• Sudahkah anda menulis Diari Cinta anda hari ini?
    Sebagai forumer Forum Tentang Cinta, anda kini boleh menulis dan mencoret kisah manis cinta anda di ruangan Diari Cinta. Hanya satu diari sahaja ya dibenarkan untuk setiap seorang.

Ed di Alam Fantasi

Ell En

New Member
#1
WARNING : The imagination in this story may leads to hallucinations, illusions, tensions and perceptions. Please avoid overdose usage of logical thinking.
 

Ell En

New Member
#2
Pintu bilik dikuak. Beg kerjanya dicampak.

Hari-hari begini. Haih… Bosan.

Keluhnya dalam hati. Badannya dihempas ke atas katil. Siling biliknya yang dipenuhi bintang-bintang glow in the dark ditenung kosong. Perlahan matanya dipejam.

Grurrrr…

Alahhhhhhhhh… Time-time nilah…

Selorohnya kuat. Lapar. Lupa pulak nak tapau tadi. Dalam kelaparannya tu, sempat lagi berfikir, “Kalau aku ada pakwe kan best. Takdelah aku makan sorang-sorang. At least ada teman nak ajak makan.. Hmmm... Eh!” Monolognya terhenti. “Alahhh, takde pakwe pun aku boleh survive lahh! Hahaha” Handphonenya diambil dari beg kerja. Nombor handphone kawan rapatnya dicari sambil menyebut-nyebut namanya.. “Miwa.. Miwa.. Miwa… Ha!”

“Hello, Miwa! Jom teman aku makan!” hampir separuh jerit suaranya. Excited kemain.

“Ala, sorrylah babe. Aku tengah date ni. Next time okayyyy. BYE!”

Siot. Aku belum habis cakap dia dah letak?! Kuangajo… Alaaa… mati kebuluranlah aku camni. Huwaaaa…

Ronta hati Ed macam budak kecik.


“Miaw?...”

Ed mengangkat kepalanya. Dilihat kucingnya sedang menjengah dari bawah katil.

“Max!!!” jeritnya sambil mengangkat Max. “Nasib baik ada kau… Kau jelah teman aku makan. Harini kita makan megi lagi ye.. Aku malaslah nak keluar…” Didukungnya Max sampai ke dapur.



Sepi. Suasana di rumah sangat sepi. Semenjak kematian kedua orang tuanya, Ed tinggal seorang je di rumah apartmentnya. Tak sanggup dia menatap rumah pusakanya lagi. Terlalu banyak memori. Buatkan Ed menyewa apartment itu di tengah kota metropolitan.



Slrppppp… Slrruuupppp….

Max tengokkan saja tuannya yang tengah makan beriye. “Apa kau tengok-tengok? Nak ke? Kau bukannya boleh makan megi pun… Gi makan kat dapur sana!” Matanya kembali tertancap pada komik Doraemon yang sedang dibacanya sambil makan. Entah ke berapa ratus kali sudah dibaca komik tu, dia tak pernah jemu. Seperti paham, Max bergerak lalu. TV dibuka tapi tiada siapa yang menonton. Hari-hari pun begitu. Fungsinya hanya untuk menutup sunyi rumah tu. Ed sudah biasa sendiri. Cuma kadang-kadang je dia akan cari kawan rapatnya, Miwa. Itupun jarang dapat berjumpa dek kerana kawannya tu sedang hangat bercinta sampai tiada kelapangan masa lagi untuk Ed.



“Errkkk…” Bergema satu rumah bunyik sendawanya. “Okaylah. Nak tidur. Max… Max… Mana kau??”

“Miaww?”

“Haaa… sini pun kau! Jom, aku nak tidur dah ni!”

Selepas cuci mangkuknya, Ed pergi menuju ke bilik. Seperti biasa, Max akan mengikut je Ed ke mana pergi. “Sini, sini!” Katilnya ditepuk-tepuk. Max memanjat naik. “Bagus betul kau ni. Paham bahasa” Lampu ditutup. Max dipeluk dalam dakapan Ed. “Goodnight Max..” satu kucupan hinggap di kepala Max.



Hmmmph…. Bau ni….

Nafasnya ditarik dalam-dalam.

Macam familiar je bau ni..

Sekali lagi nafasnya ditarik.

Bau perfume ex aku ke?

Matanya dibuka. Terbeliak.

Kurang ajarrrrrrrrrrrr!!!! Max!!!!

Mukanya betul-betul di bontot Max.

“Bau taik!!!”

Ed terus melompat bangun. Dihirup-hirup udara cepat-cepat bagi mengisi paru-parunya dengan udara segar. Tapi tak sesegar mana. Sangkaannya hanya bontot Max yang berbau, meleset.

“Maxxx!!!”

Pagi-pagi tu dah riuh dengan teriakkan daripada Ed. Max sudah siap bagi ‘hadiah’ kepada Ed di atas karpet dalam biliknya.

“Kau ni…! Aku dahlah kerja harini! Kau tambahkan lagi kerja aku! Bangun! Bangun! Wei bangunnnn!!!”

Katilnya ditepuk-tepuk. Max masih lena dalam tidur.

Ek eleh dia ni boleh buat dang je?! Nanti kau….


Ed pergi ke luar biliknya. Kembali masuk ke bilik tidurnya. Kali ni dengan senjata kegemarannya. Kakinya pantas menekan punat. Vrummmmmmmmmmmmm!!!! Vakum dihidupkan. Max yang sedang lena terus terjaga dan lari berteraburan entah ke mana.

“Hello, I take emergency leave lah harini. Tak berapa sihat ni…” Nombor officenya didail serta-merta. Beri alasan untuk tidak bekerja. “Kalau gaji aku kena potong, aku tak nak bagi kau makan kepsi lagi!” Dijeritnya sendiri. Macamlah Max ada di situ.



“Dahlah EL. Jalan jem. Duit dobi lagi!” Bebel Ed sambil membuka mangga rumahnya. Harapnya di rumah dia boleh rehat sepuasnya. Sekali lagi sangkaannya meleset. Dilihatnya ada butir-butir kecil bertaburan di hadapan pintu rumahnya sebaik dibuka. Ed menunduk mengambil satu daripada butiran itu dan diamati. Lagaknya seperti Detektif Conan.

Pasu… pasu… PASUUUUUUUU!!!!

Ed terus menangis teresak-esak.

“Miaw…”

“Kau ni nak mampos ke ha?!!! Kau tahu tak ni je satu-satunya kenangan aku dengan dia yang tinggal?!!!!” Ed melihat ke kiri kanan. Tangannya pantas ingin menyambar apa-apa sahaja untuk memukul Max. Penyapu di belakang pintunya diambil. Cuba mengetuk Max yang muncul tetiba tu. Ke depan, ke belakang Max lari, tapi tak kemana, di situ jugak. Satu hayunan laju daripada Ed, terkena punggung Max. Lantas, pantas Max lari meninggalkan rumah itu.



Pasu itu adalah pasu kenangan terakhir antara Ed dengan ex-nya, Nash. Kononnya nak spend time together, eratkan hubungan yang makin renggang. Ed daftar masuk ke sebuah kelas khas untuk buat pasu daripada tanah liat. Fefeeling cam citer Bodyguard sikit, fikir Ed. Nash mulanya nampak lemah je nak ikut, tapi diturutinya jugak hasrat Ed tu. Selepas pasu tu disiapkan, mereka boleh lakarkan kreativiti masing-masing di atas pasu tu. Itulah yang paling menarik minat Ed. Dia memang sukakan seni. Lihat rumahnya saja, seperti dekorasi sebuah studio, cukup menggambarkan personaliti dan minatnya yang unik.



Ed lo… ve..Nash…

Betul-betul terbelah pada perkataan LOVE, ‘Ed love Nash’ pada pasu itu. Dia berteleku sebentar. Terasa lemah seluruh badannya. Segala memorinya tetiba terpa ke dalam mindanya.



2 tahun lepas, cintanya cukup indah bersama Nash. Entah kenapa, kemudiannya Nash asyik menyalahkan dia walaupun ke atas perkara yang bukan salahnya. Ed cuba menahan sabar. Sayang punya pasal. Sedang dia ke mall untuk membelikan hadiah harijadi untuk Nash, waktu itulah segalanya terbongkar apabila Ed ternampak Nash sedang berkepit dengan wanita lain. Ed tidak berani untuk mendekati mereka, cuma melihat dari jauh. Ketika itu, baru Ed tahu. Nash sudah berkahwin. Dia cuba lupakan kisah tu dengan penuhi rutin hariannya dengan makan. Ketika sedang makan di sebuah restoren mamak selepas waktu bekerja, tetiba Ed ternampak ada seekor kucing yang sedang melintas hampir dilanggar kereta.



Entah dari mana datangnya kucing tu, tetiba muncul, Ed pulak tanpa fikir panjang terus berlari untuk menyelamatkan kucing tu. “Bodoh! Kau yang frust ke aku yang frust bercinta ni?!” Ed menyapu tapak tangannya yang berpasir dek kerana terjatuh atas jalan tar tu. Lagak macam citer Hindustan menyelamatkan heroin. Main terjah je depan kereta tu. Untung kereta tu sempat menekan brek. Kucing tu hanya duduk memerhatikan Ed. Pelik. Kenapa kucing ni tak lari?


Ahh.. Sudahlah. Ed duduk kembali di meja makannya. Sambung makan megi goreng kegemarannya. Matanya melihat kaca TV di kedai mamak tu. Terasa seperti ada yang memerhati. Pelik. Kucing tu tak berganjak. Asyik menatap Ed dari jauh. Macam ada sesuatu yang pelik pasal kucing ni. Tapi comel... Terus terdetik dalam hati Ed untuk bela kucing tu. Dicampaknya sisa ayam daripada pinggannya untuk kucing tu. Meh sini meh, meh…” Ed meyakinkan kucing tu untuk datang makan ayam tu. “Sinilah.. Aku tak marah kaulah..” Kucing tu masih melihat Ed. Kalau kau datang, aku akan bela kau… Fikir Ed. Nekad. Jari Ed yang menunjuk-nunjuk ayam tu akhirnya buatkan kucing tu terpanggil untuk datang. “Yayyy… Datang pun kau!” Gila. Ed bertepuk-tepuk tangan sendiri dah macam orang gila. Itulah pertermuan awal dia dengan Max.



Max…

Mukanya diangkat mencari Max. Terasa bersalah kerana bertindak memukul Max tadi. Apalah salah Max.. Dia cuma kucing je. Dah sememangnya aku perlu lupakan Nash sejak dari dulu lagi. Tapi tak pasal-pasal Max yang kena. Ed monolog dalam dirinya sendiri.



Ditunggunya Max balik seperti biasa malam tu. Tapi tiada. Esoknya masih tiada. Tergocoh-gocoh Ed balik kerja excitedly nak beri Max makan snek. Berusaha dia cuba membuat kejutan untuk Max. Diperginya ke Pet Shop untuk beli pasir kucing, rantai dan mainan baru untuk Max. Baru ketika itu dia ternampak, ada terjual snek untuk kucing. “Wow! Baru aku tahu kucing pun ada snek! Snek perisa udang dibeli. Nak nampak lebih special lagi, bekas makanan baru juga dibeli. Moga-moga Max balik harini.



Tapi hampa. Max tetap tiada. Malam tu, malam ketiga Ed tidur dengan linangan air mata. Dia menyesal bertindak membabi buta menghentam Max. Disaat itu, dirasakan dia lebih tidak berakal daripada haiwan itu. Esoknya Ed tidak dapat ke kerja. Demam. Matanya terasa berat untuk dibuka. Sembab akibat nangis semalaman. Perlahan-lahan dibuka matanya. Ada bayangan lembaga hitam dalam biliknya. Waktu dinihari ketika itu membuatkan dia tak nampak jelas.



Perompak? Perogol??

Habis! Matilah aku….
 

Ell En

New Member
#3
"Ed, awak tak pape?”


Huh? Perompak ni tahu nama aku? Dasar stalker!!


Matanya terus terbeliak. Ed melompat bangun.


“Kau sape hah?! Apa kau buat dalam rumah aku?!! Keluar kau! Kalau tak, kalau tak…”

“Kalau tak?”

“Kalau tak… aku jerittt!!”


Baru kali ni dia nampak jelas wajah lelaki yang berada di depannya. Dia yakin inilah lembaga yang dia nampak semalam. Handsomenya… Putih melepak… Ehhh! Tak boleh, tak boleh! Dia melawan perasaan sendiri. Matanya dipejam kuat-kuat sambil memeluk bantal. Berharap ini semua mimpi. Ed takut diapa-apakan oleh lelaki tersebut.


“Hahaha! Bukan awak memang selalu jerit ke? Siapa yang nak heran? Hehe…” Satu senyuman sinis diberi menampakkan giginya.

Taring?? Ed terkejut.

“Kau ni siapa hah?! Camne kau masuk rumah aku ni?!”

“Haha. Awak hilang ingatan ke?”


Hilang ingatan? Hmm… Rasanya aku baru demam 3 hari je. Dan seingat aku, aku belum berkahwin lagi. Tapi…

“Awak ni suami saya ke?”

“Hunhh hunhh!”

Eh! Mamat ni kenapa pulak?? Gelak ke sawan?? Kenapa gaya dia macam kucing nak termuntah?? Eh, apa aku fikir camni..


“Suami?? Nak termuntah rumput saya dengar. Hahaha”

Rumput?

“Weh laki! Kau yang gila ke aku yang gila ni?!”

“Hahaha”


Ed menggenggam erat bantal yang dipeluknya. Dalam otaknya dah terbayang scene jenayah yang dia pernah tengok dalam sebuah movie. Tekup muka mangsa pakai bantal sehingga mati!


“Awak sure tak kenal saya?”

Ed mengerutkan dahi. I don’t recall any weirdo friends I have before.


Tetiba ada satu bau yang menyelubungi bilik tidur itu. Gas racun? Gas racun?!! Aku akan mati.. Aku akan mati! Habislahhh… Rontakan fikiran Ed dalam kepalanya sendiri. Eh, bau ni…


“Bau taik!!!!”

“Hahahaha maaf, maaf.. Siapa suruh awak bagi saya snek yang pelik-pelik tu. Sakit pulak perut saya. Phewww” Lelaki tu mengipas-ngipas punggungnya yang baru lepas terkentut.


Snek?! Wait the minute! Takkanlah… Sekejap je lelaki tu hilang entah ke mana.


Krushh krushhh…


Ed berlari mengejar ikut bunyi tu. Bunyik yang sangat familiar buat dia.


“Weh, kau nak buat apa tu?!!!”

“Nak beraklah…”

“Kepala hotak kau!!! Manusia mana berak dalam pasir kucing!”


Telinga lelaki tu ditarik Ed. Ditolaknya masuk ke dalam toilet.

“Kau berak kat sini!!” Pintu bilik air ditutup kuat. “Tak senonoh punya lelaki!”

Ed tersentak. Betul ke aku tak mimpi ni?? Lelaki tu…. Takkanlah…


“Woiii bukak pintu woii.. Bukak pintu.. Woi, woi, woiii!”

Sreetttt.. sreettt…

Ngilu Ed mendengarnya. Dibuka pintu toilet tu.

“Kau cakar pintu aku?!”

“Macam tak biasa..” Kukunya ditiup-tiup.

“Jap. Kau ni siapa?! Kau tak jawab lagi soalan aku!!! Kau…” dikerlingnya ke dalam toilet. “Kau ni gila ke apa berak atas karpet jamban aku?!!! Orang berak dalam lubang jambanlah gila!!!” Nak termuntah Ed terpandang najis tu.


Tak boleh jadi ni.. Lelaki tu duduk di balkoni, masih lagi meniup-niup kukunya.


Click!


Terdengar bunyik tu, lelaki itu seraya menoleh ke belakang melihat Ed.

“Baik kau gitau, siapa kau yang sebenarnya!”

Ed sudah bersedia dengan vakum. Ini sahaja cara untuk membuktikan fikiran gilanya, bahawa lelaki itu adalah Max!

Matanya terbeliak. Perlahan-lahan dia datang menghampiri Ed. Tapi bukan untuk datang kepadanya, sebaliknya seperti sudah bersedia untuk angkat langkah seribu.


Kaki Ed diletakkan kepada suis on. Ugutan cara halus! Matanya tak lepas dari lelaki tu. Lelaki itu membalas renungan Ed.


“Naooo… Naooo”

Ed telan air liur. Suara itu. Suara itulah yang selalu dibuat oleh Max setiap kali dia takut. Seolah berkata “No” pada pendengaran Ed. Perlahan-lahan batang vakum itu diletakkan.


“Max?....”

Matanya sedikit berair. Lelaki itu masih bulat matanya melihatkan vakum tu. Terlihat tenang sedikit apabila batang vakum tu dah dilepaskan Ed.

Terjengket-jengket lelaki tu mendekati Ed. Lagaknya seolah-olah tak nak ‘membangunkan’ vakum yang difikir mungkin akan ‘membaham’nya nanti.


“Ed…?”

“Max?... Max!!!”

Kegilaan apakah ini? Dia tidak berfikir dalam lagi dah. Dipeluknya Max erat-erat.

“Mana kau pergi?? Kenape kau jadi camni??” Air matanya tertumpah jugak.

“Saya tak tahu… Saya tak tahu.. Saya cuma sedar saya jadi camni lepas tertidur selepas makan rumput yang awak belikan haritu”

“Rumput?”

Patutlah dia kata nak termuntahkan rumput tadi..


Ed terpinga-pinga. Seminggu lepas dia lihat Max macam tak sihat. Dibuat sedikit research pasal kucing. Baru dia tahu, kucing kalau sakit memerlukan rumput untuk muntahkan hairball atau apa-apa penyakit dalam perutnya. Sejak itulah dia cuba cari rumput tanam untuk kucing. Puas dia mencari keliling bandar, tapi tak jumpa. Suatu hari tu, dia masuk ke sebuah kedai antik. Saje untuk melihat kalau-kalau ada barang yang boleh dijadikan barang hiasan baru dalam rumahnya. Di situlah dia terjumpa satu rumput tanam yang sangat cantik. Rumput yang kelihatan hijau keemasan dalam bekas pasu empat segi berwarna hitam. Nampak unik. Ed memang sukakan sesuatu yang unik. Seperti terpanggil-panggil untuk membelinya, terus Ed bayar di kaunter.


Ed pergi ke arah rumput tanam itu yang diletakkan di suatu sudut dalam rumahnya. Nampak normal pulak rumput ni? Hijau biasa je. Dah tak golden. Seloroh Ed sendiri.


“Max?”

Zzz… Max dah tertidur di depan TV. Dasar kucing. Tidurrr je keje!


Ed berasa janggal apabila ada sesosok tubuh lelaki tinggal di dalam rumahnya. Dia banyak berkurung dalam bilik je buat 2 hari tu. Teringat kembali segala apa yang sudah dibuatnya di hadapan Max selama Max menjadi kucing peliharaannya. Menyanyi.. Menari.. Hah! Pakai baju?!! Tidak… Aku dah tak suciiiii…


“Max! Kau gitau aku cepat! Apa yang kau ingat selama kau jadi kucing??! Cepat!”

“Semua saya ingat..”

“Hah?!”

“Hmm!” Max tersenyum. Matanya terpejam sambil senyum menampakkan taringnya, memang rupa kucing!

“Means… Kau pernah nampaklah aku… bog….”

“Bole churiya? Hahaha itulah tarian paling bodoh yang pernah aku tengok kau buat hahahaha”

“Demmit! Kau jangan nak berlagak pandai sangat eh! Semalam dahlah nak berak atas pasir!”

“Kan kau yang ajar?”

“Itu sebab dulu kau kucing! Sekarang ni kau orang, kau orang! Kau paham tak!?”


Max buat bodoh. Memang perangai kucing bila kita bercakap dia buat tak tahu je. Slrpp.. slrppp… Tangannya dijilat-jilat. Eei, geli pulak Ed tengok aksi Max. Buruknya rupa manusia buat kelakuan kucing.


Tetiba pandangan Ed jadi gelap. Pitam.
Pengsan.
 

Ell En

New Member
#4
Max…?

Matanya cuba dibuka. Lemah… Eh?!

Kenape.. Kenape… Kenapa barang sekeliling aku jadi besar ni??


“Miawww?...”
Terlompat Ed. Suara.. suara aku… Ah… aku pening. Mana Max ni?


Ed cuba memanggil Max kembali. “Miawww?” Tapi masih suara itu yang terkeluar. Tak mungkin.. Ed turun dari katil. Meluru ke arah cermin soleknya. I can do this. I can… Ed cuba melompat menaiki meja soleknya.


Debukk!


Terlebih power pulak lompat sehingga kepalanya terhantuk pada cermin tu. Aduh… Sakitnya kepala akuuu…. Ed cuba memanjat pula melalui besi pemegang laci. Ergh… Susahnya jadi kecik… Akhirnyaa…..dapat pun naik atas ni. Huh?!


Ed terkejut melihatkan rupanya yang sudah bertukar menjadi kucing. Aku.. Aku.. Seekor kucing?..


Max! Max mesti ada penjelasan kepada semua ni! Apa yang dah terjadi ni??


Dia turun dari meja solek, terus meluru keluar bilik tidurnya untuk mencari Max.


“Wei, nak gi mana tu?”

“Maxxx!” Ed menoleh ke belakang.


Krushh.. krushh….
Eishh… Berak lagi mamat ni…


“Eh! Kau.. Kau pun dah jadi kucing balik?! Max! Kau kena gitau aku apa yang dah jadi ni? Kenape aku jadi kucing ni??”

“Jap”

“Cepatlah!”

“Sabarlah.. Orang nak kambus taik. Nanti kau bising lagi bau taik satu rumah ni…”


Max datang dengan muka sardinnya.


“Semalam kau pengsan..”

“Pastu?!?”

“Aku tak tahu camne nak ubatkan kau. Aku bagilah kau makan rumput ajaib tu semalam. Tapi kau tak bangun-bangun jugak. Aku pergilah keluar jap nak tenangkan fikiran. Balik-balik tengok kau dah jadi kucing”

“Tenang fikiran?? Kau boleh keluar gitu je nak tenangkan fikiran?! Kau ni dasar kucing! Bukan nak fikir pasal aku!”


Slrrppp… slrpp… Max sambung jilat kakinya.

Camne aku ni.. Camne dengan aku ni?? Rumput tu! Aku kena makan rumput tu balik!!

Ed berlari ke arah rumput tu. Dikunyah-kunyahnya rumput yang terasa kelat tu. Werk! Nak muntah.. Urk.. Urk…


“Haa.. Tak payahlah kau nak makan rumput tu lagi. Aku rasa rumput tu dah tak efektif dah”

“Erk! Maksud kau??” Ed terhenti daripada makan rumput tu.

“Aku rasa dia cuma berfungsi untuk 3 kali je..”

“Mana kau tahu?!”

“Hahaha kan ada pepatah kata, Curiosity killed the cat”


Gulp! Pandai pulak Max ni berkata-kata dengan pepatah English..


“Aku dah makan rumput tu sebab tu aku jadi kucing balik. Bila aku cuba bagi pada kau, dah tak jadi apa. Aku cuba makan pun takde efek apa lagi…”

“Jadi… Selamanya aku akan jadi kucing??”

“Kau lupa?”

“Apa?”

“Kan kau pernah mintak untuk dapatkan soulmate. Tak kira apa bentuknya, tak kira apa keadaannya…”


Erk… Tak mungkin…


“Waktu tulah aku datang pada kau. Ingat?”


Hah.. Tak.. Tak mungkin…


“Sebab tu setiap kali kau sedih, aku akan sentiasa ada menemani kau. Aku sengaja berak atas karpet dalam bilik kau sebab itu karpet yang Nash bagi. Dan pasu tu… memang aku sengaja pecahkan.”


“Tapi.. Kenapa… Kenapa selepas 2 tahun?!”


“Sebab setiap kali ulang tahun perkenalan kau dengan Nash tiba, kau akan bersihkan pasu tu. Tapi kau tak pernah mandikan aku.. Setiap tahun kau belikan bunga baru untuk letak dalam pasu tu. Tapi kau tak hirau aku. Bila aku hilang, baru kau nak ambil hati aku. Itupun kau bagi aku snek busuk yang buat aku sakit perut. Haih…”


Hah…?


“Dan sebab kedua, adalah…”

“Sebab apa??”

“Sebab dalam umur aku, selepas 2 tahun, baru aku sama umur dengan kau… That will make us a perfect soulmate. Remember?”


Ed teringat kembali. Dulu masa dia baru bawa balik Max, ketika itu Max baru berusia lebih kurang 2 – 4 bulan. Dibawanya ke veterinar untuk diberi vaksin.


“Doc, berapa umur kitten ni?”

“Dalam 2 ke 4 bulan..”

“Oh… Kalau dalam umur manusia, berapa umur dia?”

“About 6 -10 years old”

“Oh… when will he turned 20’s?” Ed bergurau.

“Bila dia berumur 2 tahun..” tersengih doktor tu menjawab pertanyaan Ed.

“Ohh.. hahaha. Then, masa tu Max dah besar. Kau jangan cari kucing betina lain tau! Kau dengan akuuu je sampai bila-bila. Don’t ever leave each other okay? So we can be a perfect soulmate! Hahaha”


“Ed... Awak ingat tak? Awak nak bersama dengan saya sampai bila-bila.”
Errr.. Ed terketar-ketar ingin bersuara.
“Mmmm...miawwww?”
 

Top