• Sudahkah anda menulis Diari Cinta anda hari ini?
    Sebagai forumer Forum Tentang Cinta, anda kini boleh menulis dan mencoret kisah manis cinta anda di ruangan Diari Cinta. Hanya satu diari sahaja ya dibenarkan untuk setiap seorang.

Apa Makna Wanita Cantik Pada Lelaki?

JuLieT kG

Member
Memang betul semua lelaki mahukan pasangan yang cantik. Tetapi benarkah cantik itu yang akan mereka nilaikan apabila bergelanggang di pentas rumahtangga nanti? Artikel kali ini cuba merungkai citarasa dan nilaian kaum lelaki terhadap kecantikan.

Semua orang tahu bahawa kecantikan itu satu nilai yang tinggi. Seorang yang mahu memilih perhiasan rumah, pasti akan dicari yang cantik. Pakaian juga begitu, nilainya pada cantik. Makin cantik, makin tinggi harganya.

Dalam bab memilih pasangan, cantik memang dianggap sebagai nilai utama. Bahkan terdapat amalan dalam sesetengah masyarakat, semakin cantik si gadis maka semakin tinggi harga mahar dan hantarannya.

Tetapi awas.

Cantik pada nilaian seorang lelaki akan terus berubah apabila memasuki dunia perkahwinan. Dunia yang kerapkali menjadikan si cantik tidak menang dengan hanya bermodalkan cantik. Kerana itu perlu difahami dengan jelas, bahawa perkahwinan itu bukan hanya cerita dalam bilik tidur.

Bukan hanya pada kemanjaan, lemah gemalai, ketawa mengusik, berwangi-wangian, bersolek, berdandan dan sebagainya. Perkahwinan adalah suatu ranjau yang luas. Tidak mungkin ditempuh dengan seronok-seronok sahaja.

Maka si cantik yang hanya bermodalkan cantik, bakal tersepit apabila semakin lama menjadi ahli kepada dunia rumahtangga.

Kalau sebelum berkahwin, rengekan manjanya sudah cukup menjadikan si lelaki mengalah, selepas berkahwin mungkin tidak lagi. Kalau sebelum berkahwin, berlagak comel itu dilihat sebagai comel, selepas berkahwin ia mungkin lebih ditafsirkan sebagai mengada-ngada.

Jangan salah faham. Ia sama sekali bukan disebabkan oleh faktor bosan, jemu dan yang sewaktu dengannya.

Ia soal praktikal. Soal realiti. Soal tindakan, bukan teori.

Selepas berkahwin, cantik pada nilaian seorang lelaki bukan pada kecantikan fizikal atau luaran seorang isteri. Anda berdandanlah sehebat mana sekalipun, jika anda gagal menyelami perasaan sang suami, pada dia anda tiada erti.

Semburlah perfume sebanyak mana sekalipun ke tubuh anda, jika anda tidak pandai mengurus atur rumah dan memastikan rumah anda kemas, bersih dan tersusun setiap masa, maka pada suami, anda seolah tiada erti.

Kerana apa?

Kerana mereka menganggap isteri mereka sebagai teman, kawan dan orang yang sama-sama berperanan. Bukan model. Bukan ratu. Bukan permaisuri.

Tetapi anda mungkin beruntung jika takdirnya anda bersuamikan lelaki yang tahap sabarnya luar biasa. Mungkin pada satu tilikan, ia kelihatan seperti ‘kesabaran’ yang luar biasa. Tetapi pada tilikan yang lain, dia sebenarnya mungkin malas melayan sikap negatif anda, atau sentiasa mengalah walaupun tidak suka dengan perangai anda. Mungkin untuk jangka masa pendek, ia kelihatan ok. Tetapi untuk jangka masa panjang, perlu juga disedari bahawa pasangan anda itu manusia dan bukannya malaikat.

CANTIK

Bercakap tentang segelintir wanita yang suka menjadikan kecantikan mereka sebagai modal untuk bahagia. Maka saya katakan tidak.

Besar mana sangatlah nilai cantik itu dalam rumahtangga?

Malanglah kalau seorang gadis tidak kisah dengan kekemasan dirinya, kekemasan tempat tinggalnya, kemahiran membuat kerja rumahnya, kemalasan yang berakar umbi dalam dirinya dan segala perangai negatif yang lain, dengan beranggapan bahawa dia cantik, dan dia akan bahagia. Dia akan beroleh suami yang sayangkan dia dan tidak kisah dengan sikap negatif yang ada padanya.

Saya katakan bahawa wanita sedemikian adalah wanita yang malang.

Cuba anda lihat contoh. Seorang suami yang pulang dari kerja dalam kepenatan, dia bukan hanya mahukan senyuman anda di muka pintu, atau segelas air yang anda hulurkan. Dia mahukan anda memahami dirinya. Ada banyak cara lelaki minta difahami. Antaranya adalah dengan tidak menambahkan kepenatannya dengan soalan-soalan bodoh atau kerenah-kerenah yang menyakitkan hati.

Tetapi bayangkan, kalau seorang isteri yang hanya cantik tetapi tidak cerdik dan tidak matang. Suami pulang disambut dengan senyuman menawan, pakaian cantik dan wangi semerbak. Tetapi belumpun sempat suami duduk di sofa, mulutnya sudah berceloteh itu dan ini. Katakan sebelum suami pulang tadi, ada berita buruk yang diterima atau ada masalah yang berlaku. Masa itu juga lah semuanya diluahkan pada sang suami, yang masih terkial-kial menghilangkan penat.

Dalam situasi tersebut, pertengkaran mungkin terjadi. Waktu itu, dia tidak kisah pun walau anda secantik bidadari.

Situasi yang lain. Suami seorang yang aktif, suka berfikir, banyak idea dan gemar berhujah. Suami sukakan percambahan idea dan mahukan teman berfikir yang matang. Bagaimana jika isteri hanya cantik, tetapi setiap lontaran suami tidak bersambut? Suami bercakap tentang perancangan keluarga, isteri hanya mengangguk dan mengiyakan. Suami bercakap tentang strategi kewangan keluarga, isteri hanya mengikut dan mengiyakan.

Lama kelamaan, pertengkaran boleh berlaku. Dan waktu itu juga, cantik tiada makna.

MATANG

Percayalah, seorang suami memang mahukan yang cantik sebagai pasangan, tetapi hakikatnya dia LEBIH perlukan yang matang sebagai teman.

Maka pokoknya di sini bukanlah pada anda itu cantik atau tidak cantik. Apa yang lebih utama adalah pembentukan diri, sifat dan sikap anda dalam menuju ke alam rumahtangga. Buanglah sifat negatif yang anda dan berusahalah membentuk kematangan dalam diri.

Cuba belajar bertolak ansur dengan housemate atau roomate anda, kerana itu suatu latihan untuk anda bertolak ansur dengan pasangan anda nanti. Cuba belajar mengurus diri dengan teratur dan mengurus rumah atau bilik anda dengan konsisten, kerana itu juga suatu latihan untuk melengkapi kebahagiaan anda suatu hari nanti.

Belajar dan terus belajar. Jangan selesa dengan kecantikan dan paras rupa, sehingga anda bodoh sombong untuk belajar dan terus ego untuk berubah. Kelak, anda sukar untuk bahagia.

Justeru, artikel ini mengajak anda yang mungkin berada dalam situasi di atas, atau mengenali rakan-rakan yang sedang berada dalam kemelut di atas, supaya sama-sama kita sedar. Lebih-lebih lagi wanita, kebersihan diri dan tempat tinggal sebelum berkahwin perlu dititikberatkan.

Ingat, anda akan beralih kepada sebuah kehidupan yang sungguh praktikal, bukan teori yang mengasyikkan!

**cedok kt org***
 

zahra

FTC Crew
Moderator
cantik tu subjektif..kadang bile tanya lelaki kat mana cantiknya wanita..mereka kata..ada yang kata kerana jelingan mata la, part hidung, mulut mungil..huhu..macam2..apa2 pun..zahra sokong statement sil...terima pasangan kita seadanya..barulah boleh saling melengkapi :)
 

Mr Teddy

FTC Administrator
Administrator
Bagi pendapat saya pula, 'cantik' adalah bonus.

Jika anda dapat seorang pasangan yang baik, rajin, memahami, setia, penyayang, pandai mengurus diri, dan sebagainya, itu sudah dapat membuatkan diri anda bahagia. Sebab anda mempunyai seorang pasangan yang cukup lengkap buat diri anda,

Tetapi, jika pasangan anda itu mempunyai sikap2 di atas dan termasuklah seorang yang 'cantik', itu adalah bonus buat anda.

-mr teddy.
 

sya_zuan

Active Member
Seorang wanita dgn kperibadianny y baik mmbawa seribu kbaikan kpd dunia..

Tetapi..

Seorang wanita dgn keperibadian y buruk, akn membawa kerosakan kepada dunia..
 

samaratungga

Well-Known Member
makna wanita cantik pada Sam ialah bukti dari Yang Maha Sempurna, bahawa setiap benda sure mempunyai pasangan:
lelaki - pompuan
siang - malam
tinggi - rendah
cantik - buruk
dan lain lain
 

samaratungga

Well-Known Member
Btol2..tiap sesuatu ad psnganny
kan... hehe
so kerana sure ada pasangan mari la kita suma yg ada dalam ftc ini x henti2 mengucap puji dan syukur kepada Allah baik yg kita dah dapat mahupun yg belum di dapat (termasuk la jodoh bg yg single and available lagi)
 

sya_zuan

Active Member
kan... hehe
so kerana sure ada pasangan mari la kita suma yg ada dalam ftc ini x henti2 mengucap puji dan syukur kepada Allah baik yg kita dah dapat mahupun yg belum di dapat (termasuk la jodoh bg yg single and available lagi)
Hope so..amin
:):)
 

helloqamar

New Member
Jika anda dapat seorang pasangan yang baik, rajin, memahami, setia, penyayang, pandai mengurus diri, dan sebagainya.
Saya benar-benar bersetuju.


_______________________
Kehidupan adalah berharga, dan kasih sayang lebih.link
 

kyu

Member
kyu penah bercinta dengan gurl yang cantik...bila keluar saja mesti ramai yang akan perati kami tak kira laki atau perempuan...apa dalam otak mereka kyu tak tahu...tapi biasalah bila cantik ni demand pun tinggi...smua benda nak yg high class dan standard jek..pastu putus...kyu juga pernah bercinta dengan gurl anak orang kaya...kira dia ni bab duit memang takde masalah...kadang2 dia belanja dan kadang2 kyu belanja...tapi masalahnya tetap demand juga...high taste..kyu senang dengan bini sekarang...walaupun tak cantik hanya sejuk mata memandang dan bukan dari anak orang kaya tapi kyu takde masalah dengan dia dari segi demand...semua boleh pukul rata..takde banyak songeh...jadi kesimpulannya akhlak yg baik lebih baik dari segalanya...
 

pooh_gurl

Well-Known Member
Rejeki klu dpt psgn yg cantik or enchem...

Tp berbalik pd lumrah manusia...
Suke pd yg 'cantik2' kan...
 

kyu

Member
bagi kyu cantik tak berguna bila jadi bini..huhu...cantik ni berguna bila jadi awek jek...pasal suka je nak menunjuk awek cantik kat semua orang...bila jadi bini bermesra dalam gelap tak nampak dah cantik tu..hehe..
tapi laki akan sakit hati kalau dapat bini cantik tapi tak reti masak,tak reti kemas rumah,tak mau layan laki,tak reti jaga anak dan macam2 lagi...
 
Top