• Sudahkah anda menulis Diari Cinta anda hari ini?
    Sebagai forumer Forum Tentang Cinta, anda kini boleh menulis dan mencoret kisah manis cinta anda di ruangan Diari Cinta. Hanya satu diari sahaja ya dibenarkan untuk setiap seorang.

Enam Peringkat Teman

dieda

Well-Known Member
Di Peringkat Pertama
-Teman cuma tahu nama dan rupa kita, cuma bicara yang baik-baik, yang positif, saling cakap berlapik.

Seterusnya di peringkat kedua, teman meluang masa untuk kita demi bertukar cerita. Ketika itu pasti terserlah kelakuan dan pemikiran masing-masing.

Di peringkat ketiga, teman memutuskan untuk terus rapat dengan kita atau untuk jadi teman biasa cuma. Jika dia memutuskan untuk jadi teman biasa, ia akan berhenti di peringkat ini sahaja.

Teman yang memilih untuk ke peringkat keempat cuba membiasakan diri dengan kelakuan dan pemikiran kita. Jika dia tidak setuju, dia tidak tinggalkan kita tapi mungkin dia tempelak, tegur atau diam. Yang diam pula ada dua jenis; yang diam dan lama-lama borak belakang, atau yang diam dan lama-lama matang berfikir.

Selepas beberapa lama menempuhi susah senang di peringkat keempat, teman akan memasuki peringkat kelima, timbul rasa ingin mengambil berat. Di peringkat ini sisi paling hodoh kita akan kelihatan. Waktu ini, teman yang rapat akan cuba mencari titik persamaan dan melihat kebaikan kita. Jika dia sangat sayangkan kita, pasti banyak kebaikan yang dia jumpa. Jika tidak, banyak cela kita dia jumpa, dan dia akan mula berkira-kira untuk menjauh. Jika dia putuskan untuk tinggalkan kita, kecewa kita seperti kecewa putus cinta !!.

Teman yang masih tinggal, akan memasuki peringkat keenam. Mereka dinamakan teman sebenar, yang menerima kita seadanya kita, melihat kita sebagai kita. Teman yang berjaya ke peringkat ini saya kira layak digelar SAHABAT, yang jika mampu, mahu saya rayu ke Tuhan agar letak kami sama-sama dalam syurga, sebelah menyebelah, seperti sahabat baik zaman sekolah sering mahu duduk di kedudukan yang paling selesa bersama, sebelah menyebelah, di dalam kelas yang sama.

Antara peringkat-peringkat tersebut, di peringkat manakah kita buat teman-teman kita?

**langitvanilla**
 

Mr Teddy

FTC Administrator
Administrator
Thanks for sharing. Will put this dalam senarai menunggu untuk diterbitkan di laman Tentang Cinta. ;)

-mr teddy.
 

mawar putih

Well-Known Member
kawan datang dan pergi kannn
hari ni kita kawan dengan dia. esok2 belum tentu lagi.
hari ni kita tak kawan dia. esok2 rupanya dia bespren kite! ecehhh
alhamdulillah ade la 2 3 kerat yg layak digelar sahabat.. kikiki
mostly mmg kenai dari kecik tak pun zaman2 skolahhhh :kiss::D:D
 

dieda

Well-Known Member
kawan datang dan pergi kannn
hari ni kita kawan dengan dia. esok2 belum tentu lagi.
hari ni kita tak kawan dia. esok2 rupanya dia bespren kite! ecehhh
alhamdulillah ade la 2 3 kerat yg layak digelar sahabat.. kikiki
mostly mmg kenai dari kecik tak pun zaman2 skolahhhh :kiss::D:D
i peringkat yg keberapa???:p
 

dieda

Well-Known Member
uols peringkat sahabat jiwa , mummy, onni, ebelithing,,,
words cant describe,, ecehhh wakaka

*tulun terharu* :p

"who paid you?!!" <<< jawab seorang dieda
berjejeran ayo mata:'(:'(:'(
terharuussss sgttt,,rs nk ciyum2 wawa donseng:lol::lol:

same to u ler,,
wpon xprnh ku jumpa lobang hidungg muuu,,,namun percayalahhhhhhhhh ,,percayalahhhh>>>ala2 lagu ct
hang teman yg bnyk menghabiskan ms setiap mlm dgn den,,,:lol::lol:
kire dah mcm adek den,,yo la,,den kan xdak adek pmp,,,,keh3:kiss::kiss::kiss::kiss:
 

samaratungga

Well-Known Member
hidup itu ialah rungkaian daripada pilihan yg banyak sgt
dalam setiap tahapan pertemanan tu pun dah nampak pilihan

wa rasa kak gegel dan senior lain lebih arif dalam memahami this phylosophy
 
Top