• Sudahkah anda menulis Diari Cinta anda hari ini?
    Sebagai forumer Forum Tentang Cinta, anda kini boleh menulis dan mencoret kisah manis cinta anda di ruangan Diari Cinta. Hanya satu diari sahaja ya dibenarkan untuk setiap seorang.

First War

are-fiyz

Active Member
#21
Asyraf terkedu. Saat itu nadia berpaling dari terus melihat razif. Wajahnya tepat menghadap asyraf.

air mata menitik jatuh.

Mata mereka saling bertentangan.

Asyraf speechless.

Nadia terkejut. Disangkanya asyraf menghadap tempat lain. rupa-rupanya tepat ke wajahnya. Dia jadi malu.

“Nadia?”

Cepat-cepat nadia kesat matanya yang basah. anak mata sudah pastinya dilarikan dari bertentang dengan ketuanya itu. “hmm?” suara sendiri pun dah serak basah walaupun tak menangis meraung.

Asyraf cuba mencari anak mata nadia yang jelas-jelas mengelak daripada pandangannya. Sesuatu yang dia tak pernah buat pada mana-mana insan bernama perempuan. Kecuali mak sendiri la. “Awak okey ke?”

Nadia hanya mengangguk. Matanya yang setia menghadap lantai naik ke pinggang sendiri yang berikat dengan kemeja si razif.

Cepat-cepat tangannya berusaha merungkai ikatan di pinggang.

Razif yang melihat perlakuan nadia terkejut. Matanya menghantar isyarat pada asyraf. Isyarat bahaya.

Asyraf tak faham.

Sebaik saja kemeja di pinggang berjaya ditanggalkan, nadia terus berpusing kembali menghadap juniornya. Nak bagi balik kemeja entah apa-apa tah.

“wehh!!”

Sekelip mata badan nadia terdorong ke belakang. Gara-gara begnya ditarik, dia turut tertarik ke belakang. Nasib tak tertungging jatuh.

Nasib badan la hari ne kerja kena main ditarik-ditarik saja macam 10 orang kanak-kanak ribena berebut satu mainan.

“kau jangan pusing belakang.” Tegas suara asyraf yang memegang erat beg milik nadia. rapat sekali kedudukan mereka berdua. Kalau nadia pusing belakang tu, alamatnya jadi macam ala-ala scene tadi la.

Dan buat pertama kali juga, asyraf guna ‘kau’ pada nadia. terbang habis tutur bahasanya yang sopan-sopan.

Razif menarik nafas lega. Selamat.

Nadia jadi geram. “Kau apesal hah?? Tadi budak kecik ne. sekarang ne, kau pulak. kalau kau nak peluk aku sangat, peluk la!”. Nadia bercakap dengan asyraf dibelakangnya tetapi razif di depan pulak yang terkena semburan kemarahannya.

“kau senyap da la. jangan banyak cakap. Sekarang ne kau ikut aku balik. Tak payah balik naik motor kau tu.”

Huh?

“ikut kau balik?” kali ni nadia berhati-hati, dan kepalanya saja berpusing ke belakang. Mencari tuan punya badan yang erat memegang beg di belakangnya.

Alamak. Silap penggunaan ayat. Bukan ikut balik, tapi..

“ermm.. bukan. Balik dengan aku. silap. Maaf.”

Nadia makin pening. Apa kaitan tiba-tiba nak dihantar balik pulak. pening nak memikir logik akal kalau-kalau ketuanya ini ada trait sweet-romantik-pelik dalam gen DNA. Macam tak masuk akal. Nadia cuba nak melepaskan diri dari pelukan asyraf terhadap beg dibelakangnya.

Tak selesa la duduk rapat-rapat dengan mamat ne.

Asyraf yang perasan pergerakan nadia.. “kau jangan harap nak lepas dari aku, nadia.”

Mak eh.. asyraf ke ne? ke dah kena sampuk dengan roh kasanova sesat mana kat dalam shopping mall ne? pening. Pening.

Razif tersenyum sendiri. macam tak kena pun ada tengok naqibnya ala-ala kasanova macam sekarang ni. tapi nak buat macam mana dah..

Darurat.

Nadia tak puas hati. “kau ne kenapa hah? Aku nak balik la. nak balik sendiri. tak payah susah-susah nak hantar aku. aku boleh balik sendiri.” dia masih meronta-ronta minta dilepaskan pegangan pada begnya. Rimas.

“tak boleh.”

“kenapa tak boleh?”

“tak boleh tu tak boleh la. aku hantar kau balik.”

“kenapa pulak? aku tak nak kau hantar aku balik. Motor aku macam mana? Siapa nak jaga motor aku kalau aku balik dengan kau?”

“razif boleh tolong bawak balik.”

“mamat kenit ne? cukup umur pun belum.”

Razif yang mendengarnya dirinya dikutuk.. tak puas hati. “saya boleh bawak motor la walaupun tak cukup umur lagi.”

Asyraf ketuk dahi sendiri dengan tangan kiri. tangan kanan masih erat memegang beg nadia. “bukan pasal boleh bawak ke tak..”

Nadia pun turut menggeleng. Setuju dengan ketuanya. “lesen motor kau dah ada ke, budak?”

Razif terkebil-kebil sendiri.

Ye tak ye jugak kan.. dia mana ada lesen motor lagi. razif sengih sendiri.

Nadia pelik tiba-tiba. “hey. Jangan tukar topik. kenapa aku kena ikut kau balik hah?”

Motif utama masih belum dikenalpasti lagi. serabut kepala nak memikirkan masalah yang tengah melanda ketiga-tiga mereka ini.

Asyraf macam biasa. kata-katanya tidak perlu berjela-jela dan panjang lebar. “nanti kau tahu la.”

Huh?

Nadia makin pening. “tahu apa? tak boleh ke kau cakap terus. Apa masalahnya ni?”

Asyraf tak berniat untuk menjawab lagi. “mana kunci motor kau?”

“dalam zip kecik tepi beg.” Tanpa sedar nadia dah memberitahu letak duduk kunci motornya.

Warghhh!!

Nampaknya..

Kunci motor nadia sudah dalam pegangan tangan razif. Asyraf senyum sendiri. “zif, abang bagi kebenaran naik motor tanpa lesen. Jangan risau. Bawak motor elok-elok ya.”

“apa motif kau ne sebenarnya? Tak faham aku.” nadia dah tergaru-garu kepalanya.

Asyraf tarik kemeja razif ditangan nadia dan mengikat kembali pinggang penolongnya itu.

Nadia makin tak sedap hati. Jangan-jangan..

Asyraf mencari wajah gelisah nadia. anak mata nadia ditenung lembut. Senyum manis diberikan. Nafas ditarik perlahan..

“jangan risau.. sayang..”
 

are-fiyz

Active Member
#22
Hari-hari yang berlalu dalam hidup nadia makin serabut. Bukannya serabut dengan exam besar dalam hidup seorang pelajar tingkatan lima. Tetapi..

Asyraf.

Hanya satu nama itu buat dia pening kepala yang teramat mengalahkan jawab soalan add math.

Kerja-kerja yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti sekolah dah makin berkurangan sebab cikgu-cikgu kat sekolah ni sangat excited nak semua pelajar-pelajar tingkatan lima score semua subjek A+ dalam SPM.

Jadi, dua orang wakil pelajar ni adalah icon yang paling penting dan perlu diambil berat dengan seberat-beratnya.

Maka makin bertimbun la latihan-latihan yang perlu disiapkan.

Nadia menghadap latihan add math depan mata dengan pandangan kosong. Fikirannya menerawang tempat lain walaupun jasadnya dalam kelas. Waktu rehat tiap-tiap hari kerjanya menghadap latihan-latihan yang diberikan. Dia tiada masa lain selain waktu rehat saja.

Waktu lain dia sibuk dengan benda lain.

Sedang mengelamun sendirian.. tiba-tiba ada bayang yang menghalang cahaya dari setia menyuluh buku latihannya.

“weh.” Tegur satu suara di hadapannya.

Suara lelaki.

Nak tak nak nadia mendongak untuk melihat siapa gerangannya.

Senyum sinis menyapa pandangan nadia. dia jadi geram sendiri. “kau nak apa lagi hah? Tak cukup-cukup lagi ke apa yang aku dah buat selama ni? sampai bila baru kau nak puas hah?”

Senyum sinis makin melebar mendengar dengusan nadia.

“sampai dia mati.”

Tersentak nadia. “kau..”

“lebih baik kau setel kerja kau cepat-cepat sebelum aku campur tangan.”

Nafas nadia berombak kencang. Marah ditahan sendiri. mahu saja dia menjerit satu dunia.. memberitahu semua orang..

Tapi dia tiada bukti..

“pastikan kerja kau jalan.” Selepas kata-kata yang berbaur amaran itu, bayang di buku latihan nadia hilang. Cahaya kembali menyuluh terang.

Kata-kata yang bukan sekadar perkataan biasa. air matanya tumpah sendiri.

“nadia?”

Nadia mendongak melihat manusia yang menyeru namanya. Matanya basah dengan air mata yang masih mengalir. Kelabu pandangan dengan silau cahaya yang datang mencucuk penglihatannya. Dia tak nampak siapa gerangan yang menyebut namanya.

“awak okey ke?”

Mata sendiri dipisat-pisat. Mengelap saki baki air mata. Menjernihkan semula pandangan. Melihat siapa..

Asyraf.

Arghh.. serabut. Kenapa perlu muncul saat-saat kritikal macam ni.. kenapa!!

“kenapa ni? awak menangis?”

Nadia berdehem mencari suaranya yang macam hilang tak nak keluar. “mana ada. Aku.. aku.. sedih sebab soalan ni senang sangat. Tak de soalan susah lagi ke nak bagi.. hish..”

Setelah dipastikan matanya dah okey, nadia memandang tuan punya badan di hadapannya. “ada apa-apa ke?”

Asyraf dapat mengesan sesuatu yang tidak kena pada penolongnya. “lepas sekolah, cikgu nazrin nak jumpa kita.”

“so?”

“cikgu suruh cakap kat awak.”

Bahasa asyraf sopan. Tak macam malam tragedi tu. memang tragedi yang betul-betul memalukan diri sendiri. salah sendiri tak perasan dah bocor akibat datang bulan. Nadia tak nak ingat lagi. Dia malu.

“kalau aku tak nak gi?”

“kenapa?”

“aku ada hal.”

“hal apa?”

“kena cakap ke?”

Asyraf senyap. Bukan haknya untuk masuk campur hal orang lain. “tak pe la kalau macam tu. nanti saya inform kat cikgu yang awak tak boleh datang.” Lembut jawapannya.

Tak memaksa.

Nadia mencari anak mata asyraf yang dari tadi bercakap hanya menunduk memandang lantai. Kalau boleh dikira, berapa kali saja kalau mereka bercakap mata bertemu mata. Selalunya mata si asyraf ni akan setia memandang lantai.

Nadia berkira-kira sendiri. otaknya ligat berfikir. Nak menyusun perkataan menjadi ayat yang cantik bukannya mudah kalau berhadapan dengan debater depannya ini. “kau.. lepas jumpa cikgu.. kau buat apa ek?”

“kenapa?”

Nadia main picit-picit pen di tangan. Nak jawab macam mana pun dia tak tahu. “jawab jer la. kau buat apa?”

“kenapa?”

Hish. Spesis degil ke apa ni??? “kau buat apa?”

“kenapa?”

Warghhh.. jawab jer la. banyak tanya betul. “kau ada usrah ke?”

“kenapa?”

Hukhukhuk.. tertekan.. “tak pe la. pergi main jauh-jauh. Aku tarik balik semua soalan-soalan aku tadi.” Nadia give up sudah.

“kenapa?”

“kenapa apanya lagi???” ni yang nak marah ni. dari tadi kenapa kenapa kenapa.

“kenapa kau tarik balik soalan kau?”

“sebab kau tak nak jawab soalan aku. tanya lagi. hish.”

Asyraf hanya mengangguk. Nadia jadi pelik sendiri tengok reaksi ketuanya. Apekehal ne? tak faham eh..

Nadia bangun dari kerusi. Buku latihan ditutup. Dia berpaling membelakangi asyraf.

“hmm..” macam nak tak nak keluar saja suara asyraf. Perlahan sangat.

“huh?”

“aku ada usrah. Kenapa?”

“aku tak suka.”
 

are-fiyz

Active Member
#25
“nadia..”

“apa? aku cakap aku tak suka. Aku tak suka. Tak boleh ke kalau kau dengar cakap aku. tolong la.. Muhammad asyraf.”

“kenapa kau tak suka?” asyraf dah mula terikut rentak bahasa nadia yang guna ‘kau-aku’.

“jangan banyak tanya. kau sendiri tahu kan.”

“huh? aku tahu?”

“tolong la asyraf.” Nadia bengang. Susah sangat ke si Asyraf ni nak ikut kata-katanya??

Alasan tak kukuh.. memang susah la nak ikut. Sekadar mendengar perkataan ‘tak suka’ bukan boleh menghalang seseorang dari melakukan apa yang disukai.

“aku tak faham. Apa yang kau nak cakap ni?”

“dah la. malas aku.” nadia terus keluar dari kelasnya. Masa rehat tinggal beberapa minit saja lagi dan dia mahu ke tandas.

Ditinggalnya si asyraf terkebil-kebil sendirian di situ. Ish.Ish.Ish.


Selepas bunyi loceng tamat waktu sekolah..

Asyraf bergegas ke bilik guru perempuan. Langkahan kaki dipercepatkan sedikit agar masanya dapat ditepati.

Tiba-tiba..

“Asyraf!!!”

Huh.. siapa pulak yang rajin nak menjerit-jerit tengah alam ni.. malu. Malu.. banyak mata yang memandang sebab waktu ni waktu orang berpusu-pusu keluar dari kelas nak balik rumah!

Si pemanggil berada di hadapannya..

Sambil bercekak pinggang..

Siapa lagi kalau bukan cikgu nazrin. Guru disiplin sekolah. Suaranya memang mikrofon sekolah pun boleh angkat bendera putih akibat tertewas dalam berbakti..

Cikgu nazrin gamit-gamit tangannya memanggil asyraf yang tak sampai beberapa tapak jauhnya.

Asyraf mempercepatkan langkah.

“mana penolong kamu?”

Asyraf geleng. “dia ada hal.”

“huh? hal? Amboi-amboi budak ni.. macam la dia tu VIP nak berhal-hal bagai. hal apa?”

Asyraf jongket bahu. “entah. Dia tak nak cakap.”

“Ish.Ish.Ish. Hmm.. tak pe la. angkat kotak ni. dalam ni ada semua laporan-laporan penting untuk aktiviti sepanjang tahun ni. cikgu nak kamu susun by day, date and month.”

Asyraf hanya mengangguk. Biasa la kerja-kerja macam ni. orang yang dicari mesti orang penting-penting sebab orang penting saja yang ingat benda penting-penting.

Hish serabut.

Cikgu nazrin memerhati sekeliling sambil tergaru-garu kepala. “sebab tu la cikgu suruh kamu panggil penolong kamu tu.. sekarang ni siapa nak angkat fail-fail ni?”

Asyraf dah melihat-lihat isi kotak. “cikgu.. yang bukan macam rupa laporan ni.. macam mana?”

“susun jugak. Tapi cuba tengok ada tarikh ke?”

Lama asyraf membelek.

“tak de pun.”

“cuba ingat aktiviti-aktiviti tu bila. Kalau boleh cari laporan dia. bagi tally. Lepas tu susun dalam fail-fail ni.” cikgu nazrin mengarah.

Adeh.. sengsara kerja jadinya..

Asyraf tergaru-garu kepala sendiri. terfikir-fikir macam mana dengan usrahnya lepas ni. “cikgu nak bila semua ni?”

“besok boleh?”

“huu??” sempat ke? bertimbun kertas-kertas dalam kotak ni. kalau buat seorang diri ni, alamatnya bermalam kat sekolah la jawabnya.

Cikgu nazrin memikir-mikir sendiri. “besok. Mesti besok. Cikgu akan dipantau besok.. dah tu semua aktiviti sekolah bawah cikgu.”

Layu mata asyraf.

“pergi cari penolong kamu. Suruh dia tangguh dulu hal dia tu.” cikgu nazrin bercekak pinggang kembali. “besok siap. Terima kasih ya.”

“sama-sama.”

Asyraf mengangkat kotak yang agak berat bersama-sama beberapa fail dan dibawa keluar dari bilik guru itu menuju ke kelasnya kembali.

Nasib kelas sendiri aras bawah saja. tak lelah nak mengangkat naik anak tangga.

Sesampainya di kelas..

Asyraf duduk. Terkebil-kebil memandang kotak yang diletakkan di hadapannya.

“Allah..” dia penat. Tak buat lagi dah penat. Sebab penat tengok banyak sangat. Nampaknya, usrah terpaksa ditangguhkan lagi.

Tiba-tiba..

“woi.”

“huh?” Asyraf berpaling ke pintu kelas.

Ada seseorang berdiri di depan pintu kelasnya.

“Buat apa?”

“Er.. ada kerja sikit.”

Asyraf nampak senyum pada wajah itu. Sinis sekali. Rasanya.

“tak macam sikit pun. Hahaha..” terus blah lepas gelak jahat pada Asyraf. Ish.Ish.Ish.

Sungguh asyraf tak faham. Apakehal la dengan mamat ni? siapa yang tak kenal dengan mamat tadi tu memang sengaja cari pasal la..

Kenapa?

Ketua samseng sekolah.

Ok. Tutup cerita.

Tiba-tiba.. ada seseorang laju melintas kelas Asyraf. Perempuan. Asyraf pelik. Dia melihat-lihat siapa gerangannya. Sempat Asyraf melihat dari tepi kelibat perempuan yang sudah menghilang dari pandangannya.

Macam kenal.

“Eh.. Bukan Nadia ke tu? Tadi cakap ada hal..”

Kerja yang cikgu nazrin suruh dah terbang keluar dari kepala otaknya. Rasa ingin tahu ke mana nadia pergi membuak-buak dalam hatinya.

“Nadia ni sengaja nak mengelat dari kena buat kerja ke? Hmmm..” Kakinya dah menapak keluar kelas. Ingin menjejaki ke mana penolongnya itu tergesa-gesa pergi.

Tak salah kan kalau dia menyibuk hal orang?

Asyraf mengagak sendiri ke mana arah yang nadia pergi. Sebabnya kelibat penolongnya itu sudah tak kelihatan di mana-mana. Laju sungguh berjalan. Macam lipas yang belum kudung.

Kakinya membawa diri ke belakang bangunan makmal sekolah. Segala jenis makmal ada kat sini. Makmal sains, komputer dan macam-macam lagi la.

Entah kenapa hatinya rasa tak sedap. Gelisah.

Bukannya dia risau kalau-kalau keluar hantu ke apa.. tapi dia risau kalau betul gerak hatinya kata nadia memang datang ke sini.

Belakang makmal.

Tempat lepak geng-geng yang bermasalah.

Ada ke geng-geng bermasalah kat sekolah berprestasi tinggi+kluster ni?

Ada..

Hmmm..

Asyraf melangkah perlahan-lahan menghampiri tempat ‘gelap’ itu. Walaupun hari siang.. aura kegelapan yang datang dari tempat itu, usah diceritakan.. meremang bulu tengkuk.

Tiba-tiba telinganya menangkap bunyi perbualan beberapa orang pelajar. Dia mula memasang telinga.

“Im. Kau just goyang kaki sudah la. biar aku je yang setelkan budak tu. bagi aku masa. Kau tak payah nak pening-pening fikir.”

Asyraf berkerut-kerut dahinya. Nadia? dia cakap pasal apa ni?

“can I trust you?”

“wey.. come on la.. macam kau tak kenal aku. semua kerja aku sebelum ni, kau sendiri tengok kan.” Nadia membalas.

Asyraf yang mendengar di sebalik dinding terkejut sendiri. betul ke yang berbalas cakap dengan ketua samseng sekolah itu nadia? nadia penolongnya?

Apa ‘kerja’ yang nadia maksudkan tu?

Asyraf masih tekun mendengar. Harap tiada orang perasan yang dia tiba-tiba dah bertukar menjadi ala-ala spy dekat tepi dinding ni.

“Yup. You did good. Tapi.. macam tak cukup. Kau tak rasa?” Ketua samseng sekolah seakan-akan meragui kata-kata nadia tadi.

Nadia menggigit bibir sendiri. tak tahu nak respon macam mana. Lama dia berfikir sendiri. sepi mengambil ruang antara mereka. Asyraf di sebalik dinding makin pelik sebab senyap semacam.

Nadia mengeluh. “kau nak macam mana? Aku boleh buat.”

“senang jer. Macam yang aku cakap. Sama ada dia berambus dari sini or..”

“die?” nadia menyambung.

“Pandai.. sweetheart.” Zahim yang lebih dikenali dengan Im-the killer bukannya I’m the killer.. mengusap lembut pipi nadia.

Nadia membiarkan. Tahu apa akibatnya kalau dia cuba mengelak. Dia memberikan senyuman sinis pada ketua samseng sekolah itu.

Asyraf yang dah melekat di dinding makin serabut. Satu apa dia tak faham pasal perbualan nadia dengan zahim budak bermasalah tu.

Telinga masih melakukan kerja mencuri. Curi dengar.

Nadia malas lama-lama di situ. Rasanya dah habis urusannya bersama si zahim ini. “ada apa-apa lagi ke? aku ada hal lain ni.”

Zahim senyum. “dah tak de apa-apa. make sure kerja jalan cepat. Aku tak suka lambat-lambat.”

“okey.” terus nadia angkat kaki. Mahu beredar dari situ.

Asyraf yang tak perasan perbualan sudah tamat masih melekat pada dinding. Tiba-tiba dia terkejut. Kelibat nadia melintas di hadapannya.

“Asyraf?” Nadia turut terkejut. Nasib perlahan seakan berbisik sahaja nama asyraf di mulutnya. Kalau tahu dek zahim.. nahas la jawabnya.

Asyraf sempat betulkan keadaannya sebelum nadia perasan apa yang dia buat dari tadi. “kau buat apa kat belakang ni?” cepat-cepat dia tanya nadia sebelum nadia tanya dia dulu.

Nadia senyap. Memikir sendiri sama ada ketuanya ini dah dengar semuanya atau belum.

Asyraf buat muka pelik. “kau ada sembunyi apa-apa ke dari aku?”

Tiba-tiba.. suara geng-geng bermasalah makin mendekat dengan tempat mereka berdiri. Suasana bising dan kecoh. Asyraf dan nadia telan liur sendiri.

Masing-masing kaku. Tak tahu nak buat apa. Nak lari.. tak tahu nak lari ke mana.

Mata Asyraf tepat memandang mata nadia. Pandangan nadia macam gelisah. Masing-masing membisu dengan bunyi detap kaki yang berjalan menghampiri tempat mereka.

Nadia tarik nafas dalam. “maafkan aku asyraf.”

Huh?
 

are-fiyz

Active Member
#28
Kelibat zahim and the gang dah hilang dari pandangan mereka berdua. Alhamdulillah.. lega.

Asyraf pening.

Mananya tak pening.. nadia tiba-tiba tarik tangannya sampai terpusing 360 darjah lari masuk makmal sains tepi tempat mereka berdiri. Boleh muntah koko. Ufh..

“err.. sorry. Kau okey ke?” nadia gigit bibir sendiri. petanda rasa bersalah yang menggunung tinggi sebab tengok asyraf dekat sebelah dah picit-picit kepala sendiri.

“kenapa kau buat macam tu hah?” rasa nak marah tapi bukannya perangai dia yang akan marah kalau belum dapat penjelasan yang jelas. Cuma suara saja bunyi tegas semacam.

Nadia garu-garu pipinya.

“nadia.. cakap.” Macam nak menyuruh kanak-kanak ribena bukak mulut pulak si asyraf ni.

“err.. aku.. aku.. boleh tak kau jangan tanya aku? aku tak de jawapan.”

“huh? tak de jawapan?”

Nadia buat muka tak puas hati. Nak tak nak kepalanya mengangguk.

Asyraf pula yang tergeleng-geleng sendiri melihat tingkah penolongnya.

Nadia yang melihat asyraf tergeleng-geleng.. “kenapa?”

“huh?” tangan masih memicit-micit kepala. Pening.

“kenapa kau geleng-geleng?”

“entah.”

“huh?” giliran nadia pulak yang pening. Pening dengan si asyraf.

“macam mana kau boleh terlibat dengan geng si zahim tu?”

Nadia yang sedang melihat-lihat keadaan kat luar makmal tersentak dengan pertanyaan asyraf yang tiba-tiba itu.

“apa yang kau cakap dengan diorang tu tadi?” asyraf tanya lagi.

Nadia tengok siling makmal. ‘Hmm.. macam mana nak jawab ni?’

“tak payah nak tipu aku.” Asyraf berjalan keluar dari makmal.

Huh?

Nadia telan air liur. Rasa macam payau. Ergh.. ‘macam mana dia tahu aku nak tipu ni?? adeh..’

Asyraf dah hilang.

Nadia yang terkebil-kebil sendiri terus berlari keluar mendapatkan kelibat asyraf yang sudah menghilang dari pandangannya.

“Asyraf!” panggil nadia.

Asyraf yang dah berjalan jauh dari makmal tadi berhenti. Kuat betul suara nadia menjerit namanya. Macam mana kalau ada orang dengar?

Boleh jadi kes skandal ni..

Tak sanggup.

Asyraf berhenti saja tanpa berpusing melihat penolongnya. Ada gaya ego di situ ya. Huhuhu..

Nadia cepat-cepat berlari mendapatkan ketuanya. Nafas jadi termengah-mengah. “aku.. aku.. huh. penat. Apesal kau jalan laju sangat hah?”

Lain yang dia nak cakap lain yang terkeluar. Penat sangat main aci kejar-kejar.

Asyraf senyap.

“kau buat apa kat belakang tadi? Kau ikut aku? kau.. kau dengar?” teragak-agak nadia bertanya. Risau kalau tanggapannya benar.

Asyraf memandang penolongnya dengan pandangan yang tajam dan muka yang serius.

Nadia dah telan air liur.

Habis laa.. rahsia terbongkar.

Nadia mula nak gelabah. Memikir macam mana nak cover rahsianya yang sudah terburai. Ish. Tertekan.

Dia tarik nafas dalam-dalam. Gaya macam nak buat confession yang sangat berat.

“aku.. aku.. sebenarnya. Tadi.. erm.. tadi..”

“tak payah cakap la kalau tak nak cakap.” Asyraf angkat kaki dan blah dari situ.

Huh? macam tu saja?

Terkebil bulat-bulat nadia yang dah sedia nak buat confession kat situ. Alih-alih.. dah jadi gaya macam orang kena reject lepas buat love confession.

Ish. Ish. Ish.

Nadia buat muka tak puas hati. Pandangannya ke arah kelibat asyraf yang makin menjauh.

Apa yang patut dia buat? Kejar? Lagi?

Penat laa.

Sedang memikir tengah-tengah alam tu.. nadia duduk bersila atas tanah batu sekolahnya.

Idea.. cepat la datang..

Haa!!

Tiba-tiba.. “apesal sampai bersila ni? kau dah buang tebiat ke apa?” ada bayang yang melindungi dari matahari yang setia menyuluh nadia.

Asyraf berkerut-kerut melihat penolongnya yang sedang bersila atas tanah dengan muka yang berkerut-kerut teruk darinya.

“eh.. kau dah patah balik. Terharunya.” Nadia mendongak melihat asyraf yang berdiri di hadapannya dengan mata yang bersinar-sinar macam dalam cerita kartun tu.

Terangkat sebelah kening asyraf. “huh?”

“kenapa kau patah balik? Kau nak dengar penjelasan aku ke?”

Senget kepala asyraf jadinya.

Nadia yang masih bersila dah makin lenguh lehernya. Asyik mendongak si asyraf depannya ini. Tangan kiri mengurut lembut lehernya di sebalik tudung.

Nadia tarik nafas dalam-dalam. Macam dia buat waktu nak confess awal tadi. “aku..” dia dah tak nak jadi gagap lagi. “aku.. aku.. err..”

Masih gagap jugak.

“kau kenapa? Aku.. aku.. dari tadi.”

“err.. aku.. aku.. ehemm..” membetulkan saluran pernafasan yang rasa macam tersekat. Tarik nafas. Hembus.. “aku. tadi..”

“kan aku cakap tadi.. tak nak cakap.. tak payah cakap.”

“hish.. kau ni.. dah aku nak cakap. Kau sabar la kejap. Payah aku nak susun ayat ni.” laju dia membalas cakap asyraf.

Asyraf senyum. “dah.. tak payah cakap apa-apa. Malam ni kau stay dengan aku.”

“hah?”
 

are-fiyz

Active Member
#31
“kalau tak sempat. Tidur sini.” sambung asyraf lagi.

“haaahhh?”

“call parents kau. cakap kau tak tahu lagi boleh balik ke tak. Jangan buat diorang risau.”

“haaaaahhhh?”

Suasana sunyi sepi antara mereka lepas nadia buat ayat terkejut panjang tu. asyraf berkerut-kerut dahi.

Nadia.. dia tiba-tiba saja peluk badannya.

“kau apesal ni?” makin berkerut asyraf. Dah la tepacak tengah-tengah panas ni. boleh banjir dengan peluh sendiri.

Semua wanita-wanita di luar sana pasti akan respon ala-ala macam nadia ni kalau telinga tu dah mendengar ayat-ayat pelik macam asyraf cakap tadi. “kau nak buat apa kat aku?”

“huh? nak buat apanya?”

“kau nak buat ‘tuu’ ke?”

“tuu? Apa?”

“tuu laa..” sampai muncung mulut nadia nak menyebut perkataan ‘tuu’ itu.

Berserabut otak asyraf. Makin tak faham dia dengan kerenah penolongnya yang macam-macam ni. hish. “tuu kau tu apa? tak faham aku?”

“ala.. yang kerja-kerja orang lelaki suka tuu..”

Ooo.. “kau ingat aku suka buat kerja tu? ni semua kau punya pasal la. aku nak kau bagi kerjasama dengan aku. senang kerja nanti.”

Huh? nadia pulak yang blur. Dia punya pasal? Kenapa pulak? “kenapa pulak aku punya pasal? Aku tak buat apa-apa pun.”

Asyraf melihat jam di tangan kanannya. “Masya-Allah. Zohor.” Terus kaki diangkat laju menuju ke surau. Banyak sangat benda yang dah jadi sampai lupa zohor pun dah nak ke penghujungnya.

Dan nadia terkebil-kebil sendiri di situ.


Selesai solat zohor..

Asyraf dah berada di kelasnya bersama-sama dengan kerja yang ditinggalkan tadi. Mata tengok keliling.

“mananya budak bertuah ni?” tangan dah bercekak pinggang. Macam nenek-nenek. Eh silap. Macam datuk-datuk.

Asyraf tengok kipas yang tak berpusing atas siling. Memikir.

“buk..” dia dah tepuk kepala sendiri. memang bertuah sungguh la harinya ini. Macam mana nak nampak batang hidung kalau dah dia sendiri yang tak cakap sampai habis isi penting dalam perbualan mereka tadi.

Ish. Ish. Ish.

Tiba-tiba asyraf rasa macam nak menangis pulak sambil memandang kertas yang bertimbun di hadapannya. “huhuhuhu.. tak balik rumah la aku nampaknya.”

“ohooii.. nak aku tolong panggilkan pak cik guard tuk temankan kau ke?” satu suara membalas cakap asyraf dari luar kelas.

Asyraf picit-picit kepala sendiri. “tak payah la. tak payah susahkan orang.” Tanpa sedar dia membalas kembali pertanyaan yang dituju padanya.

Eh?

Pantas mata mencari arah suara yang bertanya tadi. Di luar kelas. Ada bangku batu beberapa biji di tepi koridor kelas. Tempat lepak-lepak budak form 5 masa rehat.

Tapi tiada sesiapa di situ.

“nadia?” asyraf rasa la.. dia macam dengar suara nadia tadi.

Kaki dah melangkah buat peninjauan ke luar kelasnya. Perlahan dan perlahan.

Walaupun hari siang dan sangat cerah.. syaitan dan jin berada di mana-mana sahaja. Huhuhuhu.. seram pulak.

“kau cari aku ke? hihihihi..” gelak kecil perempuan kedengaran jelas.

Betul-betul sebelahnya..

“maaakkk!!” terkejut asyraf. Dia dah terbalik ke belakang. Selamat duduk atas lantai koridor kelasnya. Nasib tak terlentang jatuh. Boleh masuk hospital jadinya.

“hehehe.. sorry.” Nadia angkat tangan kiri tanda sorry. Tangan kanan tengah pegang lidi bebola ketam dengan sos sambil kunyah-kunyah macam kanak-kanak.

Asyraf istighfar banyak kali. Terkejut sangat-sangat. Rasa macam melayang semangatnya tadi. Dia cepat-cepat bangun dan kibas-kibas bajunya yang dah tercemar dengan kotoran lantai koridor tu.

Nadia sengih-sengih dengan mulut kembung akibat bebola ketam. “kau cakap apa tadi? Sambung balik. Aku tak faham.”

“tadi?”

“tadi tu la. sebelum kau tinggal aku sorang-sorang tadi. Kita nak buat apa sampai malam-malam ni?”

“tu..” asyraf tunjuk kotak dalam kelasnya.

“hmmm.. tu..??” nadia turut melihat kotak yang ditunjuk. Macam orang blurr dan hilang arah tujuan. Tak tahu apa motif si asyraf suruh dia tengok kotak yang tak cantik tu. Pencemaran biji mata betul.

“susun.”

“hmmm.. susun..?” masih blurr..

“semuanya..”

“hmmm.. semuanya.. macam tu..” terangguk-angguk kepala nadia. macam orang yang dah berjaya selesaikan soalan addmath paper 2 tanpa kesalahan.

Asyraf picit-picit kepala. Faham sangat dah. dia membilang sendiri.. 1..2..3..

“hahhhh??? Semua?? gilaaa laaaaa!!!”

Kan dah kata..
 

zahra

FTC Crew
Moderator
#32
:D hehe.. tak kisah la, janji continue, adeh, penat kot nak susun semua tu dalam mase sehari, terasa kepenatan tu, even tak ada dalam story ni :D
 

are-fiyz

Active Member
#33
Nadia rasa macam nak menangis. Nampaknya asyraf dah ada teman menangis dan meraung sekali. “aku nak balik. Tak kira. Kau buat sorang-sorang. Babai.”

Terus nadia angkat kaki dan blah.

Huh? macam tu saja. Asyraf?

Asyraf dah terkebil-kebil sendiri. nampaknya dia dah ditinggalkan. Rasa macam nak meraung pulak. Wargh… penganiyaan yang melampau. Tertekan.

Asyraf tarik kerusi dan duduk di hadapan kotak tak cantik tu. Tangannya ligat mengeluarkan isi kotak. Daripada tertekan buang masa, baik dia buat kerja cepat. Untung-untung boleh balik rumah.

Matanya menelliti isi kertas-kertas yang dah berselerakan. Tangan kiri dah naik atas kepala.

Picit.

Sakit tiba-tiba.

“Masya-Allah.. tak balik sungguh la aku macam ni.” dia dah meraung sorang-sorang.

Tiba-tiba telinga asyraf menangkap bunyi suara orang berbual.. suara perempuan. Siapa?

“ehemm.. dah buat ke? aku tak payah tolong la eh?” nadia bercekak pinggang depan pintu kelas bersama seseorang.

Asyraf malas nak melihat. Tahu la siapa yang menegurnya. “tadi cakap nak balik kan. Balik la.” sungguh menolak rezeki orang nak menolong betul.

Rugi. Rugi.

“betul ni? nak aku balik? Aku balik sungguh karang..” nadia dah tersengih-sengih sebab ayat asyraf tu nampak sangat merajuknya.

Pandai jugak si Asyraf ni merajuk ye..

Tapi.. mulut asyraf tak bersuara apa-apa pun. Cuma bunyi kertas diselak-selak.

“asyraf..”

Senyap..

“tengok la sini.”

Tak tengok pun. Mata masih setia melekat pada kertas-kertas.

Tiba-tiba.. “nak akak tunggukan ke tidak ni? banyak lagi kerja akak nak buat.”

Terus kepala asyraf berpaling melihat orang yang baru bersuara tanya tadi. Matanya rasa nak tercabut keluar. Security guard sekolah yang paling ramah menyapa pandangannya.

Nadia berpeluk tubuh sambil menyandar pada sisi pintu. “tu la kau.. aku suruh tengok awal-awal kau tak nak. Dah kena tegur baru tahu. Aku pergi pinjam akak ni tadi.”

Asyraf senyum pada akak guard tu. Nadia dia buat-buat tak nampak.

Nadia mencebik mulut. Kurang asam punya mamat. Tak tengok pun dia yang setia terpacak sebelah akak ni. “akak teman saya eh.. mamat nii..” dia tuding dengan jari telunjuk ke arah asyraf.

Akak guard angkat kening sebelah pada nadia. kenapa?

“dia nii bahaya..”

Huh?

Terhenti kerja asyraf. Matanya dah mencari nadia. ikut hati nak saja dia baling kotak yang penuh kertas ni pada nadia. suka-suka hati saja menuduh.

“nadia. kau tak nak buat kerja, baik kau balik saja. tak payah nak bising-bising.” Asyraf bukak mulut. Serius semacam.

Nadia dah mencebik sendiri. “baik encik ketua.” Dia dah duduk menghadap si Asyraf bersama kotak tak cantik tu.

Akak guard tu kerjanya duduk dan melihat saja tingkah dua orang manusia yang sibuk menyusun kertas sambil berbalah itu-ini yang satu habuk pun dia tak faham. Untung kerjanya hari ni. tak payah nak penat berjalan satu sekolah yang besar ni buat rondaan.

Tengok drama depan mata lagi seronok.

Azan asar berkumandang dari masjid yang berhampiran sekolah.

Akak guard tu dah bertapa atas kerusi dalam kelas tu dengan mata terpejam. Entah bila tertidur pun dua orang manusia tu tak ambil peduli. Sibuk dengan kerja sendiri.

Tiba-tiba…

Asyraf bangun dari kerusi. Bunyi kaki kerusi yang terseret di lantai simen mengejutkan dua insan dalam kelas tu. nadia mencongak kepalanya mencari muka Asyraf.

Akak guard tu hampir nak terbalik dari kerusi. Nasib sempat selamatkan diri. Terkejut kut.

“aku nak solat asar. Berhenti dulu.”

Nadia telan liur sendiri.. wajahnya dah dilarikan dari menghadap muka asyraf. “err.. kau gi la solat dulu. Aku boleh buat sendiri kerja ni.”

“jemaah lagi baik. Jom la. bukan kerja tu nak lari pun kalau tinggal sekejap.”

Nadia dah berkerut-kerut. Hish mamat nii.. nak jemaah pulak.. macam mana nak cakap ni.. huhuhu.. tiba-tiba dia teringat kejadian malam dulu-dulu dekat mall. Hmm.. malu. malu.

Redah jer laa.. 1..2..3..

“ooo.. okey..” tiba-tiba asyraf menyampuk sambil tersenyum.

Nadia blurr..

Akak guard yang tengok lagi lagi la blurrnya. Tak faham kut apa yang telah terjadi. Sketsa apakah ini?

Asyraf dah melangkah keluar dari kelas.

Nadia terkebil-kebil. Huh? okey? apa yang okey? matanya bertentang dengan akak guard. Kening terangkat.

Akak guard cuma menggeleng sebagai jawapan kepada pertanyaan bisu nadia.

Whatever..

“akak keluar dulu. Nanti budak lelaki tu dah balik. Cari akak kat tempat biasa okey.” akak guard tu dah penat duduk saja dari tadi. Dia nak exercise sikit.

“okey kak.”

Dua puluh minit kemudian..

Perut nadia berbunyi. Lapar. kertas-kertas yang belum disusun.. masih separuh daripada kotak tak cantik tu. yang dah siap susun pun dah buat otaknya penat nak memikir.

Nadia tutup suis kipas angin yang terpusing laju. Dia nak ambil angin kat luar. “hmm.. lamanya budak ni solat.” Mata memerhati keliling kawasan blok kelas.

Tiba-tiba..

“huh? siapa tu?”

Matanya tertangkap pada sekumpulan lelaki yang berpakaian biasa.. dan seorang lelaki dengan pakaian biasa jugak. Jarak mereka agak jauh untuk nadia kenal pasti siapakah gerangan manusia-manusia itu..

Matanya mencerun meneliti sambil mengenal pasti..

“hmmm..” dagunya diusap perlahan gaya macam ada janggut sejemput pulak. “macam kenal..”

Mata digosok-gosok perlahan. Mencari penglihatan yang jelas. Mungkin tadi kabur akibat berbinar-binar dari kesan membelek kertas-kertas yang menyusahkan hidupnya hari ini.

Tiba-tiba matanya membulat. Terkejut.

“apa dah jadi ni…”
 

are-fiyz

Active Member
#35
Zahim.. dengan gengnya.

“apa yang budak tu cakap dengan asyraf hah? Bila masa pulak asyraf ni siap tukar baju bagai?”

Nadia dah terhendap macam nak menyamun rumah orang kaya-kaya saja dari arah dekat. Dia cari port yang terbaik belakang kereta siapa entah yang terpaking cantik tepi blok ni.

“apa aku nak buat ni.. macam mana kalau.. kalau..” nadia dah tergaru-garu pipinya. Tiba-tiba dia diserang rasa kecut perut.

Matanya masih melekat pada sekumpulan manusia itu. Tiba-tiba tangan si Zahim merentap kolar baju asyraf. Mukanya beriak marah pada pandangan nadia.

Makanya, nadia yang terintai-intai tu rasa nak terberak pun ada. Dia takut. Telinganya cuba nak mendengar perbualan mereka yang berbaur pergaduhan tu.

Tapi satu apa pun tak dengar. Itulah akibatnya kalau dah selalu memekak dengan earphone sepanjang masa. Telinganya sudah kronik untuk seseorang yang baru hidup 17 tahun.

Kasihan..

Tiba-tiba..

Asyraf dah terduduk atas jalan. Zahim dengan penumbuknya memang menakutkan. Tangan zahim yang masih tergenggam erat untuk menumbuk seperti nak teruskan lagi adegan tumbuk menumbuk.

Nadia sakit perut. Dia gigit bibir sendiri melihat adegan yang agak menakutkan di depan matanya. Kepala otak terus-terus memikir..

Apa nak buat ni??

Satu tumbukan lagi tepat pada muka asyraf. Asyraf tak melawan.

Nadia tutup mulutnya yang hampir nak terjerit. Biasala kan.. perempuan sikit-sikit mesti nak jerit-jerit.

“macam mana ni.. macam mana ni..” kepalanya dah terpusing kiri kanan macam orang pening.

Tiba-tiba dia nampak batu seketul. Secara detailnya batu tu bukannya seketul pun. Tapi berketul-ketul atas tar. Cuma yang dia nampak besar sedikit dari yang lain. lantas batu tu dicapai.

“tak mati kut kalau terkena batu ni..” nadia aim kepala si Zahim tu disebalik tempat persembunyiannya.

Harapnya.. batu tu boleh melayang terkena zahim daripada tempatnya. Kalau diikutkan macam mustahil dengan jarak si nadia ni dengan geng-geng zahim tu..

“Bismillahirrahmanirrahim.. fuhh..” dia jampi batu tu.. nak menganiya orang pun pakai bismillah ke??

Ish. Ish. Ish.

1..2..3..

Batu dibaling kuat. sekuat-kuatnya.. dan.. melayang.. dan..

“pukkk..”

Tersasar.. misi gagal.

Zahim mengerang kesakitan. “adoi.. siapa yang buat ni hah?” dia mengusap punggungnya. Sakit kut kena benda tajam apa entah.

Nadia yang tengah sembunyi gigit-gigit jari sendiri. dia silap buat perkiraan semasa proses membaling dilakukan. Ilmu pythagoras theorem tak sempat nak diaplikasikan dalam keadaan darurat macam ni..

Mata-mata semua kat situ melihat zahim menggosok punggung sendiri. zahim pulak memandang tepat ke arah tempat yang menjadikan punggungnya sebagai sasaran tadi.

Sebiji kereta.

Dia melihat kereta Toyota alphard hitam tu dengan mata yang berapi-api. Seakan mahu ditelan hidup-hidup kereta tu.

Sejak bila kereta hidup?

Whatever.

“weyh jim.. kau pergi tengok siapa yang buat dajal kat aku.” zahim cakap kuat-kuat macam nak tercabut anak tekak dekat ahli gengnya.

Nadia yang tengah sembunyi rasa macam nak terberak serta merta. “oomai.. mati aku.. mati aku..”

Dalam keadaan sekarang, dia dah tak ada arah yang selamat untuk melarikan diri. Rasa macam nak hempuk kepala sendiri pun ada. “macam mana ni.. macam mana la kalau zahim tu tau aku yang buat jahat tadi? Mati aku.. mati..” dah macam cacing yang kebekuan si nadia ni punya tahap gelabah.

Langkah kaki jim semakin menghampiri..

Nadia rasa nak pengsan. “aku tak boleh kantoi macam nii. Tak boleh..”

Tiba-tiba..

“weh.. Im.. takde siapa-siapa pun kat sini. kau sure ke arah sini hah?”

Jim dah balik ke tempat zahim dan gengnya. Asyraf yang masih terduduk.. diam saja memerhati keadaan.

Zahim tak puas hati. Dia menghadap asyraf. “kau tunggu la.. aku takkan biarkan kau dengan semua kerja tak guna kau tu. I’ll put it end myself!!.” terus dia blah diikuti gengnya.

Asyraf bangun. Dia kibas-kibas bajunya yang baru dia tukar sebelum solat asar tadi.

Langkah kaki laju dihalakan ke kelasnya. Rasa lama benar dia tinggalkan penolongnya buat kerja sendiri dari tadi. Gara-gara tersangkut dengan geng zahim punya pasal, kerjanya jadi tertangguh.

Malas dia nak berlawan dengan orang yang suka cari pasal. Tiada faedah pun. Jam tangan dilihat.

“masya-Allah.. lambat sangat dah ni.”

Sesampainya di kelas..

“eh?? Mana nadia ni pergi?”

Hmmmm…
 

zahra

FTC Crew
Moderator
#36
hmm..sebenarnya kan, macam mana pulak eh, si nadia ni boleh t'jebak dengan si zahim & the geng tu..huhu..or ade part yg zahra miss bace kew?
 

are-fiyz

Active Member
#38
Nadia masih lagi bersembunyi..

Bawah kereta tadi..

Darurat.. dah tiada tempat persembunyian yang strategik dalam keadaan kecemasan macam tadi tu. terus saja dia bergolek masuk bawah kereta hitam besar tu. nak tak nak sempat la dia buat scene kiss bersama tar jalan.

Oohh.. sungguh tragis.

Setelah dipastikan tempat kejadian selamat dari musuh-musuh.. nadia bergolek keluar dari bawah kereta. ala-ala macam tentera yang tengah buat latihan bergolek bawah dawai duri..

Dia masih lagi dalam keadaan berbaring.. tiba-tiba..

“apa kau buat ni?”

Asyraf berdiri sambil melihat nadia yang tengah tidur atas jalan betul-betul tepi kereta tu.

“err.. hehehe.. haii.. lama tak jumpa..” nadia buat isyarat angkat tangan lambai-lambai pada asyraf dalam posisi tidurnya itu.

“huh? kau dah pening sangat ke yang sampai nak tidur kat sini?”

Nadia bangun. Habis kotor seragam sekolahnya yang masih belum bertukar dari pagi tadi akibat aksi bergolek-golek tu.

“hmm.. aku pening. Lama sangat aku tak tidur. Sepatutnya tadi tu time aku tidur tau tiap-tiap hari. Kau punya pasal la nii..” nadia berdalih.

Asyraf senyum saja. nadia terkedu seketika tatkala matanya memandang senyuman ketuanya itu.

“kenapa kau senyum?”

Dan Asyraf masih tersenyum.

Nadia mencebik mulut. Ni sah nak gelakkan dirinya yang tidur atas jalan la tu.

Tiba-tiba..

“terima kasih.”

“huh?” nadia pelik.

Asyraf berpaling dan berjalan menuju ke kelasnya kembali. ‘thanks for saving me..’

Nadia yang melihat tingkah asyraf hanya mampu menjongketkan bahunya. perlahan-lahan dia mengikuti belakang asyraf.

Sesampainya di kelas..

“Alamak!!!” nadia terjerit sendiri.

Asyraf yang sah-sah macam nak tercabut jantung dengar suara kuat nadia itu.. “kau ni dah kenapa pulak?”

Nadia tepuk dahi. “aku terlupa. Kejap eh.. kau sambung la dulu.” Terus dia berlari keluar dari kelas.

Larian nadia ala-ala jogging menuju ke pondok guard tepi pagar utama sekolah mereka.

Kalau pakai jalan biasa.. alamatnya 10 minit kemudian baru dia sampai kat pagar utama. Lambatnya.. kalau macam tu kena lari pecut 400m baru boleh kurangkan masa jadi 3 minit..

Kalau dah pecut 400m tu.. alamatnya dia boleh tercabut jantung la.. penat. Tak sanggup rasanya. Ni pun dah ala-ala berenang dalam kolam peluh.. habis masam baunya.

Tiba-tiba dia rasa nak mandi.. tapi fikirkan mamat tu buat kerja sendiri.. dia batalkan hasratnya nak mandi.

“hmm.. pakai jalan shortcut jer la..”

Terus kakinya menghala ke belakang blok makmal. Kalau lalu situ jadi dekat lagi dari pecut 400m. Sekarang pun dah lewat petang.. mana ada manusia nak melepak kat situ pun..

Tiba-tiba..

Langkah kakinya terhenti. Telinganya menangkap sesuatu yang tidak asing pada pendengarannya.

“tak guna!!”

Suara zahim.

“weyh.. rilek la. kita kan ada weapon yang paling kuat..” salah seorang dari geng zahim cuba menenangkan ketua geng mereka.

Nadia yang makin menghampiri tempat lepak mereka itu senyap kaku di sebalik dinding. Dia hanya mampu telan liur sendiri.

“weapon?” zahim bertanya kembali.

“yup..”

“apa maksud kau?”

“nadia.”

Nadia yang mendengar diam-diam tu jadi lemah lutut. Rasa macam nak jatuh terjelepuk disitu.. hatinya rasa tak sedap. Telinganya masih mendengar.

“minah tu?”

“hmmm..”

“aku tak percaya budak tu. nak harap budak tu, sampai habis sekolah pun tak jadi apa-apa.” marah zahim.

“tonight is our chance.”

“huh? maksud kau?”

Nadia gelisah. Dia tak jadi tak sedap duduk bila mendengar ayat geng zahim tu. peluang? Maksudnya apa? peluang apa?

“kau tahu kan yang si Asyraf tu ada kerja.. and actually.. I did saw him with his assistant.”

Zahim mengerutkan dahinya.. masih kurang mengerti..

“we’ll use her.”

Zahim mula melebarkan senyuman. Evil smile.. Scary..

Nadia terduduk.. pilihan apa lagi yang dia ada?

“aku tak sangka kau punya idea brilliant jugak eh. Hahahahaha.. Bagus. Bagus. Biar padan dengan muka perempuan tu.” zahim ketawa puas. Sakit hatinya pada asyraf rasa reda sedikit dari tadi.

Nadia masih memasang telinga. Bunyi seperti geng si zahim tu macam dah nak beredar dari situ.

Nadia tak mampu bangun. Dia yakin yang zahim menuju arah lain. bukan arahnya.

Tiba-tiba.. suara zahim ketawa kuat mencecah gendang telinganya. “mampus kau malam ni asyraf. Mampus!! Hahaha..”

Nadia layu sendiri. Matanya berkaca-kaca dengan air mata yang bakal tumpah.

“Asyraf.. apa yang patut aku buat ni??”

dan air matanya tumpah..
 

are-fiyz

Active Member
#39
Matahari makin terbenam.. cahaya makin suram.. Asyraf petik suis lampu kelasnya sambil melihat jam di tangan.

“lamanya budak ni.. tadi cakap kejap je. Hmm..” hampir setengah jam nadia menghilang. Asyraf jadi risau.

Tinggal lagi beberapa minit nak masuk waktu maghrib. Kerjanya masih banyak. serabut otak nak fikir. Perut pun dah lapar.

Dia malas nak fikir benda lain. lapar.. risau.. ditolak tepi. Janji kerja siap. Insya-Allah.. nadia tu tak ada apa-apa kut yang jadi.

Tiba-tiba..

“jeng-jeng-jeng-jeng!!!” nadia terlompat depan asyraf macam kanak-kanak riang.

“Astaghfirullahalazim..” terkejut asyraf yang tengah membelek kertas di tangan. Habis melayang kertas tu.

Jadi hujan kertas sudah..

Masing-masing senyap tiba-tiba di bawah hujan kertas. Macam dalam drama-drama.

Asyraf dengan mata yang mencerun tajam.. geram..

Nadia terkebil-kebil dengan mata yang bulat.. sambil senyum.. comel..

“korang nii.. tak payah nak berdrama-drama la kat sini.. dah.dah. cepat sambung kerja tu..” tiba-tiba akak guard mencelah drama mereka sambil bercekak pinggang.

Sungguh kacau line betul..

Mata masing-masing berpaling ke pintu. Asyraf tergeleng-geleng pada nadia. nadia yang melihat kepala asyraf yang dah macam nak terteleng sebab asyik geleng-geleng padanya mencebik geram.

“apa? aku tak bersalah okey.. nii haaa..” nadia tunjuk bungkusan makanan di tangannya. Dia angkat tinggi-tinggi betul depan mata asyraf. Gaya macam nak tonyoh saja bungkusan tu dekat muka asyraf.

Asyraf buat muka blurr walaupun hidung dah bau makanan sedap. Terliur jadinya sebab perut memang dah lapar sangat ni.

“jom makan dulu!!!” nadia jerit-jerit macam orang dapat hadiah tongkol emas sekontena.

Terkebelakang asyraf dek jeritan yang bapak kuat itu. Memang ada bakat jadi cikgu disiplin ala-ala cikgu nazrin ni..

Nadia dah tarik kerusi dan duduk. Dia gamit-gamit tangannya memanggil asyraf untuk duduk sekali. Makan.

Asyraf tengok pelik. “kau belikan untuk aku gak ke?”

“Hmm.. cepat la. aku lapar dah ni.”

Tangan nadia pantas mengeluarkan bungkusan polisterin dua bungkus itu dari plastik. Satu dia letak betul-betul depannya dan satu lagi dia tolak jauh sikit kehadapan untuk asyraf.

Nadia berpaling mencari akak guardnya itu. “kak.. makan.”

“makan. makan. akak dah makan pun tadi.” Dia menunjukkan bungkusan air di tangannya pada nadia. petanda yang dia baru saja lepas makan.

Nadia kembali tengok asyraf. “yang kau tengok terkebil-kebil macam tu apesal? Meh la sini.. makan. Jangan tolak rezeki..” nadia angkat tangan baca doa.

Malas sudah dia nak mengajak ketuanya itu makan. Selesai baca doa makan.. nadia tolak bungkusan makanan untuk asyraf dekat ke arah asyraf. Jauh daripadanya. “kau tak nak makan dekat dengan aku la tu.. nahh.. ambik ni.. pergi makan jauh-jauh.”

Nadia makan nasi goreng kampung yang dia beli tadi pakai sudu plastik. Masih panas. Sedap.

Asyraf dah duduk depan nadia. nak tak nak dia ambik jugak bungkusan untuknya itu. Akak guard tu dari tadi asyik pandang dia. pelik mungkin kalau nampak ada orang tolak rezeki depan mata.

Lantak laa.. dia lapar. doa makan dibaca.

Sambil dua orang manusia tu makan dalam keadaan yang sunyi sepi.. hanya bunyi kipas angin yang ligat berpusing atas kepala mereka.. suasana di luar dah makin gelap.

Hampir maghrib.

Nadia tutup polisterinnya. Habis sudah dia makan. Langsung dia tak angkat kepala dari bungkusan makanannya. Lapar sangat.

Asyraf punya nasi hampir habis. Nadia tenung ketuanya yang sedang makan dihadapannya sambil senyum.

“sedap tak?”

Asyraf angguk. Mana tak sedap.. makanan kegemarannya. Nasi goreng cili padi. Memang pedas la.

“alaa.. dah makanan kegemaran kau.. konfem-konfem la kau cakap sedap. Cuba aku bagi bihun goreng.. konfem kau cakap tak sedap punya la..” nadia cakap sambil tarik beberapa helai kertas yang berterabur atas meja sebab scene ala-ala hujan tadi.

Asyraf yang tengah kunyah makanan.. berhenti dari mengunyah. Matanya mencari nadia. “mana kau tahu?”

Mata nadia leka menghadap kertas di hadapannya. “hmm?” tak faham soalan asyraf mungkin.

“mana kau tahu.. aku suka makan nasi goreng cili padi?”

Nadia masih leka. Tak perasan dengan soalan asyraf. “huh? apa kau cakap?”

“mana kau tahu aku tak suka bihun goreng?” perlahan saja suara asyraf yang keluar.

Nadia seperti berfikir-fikir sambil melihat kertas di hadapannya. “mesti laa aku tahu.. aku kan..” kertas di tangan cepat-cepat ditarik menutup mulutnya.

Asyraf pelik. Ayat nadia tergantung. “kau kan apa?”

Nadia pecah peluh.. dia rasa nak hempuk-hempuk kepalanya. Macam mana la boleh nak terlepas cakap ni.. dia dah gigit-gigit bibir sendiri. tak tahu nak menjawab macam mana..

Tiba-tiba.. azan maghrib berkumandang. Masing-masing melihat keluar. Baru perasan hari dah gelap.

Nadia bangun dari kerusinya sambil mengangkat polisterin kosong. “maghrib! Pergi solat cepat.”

Bagus la.. alih topik pakai alasan dah maghrib. Ish. Ish. Ish.

Akak guard tu pun dah bangun dari duduknya. “lepas isyak akak datang balik. Korang tak balik lagi kan?” dia tanya pada nadia yang tengah buang polisterin tu dalam tong sampah di belakang kelas.

“macam tak balik kut kak.” Nadia macam cakap dengan tong sampah saja gayanya.

“korang tidur sini ke?” biar betul.. akak guard tu dah hampir ternganga.

Asyraf bangun dari kerusi. “macam takkan tidur kut kak.” Dia pula yang membalas jawab.

“hah?? Tak tidur? Langsung-langsung?”

Masing-masing menjongketkan bahu sambil melihat kotak kertas yang berselerak dengan kertas-kertas tu. dengan fail yang bertimbun lagi.. ada kemungkinan mereka takkan tidur langsung.

“Entah la kak..”

serentak keduanya menjawab.
 

Top