• Sudahkah anda menulis Diari Cinta anda hari ini?
    Sebagai forumer Forum Tentang Cinta, anda kini boleh menulis dan mencoret kisah manis cinta anda di ruangan Diari Cinta. Hanya satu diari sahaja ya dibenarkan untuk setiap seorang.

dream!

are-fiyz

Active Member
Aku tengok luqman dengan mata yang terkebil-kebil. “Kau kenapa?” Rasa macam nak tumpah saja air mata lelaki aku ni.. sensitif ooo.

Kedua-dua pipi aku pegang dengan tangan. Riak muka aku memang dah sedih sangat-sangat. Kenapa aku harus menerima ‘tamparan’ yang sangat hebat hah???

“Kau ni tak habis-habis cakap pasal mimpi! Bila kau nak sedar hah???” Luqman dah terjerit-jerit macam orang kena malaria.

Ada ke orang malaria menjerit-jerit?? Bukan histeria ke?? Whatever..

Aku tengok luqman dengan muka sedih.. dah memang betul.. sebijik macam dalam mimpi.. cumanya..

Aku pegang muka luqman..

Luqman pulak tengok aku dengan muka pelik. “Kau apesal? Kau ni dah bangun ke belum hah?” Dia tanya aku dengan muka ragu-ragu pulak.

Aku dekatkan muka aku ke arah muka luqman. Jarak tak sampai beberapa inci pun.. Tiba-tiba aku perasan yang muka luqman dah macam menjarak sedikit.

“Kau.. Kau..” Suara luqman pun dah tergagap-gagap sambil bertentang mata dengan aku.. “Kau nak buat apa ni mir?”

Aku tenung lama-lama mata luqman.

Luqman rimas. Mungkin. Sebab aku rasa dia cuba nak lepaskan diri daripada pegangan aku yang agak kejap ni. Lantak laa. Aku cuma..

Aku nampak luqman dah pejam mata.. Apekes????

Pecah ketawa aku tiba-tiba. Aku lepaskan tangan dari muka luqman. Senak perut sebab ketawa tak ingat dunia. Boleh cirit-birit free punya la..

Muka luqman dah masam.

“Apesal kau pejam mata hah??” Aku tanya dengan ketawa yang masih tak boleh nak cool down lagi. Entah kenapa aku rasa act si luqman tadi macam comel saja..

Luqman lari tiba-tiba.

Heh?

“Weh!!” Aku jerit panggil luqman yang dah menghilang.

“Luqman!! Kau ni dah kenapa pulak hah??” Aku pun bangun dari kerusi dan melaksanakan misi mengejar luqman.

“Gedebangg..” Bunyi pintu dihempas kuat.

Aku terpacak depan pintu bilik luqman sambil terkebil-kebil. Aku dapat rasa jantung aku dah tak berdegup lagi. Mungkin sebab terkejut kut. Dapat heart attack tahap kronik terus.

Lepas aku rasa jantung aku kembali normal.. “tuk..tuk..tuk..” aku cuba mengetuk pintu bilik luqman. “Weh.. kau apesal??” Aku pulas tombol pintu pun tak terbuka pintunya. Sah la mamat ni kunci dari dalam..

“Kalau kau rasa kau tak bangun-bangun lagi.. jangan cari akuuu!!!” Terdengar suara luqman menjerit dari arah dalam bilik.

Mata aku terus tak dapat nak kelip-kelip lagi dah. Warghhhh aku dah makin tak normal!!!

Terus aku tampar-tampar pipi sendiri.

“Bangun amir.. bangun..” Tangan masih tak serik-serik dari mendera pipi sendiri. Lepas tampar aku picit-picit.. cubit-cubit.. “Amir.. kau kena bangun.. bangun..” Aku menyuruh diri sendiri bangun.

Mata aku pejam celik pejam celik banyak kali. Nak make sure aku memang tengah dalam keadaan sedar.

Aku buka mata.. aku nampak pintu bilik luqman.. Aku pejam.. aku nampak gelap. Ni macam real..

Aku buka mata.. aku nampak gelap.. Aku pejam.. aku nampak pintu bilik luqman. Yang ni macam tak berapa nak real jer pun..

Apa dah jadi dengan aku ni??? Apa dah jadi niii??? Aku tenyeh-tenyeh mata aku dengan kedua tangan. Kenapa dengan kau si mata??.. oii mata oiii.. jangan buat trick lagi!! Aku penat ni..

Tiba-tiba telinga aku dengar bunyi pintu dibuka. Dapat dengar saja sebab mata aku masih pejam rapat. Takut nak buka.

“Amir..”

Aku buka mata sedikit-sedikit sampai la terbuka luas.. dan automatik terbeliak..

Lidah aku macam kelu.. Mulut aku dah ternganga.. Tapi aku nak bersuara jugak..

“Kau..”

Dia senyum..
 

are-fiyz

Active Member
“Kau??”

Dia angguk sambil senyum..

“Tapi kenapa..” Aku keliru.. Aku yakin sangat-sangat teramat sangat dan tersangat la amat-amat sangat yakin yang aku tak mimpi.. Bahasa sendiri pun dah fail demi membuktikan keyakinan aku yang tak berbelah bahagi ni.

Tapi.. dari mana datangnya dia ni??

Tiba-tiba aku kena peluk.

Huh?

“Weh!” Aku rimas. Dia ni tak rimas ke kerja peluk-peluk orang saja??

Aku cuba nak melepaskan diri dari pelukan dia ni. Kuat betul. Boleh putus urat saraf kalau dah selalu sangat kena peluk gaya macam ni.. Hish.

“Kau tak sedar-sedar lagi ke mir??” Suara dia berbisik pada pendengaran aku.

Muka aku berkerut mendengar pertanyaan dari dia. “Aku..” Aku tak tahu nak cakap apa. Aku sendiri keliru.

“Siapa kau ni eh?” Aku tanya sambil membalas pelukan dia. Rasa rimas dah berganti dengan selesa.

“Aku?”

“Hmm..” Aku angguk-angguk. Dah lama aku nak tahu siapa dia ni. Asyik-asyik kacau mimpi aku.

“Kau tak kenal aku?”

Aku geleng untuk menjawab pertanyaan dari dia.

Keadaan aku dengan dia masih berpelukan depan pintu. Pintu???

Terus aku ditolak. Pelukan kami terlerai. Aku tengok dia.. senget benget kepala aku.. Luqman? Dua biji mata aku nampak luqman.

“Kau tak kenal aku mir?” Luqman tanya dengan suara yang menekan. Scary..

Aku terkebil-kebil. Tak tahu nak jawab apa. Pergi mananya dia tadi?? Dari mana datangnya luqman pulak ni??

Jadinya?? Apa dah jadi ni??

“Aku tanya ni amir!” Suara luqman dah meninggi.

“Hah?” Aku terkejut.

Tiba-tiba aku terasa macam diheret. Tangan luqman menggenggam erat tangan aku dan diheretnya ke..

Bilik air?

“Kau nak buat apa ni man?” Aku tanya dengan muka ragu-ragu. Apesal tiba-tiba nak masuk bilik air pulak ni. Jangan cakap nak mandi sekali. Aku dah mandi kut tadi..

Luqman senyap saja. Tapi aku nampak dia dah mencedok air dengan gayung.

“Luqman..” Suara aku memberi amaran. Aku tak sedap hati.. Rasanya macam kena mandi lagi ni..

“Bangun amir! Bangun!!” Serentak dengan suara luqman yang dah menjerit macam ayam nak kejut orang pagi-pagi.. aku pula rasa macam dah nak mati lemas.

Oksigen.. oksigen..

Suasana senyap. Hanya kedengaran bunyi nafas aku yang macam tak cukup nafas nak bernafas. Lambat juga aku nak stabilkan pernafasan sendiri. Terbatuk-batuk jadinya.

“Kau kenapa hah?” Aku bersuara geram lepas nafas dah okey. Terus hilang ingatan apa yang telah terjadi tadi.

“Kau dah bangun ke?” luqman tanya sambil mengecilkan matanya merenung aku. Aku nampak tangannya dah kembali mencedok air lagi.

Terus aku pegang tangan luqman. Tak sanggup rasa nak mati lemas. “Kau nampak aku tutup mata ke hah? Mesti la aku bangun dah!”

Luqman mencebik. “Kau tu tutup mata ke buka mata ke.. sama saja!” Terus dia tepis tangan aku yang nak menghalang dia daripada menyambung scene lemas tadi. “Kau kenal aku ke tak ni?”

“Huh?” Aku pelik. Apesal la luqman ni tanya soalan pelik-pelik. Buang tebiat la kalau aku tak kenal si luqman ni.

“Jawab amir!”

“Kenal la.. Kau ni kenapa hah luqman? Sakit ke?” Aku tanya balik. Terus tapak tangan aku melekap pada dahi luqman. Nak pastikan yang luqman ni sihat walafiat.

Luqman tersandar pada dinding bilik air sambil mengeluh. Dia tengok aku dengan muka penat. Penat?

“Aku penat amir.. penat.”
 

dieda

Well-Known Member
gue rs bkn amir yg fenennn
tp penulisss cite ni yg fenennnnn:D:D:D
mybe die karang cite ni dlm keadaan yg mamai plus kepeningan
so,,watak dlm cite ni sume ala2 dreamingggg belake:rolleyes::rolleyes:
jgn maraahhh aaaaa:p:p
 

are-fiyz

Active Member
Aku pun penat luqman.. Aku dah tak tahu nak beza.. mana satu realiti.. mana satu mimpi..

Kaki aku malas sudah nak menampung badan sendiri. Terus aku terduduk atas lantai bilik air yang basah ni. Dah tak kisah basah ke tak sebab sendiri pun dah macam lepas buat acara renang.

“Amir..” Luqman panggil aku perlahan.

Aku tengok lantai. Aku nampak dia. Dia dalam bayangan air di lantai.. Keluhan berat aku lepaskan. “Kau siapa hah?” Perlahan saja suara aku bertanya pada bayangan yang aku nampak.

Kenapa kau kacau aku?? Apa salah aku hah?? Kenapa mesti kau kat mana-mana pun??

“Amir..” Luqman panggil aku lagi..

“Hmmm..” lemah aku menjawab panggilan luqman. Pandangan aku masih setia di lantai.

Luqman tarik tangan aku untuk bangun. Tapi aku lepaskan.

“Amir..” Luqman duduk jugak akhirnya. Mungkin penat nak menyuruh aku bangun dari bertapa atas lantai.

Tangan luqman memegang muka aku yang menunduk. Didongakkannya muka aku menghadap dia. “Amir.. Kau.. Kenapa ni?”

Aku larikan muka aku dari menghadap muka luqman. Mungkin luqman dah perasan mata aku yang dah berair dengan air mata. Entah kenapa tak tahu aku semangat sangat nak buat drama air mata.

Malu..

“Amir.. Kau ada masalah ke?”

Aku geleng. Masalah apa pun aku tak tahu. Cuma satu saja masalah aku sekarang ni.. Dia!

“Kalau kau tak de masalah.. kau takkan macam ni. Penat aku dengan perangai pelik kau yang tiba-tiba tu. Kau cakap.. apa masalah kau.” Luqman mendesak.

Kami sekarang dah macam berkelah bawah air terjun yang tak diterjunkan. Shower atas kepala kalau dibuka memang boleh buat scene sedih sekarang ni. Tiba-tiba aku rasa macam nak mandi hujan sambil duduk.

“Amir.. please la.. tell me.. apa masalah kau..”

Hmmm.. masalah aku? “Aku tak de masalah pun..”

“Kau tak payah nak tipu aku la.. Tak ada masalah apa kalau dah kau tak sedar-sedar langsung walaupun mata kau tu terbuka macam orang tengah sedar. Kau ada penyakit apa-apa ke weh?” Luqman buat kesimpulan sendiri.

Aku ternganga.. Senget benget kepala aku tengok luqman.

Means?”

Means apanya?? Kau tu dah macam orang kena sampuk tau tak!”

“Sampuk?”

Luqman angguk laju-laju.

Masing-masing senyap.

Tiba-tiba.. Aku tengok luqman. Luqman pun tengok aku.

Don’t tell me..” Luqman buat mata kecik kat aku. Aku pulak buat mata besar..

I’m dead..” Itu kesimpulan aku.

Pandai-pandai aku buat kesimpulan sendiri. Gaya macam boleh teka ayat tergantung luqman yang tak habis lagi tu.

Luqman pulak tergeleng-geleng. Dia peluk aku. “Amir.. Kesiannya kat kau..”

Huh?

“Tu la.. Kesian gila kat aku.. Apa aku nak buat ni man??”

“Jom.” Luqman bangun..

Tangan aku ditariknya sekali agar turut bangun. Tapi aku masih tak bangun-bangun lagi.

Aku mendongak tengok luqman. “Nak gi mana?”

“Tok bomoh.”

“Hah??? Nak buat apanya??”

“Laa.. Kan kau sendiri dah sedar yang kau tu dah terkena buatan orang. Jom. Jom.”

Inilah akibatnya kalau masing-masing saling main teka saja apa orang nak cakap lepas tu buat-buat faham sendiri.

“Aku bukan terkena buatan orang la. Aku.. Aku.. rasa.. Aku.. dah.. angau…. kut.”

“Huh?”
 

are-fiyz

Active Member
Luqman punya rahang bawah dah jatuh. Gigi hampir tercabut sendiri.

“kau.. cakap apa?” dia tanya balik. Mungkin telinga tersumbat kut masa aku cakap tadi.

Aku malu nak cakap lagi sekali. Tapi aku kena cakap jugak. Kalau tak memang kena seret bawak pi tok bomoh sungguh la dengan si luqman ni.

“Aku angau!” Kuat dan jelas. Kalau tak dengar lagi memang aku yang bawak luqman ni jumpa tok bomoh. Mintak tok bomoh tolong korek telinga.

Luqman terangguk-angguk. “Ooo.. macam tu. Angau rupanya..” Dia mengusap-usap dagu sendiri. Memikir kebenaran kata aku mungkin.

Aku bangun. Kena ambik tuala. Baju dah basah.

Tiba-tiba aku rasa tangan aku macam kena tarik waktu aku nak keluar daripada bilik air. Aku tengok tangan aku. Pandangan aku mencari muka luqman.

Aku rasa sesak nafas tiba-tiba..

“Kau lagi..” Aku terkejut. Entah kenapa aku asyik nampak dia ni.. Aku dah terkena buatan orang sungguh ke??

“Amir..”

“Apa kau nak hah???” Aku nak marah. Tapi aku tak jadi nak marah sungguh-sungguh sebab muka dia macam sedih saja.

Mata kami saling bertentangan. Tangan aku masih kejap dalam genggaman tangan dia.

Please..” Suara dia sayu.

Aku rentap tangan sendiri dari genggaman dia. “Tolong la.. Jangan kacau aku!” Aku pejam mata dan berpaling dari dia.

“Amir!!!” nama aku dijerit-jerit lagi. Aku bengang!

“Bukkk!”

Mulut aku terasa kebas. Rahang tepi aku sakit. Sengal semacam. Rasa macam tertelan darah pun ada. Aku pegang tempat yang sakit.

“Astaghfirullahala’zim..” Mata aku nampak luqman tergeleng-geleng sambil istighfar sendiri.

“Apa nak jadi dengan kau ni hah amir??”

Aku tengok luqman.

Luqman tengok aku.

Kenapa dengan aku.. Kenapa aku boleh hilang kesedaran tiba-tiba. Aku yakin aku dengan luqman. Tapi kenapa tiba-tiba perlu ada dia???

Siapa dia??

“Siapa dia?”

“Huh?” Aku pelik dengar soalan luqman. Kenapa luqman tanya soalan yang aku tertanya-tanya???

“Siapa yang kau angau tu?”

Aku senyap.

Macam mana nak jawab soalan luqman kalau aku sendiri tak tahu jawapannya. Aku main cakap saja yang aku angau. Tapi bukan angau ni untuk orang dah terjatuh cinta ke?? Kes aku ni kes jatuh cinta ke hah??

Mengarut!

“Aku tanya ni Amir.. Siapa dia tu?”

Aku senyap sambil merenung lantai.

“Amir!” Suara luqman keras.

“Aku tak tahu! Tak tahu! Tak tahu!!!” kuat jeritan aku tak tahu. Memang aku tak tahu. Memang aku tak tahu siapa dia. Please la jangan tanya lagi. Aku tak tahu..

Serentak lepas aku menjerit.. entah kenapa pandangan aku kabur tiba-tiba. Aku kejip-kejip mata aku yang kabur.

“Amir.. kau menangis lagi..” Aku dengar suara luqman.. Aku mengangis??

Aku tengok luqman. Pandangan aku makin kabur. Aku tak nampak sangat dah ekspresi muka luqman. Hati aku sakit tiba-tiba. Macam sebelum ni… aku tahu rasa ni.. macam aku dengan dia.. aku tak nak rasa ni.. aku tak nak.. sakit ya Allah.. sakit..

“Amir..” Suara luqman memecah pendengaran aku walaupun mata aku dah tak dapat berfungsi dengan normal lagi dah..

Sorry luqman.. let me sleep.. please..”

dan pandangan aku gelap..
 

are-fiyz

Active Member
“Kau pergi mana tadi?”

Satu suara datang dari arah belakang aku. Aku berpaling.

Dia.

Dia senyum tengok aku.

“Kau pergi mana?” dia ulang balik soalan tadi. Dia ingat aku pekak ke?? telinga aku normal lagi walaupun mata aku dah kronik.. kut..

Mata kami bertentangan. Melahirkan satu rasa.

Rasa apa?

Rasa mengkudu cicah belacan.. pergh.. tak sedap..

Aku benci la dia ni.. Asyik-asyik mengacau hidup aku. Sekarang ni aku dah tak pandang dia lagi. Malas nak rasa lama-lama rasa mengkudu cicah belacan ni.

“Amir..” Dia panggil aku.

Aku buat bodoh..

“Amir..” Lagi..

Bodoh la dia ni.. Aku dah buat bodoh tu tak payah la nak memperbodohkan diri panggil-panggil aku banyak kali.

“Amir..”

Hish.. Aku tension kut. “Apanya??” Dah tertengking pulak jadinya. Lantak la..

“Pandang aku.” Dia mengarah pendek.

Eh.Eh.Ehhh.. Director drama swasta ke apa dia ni? Nak tak nak automatik kepala aku tengok dia. Aku bagi jelingan maut. Walaupun tak membawa maut, aku suka kalau hiperbola aku ni boleh kasi dia ni maut terus.

“Kenapa dengan kau ni hah?” Dia tanya aku sampai senget-senget kepala tengok aku.

“Kenapa apa? Kenapa dengan aku? Ada masalah?” Aku tanya balik pakai gaya samseng. Entah kenapa aku nak berapi sangat dengan dia ni pun tak tahu la.

Dia tengok aku sambil senyum nipis. “Tengok tu..” Dua patah perkataan yang keluar dari mulut dia ni buat aku bengong sendiri.

Tengok apanya?

Aku tengok dia. Makin dekat dan dekat aku tengok dia. Aku rasa kepala aku ni makin tak betul. Lagi putus fius ada la kalau dengan dia ni..

Sunyi..

Tiada bunyi yang mengisi kesunyian antara kami berdua.

Aku senyum tiba-tiba.. Apesal aku senyum ni weh???

“Kau siapa?”

Akhirnya keluar jugak soalan yang aku nak tanya. Baru rasa macam ada unsur logik sikit antara aku dengan dia ni.

Tiba-tiba..

Aku kena peluk. Heh? What the?? Heaven?

Ahh.. Heaven rasa kena peluk. Eheh..

“Bodoh!”

Huh?

Muka aku dah berkerut macam kena sembelit akibat tak membuang air besar setahun. Hiperbola yang sangat hiper.. sukar digambarkan dengan perkataan bagaimana teruknya aku berkerut akibat perkataan..

Bodoh????

“Bodoh! Bodoh! Bodoh!”

What?? Again? and again and again???

Aku cuba longgarkan pelukan dia ni. Kuat jugak kuasa peluk dia ni eh.. Tapi tak berjaya. Aku rasa macam dah kena suntik dengan anaesthetic.

“Bodoh!” Dia cakap aku bodoh lagi. “Kenapa dengan kau ni hah? Apesal kau tanya aku siapa! Kau ni memang bodoh!”

Tiba-tiba esakan dia menggetarkan badan aku.

Aku terkedu sendiri. “Kenapa ni?” Automatik aku peluk dia balik. Nak menenangkan dirinya yang dah menangis macam anak kecil. “Shh..” Aku tepuk-tepuk perlahan belakang dia..

Don’t ask like you didn’t even know your own wife anymore..”

Huh?