-projek penting. Jadi cuti ni dia relaks sedikit. Tapi bosan pulak, tiada aktiviti yang dia nak buat sekarang ni. ‘Hmm, balik rumah mama dengan abah la kejap. Lagipun angah mesti tak balik rumah. Study kat asrama la kut.’

Irsyad hidupkan enjin kereta. Telefon dicapai. Mesej pendek dihantar kepada angah.

Abang balik rumah mama dengan abah jap hari ni.

Balasan mesej Irsyad masuk sedang dia asyik memandu. Tak sedar.

Sampai-sampai di rumah mertuanya..

Eh? Tak de orang ke kat rumah ni?” Tiada sebiji kereta pun terparking di halaman rumah itu. Grill pintu pun macam berkunci saja. Telefon bimbit dicapai.

Ada mesej.

Angah: Tak de orang la kat rumah tu.Semua pergi kenduri adik-beradik belah abah.

Setelah mesej angah dibaca, Irsyad mengintai-intai rumah mertuanya itu. ‘Hmm.. macam tak de orang. Pintu tingkap pun tutup.. Eh??’

Balasan mesej angah dibalas.

Irsyad: Angah sekarang kat mana ni?

Tak sampai beberapa saat menunggu, balasan mesej masuk ke inboxnya.

Angah: Kat asrama.

Ooo.. kat asrama. Betul ke? Dah tu yang dalam rumah tu siapa pulak? Hantu?’

Irsyad: Betul ke? Abang nampak macam ada orang je dalam rumah.

Irsyad kembali mengintai tingkap rumah mertuanya dari luar pagar. Walaupun samar-samar kelihatan dari jauh, dia yakin dia nampak ada manusia berjalan melintas sliding door rumah itu tadi.

Lama angah tak membalas mesejnya. Hampir beberapa minit berlalu. Tiada balasan lagi. Irsyad menunggu. Hatinya yakin.

Mesej masuk.

Angah: Mana ada orang la. Hantu kut.. :p

Irsyad yakin yang dia nampak tadi tu angah. Perempuan berambut panjang lepas bahu. Mana ada perempuan lain dalam rumah tu selain angah dengan mama. Bawah angah alang. Lelaki. Takkan la lelaki rambut panjang macam tu. Mau kena pancung dengan abah kalau anaknya yang bongsu simpan rambut panjang macam perempuan.

Irsyad tiba-tiba teringat alang. Alang tu budak lelaki yang dia minta tolong pegangkan Izzat time akad nikahnya dahulu. Setelah dia tilik betul-betul muka alang tu, baru perasan ada iras along-angah. Adik beradik la kan..

Irsyad: Oo.. Rumah angah ada hantu la??Kalau macam tu abang tak nak balik rumah angah dah la lepas ni.

Angah: Hey.. Mana boleh macam tu. Ada ke pulak nak mengelak. Orang kena la usaha panggil ustaz, tok imam, tok bomoh beriman ke nak halau hantu dalam rumah tu.

Irsyad: Oo.. Ada niat gak ye angah nak halau hantu dalam rumah tu. Ingatkan angah nak simpan hantu tu dalam rumah.

Angah: Hish. Mana la ada manusia nak duduk dengan hantu. Haa.. entah-entah abang ni mesti spesis duduk dengan hantu apa..

Irsyad menggeleng-geleng sendiri. ‘Ada ke pulak dia cakap aku spesis duduk dengan hantu. Memang nak kena’

Irsyad: Laa.. tak tahu ke?Abang memang spesis tinggal dengan hantu. Kalau macam tu abang nak masuk rumah la macam ni. Nak borak-borak apa yang patut sikit dengan hantu dalam rumah angah tu.

Irsyad ada kunci pendua rumah mertuanya. Mama bagi waktu awal-awal kahwin dulu. Kata mama, dia pun ahli rumah tu jugak. Mama cakap kalau tak de orang pun kat rumah, dia boleh masuk macam rumah sendiri. Baik sungguh mak mertua Irsyad. Jadi.. Alang-alang dah datang, singgah la sekejap walaupun tak de orang tapi ada hantu..

Angah: Eh.. mana boleh. Ada hantu tu. Baik abang balik. Tak payah la masuk dalam rumah tu. Bahaya..

Irsyad sengih. Dah agak dah. Mesti angah punya la yang dia nampak tadi. Nak sembunyi apa entah daripada dia. Bukannya siapa-siapa pun, suami dia jugak.

Irsyad: Alaaa.. abang kan lelaki. Nak bahaya apanya? Kan patut abang yang masuk dalam rumah tu tolong halaukan semua hantu-hantu daripada nak kena panggil ustaz-ustaz ke tok imam ke tok bomoh beriman ke.. lambat. Biar abang buat lagi cepat. Kan? :)

Lama angah tak balas. Irsyad rasa nak ketawa sendiri dalam kereta. Apa-apa pun dia tetap nak masuk jugak dalam rumah tu.

Angah: Alaaaaaaaaaaa.. balik please.. :(

Kantoi. Memang betul la angah. Kenapa angah nak mengelak dari berjumpa dengan dia?

Irsyad: Alaaaaaaaa… angah.. please… tak kesian kat abang ke??Penat abang drive jauh-jauh nak datang sini. At least bagi la abang masuk jap.. :(

Irsyad sengaja nak mengumpan simpati angah. Mana dia pernah tengok dah isterinya tu lepas hari akad nikah. Drive jauh? Tak sampai sejam pun dari rumahnya ke sini.

Angah: Balik.

Angah tetap berkeras tak nak bagi dia masuk. Irsyad pelik sendiri.

Irsyad: Tapi kenapa?

Angah: Jangan tanya kenapa. Just balik.

Irsyad: Kalau abang masuk jugak? Agak-agak jadi apa?

Angah: Kalau abang masuk jugak.. angah marah.

Irsyad: Oo.. angah ada la dalam rumah tu kiranya?

Angah: Mana ada!

Irsyad: Dah tu? kenapa tak bagi abang masuk pulak?

Angah: Laaa.. angah cakap balik, abang balik je la.

Irsyad: Kita dah lama tak jumpa. Salah ke abang nak tengok angah jap?

Angah tak balas mesejnya. Marah sungguh la tu. Bukan dia nak buat bukan-bukan pun dalam rumah tu. Nak singgah minum air ke.. jimat sikit duit dari minum di kedai.

Irsyad: Tak pe la. Abang balik. Study elok-elok dalam rumah tu. Assalamualaikum.

Irsyad menghidupkan enjin dan berlalu dari rumah mertuanya itu. Sedih dan terkilan mesti ada sedikit. Tapi dia tak marah pun. Angah mesti ada alasan sendiri kenapa dia tak dibenarkan masuk.

Hmm.. emosi datang bulan la kut tu..’
 

are-fiyz

Active Member
Irsyad sampai rumah. Ada motor Along. Along berulang alik dari uni ke rumah ni pakai motosikal. Sekejap saja. Tak makan masa sangat kalau traffic jam pagi-pagi nak ke kelas katanya.

Apehal la Along ada kat rumah pulak ni..’ Irsyad malas nak fikir apa-apa. Terus saja dia masuk rumah. Tapi tak nampak Along kat mana-mana pun. Mungkin dalam bilik dia la kut. Dah nak masuk tengahari, tapi masih tak nampak-nampak kelibat along.

‘Dia ni nak makan kat rumah ke, makan luar ke, tak nak makan ye? Nak masak tuk portion dia sekali ke tak payah? Tak payah la. Tapi nanti kalau dia keluar dari bilik tu nak makan, takkan la tak bagi pulak kut? Hish.. kejam sangat tu.’ Tergeleng-geleng Irsyad memikirkan kekejaman yang bakal dilakukan.

Irsyad berulang alik kiri kanan kiri kanan kat dapur tu. Tengah memikir nak masak ke tak untuk along.

‘Masak je la. Kalau dia tak nak makan, aku makan. Apa susah sangat kepala otak kau nak memikir benda senang macam ni Irsyad oii..’

Akhirnya Irsyad masak jugak untuk dua orang makan tengahari tu. Tapi dia makan dulu la. Tak sanggup nak makan sekali dengan along. Nanti dapat heart attack lagi. Selesai basuh membasuh pinggan, kuali, periuk, belanga, mangkuk, cawan bagai, Irsyad mengemas dapur. Clean and clear macam tak memasak langsung.

‘Apa kena kau cuci bersih sangat ni?? Nanti along ingat kau tak memasak pulak. Dah tu nanti perut kau yang nak kena berkorban jadi tong sampah.’

Irsyad termenung-menung sendirian di dapur sambil mengelap meja makan. Habis semua dilapnya. Zohor dah masuk lima belas minit yang lalu. Baru je dia nak masuk bilik untuk solat zohor..

Along keluar dari biliknya. Macam tergesa-gesa.

Irsyad yang tengok jadi terpinga-pinga. “Err.. Along, makan dulu tak?

Dan along blah macam tu je.

Eh??

Apekehal??

Irsyad terasa seperti tengah pakai tudung dengan baju kebaya di kesibukan pasar tani. Dia terkebil-kebil sendiri. Malu sebab cakap sorang-sorang.

Kut iye pun tak nak makan, at least.. Cakap la sepatah dua ke.. Kesian kat aku terkebil sorang-sorang malu-malu katak ni.’

Irsyad dilanda kepelikan sekejap.. “Eh.eh.eh. Siapa yang mengelak dari siapa ni sebenarnya? Bukan aku ke yang patut mengelak dari dia?? Hmm.. kalau fikir-fikir balik, angah pun mengelak dari aku. Diorang ni tengah buat konspirasi ke apa? Macam cinta tiga segi pulak aku rasa. Huh.. Ngeri nak fikir.”

Irsyad terus masuk bilik. Malas nak fikir panjang kisah along, angah dan dirinya. Makin difikirkan makin serabut. Dia belum jumpa jawapan kepada masalahnya. Masalah masing-masing mengelak antara satu sama lain.

Malam tu, Irsyad fikir nak hantar mesej untuk angah. Penat dia nak bermain teka-teki adik beradik kembar dua orang ni. Baik dia tanya terus daripada buat kesimpulan sendiri. Telefon bimbit dicapai.

Tapi tangan tak mengikut arahan otak. Otaknya suruh dia menghantar mesej bertanya kepada angah. Tapi tangannya senyap kaku tak bergerak.

Simptom apakah ini??

Tu tandanya kau masih kecik hati. Dengan nama lain.. EGO. E.G.O. Ego.

Hish.. Aku tak pernah ego. Ego tu kan tak elok.

Mengarut!. Semua orang ada ego. Kalau kau tak de ego, means kau dah tak normal Irsyad!..

Ooo.. Macam tu ke? So aku patut buat apa sekarang ni? Patut ke aku ikut ego aku ni?

Irsyad.. Manusia yang bijak adalah manusia??

Hmm.. Manusia yang pandai mengawal egonya.

So?

So, aku hantar la mesej.

Bagus..

Nanti-nanti laa..

Irsyad!!!

Yer la.. Yer la..

Tangan menurut kata otaknya kembali. Mesej ditaip. Dan padam semula. Taip balik. Padam sekali lagi. “Argh!!! Aku tak tau nak mula macam mana laaa!!!” Dia dah menjerit sendiri.

Malas la nak mesej.

Pulak??

Call jer la. Untung-untung dia angkat. Kurang untung dia tak angkat. Tak de rugi pape pun.

Nombor angah didail. Tak sampai beberapa minit.. Ada incoming call..

Along??

Buat apa along telefon malam-malam ni?? Hmm.. Along tak balik-balik pun lepas keluar tengahari tadi.

Irsyad batalkan call angah dan angkat call along.

Hello, Assalamualaikum.. Along?”

“Waalaikumsalam. Err Ilham dah tidur ke ni?”

Irsyad senyap. Dia pelik. Along ke ni? Kenapa suara along macam lain?

“Along ke ni?”

Yer la. Along ni. Kenapa Ilham tanya macam tu pulak? Ilham tak save nombor along dalam phone ke?”

Berkerut-kerut muka Irsyad. Dah lama dia tak bercakap dengan along. So nak ingat suara along pun dah jadi ingat-ingat lupa.

Er.. Ilham save. Tapi.. Suara along macam lain je. Along sakit ke?”

Tak la. Along tak sakit pun. Kan kita dah lama tak bercakap. Ilham dah tak ingat ke suara along? Sampai hati..”

Haa.. Sudah.. Apa kena dengan along malam ni? Nak jadi kasanova dengan adik ipar sendiri ke? Irsyad dah tak keruan. Nak letak telefon macam biadap je. Tapi tak boleh la nak dengar suara along lama-lama. Macam angah.

Eh tak, Kut-kut along memang sakit ke, sebab tengahari tadi along keluar rumah macam tengah bad mood je. Tu yang Ilham tanya. Dah tu along tidur mana malam ni? Tak balik rumah?”

Along senyap di hujung talian. Lama jugak.

“Along?”

Haa.. yer.. Along ada ni. Tak balik kut malam ni. Er.. er.. Along stay dengan member, ada tugasan nak kena settle.”

Oh ye ke? Dah tu kenapa along telefon Ilham ni?”

Irsyad pelik. Mesti ada motif tersembunyi ni.. Tadi siang tak hiraukan dia langsung, tak pernah-pernah telefon, tiba-tiba telefon.. Pelik. Sangat pelik.

Er..er.. Along.. Saja telefon. Nak cakap along tak balik. Nanti risau pulak. He.He.He.”

Eh? Saja telefon? Dah buang tebiat ke along ni? Aku ni adik ipar dia la..

So? Tak boleh ke abang ipar nak telefon adik ipar sendiri?

Hish.. Tapi ni awkward punya situation la. Tak boleh!

“Oo.. Okey. lagi? Nak cakap apa-apa lagi ke kat Ilham?”

Talian di sebelah sana senyap. Dah letak ke along ni?

Er..” Masih belum letak telefon lagi.

Irsyad pelik dengan kerenah along yang tiba-tiba ni. Mungkin along memang tak sihat kut hari ni.

Yer? Along nak cakap apa?”

Er.. Ang..Long. Along! Nak cakap yang along.. Along er.. Anlong.. Along.. Mintak maaf banyak-banyak! and I miss u!”

Tut! Talian diputuskan.

Heeeehhhhhh?????
 

are-fiyz

Active Member
Book 10

Mak Jah dengan Pak Mad tengah bersantai di balkoni rumah sambil minum pagi. Meluangkan masa bersama-sama menjelang usia tua. Pak Mad tak kerja hari ni. Dia bercuti sebab saja-saja rasa nak cuti. Nak menghadap muka Mak Jah lama-lama. Biar makin lekat di hati tuanya.

Irsyad lama tak balik rumah. Minggu lepas, mereka balik kampung. Tak sempat nak mengheret si Irsyad balik sebab Mak Jah dah kempunan nak makan buah rambutan yang tengah musim sekarang ni.

Sambil-sambil mengunyah karipap buatan tangan isterinya, Pak Mad dikejutkan dengan kehadiran seseorang di muka pintu.

“Assalamualaikum..”

Segera Pak Mad suruh Mak Jah pergi melihat siapa yang rajin sangat datang rumah mereka pagi-pagi buta hari cuti macam ni.

Mak Jah buka pintu, “Waalaikumsalam.. laa.. masuk-masuk.. tak cakap awal-awal nak datang.” Mereka saling bersalaman di muka pintu tu.

Angah menapak masuk ke dalam rumah mertuanya. Dengan pastinya mesti la malu-malu.

Mak Jah suruh angah duduk di ruang tamu sementara nak pergi panggil Pak Mad yang asyik dengan karipap tu.

“Awak! Tengok ni siapa yang datang.. Jadi-jadi la bercinta dengan karipap saya tu. Meh sini meh.” Mak Jah dah menjerit-jerit panggil Pak Mad dari jauh. Malas nak menapak kaki ke balkoni.

Pak Mad yang dengar Mak Jah menjerit macam ayam jantan berkokok di pagi hari rasa nak tersedak dengan karipap yang baru ditelan masuk ke kerongkongnya. Cepat-cepat dia bangun dan menapak ke ruang tamu.

Eh.eh.eh.. lama angah tak datang sini. Rindu bapak dengan angah.” Angah terus bangun dan menyalami tangan bapak mertuanya.

“Angah pun rindu dekat bapak dengan mak. Lama tak datang lawat sini. Sibuk sikit.

Pak Mad dengan Mak Jah terangguk-angguk terharu.

Pak Mad merenung Mak Jah di sisi. “Awak pergi ambik karipap-karipap tadi bawak sini. Saya nak sambung makan balik.”

Mak Jah mencebik manja ke arah Pak Mad. Angah yang tengok sengih-sengih.

Pak Mad senyum kat Angah. “Angah datang ni ada hajat ke saja-saja nak datang? Irsyad tak balik kut minggu ni.”

Tak ada apa-apa hajat pun bapak. Saja datang melawat.” Bukan kebiasaan angah datang rumah ni hari minggu. Tapi entah kenapa dia nak datang jugak hari ni pun dia sendiri tak tahu.

Pak Mad mengangguk-mengangguk.

Sepinggan karipap sampai di depan Pak Mad dan Angah. “Haa.. cukup tak lagi bapaknya? Kalau tak cukup saya nak pergi ambik lagi sebesen angkut datang sini.”

Angah dah pecah ketawa. Mak Jah memang sangat kelakar baginya.

Terkebil-kebil Pak Mad. “Laa.. ada lagi ke? Kenapa tak angkut semuanya ke mari? Nanti tak cukup angah nak makan. Ni muat untuk perut saya seorang je maknya.”

Sengaja menyakat. Cubitan kecil hinggap di lengan Pak Mad.

Mak Jah merenung menantunya. Comel.

“Angah nak tidur sini ke? Kalau angah nak tidur sini boleh, Irsyad bukannya balik pun minggu ni. Ada kerja banyak sangat katanya.”

Angah senyum. Memang selalu dia tidur sini kalau bukan hari minggu pun. Berulang alik setiap pagi dari rumah ni ke kampusnya. Kadang-kadang saja dia balik asrama. Rumah ni dah jadi macam asrama keduanya pulak. Tapi mestilah bukan dalam pengetahuan Irsyad.

Mak Jah pun tahu yang dia memang rahsiakan aktivitinya yang satu ni daripada pengetahuan Irsyad. Pak Mad pulak malas nak masuk campur dalam hal rumah tangga anak menantunya.

“Angah singgah kejap je. Petang nanti angah kena balik asrama.”

Mak Jah angguk-angguk. Dia berpaling melihat Pak Mad. “Haa. Awak nak makan apa hari ni?” Mak Jah sengaja tanya kerana sejak Pak Mad bercuti ni, memang tiap hari dia akan buat order makanan pagi petang siang malam kat Mak Jah. Naik penat Mak Jah nak memasak ikut order Pak Mad yang high demand ni.

“Biar angah yang masak.” Angah tiba-tiba menyelit. Selalunya dia yang tolong Mak Jah masak kalau singgah rumah ni. Apa salahnya kan kalau menantu yang masak? Lagi bagus..

Mak Jah senyum senang. Boleh la dia berehat daripada terkontang-kanting sorang-sorang kat dapur tu nak memasak macam-macam jenis makanan yang suaminya ni order. Ni yang seronok dapat menantu macam angah ni.

Pak Mad lagi senyum lebar-lebar. Boleh buat test ni anak dara besannya pandai masak ke tidak. “Bagus la kalau angah nak masak.”

“Bapak nak makan apa tengahari ni?”

Ala.. simple-simple saja. Bapak rasa teringin nak makan sweet sour dengan kerabu. Hmm.. sedapnya.”

“Kerabu?? Nak buat kerabu apa?”

“Bapak tak kisah. Makan saja apa jenis kerabu pun”

Mak Jah geleng-geleng. “Yang awak ni pun, kut la nak spesifik sikit ke. Senang la budak tu nak memasaknya.” Pak Mad sengih. “Angah tengok la apa yang ada kat dalam peti ais tu sesuai dijadikan kerabu ke tak.”

“Kalau tak de yang sesuai?”

Haa.. Kebun awak tu kan ada tanam buah mangga. Saya tengok banyak dah buahnya. Boleh la buat kerabu mangga.” Pak Mad teringat kebun Babylon Mak Jah kat belakang rumah. Ada pokok mempelam sorang-sorang diri ditanam Irsyad zaman Irsyad masih kecik dulu.

Angah senyum saja. No hal nak buat kerabu mangga. Senang sangat.

Sedang memasak tengahari tu, Mak Jah hanya duduk menunggu di dapur sambil bersembang dengan menantunya. Angah tengah siapkan bahan-bahan membuat kerabu mempelam sambil menggoreng ikan untuk sweet sournya.

Mak Jah sambil bersembang, matanya memerhati dan menilai tingkah menantunya. “Laa.. Angah.. yang tak bukak tudung tu kenapa? Panas ni. Bukan ada siapa pun dalam rumah ni. Muaz tak balik pun.”

Ooo.. Muaz tak balik rupanya. Boleh la dia tanggalkan tudung.

Angah rasa makin selesa nak memasak tanpa tudung. Panas tengahari memang membahang. Rambutnya paras bawah bahu diikat dengan getah biasa agar tidak mengganggu kerja memasaknya.

Tiga puluh minit kemudian..

Dia siap memasak. Nasi dah ditanak awal sebelum mula memasak tadi. Elok-elok dua belas tengahari. Mak Jah pun dah hilang dari dapur. Panggil Pak Mad datang makan la kut. Angah pulak sibuk menghidang.

Selesai mereka bertiga makan, Pak Mad tersenyum lebar.

Angah lulus dengan jayanya dan sangat cemerlang. Sejak awal-awal masuk mulut, Pak Mad dengan Mak Jah tak berhenti-henti langsung memuji masakan angah. Sedap. Sangat sedap. Lagi sedap dari Irsyad masak.

Angah senyum saja dengan pujian tanpa henti kedua mertuanya. Seronok dan rasa diterima dalam keluarga barunya ini.

Bagus laa..
 

are-fiyz

Active Member
Irsyad mengeliat. Lenguh dari awal pagi tadi asyik berdiri. Bila dia dah mula membuka kerja-kerjanya memang payah nak duduk. Asyik membongkok saja. Belum masuk tiga puluh dia dah dapat symptom-symptom ke arah kebongkokan.

Pukul sebelas pagi dia simpan semua kerjanya. Malas nak bongkok-bongkok lagi dah. Perut pun dah mula berbunyi. Irsyad masuk dapur. Nak memasak. Sejak kes cakap telefon dengan along hari tu, lama dah tak jumpa along. Keluar masuk dalam rumah ni dah macam keluar masuk hotel.

Peti ais dibuka.

Tiada apa. Tiada apa yang boleh dijadikan bahan mentah untuk memasak. Irsyad terlupa nak membeli bahan basah minggu ni. Asyik sibuk dengan projek baru. Memang kurang memasak la jawabnya.

‘Hmm.. Nak keluar pergi beli barang-barang ke?? Nak pergi beli makanan siap masak terus?’ Sekarang ni Irsyad lapar dan perlu makan. ‘So, pergi beli makan siap dulu la sebulum nak shopping-shopping ni.’

Bersiap pun biasa-biasa. Just seluar yang ditukar. Baju tak. Sebab baru pakai saja. Kena jimat air dan sabun basuh baju. Tak boleh pakai hobi sekejap-sekejap tukar baju. Dia kena belajar tak menyusahkan diri sendiri dan isteri nanti-nanti.

Enjin kereta dihidupkan. Beberapa minit berpusing-pusing di sekitar kawasan perumahan kat situ, satu kedai makan pun dia tak jumpa yang buka. ‘Aik? Kenapa tak buka semua kedai-kedai ni? Aku lapar. Hukhukhuk.

Dah penat mencari. Irsyad buat keputusan. Dia nak balik rumah mak bapaknya. Lagipun dah nak dekat tengahari ni Mak Jah mesti dah masuk dapur. Jam di dashboard dilihatnya baru pukul dua belas.

Tak tunggu lama dah, terus dia pecut kereta on the way balik rumah. Kalau balik rumah dapat makan free. Jimat duit lagi.

Elok sampai kat rumah. Dia nampak ada sebiji kereta Myvi putih parking kat tempat parking yang dia selalu parking. ‘Huh? ada orang datang rumah ke? Siapa?’

Tapi Irsyad tak kisah. Yang penting sekarang perutnya. Dia perlu isi perut terlebih dulu. Nanti-nanti baru dia fikir siapa la tetamu mak dengan bapaknya hari ni. Sebab takut nak mengganggu tetamu yang mungkin di ruang tamu, Irsyad pusing ke belakang rumah.

Cari pintu dapur.

Ooo.. bagus. Pintu dapur dah terbuka. Tak payah la aku nak masuk senyap-senyap’

Elok-elok saja dia sampai depan pintu dapur.

Mata bertentangan.

‘Mak… eh??’

Terkebil-kebil masing-masing. Senyap kaku tak buat apa.

‘Siapa ni?’

Angah yang sedang membilas pinggan terus tutup air di pili dan berlari.

Lari daripada pandangan Irsyad yang dah macam kena sumpah jadi batu depan pintu dapur.

‘Angah ke? Macam angah..mustahil la.’

Irsyad sampai dah tak ingat rupa isteri sendiri. ‘Takkan la angah nak datang sini kan? Pelik.’

Setelah lama berfikir sampai jadi batu depan pintu, dia menapak masuk ke dalam rumah. Matanya melilau-lilau mencari orang yang bertentangan mata dengannya tadi. Tak jumpa. ‘Dah hilang ke orang tadi?’

Perlahan-lahan sampai terjengket-jengket kakinya dia berjalan ke meja makan. Tudung saji yang tertutup cantik atas meja dibuka. Senyum lebar jadinya. Seronok sangat nampak lauk kegemarannya.

Wahh.. ada kerabu la. Tak sia-sia aku balik rumah hari ni.’

Irsyad cepat-cepat basuh tangan dan mengambil pinggan makan di rak pinggan. Periuk nasi dibuka. Beberapa senduk nasi diceduk masuk pinggan. Lapar sangat sampai terlupa habis nak tegur dulu ‘tuan rumah’ ni sebelum makan.

Macam pencuri tengah kebuluran dia sekarang ni.

Tengah sedap-sedap makan, tiba-tiba Mak Jah tercongok depannya.

Oo.. Mak! Terkejut Irsyad.”

Irsyad yang tengah mengunyah hampir tersedak. Nasib tak tersembur nasi dalam mulut ke muka emaknya. Kalau tak, mau mengamuk satu rumah.

Mak Jah duduk kerusi di depan Irsyad.

Tak cakap pun nak balik? Dah tu macam pencuri masuk rumah pulak.” Mak Jah buat muka serius. Kalau angah tak cakap tadi, sampai ke sudah dia tak tahu anak terunannya tu balik rumah.

Irsyad sengih dengan mulut penuh.

Alaa mak. Irsyad bukan tak nak cakap. Emergency ni. Lagipun tadi Irsyad nampak ada kereta kat luar. Tak nak la kacau tetamu mak kan. Kalau Irsyad masuk kut depan alamatnya tak makan la Irsyad.”

Suapan nasi diteruskan sambil merenung emaknya dengan penuh innocent habis.

Mak Jah menggeleng-geleng. Tetamu la sangat.

Dah tu, Irsyad nampak ke tetamu mak tu?” Mak Jah sengaja. Sengaja nak perli Irsyad.

Irsyad jongket bahu. “Entah. Mana Irsyad tahu kalau mak tak cakap.”

Konsentrasinya masih seratus peratus pada nasi di pinggan. Sedap sangat lauk hari ni. Dah tak hairan apa yang telah terjadi awal tadi. Dia dah lupa pun.

Mak Jah geram. “Bertuah punya anak.”

Irsyad kembali sengih.

“Kenapa mak?” kalau emaknya tu dah cakap ayat-ayat bertuah ni mesti la ada yang tak kena pada dirinya.

“Makan la bagi habis dulu. Tengah mulut penuh mana boleh bercakap.”

“Baik mak” Irsyad meneruskan suapan.

Tapi rasa nak tambah lagi. Terus dia bangun dan senduk nasi sampai penuh pinggan. Mak Jah geleng-geleng tengok kelakuan anaknya.

Sambil-sambil makan Irsyad memerhati di sekeliling dapur. “Mana Muaz mak? Tak nampak pun.”

Kunyahan demi kunyahan ditelan dengan penuh nikmat. Sedap sangat makan tengaharinya hari ni. Mak Jah kerja duk geleng-geleng kepala dengan perangai Irsyad yang macam budak-budak tak cukup umur. Ada ke pulak ditanya pasal Muaz yang tak balik tu. Angah dia tak nak tanya ke?

Mak Jah senyap tak menjawab soalan Irsyad. Biar. Biar dia fikir sendiri.

Irsyad pula yang mengangguk faham. Dah emaknya tak jawab soalan, straight dia dah dapat tahu jawapan.

“Kiranya mak dengan bapak jer la kat rumah ni?” Irsyad tanya soalan bodoh lagi.

Tak laa.. Ramai dalam rumah ni. Irsyad tak nampak ke? Ish.Ish.Ish.. kesian anak mak ni.” Mak Jah perli lagi.

Irsyad sengih-sengih. Nasi di pinggan hampir habis. Rasa macam nak tambah lagi, tapi tak boleh. Makan biar berhenti sebelum kenyang. Niat nak tambah ditolak tepi. Niat nak bungkus bawak balik rumah pulak yang muncul dalam kepala otaknya.

“Irsyad nak bawak balik untuk makan malam ni pulak. Sedap mak masak hari ni. Irsyad suka sangat kerabu dengan masak sweet sour ni.”

Dah tu selama mak masak ni tak sedap la? Hari ni je ke sedapnya?”

Irsyad senyum. Merajuk ke mak ni? “Eh.. Mana ada tak sedap. Semua sedap. Tapi hari ni sedap lebih sikit. Hehehe.”

Mak Jah tenung muka anaknya lama-lama. “Hari ni bukan mak yang masak. Orang lain yang masak.” Dia nak tengok ekspresi muka Irsyad.

Laa.. Takkan bapak yang masak kut.. Terbaik la bapak. Tak sangka Irsyad, bapak boleh masak sedap macam ni.”

“Bukan bapak la yang masak.”

Irsyad pelik. Siapa lagi yang nak masak kalau bukan mak bapaknya. Takkan beli kut??

“Beli kat luar ke??” Irsyad memang clueless. Dia boleh tak teringat pasal orang yang dia nampak kat pintu dapur tadi.

Mak Jah rasa nak ketuk-ketuk kepala Irsyad. “Angah yang masak hari ni.”

Huh? Angah?”

Mak Jah angguk.

Oo.. Angah..” Irsyad pun angguk-angguk jugak. Bunyi macam sesuatu yang biasa dengar baginya.

Hahhh?? Angah?? Angah mana?? Angah isteri Irsyad ke???”

Dan tulang ikan dah terlekat kat kerongkong.

Terkejut.
 

are-fiyz

Active Member
Book 11

Angah dah balik rumah. Hari ni memang silap besar dia berkunjung ke rumah mertuanya. Tak habis-habis dia geram dengan Irsyad yang balik rumah tapi tak cakap dulu. Mesej pun tak. Tengok-tengok dah tercongok depan pintu dapur. Dia yang tengah membilas pinggan nasib tak terlempar pinggan tu jadi pinggan terbang ke muka Irsyad.

Lepas dia buat larian pecut 100m dalam rumah tu, terus dikhabar pada Mak Jah yang dia ada hal kecemasan kat kampus la konon, terpaksa balik sekarang. Nak keluar dari rumah baru dia cakap yang Irsyad ada balik. Tak nak mengaku yang dia sedang melarikan diri daripada suami sendiri.

Kalau orang tahu ceritanya ni mesti ingat dia sebenarnya malu. Malu nak bertentang mata dengan suami sendiri. Biasalah.. Kahwin jodoh ibu-bapa. Mana ada sesi percintaan sejati ke percintaan menyayat hati ke.. Dah masing-masing memang tak kenal lagi.

Angah terus masuk bilik. Geram dengan Irsyad belum habis lagi. Habis spoil segala rancangannya. Rancangan yang dia dah susun awal-awal. Sekarang ni dia perlu fikir plan baru. Kalau tak sia-sia apa yang dia dah buat selama ni.

Angah berbaring atas katil lepas selesai solat zohor. Ingat nak solat zohor kat rumah mertuanya tadi. Alih-alih Irsyad datang pulak. Terus cabut balik. Langsung tak bertegur sapa dengan suaminya itu. Macam orang tengah bergaduh dalam proses bercerai.

Along pulak duduk kat universitinya. Dah dapat asrama. Tapi masih perlu berulang alik dari rumah Irsyad ke uninya setiap hari.. Tak nak Irsyad dapat kesan rancangannya. Rancangan angah. Masa awal-awal perkahwinannya dulu.

“Along. Tolong angah.”

Selepas along dapat sambung masternya, mama dah bagi cadangan agar along tinggal dengan Irsyad dulu sebelum dapat apply asrama. Mama pun dah cakap dengan Irsyad.

Masa tu along tengah mengemas apa yang patut. Angah sememangnya duduk asrama- yang tak macam duduk asrama- sebab rumah dekat- so boleh balik tiap-tiap hari kalau nak, mengacau alongnya yang sedang berkemas.

Along buat muka bosan. “Haa.. Tolong?? Tolong jangan kacau along ye.”

Angah mencebik bibir. Tak puas hati. Dah la tak de time kenduri kahwinnya. Sekarang ni belum mintak tolong pun dah kena halau ke?? “Ala along niii.. Tolong la angah. Sekali ni je angah nak mintak tolong sangat-sangat kat along. Nanti-nanti along nak mintak tolong angah, sure angah tolong punya la. Please..”

Along buat tak hairan. Baju-baju yang dilipat kemas, disusun masuk ke dalam beg bagasinya.

Angah masih tak nak mengalah. “Alaa.. Long. Jangan la macam ni. Sampai hati along.”

Tangan along yang sibuk mengemas terhenti. Dia cukup tak boleh kalau kembarnya ni buat ayat kesian merayu merintih padanya. Memang sure kalah. “Nak along tolong apa?”

Angah sengih-sengih.

“Along tolong rapat dengan Irsyad tu.”

“Huh? tu je?”

Angah angguk-angguk dengan muka jahatnya.

Along dapat rasa yang bukan itu saja perlu dia tolong. Macam ada agenda tersembunyi berunsur kejahatan dalam kepala otak angah ni. “Betul ke ni? Kalau macam tu tak payah mintak tolong pun tak pe. Memang along akan buat dengan sukarela pun”

Bagus. Segalanya mengikut rancangannya. Next plan baru dia akan cakap lain kali dengan along. Tak boleh cakap sekarang. Nanti bocor rahsianya.

Sekarang ni Irsyad punya pasal. Dia terpaksa fikir tancangan baru. Along pun dah jadi mangsanya. Time mintak tolong along cukur janggutnya yang sejemput tu, memang berdesing telinga jadinya.

Alasan dia suruh along cukur janggut pun sebab nak bagi Ilham Irsyad biasa dengan muka along yang tak de janggut.

So??

So, boleh la dia teruskan rancangannya tanpa perlu pakai janggut palsu nanti. Hihihi..

Angah serabut nak fikir plan baru. Telefon dicapai. Nombor along didail. Sementara tunggu panggilan bersambung, dia conteng-conteng kertas kosong di depannya. Konon-konon nak tulis plan baru. Tapi habuk pun tak keluar.

Hello. Along? Ada mana ni? Balik rumah tak? Balik la. Kecemasan ni.”

Tak sempat along nak menjawab, angah dah serang dengan soalan yang bertubi-tubi.

“Malas la. Along sibuk ni.”

Alaa.. Please. Rancangan angah spoil. Kena discuss lain. Balik please.” Along cuba dipujuk sedaya mungkin.

“Sibuk ni. Hari lain tak boleh ke?”

Tak boleh. Angah dah tak de masa dah ni. Minggu depan dah start cuti. Please.. Balik la jap along. Kejap je.”

Along senyap. Tengah memikir.

Kejap je?”

“Kalau brainstorming along bagus punya, malam ni along dah boleh balik uni along tu.”

“Bertuah punya kembar. Tak menolong langsung. Kut nak cakap petang dah boleh balik. Ni tak.. Malam baru boleh balik. Ish.Ish.Ish.”

“Please..”

“Ye la. Along balik.”

“Sekarang tau along. Sekarang.”

Talian diputuskan. Angah menarik sengih lebar. Kembarnya tu memang genius sikit daripadanya. So, dapat habiskan degree awal and dapat sambung master terus. Cuma dia saja, mama dah tetapkan dia mesti jadi cikgu. Nak tak nak terpaksa ikut cakap mama dan jadi cikgu.

Mama paksa dia jadi cikgu pun sebab tak nak dia ikut alongnya. Dari kecik sampai la ke besar panjang, semua ikut along. Mama sampai dah penat nak pening-pening pengsan-pengsan dengan perangainya dan along.

Mama pernah bising masa dia sekolah menengah dulu. Punya la nak tiru along, dia buat haircut sebijik macam along. Nak-nak pulak memang muka mereka tu sebijik serupa. Tak dapat nak dibeza keduanya. Mana mama tak mengamuk anak daranya dah macam anak terunanya. Ibu sendiri pun tak boleh nak beza anak. Apatah lagi orang lain.

Lepas tengok angah dengan boy haircut terus mama pengsan. Pengsan sebab nampak anaknya along dah jadi dua orang. Tak tahu mana satu along yang betul. Kecoh satu rumah. Abah tak bising macam mama, tapi abah marah.

Angah sengih-sengih teringat peristiwa tu. Dia sengaja potong rambut macam along pun sebab nak test muka dia dengan along ada beza ke tak. Paling tak tahan lepas mama pengsan, mama suruh angah pakai tudung sepanjang masa.

Kalau dia tak nak pakai tudung, mama letak cekak bunga-bunga atas kepala. Lepas tu pakaikan angah subang. Baru nampak macam perempuan sikit dan ada beza dengan along.

Sejak kes tu, along memang marah kalau dia cuba-cuba nak kerat rambut macam dulu lagi. Kalau nak kerat pun boleh kerat satu inci saja dengan syarat rambutnya dah lepas paras bahu. Sebab tu rambutnya panjang cukup-cukup lepas paras bahu.

Angah tak suka rambut panjang-panjang.

Rimas.
 

are-fiyz

Active Member
Tiba-tiba pintu biliknya diketuk kuat. Belum sempat angah nak buka, orang kat luar dah buka dulu.

Ehh.. Cepatnya. Bagus-bagus.”

Along tutup pintu dan terus duduk atas katil. “Haa.. Cepat-cepat. Apanya yang penting sangat ni sampai suruh along balik.”

Angah buat muka. “Along ni.. Sabar-sabar la jap. Bawak bertenang. Tarik nafas dulu.”

“Cepat. Kalau tak along balik. Along banyak kerja lagi tau tak.”

Okey.Okey. Sebenarnya hari ni angah terkantoi dengan Irsyad.”

Along terkejut. “Hah?? Jadinya usaha along selama ni sia-sia je la???” Along rasa nak marah dengan angah. Angah ni memang otak luar alam. Mentang-mentang dia dah nak jadi cikgu, segala kreativiti dan inovasi melampaui batas kehidupan sehariannya sungguh. Sampai dengan along-along diseret sekali.

Hish.. Tak de la sampai sia-sia. Along buat tak yang macam angah suruh tu?”

Along naik geram. “Apesal pulak along tak buat. Penat tau tak nak berlakon macam tu. kesian dekat Ilham. Serba salah along jadinya. Ni semua angah punya pasal la. Kalau Ilham dapat tahu hal ni mampus la kita dua.”

Angah tepuk-tepuk bahu along. Nak suruh bertenang. “Along buat la macam yang angah suruh tu?”

Ye la. Along sendiri pun dah naik segan dengan Ilham tu lepas kes angah telefon cakap I miss you bagai. Geli tau tak. Angah, boleh tak jadi normal sikit? Kalau tak nak jadi normal pun.. Kesian la kat along ni. Apa la salah along sampai kena jadi mangsa korang dua ni. Huhuhu..”

Angah memang kejam. Boleh pulak disuruhnya along rapat dengan Ilham Irsyad masa awal-awal pindah rumah lepas tu mengelak dari Irsyad semata-mata nak ikut segala apa yang telah dirancangnya.

Ala long.. Sorry la. Bukannya angah sengaja pun. Angah cuma nak test je Irsyad tu. Mustahil la dia tu perfect sangat. Tak percaya angah. At least mesti dia ada some kind of weaknesses yang kita tak tahu kan..”

Along tak puas hati. Dah banyak kali dia cakap kat angah.. “Tanya la dia sendiri. Tanya dia apa kekurangan yang dia ada. Tak payah la nak buat sampai macam ni sekali. Susahkan orang tau tak.”

“Along ni. Jangan la downkan angah. Angah mana kenal dia. Kalau angah tanya terus pun mesti la pelik. Takkan la benda pertama jumpa terus tanya kekurangan orang. Macam orang gila je.”

Dah tu?? Apa yang angah buat ni dah lebih dari orang gila tau tak. Lebih teruk. Bukan lebih baik.”

Hish.. Dah tu? Takkan nak give up macam tu je kut. Dah alang-alang tu baik teruskan je.” Angah tetap tak berputus asa.

“Sekarang ni cerita kat angah, hubungan along dengan Irsyad tu macam mana kat rumah?” Angah nak tahu perkembangan rancangannya.

Along ambil posisi berbaring. Bantal angah dipeluk.

Hmm.. awkward. Mula-mula dulu along buat yang macam angah suruh la. Rapat kejap. Lepas tu dia macam mengelak dari along je.

“Mengelak dari along? Kenapa? Before along mengelak dari dia, dia dah mengelak dari along dulu??” Angah pelik.

Along mengangguk. “Entah la. Tapi nampak gayanya memang macam dia mengelak dari along, sampai la angah suruh along mengelak dari dia pulak. Serba salah along time tu. along perasan dia nak suruh along makan, tapi along buat tak tahu and blah macam tu je. Ni semua angah punya pasal la.”

Angah mengerutkan dahinya. Tak disangka respon balas Irsyad diluar jangkaannya. Tak sangka Irsyad yang mengelak dulu daripada along. Tapi kenapa?

Haa.. Entah-entah dia benci kat along kut. Along ada buat dia marah ke tak sebelum ni?”

Hey.. Puan Afrin.. Tolong sikit. Ni along la. Mana ada orang benci kat along tau. Setakat dua puluh tiga tahun hidup ni, semua orang suka along tau.” Along geram dengan tuduhan tak berasas angahnya.

Angah buat muka. Tapi memang betul pun. Tak pernah lagi dia jumpa spesis orang yang macam along ni. Ramai yang senang dengan keramahan along. Along memang banyak kawan. Baik lelaki, perempuan. Makcik pakcik. Atuk nenek, baby, budak kecik dan semua peringkat umur.

Dah tu, apa sebab utamanya yang Irsyad sampai mengelak dari along ni kalau bukan memang along ada buat dia marah ke apa ke?”

“Mana along buat dia marah la.”

Hish.. Mesti ada sebab ni. Kalau tak, kenapa dia nak mengelak dari along dulu?”

Masing-masing senyap memikir segala bentuk kemungkinan.

Along petik jari. “Haaaa!!! Along tau!”

“Apa?” Angah dah tak sabar nak dengar teori Along.

“Mesti dia dah tahu rancangan mengarut angah ni. So, dia dah get ready.”

Angah terkebil-kebil. Mustahil la Irsyad boleh tahu rancangan luar alamnya ni.

Get ready for what la??”

Along sengih. “Get ready for nak pelangkung angah la nanti lepas korang tinggal sebumbung.”

Automatik bantal bawah kepala along ditarik. Kurang asam punya along. Langsung tak membantu. Lagi menurunkan semangat dia ada la.

Weh.. Bajet la. Sakit otak genius along ni.” Kepala Along dah terhempas atas tilam akibat tindakan drastik angah tadi.

“Hehe. Sorry. Tak sengaja. Tapi angah rasa, dia tak tahu la pasal rancangan angah ni. Mustahil dia boleh tahu. Along pun dulu tak boleh agak apa angah nak buat lepas angah cakap suruh buat itu ini.”

Along malas nak cakap apa dah. Makin dia cakap, makin tak berkesan. Tambah lagi idea pelik-pelik ada la.So, angah nak along buat apa pulak?”

Angah sengih-sengih. Along dah tak sedap hati. Lain macam saja sengihan angah ni.

“Angah nak Along panjangkan rambut Along sikit.

Haaaaahhhhhh????!!!!”
 

zahra

FTC Crew
Moderator
:D:D:D:D..baru best comment..if tak semalam comment..tup2 dew lagi..yg latest..adeh..yg zahra tanya soalan rupanya dah dijawab pada new post..huhu..now baru paham sgt2..dis story..ingat along & angah same person..rupanya..ade konspirasi berhelah..haha..nice:cool:
 
Top