• Sudahkah anda menulis Diari Cinta anda hari ini?
    Sebagai forumer Forum Tentang Cinta, anda kini boleh menulis dan mencoret kisah manis cinta anda di ruangan Diari Cinta. Hanya satu diari sahaja ya dibenarkan untuk setiap seorang.

........

are-fiyz

Active Member
:D:D:D:D..baru best comment..if tak semalam comment..tup2 dew lagi..yg latest..adeh..yg zahra tanya soalan rupanya dah dijawab pada new post..huhu..now baru paham sgt2..dis story..ingat along & angah same person..rupanya..ade konspirasi berhelah..haha..nice:cool:
hrp2 da x pening n serabut da after dis eh.. :D
 

are-fiyz

Active Member
Book 12

Angah dah mula cuti semester. Tiga minggu. Tapi cutinya bukan macam orang lain yang pergi berjalan-jalan makan angin, honeymoon ke. Tidak. Cutinya kali ni langsung tak dikhabarkan kepada Irsyad. Siapa-siapa pun tak boleh tahu kecuali along. Even mama dengan abah sendiri pun tak tahu yang dia bercuti.

Hari terakhir dia berada di kampusnya, dia la orang paling last tak balik-balik lagi. Penampilan diri dipastikan sempurna mengikut perancangannya. Beg dikemas. Baju kurung dan tudung hanya sepasang dimasukkan ke dalam beg. Hanya untuk kecemasan.

Pakaian lain?

Semuanya along punya. Habis dicurinya dalam almari baju along kat rumah.

Telefon bimbit sony dicapai.

“Hello.. Along? Ada mana ni?”. Haa.. Okey-okey. Start hari ni along jangan sesekali pun balik rumah Irsyad tau. Jangan langsung. Nanti angah singgah uni along.”

Talian diputuskan. Terus dia drive menuju ke universiti alongnya. Ada hal yang perlu diselesaikan sebelum bergerak ke agenda yang sebenar.

Sampai saja betul-betul asrama along, angah tunggu along turun sambil bersandar pada Myvinya. Perasan banyak mata-mata memandangnya sambil berbisik-bisik halus. Tapi.. Ada dia kisah? Selalu sangat dah zaman dia kecik-kecik satu sekolah dengan along dulu. Disebabkan kemasyhuran along yang over sangat, orang yang tengok dia pun gaya over semacam. Malas nak fikir otak orang fikir apa.

Haa.. Angah? Cepat la. Along sibuk ni.”

Angah mengeluarkan telefon dari backpack di belakangnya. “Bak sini telefon along.”

Nak buat apa dengan telefon along?”

“Bagi je la. Cepat-cepat.” Angah memang suka mengarah.

Along bagi telefonnya. Tapi muka dah masam. Cukup tak suka ada orang suka-suki mintak telefonnya. Privasi tak de langsung. Tertekan.

Angah tengah proses-proses sesuatu dengan telefon alongnya. Along dah risau. Kepala otak angah memang tak dapat nak diteka. Dia cuba mengintai apa-apa yang sedang dibuat angah dengan telefonnya. Tapi angah mengelak. Tak bagi dia tengok.

Lama jugak. Dalam lima belas minit angah pegang telefon along.

Nah.” Angah hulurkan telefon kepada along. Tapi tu bukan telefon along.

Ha?? Apesal bagi telefon ni kat along? Bak la sini balik telefon along tu.” Along tak nak ambil telefon yang dihulur angah.

Angah buat muka serius. “Ambik je la telefon ni.”

“Angah dah tak betul ke apa? Ni bukan telefon along la. Buat apa along nak ambik telefon orang lain pulak. Tak nak ar..”

“Kunci rumah?”

“Kunci rumah?? Nak buat apa? Kan angah memang dah ada kunci rumah. Nak mintak kat along lagi buat apanya?”

“Kunci rumah Irsyad la.”

Ooo.. Along dah terlupa rancangan angah. Sibuk sangat fikir pasal hal lain. Gugusan kunci dalam poket seluar dikeluarkan. Mencari-cari kunci rumah Irsyad.

Nah.” Kunci rumah Irsyad dah bertukar tangan.

Along tenung muka angah lama-lama. “Angah ni memang serius ke nak stick to the plan? Tak takut ke?”

Angah geleng-geleng. “Nak takut apanya? Bukan dia tu spesis karnivor nak makan-makan orang kalau marah. Hmm.. Dia kan perfect bak kata orang. Tak pernah marah gitu. Kalau dia tahu rancangan ni, boleh la angah test tengok betul ke tak apa yang semua orang duk sebut-sebut pasal dia.”

Along memang tak sangka yang angah rupa-rupanya memang spesis macam ni. Spesis aci redah suka hati dia saja. “Kalau jadi apa-apa along tak nak bertanggungjawab.”

“Ikut along la. Ni dah tolong angah, terima kasih banyak la.” Angah senyum. “Nah. Ambik la telefon ni. Buat sementara waktu je pun. Tiga minggu je along pakai telefon ni.”

Along pelik. “Dah tu, telefon along?”

Hehehe.. Telefon along angah pakai.”

“Angah!! Nanti along nak buat kerja macam mana? Kalau member-member, lecturer cari along? Bak sini balik la telefon along tu. Ada ke pulak nak ambik telefon orang. Ridiculous betul.”

Angah dah masukkan telefon alongnya dalam poket seluar. “No.No.No. Angah dah setel semua hal along dalam telefon tu. I tell everyone in your contacts yang along akan guna nombor ni dalam masa tiga minggu. Apa-apa hal diorang akan cari along pakai nombor ni la. So no worries, okey.” Angah menggawang-gawang telefon baru tu depan muka along.

Eh.Eh.Eh..Senangnya angah cakap.” Along bercekak pinggang macam makcik-makcik.

Angah dah sengih sambil menjongket bahunya. “Haa.. Dah ada mesej masuk pun. Jangan risau la. Angah dah transfer semua contacts number dalam phone along ni masuk sim baru tu. Please. Take it. Ke nak angah baca mesej along ni???”

Cepat-cepat along rampas telefon di tangannya. Tak nak bagi angah baca mesej yang baru masuk. Tahu pun takut.

“Kenapa angah ambik nombor along?” Along masih kurang faham dengan agenda angah ni.

Dear, nanti rahsia angah terbongkar la kalau dia nampak angah tak pakai telefon dengan nombor along.”

Oo.. Macam tu pun ada ek.” Along malas nak fikir. “Okeh. Good luck to you.” Along terus naik asrama. Malas nak borak lama-lama dengan kembarnya itu. Kerja Along sekarang jangan balik rumah dan jangan terserempak dengan Irsyad kat mana-mana pun. Tu jer. Tak banyak.

Angah senyum lebar dengan kunci di tangan dan telefon along dalam poket. Telefon along terus dikeluarkan daripada poketnya. Nombor Irsyad dicari.

Mesej dihantar.
 

are-fiyz

Active Member
Angah menjadi stalker rumah Irsyad. Tengah menunggu masa yang sesuai untuk masuk ke dalam rumah tu. Tiada seorang manusia pun boleh nampak dia menyelinap masuk ke dalam rumah Irsyad. Macam pencuri pun ada.

Setelah dipastikan line clear, dia cepat-cepat bukak pagar dan parking kereta kat dalam. Irsyad memang tiada kat rumah. Dia dah dapat pengesahan mesej terlebih dahulu sebelum sampai rumah ni tadi.

Cepat-cepat angah buka pintu rumah dan masuk ke bilik along. Sebelum datang rumah ni, angah dah buat soal selidik kat along. Dari A-Z dia tanya perihal Irsyad kat along. Kena bersedia sebelum Irsyad dapat kesan rancangan jahatnya.

Dalam bilik along, angah sibuk mencari tempat persembunyian yang paling selamat untuk dia simpan barang-barang perempuannya. Dari atas siling sampai bawah katil dia periksa sama ada sesuai ke tidak. Dalam almari macam tak selamat. Boleh expose free-free je kalau Irsyad datang bukak.

Hmm.. Mana la aku nak simpan ni? Almari yang boleh kunci tak de ke?’ Dia memerhati sekali lagi.

Oo. Sini.. Dekat meja belajar.’

Kunci laci meja belajar tergantung di luar laci. Macam tak diguna. Laci dibuka. Memang tak digunakan pun. Kosong tiada barang. Senang kerjanya, kalau tak kena memunggah pulak nak simpan barang-barang perempuannya ini.

Selesai mengemas dia berbaring. ‘Argh.. Sedapnya. Mengantuk pulak. Tidur kejap la.’ Angah terlupa sesuatu. Dia belum salin baju perempuan yang dipakainya sekarang. Mata hampir-hampir terlelap.

“Warghh!! Tak boleh tidur la. Nanti kantoi kalau dia nampak along macam ni tak boleh-tak boleh!”

Terus dia bangun dan masuk bilik air. Nasib bilik along dah memang ada bilik air dalam bilik. Kalau tak memang kena berhati-hati nak masuk bilik air kat luar bilik. Penampilan dirinya dah bertukar kepada along.

Pesanan angah kepada along agar simpan rambut bagi panjang sedikit sebab tak nak gunting rambut sendiri sampai pendek sangat. Nanti lambat la nak panjang balik, lepas tu kan boleh kena sembelih dengan mama kalau dia nampak anak daranya dah bertukar jadi along sekali lagi.

Dadanya dibalut rapi-rapi macam cerita-cerita korea yang dia tengok sebelum ni. Tak pernah terlintas pun nak buat tapi berguna jugak buat masa sekarang. Ingat nak pakai bengkung kat situ tapi takut nanti macam tak natural sangat.

“Along.. Along.. Ilham.. Ilham.. Along.. Ilham.. Along..” Angah praktis sebut along dengan Ilham banyak-banyak kali. Takut terlepas cakap depan Irsyad nanti. Baju along pun dah tersarung di badannya. Besar sikit tapi still okey. Fizikal along dengan dia memang tak nampak beza sangat dari segi luaran la.

Selesai membelek penampilan diri di cermin almari, angah keluar dari bilik. Meninjau-ninjau sekeliling rumah. Nak biasakan diri. Bilik Irsyad pun dia masuk. Hehehe.. Nak tengok sikit macam mana bilik suaminya kat sini yang tinggal jauh dari mak dengan bapaknya.

Warghh.. Bapak laaa..” Ternganga angah tengok bilik suaminya.

Tak hairan la.. Dia kan arkitek. Memang patut la bilik cantik macam ni.” Angah melihat dengan rasa kekaguman yang teramat dan sukar digambarkan dengan kata-kata. Bilik Irsyad memang jauh lagi cool dari biliknya. Malu pada diri sendiri pun ada. Huhuhu.

Tiba-tiba dia terfikir sendiri. “Hmm.. Kiranya bilik yang cantik dan cool ni bilik aku jugak la kan?? Warghhh!!! Seronoknya!!”

Tak sedar dia telah terjerit-jerit macam orang tak betul. Dah la buat kesalahan jenayah yang amat berat, lepas tu menceroboh lagi bilik orang, memang tak dapat dimaafkan kalau rahsia terbongkar. Along cakap dia pun tak pernah masuk bilik Irsyad lagi.

Selesai memantau bilik Irsyad, angah keluar dan tutup pintu bilik perlahan-lahan macam pencuri nak melarikan diri selepas mencuri.

Wargh!!!”

Terkejut. Irsyad kat belakang.

“Apa along buat kat bilik Ilham ni?”

Terkebil-kebil angah memandang suami sendiri yang baru lepas balik kerja. Tak tau nak jawab apa. “Er..er.. Hehe. Saja. Makan angin.”

Memang langsung tak masuk akal jawapan angah. Nak spoilkan rancangan sendiri ke apa hah??

Huh? Makan angin? Along demam ke?”

He.he.he.” Sesungguhnya angah terkelu tak tau nak cakap macam mana dengan Irsyad. Tak sangka Irsyad memang handsome walaupun tengok dari dekat.. “Er. Ang..Along! balik bilik dulu!.”

Terus dia cabut lari masuk bilik along.

Fuh.. Boleh kantoi terus kalau lama-lama aku malu-malu kucing kat situ. Hish.. Tak boleh jadi ni. Aku kena tingkatkan kebolehan berlakon dengan cemerlang.’

Angah senyap kat pintu bilik. Tengah memikir apa yang patut dia buat lepas pada ni. Tujuannya datang sini bukan nak mengelak dari Irsyad. Tapi nak berhadapan dengan Irsyad. Dia tak boleh sia-siakan peluang yang datang.

Nasib dia tak boleh solat. So, telekung dalam laci berkunci tu tak berusik la minggu ni. Lepas asar tu, dia keluar bilik balik. Tak nampak Irsyad pun. Hati lega sekejap. Dia masuk dapur, perut dah bunyi kut. Lapar sangat.

Hmm.. Along kalau kat rumah ni mana selalu dia masak. Takkan la aku tiba-tiba nak memasak pulak kut tiap hari. Tak kantoi ke ek nanti??’ Sedang asyik berfikir dengan tekun sambil berdiri macam tugu peringatan kat tengah pintu masuk dapur tu, dia tak perasan Irsyad dah ada kat belakangnya.

Haa.. Apa along buat berdiri tengah-tengah pintu ni?”

Warghh!!” Terkejut lagi. Hari ni dia asyik terkejut saja kerjanya. Irsyad yang tengok aksi angah dah pecah ketawa. Bukannya dia cakap kuat sangat pun sampai terkejut gaya ada bencana alam yang terjadi.

Irsyad pegang kedua-dua belah bahu angah. “Tepi sikit.. Nak masuk dapur pun tak boleh ni.”

Angah rasa macam nak tercabut tangkai jantung. Dalam erti kata lain berdebar-debar yang teramat sangat. Dia memberi laluan kepada Irsyad. “Nak masak ke?”

Irsyad angguk-angguk. “Along nak makan apa?”

Termenung sebentar angah. ‘Kan seronok kalau dia panggil aku angah. Tak de la aku kecewa sangat sekarang ni.. Huhuhu.’

“Along?” Irsyad panggil sekali lagi. Boleh pulak buat aksi terkedu terharu kat sini. Macam tak biasa saja dia memasak untuk along.

Hah? Hmm.. Hmm.. Ikut la. Aalong tak kisah.” Mulut masih tak biasa nak bahasakan diri sebagai along. Jangan la dibuatnya bercakap dengan Irsyad ni terkeluar ‘angah’ pulak. Kantoi.

Irsyad buat muka pelik. “Okey. Pergi la buat kerja along. Nanti dah siap Ilham panggil.”

Angah tengok suaminya dah mula keluarkan bahan-bahan basah dari peti ais. ‘Bagusnya suami aku ni..’

“Along cuti. So, tak de kerja sangat nak buat time cuti ni. Nak along tolong Ilham apa-apa tak?”

Irsyad yang sedang leka membuat kerja berpaling menghadap angah. “Along nak tolong ke?”

Angah mengangguk dengan penuh bersemangat.

Tak payah la. Susahkan along je nak tolong Ilham ni. Ilham dah biasa la buat semua ni sendiri.”

Angah mengecilkan anak matanya. “No. From now on, I’ll help you cook.” Tegas pulak jadinya.

Sekarang ni turn Irsyad pulak yang terkejut. “Err.. Okey..” Pandai ke along masak ni???

Secara hakikatnya memang along tak pandai langsung bab-bab memasak ni. Angah lupa yang alongnya memang tak reti memasak. Dia dah berdiri sebelah Irsyad sambil tersengih lebar. “Kita nak masak apa ni??”

“Kita buat sambal sotong. Nak?”

Okeh. No hal..”

Selesai memasak masing-masing ambil tempat duduk kat meja makan. Bising dapur rumah tu buat pertama kalinya dalam sejarah. Kalau tak Irsyad bercakap dengan bawang-bawang yang dipotong, pinggan mangkuk yang tersusun.. Hari ni dia dah ada teman nak bercakap time memasak. Angah versi Along.

Angah menyendukkan nasi ke pinggan Irsyad. Rasa seronok pun ada. Pertama kali dalam hidupnya ada orang yang perlu dia jaga makan minum pakai semua. Tapi tak boleh nak tunjuk sangat la dalam form along ni. Nanti bocor rahsia.

Irsyad buat muka pelik.

Angah pulak buat muka tak faham. “Kenapa?”

“Along tak sihat ke hari ni? Tak pernahnya macam ni sebelum pada ni. Kenapa tiba-tiba hari ni along macam lain je?”

Haa.. Sudah..

Angah telan liur sendiri. “Hehe. Lain? Mana ada lain. Along kan menumpang rumah Ilham. Mesti la kena berbudi pada tuan rumah. Kan kan?”

Irsyad tersenyum sambil mengangguk “Dah dah. Jom makan.”

Angah lega perut.

Obvious sangat ke pelik aku hari ni??’
 

are-fiyz

Active Member
Book 13

Hari minggu, Along tidak dibenarkan langsung-langsung balik rumah. Amaran dari angah. Kebanyakan member-membernya apa lagi. Keluar dating la. Hanya dia seorang tak berminat dengan semua benda hal berkaitan perempuan. Hal angah pun dia malas nak ambik tahu lebih-lebih.

Sekarang ni Along menghadapi satu masalah besar. Masalah yang dia tak pernah hadapi since dia kecik-kecik dulu lagi. Masalah yang buat dia asyik termenung dan berfikir sepanjang masa sampai berkerut-kerut mukanya. Silap hari bulan orang sekeliling boleh ingat yang dia dah terkena penyakit buasir peringkat kronik.

Nak telefon angah tanya pendapat rasa macam tak sesuai pulak. Buatnya angah tu tengah bermesra dengan suaminya, kang terkantoi pulak rahsia budak tu..

Along cukup tak puas hati kalau dia tak dapat nak selesaikan masalah besar tu sekarang ni. Dah banyak hari dia tak lalu makan, tak cukup tidur mengingatkan sebaris ayat pendek tu.

“Aku tak suka tengok kau.”

Sebaris ayat pendek ni memang dah buat hidup along kacau bilau. Tak pernah lagi dia jumpa ada manusia tak suka padanya. Ini semua adalah satu tamparan hebat.

Seperti kena tampar pun ada bila dengar ayat tajam berbentuk penghinaan macam tu. Masalahnya dia tak rasa dia ada salah apa-apa pun dengan budak tu sampai teganya budak tu cakap ayat yang cukup menghiris hatinya.

Junior. Degree.. Tahun tiga.

Namanya Farid.

Entah apa la masalah si Farid tu tiba-tiba saja datang depannya dan cakap ayat penganiyaan jiwa tu padanya. Along tengah sibuk menaip hasil rujukan yang baru dia jumpa kat library pagi tu terkejut.

Lepas saja si Farid tu cakap, terus blah macam tu je. Memang tak beretika langsung.

Along yang tak puas hati terus bangun dan kejar si Farid.

“Maaf. Awak ni ada masalah apa ye dengan saya?” Along sekadar bersopan. Tak nak mengeruhkan keadaan.

Tapi pertanyaan along macam ada nada perli. Jadi makin tak puas hati la si Farid ni.

Farid buat muka menyampah depan along. “Masalah? Perlu ada masalah ke kalau aku tak suka kau hah?”

Kasar.

Tak padan dengan perempuan. Percakapan Farid terhadap along memang kasar habis. Memang padan la dengan nama pun macam lelaki. Farid Faizah. Pelik nama tu. Orangnya pun pelik juga.

Along yang memang dah sedia rasa macam tertampar awal tadi rasa macam kena penampar sekali lagi dengan ayat kasar Farid. “Awak kenal ke saya ni sampai awak boleh cakap macam tu?” Along masih boleh bersabar lagi.

Farid di hadapannya dah tersenyum sinis.

Along macam dah dapat agak ayat apa yang bakal dicakapkan si Farid ni. ‘Mesti budak ni akan cakap perlu ke aku kenal kau kalau aku nak cakap macam tu?’

Farid berpeluk tubuh sambil mengangkat keningnya ke arah along. “Perlu ke aku kenal kau kalau aku nak cakap macam tu?”

Dah agak.

Kurang asam punya manusia.

Punya la penat along berbudi bahasa elok siap dengan bersopan santun lagi cakap dengan si Farid, makin sakit hati ada la yang along dapat.

“Aku rasa kau ni memang bermasalah tau tak? Tiba-tiba tak de angin ribut datang kau serang aku.”

Farid merenung Along dengan pandangan tajam yang boleh membunuh setiap hati dan jantung manusia kalau tenung lama-lama. “Perlu ada angin ribut dulu ke kalau nak datang serang kau hah??”

Memang la tanya soalan bodoh. Along rasa nak ketuk-ketuk kepala budak perempuan depannya ni.

“Kenapa kau tak suka aku?”

Giliran along pulak tenung Farid tajam-tajam. Balas dendam.

“Sebab kau ni macam perempuan.”

Along rasa nak terduduk atas tanah lepas dengar alasan tak munasabah si Farid tu. ‘Aku macam perempuan? Buta ke minah ni??’ Fizikal Farid ditilik pula. ‘Huh. Kata orang. Dia lagi teruk.’

Dah kau pun macam lelaki.”

Masing-masing senyap dengan aura berapi sekeliling mereka.

Lepas tu si Farid tu blah macam tu saja. Tinggal along berdiri sorang-sorang kat situ dengan perasaan yang tak puas hati, geram, tertekan dan macam-macam lagi.

Sekarang ni bila terfikir saja, mesti makin sakit hati. Along rasa dia kena face to face dengan si Farid tu untuk selesaikan masalah pelik mereka ni. Kalau dia tak buat macam tu, sampai bila-bila hatinya takkan tenang.

Hidupnya yang dihantui dengan perempuan bernama Farid tu memang buat dia makin malas nak terlibat dengan perasaan cintan-cintun dengan insan bernama perempuan. Menakutkan. Walaupun along ni spesis ramai peminat di kalangan perempuan disebabkan kecomelan wajahnya, dia tak ambil kesempatan atas semua peminatnya.

Zaman sekarang susah nak jumpa lelaki melayu yang comel macam dirinya. Walaupun along comel, sifat-sifat kelakiannya tetap ada. Muka saja comel. Tapi dia masih lelaki tulen.

Hari ni Along dah bertekad.

Sengaja dia tunggu Farid betul-betul pintu pagar asrama perempuan. Ada bangku batu disitu. Along dah kumpul banyak maklumat mengenai si Farid ni sebelum dia bertekad nak buat perhitungan antara satu sama lain pada hari ni.

Nama: Farid Faiza Bt Fauzi.. (Hmm.. Memang spesis suka huruf f ke apa ni?)

Umur: 21 tahun.

Major: Medic. (Hmm.. Orang medic. Patut la pelik sangat. Tension kut.)

Hobi: Suka lepak kat tennis court time hujung minggu. (Sampai hobi si along ni cari.)

Jadi along dah tahu yang si Farid ni memang akan keluar ke tennis court tiap petang hujung minggu. ‘Sorry la cik Farid. Minggu ni kau tak boleh main tenis kau tu.. Hihihi.’

Tepat seperti apa yang along jangka. Dari jauh along dah nampak ada manusia berjalan macam lelaki pegang raket tenis.

It’s him..

No.. It’s her..

“Assalamualaikum.” Along menegur elok-elok saja Farid sampai betul depannya.

Farid terkejut. Tapi cepat-cepat dia mengubah ekspresi wajahnya. Masam.

“Waalaikumsalam.”

“Hari ni kau ikut aku.” Terus raket di tangan Farid ditarik dengan mengejut dan dibawa lari.

Along dah laju berjalan meninggalkan Farid bersama raket di tangan. Nak tak nak mesti si Farid tu terpaksa ikut jugak rentak along.

Weh!! Kau gila ke apa curik-curik raket orang ni hah??” Menjerit-jerit Farid sebab raket tenisnya dah dikebas along.

Along buat tak tahu. Nak ambil balik raket kena la ikutnya. Menjerit macam orang gila tak membawa apa-apa hasil pun. Lagi penat ada.

Farid mengejar Along yang dah jauh berjalan. “Bagi balik la raket aku.”

Along buat tak tahu. Selagi dia tak dapat jawapan yang munasabah, dia tak akan sesekali menyerahkan raket kepada Farid kembali. Along dah tekad sungguh-sungguh.

Masing-masing berjalan sampai la ke kafeteria. Ramai students sedang menjamu selera. Ada yang tengah buat discussing group, ada juga yang study sorang-sorang. Along sengaja pilih tempat ni sebab tak nak perbincangan mereka dua sampai tahap tak terkawal.

Farid makin masam mencuka. Tak puas hati. Dah la tempat ramai orang macam ni. Kalau ada yang salah faham tengok mereka berdua sekali kan tak ke parah tu namanya??

“Duduk.” Along mengarah Farid yang berdiri tak nak duduk walaupun along dah duduk beberapa minit yang lalu.

Tak nak aku.”

Raket Farid dipeluk erat ke dadanya. “Kau nak ke tak nak raket kau ni?”

Ugutan.

Akhirnya Farid mengalah. Dia ambil tempat duduk berhadapan dengan Along. Senang nak bagi laser maut.

“Sekarang ni spill.” Along membuat mukadimah yang macam tergantung. Nak spill apanya??

Farid pulak dah blurr.. Spill what?? “Spill the souce on ya? Sounds good.”

Hish. Cakap la.. Apesal kau tak suka aku hah?”

Kan aku dah cakap hari tu. Nak kena ulang balik ke?” Farid buat muka menyampah.

Masalah dua orang manusia ni memang la sangat pelik.

Tak logik!”

So what? Suka hati aku la nak pakai logik ke tak. Yang kau kalut sangat apesal?”

Adehh..

Ayat budak ni memang la boleh buat Along makin tertekan. Tak faham sungguh dia dengan apa yang sedang berlaku. Ke semua ni lakonan or prank semata-mata hah??

“Aku mintak tolong sangat-sangat dengan kau. Tolong cakap kat aku apa masalah kau sampai kau cakap aku macam tu. Aku rasa aku tak de pun kenal kau sebelum ni. Macam tak logik tau tak masalah kau ni.”

Farid senyum sinis. Dan Along dah macam boleh agak apa jawapan si Farid ni.

“Masalah aku? Masalah aku, aku just tak suka tengok kau. Tu je. Kau nak apa lagi?”

Huh? So kau nak aku buat apa?” Along makin tak faham.

“Senang je. Kau berambus la dari sini.”

Heh?? Senangnya cakap. Ingat uni ni mak bapak dia punya ke senang-senang nak suruh orang berambus dari sini. Makin berapi-api along dibuatnya.

Along bangun. Geram.

“Selagi kau tak mintak maaf dengan aku.. Jangan harap kau dapat raket kau ni balik.”

Terus Along blah macam tu saja. Makin lama bercakap dengan si Farid ni makin sakit hati ada la. Nak cari jalan penyelesaian la konon. Dengan raket-raket minah tu habis dia angkut bawak balik sekali.

Langsung tak berkesan.
 

are-fiyz

Active Member
Dah berhari-hari berlalu sejak kes di kafeteria tu. Si Farid tak datang cari dan tuntut raketnya pun. Sakit hati along makin parah la jadinya. Setiap kali dia pandang raket tu rasa macam nak patah-patahkan sampai jadi lima puluh patah batang raket minah tak betul tu. Tertekan.

Tak pernah along rasa tertekan seteruk ni. Dia tak nampak apa salahnya sampai budak pelik tu cakap macam tu. ‘Kalau kau tak suka tu duduk senyap diam sorang-sorang kau dah la! Tak payah la heret sekali dengan aku-aku sakit hati jumpa manusia macam kau ni.’ Along marah-marah pada raket Farid.

Telefon yang angah bagi padanya ditenung lama. Contact number Farid dicari sampai dapat sejak berhari-hari ni. Hutang perlu dituntut segera.

Tapi dia tak berani nak mesej ke call ke si Farid punya nombor. Nanti mesti lagi makin sakit hati. Tak boleh-tak boleh.

Hari tu lepas saja tamat kuliah, terus dia ke fakulti minah-pelik-menyakitkan hati tu.

Untung sangat. Budak tu tengah duduk bawah pokok sambil tulis apa entah dengan epal di mulut.

Along senyap-senyap berjalan ke arah belakang si Farid. Perlahan. Tak nak kehadirannya disedari langsung. Elok betul-betul belakang Farid, along intai apa benda yang sedang ditulis Farid dengan penuh khusyuk.

Silap langkah. Farid sedar ada bayang di belakangnya.

Lantas dia berpaling. Along sedang buat muka kayu. Tak berperasaan.

Farid terus simpan barang-barangnya masuk beg sandang. “Tak guna punya manusia. Dah la dasar pencuri. Sekarang ni kau nak kacau privasi aku pulak!”

Eh.Eh.Eh… Sedapnya ayat. Siapa yang mula dulu??

Along buat muka menyampah. Dia cukup menyampah yang teramat-amat sangat dengan perempuan macam jantan depannya ini.

“Selagi kau tak mintak maaf kat aku.. Selagi tu aku akan kacau privasi kau.”

Tanpa disangka-sangka along, Farid baling epal tepat mukanya. Lepas tu terus dia blah macam tu saja tinggal along dengan kesan merah di dahi dan epal di tanah.

“Tak guna!!!”

Dia ambil balik epal kat tanah dan dengan tepatnya dituju ke arah Farid yang sudah berjalan jauh tu.

Strike!

Padan dengan muka. Buat jahat lagi kat orang.

Farid dah jatuh terguling-guling dari tangga. Along buat tak nampak. Dia terus lari dari tempat kejadian. Orang ramai yang perasan si Farid ni tiba-tiba jatuh tangga, semua jadi kecoh semacam.

Dari jauh along dapat mendengar ada orang menjerit-jerit “Weh!! Cepat panggil ambulans!!”

Sengihannya makin lebar. Itu la akibatnya kalau menganiya orang..

Along dah transform jadi orang lain. Lebih tepat lagi jadi orang yang tak berperasaan lepas kena tamparan hebat dari minah senget tu. Akibat tekanan yang melampau, along telah hilang kewarasan akalnya dalam merasakan simpati buat si Farid yang telah jatuh tangga.

Entah parah ke tidak, langsung along malas nak ambil tahu.

Yang pastinya, sakit hatinya dah berkurang sikit dengar berita si Farid tu kena masuk hospital.

Hahaha. Padan muka kau. Biar lama kau duduk kat hospital tu lagi bagus.”

Selang beberapa hari kemudian, Farid dah boleh keluar hospital. Along pula kembali tak sedap duduk. Dia ada dengar mulut-mulut orang yang bawak cerita si Farid tu patah tangan lepas kes jatuh tangga.

Makin bertambah tak sedap hati. Risau kalau-kalau si Farid tu datang tuntut bela padanya.

Dan memang betul pun.. Tak lama lepas keluar hospital, Along dulu yang Farid cari kat uni ni. Masing-masing keluar aura api-api lagi saat bertentangan mata petang lepas Farid keluar dari hospital.

“Kau memang sengaja kan, Afif??”

“Kau rasa?”

“Memang patut pun aku tak suka orang macam kau ni. Macam perempuan!”

Huh?
 

are-fiyz

Active Member
Book 14

Irsyad pergi kerja macam biasa hari tu. Tinggal angah sorang-sorang kat rumah tak tahu nak buat apa. Baru beberapa hari kat rumah ni, dia tak dapat lagi nak laksanakan agenda sebenarnya. Tak boleh tergesa-gesa. Sekarang ni pun Irsyad dah mula perasan tingkah laku ‘Along’nya macam dah pelik dan berubah seratus peratus daripada along yang Irsyad kenal masa mula-mula dulu.

Pagi tu angah bangun lambat. Biasa la kan, orang off-day. Tak payah susah-susah bangun subuh. Keluar-keluar bilik, sarapan dah siap atas meja. Tahu la angah yang suaminya tu dah keluar berkerja. Selesai sarapan, angah mula mengemas rumah yang sedia terkemas. Lap-lap habuk saja la.

Baju-baju Irsyad yang diletak dalam bakul, diambil dan dibasuh. Nasib Irsyad beli mesin basuh. Makin senang la kerjanya. Baju-baju yang belum dilipat, dilipat kemas-kemas dan disimpan dalam almari. Kemeja-kemeja Irsyad semua yang belum iron diambil dan diiron.

Memang sangat rajin la angah hari ni. Lagipun ni saja la sumbangan yang dia dapat bagi sementara menumpang rumah orang. Dah la menumpang, lepas tu menipu pulak. Memang tak dapat dimaafkan sungguh.

Selesai mengemas, waktu dah hampir tengahari. Maka, tiba la masanya angah masuk dapur. Memasak.

Sebab angah ni dah memang pakar masak, dia masak pun dah ala-ala pro. Siap dengan side dish bagai. Macam nak makan kat restoran pulak. Selesai masak, dapur dikemas sebab sepanjang menjadi pemerhati Irsyad yang tak bertauliah ni, dia banyak belajar pasal diri suaminya itu.

Irsyad spesis pengemas. Bersih. Semua peralatan dalam rumah tu baik susunan perabut, semuanya bersih tersusun. Jadinya, dia kena belajar jadi isteri yang lebih baik dan bagus daripada Irsyad la kalau tak nak kena kondem dengan mak mertua.

Selesai mengemas dapur semua sampai cuci bersih macam sebelum masuk dapur tadi angah melepak di ruang tamu pulak. Berehat dan bersantai sambil buka televisyen. Tak sampai lima belas minit matanya seperti nak terlelap. Mengantuk. Rasa lapar mula memberontak dalam perutnya.

Ingat nak makan, tapi mengantuk sangat. Irsyad memang takkan balik rumah selagi belum pukul 5 petang. Akhirnya, dia tutup tv tu dan tertidur di sofa.

Tepat jam 5.30 petang, Irsyad sampai rumah. Angah?

Belum bangun lagi.

Irsyad masuk rumah dan memerhati sekeliling. Ruang tamu tiada orang. Tapi kipas terpasang. Bilik Along diketuk.. tapi tiada respon. Irsyad sengaja memulas tombol pintu. Tak berkunci. Pintu dibuka perlahan. Matanya memandang sekeliling bilik. Tak nampak pun along kat mana-mana.

Irsyad pelik. ‘Mana si along ni pergi hah?’

Irsyad masuk biliknya. Solat asar belum lagi. Tiga puluh minit kemudian dia keluar dari bilik dengan siap mandi dan selesai solat. Terus masuk dapur. Macam biasa. Nak masak makan malam.

Tapi tak jadi. Atas meja ada tudung saji. Tudung saji diangkat Irsyad. ‘Eh? Dah masak?’

Irsyad tengok makanan bawah tudung saji tu masih tak berusik. ‘Baru masak ke ni?’ Tapi tak panas dah. Tudung saji diletak kembali menutup makanan-makanan yang tak berusik tu. Matanya memerhati sekeliling. Mencari along.

Dalam bilik air pun tiada. Tiba-tiba dia teringat ruang tamu dengan kipas terpasang. Langkah kaki laju bergerak ke ruang tamu. Memang tiada orang kat ruang tamu tu.

Irsyad berjalan ke arah sofa. Kakinya dirasakan macam tersepak sesuatu.

Ehhhh???”

Angah tengah tidur. Atas lantai??

“Along??? Apa along buat ni?”

Memang la tiada balasan dari angah yang macam tidur mati atas lantai tu. Irsyad duduk. Niat nak mengejutkan ‘along’ ikhlas. Tapi dia tak tahu macam mana.

Bahu angah ditolak perlahan-lahan. “Along.. Bangun.. Bangun..”

Tapi ‘along’ tak bangun-bangun lagi.

Irsyad tak tahu cara lain. Mana pernah dia kejutkan along dari tidur sebelum-sebelum ni. Lagipun nak tengok muka along lama-lama pun dia tak sanggup. Irsyad banyak mengelak dari bertentang mata kalau bercakap dengan ‘along’ semenjak dua tiga hari ‘along berubah jadi pelik ni.

Nak biarkan terus tidur atas lantai dia tak sampai hati pulak. Irsyad buat cubaan sekali lagi. masih tak berkesan. ‘Along’ memang tidur mati. ‘Hmm.. along ni kalau tidur comel betul la.’

Terus Irsyad pandang tempat lain. Hatinya dah dirasakan makin parah dengan ‘along’ versi baru ni.

Angah yang tidur sampai tak sedar apa yang berlaku di sekeliling tu mengeliat. Tertendang Irsyad yang duduk di sebelahnya.

“Adehh..” sakit perut Irsyad.

“Erghh..” bengkak kepala Irsyad.

Angah masih tak bangun. Makin sedap dia tidur. Irsyad dah separuh kritikal kat sebelah. ‘Budak bertuah. Aku angkat masuk bilik kang..’

Dan memang Irsyad mengangkat ‘Along’ masuk biliknya. Dibaringkan angah atas katil dengan berhati-hati. Tu pun angah masih tak sedar-sedar lagi.
 

are-fiyz

Active Member
“Allah.. pukul berapa dah ni??” angah bangun terkejut.

Jam di tepi katil dipandang dengan mata terkebil-kebil. Matanya terasa pedih dipisat-pisat dengan jari.

Dah maghrib. Tiba-tiba perutnya berbunyi. Lapar. Baru teringat dia belum jamah apa-apa lagi dari tengahari tadi. Kain tuala yang tersidai di penyidai tepi almari ditarik kasar dan terus masuk bilik air.

Lama proses membersihkan diri berlangsung. Ketukan pintu berkali-kali memang dah tak dengar pun. Irsyad kat luar pelik. ‘tidur lagi ke budak ni?’ pintu bilik dikuak. Bunyi air dari dalam bilik air membuatkannya menutup pintu kembali.

Isyak pun dah nak masuk. Maghrib tadi dia dah ke surau berhampiran rumahnya. Lepas tu balik semula ingat nak makan nasi dengan ‘Along’. Tapi ‘along pulak tak keluar-keluar bilik lagi. dah nak masuk isyak ni, Irsyad terus bergegas ke surau. Bimbang terlepas solat jemaah.

Subuh, Maghrib dan Isyak memang dia solat di surau berhampiran rumahnya. Zohor dengan Asar kat tempat kerja. Selesai Irsyad berjemaah Isyak, dia terus balik.

Angah tengah tengok tv.

“Dah balik? Jom makan. An..long lapar la.” Lidahnya mula nak tersasul.

Irsyad hanya mengangguk. Semasa makan masing-masing senyap. Nak harap si Irsyad mula dulu memang tak la. Angah pulak tengah berfikir-fikir topik apa yang sesuai nak dibualkan.

‘Nak cakap pasal apa la dengan si Irsyad ni ek?? Haa.. cuba tanya dia cuti bila..’

“Err.. Ilham cuti bila?”

Irsyad senyum. “Ilham mana ada cuti-cuti macam orang belajar la. nak cuti kena apply sendiri..”

“Ooo..”

Lepas tu senyap balik.

Tiba-tiba..

“Warggghhhhhh!!!!” Angah menjerit.

Irsyad turut panik melihat angah yang tengah menjerit. “Kenapa, kenapa?? Apa dah jadi?”

Angah melihat muka suaminya dengan ekspresi pelik. “Tadi siang bukan along tidur kat sofa ke??”

Laa.. nak tanya yang tu je ke sampai perlu jerit-jerit. Ingatkan apa la tadi. Irsyad mengangguk.

“Dah tu kenapa along bukak-bukak mata tadi ada dalam bilik?” Seingatnya memang dia tak de berjalan masuk bilik dan tidur balik atas katil. Tiada.

“Ilham yang angkat masuk bilik.”

“Waaarrrggghhhhhh!!!”

“Laa? Kenapanya?”

“Macam mana boleh jadi macam tu?? kenapa Ilham angkat along???”

“Tak ingat ke?” Irsyad memang tanya soalan bodoh betul la. kalau si Angah tu ingat tak de la dia susah-susah payah nak bertanya pulak.

Angah menggeleng laju. Ni kes berat ni. Irsyad angkat dia masuk bilik?? Terus bahagian dadanya dipegang. ‘Dia perasan ke tak eh??’

“Ilham dah kejut. Along yang tak nak bangun. Dah la tidur atas lantai. Lepas tu.. siap buat super kick lagi kat orang. Ish.Ish. Ganas betul along tidur ye?”

Huh? Super kick?

Super kick apa?” Angah tak faham.

“Along tendang habis time Ilham try nak kejutkan along la. Sakit perut ni tak hilang lagi tau.”

Angah rasa nak lari masuk bilik. Malunya.. kalau Irsyad tahu yang dia sekarang ni adalah angah lagi bertambah-tambah malunya. “Oo.. hehe. Sorry. Tak sengaja.”

“Its okey. First time merasa kena tendang. Not bad.”

“Huhuhu.. sorry sangat-sangat.” Angah bersalah yang teramat-amat terhadap Irsyad. Ganasnya dia tidur sampai tak sedar dah jatuh sofa.

Selesai makan, angah mengambil pinggan makan Irsyad nak diangkat basuh. Pinggan-pinggan lauk yang dah habis disusun bertingkat-tingkat dengan pinggan makan mereka berdua. Kelakuannya diperhati Irsyad.

Angah perasan.

“Kenapa Ilham tengok along macam tu?” berdebar-debar rasa hatinya sekarang ni.

Irsyad geleng-geleng. “Kenapa along macam lain ek?”

Huhuhuhu.. ‘ni yang aku risau sangat-sangat ni. lain apa pulak? jangan la terkantoi lagi. please..’

Angah buat muka normal. Macam tiada apa-apa rahsia la konon. “Along lain?? Along memang macam ni la. Normal je. Kenapa? Tak suka ek along yang macam ni?

Irsyad senyap. Lepas tu dia senyum. “Hmm.. tak la. Ilham okey je. Tak tahu la pulak yang along memang macam ni. Sebelum ni kan along macam mengelak dari Ilham. Tu yang Ilham pelik tu.”

Angah bawa semua pinggan kotor ke sinki.

“Along mengelak dari Ilham? Bukan Ilham dulu ke yang mengelak dari along??” angah kuatkan suaranya agar Irsyad boleh dengar dari meja makan. Dia dah tersenyum lebar dekat pili air di sinki. ‘Hehehe.. mari kita mulakan soal jawab kenapa Irsyad ni mengelak dari Along dulu.’

Irsyad senyap tak memberi respon. Angah yang tengah menyabun pinggan-pinggan pelik sendiri. ‘Dah menghilang ke mamat ni?’ kepalanya berpaling melihat meja makan.

“Ooo maaakkk!!!”

Terkejut.

Irsyad dah dekat sebelah. Nasib tak terlepas pinggan yang bersabun tu kat tangan.

“Hish. Boleh tercabut jantung ni tau tak. Lain kali jangan buat aksi-aksi terkejut macam ni.” Angah membebel sambil menyabun pinggan-pinggan lain pulak.

Irsyad dekat sebelah sengih-sengih.

“Nak Ilham tolong Along basuh?” disebabkan ‘Along’ ni pendek, maka Irsyad kena menunduk sedikit untuk melihat ekspresi wajah angah.

Angah menggeleng. Laju. “Pergi buat kerja Ilham la. Ilham kan sibuk orangnya, banyak kerja, mana ada masa..” gaya macam isteri yang sedang merajuk dengan suaminya yang terlampau sibuk pulak ayatnya. Terlupa sekarang tengah berlakon watak along.

Irsyad pecah ketawa.

“Apesal along cakap gaya macam isteri diabaikan suami ni??”

Angah gigit bibir sendiri. ‘Aku cakap macam tu ke?? Alamak.. macam mana ni??’

Irsyad tak habis-habis lagi gelakkan dirinya. Angah senyap kat sebelah. Muka dah masam. Bimbang rahsianya akan terkantoi kalau dia start merepek lagi.

Irsyad yang perasan dengan kemasaman ‘along’ kat sebelah berhenti dari ketawa. “Okey laa.. Along rasa terabai ek??” bibirnya automatik tersenyum. “Cuti kan sekarang ni? jap lagi jom ikut Ilham masuk bilik.”

Terus automatik kepala angah berpusing 90o darjah ke kiri melihat Irsyad. ‘Masuk bilik? Huh? Aku kan Along?? Mana boleh masuk-masuk bilik ni.’ Tanpa sedar air liur di kerongkong terasa tersekat tak nak turun. Boleh tersedak jadinya.

Irsyad yang perasan dirinya ditenung terus berpaling melihat angah dekat sebelah. Mata saling bertentangan. “Kenapa tengok Ilham macam tu?”

Angah malu-malu.

“Er, masuk bilik Ilham? Nak buat apa ek?”

Irsyad ketawa balik. “Along ni kelakar la. Along ingat kita nak buat apa?” Sengaja dia tanya soalan macam tu. Nak tahu jugak apa la abang iparnya ni fikir.

“Hish.. mana la along tau kita nak buat apa kalau Ilham tak cakap. Ingat along tok bomoh ke?” angah rasa dirinya dah terkena. Kurang asam punya suami.

“Teman Ilham buat kerja la. Boleh kita berbual-bual. Tak de la nanti along bosan. Kan?”

Angah senyum. Hehehe.. ni yang seronok ni. Boleh la dia menilai lagi suaminya dengan penilaian yang paling detail.

Tengok ‘along’ senyum tahu la Irsyad yang ‘along’nya ni dah tak merajuk. Lelaki pun senang merajuk ek?? First time dia jumpa lelaki macam ‘along’ ni.

Selepas membasuh, masing-masing mengemas kembali dapur. Irsyad merenung ‘along’ yang sedang mengelap meja makan. ‘Hmm.. kenapa dengan along ni ek? Kenapa tiba-tiba dia rapat dengan aku? tapi fizikal along macam kecik sikit je dari sebelum ni. diet ke??’

Tak sedar yang Irsyad dah tenung angah lama. “Hey?? Apesal mengelamun jauh ni?” Angah gawang-gawangkan tangannya depan muka Irsyad. Pelik. ‘Jangan cakap yang dia dah tahu rahsia aku??’ Makin risau pulak hatinya saat ni. Kalau Irsyad tahu dia sedang berlakon jadi along sekarang ni, boleh kena penampar sulung silap haribulan.

Irsyad senyum. “Tak de la. Tak mengelamun pun.” Dia berdalih. Mana mungkin dia cakap terus depan-depan ‘along’ yang dia sekarang ni tak selesa dengan perubahan sikap ‘along’ yang tiba-tiba saja berubah jadi orang lain.

Angah dah siap kemas. Kain lap meja disimpan dalam kabinet dapur kembali. “Jom!” Semangat nak ikut Irsyad masuk bilik yang cantik dan cool tu.

Irsyad senyum sampai tergeleng-geleng.

Mereka berdua dah menapak masuk bilik Irsyad. Sekarang ni memang time Irsyad buat kerjanya pun. Everyday. Dulu alasannya sibukkan diri dari terfikir pasal along. Dan sekarang ni ‘along’ depan mata.

Angah duduk atas katil sementara Irsyad tarik kerusi meja kerjanya.

Selesanya bilik ni. Mata angah tak lepas-lepas dari memandang sekeliling bilik.

Irsyad melihat angah yang sedang mengipas mukanya dengan tangan. “Panas ke? Nak bukak aircond tak?”

Angah apa lagi. Laju mengangguk.

Irsyad menghadap kerjanya. “Along cuti ni tak balik rumah ma dengan abah ke? Angah tak de cakap pun sebelum ni yang along ada cuti.”

Angah dekat atas katil pecah peluh sejuk. Ni la akibatnya kalau dah mula berbual. Irsyad yang perasan angah tak menjawab soalannya bertanya lagi..

“Lama tak contact angah. Dia buat apa la sekarang ni.. try call jap la.”

Haaaahhhh????
 

are-fiyz

Active Member
Book 15

Along makin hari makin tak boleh nak fokus study. Ni semua gara-gara si Farid yang dah tak betul lepas jatuh tangga. Nak kongsi apa yang dia rasa sekarang memang bukan dirinya. Tambah-tambah lagi kalau dengan member-membernya yang lain. Mampus kena jadi bahan gelak tanpa henti kalau dia buka alkisahnya pada semua member yang dia ada kat uni ni. No way.

Sambil berbaring atas katil asrama, Along melambung-lambung telefonnya. ‘Telefon angah la.’

Tunggu panggilan bersambut alih-alih moderator yang sambut. ‘Hish.. mana angah ni?? Time ni kan Ilham gi kerja. Takkan la tidur tak bangun-bangun lagi kut??’

Along cuba telefon sekali lagi.

“Hello?”

“Angaaaaahhhhhh!!!! Tolong alongggg!!!”

Boleh pekak angah dengan jeritan along yang mengejut tu. “Haa.. apesal ni??”

I’m so down.” Sayu suara along.

Angah sebelah sana talian dah berkerut-kerut. Dia sebenarnya tengah menyapu sampah dalam rumah Irsyad tu.

Down?? Apesal? Kena reject dengan awek ke?”

“Hish.. Along ada big prob ni!!”

Big prob? Along? Serius?”

Along ketuk dahinya sendiri. Apa punya adik la angah ni.

“Ye la. tengah serius ni.” Along tawar hati dah.

Angah gelak. “Okey.okey. tell me. Apa along punya big prob tu?” disangkanya along ni spesis kebal masalah. Tak pernah lagi la dengar dari mulut along big prob, selalunya mesti small prob dengan no prob saja. Ni mesti kes serius yang memang tersangat serius.

“Ada orang cakap dia tak suka along.” Along malas nak cakap panjang-panjang. Terus straight to the point.

Angah pelik sendiri. so what? lantak kat orang tu la. kat mananya big prob?? Tak nampak macam big prob pun. “Lepas tu?”

“Mana ada lepas-lepas tu. Masalahnya kat sini dia tak suka along. Tak. Suka.” Sepatah-sepatah along menyebut perkataan tak suka tu.

“Ooookkeeeyyy.. masalahnya dia tak suka along. Along jangan la kecewa sangat. Ramai lagi orang lain yang suka kat along. Along pergi la confess kat orang lain pulak. Biar je dia tu. Jual mahal sangat nanti baru nak nyesal.” Angah dah buat kesimpulan sendiri.

“Angaaaahhh!!!”

Adehh.. pekak telinga hari ni.

“Kenapa pulaknya?? Tak betul ke apa angah cakap ni? Bunga bukan sekuntum along. Banyak lagi yang lebih baik.”

“Bila masa along ada sebut pasal confess hah?? Bila?? Tak de pun!”

Angah terkebil-kebil sendiri di hujung talian. along tak confess?? So macam mana boleh timbul suka tak suka pulak ni??

“Ala long.. angah je pun. Tak payah la malu-malu nak cover. Cakap terus yang along memang confess kat minah tu lepas tu dia reject along. Kan senang. Kan kan?

“Angah..” suara along dah macam aura hitam sampai kepadanya. Seram.

“He.he.he. tak betul ek?” kalau along buat tone down macam tu memang ada la apa yang dia cakap tu salah sama sekali.

Along senyap di hujung talian. Tapi masih belum diputuskan.

“Jadinya apa cerita ni? cuba along cerita dari awal sampai habis. Baru la angah boleh fikir idea bagus angah ni nak tolong along macam mana nanti. okey?”

Akhirnya Along cerita habis dari awal macam mana kisah peliknya terjadi. Angah hanya menyebut Oo.. Haa.. Hmm.. saja sebagai respon. Tak berani nak buat kesimpulan sendiri lagi.



Petang yang sama, along keluar dari bilik setelah terperuk dalam bilik tak keluar-keluar langsung.

Hampir dua jam dia cerita habis semua masalahnya kat angah. Lepas tu angah cakap dia kena letak telefon sebab nak kena memasak katanya?? Angah lupa ke dia tu dah jadi along? Along mana tahu memasak. Terangkat kening along lepas dengar statement angah nak memasak sebelum letak telefon tadi. Weird. Nak terkantoi awal-awal ke apa angah ni??

Angah ada cakap dia akan fikirkan rancangan nak tolong along selesaikan masalah. Entah boleh percaya ke tidak.

Petang tu Along malas sangat. Ramai yang ajak main bola la ping-pong la basket la. Tapi semuanya ditolak. Kepalanya sakit asyik duk fikir masalah pelik.

Tiba-tiba sedang along berjalan-jalan, ada mesej masuk. Bergegar poket kiri seluarnya.

Angah.

Angah: Along. Bagi gambar budak tu kat angah. Now!

Hah?? Gila ke apa angah ni? gambar manusia pelik tu? mana la dia ada gambar budak tu. Kalau ada pun tu namanya buang tebiat kepala otak dah hilang kewarasan.

Along: Gila angah ni. Mana la along ada gambar dia. Ingat dia tu crush along ke hah nak simpan gambar-gambar bagai?!!!

Angah: Kalau tak de pergi tangkap sekarang.

Along: Ridiculous. Tak nak along. Along masih waras okey.

Angah: Nak setel masalah ke tak nak?

Along: Nak la.

Angah: Kalau nak jangan banyak cakap. Do as I say. Now!

Hish.. ni yang dia nak marah dengan angah ni. suka hati saja paksa-paksa orang buat ikut cakap dia.

Along berfikir-fikir sendiri bagaimana dia nak mendapatkan gambar minah pelik tu tanpa pengetahuan sesiapa. Facebook?? Mana la dia tahu id apa yang minah tu pakai. Lagipun malas la nak bukak fb sekarang ni.

Panjang umur.

Si Farid tengah main tenis.

Main tenis??

Dia pakai raket siapa? Bukan raket dia ada kat aku ke?

Along geram. Dia hentak-hentak kaki sendiri. “Tak guna punya perempuan. Patut la kau tak cari aku. Kau ada raket simpanan ye..”

Rasa macam nak ambil batu jalan ni lepas tu pergi tuju betul-betul kat kepala si Farid yang tengah terkinja-kinja main tenis dengan mamat mana entah. Along kalau dah geram, penggunaan bahasa pun semuanya jadi tak senonoh.

‘Haaa!!! Sekarang la masa yang sesuai untuk aku tangkap kau..’

Along cuba menghampiri kawasan tennis court tu tanpa pemain-pemain kat situ perasan akan kehadirannya. Kedudukan si Farid tu dia aim betul-betul dalam kamera telefonnya.

1,2,3 klik.

Zoom habis sampai nampak jelas muka Farid yang macam kepenatan bermain.

“Eh?? Bukan budak ni patah tangan ke? Boleh pulak ek dia main tenis dengan tangan patah tu..”

Along cepat-cepat beredar dari situ. Malas nak ambik kisah kebolehan luar biasa si Farid tu bermain tenis dengan tangan patah. ‘Lantak dia la. Tangan dia. Bukan tangan aku pun.’

Setelah gambar farid di crop kawasan yang tak penting, terus dia send kat angah. Nak cepat sangat.
 

are-fiyz

Active Member
Selang beberapa minit kemudian..

Angah: Wow! Terbaik la along. Cepat gila.

Along rasa macam nak pergi rumah Irsyad lepas tu nak belasah angah sampai patah riuk semua tulang belulang dia.

Along: Angah nak buat apa dengan gambar dia hah??

Angah: Adaaa laaa.. :)

‘Ni yang aku paling tak suka. Okey.. kita tengok siapa lagi power.. Hohoho.’

Along: Oookkkeeeyy.. terasa macam nak bercakap dengan Ilham la sekarang nii..

Angah: Jaaaannnngggggaaannnn!!!! Okeh3.. angah kasi tahu.

Along: Hmm.. tau pun takut. So tell me.

Angah: Nak jumpa minah tu la. Kalau tak tengok gambar, mana la angah nak kenal.

Along: Nak jumpa? Nak buat apa?

Angah: Nak cari gaduh.

Along menyesal dia pergi ikut cakap angah. Memang tak patut dipercayai betul angah ni. Nanti minah pelik tu tahu la dia ada kembar perempuan. Dah la kena kutuk macam perempuan dah. Memang memalukan diri sampai mati la nanti. Along rasa dia makin down dengan angah yang bukannya membantu tapi mengeruhkan lagi ada la.

Malas dah dia nak balas mesej angah. Langkah kaki makin tak bermaya nak memanjat blok asrama.

Telefonnya berbunyi lagi. Angah mesej.

Angah: Don’t worry la long. I won’t let you down. :)

Last mesej daripada angah. Entah apa la angah nak buat dengan minah pelik tu, malas dia nak ambil tahu. Bukannya berfaedah pun. Lantak la. Hidup mesti diteruskan.



Angah tergeleng-geleng sambil tengok telefon. Along dah tak balas mesejnya. Tapi dia tak risau. Kenal sangat dengan along. Gambar minah pelik yang along sent tadi ditilik lama.

‘Hmm.. budak ni.. macam aku pernah nampak jer.. tapi kat mana ye?’

Angah sengih-sengih memikirkan rancangannya untuk tolong along. Dia tak cakap pun kat along apa agenda sebenarnya terhadap minah yang cari pasal dengan along ni. Sengaja berdalih dengan alasan nak cari gaduh, kenal sangat along takkan tanya banyak kalau dia tak suka.

Kan memang betul sangkaannya. Along tak tanya apa dah.

Besok Irsyad cuti hujung minggu buat pertama kalinya angah duduk rumah tu. Hubungannya dengan Irsyad makin rapat. Kalau orang lain tengok mesti pelik. Tapi bagi angah, dia rasa tak pelik la sebab dia bukan along. Ish.Ish.Ish.

Bagi Irsyad???

Entah la. Mana la angah nak tahu.

Rancangannya untuk tolong along tak boleh dilaksanakan time Irsyad kat rumah. So, minggu depan la dia mula. Sekarang ni yang lebih penting.. rancangannya dulu. Nak tolong orang kena tolong diri sendiri. Kalau makin bertangguh makin tak jadi kan sia-sia namanya.

Angah senyum sorang-sorang kat depan tv mati.

“Assalamualaikum.”

“Warggghhhh!!!”

Terkejut lagi. Irsyad betul-betul belakangnya.

“Laa.. kenapa along menjerit ni?”

“Hah? Lagi mau tanya?? Terkejut la!” angah tarik muka masam ala-ala nak marah.

Irsyad yang baru balik kerja senyum. “Kenapa along suka jerit-jerit ek kalau terkejut? Macam perempuan.”

Adeh..

Macam perempuan??

Tiba-tiba teringat along.

Angah buat muka steady. Relex..relex.. “Ingat perempuan je ke jerit-jerit kalau terkejut?? Ish.Ish.Ish.. lelaki pun perlu menjerit jugak la.”

Terangkat kening Irsyad. “ye ke?”

“Ye la. Jerit-jerit ni penting dalam kehidupan seharian tau.”

“Ooo.. macam tu pun ada ek?”

Angah terangguk-angguk. Tiba-tiba dia rasa lain macam. Muka Irsyad di pandang. ‘Hish.. tak guna. Terkena lagi dengan mamat ni!’

“Orang cakap betul la!!”

Pecah ketawa Irsyad.

Makin merajuk la angah. Punya la bersungguh-sungguh dia bercakap, alih-alih kena gelak.

“Dah la. Along masuk bilik dulu. Babai.”

Terus dia tinggal Irsyad yang tak habis-habis lagi ketawa seorang diri.

Dalam bilik angah teringat kejadian dia hampir terkantoi dengan Irsyad. Irsyad nak call dirinya. Call angah??

“Arrgggghhhhh!!!!” sengaja dia menjerit.

Sikit lagi Irsyad hampir-hampir buat panggilan. Telefonnya yang betul ada dalam bilik along. Terlupa nak silent. Kalau dengar bunyi telefon dalam rumah yang senyap sunyi sepi ni kan terkantoi terang-terangan.

Angah tak dapat fikir idea lain nak menghalang Irsyad daripada membuat panggilan untuk dirinya. Nak buat apa call laginya?? Kan dah ada depan mata ni??

Irsyad yang terkejut dengan jeritan angah yang tiba-tiba terus letak kembali telefon atas meja. Selamat. “Kenapa along?” gelabah semacam suara Irsyad lepas dengar angah menjerit.

Angah rasa dia macam nak pengsan serta merta. Tak tahu nak tipu apa. “Err.. along.. along.. along.. nak terberak. Masuk tandas dulu!”

Terus dia lari keluar dari bilik Irsyad.

Nak terberak?? Dah habis alasan lain ke nak bagi? Memang memalukan diri sendiri betul la.

Cepat-cepat angah masuk bilik. Telefon asalnya dicapai dan terus silent. Vibrate pun dia off. Selamat..

Tiba-tiba ada panggilan daripada.. Irsyad??

Dia sengaja tak angkat. Mana boleh dia jawab panggilan Irsyad kat dalam rumah ni. Lepas masuk missed call, terus mesej dihantar.

Busy.

Kejamnya angah..
 

zahra

FTC Crew
Moderator
warghhh!!!!:argh::argh::D:D:D:D..haha:lol:..jerit tu penting dlm kehidupan seharian yew..boleh jadi papa rock gittew..if cam ni kes nye hari-hari:lol:
 

are-fiyz

Active Member
Book 16

Hampir dua minggu angah kat rumah Irsyad, tapi satu rancangan pun tak berjalan. Angah nekad. Malam ni dia akan mulakan rancangan pertamanya. Selesai makan malam dengan Irsyad, terus dia masuk bilik.

Irsyad pelik sendiri kat luar. ‘Along’ dah macam along la.

Selesai mengemas dapur.. Irsyad tutup lampu dapur. Terus langkah kaki dihalakan ke biliknya. Tiba-tiba..

“Ehh??”

Angah menghalangnya dari masuk bilik. Jadi benteng pertahanan ke apa ni? Tangan angah didepa luas-luas depan pintu bilik Irsyad.

Angah mula teringat yang Irsyad ni spesis tak pernah marah. Mustahil la ada orang tak pernah marah. Perfect sangat ke Irsyad ni sampai tak pernah marah-marah hah?

“Along kenapa?” dia nak masuk bilik pun tak boleh.

Terkebil-kebil angah. Er?? Nak jawab apa?

“Along, nak masuk jugak. Hehehe.” Terus angah buka pintu bilik Irsyad dan masuk dulu daripada tuan punya bilik.

Tak senonoh.

Irsyad dah tersenyum depan pintu sambil melangkah masuk bilik. Angah berbaring atas katil Irsyad.

Irsyad pulak dah melangkah ke meja kerjanya. Seperti biasa. Akan ada kerja yang dia perlu buat setiap hari. Dah jadi rutin pun.

Angah yang tengah berbaring atas katil mula mengantuk.

“Ilham.”

“yup?”

“Along nak tidur sini.”

Berpaling terus Irsyad ke arah katilnya. Tengok angah. Terkejut. “Huh? Maksudnya?”

“Along nak tidur atas katil ni. Ilham pergi tidur luar malam ni.”

Suka-suka hati saja dia mengarah. Siapa tuan punya rumah ni sebenarnya??

Irsyad senyum sendiri sambil menghadap kerjanya kembali. Macam-macam.

“Okey.”

Angah pulak yang terkejut. Okey? macam tu je? Senangnya? Tak rasa nak marah ke? Dia tak puas hati. Sepatutnya Irsyad mesti la berkelakuan ala-ala macam nak marah dirinya. Ni okey??

“Okeyy?”

“Hmm.. Okey. nanti Ilham tidur luar. Along tidur la. jangan lupa basuh kaki sebelum tidur.”

Angah geram. Penat dia berimaginasi lebih-lebihan. Sekali.. hancur berkecai imaginasinya. Dia bangun dan berjalan ke arah Irsyad yang sedang sibuk melakar apa entah atas kertas besar dengan pembaris-pembaris besar gedabak yang dia tak pernah tengok pun sebelum ni.

Irsyad perasan angah tengah berdiri kat sebelah. “Ye?” tangan berhenti membuat garisan. Pembaris diletak tepi. Mukanya melihat angah.

Angah tarik muka masam. “Ilham ni ada sakit apa-apa ke?”

“Huh? Sakit? Sakit apa? Ilham sihat je.”

“Pelik. Sepatutnya Ilham sekarang ni tak boleh macam ni..”

Huh??

Apa yang angah cuba nak sampaikan ni??

Muka Irsyad dipegang angah dengan kedua-dua tangannya. Jari manisnya ada bekas cincin yang dia tanggalkan sebelum datang rumah ni. Nasib tak ketara sangat.

Terkejut Irsyad.

“Along nak buat apa ni?”

“Along rasa Ilham ni memang ada sakit la. Sekarang ni Ilham patut marah tau tak. Bukannya relex cool macam ni.”

Angah tenung muka Irsyad dekat-dekat dengan tangannya yang memegang kedua-dua belah pipi Irsyad.

Irsyad tak sedap hati. “Err.. kenapa Ilham nak marah pulak?” tak faham. Tapi hati dah makin risau. Apa kena muka mereka berdua ni makin lama makin dekat ni hah??

“Sebab Along dah suruh Ilham pergi tidur luar. Lepas tu along suka-suka je nak tidur atas katil Ilham tanpa mintak kebenaran dulu.”

“So?”

“Soo.. at least kalau Ilham tak marah pun mesti la kena tunjuk muka ala-ala tak puas hati ke, menyampah ke, tension ke dengan along ni. ni tak!”

“Huh? Apa along nak cakap ni? tak faham eh.”

Muka Irsyad dilepaskan. Kaki dihentak-hentak ke lantai. “Ish!! Apa la Ilham ni!! cuba la marah-marah sikit.!! Ni yang nak geram ni..”

Angah berjalan keluar daripada bilik Irsyad macam king kong berjalan. Bergegar lantai rumah. Nasib rumah ni bukan dua tingkat. Kalau tak, boleh roboh jadinya.

Irsyad pelik sorang-sorang kat meja kerjanya.

“Along nak pergi mana tu?? tak nak tidur sini ke??” Irsyad jerit kuat. Harap-harap ‘along’ dengar.

“Tak nakk!!! Tak jadi!! Cancel!!”

Nak buat orang lain marah, alih-alih dia sendiri yang marah. Spoill..

Dalam bilik angah merungut sendiri. Dia perlu fikirkan idea lain. Idea yang lagi kejam dan tak logik kalau tak marah. Angah berguling-guling atas katilnya. Tiba-tiba idea pelik datang melintas di kepala otak.

‘Hihihihihi.. thanks to the drama.’

What drama?

Angah terus keluar bilik dan ke dapur. Sekarang jam baru menunjukkan pukul 10.30 minit malam. Irsyad masih belum tidur.

Setiap hari angah mesti akan pergi check waktu tidur Irsyad. Selalunya jam 12 baru lampu terpadam. Di dapur dia membancuh secawan susu..

susu?? Kopi la..

Angah tukar fikiran. Susu kurang sesuai pulak. Dia membancuh kopi. Kopi susu. Terus mug kopi tu diangkut bawa ke bilik Irsyad.

Dah boleh agak apa yang dia nak buat. Tertumpah air.. teruk punya orang. Bancuh air sampai satu mug semata-mata nak membazir. Memang sangat tidak bersyukur.

Pintu bilik dah tak diketuk. Main masuk saja.

Tiba-tiba..

“Wargggghhhhh!!!”

Jerit lagi. Asyik-asyik menjerit angah ni. Terkejut Irsyad. “Along kenapa pulak ni?”

Irsyad dah simpan kerjanya. Hampa. Ingat baru nak pergi tuang air kopi ni atas kertas besar tadi. Dia dah terlambat.

Tu la.. Allah menolong orang yang teraniaya dan bakal nak diperaniayakan.

“Ilham nak tidur dah ke?” angah tanya dengan suara yang kecewa sangat-sangat. Penat dia bancuh kopi ni. Sekarang ni siapa yang nak minum?? Kertas besar tu dah tak nak minum. Irsyad pun dah nak tidur. Alamatnya memang dia saja la yang kena minum.

Irsyad mengangguk sebagai balasan jawapan kepada angah.

“Kenapa tidur awal sangat malam ni?”

“Awal?”

Ye la.. sekarang ni pukul 11 pun belum lagi.. awal la tu. Angah tengok jam yang tergantung kat bilik Irsyad.

“Waaarrrrggggghhhhhh!!!”

Irsyad tak larat nak dengar jeritan angah. Setiap hari mesti ada benda la yang dia perlu menjerit.

“Apa lagi along?” senyum dah tak mampu menahan ketawa yang bakal pecah.

Angah tunjuk-tunjuk jam kat dinding. Irsyad pun turut melihat arah tangan angah yang sedang menunjuk jam dinding biliknya.

“kenapa?” tak faham.

Angah rasa nak menangis. “kenapa jam tu pelik sangat? Huhuhuhu..”

“Pelik?”

Angah angguk dan terus duduk bersila atas lantai membelakangkan Irsyad. Irsyad yang memang ada atas katil pelik dengan angah yang lagi pelik sekarang ni.

Mug kopi di tangan terus dihirup isinya. Sampai licin. Dah tak membazir. Angah kecewa sangat. Mata dia silap pandang jarum jam ke awal tadi?. Dah lebih pukul 12 dah pun. Memang patut la Irsyad dah nak tidur.

Mug kopi yang kosong diletak tepi.

Satu-satunya yang paling angah tak suka.. minum kopi. Asal saja minum kopi, mesti kepalanya mula pening. Automatik lepas tu..

Dia dah berbaring atas lantai. Mengantuk. Simptom yang pelik sekali kalau lepas minum kopi.

“Along?? Buat apa atas lantai tu?”

Angah mengiring menghadap dinding. “Jangan kacau along la. gi la tidur tu.”

Sekarang ni siapa yang kacau siapa ni?? angah memang dah tak sedar diri. Terlupa dia dalam bilik Irsyad sekarang ni.

Memang minum kopi membawa padah bagi angah. Angah dah tertidur atas lantai. Irsyad naik pening dengan kerenah angah. “Along?”

Tiada respon.

“Alooonnggg???” suara dikuatkan sedikit.

Tiada respon jugak. Memang mencari nahas sendiri betul la angah ni.

Ish.Ish.Ish...
 

are-fiyz

Active Member
Keesokan pagi.. subuh.. Angah rasa berat mukanya. Macam tak boleh bernafas dengan teratur. Mata pun terasa berat nak dibuka. Tapi sedaya upaya cuba dibuka.

“Waarrrrggggghhhhh!!!”

Entah ke berapa kali dah dia menjerit. Irsyad pun dah penat nak terkejut.

“Along kenapa lagi ni?”

Bantal saja pun atas mukanya tadi. Menjerit macam ada ular sawa tengah belit-belit dirinya.

Over sangat.

Irsyad yang baru keluar dari tandas hampir nak terbalik masuk dalam tandas balik. Pagi-pagi buta pun perlu menjerit ke?

Angah memisat-misat matanya. Kepala otak belum dapat dicerna dengan baik lagi buat masa sekarang ni.

“Bagus la along dah bangun. Cepat mandi. Kita jemaah subuh sama-sama.”

Jemaah??

Solat jemaah??

Gila.

Angah telan air liur sendiri. Baru terfikir berapa banyak dosa dah dia buat sepanjang kat rumah ni. Pagi-pagi bukak mata pun dah kena buat dosa lagi. dosa menipu. Mana la dia boleh berjemaah dengan Irsyad ni dalam bentuk along.

Dia angah la! angah is perempuan. Perempuan is kena pakai telekung atau tutup aurat time solat. Takkan la Along kena pakai telekung kut nak solat jap lagi??

Angah pening atas katil tu. Memikir macam mana nak mengelak dari Irsyad. Irsyad dah siap dengan kain pelekat dan sejadah. Angah rasa macam nak pengsan sekarang ni.

“Arrrggghhh!!!”

“Apa lagi?”

“Along lupa.”

“Lupa apa?” Irsyad dah pelik sendiri dengan perangai ‘along’. Pagi-pagi dah lupa?

Angah pening nak susun ayat macam mana. “Errr.. along er.. along..”

“Along?”

“Along kena mandi wajib dulu!!” terus angah lari keluar bilik.

Memang betul dia kena mandi wajib dulu pun. Periodnya baru habis. Hatinya lega sendiri. Pagi ni dia tak menipu.

Irsyad kat dalam bilik dah ternganga sorang-sorang. Mandi wajib?? Irsyad tak bersalah!! Dia cuma tidur sebelah ‘along’ saja. Mana ada berlaku perkara tak senonoh pun semalam.

Astaghfirullahalazim..

Pagi tu angah tak keluar-keluar pun dari biliknya sampai la Irsyad dah selamat keluar pergi kerja. Sekarang ni dia perlu fikir macam mana nak menjawab soalan-soalan luar biasa yang akan ditanya Irsyad nanti.

Pagi tadi waktu tengah mandi, baru dia teringat.. yang kenapa pulak ‘along’ perlu mandi wajib??

Along mana ada datang period!!

Mesti si Irsyad dah fikir bukan-bukan. Angah asyik ketuk-ketuk kepala sendiri. Tu laa. Lain kali sebelum cakap fikir dulu. Main lepas cakap saja kan dah susah diri sendiri.

Angah masuk dapur.

Dia nak memasak. Irsyad tak buat sarapan rasanya. Sebab tiada apa-apa pun atas meja makan. Mesti minum susu saja ni.

Angah tukar fikiran. Dia pun malas nak masak. Masak tengahari nanti la. tapi peti ais dibuka jugak.

“Eh?? Terlupa laa..”

Angah terlupa yang lepas dia masak semalam dia dah guna habis bahan-bahan basah dalam peti ais tu. Jadinya tiada apa yang tinggal melainkan sekotak susu segar dengan Kordial oren?

Lepas makan biskut dalam tin biskut tu, angah masuk bilik. Telefon milik along atas meja diambil. Nombor Irsyad dicari.

Angah membuat panggilan. Tapi tak berangkat. Sibuk ke?

Dia membuat cubaan sekali lagi.

Masih tak berangkat. Mesej pula ditaip. Apa-apa pun kena cakap sebelum Irsyad sampai rumah.

Angah: Ilham.. barang dapur dah habis. Nanti balik jangan lupa beli siap-siap tau.

Cuti angah di rumah ni akan bosan kalau Irsyad pergi kerja. Nak keluar rumah pun tak boleh. Sekarang ni, identiti along dia hanya boleh pakai limit dalam rumah saja. Jadi kerjanya hanya tengok tv dengan mengemas rumah.

Hmm.. bosan jugak ye kalau kerja jadi suri rumah saja.

Angah tak boleh bayang kalau dia jadi suri rumah. Bimbang jugak kalau Irsyad keluarkan arahan ala-ala macam tu time dia dah tinggal sebumbung nanti. Dia tak nak.

Tiba-tiba ada mesej masuk.

Irsyad balas la. Dia tengah meeting ke sekarang ni?

Irsyad: Nanti cuti la Ilham belikan. Hari ni kita makan kat luar.

Angah rasa macam dengar hukuman bunuh gantung sampai mati lepas baca mesej Irsyad..

Apa nak buat ni??

Dia mana boleh keluar rumah dalam bentuk along. Adehh.. ni la balasan asyik menipu saja kerjanya. Dia perlu fikirkan cara lain.

Angah: Makan luar? Along demam la sekarang ni. Tak larat nak bangun keluar rumah.

Lama Irsyad tak balas. Angah makin sakit perut. Kecut habis perutnya memikirkan dia bakal diseret keluar rumah dengan watak along sekarang ni.

Mesej masuk.

Irsyad: laa… kenapa tak cakap awal. Lepas meeting ni Ilham balik. Kita gi klinik.

Lagi la angah rasa nak pengsan. Tiba-tiba dia rasa panas sejuk semacam. Haa.. sudah.. Allah dah mengabulkan kata-katanya on the spot. Tahniah la angah kerana anda sudah demam.

Positif demam.

Dan dia dah tak tahu nak bagi alasan apa lagi kat Irsyad.

Apa nak buat ni???

Allah.. selamatkanlah hamba-Mu ini..
 

are-fiyz

Active Member
Book 17

Sejak akhir-akhir ni Irsyad rasa perasaannya lain macam apabila dengan along. Dulu kalau dengan perangai along yang suka buat hal sendiri tu, boleh lagi dia mengelak. Tak ketara sangat. Tapi dengan perangai along yang sekarang ni memang buat dia pening sendiri. Angah pulak kalau mesej tak berbalas. Bila telefon, busy katanya.

Teringat kes along demam..

Lepas habis meeting dia terus mintak emergency leave. Sampai-sampai rumah dia masuk bilik along. Along sedang berbungkus dalam selimut. Nampak macam tengah tidur.

“Along??”

Along tak respon. Tidur la tu kut. Irsyad menapak dekat sebelah along. Dahi along yang terdedah daripada bungkusan selimut dipegang.

Panas.

Rumah ni mana ada ubat-ubatan. Ubat batuk cap ibu dan anak ada la. Lagipun along bukan ibu dan anaknya. So.. tak boleh bagi.

Klinik? Tadi dia dah cakap kat along yang mereka akan ke klinik. Tapi along tak balas pun mesejnya. Irsyad dah beli siap-siap makanan bungkus bawak balik. Mesti along tak makan apa lagi.

Kasihan dia tengok along yang tengah sakit tu.

“Along..” Irsyad mengejutkan along dari tidurnya. Nak ajak pergi klinik.

Along kelihatan bergerak sedikit. “Hmm?” Suara pun dah makin serak tak nak keluar.

“Kita gi klinik jom.”

Along yang separuh sedar dari lenanya menggeleng. “Along tak nak.”

“Nanti makin teruk.. Jom la.”

Along tetap menggeleng. “Along okey.”

“Please..”

Along menarik selimut menutup mukanya. Degil.

Irsyad tak tahu nak buat apa. Nampaknya dia terpaksa pergi farmasi belikan ubat demam la kalau dah macam ni gayanya tak nak ke klinik langsung.

Along sambung balik tidur lepas pujuk rayu Irsyad tak berkesan. Selamat.

Tak sampai dua puluh minit kemudian, Irsyad masuk balik bilik along. Along tengah berdiri dekat meja terkejut.

“Along dah okey?”

‘Aku yang tak okey. Apa dah jadi kat aku ni hah???!!!’

Irsyad tension.

Tinggal lagi seminggu cuti along dah nak habis. Makin hari makin rapat dengan along. Makin jauh dari angah. Jiwanya jadi kacau bilau. Sepatutnya hal ni tak boleh berlaku dalam hidupnya, tapi semuanya dah terlanjur. Dia tak tahu apa nak buat.

Ingat nak call angah hari ni. Paling penting sekarang dia mesti mesej dengan angah jugak hari ni. Along dia kena tolak jauh-jauh. Hari ni masanya dengan angah. Bukan along. Bukan.

Malam tu, lepas makan malam.. sengaja Irsyad buat tak berapa nak layan cakap along. Banyaknya along bercakap sorang-sorang. Dia hanya mengangguk dan jawab mana yang penting.

Makan pun sengaja dia cepat-cepatkan. Tak tambah dah walaupun terasa macam nak tambah lagi. sejak along cuti, memang yang memasak hanya along. Tak sangka along masak sedap. Sedap sangat macam time dia balik rumah Mak Jah untuk makan sebab kedai makan banyak tak buka.

Irsyad perasan yang along macam merajuk dengannya lepas habis makan. Terus along masuk bilik tak keluar-keluar dah. Bagus la.

‘Ilham mintak maaf sangat.’

Dalam bilik.. telefon bimbit dicapai dan nombor angah didail. Panggilan bersambung.

Tapi macam biasa. tak pernah berangkat. Sengaja dicuba lagi..

Tak angkat jugak. ‘Angah.. please.. angkat call abang ni.’

Cubaan sekali lagi.. pun tak berangkat.

Mesej masuk.

Angah: Ada apa? orang busy ni.

Irsyad: I miss you.

Senyap tak berbalas. Tiba-tiba bunyi pintu bilik diketuk. Malas Irsyad bangun nak buka pintu. Tahu dah siapa yang rajin mengetuk pintu biliknya. Tiada orang lain selain along dalam rumah ni.

Apa lagi la yang along nak ni??

Pintu bilik terbuka.

Baru nak tanya, Kenapa.. tapi muka along macam sedih..

Huh?

Lepas dua tiga minit terpaku depan pintu bilik Irsyad.. terus along blah masuk bilik. Apa kena dengan along sejak dua tiga hari ni??

Irsyad rasa sayu semacam tengok mata along yang berkaca-kaca depan pintu bilik tadi. Macam sama perasaannya sekarang yang tiba-tiba rindukan angah.

Pintu bilik ditutup dan dia kembali berbaring atas katil.

Angah please.. reply me back..

Mesej masuk. Berbunga-bunga hati Irsyad.

Angah:

Huh?? Kosong? Ke broken mesej ni? Kenapa tak ada apa-apa yang tertulis pun?

Irsyad: kenapa ni?

Angah: Entah.

Irsyad: Besok abang nak jumpa angah boleh?

Angah: Tak boleh. Angah busy.

Irsyad: Please. I really miss you. :(

Dah tak berbalas. Angah betul-betul sibuk mungkin. Hatinya makin sedih. Irsyad nak jumpa sangat-sangat dengan angah. Kalau boleh sekarang.

Sekarang!!!

Tiba-tiba pintu bilik diketuk.

Kenapa la time dia perlukan angah sangat-sangat sekarang ni, along yang datang menyibuk?

Sebaik saja pintu bilik dibuka.

“Ada..ap”

Mata along dah merah dengan air mata.

“along kenapa?”

Along terus lari masuk bilik. Irsyad speechless depan pintu. Tak tahu nak buat apa. terkedu dengan along yang menangis tiba-tiba. Tapi jauh dalam hatinya, dia rasa sakit tengok along menangis.

Kenapa ya??
 

are-fiyz

Active Member
Selepas kes malam Irsyad mesej angah, angah langsung tak bertegur dengan Irsyad. Tapi semua kerja macam biasa dia buat. Cuma dia makin menjarakkan diri dari Irsyad.

Irsyad pun tak cakap apa-apa. Macam tak kisah.

Perubahan ni buatkan angah rasa hatinya makin sakit. Makin tak keruan kalau tak dapat bercakap dengan suaminya tu walaupun sekejap. Disebabkan perasaan yang dirasakannya sekarang ni tersangatlah pelik, angah makin tak lalu nak makan. Hilang seleranya.

Bila Irsyad ajak makan, dikatanya dah makan padahal langsung tak makan apa-apa. Tinggal lagi beberapa hari cutinya dah nak habis. Kalau dia nak keluar dari rumah ni mesti bukan masa Irsyad ada kat rumah. Sedih hati bila terfikir yang dia akan jauh daripada Irsyad nanti.

Angah sedang bersedih. Macam orang kematian suami pun ada. Padahal baru tadi dia tengok Irsyad makan dari jauh. Rasa nak pergi peluk Irsyad yang sedang makan. Tapi dia sedar yang dia sekarang bukan angah.

Hilang selera makan menyebabkan angah kembali sakit.

Demamnya mula menyerang. Kali ni agak teruk berbanding yang hari tu. Bila dah demam, terperuk la dalam bilik jawabnya.

Batuk-batuk pun mula datang. Tapi angah tak berani nak keluar dari bilik. Takut terserempak dengan Irsyad.

Takut? Mungkin takut dia buat perkara pelik tanpa disedari. Macam malam tu.

Nanti kang terkantoi lagi. tak boleh..

Sedang angah sibuk membungkus dirinya dalam selimut dengan batuk-batuk yang agak kuat, pintu bilik diketuk dari luar.

Tak nak buka.

Dia buat-buat dah tidur. Tapi batuknya tak nak membantu. Makin kuat ada la.

Pintu terkuak. Irsyad berdiri depan pintu. Angah dah sembunyi mukanya dalam selimut. Malu.

Malu? Tak logik.

“Along?”

Haa.. sudah. Ni yang angah paling lemah kalau Irsyad dah mula panggil dia along dengan panggilan lembut macam tu. Boleh cair hatinya.

Sabar angah. Kau kena pura-pura tidur sekarang ni. Jap lagi dia keluar la tu.

Tapi spoil.. batuk pulak.

Kedengaran pintu ditutup kembali.

‘Huh? dah keluar? Macam tu je? Tak nak tengok aku ke? Huhuhu.. sampai hati.’ Angah sebak dalam selimut. Badannya makin panas. Rasa tak selesa sangat.

Nak buka ikatan di dada rasa macam tak selamat selagi dia duduk dalam rumah ni. Tapi benda alah ni buatnya makin panas. Gelap dunianya berbungkus dalam selimut. Irsyad pun dah blah macam tu je..

“Waaarrrggghhhh!!”

Sakit-sakit pun boleh menjerit lagi. Angah memang terbaik la.

Irsyad sedang berdiri di sebelah katilnya. Sambil bercekak pinggang dengan muka serius.

Terkebil-kebil angah. Terasa matanya makin panas. “Apa Ilham buat kat sini?”

Irsyad tak menjawab pertanyaan angah. “Dah makan ke belum?”

Angah mengangguk laju.

“Tipu.”

Memang dia tipu. Mana ada dia makan pun hari ni. Tak selera. Cuma minum air susu dalam peti ais tu saja dia selera nak minum pun.

Nak tak nak angah sengih terpaksa dekat Irsyad. Dia buat muka kesian. Mintak simpati.

“Jom makan.” Irsyad tarik selimut yang membungkus angah.

“Waaarrrgggghhhhh!!!!”

Terkejut.

“Apesal pulak ni?” Irsyad pelik. Tarik selimut je pun. Bukannya tanggal baju ke apa.

“He.He.He. Terkejut la. along boleh buat sendiri.” selimut di tangan Irsyad ditarik dan diletak tepi. “Along tak nak makan.”

Irsyad bagi pandangan ala-ala mengarah. “Kenapa tak nak makan?”

“Tak selera.”

“Makan sikit. Jom.” Terus tangan along ditarik agar bangun dari katil.

Tapi terlepas kembali. Mata masing-masing bertentangan. Kebetulan angah pakai t-shirt along yang lengan pendek. Jadi tangannya terdedah.

“Along demam lagi?”

Irsyad perasan tangannya yang panas. Sebab tu kut terlepas tadi. Panas sangat mungkin. Angah menjawab soalan Irsyad dengan batuk yang macam tidak mahu berhenti.

“Jom. Pergi klinik.”

Asyik-asyik klinik. Hari tu dah klinik. Dia tak nak la. Mana boleh dia keluar rumah dengan keadaan macam ni. tak boleh!! Nak saja dia menjerit-jerit lagi.

“Tak payah. Ubat hari tu kan ada lagi.”

Irsyad seperti mengeluh. Susah sangat nak bawak along ni pergi klinik. Nak ajak makan pun tak nak. Semuanya tak nak. Apa yang dia nak pun tak tahu la.

Angah yang perasan muka Irsyad dah berubah kelat bangun perlahan-lahan dari katil. Kalau boleh dia tak nak sakitkan hati suaminya ni. Kan berdosa namanya kalau sakitkan hati suami. Tapi sekarang ni wataknya bukan angah. Bukan isteri kepada Ilham Irsyad.

Tapi abang ipar. Along.

Langkah kaki perlahan-lahan diatur agar tak terhuyung-hayang. Walaupun kepalanya terasa pusing dan pandangan pun dah berpinar-pinar ala-ala nak pengsan, angah tetap kuatkan diri.

Dia tak nak pengsan.

Dia tak nak rahsianya terbongkar dalam keadaan dia tak sedar. Dia tak nak Irsyad marah padanya, sedangkan itu la tujuan utamanya buat semua ni.

Payah.

Melihatkan keadaan angah yang susah nak bergerak, Irsyad segera hulurkan tangannya. Angah dipimpin keluar bilik.

Setelah duduk di meja makan, Irsyad la yang menolong sendukkan nasi dan lauk. Angah yang melihat Irsyad susah payah menolongnya sebak sendiri. Ada jugak orang nak tolong penipu macam dia ni. Hati makin sedih. Tanpa disedari air mata mengalir di pipinya.

Angah tak mampu nak habiskan nasi di pinggan. Hanya beberapa suap sahaja yang masuk ke dalam mulut. Irsyad yang melihat angah, memujuk untuk makan lagi.

Tapi angah menggeleng lemah. “Tak lalu dah.”

Selesai makan ubat, angah kembali berbaring. Irsyad ambil kain tuala kecik dan basahkan. Kepala angah diletak kain basah. Nak kurangkan kepanasan.

Keesokan harinya, angah kunci pintu untuk solat subuh. Susah sangat nak bergerak. Panasnya langsung tak berkurang. Makin teruk dirasakan.

Selesai menyimpan telekung dalam laci berkunci tiba-tiba pintu diketuk. Perlahan-lahan angah bergerak ke pintu.

Irsyad senyum. “Dah okey?”

Nak tak nak angah terpaksa mengangguk sambil tersenyum.

“Solat dah?”

Anggukan angah makin lemah. Bibir tak mampu tersenyum lagi. kakinya dah tak larat menampung badannya..

“Along!!”

Angah jatuh. Sempat ditangkap Irsyad. Dia penat. Dia tak larat. Tapi sedaya upaya ditahan agar tak pitam.

“Along, kenapa ni? tadi cakap dah okey..” Irsyad memeluk ‘along’ yang sudah tak mampu berdiri. Terasa bahang panas dari ‘along’. Tahu la Irsyad yang ‘along’ masih tak okey.

Angah sedih sangat. Lama dia teringin nak peluk suaminya sendiri. tapi sekarang ni dia adalah along. Along yang peluk suaminya dulu. Angah memeluk erat Irsyad yang sedang membantunya berdiri.

“I’m sorry.. I miss you too”
 

are-fiyz

Active Member
Book 18

Tinggal lagi tiga hari angah kat rumah ni. Setakat ni rancangannya langsung tak berkesan dan tak berjalan. Lain yang dia nak lain yang jadi. Cubaan untuk terkantoi lagi banyak berbanding cubaan mengenakan Irsyad supaya marah.

Selepas kes dia demam sekali lagi, angah dah tak lari daripada Irsyad. Risau kalau-kalau Irsyad fikir yang bukan-bukan pasal along.

Teringat yang dia cakap I miss you kat Irsyad sambil berpelukan depan pintu. Malu. Malu.

Tak logik akal kalau along buat macam tu. Angah rasa dia dah mula kurang waras kalau datang penyakit lepas tu nampak Irsyad.

Memang makin berpenyakit teruk jadinya.

Hari yang dia jatuh tu, Irsyad ambik cuti. Seharian dia dijaga. Seronok, tapi tak seronok. Sebabnya yang Irsyad jaga adalah along, bukan dia.

Hari ni angah masuk dapur awal. Dia nak masak masakan kegemaran Irsyad.

Walaupun Irsyad kerja dan balik makan pun time makan malam, tapi angah ni dah angau. Banyak pulak dia masak macam nak bagi lima orang makan sedangkan mereka dua orang manusia saja kat dalam rumah tu.

Masa tinggal tak banyak dah.

Jadi angah dah decide, nak tolak tepi semua rancangannya. Biar la apa yang orang sebut-sebut pasal suaminya. Dia tak kisah. Janji dia dah mula suka dengan suaminya ni.

Buat kerja pun semuanya sengih-sengih macam orang dah hilang kewarasan akal. Mungkin dilamun cinta. Cinta terlarang. Buat masa sekarang la. Sekarang ni kan dia along. So tak boleh lebih-lebih.

Sewaktu kedua-duanya saling menghadap untuk makan malam..

“Banyaknya..”

Irsyad terkebil-kebil memandang lauk atas meja makan. Sampai lima jenis. Semuanya yang dia suka pulak tu.

“Hehehee.. along kan dah tak banyak hari kat sini. Sebab tu la along masak banyak-banyak.”

Angah dah terlepas cakap. Along mana la keluar dari rumah ni, yang keluar dari rumah ni angah..

“Hah?” Irsyad terkejut. Muka angah di depannya dipandang pelik.

Angah tak perasan lagi yang dia dah tersilap cakap. Excited nak makan nasi.

“Along nak pergi mana?”

“Huh?” Angah pulak yang pelik. “Nak pergi mana? Tak pergi mana-mana pun. Nak makan nasi la. Nak pergi mananya pulak?. Lapar ni.”

Angah dah suap nasi masuk mulut.

Irsyad tak puas hati lagi. dia memang dengar betul. Bukannya silap dengar lagi macam sebelum-sebelum ni.

“Tadi Along ada cakap yang along dah tak lama kat sini..”

“Ilham silap dengar tu..”

Mesti ayat ni yang angah akan sebut kalau dia dah tersilap cakap depan Irsyad. Kes I miss you depan pintu pun angah bagi alasan yang sama. Irsyad dah naik pening dengan telinga sendiri.

Mana satu betul ni hah??

Angah tengok muka Irsyad yang berkerut-kerut. Nasi di depannya tak bersentuh lagi. Angah dah habis setengah pinggan.

“Dah. Dah. Tak payah duk fikir-fikir lagi. Makan cepat. Along dah nak habis ni. tinggal makan sorang-sorang kang baru tahu.” Nak ugut la konon.

Tapi tak jalan pun. Irsyad masih dengan muka berkerut-kerut.

“Hish.. Ilham ni.. ye la ye la.. along cakap. Tapi nanti jangan sedih-sedih tau. Sebenarnya, along dapat asrama dah. Minggu depan along masuk asrama.” Angah memutarbelitkan cerita.

Memang betul pun along dapat asrama. Dah lama dah. bukannya minggu depan baru nak masuk. Ish.Ish.Ish.

“Oo.. ye ke..”

Rendah semacam suara Irsyad. Macam sedih.

“Kenapa pulak ni? Haaa… mesti Ilham sedih kan along dah nak pergi ni?? hihihi..” Angah gelak sendiri. Sengaja dia nak menyakat Irsyad.

Alih-alih.. memang Irsyad sedih sungguh pun. Muka pun dah sayu semacam angah tengok.

Angah serba salah. Cemburu pun ada. Irsyad sedih sebab along. Mana aci!!!

“Alaa.. bukannya along pergi jauh pun.” Dalam memujuk, hatinya cermburu. Sekarang ni Irsyad dengan along. Dia tak nak pujuk sebagai along, tapi angah tak nak tengok Irsyad sedih..

Mana satu ni????

Keliru sungguh. Kenapa perlu cemburu dengan along pun dia sendiri tak faham. Along tak bersalah. Yang bersalahnya sekarang ni adalah dia. Angah!

Irsyad makan tak berapa nak makan. Nasi di pinggan dikuis-kuis sambil beberapa suap saja masuk mulut.

Angah kecik hati. Penat punya semangat dia masak.. alih-alih Irsyad makan sikit saja. Makin cemburu dia pada along.

“Penat along masak. Ilham tak makan pun..” sengaja dia buat nada ala-ala merajuk. Tapi memang betul dia merajuk pun. Merajuk dengan Irsyad bukan sebab tak makan, tapi sebab Irsyad sedih untuk along.

“Suka hati la Ilham tak nak makan. Huh.” cemburunya tak dapat dibendung. Terus pinggan diangkat ke sinki.

Selesai membasuh terus dia tinggalkan Irsyad sorang diri kat meja makan. Sedih rasanya fikir suami sendiri tengah sedih fikir orang lain. Bukan dirinya.

Dalam bilik dia mengunci pintu.

Termenung atas katil. Memikir perasaan peliknya sendiri. Angah rasa dia dah berkelakuan macam budak tak cukup umur. Kalau diikutkan memang logik la Irsyad sedih along dah nak keluar dari sini.

Sepanjang hampir tiga minggu dia rapat dengan Irsyad atas nama along. Bukan dirinya yang sebenar. Kenapa perlu marah??

Kalau dia nak marah pun sepatutnya dia marah diri sendiri. marah diri sendiri sebab dah tipu suaminya, lepas tu Irsyad telefon dirinya yang sebenar, tak pernah nak angkat.

Dia sendiri yang menjarakkan hubungannya dengan Irsyad. Angah. Angah yang lari dari Irsyad. Angah yang cuba rapatkan along dengan Irsyad. Jadi apa haknya nak salahkan along dalam hal ni.

Dia memang bodoh.

Kan dah terperangkap dengan perasaan sendiri. last-last diri sendiri yang keliru.

Cepat-cepat telefon miliknya ditarik keluar dari laci berkunci tu.

Mesej untuk Irsyad dihantar.

Angah: tengah buat apa ni?

Walaupun dia tahu mesti Irsyad tengah sibuk mengemas meja makan sekarang ni, still dia nak lagi tanya. Bajet-bajet tak tahu.

Mesej tak berbalas.

Angah tunggu. Lama. Hampir tiga puluh minit berlalu. Masih belum berbalas.

‘Huhuhu.. ni yang nak marah ni. apa la dia buat tak balas-balas ni!!!’

Angah geram sorang-sorang. ‘Tak boleh jadi.. aku kena pergi check tengok.’

Cepat-cepat angah keluar dari biliknya. Irsyad dah tiada di dapur. Lampu bilik terpasang.

Langkah kaki asyik berulang alik depan pintu. Nak ketuk tiada keberanian macam sebelum-sebelum ni. Kalau Irsyad buka pintu pun, dia nak bagi alasan apa??

Tapi tangannya gigih sungguh hari ni. terketuk juga akhirnya pintu bilik Irsyad.

“Ye?” pintu bilik terbuka separuh. Irsyad menjenguk keluar.

Macam sembunyikan sesuatu je gayanya. Makin menimbulkan syak wasangka angah yang tengah mengintai-intai ke dalam bilik.

“Ilham tengah buat apa? Sibuk ke?”

“Hmm..” Sepatah saja dia jawab.
 

are-fiyz

Active Member
Eh eh eh..

“Telefon.” Alamak.. tersebut telefon pulak. Adehh.. kantoi la macam ni.

“Huh?? Kenapa tanya pasal telefon??”

“Err.. Er… pinjam jap. Telefon along, tak jumpa cari.”Angah garu-garu kepala. Terasa berpeluh-peluh dahinya. “Nak try buat call jap. Kut jumpa.”

“Kejap ek.” Irsyad tutup balik pintunya.

Makin geram angah kat luar tu. ‘Hish!! Apa benda yang dia sembunyi-sembunyi ni hah???’

Tak sampai beberapa minit angah terpacak macam tugu depan pintu bilik Irsyad, pintu dah terbuka kembali. Tapi macam tadi la. tak sampai separuh pun terbuka. Telefon milik Irsyad dihulurkan kepada angah.

Angah musykil. ‘dia ni tak tengok telefon dulu ke? Aku kan ada hantar mesej tadi. Sekejap sangat ni dah bagi kat aku.’ tengah-tengah sibuk duk merungut dalam hati, angah menekan keylock. Skrin telefon menunjukkan ada unread message. Dari angah.

“Err.. Ilham. Angah. Ada mesej angah ni. tak nak tengok dulu ke?”

Irsyad geleng-geleng. “Biar je mesej tu. Along pakai la dulu.”

Ehh???

Sampai hati…

Angah rasa sedih. Telefon Irsyad dihulurkan kembali. “Nah laa.. Along dah ingat mana along letak telefon along tu. tak jadi pinjam. Terima kasih.”

Dah macam ala-ala zombie angah berjalan balik ke bilik. Irsyad tak kisah pun pasal dia. Irsyad lebih pentingkan along. Sampai hati..

Di bilik, angah menangis.

Sambil menangis dia tengok skrin telefon miliknya. Telefon along lama dah dia baling atas katil. Geram.

Tiada balasan mesej pun dari Irsyad.

Makin teresak-esak jadinya. Rasanya dia dah tak penting lagi kut dalam hidup Irsyad. Along lebih penting sampai Irsyad jadi tak lalu makan gara-gara along dah nak pindah ke asrama.

Mana aci macam ni.. tak aci!!!

Dia sekarang tengah bersaing dengan along. Rasa menyesal sangat buat kerja bodoh pelik tak berfaedah ni. apa yang dia dapat? Sakit hati, cemburu, sedih dan semua yang tak elok ada laaa!!!

Angah menangis dan menangis sampai dia tertidur. Pagi time nak solat subuh dia tengok cermin.

‘bagus la angah.. kau dah macam panda. Menangis beria-ia sangat semalam siapa suruh.’

Dia malas nak fikir pasal matanya yang dah bengkak dan sembab.

Hatinya masih lagi sakit. Pagi tu dia keluar bilik awal. Nak siapkan breakfast macam biasa.

Buat roti bakar dengan air saja.

Air tawar.. sebabnya hatinya dah tawar. Gula diletakkan asing bersama-sama roti bakar dengan air milo tawar.

“Assalamualaikum..” Irsyad menegur angah yang tengah mengunyah roti bakar macam orang tiada gigi.

“Hmm.. Waalaikumsalam..” jawab salam pun macam orang tiada gigi sambil tengok peti ais. Langsung tak memandang muka Irsyad. Masih merajuk.

Irsyad mengambil tempat. “Apesal dengan mata along tu?”

Angah buat tak tahu. Roti bakar masih dikunyah. Tapi kunyahan kali ni macam ikan piranha punya gigi.

Irsyad senyum.

“Apa senyum-senyum?” Angah makin berangin kalau ada orang nak cari pasal dengan dirinya. Boleh ribut taufan dalam rumah ni.

“Tak ada apa. Saja nak senyum”

Angah memberikan Irsyad pandangan yang penuh dengan cahaya laser. “Ilham gi dulu.”

Angah buat tak hairan. ‘Pergi la nak pergi pun. Ada aku kisah??’

“Haa.. nasib tak terlupa. Hari ni along jangan masak tau.”

Angah panik sekejap. Jangan la ada cubaan berani nak bawa dia keluar rumah lagi. tak nak. Tak nak. Pecah peluh kat muka sambil memandang Irsyad yang tengah sarung kasut.

“Kenapa?” rasa tak terkeluar suara angah bertanya kembali.

Irsyad memberikannya senyuman manis.

Cair hati angah. Rasa seperti mahu pengsan. ‘Ehh!!! Tak boleh!! Kau kena sedar diri. Kau tu along. Along sekarang ni. berlagak la macam jantan sikit!!’

“Hah kenapanya tak nak along masak? Dah bosan ke nak makan masakan along?” Kasar macam lelaki tulen bercakap pulak jadinya. Suaranya sengaja ditebalkan.

Pelik.

“Apesal dengan along pagi ni? berangin semacam je..” Irsyad rasa nak ketawa pulak tengok kepelikan ‘along’ pagi-pagi buta ni.

“Hish.. jawab soalan la. jangan nak melencong!” angah bersikap ala-ala tegas.

Irsyad dah bergerak ke kereta. Angah di muka pintu. “Hari ni turn Ilham masak. Along jangan masak tau!!”

Oo.. macam tu ke?? Selamat. Nasib tak kena paksa heret keluar dari rumah. Kalau tak nanti nak kena menipu lagi.

Angah kunci pintu rumah. Meja makan dikemas kembali. Senyum dah ambil alih muka masamnya dari semalam. Sweetnya Irsyad nak masak untuk dia.

Tiba-tiba..

“Hish!!! Apa kaitan aku dengan Irsyad nak masak pulak?? dia nak masak untuk along la. untuk alonggg!!”

Angah kembali geram. Mesejnya yang semalam masih tiada balasan.

“Arrrgggghhhhhh!!!! Geramnya aku!!!”
 

are-fiyz

Active Member
Book 19

Angah down satu hari. Cemburunya pada along makin bertambah-tambah. Pelik. Disebabkan kesedihannya yang semalam menyebabkan hari ni satu kerja rumah dia tak buat.

‘Aku kan along. Bukan angah. So, tak payah la aku sibuk-sibuk nak uruskan rumah ni. Mana ada abang ipar buat kerja isteri. Huh.’

Tak puas hati sungguh.

Hari ni dia banyak merenung telefon bimbitnya sendiri. Besok dia mesti keluar rumah ni senyap-senyap time Irsyad dah pergi kerja. Ni lagi satu hal yang buat dia makin sedih. Dah la masuk rumah ni pun senyap-senyap. Keluar pun senyap-senyap jugak.

Tengahari tu macam yang Irsyad pesan, jangan masak. Tapi dia dah lapar. Nak tak nak dia alas perut dengan mi segera saja la. Sambil makan sambil tengok tv sambil tengok skrin telefon.

Walaupun telefon tu tak berbunyi, tapi dia tetap tengok jugak. Hasilnya makin kecewa ada la.

Egonya dibuang jauh-jauh. Mesej dihantar.

Angah: Tengah buat apa ni?

Sama macam semalam. Lama dia tunggu. Masih belum berbalas. Jarang sangat Irsyad lambat balas mesejnya.

‘Kenapa mesti macam ni?? Sampai hati.’

Angah menjerit-jerit satu rumah. Geram. Mentang-mentang la rumah tu dia sorang saja yang ada, habis volume suaranya dikeluarkan. Tak fikir dah keselamatan telinga jiran-jiran tetangganya.

Telefon bimbitnya berbunyi tiba-tiba. Melompat-lompat angah kat ruang tamu.

Celcom.

Terasa seperti dipermain-mainkan oleh celcom pun ada. Angah sambung makan Maggie ayam dalam cup tu. Dah kembang habis. Angah tenung telefonnya macam tenung coklat yang dihurung semut. Geram.

“Arrrrrgggggghhhhhh!!!!!!! Aku tak puas hati sungguh. Aku tak kira! Selagi kau tak balas lagi tu aku tak berhenti hantar punya la!!!!.”

Angah hantar sekali lagi mesej yang sama macam tadi.

Selang lima minit sekali dia hantar.

Irsyad tetap tak balas satu pun mesejnya. Angah masih tak berputus asa. Entah beberapa puluh mesej dia hantar pun dah tak terkira. Kreditnya banyak lagi. Mana pernah guna sangat sejak datang rumah ni.

1 jam berlalu.

Angah berhenti. Solat siap-siap dulu. Nanti lepas solat sambung balik. Selesai solat dia sambung balik menghantar mesej yang sama untuk Irsyad. Tapi masih belum berbalas.

2 jam berlalu..

Angah tertidur di sofa dengan Maggie yang tak habis. Tv masih terpasang. Tiada siapa yang nak tutup sebab orang yang tengok tv tu tadi dah tutup mata dulu. Akhirnya usaha angah hanya sampai dua jam sahaja.

Mengantuknya yang menang.

Macam biasa, kalau angah tertidur kat ruang tamu tu, lagi nyenyak dari tidur dalam bilik. Dia suka dengan sofa tu. Lembut sangat. Disebabkan kelebaran sofa tu tak selebar katil, angah jatuh lagi, macam awal-awal dulu.

Jadinya dia tidur atas lantai lagi sampai la ke petang.

Irsyad sampai rumah macam biasa. perasan yang tv terpasang tapi tiada orang yang tengok tv. Rasa-rasa macam dah boleh agak orang yang tengok tv tu ke mana. Nampak cup Maggie atas meja pun dia dah tahu.

Elok saja kaki melangkah ke ruang tamu, atas lantai yang dia tengok dulu. Tergeleng-geleng Irsyad.

Televisyen ditutup.

Angah yang sedang sedap tidur atas lantai dikejut pada jarak jauh. Tak nak kena tendang-tendang macam dulu lagi.

“Along.. bangun.”

“Hmm..” mengeliat angah yang rasa berat nak bukak mata.

“Bangun la. Solat dah ke belum ni?”

“Hmmm…” mamai. Bila masa dia solat asar pun entah la. tidur lepas zohor tadi mana ada bangun-bangun dah.

“Bangun.”

“Waarrrrgggghhhh!!!”

Terkejut. Jerit lagi. cepat-cepat telefon yang dipegang sambil tidur dia sembunyikan.

Irsyad memang boleh sakit jantung kalau lama-lama asyik dengar jeritan macam ni. “Along memang suka tidur atas lantai ek?”

Angah yang terkebil-kebil masih belum sedar sepenuhnya. Dia mengangguk perlahan sambil memisat mata.

“Tak elok la tidur atas lantai. Nanti organ-organ dalam badan tu cepat lemah.”

Entah betul entah tidak fakta si Irsyad ni. Dia cuma ulang balik apa yang atuk nenek dia pesan masa kecik-kecik dulu.

“Huh?” Angah tak faham. Tapi dia buat-buat faham saja la. malas nak bersoal jawab kat sini.

“Dah solat?” Irsyad tanya sekali. Tak nampak macam rupa dah solat pun si Angah ni. dengan mata merahnya.

Angah mencari-cari jam di dinding ruang tamu. Pukul 6 petang..

“Haa?? Dah pukul enam laa!! Mana semayang lagi ni.”

Terus dia cabut masuk bilik. Pintu dikunci. Risau kalau Irsyad masuk tiba-tiba tengok dia solat pakai telekung. Memang tak dapat diselamatkan lagi dah la rahsianya.

Selesai solat, angah menjenguk ke luar bilik. Biliknya dekat dengan dapur so, boleh intai dari dalam bilik orang kat dapur buat apa. dia nampak Irsyad tengah memotong sesuatu sambil menumis dalam kuali. Boleh buat dua kerja dalam satu masa laa..Hebatnya..

Angah masuk dapur. Niat dihati tak nak menolong. Dia teringat kes mesej-mesejnya sejak tengahari tadi. Dari sekarang satu pun tak berbalas..

“Arrrggghhhh!!!”

Terjerit pulak. angah terlupa yang sekarang ni Irsyad dah ada kat rumah. Terlepas keluar. Sepatutnya dia nak jerit dalam hati saja tadi. Kepalanya diketuk-ketuk sendiri. mulut dicubit-cubit.

‘Tu la angah! Kau ni dah biasa sangat menjerit sampai semua benda kau nak menjerit. Hish. Menyusahkan diri sendiri betul!’

Irsyad yang dengar angah menjerit berpaling.

“Along? Kenapa ni?”

Angah geleng-geleng. Dia menjeling Irsyad dan keluar dari dapur. Huh.

Menyampah tengok Irsyad.

‘Along jerit, sibuk nak tanya. Aku mesej, lansung tak balas. Tak puas hati betul la dengan mamat ni. Benci! Benci! Benci!’
 

are-fiyz

Active Member
Irsyad yang tengok along buat muka ala-ala meluat dengannya rasa nak ketawa sendiri. comel. Dia sambung memasak.

Angah duduk depan televisyen mati. Remote control atas meja depan tv dicapai. Cerita indon apa entah kat astro ria dia tengok pakai mata saja. otaknya ke tempat lain.

Otaknya dah berjalan-jalan ke bilik Irsyad. Hehehe..

Sekarang ni adalah masa yang sesuai. Angah bangun dari sofa. Televisyen sengaja dibiarkan terpasang. Sebagai bukti yang dia sekarang tengah tengok televisyen.

Hehehe.. kaki dah berjalan-jalan ala-ala spy ke bilik. Sembunyi-sembunyi dia menyelinap masuk ke bilik Irsyad yang sedang sibuk memasak. Setelah dipastikan line clear yang Irsyad takkan masuk biliknya buat masa sekarang, angah cepat-cepat melaksanakan misinya.

“Mana mamat ni letak ye?”

“Letak apa?”

“Letak telefon dia laa.. Hish banyak tanya sungguh.”

Angah tak perasan yang dia sedang bercakap dengan seseorang sekarang ni.

Huh? aku cakap dengan siapa ni?

Sebaik saja dia berpusing ke belakang.

“Waaaarrrrggghhhhhh!!!”

Kenangannya di rumah ni adalah jeritan sepanjang masa tak kira di mana saja dia berada.

Irsyad dah tutup telinga awal-awal elok saja angah berpusing melihatnya. Dah tahu apa yang angah akan buat.

Menjerit.. Dengan penuh bersemangat

Angah rasa kalau kepalanya kena ketuk dengan tukul besi dan sepatutnya keluar darah, mustahil akan ada darah yang keluar. Nervous.

‘Aku rasa nak pergi derma darah siap-siap la sekarang ni. tak la membazir sangat kalau darah aku hilang tanpa dikenal pasti ke mana dia pergi. Huhuhu.’

Muka Irsyad di depannya kini penuh dengan tanda tanya. Angah dah dapat agak soalan jenis apa yang Irsyad bakal tanya kepadanya dalam masa sikit minit lagi.

1..2..3..

“dah siap masak. Jom makan.” Irsyad senyum lepas tu terus keluar bilik.

Eh???

Tanya yang tu je??

Bukan sepatutnya dia tanya.. ‘Apa along buat kat dalam bilik Ilham ni? Kenapa cari telefon Ilham?’

Pelik..

Angah gigit jari sendiri. ‘Ke dia dah tahu yang aku ni bukan along?? Alamak!! Mati la aku macam nii..’

Nak tak nak angah melangkah keluar dari bilik Irsyad dengan kaki yang berat sekali. Matlamatnya nak buat tinjauan ke atas telefon bimbit suaminya itu. Dia perlu menyiasat sebab utama kenapa Irsyad tak balas langsung berpuluh-puluh mesej yang dia hantar tu.

Nak cakap tak tengok telefon.. macam kurang logik.

Bateri habis?? Delivered saja semua mesejnya.

Kredit tak de?? Hmm.. macam boleh diterima akal

Nanti la dia try cari idea lain nak memastikan kesahihan teori ketiganya itu.

“Along!!! Cepat.”

Irysad menjerit dari dapur. Dia rasa dah terikut-ikut dengan angah yang suka sangat menjerit.

Angah cepat-cepat berlari ke dapur. Kalau lambat sangat kang kena jerit lagi.

Sambil makan angah menjeling-jeling sekejap tengok ekspresi muka Irsyad yang sedang khusyuk makan.

Macam elok saja.

Angah tak perasan yang dia tengah senduk sambal belacan bersudu-sudu masuk pinggan. Banyak. siap boleh jadi kuah dalam nasi.

Nasi yang berkuah sambal belacan disuap ke mulut. Mata masih pada Irsyad.

“Arrrrrgggghhhhh!!!”

Apa lagi? Irsyad tengok angah yang tengah menjerit.

Pecah ketawanya.

Angah dah tak tahan. Pedas nak mampus. Dia tengok pinggan nasinya.

“Masya-Allah.. apa aku dah buat ni??”

“Apa along buat ni? tak pernah lagi la Ilham tengok orang makan nasi dengan sambal belacan macam tu.” ketawanya masih tak boleh nak berhenti.

Kelakar sangat.

Angah cepat-cepat ke sinki. Habis dikumur-kumur untuk hilangkan kepedasan yang teramat. Mata pun dah terasa pedih semacam.. ni la balasan asyik menipu saja kerjanya.

‘Huhuhu.. berncinya. Yang aku pergi tengok mamat tu apesal la. terletak belacan dalam pinggan pun tak sedar.’

Berpuluh-puluh kali angah kumur baru pedas tu hilang. Irsyad dah siap makan pun lepas dia duduk balik kat meja tu.

Angah tenung pinggannya sayu. Irsyad terus ambil pinggan yang penuh dengan belacan tu dan dibawa ke sinki. Sisa-sisa makanan yang tak habis dibuang ke dalam tong sampah.

“Along tak habis makan lagi la.” walaupun angah dah tak sanggup nak makan belacan penuh sepinggan tapi dia masih nak makan nasi lagi. lapar la.

“Ambik pinggan lain la long.. takkan nak makan sambal belacan penuh sepinggan kut.”

Kena perli balik.

Angah makin geram. “Hish.. nak je aku tenyeh-tenyeh belacan ni kat muka dia. Huh!” angah merungut sendiri. nak makan pun dah tak bersemangat.

Irsyad yang tengah membasuh pinggan.. “Along cakap apa ek? Tak dengar laa..”

“Tak de apa. mana ada along bercakap pun.”

Angah ambil pinggan baru dan senduk satu senduk nasi saja dalam pinggan. dah tak berminat nak makan banyak-banyak. Irsyad yang sudah membasuh, kembali duduk kat meja makan..

Angah pelik. ‘apa pasal pulak ni? dah tak de kerja lain ke sampai kena tengok aku makan?’

“Ilham kenapa?”

“tunggu along makan la.”

Huh?

“tak payah. Along makan sorang. Pergi jauh-jauh.”

“Hah? Nak pergi mana jauh-jauh?”

Angah rasa nak ketuk-ketuk kepala Irsyad dengan sudu sambal belacan ni. “pergi buat kerja Ilham la. jangan kacau along makan. Dah dah.. pergi jauh-jauh.” Tangan kirinya membuat isyarat menghalau.

Angah memang menghalau Irsyad tanpa berlapik. Geramnya tak habis-habis lagi dan takkan habis rasanya kalau dia masih dalam bentuk along.

“tak nak.” Irsyad tak mahu dengar cakap angah. Dia tetap duduk di situ tak bangun-bangun.

Angah rasa dia lagi tak boleh nak telan nasi dalam pinggan ni kalau ada orang duk tenung dia makan. Lagi-lagi kalau orang sedang tenung dirinya sekarang ni adalah Irsyad. Memang boleh berapi jadinya.

“apesal tak makan?” Irsyad bertanya selepas tengok angah yang berhenti makan tiba-tiba. Nasi ada lagi dalam pinggan.

Angah buat muka. “Macam mana along nak makan.”

“Kenapa?” Irsyad tak faham. “Nak Ilham suapkan ke?” Irsyad dah sengih-sengih tengok angah.

Angah diam. Sakit hati makin parah. Rasa nak menjerit-jerit sekarang ni. tapi dia cuba bertahan.

“Along? Along okey tak ni?

Irsyad dekat depan dia dah nak nampak macam doh nak buat roti. Teringin sangat nak penyek-penyek bagi jadi roti penyek. Baru puas hatinya.

“Along kenapa ni?”

“Along! Along! Along! Jangan panggil along, along boleh tak hah??!!!!

Huh?
 
Top