• Sudahkah anda menulis Diari Cinta anda hari ini?
    Sebagai forumer Forum Tentang Cinta, anda kini boleh menulis dan mencoret kisah manis cinta anda di ruangan Diari Cinta. Hanya satu diari sahaja ya dibenarkan untuk setiap seorang.

cinta pertama dan terakhir

mintee

New Member
BAB 1.
“Awak ingat tau jaga diri baik-baik kat sana. Jangan main-main dan belajar sungguh. Saya dekat sini doakan yang terbaik untuk awak. Assalamualaikum”
“Walaikumsalam” sambut Ella.
Handphone ditangan digenggam erat. Dia termenung mengahayati keindah sepanjang perjalanan. Meninggalkan kenangan indah di Selangor dan menjejak langkah ke Melaka.

BAB 2.
“Ella!!..huh..huh” Lily berlari sambil memanggil rakan sebiliknya.
Ella yang sedang santai berjalan di taman berhenti setelah namanya dipanggil. Dah macam gaya kena kejar anjing saja Si Lily ni.
“Kenapa ni? Cam tak cukup tanah je kau ni. Ke kau teringin nak jadi wakil uni untuk tahun depan?” kata Ella sambil tergelak melihat gelagat Lily yang sedang semput setelah berlari marathon.
“Hang gelakkan ceq. Kurang asam betoi hang ni. Punyalah ceq lari bagai nak rak hang boleh boleh gelak kat ceq,” Lily memuncungkan bibirnya tanda tak puas hati dengan Ella.
“Ala hang ni. Tak maulah buat muncung cam tu. Dah macam Daisy je. Ala-ala janganlah marah ye. Aku sayang kau. Perutusan apa yang sampao ko tak jejak tanah ni? Kau ni kena kacau ke apa?” tanya Ella kerana agak pelik selalunya tak adalah sampai lari pecut.
“Oh.. mana ada ce kena buli. Hang ni ada-ada ja. Oh nah ni ada orang kasi kat suruh bagi kat hang,” Lily mengeluarkan surat dari begnya dan beri kepada Ella.
Ella mengambil surat tu dan terus membaca. Tak sampai seminit dia membaca, habis surat tu dia koyak.


“Lily. Hang dengar sini. Kalau mamat ni suruh hang hantar surat lagi baik hang jangan dok terima noh. Aku tak minatlah nak kenai orang la ni. Tolong noh”
Lily hanya memandang kertas yang telah dikoyakkan tadi dengan rasa tidak percaya. ‘Betui ka apa yang ceq nampak ni? Matilah aku. Dah mamat tu dok buli aku. Ugut kemain lagi. Last surat ni jadi cam ni. Aduh matilah aku. Kalau mamat tu tau.’
“And one more thing. Kalau mamat tu ugut macam bagitau aku. Aku tau nak handle cam mana. Okey? Kau tak yah nak sorok. Kau lari tadi pun sebab dorang yang suruhkan?”
Lily menggangguk. Ella mengajak Lily balik ke bilik. Lagipun hari dah petang. Tak jauh dari mereka ada satu geng telah menyaksikan kejadian tu.
“ Wei Haris. Minah tu koyak surat tu. Punya penat ko karang semalam. Ingatkan sangkutlah minah tu. Alih-alih minah tu koyak.” Nabil menegur rakannya yang sedang membara selepas melihat kejadian.
“Relax dulu. Aku akan pastikan dia sangkut punya la dengan aku. Hafis aku nak minta tolong kau. Aku tau kau satu class ngan dia. Dan agak rapat dengan diakan? Kau tolong aku?” Ris memandang Hafis dengan penuh harapan.
“ Kau nak minta tolong aku? Kejap-kejap ni ke budak perempuan yang kau duk cerita kat aku haritu?” tanya Hafis untuk kepastian kerana Ella bukan calang-calang perempuan.
“ Yela. Dialah perempuan tu. Aku tau kau rapat ngan dia. Kau tolonglah aku. Aku memang suka kat dia kau tolong aku okey?”


“ Aku memang boleh tolong kau tapi budak ni bukan senang kau tau. Aku rasa better kau lepas ja la minah ni.”
Haris bangun dan terus memegangkan baju Hafis.
“ Wei kalau ye pun taknak tolong aku tak payahlah cakap macam tu. Kau kenapa Fis? Kau ada apa-apa ngan dia ke sampai nak haling aku?”
“Ris kau relax dulu boleh tak? Takyahlah nak menggelabah. Tak keje lah aku ngan dia tu. Aku kenal dia dah lama aku kenal benar ngan si Ella tu. Aku akan tolong kau tapi kalau tak dapat aku minta maaf okey?”
Ris melepas genggamannya dan menolak Hafis.
“Okey.”
Ris memandang kearah kolej kediaman Ella.
‘ Kau tunggu jelah. Aku akan pastikan kau jadi milik aku. Ni Harislah. Semua yang aku nak mesti dapat punya.’ Hati menetapkan niat.


please komen kalau ada kecacatan sebab first try nak tulis novel.:roll::D:))
 
Last edited by a moderator:

zahra

FTC Crew
Moderator
:)nampak menarik..tapi kan mintee..boleh tak akan datang..bagi perenggan sikit..erm hehe..b'pinar mata zahra nak baca..zahra edit sikit bagi perenggan kat ur story:)
 
Top