• Sudahkah anda menulis Diari Cinta anda hari ini?
    Sebagai forumer Forum Tentang Cinta, anda kini boleh menulis dan mencoret kisah manis cinta anda di ruangan Diari Cinta. Hanya satu diari sahaja ya dibenarkan untuk setiap seorang.

Diari Kyu Insan Yang Fana.....

#1
Ku coretkan warkah buatmu sang camar di kejauhan malam....sepi menyelubungi diriku yang masih tersisa rindu...ku lontarkan teriak memanggil namamu....luput di angin yang lalu....kabut menyelubungi luahan sisa cinta yang tersemat di hati....ku doakan kau bahagia dengan jalan berliku yang mahu kau tempuhi...mungkin telah pun bersama buah hati yang kau sayangi...

diriku disini walaupun perit tapi amatlah bahagia....bersama senyum si isteri dan gelak tangis anak-anak....usahlah kau risaukan diriku yang sepi di sebalik dunia ini...kerana setiap kesepian itu ada suka yang menanti...... bagi mereka yang redha dan ikhlas dalam melontarkan madah-madah cinta.....kepada insan yang dihalalkan oleh Penciptaku buat diriku...

biarpun kau amatku cintai...namun kau bukanlah rusuk patahku yang ku tercari-cari.....bahagialah kau disana sedangkan aku disini merindui dalam diam dan sepi....dan juga dalam bahagia dan aman sekali...
 
#2
watashiwa Iqbal desu
Dozo royoshiku

Pop san,Orkid Biru san,Dieda san,Gegirl san
Ohishashi buri destene

ada lawatan mamat Jepun mai melawat kat kilang.
praktis balik cakap jepun
 
#3
Malam bulan berendang
Berwarna biru di cermin kali
Mata air memancar
Mengilap mata yang lama kabur

Derita perlakukan
Gerlapan malam
Di kaki gunung bertudung kabus
Syahdu lagu berdendang
Melamar kasih sayup membisik
Membelai sukmaku
Berkurun rindu lagak pendita

Berkilau sinar
Maya yang menderu
Membakar bahu musafir
Di lembah duka nestapa

Kini kasih kembali
Sekilas mentari
Sepi di ranting yang amat tinggi
Sekadar menemani
Jiwa tersadai
Di belantara sepi

Merayu pada yang Maha Esa
Agar dikurnia cahaya
Cinta kekal selama

Ku sepi...
 
#4
Brainwash-Abadi

Sentuhan rasa cinta kita
Bersemadi di dalam hati suci
Masihkah aku yang mencari
Dalam bayangan mimpi yang tak pasti

Dalam mencari ku bertemu
Cahaya cintamu yang abadi
Semoga kita kan bersama
Mengharungi lautan bergelora

Cintamu yang abadi
Terpancar dalam hatiku
Indahnya ku rasakan
Tak ingin ku berpisah

Janganlah kau pergi meninggalkan
Diriku yang kehausan
Akan ku cuba buktikan padamu
Cintaku yang abadi
 
#7
Baru sahaja balik dari ambil kereta pasal gearbox rosak....kena jugak la dekat 2 ribu.tp alhamdulillah aku guna duit kenaikkan gaji utk keta tu...arap2 lps ni boleh la bawak sayang dn ank2 jalan2 lepas 3 bulan memerap kt umah ja.huhu
 
#9
Semalam kyu baru balik dari Shah Alam bertemu customer.Bawak la bini dan anak-anak ikut sekali...bila sampai rumah saja tok bagitau yang arnab kyu bela sudah beranak 8 ekor...huhu...kyu ada arnab kampung sepasang,arnab anggora sepasang dan arnab new zealand white sepasang...yang beranak tu arnab anggora dan arnab kampung...masing-masing beranak 4 ekor jadi semuanya 8 ekor lah...arnab kyu ni tak reti nak jaga anak...kyu la kena susukan anak arnab ni dengan susu kucing...minta-minta la umur arnab ni panjang supaya bila dah besar kyu boleh sembelih untuk buat bbq..(ayat macam kejam kan...hehe)...tapi itulah hakikatnya...kyu bela arnab untuk dijadikan santapan...
 

Top