• Sudahkah anda menulis Diari Cinta anda hari ini?
    Sebagai forumer Forum Tentang Cinta, anda kini boleh menulis dan mencoret kisah manis cinta anda di ruangan Diari Cinta. Hanya satu diari sahaja ya dibenarkan untuk setiap seorang.

Cinta sekali saja

Cik Wa

New Member
Pagi tu aku memang bangun awal dari biasa... aku ni memang liat nak bangun tapi disebabkan arahan dari mem besar.. aku terpaksa bangun awal.. pukul 7 pagi aku dah tercegat kat beranda luar tunggu mem besar aku..( nenek aku da )..;)

"eh yang pakai cantik-cantiknya kau nak pegi mana? nak pegi pasar je, bukan main lagi."

tegur mak usu aku.. cantik apa aku pakai t-shirt biasa and jeans je.. xcukup simple lagi ke aku ni?

"oo orang perempuan ni memang kena selalu cantik mak su kalau x nanti lambat laku.." :p

mak su aku angkat kaki terus blah.. tersentap lah tu.. tu la nak lawan cakap dengan aku kan dah terkena balik. sapa yang malu skang ni??

Atok aku dah start enjin kereta dia, nenek pun dah siap, pagi-pagi lengang je jalan raya.. tiba-tiba nenek aku cakap,

"rah, nanti tolong nenek masak eh, lepas maghrib nanti nak buat kenduri arwah, kak da kau pulak tak da nak bantu-bantu."

Aduh ni aku malas ni.. memang masak la aku kang kena buat keje sorang.. nak harapkan maksu aku jap lagi mesti datang je la angin gastrik dia tu.. buat keje je sakit.. =(


"Ok nek." :roll: pendek je aku jawab.. nampak sangat tak ikhlas..

Sampai kat pasar borong memang aku tengok nenek aku beli borong betol... ayam sampai tiga ekor, ikan lagi, sayur bagai.. macam ramai je yang datang malam nanti.. tapi aku akan pastikan nenek aku masak kari ayam kegemaran aku perh memang sedap la.....hehehe

"OO mak kau tergolek belambak!!" :-?? aku nak telentang, kat pasar mesti la licin yang aku pi berangan saper suruh.. tapi kenapa aku xjatuh ea???

"err.. awk ok??? " :)) eh ada tukang sambut rupanya hahaha... aku dengan muka selamba berdiri tegak dan pandang kat dia.

Dengan muka yakin aku jawab " saya ok " :"> dan aku terus jalan tak menoleh langsung kat muka lelaki tu.. malunyaaa... aku terus jalan sambil tutup muka dengan tangan...

"Ha, kang tergelincir lagi kang jalan tutup muka pulak, tadi berangan" tiba-tiba datuk aku ada kat depan aku.. aku tergelak.. hahahaha memang memalukan.. ramai ke yang nampak?? >:p
 

Cik Wa

New Member
Kak Da aku kalau ada mesti best dia tu rajin tak macam aku.. selamat la dia kat korea tu tak yah tolong nenek aku lagi kemas rumah, memasak, lipat baju sidai baju, kalau dia ada aku dok relax je, ni dia tak da aku lah pemangkunya.. tak apalah demi nenek yang aku cintai akan ku sanggup merenangi lautan api..

"Hoi cik kak, berangan je kerja kau, p cuci ayam tu lah" hek eleh minah kerek ni aku tau la keje aku.. yang kau dari tadi kupas bawang tu dah dekat setengah jam tak habis-habis nak kecoh.

aku pergi menjalankan tugas aku.. bab cuci ayam ni memang aku suka, aku memang akan memastikan bersih ayam tu aku kerjakan....

"Meow" si baby mengeleser badan dia kat kaki aku. nak makan la tu.. kecyiann.

"jap eh baby" aku berlari capai ikan goreng, senduk nasi sejuk dalam piring kucing aku gaulkan sehingga sebati..

" isy isy isy lahap nya kau makan, semalam aku lupa nak bagi kau makan sory baby.." aku memang kejam, perut aku je aku jaga..

aku dah bersiap da pakai baju kurung, pakai selendang elok-elok, hidangkan makanan.. semua dah siap aku pun duduk tengok tv.. tak sampai 15 minit aku melayan citer hindustan orang dari masjid dah datang dah.. klik. aku off kan tv.
Malu! mak ai lelaki je semua.. ada muda ada tua ada budak, hurm ada la dalam 15 orang.. aku cepat-cepat lari p dapur..

lepas dah tahlil aku pun hulurkan mangkuk-mangkuk nasi ke depan.. memang for sure la aku tak angkat muka.. malu la.. hehe

"ra, kari ayam kat ujung tu dah habis, tolong amekkan" arah atuk aku.
aku pun amek and terus p hantar kari tu, masa aku jalan ke situ ada sepasang mata pandang je aku.. sampai aku kat depan dia pun dia still pandang aku. aku pun apa lagi.. menggelabah..

"ops sorry!! aku tertumpahkan kari tu betul-betul kat depan mamat tu..........arhhhhh malunyaaaaaaaaa :">

"Hey!" itu je ke yang dia cakap?? aku ingat dia nak melengking marah aku tp.. dia cakap cam ni lagi.. "erk, awk tandas mana?" ternyata percikan kari terkena kat baju melayu kuning air dia.. Bersalahnya aku.............................:roll:
 

Cik Wa

New Member
"err.. tandas?? err tandasss???" nampak sangat aku still blurr lagii. :roll:

"ye awak.. tandas, tak kenal ke?? kalau tak kenal, toilet..toilet mana??? baju saya dah kotor ni.."
aku dah seram.. mata mamat ni mmg menggerunkan td aku tgok dye cool lg tp skang dah hot plak.. ee kjap naw tukar temperature.

"err jap ea saya ingat balik tandas kat mana.."

otak aku mmg tak leh berfungsi masa ni.. aku ketuk2 kejap pala aku.. member-member mamat tu semua pandang pelik kat aku.. aku pun apa lagi buat muka lagi pelik ar..

"nak p tandas ea?? meh la ikut saya.."

belum sempat mamat kuning cair tu bngun aku da tarik tangan dia dah.. laju je kaki aku p bawak dia p blakang rumah.. dia follow je.. aku bawak dia p tandas kat blakang umah.. sengaja je nak kena kan dia aku kata dalam umah nenek aku tu tak der tandas padahal ada jer.. dengan tak der lampu kat situ pandai-pandai la dia nak hidup, aku pun blah tinggalkan dia sensorang.. :up: hahaha
 

Cik Wa

New Member
bahu aku kena cuit dari belakang, aku toleh sikit nak tengok siapa, aku berkerut..

" apa awak buat kat sini?" aku teruskan cuci pinggan mangkuk. muka aku slamber je macam aku tak buat salah kat dia..

" saya datang ni nak mengurat awak.." lembut je suara mamat kuning cair tadi tu..

" what???" serentak tu aku terus pusing mengadap dia.

" cuba la tutup mulut tu sikit, melopong kalahkan gua, dah jangan nak perasan la saya nak ngurat perempuan kuat berangan macam awak, saya datang ni tolong bawak pinggan mangkuk kotor ni kat awak, nah amek ni basuh k makcik..." :p pinggan mangkuk dia letak dalam sinki.

aku rasa telinga aku da berasap.. " makcik?? hei, aku ni macam mak cik ke??" :( aku amek span dengan gaya penuh protes.

aku singsing lengan baju kurung aku ke siku, baju aku dah basah dah kat perut, memang semua orang akan tanya aku dengan soalan, " basuh pinggan ke mandi ra?" dengan penuh lemah lembut aku akan balas balik, " amik wudhuk je.." dengan senyum yang cukup menawan aku bagi..

aku ketap bibir... banyak nyer pinggan mangkuk kotor, mak su ni mana??? siapa nak tolong aku susun ni??

klentang klentung bunyi pinggan mangkuk aku basuh,

"woi anak dara basuh pinggan ke berperang tu? " hah, muncul pun mak su aku.

" ni tengah nak cari ruang nak syahid ni.. mak su! ganti ra kjap ra nak ke toilet la, perut ra da ada gas beracun.." sekelip mata aku dah lari dari meneruskan tugas aku.. hahah ratu mengelat aku la tu.. :D
 

Cik Wa

New Member
Dah seminggu aku habiskan masa dekat rumah.. makin bulat badan aku..

Duduk kat pangkin luar sorang-sorang hirup udara segar..

aku tongkat tangan ke dagu.. "rindunya kat arwah mama..." mata aku bergenang :(( kadang-kadang aku rasa aku kesorangan kat dunia ni.. nasib baik kak Da ada.. dia lah kakak dan dia lah ibu bagi aku.. tapi dah setahun kak Da kat korea, papa yang hantar dia kat sana, sambung blaja.

aku tak da kawan rapat so memang most of my time just duduk rumah je.. kalau nak keluar jalan-jalan biasanya aku ajak Kak Da tak pun sorang-sorang je.

angin sepoi-sepoi je petang ni..

"Arghhh bosannya.....! kan best kalau ada boyfriend..! "

eh lupa aku memang ada boyfriend.. aku pandang garaj.

"That's my boy". Suzuki Swift kesayangan hamba.. hehehe... aku sayang gila lah kereta aku ni, dia lah satu-satunya teman yang paling setia. Kalau tak ada dia ni, mati kutu la aku tak tau nak buat apa.

Kereta ni Papa yang bagi, senang kata dia aku nak ulang alik ke kolej. lagipun aku tak duduk asrama jadi aku memang sangat-sangat memerlukan kereta.

"Ra, kamu nak balik rumah sewa kamu pukul berapa?" Aku menapak ke kerusi, duduk sebelah nenek, terus aku rabahkan kepala kat pangku dia.

" Malas la nek nak balik sana, boring.. " aku memuncungkan bibir. kalau kat sini dah boring ni kan pula kat rumah sewa aku tu.. memang boring sangat lah....

" Takkan tak nak balik, esok kan dah start kelas... kamu tu yang tak reti berkawan" nenek mengusap-usap rambutku.

" bukan tak reti nek tapi malas la.. susah nak jaga hati kawan.." nek bukan tak taw Ra ni cakap lepas je.. kang ada yang merajuk pastu tak nak kawan Ra lagi.. baik Ra tak da kawan.. hati Ra tak sakit, hati kawan pun tak sakit.

" kalau macam tu kawen je la ra... Anak Pak Ali tu bujang trang tang tang lagi tau.. lawa pun ye budak tu.. kerja pun bagus.." dah mula da nenek aku tu.......

" Ra muda lagi la nek... ra tak kenal pun dia taw.. lagipun Ra kan tengah belajar.." aku duduk. Tarik nafas dalam-dalam.

muka aku dah memang masam dah.. Ariff budak nakal kat sekolah aku dulu nenek nak jodoh kan dah lah selalu cari pasal ngan aku masa sekolah dulu.. jangan harap la nak jadi suami aku...... silap haribulan memang patah riuk mamat tu aku kerja kan..


aku tersenyum tiba-tiba.. tu kan masa sekolah rendah dulu.. dia tua dua tahun dari aku.. dia habis darjah enam aku memang tak pernah jumpa dia dah.. masuk asrama penuh kata nenek aku.. pandai juga mamat sewel tu.
 

Cik Wa

New Member
Minggu final dah tiba.. aku serabut...
maksu telefon nak pinjam duit..
aku mana ada duit..!!! dia ingat aku ni bekerja ke?...

aku cakap kat dia aku xpat bantu..

aku tension...

esok paper undang-undang perniagaan.. aku blur...

banyak lagi seksyen dan kes aku tak hafal... mcm ner aku nak jawab exam????

i think i'll gonna die this night.. otak aku serabut.. roomate aku si Dibah kusyuk benar menghafal..

hurm... knp la aku tak pandai macam dia ek?? hehe aku pemals and dia rajin..

perbezaan ketara antara kitorang... haha.. tengok.. dia tengah menghafal.. boleh lagi akubukak facebook..

kata banyak lagi tak hafal.......... :D malam ni aku bersenang lenang la.. esok aku menangis..:((

masa ni aku betul-betul rindukan mama... kalau la mama ada........:((

papa beriya-iya nak aku kerja kat firma dia.. tapi aku memang tak minat law...

setiap sem keputusan aku menurun... and aku bertambah stress dengan kehidupan dan pembelajaran aku kat sini...

apa aku boleh buat.. aku rasa cm nak quit dari sini tapi semua member aku marah..

sayang kata dorang.. ada lagi 2 semester je lagi.. so aku terpaksa ok.. terpaksa..

bukan rela ok................

makin lama aku duduk sini.. mengadap law............... arghhhhhhh ini benar-benar membunuh aku.........!!!!

another 3 subject after bisnes law esok.. apakah akan berlaku pada aku???????????:-?? :((
 

Cik Wa

New Member
keluar je dari dewan peperiksaan aku tarik nafas dalam-dalam..

tahan air mata aku dari mengalir...

"Dira, macam mana tadi?? kau sempat buat tak?? aku tengok kau tengah menulis lagi tapi pengawas peperiksaan tu
terus je tarik, aku risau betul tadi.." Aku senyum kat nadia..

"Aku tak siap.. masa tak cukup and aku blurr sangat masa jawab tu Nad.. entahlah.." Perh time ni aku lagi la tak dapat nak tahan air mata aku.. cepat-cepat aku gerak tempat lain dari terus mengadap dia.

"Jom pergi cafe, aku lapar la.." aku dengan lisa gerak ke cafe..

Pergerakan aku semakin lemah.. denga perut yang berkeroncong and apa yang terjadi tadi betul-betul merunsingkan aku.. kami jalan merentasi fakulti Hospitaliti untuk ke cafe..

"Dira! kau nampak tak mamat tu?" aku sedar mamat mana yang dia cakap aku pun nampak.

"Hurm, kenapa dengan dia?"

"Hari tu dia kirim salam kat kau, dia dari JB, budak akaun." Patut la dari tadi aku nampak dia tenung aku je.

"Bila pulak kau ada cakap ada budak kirim salam kat aku?"

"Eh, aku tak bagitau kau ea? sorry la beb aku lupa la hahah.."

"Kau tu memang pelupa.. asyik lupa je memanjang.. apa yang kau ingat?" aku keletek pinggang Lisa.

"Maklum lah orang dah tua, nyanyuk sikit uhuk..uhuk.." ada-ada je si lisa ni..

"Assalamualaikum.." aku menoleh.. muka aku merah..

"Walaikumslam.." Lisa dah tersengeh-sengeh.

"Nak pergi cafe ke? boleh kita pergi sama-sama?" aku diam je Lisa yang beriya-iya.. geram pulak aku..

"Eh, kenapa nak pergi sama-sama pulak. Saya kenal awak ke?" aku protes.

"Awk kenal tapi tak ingat je kot.." lelaki itu senyum sumbing dan terus jalan mendahului aku and lisa.. satu perkara yang buat aku tergamam.. OMG! dia kenyit mata... napa jantung aku berdebar-debar ni..
 

Cik Wa

New Member
malam tu aku dapat sms dari seseorang yang tak dikenali...

Assalamualaikum hai.. apa khabar :) ?

Err.. siapa pula la malam-malam buta ni tanya khabar aku, aku pandang buku kat depan mata, arggghhh!

Walikumslm, hai. Kbar xbaik. sapa ni? hurm aku cool lg.

ni saya lah.

eh budak ni... kalau la kau ckp 'saya' je muka kau keluar kat screen tepon aku ni tak per gak....

Jangan nak main-mainlah... aku mengadap buku balik.. tp tak leh fokus!

kat sini jauh dari playground nak p bermain..:p

aku dah mula rasa penyakit hantu jepun aku dah meresap dalam diri aku..!

terus je aku off kan hanphone and study.. 15 minint je aku study sebab aku still rasa tak puas hati... aku on balik

handphone aku, aku tengok ada 3 miskol...

semuanya dari orang tak dikenali tu..

aku malas dah nak study, terus tutup buku and nak tido..

aku kebas-kebas katil aku.. aku tegangkan cadar.. tepuk bantal.. pastu terus baring..

sejuk malam ni.. aku berselimut litup.

baru je aku nak terlelap telefon aku dah berdering... bengang.

aku tengok nom tu lagi.. aku jawab.

"hello!" perh garang gila aku..

senyap jeee............ aku matikan call.

sekejap tu bunyi lagi...

"Assalamuaikum dira..." aku rasa hati aku tiba-tiba cair macam aiskrim... machonya suara..

"Wlikumsalam.." itu je yang mampu kluar dari mulut aku..

"Dira sihat..?" walupun ringkas tapi dah buat aku rasa macam............entah la ea.

"Siapa awak?" aku baru tersedar, cair konon..........

"Saya lah" errr nada suara tu macam aku pernah dengarrrrrr..........

"Maaf awak salah orang.. saya bukan Dira." err.... takper kan bohong sunat... hikhik

"I know u... your voice... awak memang Dira.. kenapa awak tukar nombor?" eh, mana dia tahu??

"Eh, kau ni siapa hah?? mAlam-malam buta ni mengarut je..."

"Yasser"

Aku tersentap! NO! takkan Yasser..

"Awak salah nombor.. Saya tak kenal siapa Yasser. Assalamualikum." aku teru off handphone... aku peluk bantal erat2...

tanpa aku sedar air mata aku mengalir deras... esakan aku malam tu mmg tak dapat aku tahan.
 

zahra

FTC Crew
Moderator
uikss..ex boyfie ke tu?..ke mamat baju melayu kuning cair tu eh..:)
 
Last edited:

Cik Wa

New Member
Cuti semester dah pun bermula, bosan pula rasanya, aku memandang ke arah Diba yang sedang mengemas bajunya. Pulang bercuti ke kampungnya.

"Dira, lepas ni aku dah tak duduk sewa dengan kau lagi tau, rayuan aku untuk masuk semula ke asrama dah diluluskan." Diba memandang aku.

"Tak apalah kalau macam tu Diba, tapi betul ke kau tak nak tinggal dengan aku, sedihlah aku macam ni.." hurm, bertambah bosan lah hidup aku lepas ni.

"Janganlah macam tu, lagipun aku rasa tinggal kat asrama save sikit kot, aku tak yah susahkan kau nak hantar and ambik aku, kita dah la lain kelas, jadual pun tak sama Dira."

Betul juga kata Diba, agak kelam kabut juga dibuatnya bila aku habis kelas awal, Diba pulak habis lambat, aku habis kelas lambat Diba pulak habis kelas awal, lagi teruk bila aku tak ada kelas and Diba ada kelas. Kesian aku tengok dia kena tunggu aku.

"Tak apalah kalau macam tu... kita tetap kawan k." aku tersenyum memandang Diba.

Sempat aku belikan sepasang baju kurung dan ole-ole buat Diba dan keluarganya semasa menghantarnya ke stesen bas. Selepas bas bergerak barulah aku pulang semula ke rumah sewaku.

aku onn televisyen, balik-balik ulangan Maharaja Lawak, tapi aku still suka tengok sebab kelakar.

Telefon bimbit aku berbunyi, 'Papa'.

"Assalamualaikum ra.. ra apa khabar?"

"Walaikumsalam papa, alhamdulillah ra sihat, pa sihat?

"Alhamdulillah papa sihat juga.. ra dah start cuti semester ke?"

"Dah papa, tadi ra baru lepas hantar kawan ra p stesen bas, bukan main penuh lagi budak-budak kolej ra kat situ berebut-rebut nak balik hehe"

"Kawan-kawan kamu sibuk nak balik rumah, kamu tak nak ke balik ke mari ke?"

"Tu kan rumah papa dengan Auntie Rubi."

"Ya Allah, rumah papa kan rumah kamu juga, lagipun tu kan memang rumah kita sebelum mama ra meninggal lagikan."

Air mata aku mengalir perlahan, aku ketap bibir menahan esak.

"Memanglah tapi sekarang papa dah ada kehidupan baru, isteri baru anak-anak baru. Ra tak layak duduk rumah tu." tangisan aku sudah mula kedengaran.

"Astaghfirullahalzim, Adira, kenapa kamu cakap macam tu?" suara papa sudah mula bergetar sama seperti suara ku.

"Papa nak Ra kemas barang ra, esok pagi-pagi bertolak ke KL." tegas suara Papa

"Buat apa?"

"Ya Allah budak ni, balik rumah kita la.. dah lama papa tak jumpa anak dara papa yang sorang ni, along dah la jauh papa tak dapat jumpa, skarang ra ajalah yang dekat dengan papa taw."

"Nanti lah pa, lagi dua tiga hari la pergi la, esok ra nak balik rumah atok ngan nenek dulu."

"Janji? jangan tak balik pulak.."

"Yela papa."

"ok, papa tunggu ra tau, Assalamualaikum."

"Walaikumsalam" aku mendengus, teringat pandangan auntie Rubi yang menjengkelkan dan anak-anak dia yang memandang aku dengan sinisnya..

Arghhh... kalau aku tak kenangkan papa memang aku takkan balik.. nasib baik papa tu papa aku.
 
Top