1. Sudahkah anda menulis Diari Cinta anda hari ini?
    Sebagai forumer Forum Tentang Cinta, anda kini boleh menulis dan mencoret kisah manis cinta anda di ruangan Diari Cinta. Hanya satu diari sahaja ya dibenarkan untuk setiap seorang.
    Dismiss Notice

Adakah ini cinta? Walaupun berlainan agama?

Discussion in 'Luahan Cinta' started by gadis semasa, Jul 24, 2013.

  1. gadis semasa
    Offline

    gadis semasa New Member

    Messages:
    9
    Likes Received:
    1
    Trophy Points:
    0
    Saat bersama bagaikan seperti sudah berkenalan lama walhal hakikatnya baru sebulan sahaja berkenalan. Kau berbangsa cina, aku berbangsa Melayu. Agama kita tidak sama. Mana mungkin kita saling jatuh cinta. Aku melihat keikhlasan dan kejujuran dalam hatimu mahu berkawan dengan ku. Aku tidak tahu sejauh mana perasaan aku kepadamu, tapi sejujurnya aku selesa bila bersamamu. Kita tidak hipokrit. Masing-masing menunjukkan diri yang sebenar. Aku harap sekiranya kau benar-benar cintakan ku, cintalah agamaku dahulu. Cintailah tuhan ku dahulu iaitu Allah. Baru kau mengenali cinta yang sebenar. Aku melihat kau sembahyang melalui cara agamamu. Aku bertanya mengapa kau sembahyang sekejap, dan kau menjawab sembahyang kenalah melalui hati. Aku terpegun dengan jawapanmu. Walaupun berlainan agama, kau sembahyang dengan ikhlas. Menyembah tuhan mu sama seperti aku menyembah tuhan yang satu iaitu Allah. Semalam kau menghantar mesej kepadaku mengatakan kau outstation. Dan kata-kata terakhirmu di dalam mesej membuatku terkesima iaitu 'Gonna miss you'. Aku tersenyum membacanya dan menjawab dalam hati yang Aku juga akan merinduimu juga. :x

     

Share This Page