• Sudahkah anda menulis Diari Cinta anda hari ini?
    Sebagai forumer Forum Tentang Cinta, anda kini boleh menulis dan mencoret kisah manis cinta anda di ruangan Diari Cinta. Hanya satu diari sahaja ya dibenarkan untuk setiap seorang.

Aku Dia dan Keluarga

knurula

New Member
Mei 2011.

Hari ni aku dah mula training untuk kerja baru, Sedar tak sedar aku telah berkenalan dengan salah seorang lelaki yang bekerja sekali dengan aku. Biar aku kenalkan nama dia SG sahaja. Pada mula perkenalan aku layan semua kawan-kawan kat sana sama je. " jom,lepak bawah kejap" kata SG ajak aku turun bawah sementara Trainer bagi masa untuk rehat sekejap.

Aku pun iya kan aja,aku lepak dengan dia dan kawan-kawan yang lain, SG asyik bertanya tentang diri aku dan dia beritahu dia dah add Facebook aku. Mana dia dapat aku pun tak tahu. tiba-tiba trainer panggil naik. Aku dengan kawan-kawan yang lain bergegas naik atas menuju ke kelas training.

Tepat jam 5.30, kami di benarkan pulang ke rumah, SG sempat berpesan pada aku, "jangan lupa approve,nah! ni nombor i". Aku pun ambil dan terus pulang ke rumah.

Dalam hati masih lagi terfikir apa yang buat dia nak kenal dengan aku, sedangkan kawan baik aku yang training sekali lagi lawa. " emm..maybe dia rasa kawan aku tu terlalu lawa untuk dia kenal dengan lebih rapat,jadi dia datang lah kat aku kot" Keluh aku masa on the way balik rumah." Hampeh!"


Aku rajin buka Facebook sekarang nie,tapi masih tak approve dia lagi. Entah lah,aku pun tak tau kenapa aku tak nak approve dia lagi.Takut agaknya. Seminggu lepas tu,aku terjumpa dia lagi kat tempat kerja dan dia suruh aku approve Facebook dia. Aku iya kan dan balik kerja aku terus approve dia tapi aku tak mesej dia sepatah pun. Aku chat dengan kawan-kawan yang lain. Sampailah dia tegur kenapa tak regur dia kat Facebook.

Entahlah.. aku memang macam ni, Kalau tak kenal sangat aku malas nak bagi harapan. Tapi dari hari ke hari SG tak pernah bosan untuk mesej aku. Kali pertama dia mintak aku jadi girlfriend dia ..aku tolak. Kali kedua pun aku tolak.
Pintu hati ni belum terbukak lagi untuk dia. Mungkin ada yang menghalang aku.



Jun 2011

Aku sedih,Tiba-tiba ada orang dibelakang aku menegur aku. Aku menoleh kebelakang dan lihat SG tersenyum cuba untuk berbual dengan aku.Aku tersenyum dan tiba-tiba mood aku happy. Ajaib sangat aku rasa. Sebenarnya aku baru kehilangan bekas kekasih yang aku sayang.Dia meninggal dan aku masih trauma lagi. Tapi kehadiran SG sedikit sebanyak ubah kehidupan aku.Aku lupa semua masalah aku dan dalam fikiran aku ketika itu hanya dia walaupun dalam hati masih lagi merindui si dia yang dah pergi. SG pandai mengambil hati sehinggalah aku betul-betul jatuh cinta kat dia.

Aku suka sikap romantik dia tu,lawak jenaka dia. Kali ni aku pula yang mulakan langkah untuk jadikan hubungan nie pergi lebih jauh. Aku rajin mesej dia setelah sebulan lepas aku tidak endahkan dia.Aku sedar yang aku dah mula sukakan dia.



Sambung lagi lepas nie.. :x
 
Top