• Sudahkah anda menulis Diari Cinta anda hari ini?
    Sebagai forumer Forum Tentang Cinta, anda kini boleh menulis dan mencoret kisah manis cinta anda di ruangan Diari Cinta. Hanya satu diari sahaja ya dibenarkan untuk setiap seorang.

First War

are-fiyz

Active Member
Malam yang penuh kedamaian. Dada langit yang bersih tanpa diseliputi awan mendung dan angin padang pasir menghembus lembut menyejukkan orang ramai yang hadir.

Kata al-Barra bin Ma’rur..

“wahai sekalian penduduk madinah…”

“wahai.. Muhammad Asyraf.. berhentilah kamu daripada berhikayat kat sini.” Satu suara menyeru dari belakangnya. Baru nak mula bercerita.. Hish.. Kacau line betul la.

Asyraf yang baru nak membuka cerita sirah buat anak-anak usrahnya.. terbantut. Ada yang menyambung dulu ayatnya sebelum dia menyambung kata-kata al-Barra bin Ma’rur.

Siapa lagi kalau bukan orang pelik kat sekolah ni. Penolong ketua pengawas. Tingkatan 5. Budak sains.

“maaf penolong ketua pengawas. Saya bukan berhikayat harap maklum. Sekiranya penolong ketua pengawas tidak mempercayai kata-kata saya.. penolong ketua pengawas boleh menyertai halaqah saya ini. Sekiranya penolong ketua pengawas tidak mahu berbuat demikian, silalah beredar daripada sini. Terima kasih.”

Skema.

Ternganga sebentar penolong ketua pengawas tu dengar ayat Asyraf.

“What the.. ”

“Astaghfirullahala’zim.. kata-kata itu mencerminkan peribadi seseorang, wahai penolong ketua pengawas.” Cepat-cepat Asyraf memotong percakapan penolong ketua pengawas terlebih dahulu.

Semua mata-mata anak usrah kat situ dah memandang kedua manusia dalam penglihatan mereka dengan mata yang terkebil-kebil. Bulat dan berkelip-kelip tanpa henti kelip-kelipnya.

Semangat nak mendengar kisah sirah nabi terus bertukar kepada semangat nak melihat kisah dua orang manusia ni.

Penolong ketua pengawas dah bercekak pinggangnya. Walaupun waktu sekarang ni bukannya lagi waktu sekolah, dah lepas pukul dua petang dah pun.. tapi dia tak suka lihat ada sekumpulan manusia dalam bentuk bulatan.

Dia dapat beza antara..

Group discussion dan Usrah..

Dan dia tak suka usrah..

Liberal.

Tiba-tiba ada yang menyampuk dalam kalangan anak-anak usrah Asyraf. “Kak, best oo citer abang asyraf ni. jom la dengar sekali.”

Asyraf senyum saja pada anak-anak usrahnya. Tidak kena sekali seorang perempuan berada dalam kalangan sekumpulan lelaki. “Halim.. bukan citer abang asyraf la. Sirah nabi. Bukan citer abang.” Asyraf memperbetulkan ayat halim tadi.

Penolong ketua pengawas tu tengok saja tingkah asyraf.

Geram.

Asyraf melihat ke arah penolong ketua pengawas tapi pandangannya dihalakan kepada pokok bunga dibelakang penolong ketua pengawas ni.

Jaga pandangan, baik untuk mengelakkan fitnah hati.

Senyuman diberikan kepada pokok bunga di belakang. “Sekiranya sudi mendengar, berdiri saja la kat sini ye.”

Asyraf terus berpusing menghadap anak-anak usrahnya. Walaupun ada satu kerusi kosong di sebelahnya bawah pondok berehat tepi surau sekolah ni, Asyraf cepat-cepat letakkan buku-buku dan beg galasnya di situ.

Sengaja.

Perasan yang penolong ketua pengawas masih belum berganjak setapak pun dari kedudukan yang asal seperti awal tadi..

Maka Asyraf pun memulakan ceritanya..

“Wahai sekalian penduduk madinah.. malam ini adalah malam paling bersejarah kerana inilah kali pertama semenjak beratus tahun dahulu kita berkumpul bagaikan satu keluarga.

Selepas berkurun lamanya Bani Aus dan Bani Khazraj bermusuhan dan berperang, sekarang kita berjaya didamaikan oleh Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad..” kata al-Barra dengan suara yang bergetar kerana terharu yang amat sangat..

Al-Barra bin Ma’rur adalah ketua kabilah bani khazraj. Beliau menjemput semua yang berada di madinah itu berkumpul di halaman rumahnya.

Antara yang dijemput termasuklah kabilah bani aus, orang yahudi bani qainuqa, bani nadhir dan bani quraizah..


“kenapa bani Aus dan bani Khazraj perang?”

Huh??

Semua mata-mata kat situ tengok penolong ketua pengawas. Takkan tak tahu kut sirah nabi?

Bani-bani ni memang suka berperang dan bermusuh antara satu sama bani lain sebelum kemunculan islam. Masing-masing nak mempertegakkan kebenaran dan kekuasaan bani sendiri. Assabiah.

Asyraf senyum saja. dia tak memandang kepada yang bertanya sedangkan semua mata-mata kat situ memandang penolong ketua pengawas dengan pandangan yang..

Simpati?

Kasihan..

“Weh!! Aku tanya ni jawab la! yang kau senyap apesal hah??”

Asyraf diam saja.

Anak-anak usrahnya terkedu sendiri. mak eh.. garang nak mampus la penolong ketua pengawas sekolah mereka ni.

Penolong ketua pengawas makin tak puas hati. Terasa hangat mukanya di kala itu. Malu?

Marah la!! Semangat dia tanya, langsung tak berjawab lagi.

Kemudian al-Barra menyambung ucapannya.. “Wahai saudara kami orang muhajirin.. semenjak kalian berhijrah ke madinah ni.. kehidupan kami dah jadi lebih aman dan tenteram.

Kalian lah yang menjadi jambatan penghubung perpaduan antara bani aus, khazraj dan orang yahudi. Sesungguhnya kedatangan kalian membawa rahmat kepada kami..

Saya yakin Nabi Muhammad saja yang dapat menyatukan kita semua.”

Kemudian bangun pula ketua kabilah bani Aus, al-Makdad.. “memang benar seperti kata al-Barra.. Permusuhan antara kaum Aus dan khazraj sudah begitu lama dan sering terjadi peperangan antara kami..

Kalah dan menang antara kami silih berganti. Beberapa tahu dulu terjadi perang bu’ats yang tiada siapa kalah dan siapa menang.

Sejak dari tu baru kami sedar yang perang dan bermusuhan ni adalah sia-sia..”


Masing-masing senyap mendengar sambungan cerita asyraf.

Tiba-tiba.. “kisah ni kisah apa?” penolong ketua pengawas tanya. tak kisah la siapa-siapa pun nak jawab soalannya.

Malas sudah dia nak tanya pada tukang yang bercerita tu.

Asyraf senyum pada pen dan buku nota di tangan.

“Perang pertama..”
 

cik yuki

New Member
yes!! are-fiyz kembali dgn novel komik nyer..hihi..permulaan cter yg menarik, agak2 ape jd pasni..:D
 

are-fiyz

Active Member
“Huh? perang pertama? Perang dunia pertama?”

Anak-anak usrah asyraf dah tergeleng-geleng kepala. Ish.Ish.Ish.

Kasihannya kakak penolong ketua pengawas mereka ini. Rasa macam mereka perlu turut bersimpati dengan ketua pengawas sekolah ni sebab dapat penolong ketua pengawas macam kakak ni.

Razif yang duduk berdepan dengan Halim tak habis-habis geleng kepalanya sambil pejam mata dan membayangkan nasib malang ketua pengawas mereka. Padahal yang lain semua dah berhenti geleng dan melihatnya masih tergeleng-geleng tanpa henti. Asyraf senyum saja.

Razif seakan mengeluh tiba-tiba. “Huh.. kesian dengan ketua pengawas dapat penolong macam ni. kesian. Kesian.”

Asyraf terkebil-kebil.

Penolong ketua pengawas?

“Weh!! Bajet la. tak padan dengan junior. Baru tingkatan tiga dah memandai nak mengata orang.”

Hangin. Siapa yang tak marah kalau dah kena kritik depan-depan.

Razif baru perasan dia telah mengeluarkan monolong dalamannya ke alam nyata. Allah.. mati la dia hari ni.

Penolong ketua pengawas tu tenung razif macam nak membunuh saja gaya. “hey budak.. kau tau tak siapa ketua pelajar yang malang tu?”

Ketua pengawas sekolah mereka merangkap ketua pelajar sekaligus. Tak payah susah-susah nak lantik banyak-banyak orang. Jadi dia sebagai penolong ketua pengawas pun secara langsungnya menjadi penolong ketua pelajar jugak la.

Razif tengok penolong ketua pelajar/pengawasnya tu dengan takut-takut. Rasa seperti melakukan jenayah besar.

“Nadia. Ada apa awak cari saya ni?” Asyraf malas nak dengar suara bising-bising macam nak bergaduh kat tepi telinganya.

Cepat-cepat dia terus menyampuk dulu. Razif dah macam semut hitam kecik yang bakal kena penyek dengan Nadia yang serupa kebota tayar besar.

Penolong ketua pelajar sekolah tu.. namanya nadia. Nadia saja. nadia binti mat. Pendek sangat namanya macam nama bapanya yang lagi pendek dari namanya. Bagus la. senang nak panggil.

Nadia tak jadi nak marah tahap maksima bila Muhammad Asyraf ni dah mula buka mulutnya.

“ni..” kertas yang dipegang dari awal tadi dah hampir keronyok sebab nak marah sangat. Dihulurkan kertas tu depan Asyraf.

“International Debate Program punya tentatif yang kau nak tu.”

Mata masing-masing kat situ terkebil-kebil memandang aksi kedua mereka. semua kat situ hampir ternganga sendiri.

jangan cakap yang..

Penolong ketua pelajar dah menghadap muka budak-budak usrah si Asyraf ni.. “haa.. ni la ketua pelajar korang yang malang tu tau tak!!”

Terus dia beredar dari situ.

Geram.

Persoalannya pasal perang pertama masih belum terjawab. Perang dunia pertama ke? macam bukan saja kalau menurut kisahnya. Tak sama pun macam sejarah yang tercatat.

Dah tu??

Perang pertama apa?

Lantak la. ada dia kisah. Sekarang ni dia dah berperang dengan budak-budak kecik Asyraf tu. menyampah!

Muhammad Asyraf.. Ketua Pelajar. Sesiapa saja pasti akan tertarik dengan personality yang ada pada dirinya. Even penolongnya sendiri pun suka padanya.

Kalau budak-budak perempuan sekolah tu, susah la nak jumpa ada yang tak suka pada Muhammad Asyraf. Budak-budak lelaki even kalau yang set-set gangster pun berkawan rapat dengannya.

Cool type?

Susah nak describe.

Maybe perfect?

Mana ada manusia perfect.

So?

Kata saja la dia ni cuma seorang hamba Allah yang cuba sehabis mungkin untuk mengikut qudwah hasanah role modelnya.

Role model?

Siapa lagi kalau bukan kekasih Allah.. Rasulullah S.A.W..

Hmmm…

Low profile?

Mungkin.. tak semua orang tahu yang dia tu Ketua pelajar walaupun dia famous. Pelik kan?

Memang pelik.. sebabnya dia dah famous terlebih dulu sebelum memegang jawatan famous tu. jadi orang-orang akan sebut namanya dulu dari menyebut jawatannya.

Selalunya manusia terkenal atas jawatan dan pangkat bagi menjulang nama.

Tetapi.. Muhammad Asyraf, jawatan dan pangkat tidak perlu untuk menjulang namanya kerana namanya dijulang terlebih dahulu sebelum jawatan dan pangkatnya.

Unik.

Setiap hari elepas tamat saja waktu sekolah.. kerja Asyraf masih belum habis lagi..

“tersebut di dalam kitab taurat, setiap nabi yang diutus Tuhan dikurniakan mukjizat. Beliau juga sentiasa dilindungi Tuhan. Sekiranya benar Muhammad ini utusan Tuhan maka keselamatannya tidak perlu kita risaukan.” Kata Judan.

Halim merenung pencerita di depannya tanpa berkelip-kelip. Keinginan untuk mengetahui kisah selanjutnya membuak -buak.

“Abang Asyraf.. time ni Rasulullah s.a.w tak berhijrah ke madinah lagi ke?”

Asyraf hanya senyum dan mengangguk sebagai balasan jawapan buat Halim.

“Ooo.. Macam tu..” Razif pula yang terangguk-angguk. Monolog dalamannya telah terkeluar lagi. Bahaya sungguh.

Sahabat yang lain semua ketawa. Orang lain yang tanya, orang lain yang faham..

Melihat yang lain merenung kembali dirinya.. asyraf menyambung..

Judan bertanya lagi.. “Apa perancangan kamu umat islam bagi menyambut kedatangan nabi kamu ke madinah ini?”

“Siapa Judan tu?”

“Huh?”

Semua mata-mata berpaling menghadap suara yang bertanya.

Asyraf hanya merenung pen dan buku nota di tangan. Kebiasaan sudah kalau dia mula mendengar satu suara itu bertanya.

“Judan tu.. wakil kepada Abdullah Bin Ubai ketua yahudi di madinah.”

“Oooo..” Semua yang ada di situ terangguk-angguk dengan mulut yang membulat buat bunyi o enam harakat.

Razif masih terangguk-angguk.. “Hmm.. Nasib baik akak banyak mulut ni tanya. kalau tak, tak kenal la aku sape la si Judan ni..”

Habis laa..

Monolog dalamannya sudah terkeluar lagi..

“Woi budak!!!! Kau cakap aku banyak mulut??? Kau dah lama hidup ke hah??

Razif berkerut-kerut dahi. Lama hidup? “lama jugak la. dalam 15 tahun 5 bulan macam tu.. hmm.. agak lama la.. waa.. lama jugak ea aku hidup. Tak sangka betul..”

Monolog dalaman keluar dengan suka-suka hatinya.

Makin berasap-asap Nadia yang tengah terpacak tengah alam tu. budak junior dah pandai-pandai menderhaka padanya yang senior ni. melampau.

Menderhaka?

Melawan cakap balik tu dikira aktiviti menderhaka la..

Hmmm…

“Nadia.. awak nak apa ni sebenarnya?”

Asyraf menjadi penyelamat keadaan antara penolong dan anak usrahnya. Kalau dibiar, boleh hilang nyawa si Razif ni.

Nadia senyap sekejap. Memikir nak cakap apa rasanya.

“Kau senyap. Jangan pandai-pandai nak jadi penyelamat anak buah kau ni.”

Terkebil-kebil semua mata kat situ. Asyraf pun terkebil-kebil jugak sambil tengok pen dengan nota.

Huh? Apa kes?

“Woi budak!!”

Razif tengok Penolong Ketua Pelajarnya dengan muka sehabis blurr yang mungkin. Memang tengah blurr pun. Entah angin ribut apa tiba-tiba kena marah.

“Apa?”

“kau dengan aku..”

Huh?

“It’s War!!!”

Heh???
 

are-fiyz

Active Member
“war?” Blurr sekejap.

Semua kat situ blurr jugak. Tak faham. Memang la mereka tengah cerita bab perang pun. Perlu translate maksud perang dalam bahasa inggeris ke?

Perlu pakai translator?

Merah muka nadia yang tengah tahan marahnya pada budak kecik tingkatan 3 tu.

“Nadia..”

Sebaris nama penolongnya disebut lembut tetapi berbunyi tegas.

Mata nadia masih tak lepas-lepas dari muka razif. Rasa macam nak dipanggang hidup-hidup dalam oven besar kat rumah. Geram.

“Nadiaa..” Asyraf panggil sekali lagi.

“Apa??!!”

“Ada apa ni?”

Tersentak sekejap selepas dengar soalan asyraf. Apa tujuan dia datang sini eh? Takkan semata-mata nak cari pasal dengan si razif tu? mengarut? Banyak lagi benda lain yang berfaedah yang boleh dia buat dari nak berperang dengan razif si blurr tu.

“Haa.. aku tak nak korang menyemak kat sini. Pergi balik la.”

Maka.. mata-mata anak usrah asyraf yang seramai 5 orang tu bersamaan 5x2=10 mata terbeliak semuanya.

“menyemak?” razif lagi. masalah monolog dalamannya sudah tidak dapat diselamatkan sudah. parah. Kena pakai gam gajah kat mulut kalau dia berhajat nak hidup lagi lama lepas pada ni.

Nadia bercekak pinggang menghadap bulatan kecik geng usrah depannya ini. “hmm.. menyemak mata aku tengok. Pergi balik la sebelum aku suruh pakcik guard halau korang.”

Mak eh..

Ingat sekolah ni punya halaman bapak dia punya ke sedap-sedap hati nak menghalau orang balik.

Razif memerhati sekelilingnya. “laaa.. berlambak lagi manusia dalam sekolah ni, ingatkan semua dah cabut balik yang semangat sangat nak halau-halau orang ni. hmm.. bagus la akak ni.. tak sangka akak ni kerja sambilan guard sekolah rupanya. Bagus. Bagus.”

Semua kat situ dah picit-picit kepala sendiri. Rasa macam tak sempat saja nak tutup mulut razif yang terlalu straight tak tapis dah dulu monolog dalamannya.

Asyraf tergeleng-geleng sendiri. Razif masih tak perasan Nadia kat situ dah macam rumah hangus terbakar.

“Nadia. Awak pergi balik sekarang ni.” Asyraf tak nak mengeruhkan keadaan yang dah tersedia keruh.

Tak pula nak menjernihkan balik.

Nadia geram. Bibir bawah dah digigit-gigit sendiri. boleh luka kalau gigit kuat sangat. Tapi dia kisah apa. “kau nama apa hah budak?”

Razif tenung nadia yang sedang bertanya padanya? Nama saya razif kak..

Adeh..

Disaat kena cakap kuat-kuat dia cakap dalam hati saja. terbalik sudah.

“aku tanya kau ni budak!! Nama kau apa??” makin tinggi suara nadia. Dah tanya tak nak jawab pulak.

“Nadia.”

Asyraf panggil lagi. dah berapa kali dia sebut nama nadia hari ni. semuanya gara-gara razif punya blurr yang kronik. Memang sakit kepala.

“Apa??!!!” dah tertengking pulak ketuanya. Nak marah orang lain, orang lain sekali yang kena..

“Pergi balik saya cakap.” Lembut tapi masih bunyi macam tegas ala-ala suami mengarah isteri.

Nadia mendengus kasar mendengar arahan Asyraf. Dia tak puas hati. Selagi dia tak tahu nama budak kecik tu selagi tu la dia tak nak angkat kaki dari situ.

“tak nak.”

“nadia.”

“tak nak”

Semua mata-mata kat situ tengok dua orang manusia senior mereka. bergaduh ke? macam tak bergaduh pun.. tapi aura bergaduh tu.. mak eh.. usah diceritakan. Sungguh kuat effectnya. Ada angin-angin macam ribut sekarang ni. langit pun macam dah gelap.

Suasana sekarang ni dah suram..

“kak nadia..”

“kau senyap.” Nadia menuding jarinya pada halim yang baru nak buka mulut.

Halim tutup mulut dengan tangan sendiri. takut.

“balik nadia.”

“tak nak. Tak nak. Tak nak!”

Asyraf kembali membetulkan duduknya menghadap ke semua anak-anak usrahnya. Nadia dibiarkan.

“saya mencadangkan kita membentuk sebuah pasukan untuk keluar madinah bagi melindungi Rasulullah sepanjang perjalanan baginda ke sini.” Cadang umar al-khattab.

“Saya setuju, tapi jumlahnya tidak perlu terlalu ramai. Cukup 20 orang saja bagi mengelakkan disangka angkatan perang oleh orang Quraisy mekah.

Lagipun kita masih belum bersedia untuk berperang dengan mereka.” kata al-Barra.

“Saya setuju.” Sokong abdul Rahman bin auf.


“aku tak setuju.”

Huh??

Nadia menyampuk lagi. apa kena dengan perempuan ni pun entah la. semua kat situ tak faham betul dengan perangai dan kerenah pelik penolong ketua pelajar mereka Ini.

Asyraf tarik nafas dalam-dalam. Dia berpusing menghadap nadia yang berada dibelakangnya.

“Nadia. Apa yang awak nak sebenarnya ni?”

Masing-masing melihat nadia yang tengah terpacak depan naqib mereka. waa.. macam ada affair.

Selalunya dan sinonimnya memang akan ada pasangan bercinta antara ketua dan penolongnya. Sekarang ni masing masing kat situ tengah berfikir yang bukan-bukan tentang dua orang makhluk Allah di hadapan mereka ni.

Couple?

Mustahil.. Asyraf ni spesis alim warak.. mana ada couple-couple.

Hubungan sulit?

Hubungan sulit pun tak sesulit macam dua orang manusia ni. makin menyulitkan mata pun ada tengok si ketua dan penolongnya ni berbalah.

“Aku suka kau.” Sepatah-sepatah nadia menyebut.

Haaaa????

Semua kat situ dah hilang skru gigi dan mulut. Boleh tertanggal rahang mulut sebab ternganga luas sangat.

Apa yang dah jadi? Sekarang ni anak usrah geng berlima tu rasa macam dapat berita paling sensasi di sekolah ini. Boleh masuk majalah sekolah. Cepat-cepat.. telefon editor majalah untuk berita gempak of the year.

Asyraf?

Semua mata kat situ berpaling melihat tuan punya badan yang menerima love confession sebentar tadi.

Excited?

mulut-mulut yang dah ternganga tapi masih belum tutup tadi ditambah dengan mata pulak yang terbuka besar-besar lepas tengok ekspresi naqib usrah mereka.

harap maklum la Muhammad Asyraf ni nak excited. Sekian terima kasih.

Muka nadia dipandang tanpa riak apa-apa. semua kat situ buka mata besar-besar pun sebab nak cuba membaca riak muka si Asyraf ni la. tak tahu nak diklasifikasikan dalam bentuk apa.

Nadia?

Selamba badak saja. badak pun tidak mampu buat muka selamba macam dia buat. Apa kes? Malu-malu tak de ke?

Tak de.

Nadia senyum pada Asyraf. Ayatnya tadi belum habis lagi sebenarnya. Semangat sangat budak-budak kecik ni buat muka terkejut pelik apekehal la.. nadia sambung balik..

..“tapi aku tak suka kau.”

Huh??

Aku suka kau.. tapi aku tak suka kau. ada ke macam tu?
 

are-fiyz

Active Member
Bulan-bulan terakhir sebelum menduduki peperiksaan SPM memang sangat mencabar bagi student yang memang strive for the A+.

Bagi Asyraf, he’s not after the A+ thing.

No need.

Betul ke no need?

Ada juga keperluan. Tapi kurang berkeperluan semata-mata untuk dapat A+. kerjanya lagi bertambah banyak bagi satu lagi jalan hidupnya bergelar hamba Allah.

Tetapi..

Manusia mana yang tidak diuji tahap keimanan mereka setelah mereka itu mengaku beriman dengan-Nya??

Asyraf tidak terkecuali dengan ujian.

Ujian yang dirasakan ujian terbesar dalam hidupnya adalah..

Nadia.

Bukan kerana love confession yang tak macam love confession nadia buat padanya tu.

Tapi kerana..

Pada satu malam Saad bin Muad bermimpi berada di dalam Masjidil Haram. Dia melakukan tawaf mengelilingi Kaabah tanpa diganggu sesiapa.

Kerinduan Saad kepada kota mekah tidak tertahan lagi. dia pergi menemui Nabi Muhammad s.a.w lalu menyatakan keinginannya yang kuat untuk pergi ke mekah.


“masa ni kota madinah dah dibawah pimpinan Nabi ke, abang asyraf?”

Asyraf senyum dan angguk sekali. “ya. Sejak Nabi berhijrah dari kota mekah ke madinah dan termeterainya piagam madinah, Nabi adalah pemimpin di situ.”

“Ooo..”

Sesampainya Saad di Kota Mekah, dia terus menuju ke rumah Umaiyah Bin Khallaf. Seseorang yang sangat memusuhi Nabi Muhammad dan para pengikutnya.

“Saya datang kerana mahu tawaf mengelilingi kaabah. Mahukah awak memberi perlindungan kepada saya daripada kejahatan mereka yang memusuhi saya?” tanya saad kepada umaiyah.


“tapi kenapa??”

Huh?

Budak ni lagi. geng usrah berlima dah penat nak mendengar satu suara itu menyampuk di tengah-tengah cerita.

Asyraf pun dah pening.

Pening nak mencari tempat untuk dia meneruskan halaqah usrahnya di sekolah ni. setiap tempat sebelum-sebelum ni semuanya tempat-tempat yang berbeza.

Kenapa tempat lain-lain?

Sebab tempat yang sama mesti akan ada halangan yang pelik.

Halangan yang pelik?

Pondok tepi surau.. kerusinya penuh lumpur. Meja pulak banyak tahi arnab.

Bawah pokok rendang.. tanah kat situ habis digembar-gemburkan dan berlubang sana-sini. Macam orang nak tanam pokok tembikai tapi boleh letak terus sebiji tembikai dalam tanah tu buat biji benih.

Dalam kelas kan boleh..

Usah dicakap. Sekali geng usrah tu pernah terkunci dalam kelas yang tak pernah-pernah wujud kunci pintu pun bertahun-tahun sebelum ni. terkunci sampai ke maghrib baru la pakcik guard datang selamatkan mereka.

Tragis.

Apa susah-susah.. dalam surau kan selamat.

Huh.. selamat la sangat. Yang tu la paling tragis sekali. Nama pun surau, tak sebesar masjid dan yang paling seronok sekali tak ada tingkap. Tapi selesa sebab ada aircond.

Apa yang tragisnya?

Yang tragisnya.. bila tiba-tiba saja surau tu gelap gelita macam dah malam. Aircond pun dah tutup sebab macam nak jimat elektrik kut. Pintu?

Pintu punya tombol tercabut. Tak boleh nak dibuka dari dalam. Pintu pun high class sangat. Kena pulas tombol mewah tu baru boleh nak terbuka. Kalau tak, tendang segala jenis penendang pun tak berkesan.

Wasalam. Hampir Innalillah geng berlima tu sebab tak de oksigen. Kes ni sempat diselamatkan oleh pakcik guard yang nak sembahyang maghrib kat surau tu.

Sekarang ni kat mana?

Sekarang ni InsyaAllah selamat. Mereka duduk kat luar pagar sekolah.

Masing-masing buat tak tahu pada satu suara yang bertanya itu.

Asyraf kembali menyambung..

Lalu umaiyah pun bertanya kembali pada saad. “apakah faedah yang saya dapat sekiranya memberi perlindungan kepada awak?”

“Awak sering pergi ke syam membawa barang-barang dagangan. Awak tidak akan diganggu apabila melalui madinah.” Jawab saad bin muad.

“Ooo.. sistem barter rupanya.” Razif pun dah ala-ala suka menyampuk macam nadia.

Kemudian Saad kata lagi.. “tetapi.. sekiranya awak membiarkan saya disakiti oleh penduduk mekah maka saya akan biarkan pula awak disakiti penduduk madinah. Perjalanan awak ke syam pasti tidak akan selamat.”

Akhirnya umaiyah setuju memberi perlindungan kepada saad bin muad.

“tapi kenapa?”

Semua mata berpaling melihat nadia yang berdiri dalam pagar tak jauh dari mereka yang sedang duduk bersila luar pagar tu.

geng berlima tu buat muka tak puas hati.

Tambah-tambah razif.

Dia benci betul dengan penolong ketua pelajarnya ni.

“Duduk la jauh-jauh dalam sekolah tu. kami tak kacau akak pun kat luar ni. jangan nak menyemak kat sini pulak.” ni razif punya monolog luaran. Geram sangat.

“Razif..” Asyraf panggil lembut dalam tegas. Dia tak suka kalau ada kejahatan yang dibalas dengan kejahatan jugak.

“Oo.. nama kau razif. Siap kau razif.. jangan harap kau selamat lepas ni. jaga-jaga la kau..”

Terus nadia blah macam tu saja.

Semua kat situ terpinga-pinga dengan ayat nadia tu yang macam…

Saad bin Muad pun bertawaf sehingga selesai tanpa diganggu oleh sesiapa. Sebelum dia pulang ke madinah, abu jahal menemuinya dan berkata.. “sampaikan surat ini kepada Muhammad.”

Apabila sampai di madinah.. saad terus memberikan surat tu kepada Nabi Muhammad.

Kandungan surat tu berbunyi..

-Jangan kamu merasa bangga kerana berjaya meloloskan diri daripada kepungan kami. Dendam kami kepada kamu tidak tertahan lagi. kami akan mendatangi kamu dari setiap penjuru dan kami sudah persiapkan pembunuh bagi membunuh kamu.-


…macam… ugutan.
 

are-fiyz

Active Member
Hari-hari yang berlalu dalam hidup geng usrah berlima ni penuh dengan cabaran.

Jangan ditanya pasal asyraf. Dia punya lagi teruk berbanding anak-anak usrahnya itu. Teringat ‘love confession’ nadia tu..

“aku suka kau.. tapi aku tak suka kau.”

Asyraf speechless.

“kau nak yang mana satu?”

Semua kat situ pelik. Boleh buat pilihan rupanya. Unik bebeno la kakak penolong ni.

Asyraf senyap saja.

“pilih.”

“Kenapa kena pilih?” akhirnya asyraf buka mulut jugak.

“pilihan kau, akan tentukan nasib kau.”

Asyraf yang dengar ayat dari nadia hanya mampu tergeleng. Dia tahu nadia ni orang yang macam mana. Tapi tak sangka, sampai macam ni sekali perangai nadia rupanya ya.

Nadia yang melihat asyraf tergeleng padanya.. “so, your choice is.. tak suka?”

Asyraf memandang anak mata nadia. Dalam-dalam. Pertama kali dia buat macam ni pada seorang perempuan.

“okey then.. don’t blame me after this.” Dan nadia terus blah lepas cakap macam tu.

“Astaghfirullahala’zim..”

Asyraf beristighfar sendiri.

Tempat luar pagar yang menjadi perjumpaan halaqah usrah mereka tu dah penuh dengan tanah merah yang basah bertimbun selonggok kat situ.

Halim yang tengok tempat bertapa mereka tu terkebil-kebil macam budak hilang aiskrim kat tangan tiba-tiba. “abang asyraf.. macam mana ni?? kat mana pulak kita nak buat halaqah?”

Razif bercekak pinggang menghadap semua sahabat-sahabat usrahnya yang bermuram durjana itu.

“ni semua mesti angkara ‘abu jahal’ tu.” razif dah geram. Sampai dia gelar orang yang buat jahat pada mereka ni adalah abu jahal.

Abu jahal tu adalah musuh kuat islam pada zaman Nabi Muhammad s.a.w.

“Razif..” Asyraf tidak suka ada yang pandai-pandai memberi gelaran yang tidak baik pada seseorang.

Dalam islam sendiri melarang umatnya berbuat demikian.

“Abang asyraf.. sampai bila kita nak tukar-tukar tempat macam ni? pindah sana pindah sini.” Razif merungut tak puas hati.

Biasa la.. baru tingkatan tiga la katakan. Jadi pemikiran tak berapa nak matang sangat.

“jom kita pindah sekolah nak..” Halim memberi idea pelik.

Semua kat situ sampai senget benget kepala jadinya selepas mendengar idea pelik halim yang tiba-tiba tu. asyraf hanya terangkat kening sambil tersenyum sebagai respon kepada cadangan halim tu.

Halim buat muka pelik setelah semua kat situ macam tak setuju yang amat sangat dengan idea pindah sekolahnya itu. “kenapa? Tak boleh ke kita pindah?”

Razif bercekak pinggang. “yang kau nak pindah tiba-tiba apesal?”

Yang lain semua senyum mendengar soalan razif kecuali halim seorang.

“laa.. Rasulullah kan pindah ke madinah waktu zaman dulu-dulu lepas geng abu jahal tu buat jahat kat baginda. So, kita kena pindah la sebab ada abu jahal kat sini yang buat jahat kat kita.”

Innocent.

Asyraf tergeleng-geleng sendiri.

Razif seakan-akan mendapat sinar baru. Dia seperti bersetuju dengan idea halim pula.

Watak tambahan yang lain picit-picit kepala sendiri.

Tiba-tiba ada seorang hamba Allah yang melintas di hadapan mereka.

Nadia??

Bukan.

Lelaki.

Mata masing-masing hanya memandang makhluk Allah lelaki itu melintas di hadapan mereka seolah mereka semua kat situ macam halimunan.

“Abang Asyraf, kita nak sambung kat mana halaqah kita ne? takkan nak berdiri tercongok kat sini kut. Penat la.” Razif merungut tanpa mempedulikan lelaki yang melintas tadi.

Semua mata kembali tertumpu pada razif. Kelibat lelaki itu sudah tidak dipedulikan lagi.

Asyraf menggaru kepala yang tak gatal. Tali leher yang erat menjerut lehernya, dia longgarkan ikatan dengan sebelah tangan. Lemas.

Mata-mata merenung asyraf dan menunggu keputusan naqib mereka pada hari ini.

“kita sambung besok. Nanti abang usahakan cari port baru. Korang pun kene usaha gak. Kalau ada mana-mana tempat yang sesuai, cakap dengan abang.” Asyraf merenung satu persatu muka-muka anak usrahnya.

Semua mengangguk beres.

Pada masa yang sama..

Sengihan yang sukar ditafsirkan beriak lebar di wajah makhluk Allah yang melintas di hadapan geng usrah berlima sebentar tadi.

Ruthless. Maybe. Who knows.
 

are-fiyz

Active Member
Trial SPM semakin hampir.

Semua student form 5 sibuk dalam dunia sendiri. tak la sampai semua, tapi hampir semua la kut sebab jenis sekolah pun sekolah kluster ditambah lagi dengan berprestasi tinggi. Jadi tak hairan la semua student kat sekolah ni spesis genius-genius.

Pada satu hari..

Di shopping mall. Malam. Sekitar jam 8.

Kelibat seseorang menyapa pandangan mata penolong ketua pelajar, nadia. Nadia melepak di food court shopping mall ni dari pagi tadi lagi tak balik-balik rumah.

Hobinya yang satu..

Melepak di shopping mall time weekend.

Kerja waktu melepak ikut kepada keperluan semasa. Kalau masa dia melepak tu tak de kerja yang perlu diselesaikan, maka dia akan window shopping satu shopping mall ne.

Kalau tengah banyak kerja daripada sekolah.. bukan kerja sekolah yang pastinya.. tapi kerja untuk sekolah.. mesti diangkutnya bawak ke shopping mall ne.

Sekarang ni.. trial SPM dah dekat. Lebih kurang seminggu saja lagi. hobinya takkan sesekali disia-siakan walaupun dah nak trial. Apatah lagi kalau exam yang sebenar. Dia takkan mengorbankan hobi hujung minggunya dengan terperuk kat rumah baca buku.

No way.

Nadia gosok-gosok matanya berulang kali. Rasa tak percaya pun ada sekarang ni. mustahil la. mungkin matanya menipu.

Tak mungkin dia.

Tak mungkin.

Nadia kembali menghadap buku latihan biologi di depannya. Paper cup air kopi panas dah tak panas sebab sejuk air cond betul-betul macam duduk dekat sempadan kutub utara. Sakit kepala rasanya.

Tapi dia suka.

Pelik.

Tiba-tiba.. “Eh.. akak..”

Nadia telan liur sendiri. betul la apa yang dia nampak tadi. Perlahan-lahan kepalanya yang tertunduk diangkat menghadap manusia yang menegur dirinya.

“apesal?” nadia buka mulut sambil memandang tajam ke arah manusia di hadapannya.

It’s razif.

Razif mengambil tempat di hadapan nadia. Kerusi di tarik perlahan. Meja kecil untuk dua orang duduk tu hanya memisahkan mereka beberapa inci saja dari tersentuh antara satu sama lain.

Soalan nadia masih belum berjawab. Cuma mata mereka saling berbicara.

Bicara bisu.

Tak faham eh..

Nadia gigit bibir sendiri. geram. “kau apesal?”

Razif menjulingkan mata ke langit food court. “akak sorang-sorang ke kat sini?”

Tak nampak ke? ada orang lain lagi ke kat sini?

Nadia cuma mengangguk. Situasi antara mereka adalah satu situasi yang pelik dan sukar untuk ditafsirkan maksudnya. Bukan mereka tengah berperang ke? dan lagi satu, bila masa mereka pernah berbaik?

Tak pernah!

So?

“dah lewat macam ni akak tak balik rumah lagi? dah tu sorang-sorang pulak.. bahaya la.” razif tiba-tiba mengambil berat pulak pada penolong ketua pelajar yang dia paling tak suka tu.

“apesal yang kau nak sibuk hal aku pulak? ada aku kacau kau ke? tak de. Kau tu yang kacau aku. kau nak balik, pergi balik la. tak payah nak menyuruh aku balik. Tak nampak ke aku tengah buat apa?”

Razif tak puas hati. “akaakkk…” meleret-leret dia panggil nadia dengan panggilan akak. Biasa la tu.. baru tingkatan tiga. Budak-budak lagi walaupun dah tak nampak macam budak dah pun.

Nadia bagi pandangan laser.

“mana boleh perempuan keluar lewat-lewat malam macam ni.. tak elok la. dah tu sorang-sorang pulak.. tak boleh..”

“hah?” nadia hampir ternganga dengar ayat ‘care’ razif. Biar betul.

“akak datang dengan apa ne?”

Huh?

“motor.”

“motor???” razif terkuat sedikit volume suaranya setelah mendengar perkataan motor.

Entah apa yang pelik dan luar biasa pun nadia tak faham dengan si razif ni. motorsikal adalah kenderaan yang paling banyak atas jalan. Takkan la tak pernah tengok kut?

“kau apesal budak kecik?”

Razif termenung sendiri.

Tiba-tiba bunyi deringan telefon bimbit mematikan khayalan Razif yang tiba-tiba tu. terkejut nadia dengan action razif yang terkejut dek telefon sendiri. macam nak terlompat pun ada gayanya.

“Hello..”

Nadia menyambung kembali latihan bio yang tergandala. Jam menunjukkan 9.30 malam sudah. Pukul 11 nanti baru dia cabut balik. Elok la mall pun dah tutup masa tu.

“haa.. okey-okey. kat mana?”

Pening kepala nadia nak faham balik soalan yang dia dah solve separuh jalan tadi. Ni semua gara-gara budak kecik depannya ini.

“sekarang ni zif dengan kak nadia. Tak nak jumpa kak nadia dulu ke?”

Huh?

Telinga yang masih normal dan tidak pekak itu menyebabkan refleks otaknya menghantar signal ke wajah yang tertunduk menghadap buku untuk melihat manusia yang tengah cakap telefon di hadapannya.

“what the.. nama aku pulak yang disebut?” nadia menggumam kecil.

Mata razif melihat kak nadia di hadapannya macam dah nak keluar laser. Cepat-cepat dia senyum.

“haa? Tak nak? Betul ne? tapi.. dia sekarang.. hmmm…”

Nadia berkira-kira sendiri dengan siapa si razif ni bercakap telefon. Mesti orang tu orang yang kenal dirinya. Siapa?

Asyraf?

Mustahil la. apa kes asyraf nak ada kat mall waktu-waktu macam ni. kat masjid la kut. Iktikaf ke.. haa.. usrah ke.. kan?

“okey3.. waalaikumsalam..” talian telefon diletakkan. Razif kembali memandang nadia setelah memasukkan kembali telefon bimbitnya ke dalam poket seluar.

Senyum lebar diberikan buat penolong ketua pelajar di hadapannya.

“Apesal kau sebut nama aku? siapa tadi tu?”

“He.he.he.. Abang Asyraf.”

Dah agak dah..
 

are-fiyz

Active Member
“akaaakkk..”

“ape?”

“nak nombor phone.”

“huh?”

“please..”

“ee yuu..”

“alaa…”

“apa pasal dengan kau ni hah budak kecik?”

Razif buat muka. Nak mintak nombor telefon kakak penolong ni susah betul la.

“bagi jer la. bukannya saya nak ngurat akak pun. Don’t worry.” Masih tak nak mengaku kalah.

“huh?”

“cepat la kak. Nanti abang asyraf sampai sini kan susah dah nak bagi.” Razif menghulurkan telefon bimbit miliknya kepada nadia.

“tak nak aku. dan lagi satu, asyraf nak datang sini? Nak buat apa?” terangkat kening nadia mendengar perkhabaran kedatangan asyraf ke sini.

Razif geram. Telefon bimbitnya disimpan kembali dalam poket. Kedekut sungguh.

“nak jumpa..”

Senget-senget nadia memandang razif yang dah makin menyenget kepalanya. Apekehal?

“akak la..”

Terus letak kepala yang senget benget jadi straight mendengar ayat yang baru keluar dari mulut razif tu. what the??

“what the heck..” terkeluar juga ayat tak senonoh tu.

Tergeleng-geleng kepala razif mendengar ayat nadia. “kenapa? Tak boleh ke abang asyraf nak jumpa akak? Akak kan penolong dia. salah ke?”

Masuk akal jugak ayat razif tu. takkan ketua nak jumpa penolong sendiri pun tak boleh kan?

“salah.”

Huh?

Tiba-tiba razif buat muka suspen. Matanya sengaja dibesarkan.

“akak.”

“apenye lagi?” menyibuk saja la budak kecik ne. nak buat latihan pun susah. Sepatutnya dah habis satu latihan topikal.

“akak ne.. abu jahal kan?”

Huh?

Nadia rasa dia patut beredar dari situ. Malas nak melayan si razif musuh seterunya ini. Entah apa kena dia boleh bercakap dengan manusia yang dia paling geram ni pun dia sendiri no idea.

“ala.. kak.. ngaku jer la. kitorang semua dah tahu la yang akak ni abu jahal tu.”

“huh? apa yang kau merepek ni hah?”

Abu jahal? Nadia ingat-ingat lupa nama yang macam dia pernah dengar. Klasik semacam. Apa kaitan dia dengan nama klasik tu pun dia sendiri tak tahu. Berkerut-kerut dahinya cuba mengingati satu nama itu.

Abu jahal.

Razif menongkat dagunya dengan sebelah tangan. “kenapa akak tak suka dengan kitorang? Kitorang kan tak de buat apa-apa yang tak baik pun dekat akak. Kitorang baik-baik jer.”

Seriously.. menyampah.

“kau apesal hah budak kecik? Tak payah nak interrogate aku macam aku ni penjenayah pulak.”

“laa.. dah akak memang penjenayah pun.” Mula dah dengan sikap berterus terang tahap kronik si razif ni.

Nafas nadia dah turun naik. Geram. Jari-jari digenggam rapat. Dah seperti nak bertumbuk.

Sabar.

“akak marah ke?” razif memang blurr. Dah nampak terang-terang yang Nadia tu tengah buat muka macam pakcik potong ayam kat pasar tani lagi ditanya marah ke tidak.

Ada kaitan ke pakcik potong ayam dengan marah????

Of course. Being an observer is the wise things ever.

Huh?

“bila kau nak blah hah budak kecik? Menyemak jer.” Nadia malas nak marah-marah macam selalu dia buat.

Apabila marah.. menjerit kat orang yang dia marah kuat-kuat sampai boleh pecah gegendang telinga.. sendiri.

Kalau buat kat mall ne..

Confirm-confirm orang fikir yang budak kecik di hadapannya ini ialah pakwenya yang tak bersalah dan..

Comel?

Eee yuu..

Razif senyum melebar mendengar pertanyaan nadia yang macam nak marah tapi lembut semacam saja pada pendengarannya. Terserlah lesung pipit pada kedua-dua belah pipinya.

Seriously comel.

Warghhh!!! Nadia rasa macam nak bunuh diri. ‘apesal mamat kenit depan aku ne tiba-tiba comel hah???’

“akak nak balik dengan saya tak?”

“huh?”

“bahaya la akak nak balik nanti sorang-sorang. Sekarang ni macam-macam kes. So, akak kena balik dengan saya gak. Tak boleh tak.” Macam-macam. Baik la tak payah tanya kalau dah sendiri decide jawapannya. Buat orang yang dengar makin pening ada la.

Nadia picit-picit kepala sendiri. dia sendiri tak faham kenapa dan macam mana dia boleh dan masih mampu lagi bersabar dengan kerenah musuhnya ini sampai sekarang. Dia bukannya orang yang penyabar. Langsung tak reti dan tak pernah nak bersabar.

Nak-nak lagi kalau orang yang cari pasal dengannya adalah orang yang lagi muda daripadanya. Memang confirm takkan sabar la.

Tapi kes ni dah lain..

“dah lewat ni kak. Mana la abang asyraf ni. tadi cakap nak datang sini. Batang hidung pun tak nampak lagi. sesat ke?” razif main campur-campur saja monolog dalaman dengan percakapannya sekali dalam satu ayat.

Nadia mengemas buku-bukunya dan disumbat masuk ke dalam beg sandang. Razif dia buat tak layan. Makin dilayan makin serabut dan kacau bilau hatinya.

Razif yang melihat nadia berkemas macam nak balik tu.. “eh. Akak dah nak balik? Kejap la. awal lagi ni.”

Pulak dah..

Terus nadia bangun dari duduknya. Kerusi di tolak ke belakang kasar. Razif pula terkebil-kebil melihat nadia. Dia berpusing meninggalkan razif di belakangnya.

“akaakk..”

“apa lagi?!!!!” nadia tak sempat nak berpusing menghadap budak kecik tu.. tiba-tiba dia terasa pinggangnya..

Diikat dengan sesuatu dari arah belakang. Kemeja casual kotak-kotak. Huh? tangan yang mengikat lengan kemeja erat ke pinggangnya menjadikan tubuhnya kaku sendiri.

Razif mengikat kemeja yang di pakainya sekadar buat alas sebab sejuk malam di pinggang nadia bukan saja-saja suka.

Sebab..

“Zif. Nadia. Astaghfirullahala’zim..”

It’s Asyraf.
 

are-fiyz

Active Member
“Huh?”

Kedua-dua manusia yang berdiri rapat macam nak berpeluk saja gayanya berpaling ke belakang mencari arah suara yang memanggil nama mereka berdua.

Dan gayanya sudah pun berpeluk. Razif yang tak habis lagi mengikat kemejanya dipinggang nadia dah terpeluk pinggang nadia yang berpusing kebelakang.

Ish3…

“Eh.. abang asyraf dah sampai la.” razif memang blur. Sempat lagi tegur si Asyraf tu dalam keadaan dia yang berpelukan dengan penolong si Asyraf.

Bukan hanya ada mereka bertiga. Tapi..

Tengah-tengah food court yang serabut dan bising dengan ramai orang tiba-tiba senyap sepi.

Macam ada malaikat yang melintas. Konon-konon..

Padahal semua mata melihat aksi mereka bertiga yang berdiri tengah-tengah food court tu macam gaya drama-drama…

Cinta tiga segi..

“razif. Apa yang kamu buat ni?”

Razif yang tak perasan tangannya masih lagi memeluk pinggang nadia terkebil-kebil memandang asyraf. Nadia pun sama, terkebil-kebil memandang ketuanya yang pertama kali dia pandang dengan…

Pakaian casual saja.

Smart..

Razif buat muka tak bersalah. “huh? zif buat apa? zif..” saat matanya terpandang nadia yang berada di dalam pelukannya..

“warghhh!!” terus dia tolak nadia jauh. Nasib tak cium lantai kawan tu. Ish3.. refleks yang merbahaya betul.

Terkejut nadia. “woi! Yang kau ni apesal hah budak kecik? Suka hati kau jer tolak-tolak aku. sedar diri sikit kau tu budak kecik. Show some respect la dekat senior kau ne.”

Memang drama la tengah-tengah food court tu.

Kasihan razif. Bukannya dia sengaja pun tolak. Free-free kena sembur.

“apesal food court ne senyap semacam ek?” tak kisah kena marah pun. Razif tengok kelilingnya.

Mak eh..

“er.. he.he.he. abang asyraf, kak nadia.. jom blah nak?.” Razif buat muka innocent pada kedua-dua seniornya.

Asyraf baru perasan yang semua mata-mata kat situ tengah tengok drama mereka bertiga.

Nadia?

Jangan harap la nak perasan dengan mata berapi-api macam nak telan saja si razif ni hidup-hidup.

Asyraf dan razif saling mengangguk. Masing-masing tengok nadia.

“ape?”

Sebaik saja nadia bertanya sebab tak faham punca dua orang manusia tu tengok dia macam nak menculik orang saja..

“woi..”

Beg sandangnya dah ditarik menyebabkan dia tertarik untuk bergerak mengikuti orang yang menarik begnya.

Elok saja mereka bertiga jauh daripada food court yang sunyi sepi macam tiada orang tu..

Razif melepaskan pegangannya pada beg sandang nadia yang diheret tadi.

“Nadia. Apa awak buat malam-malam macam ni dekat mall?”

Nadia yang mendengar soalan asyraf melemparkan pandangan ke tengah-tengah kesibukan manusia yang beratur panjang nak membayar barangan di kaunter.

Malas nak menjawab. Semua manusia yang tanya soalan macam tu padanya akan mula nak marah-marah kalau dia memberi jawapan yang jujur.

Dan nampaknya.. Asyraf pun sama macam semua orang tu.

Razif membuang pandang ke sekeliling mereka. malas nak masuk campur perbualan orang-orang tua kat depannya ini.

Asyraf tengok lantai. Soalannya masih lagi belum berjawab. Perlu ke tanya sekali lagi? Rasanya nadia ne bukan spesis pekak tuli ke apa ke..

“for fun.”

Pantas pandangan asyraf yang setia di lantai diangkat melihat satu wajah itu. Jelas sekali wajah itu cuba menipu.

“the truth?”

“will you believe me if I said the truth?”

“no..”

Razif menyampuk di tengah-tengah percakapan seniornya itu. Konon-konon menjawab bagi pihak asyraf la. suka hati betul.

Asyraf memandang razif di sebelahnya dengan muka serius. “razif.”

“huh?”

“kenapa cakap macam tu?”

Nadia dah malas nak melihat kedua-dua lelaki depannya ni. rasa nak angkat kaki dah blah dari situ.

Asyraf makin serius. “zif. Apa pasal zif cakap macam tu?” walaupun macam nak marah, asyraf tak pernah marah. Cuma suara saja ditegaskan sedikit dari kebiasaan. Tanda dia tak suka.

Razif tengok nadia yang sedang tengok orang naik turun naik turun eskalator. Ada yang naik turun macam eskalator tu tak bergerak. Ada yang asyik berundur ke belakang macam tak nak sampai-sampai ke destinasi yang dituju. Ada yang macam ribut nak cepat sangat melompat-lompat lepas 2 anak tangga sekaligus. Macam-macam.

“perlu ke bagi reason kenapa zif cakap macam tu?”

Asyraf tak menjawab. Nadia pula memandang razif. Entah kenapa pada pendengarannya, ayat razif seperti menghina. Waktu berdua tadi elok saja bercakap. sekarang macam nak bertumbuk pula gaya cakapnya.

Razif memandang nadia yang sedia melihat dirinya. Macam menunggu jawapan. Mata mereka saling bertentangan. Pandangan masing-masing lain-lain maksudnya.

Pandangan razif pada nadia.. seperti memandang penjenayah..

“because you’re so cruel and means.. Nadia. a.k.a abu jahal..”

Pandangan nadia pada razif..

Penuh dengan air mata..
 

are-fiyz

Active Member
wlaupun forum ne da trkne pnyakit... :((

cter ne akn dsmbg jgk. wlaupun tpkse mghdpi pnykit di atas. ku terima walau skit mtaa.. :(( (bgkak da mte ne.. uhukuhuk.)
 
Top