• Sudahkah anda menulis Diari Cinta anda hari ini?
    Sebagai forumer Forum Tentang Cinta, anda kini boleh menulis dan mencoret kisah manis cinta anda di ruangan Diari Cinta. Hanya satu diari sahaja ya dibenarkan untuk setiap seorang.

dream!

are-fiyz

Active Member
#1
[There’s a time reality seems like a dream and a dream seems like reality..

which one is real.. which one is dream... both seems crazy..]


AKU.

“Mana nak lari lagi ni..?” Nafas tidak terasa semput langsung walaupun aku dah berlari sejak 15 belas jam yang lalu tanpa henti.

Boleh daftar masuk world book of records la..

Aku tengok kaki sendiri. Mungkin dah tak nampak macam rupa kaki kut kalau dah berlari macam ribut sejak 15 jam yang lalu.

“Alhamdulillah..” Nafas lega ditarik perlahan. Kaki aku ada lagi.

“Mana kau nak lari lagi hah?” Satu suara menegur aku di belakang.

Baru aku teringat sebab apa aku berlari. Terlupa sekejap kenapa aku berlari tadi gara-gara ada gaung beberapa inci daripada tapak kaki aku yang sedang berdiri sekarang ni. Aku masih waras lagi untuk bunuh diri.

Perlahan-lahan aku berpaling ke arah suara yang menegur aku dengan intonasi menggerunkan segala usus-usus perut.

Aku tengok dia. “Errr… aku takut.” dan entah kenapa mulut aku pandai-pandai cakap yang aku takut.. Spoil.

“Kau takut apa?”

Aku senyap.. aku pun tak tahu apa yang aku takut. Tapi memang aku takut.

Aku nampak dia semakin menghampiri aku. Aku tak tahu mana lagi aku nak lari.. kiri kanan belakang aku gaung yang aku tak tahu sedalam mana sebab aku tengok tadi macam tak nampak pun dasarnya.

Aku gelabah sendiri. Rasa macam nak jatuh gaung.

“Amir!!!!”

Aku dengar nama aku dijerit kuat sebabnya mata aku dah terpejam rapat dan kaki aku dah tergelincir dari tebing aku berdiri tadi.

Aku dah mati ke?

Aku buka mata. Mana ada orang mati buka mata. Tapi mata aku macam boleh buka saja.

Elok saja mata aku terbuka.. Aku nampak dia dan dia senyum.

“Aku tak mati ke?” Aku tanya soalan bodoh. Mungkin betul aku memang dah mati dan dia pun mati sekali dengan aku ke.. kan?

“Tak.” Pendek jawapannya.

Aku tengok diri sendiri kenapa aku masih belum mati-mati lagi..

“Waarrrggghhhhh!!!!” aku jerit.

“Kenapa?” dia tanya.

“Kenapa kau peluk aku hah?” aku tanya balik dengan muka terkejut.

“Aku tak nak kau mati.” Makin erat dia peluk aku.

Aku pelik. Bukan aku lari-lari tadi sebab tak nak dia bunuh aku ke? “Kenapa?” Pendek pulak soalan aku.

Suasana senyap.

Aku rasa mesti dia ni tak faham dengan soalan aku yang pendek tu. Jadi aku pun terangguk-angguk buat kesimpulan sendiri dalam pelukan dia.

“Entah.. aku tak tahu.” Mulutnya macam mengumam sendiri. Perlahan. Tiba-tiba tangan kanan aku ditarik atas dekat dengan bahagian jantungnya. Dilekapkannya di situ.

Aku rasa macam muka aku merah. Entah la.. tak ada cermin nak tengok.

Mata dia merah. Macam menangis.

“Sakit.”

Entah kenapa aku pun terasa sakit tiba-tiba dan dengan automatiknya kedua tangan aku memeluk dia yang masih lagi memeluk aku erat.

Mungkin sebab aku turut rasa apa yang dia rasa. Jadinya aku tumpang simpati la kut..

Nonsense.

Dia mendongakkan muka.. dengan matanya yang penuh air mata..

Please.. don’t wake me up..
 

are-fiyz

Active Member
#2
“Pangggg…” bunyi penampar.

Paha aku sengal semacam. Pedih pun ada jugak. Dia dah hilang. Berganti dengan muka luqman yang tak sampai 3 inci dari muka aku.

“Huh?” Aku pelik.

Luqman dah menjarak dari aku. Aku perasan bila muka dia macam jauh 2 meter dari muka aku. Kepala yang tak gatal aku garu-garu dengan semangat.

“Mana dia?”

Luqman terkebil-kebil dengar soalan aku. “Huh?”

“Mana dia??” aku tanya lagi sekali dengan intonasi yang dikeraskan sedikit dari tadi. Gaya macam nak marah pun ada.

“Siapa dia??” Luqman pun tegas semacam apabila dia tanya balik kat aku. Marah kut.

Aku senyap.

Memikir..

“Sekarang pukul berapa?” Aku tanya lepas seminit dua aku senyap.

“lima! Asar cepat!” Terus luqman bangun lepas buat arahan gaya ibu-ibu marah anak yang malas nak solat. Luqman memang boleh jadi seorang ibu yang baik..

“Hmm..” malas aku menjawab.

“Jangan tidur balik!”

“Baik ibu!!!”

Rasa malas menggunung tinggi. Aku malas nak bangun lagi. Aku nak tidur balik. Mata aku tutup semula..

Please.. come back to me..

Please...

“Amiiiiirrrrrrrr!!!! Aku cakap bangun! Bangunnnnn!!!!”

Spoil.. Memang harapan la nak sambung balik mimpi tadi. Aku benci Luqman!

Pintu bilik air aku hempas kuat-kuat tanda tak puas hati.. tak puas hati ada manusia yang kacau mimpi aku.. Geram!

Selesai mandi dan solat asar, aku menapak ke dapur. Mata tercari-cari kelibat luqman di dalam rumah yang sunyi sepi ni..

“Man!” Aku jerit nama Luqman. Mungkin dia akan menyahut..

“Yo!”

Kan dah cakap.. tapi mata aku masih tak nampak kelibat Luqman. Suara saja bunyi.. tuannya di mana?

“Mana kau?”

“Sini.”

Sini? Mana sini?

“Sini.”

“Mana?” Aku tanya lagi. Suara macam dekat tapi tak nampak kat mana-mana pun.

“Sini.”

Aku rasa macam .. pelik. Aku pandang atas kepala aku..

“Warggghhh!!!”

“Kenapa?” Luqman bertanya pelik.

“Macam mana kau boleh melekat kat siling atas ni hah?” Sakit jantung aku tengok housemate sendiri dah macam cicak melekat kat siling.

Cicakman= Cicak-Luqman????

Nonsense.

“Kau dah lupa ke?”

“Lupa apa?” Ada benda yang aku lupa ke? rasanya macam tak ada jer pun..

“Aku kan cicakman..”

“Huh?”

Bulu mata aku rasa macam gugur bertaburan atas lantai. Apakah semua ini?? Mengarut!

Aku tengok luqman yang melekat atas siling dengan mata yang tak boleh nak berkelip-kelip macam orang normal dah.

“Kenapa? Tak percaya eh??”
 

dieda

Well-Known Member
#3
wa syak amir ni msh bermimpi
dan2 luqman tu melekat kt siling ala2 cicak lak
agk2 lps tu mst luqman jd spiderman,,,xpon kluangman
wa fenennnn:confused::confused:
 

are-fiyz

Active Member
#4
wa syak amir ni msh bermimpi
dan2 luqman tu melekat kt siling ala2 cicak lak
agk2 lps tu mst luqman jd spiderman,,,xpon kluangman
wa fenennnn:confused::confused:
hak3.. jgn pening2 lg... if nk bce next post, kne make sure mnyk cakapak ad sblh.. konfem x pening.
 

are-fiyz

Active Member
#5
“Amir.. bangun..” Aku terasa badan aku digoncang kuat.

“Bangun please..” Pipi aku terasa diusap-usap lembut.

Aku buka mata.. “Hmmm?” Meleret-leret bunyi suara aku memberi respon kepada si pemanggil.

Tiba-tiba aku dipeluk erat.

What happen?? Serious tak faham.. Mana perginya si Luqman tadi??

“Kau okey ke?” tanya dia.

Aku terkebil-kebil. Aku okey? Kenapa dengan aku? Apa dah jadi dengan aku?? Tapi aku macam tak mampu nak bersuara pulak. Kenapa eh?

Mata aku pun macam layu semacam.. macam nak tertidur balik.

“Amir!” Suara dia menampar telinga aku kuat.

Aku kembali terjaga.

“Kau jangan pejam mata. Tolong bertahan kejap. Nanti ambulans sampai.” Rasa kehangatan pelukan dia sampai kat aku. Tapi..

Ambulans??

Aku cuba bergerak dalam pelukan yang erat tu. Susah kut..

“Jangan banyak bergerak sayang. Nanti luka kau makin teruk.” Dia melarang aku dengan kesungguhan yang jitu. Mungkin..

Aku tak peduli. Aku rimas! Nak saja aku tolak dia kuat-kuat dan jauh daripada aku.. tapi macam susah saja. kenapa susah sangat aku nak bergerak ni hah?

Aku makin geram.. “Tepi laaa!!!!”

Akhirnya aku berjaya.. Tiba-tiba kepala aku terasa sakit. Pantas tangan aku memegang tempat yang sakit.. terasa panas suam di situ..

Apa ni?? aku tengok tangan sendiri..

Darah?

Tapi kenapa? Apa dah jadi dengan aku? Aku mula pening. Pandangan aku kabur. Aku dapat rasakan tubuh aku hampir rebah.

“Amir..”

Panggilan dari dia lagi..

“Kenapa kau ni degil sangat hah? Susah sangat ke nak dengar cakap aku? Kau tu dah cedera tau tak!!” Dia marah.

Aku dapat rasakan tubuh aku dipeluk sekali lagi.. mungkin dia tak nak aku jatuh. Entah la.. aku pening.

“Kenapa dengan aku?” aku cuba bertanya.. susah nak tanya soalan panjang-panjang, aku pendekkan sesuka hati. Tolong la faham soalan aku ni..

“Bodoh!”

Huh? Bodoh? Siapa bodoh? dia? mustahil la aku yang bodoh..

“Kau ni memang bodoh! Bodoh!!” dia jerit kuat-kuat. Sudah la peluk aku.. lepas tu jerit tepi telinga aku pulak tu.. sedap pulak cakap aku bodoh.. tak boleh jadi ni!!

Aku nak marah. Pantang rasanya kalau orang cakap aku bodoh. Aku genius tahu tak. Genius!! Perasan sekejap.

Aku tarik nafas berat. Nak marah.. “Kau..”

Terus tak jadi nak marah.. dia dah menangis teresak-esak sambil cakap bodoh-bodoh kat aku. Apekehal pulaknya dah ni??

Aku tahan saja telinga dengar perkataan bodoh tu.. selebihnya aku rasa sakit. Hati aku sakit.. mendengar tangisan dia..

“Shuuu..” Aku membalas pelukan dia yang masih menangis. “Please don’t cry..”

Tapi tangisan dia makin kuat.

Hati aku makin sakit..

“tolong.. jangan menangis lagi..” aku merayu. Sakitnya hati aku lebih teruk daripada sakit luka di kepala.

Tangisan dia makin reda.. Syukur..

Dia mendongakkan wajahnya melihat aku. Aku tengok matanya masih berkaca dengan air mata. “Please.. don’t ever do that again.. don’t you dare to risk your life for me..” dia marah bersama esakan kecil.

Aku senyum. Entah kenapa aku suka..

Dia..
 

dieda

Well-Known Member
#6
kalau si amir btl2 bermimpi,,rs nk lempang jek:lol::lol::lol:
cb atur elok2 sikit mmpi tu,,,bio tersusun,,,
ni minyak kapak sebotol pon xcukup:D:D:D
 

are-fiyz

Active Member
#8
kne mntak sponsor kilang pnadol la nmpknyer utk spe2 yg tbcer ksh amir ne.. hak3.. :D

nmpknyer kte ad pngarah la tuk cter ne.. :D ok boss.. here we go.. (y)
 

are-fiyz

Active Member
#9
“Kenapa senyum? Kau okey tak ni?” Dia tengok aku pelik mungkin.

Aku malas nak cakap apa-apa. Kepala sendiri masih pening. Sakit satu hal. Serabut satu hal.. Sebenarnya apa yang dah jadi ni??

Aku mimpi lagi ke ni?? Tapi kenapa sakit kat kepala aku ni macam real???.. Aku pegang lagi luka yang terasa masih basah di kepala.

“Jangan pegang!” Pantas tangan aku ditarik dia. Mata kami bertentangan.

“Kenapa?” Aku tanya.. Kenapa tak boleh pegang? Aku punya suka la nak pegang. Kepala aku kut. Bukannya kepala dia.

Sibuk saja..

“Luka kau teruk. Kepala kau terhentak dengan besi tu..” Mata dia dihalakan dekat besi yang terletak betul-betul sebelah tempat aku dan dia sedang duduk sekarang ni.

Aku turut tengok arah pandangan dia. Hujung kepala besi tu ada kesan darah. Mungkin darah aku kut. Suasana sekeliling sunyi sepi. Seorang manusia pun tak nampak kecuali dia. Aku yakin. Aku…..

“Mimpi ke ni?” terkeluar soalan yang aku asyik tertanya-tanya dari tadi.

“Hahaha..” Dia ketawa.

Pelik ke soalan aku?

Aku memikir sendiri. Hmm.. Ada ke orang yang tengah bermimpi tanya diri sendiri mimpi ke tak?? Macam bukan mimpi jer pun..

Kalau bukan mimpi..

“Pangg!!”

Aku kena tampar lagi.. Aku tengok si penampar paha aku.. “Kenapa kau tampar aku hah??!!!” Marah kut.

Muka dia senyum saja. Suka agaknya dapat tampar orang cedera parah macam aku ni..

“dah kau tanya mimpi ke? aku tampar jer la..” selamba saja jawapan dia. Muka tak bersalah langsung lepas buat penganiayaan kat orang.

“kau ni pun, bajet-bajet la nak tampar aku.. tempat yang sama kut kena tampar tadi. Mau lebam la kaki aku..”

“kena tampar tadi??” dia tanya aku dengan muka pelik.

“Hmm..” Aku mengangguk..

“Siapa tampar kau?”

“luqman. Housemate aku..”

“Kenapa dia tampar kau?”

“Oo.. sebab aku tidur. Lepas tu aku tak solat asar lagi..”

Masing-masing senyap. Aku dapat rasa pipi aku dah basah dengan darah yang mula mengalir. Dalam kepala aku pula sibuk memikir..

“Lepas tu kau buat apa?” dia tanya lagi.

“Aku bangun la. Mandi, solat..” Aku pejam mata.. Aku buka balik.. Aku nampak dia.. Masih sama.

Betul la aku memang tak bermimpi sekarang ni..

“Lepas kau solat kau buat apa?”

Aku diam memikir.. Aku pelik sendiri.

Muka dia aku tengok lama-lama.. Perlahan-lahan aku pegang pipinya dengan tangan aku yang penuh darah.

Am I dreaming right now??” Aku tanya sambil usap-usap pipinya.

Dia pegang tangan aku dekat pipi dia. “Do you feel like one?”

Nope..” Aku fikir lagi..

Then you’re not dreaming right now..” Dia senyum.. Aku pun tersenyum.. Tiba-tiba senyum aku mati..

Aku terus bangun dari pelukan dia. Dalam keadaan berdiri yang tak stabil.. macam terhuyung-hayang pun ada..aku rasa la.. aku cekak pinggang.

Dia tengok aku dengan muka pelik.. “Kenapa ni?”

“Kau jangan tipu aku la!! aku tahu aku tengah mimpi sekarang ni!!” Aku tuding jari telunjuk tangan kiri aku kat dia. Tangan kanan pula aku buat cekak di pinggang sendiri.

Bajet action bagus..

“Kenapa pulak?” dia tanya balik.

“Sebab aku tak kenal pun kau siapa!”
 

are-fiyz

Active Member
#10
Astaghfirullahal’azim..”

“Kenapa kau istighfar pulak??” Aku pelik.. Aku tengok mulut dia terkumat-kamit.

Dia tak jawab pun soalan aku.. Tiba-tiba dia bangun berdiri betul-betul depan aku. Jarak aku dan dia sangat rapat.

Aku kaku. Tak tahu kut nak buat apa.. Selalunya orang akan buat apa eh kalau ada perempuan yang tak dikenali berdiri dekat-dekat macam ni??

Main tendang-tendang??

So cool.. Aku berharap sangat dapat tendang dia ni jauh-jauh.. Kerja melekat saja dengan aku dari tadi.

Tiba-tiba…

Aku jatuh.. Jahat punya manusia.. Baru aku fikir nak main tendang-tendang dia dah tendang aku dulu..

Ambik pengajaran amir.. lain kali kau jangan fikir-fikir.. buat terus.. baru tak menyesal di kemudian hari.

“Amacam? Sakit tak?” Aku tengok dia senyum sinis.. Tangan dia dihulurkan depan aku yang terduduk cantik dan sopan santun atas tanah ni.

Malas aku nak sambut huluran tangan orang yang tendang-tendang aku. Merajuk.

“Sakit tak?” Dia ulang tanya lagi.

“Sakit laaa!!!” Ambik kau. Aku tengking balik. Siapa tak sakit kalau dah kena tendang sampai jatuh.

“Dah tu kau rasa kau tengah mimpi ke sekarang ni? Ada nampak macam aku ni tengah menipu ke?” Dia bercekak pinggang dan buat muka tak puas hati dekat aku.

Aku mencebik.

“Kalau kau tak tipu aku kenapa kita kejar mengejar lari melari sampai 15 jam?” Aku tanya balik. Tiba-tiba aku teringat aku main lari-lari dengan dia ni.

“Lari melari???” Muka dia dah macam kena sembelit kronik.

Hmm.. Aku angguk-angguk. Tapi ada ke word lari melari?? Macam tak pernah dengar pun..

Whatever.

“Hah!” Aku petik jari. Muka aku pun bersinar-sinar..

“Apesal?” Muka dia pelik tengok muka aku yang bersinar-sinar. Mungkin.

“Kau memang penipu.”

“Kenapa pulak?” Dia tanya sambil mendekatkan badannya kepada aku. Aku menjarak. Tak sanggup rasa kena peluk lagi. Semacam ada satu feeling apabila kena peluk dengan dia ni..

I hate that feeling..

“Kau cakap..” Aku tengok mata dia.

Cantiknya mata.. Rasa macam terpegun sekejap.

“Aku cakap??” Dia tanya aku balik sebab ayat aku macam tergantung. Siapa suruh dia tenung aku dengan mata cantik tu.. memang la boleh terkelu dan terbeku lidah ni..

Aku geleng-geleng kepala sambil pejam mata dan tengok tempat lain. Tak boleh tergoda dengan dia ni!!

Tiba-tiba tubuh aku terasa digoncang kuat.

Aku tengok dia memegang kedua lengan kiri dan kanan aku sambil menggoyangkan badan aku.

Pelik eh.. “kau ni dah kenapa?” Aku tanya dengan kepala yang tergoyang-goyang.

“Cakap cepat aku cakap apa!”

Laa.. nak suruh aku cakap saja pun tak payah la nak buat scene macam gempa bumi dekat aku.. Huh.. tension. Bergegar otak.

“Kau cakap..” Aku tengok dia..

“Aku cakap..” dia tengok aku..

Masing-masing tengok satu sama lain. Suasana senyap dengan perasaan yang mendebarkan.. Apesal nak mendebarkan pun tak tahu laa..

Please don’t wake me up!!!” Aku tukar intonasi ayat dia. Daripada intonasi yang lembut dah ala-ala macam menengking pun ada.

Suasana senyap lepas aku menjerit ayat yang dia cakap kat aku sebelum ni.

“Panggg!!!”
 

are-fiyz

Active Member
#13
Pedihnya pipi aku.. Aku kena tampar lagi.. Nak tak nak aku tengok si penampar pipi aku.

“Luqman?”

Thank god you’re awake..” Keluh luqman sambil terduduk menyandar pada tepi katil.

Aku pulak terkebil-kebil sendiri. Apa dah jadi? Kenapa muka si Luqman ni macam kepenatan jer?

“Kau kenapa?” Aku tanya sambil usap-usap pipi aku yang cedera.

“Kau tanya aku kenapa?? Kenapa??? Boleh kau tanya kenapa!!!” Luqman macam nak pengsan lepas menjerit kat aku.

Aku rasa aku dah kecil macam semut.. Kecut perut aku lepas kena sembur macam tu dengan luqman. “Ke..na..pa..nya?” Lambat-lambat aku tanya dengan suara yang tak mahu nak keluar.

Takut.

“Kau tengok kepala kau tu! Kau rasa apa dah jadi dengan kepala kau, muka kau tu hah?!!” Luqman hilang kesabaran.

Entah kenapa dia hilang sabar pun aku tak tahu laa.. Tapi nak tak nak aku pegang juga kepala aku ni..

Basah. Hmmm??

Aku bangun cari cermin.

Astaghfirullahala’zim..” Aku telan liur sendiri lepas tengok muka aku.. kepala aku.. yang dah tak ada rupa..

Hitam!

“Apa ni?” Aku tanya diri sendiri. Tak berani nak tanya Luqman banyak-banyak. Silap-silap dia makan penampar lagi.

“Kopi!!!” Luqman menjawab kuat soalan aku tadi.

“Huh?” Kopi? Datang mananya pulak kopi ni?? Aku memikir sendiri. Sakit rasanya kepala nak mencerna apa yang dah terjadi.

Kaki aku melangkah perlahan daripada berdiri depan cermin almari ke meja kerja aku.

“Wargghhhhh!!!!!!” Aku jerit tak ingat alam semesta. Lupa pula aku ada jiran yang baru bersalin pagi tadi. Boleh meroyan Mak Cik Tin dengar aku yang dah terlebih meroyan ni.

Kenapa aku menjerit??

Sebab.. “Artwork akuuu!!!!!!!” Cepat-cepat aku tarik drawing paper aku yang dah tak nampak colour putih dah tu..

Semuanya dah terlambat. Hitam dan lembik… dan…

“Pap.” Terurai bahagian bawah dan jatuh ke lantai.. “Tap.tap.tap..” Bunyi hujan kopi..

Sedihnya..

Luqman tergeleng-geleng sebab kisah hidup aku hari ni sangat tragis kut. “Amir..” Dia panggil aku.

“Hmm..” Nak tak nak aku respon juga walaupun hati aku dah terbang habis segala semangat untuk hidup lagi.

“Kau solat belum?”

Asar? Aku teringat pasal asar tadi. Cepat-cepat aku jawab.. “Dah asar.”

“Kau tengok tingkap.” Luqman mengarah. Aku pun tengok. Eh??

Aku tengok luqman. Mana jam???? Aku cari jam tak jumpa-jumpa. Luqman angkat kening sebelah sambil berpeluk tubuh dalam posisi menyandar macam tadi. “Asar bila tu??” Dia tanya sambil main naik turun kening.

Bajet macho. Blah laa..

“Pukul berapa sekarang?” Aku tak menjawab soalan luqman pun. Jam berapa sekarang ni lebih penting!

“10.”

“10 pagi?????”

“Dah tu ada ke 10 malam matahari bersinar cerah dan indah macam sekarang ni??” Luqman buat aku terasa bodoh dan bengong. Sabar saja la.

Sebenarnya aku memang tengah dilanda kebengongan yang nyata.. Entah bila masa aku tidur.. aku dah tak ingat apa-apa.

“Kau tak kejutkan aku ke?” Aku tanya dengan muka blur dan hitam dengan kopi yang pastinya.

Luqman tengok aku macam nak telan hidup-hidup.

“Macam nak mati kejutkan kau tahu tak!!!!”
 

are-fiyz

Active Member
#14
“Bila kau kejut aku? Tak sedar pun..” Aku tak hairan dengan ekspresi Luqman yang macam harimau nak bersalin. Harimau bersalin ke??

Luqman picit kepala sendiri. “Asar kelmarin aku kejut kan..”

Haaa… Aku teringat. “Kau melekat kat siling apesal? Kau memang cicakman ke?” Aku tanya kemusykilan yang bermain-main dalam otak aku ni.

Astaghfirullahal’azim..”

“Kenapa kau istighfar pulak??” Aku pelik..

Luqman tak jawab pun soalan aku.. “Kau rasa kau bangun ke?” Soalan yang bunyi tak macam soalan..

“Bangun laa..” aku terus jawab tanpa ragu-ragu.. “kut..” terus jadi ragu-ragu sebab tengok muka luqman macam bapak harimau cari bini bersalin tak jumpa.

Aku cuba ingat balik. Aku rasa aku bangun.. Aku yakin aku bangun.. Tapi rasa macam aku ada terpejam balik. Oo.. aku tertidur balik lepas kena jerit dengan luqman. Memang tak bangun sungguh laa.. patut la si luqman ni jadi cicakman. Huahuahua..

“Kau tanya aku pasal dia.. siapa dia tu?”

“Oo.. dia..”

Luqman angkat kening sebelah. Tak faham. “Siapa?”

Dia.. “entah..” aku menjongketkan bahu. Aku pun tak kenal dia siapa macam mana nak cakap kat luqman yang dia tu siapa..

“Gaya kau macam dah kenal lama.”

Aku angguk. Entah kenapa kepala aku automatik terangguk dengan kenyataan luqman tu.

“Huh? cakap tak kenal.. Macam mana boleh jadi kenal lama pulak dah??” Luqman dah berkerut macam muka berkedut datuk-datuk umur 80 tahun..

Entah laa.. “Aku..” tangan aku melekap pada dada sendiri. Terasa degup jantung. “Kat sini..” aku menepuk pula dada aku beberapa kali..

Senget kepala luqman tengok reaksi aku..

“Sakit..” aku menyambung ayat yang tak habis.

“Huh???” Confirm bengong si luqman ni dengan statement baru aku yang sangat pelik. “Sakit? Jom pergi hospital.” Cepat-cepat dia bangun.

“Bukan sakit jantung laa..” Aku geram.

“Masya-Allah.. kau biar betul??” Luqman terkejut.

Aku pun jadi terkejut dengan muka luqman yang terkejut tu. “Kenapa? Betul laa..” Apa yang betul pun aku tak tahu laa..

“Cepat. Bersiap.”

“Nak pergi mana?” aku pelik.

“Pergi tok bomoh.”

“Tok bomoh? Nak buat apa?” aku fikir sendiri. Muka luqman pula serius. “Bukan sakit tak nampak laa!!!!” Aku jerit. Memang tak memahami betul la dia ni.

Aku lap meja kerja aku yang penuh dengan air kopi guna kain buruk kecemasan dalam laci meja. Habis segala kerja aku seharian kelmarin masuk tong sampah. Luqman tengok saja apa yang aku buat. Baik pulak dia tak bising macam selalu. Simpati kut..

Selesai mengemas meja.. aku tarik tuala yang tersidai elok dekat penyidai tepi almari. Nak mandi. Nak qada solat.. Berapa banyak solat la yang aku tertinggal ni..

Asar? Maghrib? Isyak? Subuh? Banyaknya..

Elok saja nak masuk bilik air.. aku teringat sesuatu. Aku tengok luqman dengan muka yang geram.. Kalau tak sebab…

“Macam mana kopi tu boleh ada atas meja aku hah????!!!!!!”

Luqman dah pecut 400 meter lari keluar dari bilik.

Seingat aku.. masa luqman kejut, mana ada kopi pun.. Mesti dia yang letak.. kalau tak sebab kopi tu mesti artwork aku masih selamat.. Nasib.. Ujian mungkin. Sabar saja la.

Tiba-tiba aku teringat dia.

Aku pegang kepala aku.. Rasa sakit masih ada. Tempat yang sama masa aku dengan dia. Cuma apa yang aku nampak sekarang adalah kesan kopi. Bukan darah. Cepat-cepat aku membersihkan diri. Banyak solat nak kena qada..

Sejadah dihamparkan..

Bayangan dia memenuhi fikiran aku..

A’uzubillahiminassyaithonirrajim..” Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam..
 

are-fiyz

Active Member
#17
Sejadah aku lipat dan sangkut pada penyidai. Tiba-tiba hidung aku terhidu bau yang sangat enak. Mesti luqman tengah memasak.. Hoyeah..

Kaki laju saja melangkah ke dapur. Nasib la betul si luqman ni tengah memasak. Risau pulak kalau aku nampak luqman melekat dekat siling lagi. Macam trauma pun ada.

“Man..” Aku panggil. Luqman membelakangi aku sambil mengacau isi kuali dengan sudip macam gaya chef-chef masak.

“Yo!”

Aku terkebil-kebil. Tolong la jangan cakap aku mimpi lagi.. Tapi kenapa macam sama saja responnya dalam mimpi aku???

“Kau masak apa?” aku tanya luqman macam gaya orang tanya orang yang bukan orang..

Senyap..

Entah kenapa aku rasa berangin semacam dapur ni. Seram sejuk tiba-tiba. “Man??” Aku panggil luqman lagi. Kali ni dia dah tak mengacau isi kuali. Senyap macam patung saja.

“Mann??” kalau aku panggil lagi sekali tak ada respon confirm aku cabut lari keluar daripada rumah ni. Mintak tolong dan simpati jiran-jiran tetangga kat luar sana.

Luqman pusing menghadap aku.

Aku mengurut dada. Lega. Luqman masih normal lagi. Terus kerusi meja makan depan mata aku tarik dan duduk. Nak makan!

Luqman meletakkan pinggan nasi tambah saiz xxl yang penuh dengan nasi goreng berasap-asap atas meja makan. Pinggan makan untuk aku pun dia ambilkan sekali dengan sudu dan garpu.

“Waahhh..Terasa macam puteri raja pulak..” Aku tengok luqman sambil tersengih-sengih.

“Dah kenapanya puteri pulak?? kau tu kan lelaki? Nak tukar jantina ke??”

Aku mencebik. “Suka hati aku la nak jadi puteri raja pun. Tak boleh ke lelaki jadi puteri??” Hahaha.. Pecah ketawa aku tiba-tiba.

Luqman blurr..

Whatever..

Sambil makan.. aku perasan luqman kerja tengok aku. Apekehal?? Tapi aku buat tak tahu saja. Lapar kut. Tak ada masa aku nak melayan romantik si luqman ni..

Habis aku kunyah dan telan.. aku dah tak tahan..

“Kau ni dah kenapanya tengok aku macam nak telan? Aku tahu la aku handsome.. tak payah tengok lama-lama. Malu ni..” Aku kibas-kibas tangan kat muka sendiri.

Aku tak tengok pun muka luqman. Rasa malu sungguh la pulak.. Haru.. Dah bertukar watak ala-ala puteri raja sungguh dah ni..

Tiba-tiba..

Aku terkedu..

Muka aku dipegang luqman dengan tangan kirinya. Pipi aku diusap-usap.. Oomaaii.. What is this??

Mata kami bertentangan. Melahirkan satu perasaan yang lain macam. Sebu perut aku.

Tiba-tiba aku teringat dia. Dia pun pernah buat macam ni kat aku. Apakah semua ini??

Kenapa pulak dengan luqman ni? Nak main manja-manja dengan aku pun tak payah romantik pelik semacam..

Ni yang nak marah ni..

Tapi jari-jari luqman masih setia mengusap lembut pipi aku.

Eiii.. geli! geli!

Nasi dalam mulut pulak macam tersekat kat paru-paru. Tak boleh nak masuk perut. Rasa macam semua gigi-gigi aku pun missing in action tiba-tiba.

Aku mimpi lagi ke???

“Warggghhhh!!!! Kenapa la aku tak bangun-bangun lagi ni??
 

are-fiyz

Active Member
#18
“Pap!”

Kepala aku diketuk tiba-tiba. Dengan senduk nasi goreng???

Luqman tergeleng-geleng. “Kau ni dah banyak sangat tidur ke tak cukup tidur hah? Aku cakap dah kan tak payah nak kerja macam kau tu badang!”

Ooo.. Lama tak dengar pasal wira namanya badang. Selalunya suppermen, attromen saja.. Mata aku pun jadi bersinar-sinar lepas dengar nama badang.

“Pap!”

Lagi sekali kepala aku kena ketuk. “Kau ni kenapa??” Cepat-cepat aku tarik senduk nasi yang dah bertukar kepada senjata berbahaya tu dari tangan luqman.

Luqman mengeluh. “Kau ni amir.. aku tengok kau dah macam mumia tak pakai baju sejak akhir-akhir ni.”

“Mumia tak pakai baju??” Pelik eh. Tak faham aku dengan perumpamaan baru luqman ni. Ada ke mumia pakai baju? Diorang bukan kena balut dengan tisu tandas ke??

Luqman geleng-geleng. “Kau ni!! Maksud aku.. kau ni mumia yang tak macam mumia la..”

Muka aku ada aura hitam.. kelam.. dalam pekat malam.. memang tak paham!! “Kenapa pulak aku ni mumia?? Aku ni amir la. Amir is orang. Orang is human. Human is not mumia la.”

“Pakai sikit otak kau tu ikut logik amir. Jangan asyik-asyik otak seni kau tu 24 jam. Boleh terbakar hangit otak kanan kau sebab overused.” Luqman meneruskan suapan nasi goreng yang tak luak-luak dari tadi.

Aku senyap. Memikir. Cuba dengan bersungguh-sungguh untuk pakai otak kiri. Berkerut-kerut muka aku. Senget benget kepala jadinya. Pusing dan juling-juling mata ni.

Luqman stress!

“Amir!! Aku serius ni! Boleh pulak kau main-main..” Naik satu tingkat level suara si luqman ni.

Aku kembali normal. “Aku serius la.. Kau nampak aku main-main ke?” Memang aku serius pun. Aku tak nak otak kanan aku hangit. Ooo tidaak..

“Ya Allah.. sabar jer la.”

“Serius la weh.. Aku tak paham kut. Sakit otak aku ni..” Aku picit-picit kepala sambil sambung kembali makan nasi.

Luqman mengeluh lagi. “Kau ni amir.. maksud aku, kau ni orang yang tak macam orang dah la. Sebab tu aku cakap macam mumia tak pakai baju. Kalau mumia tak pakai baju nampak macam mumia ke?? memang tak la kan..”

“Dah tu nampak macam apa??” Aku blur lagi. Dalam kepala otak aku ni tengah berusaha berimaginasi macam manakah rupanya si mumia sekiranya dia tak pakai baju.

“Amir!!!”

“Okeh bos! Tak tanya dah.” Aku terkejut. Takut pun ada. Entah kenapa la si luqman ni emo semacam. Pening eh..

Suasana antara kami senyap dengan suara. Tapi bising dengan… “krupp.. krapp.. krookk.. krekkk..” Banyak sungguh sayur dalam nasi ni. Baik untuk kesihatan.. bagus la kan?

“Pipi kau okey?”

“Pipi?” Aku blur dengan soalan luqman. “Kenapa dengan pipi aku?” Terus aku pegang pipi sendiri. Sudu dah letak atas pinggan kosong.

“Meh sini aku tengok..” Tangan luqman panjang nak mencapai muka aku. Gayanya nak buat macam tadi.

Macam tadi????

“Eh tak payah!! Tak payah! Aku pegang sendiri.” Cepat-cepat aku tutup kulit muka aku dengan kedua tapak tangan. Nak mengelak dari berlaku sentuhan yang mengsensitifkan urat saraf macam tadi.

Tak sanggup!

Tiba-tiba.. “Hakhakhakhakhak..” Pecah ketawa luqman. “Sensitif jugak kau ni eh amir. Aku tak sangka kau ada sikap feminin cam ni.” Dia gelak lagi.

Aku buat muka. Tak puas hati kut. Aku feminin?? Tolong! “Kenapa dengan pipi aku?” Aku tanya balik.

Sorry la. Aku tak sengaja tampar muka kau tadi. Macam dah biru jer aku tengok. Sakit tak?”

“Kau tampar aku?? Kenapa?” Aku blur.

“Kau tak ingat??!!!” Emosi luqman macam perempuan mengandung tiba-tiba.

Aku geleng. Takut-takut.

“Kau tengking aku siap pakai bahasa inggeris.. cakap please don’t wake me up tu.. kau cakap kau tak hengat??!!!!”
 

are-fiyz

Active Member
#20
Aku terkebil-kebil. Aku cakap bahasa inggeris?? Wow.. Nak tak nak aku fikir balik. Ada ke aku buat scene main tengking orang tadi?? Rasanya macam tak de pun. Dari tadi luqman ni yang asyik tengking aku ada la.

Hmm.. please don’t wake me up eh?? Macam pernah dengar ayat tu. Tapi di mana ya??

Luqman buat muka stres dekat aku. Makin stress aku nak mengingat apa yang dah jadi.. Sakit otak.. Sakit otak..

Aku pejam mata dan bayangkan apa yang telah terjadi..

dan… “Aku tak ingat laa..” tergeleng-geleng kepala aku tanda aku telah gagal untuk ingat balik apa yang dah jadi.

Tiba-tiba saja tubuh aku terasa digoncang kuat.

Aku tengok luqman dah memegang kedua lengan kiri dan kanan aku sambil menggoyangkan badan aku.

Bila masanya luqman datang sebelah aku ni??

Pelik eh.. “kau ni dah kenapa?” Aku tanya dengan kepala yang tergoyang-goyang.

“Cepat ingat aku buat apa!” Luqman marah..

Laa.. nak suruh aku ingat saja pun tak payah la nak buat scene macam gempa bumi dekat aku.. Huh.. tension. Bergegar otak.

“Kau buat..” Aku tengok luqman..

“Aku buat..” Luqman tengok aku..

Masing-masing tengok satu sama lain. Suasana senyap dengan perasaan yang mendebarkan.. Apesal nak mendebarkan pun tak tahu laa..

“Woi!! Apesal macam mimpi tadi saja ni??” Aku terjerit akibat terasa macam sama saja apa yang dah jadi sekarang dengan dalam mimpi tadi.

Suasana senyap lepas aku menjerit...

“Panggg!!!”
 

Top