• Sudahkah anda menulis Diari Cinta anda hari ini?
    Sebagai forumer Forum Tentang Cinta, anda kini boleh menulis dan mencoret kisah manis cinta anda di ruangan Diari Cinta. Hanya satu diari sahaja ya dibenarkan untuk setiap seorang.

Dia Yang Bernama HHH

#1
Assalamu'alaikum. Apa khabar viewers semua? Pertama, saya ingin mengucapkan terima kasih pada pihak admin dan developer forum ini kerana telah menyediakan tempat untuk saya membicarakan isi-isi hati yang telah saya simpan selama ini. Jazakumullahu khoiran kathira.

Pada hari ini, in shaa Allah saya akan menceritakan kisah saya yang berusia 4 tahun ++. Sesungguhnya, saya amat memerlukan nasihat, pandangan dan tunjuk ajar daripada kalian untuk memperbaiki diri saya sendiri. Dan lebih afdhol kiranya kalian semua mendoakan kesejahteraan dan kedamaian hati saya di dunia dan akhirat. In shaa Allah, saya doakan Allah s.w.t. mengampunkan dan mensejahterakan kehidupan kalian di dunia dan akhirat.

Saya berusia 25 tahun (2013) berbangsa Melayu. Di sekitar kawasan saya bekerja, terdapat seorang lelaki berbangsa Cina yang namanya saya singkatkan sebagai HHH. Saya kira usianya lebih kurang 5-6 tahun muda daripada saya (anggaran daripada sumber-sumber yang sahih).

Tidak seperti kebanyakan gadis seusia saya, saya terlihat lebih muda (macam student sekolah menengah, baby faced) dan saya lebih berminat untuk melihat buku-buku dan alat-alat tulis untuk aktiviti 'window shopping'. Agak pelik cum unik sikit orang yang suka beli pensel/pen warna, kertas-kertas warna, reben dan selainnya daripada handbag, gincu, makeover product dan lain-lain yang sewaktu dengannya, kan? Hatta sekarang ini minat ini masih belum lupus dan tetap utuh dalam jiwaku. Dan, kebetulan, HHH bekerja di sebuah kedai buku dan alat tulis di sekitar pejabat saya bekerja.

Saya mula menyedari kewujudan HHH ketika saya memasuki kawasan kedai tersebut dengan mengenakan topi keledar dengan niat malas menanggalkannya dan saya tidak berniat jahat untuk itu. Tanpa disedari, saya telah menyalahi polisi kedai dan dia telah menyuruh saya menanggalkan topi keledar. Saya menjadi marah, tetapi saya terpaksa akur dengan arahan itu. The dialogue was,

HHH: "Cik, sila buka helmet."
Me: "Kenapa? Bukan saya nak buat salah pun."
HHH: "Sila buka helmet."
Me: "Hish!!"

Sejak hari itu saya sangat sangat sangat benci dengan dia. Selepas hari itu, setiap kali saya terserempak dengan HHH saya akan menjeling, buat muka marah dan sebagainya. Ya, saya memang childish, ego dan kurang matang pada ketika itu.

Sampai ke suatu masa, perasaan marah saya sudah hilang sama sekali dan saya sudah mula berfikiran logik dan menyalahkan diri sendiri atas keegoan saya itu. Setiap kali saya melalui kedai tersebut, saya mula terperasan tanda "NO HELMET" (yang gambar helmet dalam bulatan berpalang serong). Saya mula berasa bersalah kerana membenci dia.

Selepas itu timbul perasaan 'curious' tentang HHH. setiap kali saya 'window shopping' di kedai buku itu, saya mula selitkan 1 lagi interest baru, iaitu memerhatikan tatakerja dia sehari-harian.

Daripada pemerhatian saya, saya lihat dia sangat rajin bekerja, fokus, dan ada ciri-ciri integriti. Timbul rasa kagum dengan dia dan personalitinya. Dalam hati saya, terfikir saya patut mencontohi setiap yang baik yang saya lihat dari situ. Dan selain itu, saya mula tertanya-tanya tentang perkara-perkara lain seperti nama, umur, asal, tarikh lahir dan sebagainya. Saya juga berpengetahuan meneliti sifat-sifat seseorang daripada perkara-perkara tersebut hasil pembacaan, kajian dan pemerhatian yang saya buat. Saya kira, ini fasa curiosity dan impress saya terhadap HHH.

Lama kelamaan, saya mula menyedari yang respond saya sedikit berbeza bila berdepan dengan dia berbanding orang-orang lain. Ianya sekitar September 2013. Durasinya dalam 5 bulan bermula daripada awal-awal dia 'wujud' dalam kamus hidup saya, fasa kebencian (hohoho).

Saya dikurniakan kelebihan untuk mudah berkawan dengan orang awam (strangers) walaupun buat pertama kali. Saya kira, mungkin sebab dia seorang lelaki, jadi tindakan refleksi saya sedikit berlainan. Dan, saya sejak dahulu lagi memang agak sukar untuk rapat dengan lelaki jika tiada urusan atau alasan kerja.

Tetapi, bila berhadapan atau berselisihan dengan dia, saya mula berasa amat malu (macam nak cari tempat menyorok), rasa seram sejuk satu badan (badan tiba-tiba macam demam), muka saya jadi merah padam, dan secara automatik saya tak dapat bercakap secara normal! Pelik, pelik, dan pelik. It wasn't normal at all!!! Di mana perginya hati keringku bila berjumpa lelaki?? Ke mana hilangnya muka slumber dan tiada perasaan itu?? Suara garang dan kejam?? Nothing left! (That's how I normally meet guys) OMG, I am in serious illness!

Saya sudah mula rasakan yang saya sakit dibius angau. Makin parah setiap hari. Sangat banyak kali saya memikirkan how to get rid of this feeling and how get back to my normal self? All my attempts were failures. Setiap kali saya nak melupakan dia, pasti saya menerima respond yang sangat sangat positif! Memanglah, perempuan itu penuh dengan sifat perasannya. Tapi, mana mungkin sifat cemburu yang dia tunjukkan bila saya bersembang dengan kawan lelaki Melayunya dianggap sebagai perasaan cuma? Nampak benar marahnya pada saya selama seminggu itu. Banyak lagi respond lain yang saya rasa, lihat dan dengar daripada beliau. When I was there by the time he in a happy mood, I can understand he's telling me through his conversation with friends. By the time that he is not feeling well, his eyes were the saddest while looking at me. And when he is mad (at me), his face was all red and he wasn't looking at me at all. How can I handle this??

Dia, HHH is a very very very normal guy. Orang sememangnya pelik kalau kalau saya katakan saya sukakan dia. They will be like.. "Why him?? Dah tak Ada orang lain ke dalam dunia ni yang awok nak suka?" I don't have the answer either. But, he does has a cute face though. Back in 2010, I really admire an actor from Kdrama Sunkyungkwan Scandal, Yoo Ah In. I even put his pictures as my ideal type (as per drama(positif), of course his true self yang negatif memang kelaut, na'uzubillahi min zalik!)Ke sarameun, ke oppa chorom ta! It even obvious looks-liked, copy-paste design to him when Yoo Ah In is starring Fashion Kings drama. This is one of the minor reasons why I like him.

In October 2015, I made my 1st attempt to tell him how I feel. And I made 21 Green notes (My advices) 28 Blue notes (My quotes) 27 Yellow notes (My curiousity/questions), 23 Red notes (My Feelings) and one little pink note (My explanation of all notes). I put those notes organized and beautifully in a glass bottle. Macam orang baling botol ke laut dan biarkan hanyut, then satu masa nanti akan ada orang baca. That's how my presentation of the notes. I didn't know where did I got the idea to do it. It was done in August 2015, I was making my decision in whole September 2015 to give it or not, and finally, it was successfully delivered in october 2015. Yes, I admit I am super duper crazy-brave fella. Then, I regret myself why I give it to him!!! Inilah contoh manusia yang tak tetap pendirian.

Selepas itu, saya menerima banyak sangat respond positif daripada dia. Dia pernah banyak kali nak cuba rapat dengan saya. Tapi, saya selalu menghampakan dia. Saya sangat tidak bersedia untuk rapat atau mula berkawan dengan dia. Sampai sekarang saya cuma mampu suka dan care pasal dia dari jauh sahaja. Kami pernah bercakap 5 kali sahaja sepanjang 4 tahun ini. Masing-masing 1 berbalas 1 perkataan. Nah-terima kasih, happy chinese new year-terima kasih. That's all. Yang lain, saya tidak mampu untuk bersuara. Walaupun saya antara the loudest customer dalam kedai itu, tapi not with him. That's all I can say.

Why? Saya memang tak berani ambil risiko, saya tahu apa akan berlaku kalau saya kawan rapat dengan dia. Saya tak kuat. Saya masih tahu halal dan haram dalam pergaulan. Saya mungkin dah dapat selamatkan diri saya dan dia daripada zina-zina lain, tapi, saya sedar yang saya memang belum selamat daripada zina mata, hati dan fikiran. This is the advice I really need on. I really really really cannot forget him.

Saya ada minta beberapa perkara daripada Allah s.w.t., especially bagaimana saya boleh bantu dia untuk mengenali Islam. Alhamdulillah, Allah s.w.t. Jawab permintaan saya. In June 2016, ditakdirkan saya mendapat 1 promosi repair laptop, printer dan sebagainya daripada kedai tempat dia bekerja, acctually he is in charge of those works. Dan, ada tertera nombor telefon dia di situ. I was so happy. And only early July 2016 I started whatsapp him. We never have conversation in there, I just posted quotes, advices, wishes and few Islamic info. And it grows greedy in me, I was always waiting for reply but he never gives it. Mungkin sebab nawaitu asal dah lari, so my other wishes have not been granted yet. Dan mungkin juga Allah s.w.t. tak mahu saya lagha dan terus berangan-angan kosong bila kami saling berbalas ucapan dan kata walaupun dalam whatsapp.

Sepanjang 4 tahun ini, saya sepertinya sudah tersasar banyak daripada cinta sebenar, cinta Allah s.w.t. Maha Pencipta Cinta dan Rasulullah s.a.w., kekasih Allah. Banyak lagha. Bak kata pepatah, yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Lupa. Alpa. Tapi, saya fikir masih belum terlambat untuk saya tukar kompas hidup saya ke jalan yang betul. Saya masih mahu meneruskan perasaan ini tapi bukan atas matlamat duniawi semata-mata, tetapi ukhrawi ialah matlamat utama saya pada ketika ini.

Begitulah sedikit sebanyak kisah saya yang dapat saya kongsikan. Terima kasih kepada pembaca sekalian. Saya doakan kita semua diselamatkan oleh Allah s.w.t. daripada fitnah Dajjal dan konco-konconya. Dan saya doakan kita semua diampunkan dosa-dosa kita oleh Allah s.w.t. dan dipermudahkan hisab di mizan sana. Aamiin.

Jazakumullahu khoiran.
Assalamu'alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.
 

Top