• Sudahkah anda menulis Diari Cinta anda hari ini?
    Sebagai forumer Forum Tentang Cinta, anda kini boleh menulis dan mencoret kisah manis cinta anda di ruangan Diari Cinta. Hanya satu diari sahaja ya dibenarkan untuk setiap seorang.

First War

are-fiyz

Active Member
#42
Nadia bersendirian di dalam kelas itu sambil meneruskan kerjanya. Asyraf dengan akak guard tu dah hilang. Menunaikan kewajipan pada Tuhan.

Dia dah rasa selesa dengan pakaian yang ditukar petang tadi. Sempat lari balik rumah tukar baju dan mandi dan angkut sekali uniform untuk pakai besok. Rumah nadia sebenarnya tak jauh pun dari sekolah.

Taman perumahan depan kawasan sekolah ni memang jadi kawasan kediaman pelajar-pelajar elit sekolah.

Lagipun uniform dia untuk pakai besok dah disangkut siap-siap dekat kelas sebelah. Dia tak cakap pun yang dia lari balik rumah dekat asyraf tadi. Takut. Takut kena marah.

Tiba-tiba nadia rasa tak sedap hati. Rasa macam ada mata yang sedang memerhatikannya.

Kepala otak dah tak fokus pada apa yang dilihatnya. Dia memerhatikan sekeliling di luar kelas yang dah gelap. Azan isyak baru saja selesai berkumandang tadi.

Ada bayang yang melintas betul-betul depan pintu kelas. Nadia tak sempat melihat dengan baik. Hatinya diserang rasa takut tiba-tiba.

“siapa tu?”

Tiada balasan pada persoalan nadia.

Jangan la cakap ada hantu pulak kat sekolah ni..

Nadia bangun dari duduknya. Buat-buat berani nak pergi menjenguk siapa la yang rajin buat adegan seram-seram ni dengannya. Memang nak kena penendang betul la..

“Well.. well.. well.. beraninya anak dara ni sorang-sorang diri kat sekolah malam-malam macam ni..” satu suara menegur dari arah belakang pintu kelas.

Nadia yang buat scene menjenguk keluar dari pintu depan kelas mencari siapa gerangan yang menegur dirinya itu.

Zahim..

Wajah nadia dah berubah serius dari takut ala-ala cacing tadi. Zahim sedang berdiri sambil menyandar pada papan kenyataan di belakang kelas. Sebelah tong sampah.

Tak de port lain dah ke yang nak buat berdiri? Tepi tong sampah jugak la yang dia berkenan. Ish.Ish.Ish.

“kau nak apa?”

Tiba-tiba beberapa orang geng si zahim masuk dari pintu belakang. Scenenya ala-ala nak backup leader dari bahaya.

Seriously?

Dari bahaya apa?

Bahaya nadia la kut. Minah tu macam dah keluar aura-aura bom saja.

Hmmm..

Zahim tersengih pada nadia. sengihannya sungguh menakutkan. Ada aura bunuh-bunuh gitu. Macam bakal berlakunya peperangan saja. “aku nak kau..”

Nadia terkejut. Dia tak faham apa yang zahim cakap. Nak dirinya?

Excuse me.. hantar rombongan meminang la kalau nak. Kalau tak nak.. no way la dia nak melayan. “huh? kau nak aku? apa?”

Zahim gelak besar. Gengnya yang lain sengih ala-ala gangster. Bayang sendiri la ye macam mana rupanya..

“pandai la kau ni.. kau tahu ye aku cakap tak habis lagi? hebat..” zahim tepuk tangan. “tak sia-sia aku berkerjasama dengan orang yang macam kau ni. hahaha.. aku nak kau tunaikan janji kau..”

Nadia telan liur. Sehabis daya dia menutup emosinya dari beriak pada wajah.

“malam ni..” sambung zahim.

“janji apa? aku ada janji ke?” nadia cuba mengelak. Dia faham sangat apa yang dimaksudkan oleh zahim.

“well.. dear.. tak payah nak berlakon kat sini. aku nak tengok setakat mana kebolehan kau. kau jangan berani nak permainkan aku nadia.” muka zahim dah beriak bengis.

Dari berdiri tepi tong sampah.. zahim dah menapak ke depan kelas. Meja guru di tepi tingkap menjadi tempat sandaran punggungnya.

“kau nak aku buat apa?”

“tak kisah. Janji……” zahim mencapai pembaris kayu yang berukuran 1 meter panjangnya di atas meja guru itu.

Pembaris kayu yang sudah berusia itu.. dipatahkannya.

“prakkk..” terbelah menjadi dua bahagian. Sebelah panjang lengan.. sebelah lagi, lagi panjang la yang pastinya.

Nadia pecah peluh. Mukanya tidak menunjukkan reaksi apa-apa. baik takut, gementar, kecut perut dan seumpama dengannya.

Zahim senyum sinis pada pembaris yang menjadi mangsa korban di tangannya. “sampai aku puas hati..”

“puas yang macam mana kau nak?”

“like exactly what we discuss this afternoon. Don’t you remember dear?”

Nadia gelak. Bunyinya macam jahat saja. “huh.. aku tak ingat? Come on la..”

“so?? apa kau nak buat?” zahim senyum sinis memandang nadia.

Teringin sangat dia nak tengok si nadia ni spesis yang boleh dipercayai ke tidak. Dilihatnya nadia dah mula menapak berjalan ke arahnya.

“everything that’ll make you statisfied.. dear..” nadia merampas pembaris kayu yang paling panjang di tangan kiri zahim.

“good.. I’m looking forward to this war..” zahim gelak jahat.

Muka nadia tak beriak apa-apa. pembaris kayu yang patah di tangannya digenggam erat. Erat. Seerat-eratnya.

“zahim..” panggil nadia.

“hmm?”

“aku dah buat macam-macam im.. macam-macam dah yang aku buat untuk kau. kau tak puas hati lagi ke?”

“nope..”

“selama ni.. semua program agama yang asyraf tu rancangkan.. semuanya aku kacau. Kerja-kerja agama dia dah semua aku block.. aku buat tu untuk puaskan hati kau tau tak.”

“ye sayang. Aku tahu. Tapi.. aku just tak puas. Aku nak lebih teruk lagi. aku nak dia menderita.”

“kau tahu kan aku sayangkan kau im.. aku sanggup buat apa saja untuk kau.. tapi..”

“prove it. prove that you love me.”
 

are-fiyz

Active Member
#45
“kau nak aku prove macam mana lagi?”

Tiba-tiba..

Perbualan mereka diganggu dengan derapan kaki dari arah pintu hadapan kelas. Mata masing-masing tertumpu pada pintu kelas.

Asyraf.

Zahim tersengih lebar. Musuh yang ditunggu-tunggu akhirnya muncul. Macam dalam drama-drama.

Mata nadia dan asyraf saling bertentangan. Pandangan yang membawa seribu maksud. Entah apa la maksudnya yang banyak sangat sampai seribu..

“here we go.. prove it dear.” Zahim menolak belakang nadia supaya maju ke arah asyraf.

“kau.. kau dengan zahim..” asyraf tak tahu nak menyambung macam mana ayatnya untuk nadia.

Nadia telan air liur yang rasa macam tersekat di kerongkongnya. Asyraf dengar semuanya ke? “kau.. bila kau sampai? Kau.. kau dengar?”

Pandangan mata asyraf yang kecewa dengan nadia terasa seperti dihiris-hiris. Sakit. Tahu la nadia yang asyraf dah dengar semuanya. Semuanya.

Mungkin.

Tiba-tiba..

“jangan nak buat drama la kat sini..” zahim dah bengang. Apesal lambat semacam masa berjalan entah? Dia dah menyampah nak menghadap muka ketua pelajar sekolah ni lama-lama.

“tapi kenapa? Aku tak faham.. macam mana kau boleh terlibat dengan dia?” Asyraf tak menghiraukan kata-kata bengang zahim. Tumpuannya hanya pada penolongnya itu.

“hahaha..” pecah ketawa kuat zahim.

Mata nadia dah merah. Marah? Mesti la.. campur rasa nak menangis sekali.

Asyraf berjalan menuju ke arah zahim. Betul-betul berhadapan dengannya. Jarak mereka tak jauh dan tak rapat.

“kau.. kenapa dengan kau ni zahim?”

“kenapa dengan aku? dari dulu lagi aku dah cakap. Kau yang tak dengar cakap aku. sekarang ni jangan harap aku nak lepaskan kau lagi asyraf.”

“zahim.. kau kena istighfar banyak-banyak.. kenapa kau nak sangat pisahkan urusan agama dari urusan dunia? Tu sekular kau tahu tak?” asyraf masih cuba untuk berdiplomasi dengan zahim walaupun dia sedar ianya takkan membawa apa-apa perubahan pun.

“huh.. tak payah nak berceramah la weh. Nak ceramah kat masjid sudah la.”

“zahim.. dunia ni sementara saja.. kau..”

“bukk” satu penumbuk tepat mengenai muka asyraf.

“kau tak payah nak ajar aku la asyraf. Kau ingat aku budak kecik ke hah?” zahim dah menjerit marah.

“bukk” perut asyraf pula yang menjadi sasaran.

“tak guna kau asyraf!!! Pergi mampus la kau dengan agama kau tu!!” penyepak diberikan bertubi-tubi pada tubuh asyraf yang dah meringkuk jatuh atas lantai kelas.

Nadia hanya mampu melihat.

Geng si zahim kat belakang kelas dah ke depan. join ketua mereka membelasah ketua pelajar ni. Asyraf dah berdarah-darah di mukanya. Mungkin akibat penumbuk yang tak berhenti-henti dari menumbuk dirinya.

Mata Asyraf mencari penolongnya.

Nadia melihat saja ketuanya dibelasah tanpa apa-apa riaksi. Belas kasihan?

Langsung tak nampak.

Zahim masih belum puas membelasah asyraf. Satu tendangan kuat diberikan. Nadia yang berdiri tak jauh daripada mereka ditarik zahim supaya dekat dengan asyraf.

“finish him dear..”

Mata nadia mencari wajah asyraf. “I’m sorry..”

Tangan nadia yang memegang pembaris kayu yang terbelah dua itu diangkat tinggi..

“nadia.. kau..” asyraf cuba untuk bercakap dengan penolongnya. Tapi sakit yang mencucuk-cucuk akibat dibelasah membataskan pergerakannya.

Pembaris kayu itu dihayun..

“sampai hati kau.. nadia..”

Zahim yang berada di belakang nadia tersenyum puas. Saat yang dia tunggu-tunggu..

“arghh!!!”

Zahim mengerang kesakitan. Belakang pembaris kayu yang tumpul dihentak tepat mengenai perutnya. “tak guna kau nadia!!”

Satu penendang tepat mengenai belakang nadia. dia terjatuh bersama pembaris kayu di tangan. “erghh..” erangan kecil kedengaran.

Geng zahim cepat-cepat mengerumuni ketua mereka yang diserang oleh nadia tadi. Zahim terduduk setelah memberikan tendangan. Perutnya sakit akibat dihentak kuat secara tiba-tiba tadi.

“nadia..” asyraf terkejut melihat nadia yang terduduk di hadapannya..

“maafkan aku.. asyraf..” nadia cuba untuk tersenyum..

Zahim dengan gengnya masih belum sedar apa yang dah jadi. Kalut sangat dengan ketua mereka yang kena hentak dengan pembaris kayu jer pun. Mana ada cedera kat mana-mana pun. Paling-paling kuat pun lebam saja.

“tapi.. kenapa?” asyraf tak faham dengan tindakan nadia yang tiba-tiba tadi.

Jelas sekali di matanya, nadia cuba untuk mencederakannya dengan pembaris kayu itu. Bahagian tajam seperti kayu yang dipatahkan kepada dua bahagian tepat dihalakan ke arahnya.

Alih-alih..

“erghh..” nadia menahan sakit di perutnya. “aku.. apa yang kau dengar tadi.. ergh..” sakit..

Darah merah mula membasahi lantai kelas..

Asyraf tergamam.

Mata nadia mencari wajah ketuanya yang berada betul-betul beberapa tapak saja di hadapannya. Pandangannya kabur. Kabur dengan air mata..

“aku.. aku..” nadia cuba untuk berkata-kata.

Tiba-tiba.. zahim memijak belakang nadia yang terduduk dengan posisi yang membelakanginya..

“arghhhh!!!” nadia terjerit menahan kesakitan yang amat sangat.

“zahimmmm!!!!!!!!!”
 

are-fiyz

Active Member
#48
Masing-masing terkedu selepas asyraf menjerit nama zahim sekuat hatinya.. bergema suaranya.

Nadia yang dipijak zahim terbaring lemah.. darah merah semakin banyak dan tidak henti-henti keluar daripada perut nadia.

Zahim terkejut. Mukanya pucat. Nadia dilihatnya semakin lemah dengan perut yang tertusuk bilah pembaris kayu yang dipatahkannya awal tadi.

Suasana jadi bising antara ahli-ahli geng zahim. Mungkin tak sangka-sangka yang keadaan akan jadi sekritikal macam ni.

Tiba-tiba..

“apa yang korang buat ni hah??”

Kelas diserbu oleh beberapa pakcik guard sekolah. Geng zahim masing-masing kelam kabut melarikan diri. Takut dari tertangkap.

Zahim turut sama cabut lari..

Pakcik-pakcik guard tengok ramai yang berlari-lari keluar daripada kelas pelik sendiri. mungkin masih belum nampak apa yang berlaku..

Asyraf merapati nadia yang terbaring lemah.

“Masya-Allah.. apa dah jadi ni? cepat-cepat telefon ambulans.” Salah seorang dari pakcik guard dah nampak keadaan nadia.

“Warghhh.. darah..” ada seorang lagi pakcik guard yang baru nampak lantai yang penuh darah.. terus pengsan.

Sungguh boleh kena pecat dari jadi guard sekolah lepas pada ni. kesian..

“apa dah jadi ni nak?” pakcik guard yang agak berumur itu menegur asyraf sambil merapati mereka berdua.

Asyraf tak menghiraukan soalan pakcik tu. dia hanya melihat nadia yang sepertinya sukar untuk bernafas.

“nadia.. kau.. kau..” asyraf menggeletar.. dia risau melihat keadaan nadia.. “kau okey ke?”

Nadia yang sekejap-sekejap memejam matanya menahan sakit mungkin cuba untuk tersenyum pada asyraf.

“aku.. aku..” berat nafas yang ditarik. “aku.. tahu.. erghh..” entah apa yang nadia cuba nak sampaikan pada asyraf. Tapi sukarnya untuk bercakap hanya tuhan saja yang tahu.

“kau diam nadia. jangan cakap apa-apa. please..” asyraf makin risau dengan keadaan nadia.

Dua orang pakcik guard cuba membantu nadia. bilah pembaris yang masih tercucuk pada perut nadia menjadikan mereka susah untuk menggerakkannya. Risau kalau tersilap langkah..

Tiba-tiba..

Akak guard yang dari petang tadi menemani dua orang manusia ni muncul dari arah belakang pintu kelas.

“kenapa kau tak cakap yang keadaan teruk sampai macam ni hah?” salah seorang dari pakcik guard memarahi akak tu.

Mata nadia mencari kelibat akak guardnya untuk hari ini. Mata masing-masing bertentangan. Seakan berbicara.

Bicara bisu..

Mata nadia seperti bertanyakan sesuatu pada akak tu..

Dan akak guard tu mengangguk sebagai jawapan kepada persoalan bisu itu..

“thanks.. kak.. erghh..” nadia sukar untuk bernafas.

Asyraf dan pakcik-pakcik guard yang melihat serius tak faham. Apa yang dah jadi sebenarnya ni?

“dah telefon ambulans?” pakcik guard tu tanya siapa entah la.. siapa-siapa yang ada telefon la kut.

“dah..” akak guard tu menjawab.

Masing-masing membisu. Menunggu ambulans barangkali.. yang kedengaran hanya desah nafas nadia yang semakin tak teratur.

Asyraf mula cemas. “please.. hold on.”

Nadia senyum. senyum dalam kesakitan yang teramat sangat. “asy.. asyraf..” nadia cuba untuk bercakap.

Tapi suaranya seakan tersekat di kerongkong. Aturan nafasnya juga turut tersekat.

“hmm?”

“aku.. aku..” nafasnya jadi tercungap-cungap.

Sakit.

“ye?” asyraf mendekatkan dirinya pada nadia yang terbaring lemah.

Nadia senyum.. matanya berkaca-kaca. “aku mintak.. erghh.. huh.. maaf.. asyraf.” Susahnya untuk dia bercakap dalam keadaan yang macam ni.

asyraf hanya mengangguk.

Mata nadia yang berkaca-kaca dah basah dengan air matanya sendiri. “aku..aku.. banyak dosa dengan kau asyraf.”

“shuuhh.. jangan cakap apa-apa lagi. nanti luka kau makin teruk.”

Pakcik-pakcik guard dah jadi gelabah semacam tengok keadaan nadia yang semakin kritikal. Masing-masing menjenguk keluar. Menunggu kedatangan ambulans yang tak sampai-sampai lagi.

Rasanya hospital bukannya jauh sangat pun. 10 minit tak sampai kalau dah pakai speed 90km/j.

Hmmm..

“Asyraf..” nadia panggil lagi. pipinya dah basah dengan air mata sendiri.

“hmmm?” asyraf turut sedih melihat keadaan nadia. sayu hatinya.

Nafas nadia tersekat-sekat. Sukar untuk dia bernafas lagi..

“kau maafkan aku tak?” nadia tanya sekali lagi..

“nadia.. please.. diam okey. not now.”

“aku.. dah.. ergh..” desah nafas nadia makin kritikal.

Tiba-tiba bunyi ambulans memecah keheningan malam di kawasan sekolah mereka. pakcik-pakcik guard rasa lega sendiri mendengar bunyi tu. cepat saja mereka berlari keluar mendapatkan ambulans tu supaya berhenti betul-betul dengan blok kelas ni.

Hanya tinggal asyraf dan nadia saja di dalam kelas tu..

“asyraf..” nadia panggil lagi ketuanya..

“hmmm?”

Tangan nadia terangkat seakan-akan untuk mencapai wajah asyraf yang berada di hadapannya. Tak bersentuhan pun. Cuma dekat. Dekat dengan wajah ketuanya..

“maafkan ‘abu jahal’ ni.. asyraf..”

Dan tangan nadia jatuh ke lantai.. bersama hembusan nafasnya yang terakhir..
 

are-fiyz

Active Member
#49
Seminggu berlalu..

Kes kematian nadia menjadi topik hangat di semua tempat. Tak kira di mana-mana. Mesti akan ada yang bercerita.

Kes yang menjadi siasatan pihak polis berjaya diselesaikan sebagai kes pembunuhan yang tidak sengaja.

Tapi.. zahim dan geng-gengnya dibuang sekolah dan ditahan reman sebagai hukuman atas bukti-bukti yang dijumpai.

Asyraf?

Rasa macam tak percaya apa yang telah berlaku. Pemergian nadia yang tiba-tiba buatnya rasa kehilangan.

Buku nota kecil di tangan asyraf dipegang erat. Buku nota milik arwah nadia.. buku ni dia terima bersama-sama dengan kamera digital compact canon. Akak guard yang beri padanya sehari selepas kematian arwah.

“Asyraf? Kan?”

Asyraf yang tengah termenung di bangku batu selepas waktu kelas terkejut sebab ada yang memanggil dirinya. Dia tenung orang seru namanya itu atas bawah.

Akak guard hari tu..

“ya?”

“ni.. arwah.. pesan..” dia hulurkan dua barang yang jelas di matanya satu adalah buku kecil satu lagi kamera.

“hmm?” asyraf menerima huluran tersebut.

“dia cakap.. bagi pada asyraf kalau jadi apa-apa kat dia.”

“huh?”

“entah la dik. Akak pun tak faham. Tiba-tiba jer petang lepas waktu dik pergi solat asar tu dia cari akak, lepas tu dia bagi kamera ni.. dengan buku ni..”

Asyraf diam mendengar. “lepas tu?”

Muka akak tu dah berkerut-kerut. “dia cakap kat akak.. ‘malam nanti, pakai kamera ni.. rakam dari jauh. Akak jangan masuk campur langsung-lansung.. rakam jer.. biar la jadi apa-apa pun. Jangan masuk.’ Dia cakap kat akak macam tu.”

Asyraf pelik. “jadinya?”

“akak buat la macam apa yang dia suruh..” sambung akak guard tu..

Asyraf teringat sendiri bicara bisu antara arwah nadia dan akak ni yang buat dia tak faham tu. tiba-tiba saja tanpa ada percakapan apa-apa nadia berterima kasih pada akak ni.

Patut laa..

Tapi apa motif nadia?

Kamera di tangan dia ‘on’. ada 1 video saja dalam simpanan kad memori kamera itu. Dia menekan butang play.

Situasi yang berlaku pada malam itu diulang tayang kembali dalam skrin kecil kamera tersebut. Situasi di mana dia dibelasah dengan teruk. Situasi nadia yang menghentak zahim dan ditendang oleh zahim.

Situasi ngeri yang dia nampak depan matanya.. nadia terjatuh dengan bilah pembaris kayu itu tercucuk pada perutnya akibat tendangan zahim.

Suara mereka dalam rakaman tersebut tak jelas. Yang kedengaran hanya jeritan-jeritan. Jeritan zahim yang marah-marah..

Jeritan nadia yang dipijak sehingga pembaris kayu yang tercucuk jadi tertusuk dalam ke dalam perutnya.

Butang stop ditekan.

Tak sanggup rasanya nak melihat untuk kesekian kalinya tragedi tu.

Asyraf memandang akak guard di sebelahnya. “kenapa akak tak masuk awal? kenapa akak biarkan sampai jadi macam ni?”

“dia tak bagi.. dia sampai merayu kat akak. Katanya.. ni saja peluang yang dia ada.”

“peluang?”

Akak guard tu hanya menjongketkan bahunya.

“Asyraf..”

Asyraf pandang akak tu.

“akak tak faham apa-apa. tapi dia cakap tolong sampaikan pesanan ni kat asyraf kalau ada apa-apa jadi pada dia.”

“huh? pesanan apa?”

“jangan sia-siakan peluang ni. maafkan aku.”

Selepas ayat terakhir tu.. akak guard tu bangun dan beredar dari situ. Meninggalkan asyraf yang macam pening dengan ayat pesanan arwah nadia tu sendirian.

“peluang? Peluang apa?” asyraf bercakap sendiri.

Buku nota di tangan dibuka. Kamera tadi dah diletak di sebelah kerusi.

Muka surat terakhir terselak dahulu. Mata asyraf terpandang pada dua perkataan di hujung halaman helaian terakhir tu.

………perang pertama.

“diari ke ni?”

Belakang helaian terakhir tu.. macam pesanan..

Asyraf.. aku dah tak cukup masa nak karang ayat panjang-panjang. Guna baik-baik apa yang aku tinggalkan ni.. jangan sia-siakan usaha aku tau.. ^_^

Ayat yang tak berapa nak panjang tu tak berapa nak kemas tulisannya. Macam orang yang menulis dalam keadaan nak cepat.

Asyraf masih tak faham apa yang arwah nadia cuba nak sampaikan padanya. Dia selak helaian pertama..

Nampak macam ala-ala diari saja penulisan si nadia ni. tapi tak tercatat tarikh atau masa pun.. hmm..

Zahim..

How to get rid of him??

Macam susah jer.. sebab budak tu pengaruh kuat sangat.. cikgu-cikgu pun takut nak mess up dengan dia. bukti-bukti dia buat jahat kat orang pun tak de nak jadikan alasan kena buang sekolah.

Hish..

Asyraf..

How to get close to him??

Niii.. lagi susah.. bapak segala payah. tension. Tension. Kenapa la aku bole tersuka kat mamat alim ni entah. Dia ni tak tahu pun aku wujud kat sekolah ni. wargh!!!!

Asyraf berhenti baca. Zaman bila punya ni? sejak bila nadia suka padanya? Terkebil-kebil sendiri dia tengok buku kat tangan. Mungkin nak mengagak berapa agaknya usia buku ni..

Macam tak tua sangat lagi pun..

Taraf moyang-moyang?

Hmm.. belum lagi. pangkat nenek-nenek rasanya umur buku ni..

Tuan punya buku pun belum sempat jadi nenek.. apekehalnya buku dah dapat pangkat nenek ni???

Apa-apa saja la..

Asyraf selak halaman seterusnya.

Zahim.. mamat ni tak habis-habis nak menyusahkan hidup orang la.. apa masalah dia entah la. ada penyakit kut..

Plan no. 1:

Ketuk-ketuk kepala si zahim ni sampai hilang penyakit dia.

Plan no. 2:

Cari pasal dengan dia.

Plan no. 3:

…………………

“huh?” Asyraf pelik. Plan apa kebenda la yang si nadia ni tulis pun satu habuk dia tak faham. Sejak bila zahim tu ada penyakit? Semua ni.. zaman bila punya hah???

Dia jadi pening baca ‘diari’ arwah nadia. makin serabut otaknya nak faham.

Asyraf hairan sendiri kenapa plan no.3, nadia biarkan tak bertulis. Mungkin belum ada idea kut nak rancang apa.

Matanya meneruskan pembacaan dalam diam itu.

Plan no. 3.1:

Couple dengan zahim.

“hahhh??”
 

are-fiyz

Active Member
#50
Plan no. 3.2:

Dekat dengan asyraf.

“huh?”

Plan no. 3.3:

Use both of them.

Asyraf tutup ‘diari’ nadia. dia memikir sendiri apa yang nadia cuba nak sampaikan padanya malam kejadian tu.

Tak faham!

Buku tu dia selak kembali halaman tadi.

Conclusion plan no.3:

Perangkap zahim pakai asyraf laaa.. dorang nii kan musuh ketat-ketat.. mesti berjaya punya.

Good luck!!

Asyraf pelik.. buku yang tak berapa nak tebal ni.. halaman pertama dah bertulis mengenai zahim dan dirinya..

Jadinya yang tengah-tengah muka surat ni??

Asyraf melihat sekali imbas isi-isi yang ditulis oleh nadia.. semua detail mengenai perancangan no.3 yang ditulis nadia, dia ingat setiap peristiwa yang berlaku.

Semua yang jadi antara dia dan nadia selama ni.. dah dirancang sendiri oleh nadia rupa-rupanya..

Macam mana dia boleh mengenali nadia.. pun ada tertulis dalam ‘diari’ ni.. jadinya selama ni, nadia mempergunakannya untuk perangkap zahim..

Tiba-tiba.. mata asyraf tertangkap pada sebaris ayat.. kecil saja saiz tulisannya..

Aku maksudkan apa yang aku cakap hari tu.. aku suka kau asyraf.. tapi aku tak suka kau.. ayat aku hari tu tak habis lagi.. aku tak suka kau biarkan zahim tu melampau..

Kerana kau pilih tak suka.. aku jadi kecewa..

Tapi sebab aku suka.. aku akan tetap buat zahim merana..

Don’t blame me after this.. please..

Asyraf tersentak. Dia teringat pada confession nadia yang secara tiba-tiba dulu. Confession pelik nadia. nadia suruh dia pilih antara suka dan tak suka..

Tapi dia tak buat pilihan pun. Mungkin reaksinya yang buat pilihan kut masa tu..

Hmmm..

“ya Allah..” Asyraf picit-picit kepala sendiri. terasa berat nak memahami apa yang nadia sampaikan padanya.

Kenapa perlu sampai macam ni sekali…

Asyraf sambung kembali menyelak halaman seterusnya..

Aku dengar satu kisah..

Perang pertama.. pening kut. Aku rasa perang pertama punya kisah lain saja dari apa yang asyraf ni cerita. Aku cari kisahnya..

Rupanya.. perang pertama islam..

Patut laa nama-nama yang asyraf tu sebut klasik semacam saja. memang fail betul la aku ni kalau bab-bab sirah islam. Adeh..

Aku ni abu jahal ke?

Mungkin la kut.. sebab aku buat jahat kat diorang. Hahahaha..

Asyraf teringat malam kejadian.. ayat terakhir nadia padanya.. ada sebut pasal abu jahal. Apa kaitan abu jahal dengan nadia pulak ni?

Adik beradik ke?

Mustahil la.. clash berzaman dua orang manusia ni.. takkan la boleh jadi adik beradik. Sungguh tidak logik.

Dia sambung baca lagi..

Razif cakap aku abu jahal.. pening gak aku nak mikir sape la si abu jahal ni.. tak sangka lak aku, abu jahal ni orang yang selalu nak menggagalkan dakwah islam masa zaman dulu-dulu tu..

Memang patut la aku ni kena gelar abu jahal.. sama spesis rupanya. Hahaha..

Tapi.. aku bukan saja-saja nak jadi macam abu jahal tu..

Asyraf jadi sedih sendiri nak membaca tulisan nadia.. tulisan nadia kembang macam terkena air. Bertompok-tompok kembangnya.

Tahu la dia.. air mata nadia mungkin yang menyebabkan tulisannya jadi kembang bulat-bulat macam tu.

Aku terpaksa..

Allah.. kalau la ada siapa yang tahu.. beratnya apa yang aku rasa..

Asyraf mula faham apa maksud nadia.

Kamera di sebelah dicapai. Bahan bukti untuk buat zahim terima hukuman yang setimpal dengan segala kejahatan yang dia dah buat kat orang lain mesti diserahkan kepada pihak atasan sekolah.

Mesti..



Peperiksaan sijil pelajaran Malaysia baru saja habis kelmarin..

Asyraf menghubungi anak-anak usrahnya untuk berkumpul.. usrah. Lama dia tak buat usrah sebab musim exam yang memang menyerabutkan kepala.

Ni dah habis baru la rasa macam boleh bernafas sikit.

Dah beberapa bulan berlalu sejak kes kematian nadia. lama rasanya baru dia boleh sesuaikan diri dengan pemergian nadia. mungkin kerjanya banyak dilakukan bersama arwah.. jadi kehilangan yang tiba-tiba buatnya hilang punca.

Asyraf mengakhiri kisah sirah perang pertama islam untuk usrahnya pada hari ni. masing-masing yang mendengar pengakhiran kisah menjadi gembira.

Razif tersenyum puas. “Alhamdulillah.. Kuasa Allah nak tolong tentera islam yang sikit jer bilangannya pun boleh menang.”

Asyraf senyum mengangguk.

“padan dengan muka abu jahal kan.. mati jugak dia akhirnya.” razif menyambung lagi.

Kepala yang lain semuanya terangguk mengiakan kata-kata razif.. kecuali asyraf.

Nadia..

Dia jadi teringat pada ayat terakhir nadia..

Maafkan ‘abu jahal’ ni.. asyraf..

Buku ‘diari’ nadia yang selalu dia bawak bersama-sama bukunya yang lain tiba-tiba terjatuh dari pegangan tangannya masa nak menyumbat masuk ke dalam beg.

Terbuka..

1 helaian kertas yang berlipat dua tercicir keluar dari celah buku tu.

Huh?

Saat matanya melihat baris ayat pada helaian yang berlipat tu.. air matanya tumpah..

Macam abu jahal yang mati pada perang pertama.. mungkin masa aku pun sama..

Kalau aku mati.. agak-agak asyraf akan ingat kat aku ke?

Hmmm.. macam tak la kan.. aku ni siapa..

Just seorang manusia yang tak tahu apa-apa pasal………

Ayat nadia yang tergantung buat asyraf mencari-cari sambungannya. Baru dia perasan yang helaian dia pegang ni macam dah dikoyakkan dari tempat asalnya. Dia mencari-cari bahagian yang terkoyak tu.

Rupanya helaian yang kedua terakhir.. dia dah baca masa mula-mula terima buku ‘diari’ ni dulu.. ayat pada muka surat terakhir..

Hujung muka surat tu yang bertulis..

……perang pertama.
 

zahra

FTC Crew
Moderator
#52
eh???macam tak paham pulak..apa jadi yg si zahim ni..nak use nadia for asyraff? nape pulak nadia mati? ade part 2 kew are-fiyz? aduii.. :eek::confused:
 
Last edited:

zahra

FTC Crew
Moderator
#54
:D:D:D adeh..so sorry are-fiyz, didn't notice dat part..huhu..nampak sangat dah pening buat assigment..:argh:..baru paham..d story..thnx 4 sharing..nanti if ada story baru..dun 4get to share eh..zahra bagi.. (y)(y)(y) ..
 

are-fiyz

Active Member
#55
:D:D:D adeh..so sorry are-fiyz, didn't notice dat part..huhu..nampak sangat dah pening buat assigment..:argh:..baru paham..d story..thnx 4 sharing..nanti if ada story baru..dun 4get to share eh..zahra bagi.. (y)(y)(y) ..
bru egt nk tny readers.. 'spe lg yg x phm angkt tgn..' :meh: wahahaha.. selamat da phm.. :facepalm: mmg ad story bru pun nk post.. hihihii..:D story pas ne da x tragis mcm cter nii.. dun wory.. (bocor rahsia den).. ^_^
 

Top