• Sudahkah anda menulis Diari Cinta anda hari ini?
    Sebagai forumer Forum Tentang Cinta, anda kini boleh menulis dan mencoret kisah manis cinta anda di ruangan Diari Cinta. Hanya satu diari sahaja ya dibenarkan untuk setiap seorang.

[Fisher-Man]

are-fiyz

Active Member
#1
-Ha3.. Cari pasal nak bukak thread bru pepagi bute ni.. Citer ne cerpen sbnrnye.. Tp x brpe nk cerpen dah sbb jari2 ne da gatal gi taip panjang2.. Jd, apiz kerat citer ne cket2.. Huk3.. pepon.. hope it means sumthng.. Gud luck eh nk phm citer ne.. hak3..-

Emotion=Ocean

“Kau menungkan apa ni? Dari tadi aku tengok kau bertapa kat sini.. tak turun laut ke hari ni?” Daud mematikan lamunan aku.

Terkejut. Aku urut-urut dada. Boleh dapat sakit jantung yang tak berapa nak kronik ni.. Aku tengok Daud. Mukanya berpeluh-peluh. Biasalah tu.. kerja bawah terik matahari dari pagi sampai ke petang..

Muka pun dah tak nampak macam warganegara Malaysia.. Tragis.

Muka Daud berkerut-kerut melihat aku. Aku pelik. “Kenapa kau tengok aku dengan muka macam tu?” Terpaksa la aku tanya kalau dah muka si Daud ni macam nak terberak tak jumpa tandas.

Dia ketuk kepala aku.

“Weh.. agak-agak la..” Aku marah. yer la kan.. kepala berharga ni.. tak jumpa kat kedai oo..

“Soalan aku tadi.. kau nii.. nak kata tua bangka.. ada rupa lagi.. takkan dah nyanyuk kut?” Daud ambil tempat sebelah aku.

Kerusi kayu yang dah tak berapa nak kayu ni boleh wasalam kalau lagi seorang manusia tahap obese datang duduk. Bunyi kriuk kriuk seakan memberi amaran kepada kami berdua.

Aku dan Daud berpandangan..

“Kau bangun.” Daud cepat-cepat menyuruh aku bangun.

Aku buat muka tak puas hati. Aku duduk dulu kut.. kenapa pulak..

“Kau duduk lama dah. Bagi aku pulak laa..” Daud menolak aku bangun.

Aku bangun juga dengan rasa ketidakrelaan dalam hati. Terasa kaki macam kebas. Aku buat sedikit regangan yang tak berapa nak regang pada otot-otot kaki aku. Mananya tak kebas kalau dah berjam-jam aku duduk bertapa kat kerusi ni.

“Kenapakah kau?”

Huh? Apesal si Daud ni pakai ayat skema tiba-tiba. Tapi macam tergantung pulak ayatnya. “Kenapa apa?”

“Kenapa kau tak turun hari ni?”

Haaa.. aku teringat dah soalan Daud tadi. Tapi macam mana pulak dia ni tahu aku tak turun?

“Mana kau ta..?”

“Kau mana ada masa jual kat pembekal tadi. Tiap hari muka kau ni muka wajib ada tau tak?”

Ooo.. aku terangguk-angguk.. tidak ku sangka ada yang perasan kehadiran aku selama ni.. terharunya..

“Aku nak kahwin..” Aku buka cerita hatiku..

Daud buat muka sepuluh sen.. erti kata lain seposen.. “Hmm… aku paham.” Daud angguk tiba-tiba.

“Apa yang kau paham?”

“Apa saja yang kau paham.. aku paham..” Daud menyambung.

Aku buat mata sepet dengan muka yang berkerut-kerut. Sengal betul punya member.. rasa macam nak kick masuk laut kat depan ni saja.. sabar. sabar.

“Dengan siapa?” Daud tanya.

“Entah..”

“Huh?”

“Aku cuma kenal…”

Daud terangguk-angguk lagi. Memahami.

Aku tengok Daud dengan muka senget. Ayat aku tak habis lagi kut yang dia terangguk macam orang dah dengar cerita sampai the end ni apekepasal..

Suasana antara aku dengan Daud sepi. Hanya kedengaran ombak kuat memukul pantai. Berdesir bunyinya bersama tiupan angin yang sepoi-sepoi menghembus apa saja yang patut dihembus.

Aku tengok Daud dengan mata yang disepetkan dan menunggu jawapan yang takkan pernah ada.

Daud senyap saja.

Aku geram. “Woi.. ayat aku tak habis lagi tau tak!!” Aku pulak yang jadi ribut gara-gara sifat memahami Daud tahap professor universiti Harvard tu.

Tension.

Daud tengok aku terkebil-kebil. “Oo.. tak habis lagi ke? Apa yang tak habis lagi?”

“Allah.. Sakit otak aku bercakap dengan kau ni.” Aku give up. Malas nak menyambung cerita aku yang pendahuluan pun tak ada lagi.

Daud tengok aku yang dah bersila atas pasir. “Kau ni Hud.. Emo kenapa hah? Kau kena bersyukur dapat kawan macam aku ni. Memahami.”

Kepala aku tergeleng sendiri. Memahami sangat.

“Kau nak kahwin bila?” Daud tanya.

Ini la akibatnya kalau dah ‘memahami’ sangat.. Aku rasa nak lempar masuk laut saja si Daud ni. Langsung tak memahami. Aku senyap saja. Malas nak menjawab.

“Kalau kau sesak, insyaAllah.. aku cuba tolong mana yang mampu.” Daud menyambung katanya selepas tahu aku hanya senyap.

Akhirnya jawapan Daud buat aku terharu sendiri.
 

samaratungga

Well-Known Member
#4
...Dari tadi aku tengok kau bertapa kat sini.. tak turun laut ke hari ni?”...
...Mananya tak kebas kalau dah berjam-jam aku duduk bertapa kat kerusi ni...
apiz, maaf nak mencelah sikit sbb kurang faham
merujuk pada ayat tu, si Hud duk kat atas jeti ke..
 

are-fiyz

Active Member
#5
apiz, maaf nak mencelah sikit sbb kurang faham
merujuk pada ayat tu, si Hud duk kat atas jeti ke..
kan tulis kerusi tu.. mne datangnye jeti? Hehehe.. Dia duduk ats kerusi kayu dekat tepi pantai.. turun laut tu mksudnye gi tangkap ikan.. bkan terjun laut dari jeti la sam.. ohohoho..
 

are-fiyz

Active Member
#10
Semalaman aku di tengah laut. Banyak jenis tangkapan yang aku dapat. Daud dengan yang lain tengah tidur. Kitorang berjaga ikut shif. Sekurang-kurangnya tak ada la rupa macam zombie kalau dapat lelap mata kejap.

“Weh bangun. Subuh.”

Subuh baru masuk. Aku bersyukur kepada Ilahi atas kecanggihan smart phone zaman sekarang ni. Tak payah la aku jadi ahli falak nak menilik bintang-bintang di langit. Mana nak cari bunyi azan tengah-tengah laut ni.. kalau ada, harus la aku bertafakur atas sejadah 24 jam tak pergi mana dah.

Disebabkan ruang yang terhad.. maka tak boleh la aku nak berjemaah dengan diorang ni. Kalau gigih nak berjemaah pun.. Confirm ada yang terjun laut masa nak ruku’. Hohoho..

Matahari pagi bersinar cerah..

Laut pun tenang saja. Alhamdulillah tak ada ribut. Kalau tak, seksa jugak la.. Pengalaman aku yang tak berapa nak berpengalaman ni memang serik kalau nak turun laut tak tengok dulu weather forecast.

“Aku nak balik.” Tiba-tiba aku bersuara.

Terlepas tangan-tangan yang tengah menarik pukat naik. Nasib la ada penarik pukat automatik. Kalau tak bertambah seksa nak naikkan muatan berat tu berkali-kali. Free saja dapat build six-pack.

“Kenapa?” Semua kepala berpaling tengok aku dan bertanya serentak.

“Aku ada bad feeling..” Entah kenapa jawapan yang macam pelik tu yang terkeluar daripada mulut aku.

“Bad feeling?” Daud tanya sambil tengok aku dengan mata yang berkerut-kerut. Ada ke mata berkerut?

“Apa tu?” Muka-muka yang lain macam baru dapat berita tragis lepas dengar ayat aku.

Aku tepuk dahi. Terspeaking pulak. Tapi kan.. Simple jer kut bahasa Inggeris aku. Takkan tak faham?

Daud tepuk-tepuk bahu member-member yang lain dengan muka cool. Aku pulak yang naik pelik dengan cool Daud yang tetiba tu.

“Dia cakap.. buruk perasaan.” Daud jadi google translator dekat member-member lain.

Harus la aku gelak kalau dah betul sangat translatenya. Daud, Daud..

“Bukan laa..” Aku tepuk dahi sendiri sambil geleng-geleng kepala tengok member-member lain. “Aku rasa tak sedap hati pulak. Macam ada benda nak jadi.” Tak sedar aku dah keluarkan pernyataan yang akan menggoyahkan semangat hidup orang.

Semua muka cuak semacam tengok aku. Mananya tak cuak kalau dah cakap benda-benda tak elok tengah-tengah laut cina selatan ni.

“Okey.. jom balik.” Daud dan yang lain terus bersemangat tarik pukat naik dengan muka cuak.


Makanya.. Belum tengahari lagi, kitorang dah selamat sampai kat pantai. Aku tengok jam di tangan. Baru pukul sepuluh pagi.

Tengah-tengah asyik mengangkat kotak-kotak ikan turun dari bot, aku nampak ada seorang perempuan macam lipas terlebih kaki berjalan laju dari jauh. Arahnya macam menuju ke tempat aku ni.. tapi tak nak la perasan sendiri. Aku buat tak nampak dan terus fokus pada ikan-ikan dalam kotak.

“Hud! Kau tukar ikan-ikan tu masuk kotak besar tu.” Daud menjerit kat aku sambil tunjuk kotak besar kat atas pasir.

Entah dari mana kotak besar warna oren tu datang pun tak tahu la. Mungkin member-member lain kut yang mengangkut ke situ. Aku mengangguk saja dekat Daud. Malas nak bersuara.

Tengah asyik dengan kerja baru aku..

“Waa.. ikan pari pun ada laa..” Aku terkejut tengok ikan pari yang agak besar dalam kumpulan ikan-ikan biasa ni.

Kenapa ikan-ikan biasa?

Aku tak tahu kut nama-nama ikan. Semuanya nampak sama saja. Ada besar sikit. Kecik pun ada.. Hahaha.. nelayan spesis apa la tak kenal ikan-ikan? Failed jadi nelayan. Nampaknya aku kena tukar kerja lain la lepas ni..

Tiba-tiba.. aku dikejutkan dengan satu suara dari arah belakang..

“Jeng jeng jeng!! Ni la dia bakal menantu papa!!”

Hampir terlepas ikan pari kat tangan aku akibat suara yang sangat kuat tu.. Aku rasa kepala aku ni macam teragak-agak nak berpaling melihat siapakah gerangannya yang menjerit kuat nak mampus tepi telinga aku.

Tangan aku masih setia memegang ikan pari yang agak besar badannya.. sambil telinga aku teruskan kerja mendengar apa-apa yang perlu didengari.

“Betul ke ni bakal menantu papa? Kamu tak bergurau?”

Aku dengar satu suara garau ala-ala tua macam menghampiri tempat aku dan ikan-ikan.. Kenapa aku masih tak berpaling melihat sketsa yang tengah berlaku sekarang ni pun aku sendiri tak tahu..

Pelik..

Aku pegang kejap-kejap ikan pari yang macam dah maut di tangan aku. Mungkin aku picit dia kuat sangat kut tadi. Maaf la pari-pari eh..

“Betul la papa! Betul!!”

Suara perempuan tadi menjawab persoalan si suara garau-garau tua tu. Aku agak mereka ni tengah bersembang pasal cuaca mungkin. Nak berkelah tepi pantai agaknya..

Elok sahaja aku nak letak ikan pari yang dah maut tu dalam kotak.. Aku rasa ada benda macam tengah main cucuk dekat belakang bahu aku.

Aku berpaling dengan badan ikan pari menutup hampir separuh dari muka aku..

“Papa nak bercakap dengan awak.” Perempuan tu tengok aku dengan senyum manis.

Aku tengok ada lelaki hampir separuh abad berdiri sebelah perempuan tu dengan muka berkerut.

“Assalamualaikum pakcik..” Aku sua tangan kanan aku kat si pakcik tua itu tiba-tiba dengan muka aku yang masih tutup pakai ikan pari. Roh ikan pari ni kut yang rasuk aku suruh salam dengan pakcik ni..

Teragak-agak tangan tua itu nak menyambut tangan aku..

“Waalaikumsalam..” Tangan kami berjabat erat.

Perempuan tu sengih tengok aku dengan pakcik ni tengah bersalam tak lepas-lepas. “Papa bonding-bonding la dengan menantu papa ni eh.. Iche nak gi main air..”

Terlepas ikan pari yang aku pegang dengan tangan kiri aku dari tadi sebaik saja tengok perempuan tu lari-lari lepas cakap ayat yang agak pelik pada pendengaran aku.

“Astaghfirullahala'zim.. Iman.. ” Ternganga mulut pakcik depan aku..

Allah.. Tanpa sedar aku garu kepala sendiri..

“Hehehe.. Hai.. Pakcik.. Sihat?”
 

mawar putih

Well-Known Member
#13
ohh cerpen baru dah eh.. haritu nampak yg tajuk dream.. kekeke :D nampak tak,, nampak tak
*dpt rase mcm tuan umah xkan paham dgn stetmen ni*
 

are-fiyz

Active Member
#15
Hampir dua minggu berlalu..

Aku tengok nenek tengah seronok-seronok bersembang dengan si Iche tu atas kerusi kayu bawah pokok ketapang. Kedudukan dua orang tu agak jauh dari tempat aku atas kerusi beranda rumah nenek ni. Jadi memang tak dapat nak mendengar la apa yang seronok sangat tu. Agaknya apa benda la yang diorang tengah bualkan ye?

“Im!!!” Iche tengah tengok aku lepas jerit. Apekes?

Lepas tu aku nampak dia lambai-lambai tangan. Rupanya macam nak panggil aku. Aku buat muka. Kenapa?

“Nek nak makan nasi kerabu laa!!” Dia jerit lagi. Sungguh tak sopan betul la perempuan senget ni..

Entah betul ke tak nenek yang nak makan. Ke dia yang sibuk nak makan sebenarnya?? Macam tak boleh nak dipercayai jer cakap si Iche ni. Terus aku buat muka tak puas hati sebagai balasan kepada permintaan dia ni..

Muka si Iche dah sengih-sengih.. Lepas tu aku dengar dia jerit.. “Weh.. Nenek cakap.. Jangan jadi suami derhaka laa!!”

Aku ketap gigi sendiri. Hisshh.. Tahap confident minah ni memang sure buat aku sakit jantung.. “Nanti la!! Aku sibuk ni..” Aku jerit balik. Memang aku sibuk pun. Aku tengok smart phone aku kat tangan. Punya la lambat nak upload file masuk drive kalau kat rumah nenek ni.

Aku garu kepala sendiri.. Serabut.. Dah nak dead line.. Mampuss.. Aku dah banyak spend masa aku ke lain sebab minah ni la.. Rasa geram pulak.

Tiba-tiba fikiran aku macam space out akibat menunggu pending dan loading yang tak habis-habis..

“Hai..”

Aku terkejut. Asyik sangat aku tengok Pakcik Afiq yang dah berjalan jauh dari tempat aku duduk ni. Kepala aku berpaling ke belakang mencari arah suara yang menegur.

“Oo.. Kau ke..” Nada suara aku macam annoying pulak tiba-tiba. Tapi aku tak rasa macam tu pun. Entah la..

Aku nampak dia dah mengambil tempat sebelah aku. Jauh jugak. Jaga jarak ke?

“Awak cakap apa dengan papa tadi?” Dia tanya aku sambil tengok pokok kelapa.

“Why bother?” Malas aku nak menjawab.

“Sorry la..” Tiba-tiba dia mintak maaf. Mungkin sebab..

Dia tengok aku.. “Sebab saya dah heret awak masuk dalam cerita baru.. tak pasal-pasal awak kena kahwin dengan saya. Tiba-tiba jer kan.. Ridiculous pun ada.”

“Tahu pun..” Aku menyambung ayatnya dengan rela hati. Gaya aku macam dah pasrah saja dengan cerita baru ni..

“Huh..” Dia mengeluh perlahan.

Aku tengok dia. Dia tengok pokok kelapa. Pokok kelapa tengok kami sambil bergoyang-goyang dek angin yang agak kuat.

Nafas aku tarik dalam-dalam.. “Kenapa?” Kenapa la aku tanya kenapa?? Dah tak ada soalan lain ke nak tanya hah? Ada orang boleh faham ke dengan soalan pelik macam ni? Tiba-tiba aku rasa nak hempuk kepala sendiri kat pokok kelapa depan mata ni.

“Entah la..”

Huh? Muka aku terus jadi pelik lepas dengar dia menjawab soalan aku. Dia jawab soalan aku tu.. Maknanya soalan aku tu tak pelik la kan??? Hoyeah..

“Banyak kali saya mimpi tempat ni..”

“Mimpi?”

Aku nampak dia angguk. Tapi mukanya masih setia memandang pokok kelapa di hadapan kami.

“Saya mintak jawapan pada Allah.. yang saya nampak tempat ni.. dan awak. Belakang awak tadi.”

Aku pending. Aku rasa otak aku tak boleh nak cerna ayat dia ni yang macam susah untuk dicernakan..

“Banyak kali..” Dia sambung lagi. “It feels right when it’s you.. just now.”

“Kita kenal ke?” Aku tanya dia. Yer la kan, mana ada aku pernah kenal dengan mana-mana perempuan kecuali mak, nenek dengan kakak aku.. Harus la aku tanya kalau-kalau aku memang ada terkenal dengan minah ni kat mana-mana atas muka bumi Allah ni kan.

“Tak.”

Pergh.. Terbaik punya jawapan. Pendek dan meyakinkan walaupun aku punya tahap ragu-ragu seratus percent. “Dah kalau tak kenal..” Aku buka mulut nak bertanya..

“Like I said.. Allah yang tunjukkan saya jawapan ni. I just don’t know.”

Terus aku tak jadi nak tanya dah. Dah kalau itu jawapan dia, aku nak kata apa?? Apa yang boleh aku katakan lagi???

“Kau yakin?”

“InsyaAllah.. saya yakin kalau itu jawapan Allah buat saya.”

“So, kita jumpa balik dalam 5 hari lagi. Kat sini. Masa yang sama.”

“Awak setuju nak kahwin dengan saya la kiranya?”

Aku tengok dia dengan kening terangkat. Apa gaya excited sangat pulak dah ni? Bila masa aku cakap aku nak kahwin dengan dia hah?? “Ada aku cakap aku setuju ke?” Killer punya tone aku bagi dekat dia ni.

Harapnya tak meraung la minah ni..

Tiba-tiba dia buat mulut muncung itik. “Awak tak boleh tak setuju terus tau. Awak kena istikharah dulu.. Baru la awak bagi keputusan kat saya. Janji?”

“Kalau aku setuju pun.. you have to meet all the requirements first. If you can’t then you’ll not going to have me as your husband.”

“Hmmm..” Dia terangguk-angguk lepas dengar ayat aku. “Demand jugak eh awak ni..” Dia angguk-angguk lagi lepas cakap aku demand. Lepas tu aku perasan yang mata dia asyik menilik muka aku.

“Okey! Saya sanggup tunaikan syarat-syarat awak.”

“Tak takut menyesal?”

“Tak and I’m not going or planning to regret at all.. sebab saya yakin dengan jawapan Allah and I just need a little bit of effort to get it.

Dia senyum tengok aku..

Aku rasa macam berdebar semacam tengok dia senyum. Betul ke semua ni? Betul ke apa yang aku buat ni? Aku tak main-main kan? Aku tak tahu aku tanya siapa.. Semuanya macam mimpi..


“Im!! Awak main apa tu? Dari tadi saya panggil tak jawab-jawab. Main Candy Crush ke?” Suara Iche dah buatkan eardrum aku menari. Berdengung semacam macam bunyi gong dah dalam kepala aku.

Kejadian seminggu yang lalu terbang melayang keluar dari otak. Aku baru perasan si Iche ni tengah mengintai skrin telefon aku. Cepat-cepat aku terbalikkan permukaan skrin ke bawah.

“Kau ni apekes? Jauh sikit la..” Aku suruh dia jauh-jauh dari aku walaupun tak ada la dekat mana pun.. Takut pulak rahsia aku terbongkar nanti..

Aku nampak dia buat mulut. Tak puas hati sebab tak dapat jawapan kut. “Apa-apa jer la.. Saya dah ready ni..”

Muka aku pelik. Ready apanya pulak tiba-tiba ni??

“Syarat terakhir awak. Say it..”
 

are-fiyz

Active Member
#17
Sejak beberapa hari ni, memang aku penat.. sangat.

Aku teringat hari pertama aku jumpa dia ni. Nafisha. Nama pendek dah.. Tapi tak cukup pendek lagi kut sampai kena panggil Iche. Kenapa boleh jadi Iche pun aku tak tahu laa.. Tak sedap hati yang aku rasa tu rupa-rupanya nak jumpa dia ni..

Tiga syarat yang aku bagi..

1-Kena biasakan hidup cara kampung..

Syarat pertama ni aku tak tahu la nak bagi markah macam mana.. Sebabnya..

“Saya kena tinggal kat kampung la kiranya?” Dia tanya sambil tengok aku dengan mata kelip-kelip.

Aku angguk bajet yakin budak KL ni surrender awal-awal.

“Tapi..” Muka dia berkerut-kerut.

Hoyeah.. Aku gelak guling-guling dalam hati. Tengok muka dia ni berkerut macam kena sembelit buat aku jadi bahagia.. Ha.ha.ha.. Bahagianya hidup..

“Saya takde kampung la.. Nak tinggal kat kampung macam mana?”

Punah bahagia yang aku bina dalam sekelip mata.. Ada jugak ke manusia yang takde kampung hah???

“Kampung saya kat KL la. Rumah jenis banglo. 3 tingkat rasa. Ke 4 eh? Boleh ke kampung macam tu?”

Mak eh.. Dia ni memang mengguris ego aku betul la.. Kampung apa sampai bertingkat-tingkat pulak?? Dah kampung ke namanya kalau sampai 4 tingkat?

“Senangnye syarat awak eh..” Muka dia sengih-sengih.. Macam bahagia semacam aku tengok. Bahagia sangat ke nak kahwin dengan aku ni?

“So?” Dia tanya aku.

Dari tadi dia saja yang bercakap. Apesal aku ni senyap jer hah? Say something Iman! Takkan kau nak biarkan dia menang tanpa bertanding hah??

Sejak bila jadi pertandingan ni?

Whatever.

“Kiranya saya lulus la syarat pertama awak ni?”

“No way!” Akhirnya aku bersuara. Rasanya boleh hangus rentung ego aku kalau biar jer dia ni menang free-free.. no way man.. no way..

Dia senyum.

Aku tarik nafas. “You’re going to stay with me.”

“Okey!” Dia bersuara ceria sambil tepuk-tepuk tangan. Lepas tu lompat-lompat macam budak kecik dapat aiskrim. Aku yang jatuh rahang tengok reaksi perempuan ni. Mana datang orang jenis macam ni eh?? Tiba-tiba aku tengok langit..

Alien?

Mengarut.

Jadinya dia memang tinggal dengan aku pun.. Rumah nenek memang betul-betul spesis kampung. Tandas luar rumah pun ada lagi.. Sangat tradisional kut.. Dan bila aku bawak dia balik rumah nenek..

“Ooooooo... Maaaaaaiiiiii.... Woooooowwwww...”

Tiba-tiba dia jerit. Automatik aku tutup kepala dia dengan helmet yang baru aku tanggal. Harus la dia senyap kalau dah helmet pakai terbalik.. Ha.ha.ha. Puas hati aku. Padan la dengan muka kau.

Driver minah ni dah balik lepas turunkan beg dan tuan punya beg. Pakai driver oo.. Kenapa la harus ada scene perempuan-perempuan kaya dalam cerita aku ni???

Dia tarik helmet keluar dari kepala. Habis serabut aku tengok tudung yang dia pakai. “Awak nak buat indirect kiss dengan saya eh?” Dia tanya soalan pelik sambil peluk helmet aku erat-erat..

What?

“Wangi la helmet awak.. Mesti kepala awak wangi ni. Awak pakai syampu apa eh?” Dia senyum manja sambil kenyit mata kat aku.

Gila. Aku nak tendang minah ni masuk laut!!!!

Aku fikir dia memang tak boleh nak adapt dengan suasana kampung.. Rupa-rupanya aku boleh dapat sakit kepala tahap kronik semata-mata nak bezakan mana satu nenek aku mana satu minah ni.. Kalau bab makan tak payah cerita laa.. aku give up.. suap la apa-apa pun.. batu pun dia telan..

Syarat pertama aku.. Dia menang.

2- Kena pandai tangkap ikan dan jual ikan..

“Tangkap ikan?”

Aku angguk.

“Lepas tu kena jual?”

Angguk lagi..

Tiba-tiba dia petik jari. “Senang sangat tu..” Dia cakap dengan senyum-senyum yang boleh mengganggu gugat degupan jantung aku.

“Jangan nak riak sangat la.” Aku bagi amaran tak puas hati. Risau pun ada jugak. Kenapa aku kena risau eh? Aku tak suka sangat ke kat dia ni?

“Okey! Saya cuba. Tapi macam senang jer.. Betul ni syarat awak? Takde tarik-tarik balik tau lepas ni..” Dia cekak pinggang sambil tengok aku yang tengah bersila depan pintu rumah.

Lepas tu kami pergi tangkap ikan.. darat.

Kenapa darat? Sebab hari hujan! Laut tak boleh nak turun.. Kalau gigih juga, mau wasalam nyawa aku.. kalau nyawa minah ni yang wasalam takpe lagi kut. Huahahaha.. Jahat jugak aku ni ye..

“Memang senang eh nak tangkap ikan..” Dia tengok aku. Suka sungguh gayanya sambil tarik mata kail naik dengan ikan yang termakan umpannya.

Gaya riak gila.. Sekarang ni tengah hujan tau tak!!! Dah penuh kotak dengan segala jenis ikan kat tasik ni dia tangkap. Jadi-jadi la.. Kalau hujan ni takde ribut, karang percuma saja aku bagi ribut taufan kut.

Aku stress..

Keesokan harinya.. Cuaca cerah. Aku turun laut dengan member-member yang lain. Iche?

Apalagi.. Demam la. Dah gigih sangat menangkap ikannya. Kalah aku yang nelayan jati ni.. Dia cakap “Nanti dah balik, saya tolong awak jual ikan.” dengan muka comel.

Baru aku teringat syaratnya tak selesai lagi..

Hari hampir petang baru aku sampai ke darat. Banyak jugak tangkapan hari ni. Lebih 2 kotak dari biasa. Alhamdulillah rezeki Allah nak bagi.. Sebelum sampai lagi aku dah nampak minah ni bertapa atas kerusi kayu tempat aku selalu bertapa tu..

Macam mananya tak nampak kalau dia tengah semangat waja hayun bunga manggar..

Bungga manggar???

Mana dia dapat bunga manggar pulak dah? Aku ternganga sendiri. Seriously.. minah ni pelik.

“Siapa tu?” Daud tanya lepas tengok apa yang aku tengok dengan mulut ternganga.

Aku tak tahu nak cakap apa.. Speechless..

“Hahahaha.. Kelakar la perempuan tu.” Member-member lain gelak suka ria lepas tengok scene pelik dari dia tu. “Comel gila.” Seorang lagi menyambung dan yang lain mengangguk-angguk setuju.

Comel ke?

Whatever…

Lepas mengangkut kotak-kotak ikan turun dari bot.. Iche datang berlari-lari kat aku dengan bunga manggarnya. Gaya macam dah sihat walafiat jer..

“Dah boleh jual ke ikan-ikan ni?” Terus dia tanya dengan semangat.. sampai terbang melayang bunga manggar kat tangan.

Pecah ketawa semua orang kat situ.. except aku.

Aku rasa aku dah silap bagi syarat.. Tapi kerak nasi dah jadi nasi air.. Hukhukhuk.. Apalah nasib aku..

Masa tengah nak jual ikan..

“Macam mana nak jual ikan?” Dia tengok aku dengan muka comel lepas tanya.

“Kau tengok macam mana orang buat.. lepas tu kau tiru la..” Aku jawab sambil angkat sebelah kening dekat dia. Konon bajet cool, padahal dalam hati gundah gulana porak peranda rasanya lepas tengok muka comel dia ni.

“Oooo..” Panjang bunyinya. Macam faham terlajak.

Dan akhirnya..

Aku give up. Macam mana tak give up kalau dah tak sampai sejam jual.. semua dah habis orang beli. Jangan kata pembekal.. makcik pakcik datuk nenek sesat dari mana entah tiba-tiba datang membeli belah macam dekat mydin jer gayanya.

Daud dengan member-member lain ternganga saja dari tadi. Daud tengok aku dengan muka tak boleh blah.. “Mana kau jumpa dia ni hah?” Lepas tu Daud tengok langit.

Ha.ha.ha.. Aku pun tak tahu.. Aku rasa masa aku jumpa dia ni pun, semua orang ada kat tempat kejadian apa.. Hilang ingatan ke korang ni hah??

Syarat kedua aku pun.. dia menang.

3-Kena tahu berenang.

Kalau minah ni dah tahu.. Makanya.. aku angkat bendera putih.. Silalah kahwin dengan aku wahai Iche oii.. Pasrah dah aku ni..

“Saya tak tahu berenang.”

Aku rasa bahagia. Ada sinar kebahagiaan yang menyinari hidup aku tiba-tiba. Moral of the story, jangan give up tengah jalan.

“Tapi..”

Aku tengok dia. Dia tengok aku.

“Awak kena ajar saya dulu la. Baru awak boleh judge. Kan?”

“Kau ingat belajar berenang sama macam belajar benda lain ke?” Aku tengok dia dengan dahi berkerut.

“At least I try it first.”

Lepas cakap ayat bajet yakin dia boleh buat.. Kami dah berada tengah-tengah laut cina selatan ni.

Si Iche ni join trip Daud dengan yang lain tangkap ikan hari ni. Semua dah pelik masa aku bawak dia ni join sekaki.

Daud tanya. “Hud.. Kau nak buat apa bawak dia ni? Mabuk laut karang siapa nak jaga?”

“Dia nak berenang.” Pendek saja jawapan aku. Malas aku nak cerita kisah aku panjang-panjang kat diorang ni.

Masa yang lain tengah berehat sambil tunggu tangkapan.. Iche tengah tengok laut. Aku pulak tengok dia.

“Kau takut?” Aku tanya. Padahal aku pun kecut perut kut. Kalau dah tak tahu tu tak payah nak bajet tahu..

Dia angguk. Anggukan dia buat aku rasa berdebar semacam. Jadinya? Apa kita nak buat ni?? Aku rasa baik la tak payah teruskan..

“Kalau saya tak tahu berenang, awak tak nak kahwin dengan saya?”

Aku senyap.

“Okey! No hal. Saya boleh buat. Just tell me, macam mana nak berenang?” Dia tanya dengan suara yang bersemangat. Tapi aku nampak sangat yang muka dia tengah cuak kut.

“Kalau rasa tak boleh tu.. give up jer la.” Aku nak patahkan semangat dia yang buat aku risau semacam.

“Alaa.. tak mencabar la awak ni. Cakap cepat.” Gayanya macam dah nak buat terjunan ala-ala perenang sukan olimpik.

Tercabar pulak ego aku. Pantang betul aku kalau dah main cabar-cabar ni. Kau ni memang dah lama hidup ke hah?? Geram pulak aku kat minah ni. Hish.. “Mula-mula.. Kau kena relax. Jangan nervous bila dalam air. Feel macam kau tengah tidur atas tilam empuk kat rumah banglo kau tu.” Aku cakap kat dia tapi mata aku tengok telefon kat tangan.

Ada line la.. Dua bar.. Yuhuuuu… Tak pernah-pernah dibuatnya ada line tengah-tengah laut ni.

Tiba-tiba..

Debushhhh..

Aku dah tak nampak dia kat mana-mana.. Allah..

“Nafisha!”
 

Top