• Sudahkah anda menulis Diari Cinta anda hari ini?
    Sebagai forumer Forum Tentang Cinta, anda kini boleh menulis dan mencoret kisah manis cinta anda di ruangan Diari Cinta. Hanya satu diari sahaja ya dibenarkan untuk setiap seorang.

[Fisher-Man]

are-fiyz

Active Member
#93
“Bini?” Aku tanya pelik.

“Kuk..” Kepala aku kena ketuk buat kali kedua.

Tiba-tiba aku nak marah. Siapa tak marah kalau dah main-main kepala ni.. “Sakit la Midah!” Aku termarah jugak.

“Midah, Midah, Midah.. Tak habis-habis dengan nama aku tu dari dulu lagi. Sejak bila kau jadi laki aku hah?” Serentak dengan itu telinga kiri aku dipulas kuat.

“Ah.Ah.Ah.. Ampun nek. Hud tak panggil nenek, Midah dah.. Janji!” Mata aku berair akibat tahan sakit.

“Boleh percaya ke?” Nenek aku tanya macam gaya gangster. Aduh.. ganas sungguh nenek aku ni. Entah macam mana la tok ki aku boleh terberkenan dengan nenek ni pun tak tahu la..

“Boleh. Boleh. Boleh!” Aku dah tak tahan.. Mahu cabut telinga aku ni nenek weh.. Anak aku pulak dah bertukar tangan. Disebabkan nenek dah sambut cicitnya.. maka telinga aku dapat diselamatkan daripada terkorban.

“Iche dah selamat bersalin ke belum bersalin lagi?” Nenek tanya aku balik lepas dodoikan cicit dalam dukungannya. Anak aku tu dah selamat tidur. Wahh.. tiba-tiba aku jadi terkagum dengan kebolehan ibu-ibu.

“Ooo..” Panjang muncung aku.. Baru teringat si isteri kat dalam bilik bersalin. “Entah..” Pendek jawapan aku sambil jongket bahu sendiri. Memang patut pun pendek sebab mana la aku tahu apa dah jadi dengan isteri aku tu.

“Bertuah la si Iche tu dapat suami macam kau ni Iman oii.. Isteri bersalin ke belum lagi pun tak tahu. Kenapanya tak masuk sekali? Bukan operation macam dulu kan?” Banyak pulak soalan nenek ni.

Aku malas nak cakap panjang-panjang. Aku tunjuk saja si kecik dalam dukungan nenek lepas tu geleng-geleng kepala. Harapnya nenek ni faham la kut maksud aku. “Doktor cakap dia bersalin normal.”

Aku nampak nenek dah mengangguk. Dia faham la tu.. Alhamdulillah..

“Bagus la.. Perempuan ni kena rasa macam mana beranak biasa. Tak elok sangat belah-belah perut ni selalu. Nak lagi baru 2 tahun lepas masa dia beranak si awang ni.” Nenek cakap macam gaya orang tua-tua. Tapi nenek memang tua pun kan..

Entah kenapa la nenek rajin sangat nak bersyarah kat aku pun tak tahu la.. Mungkin sebab masa pertama kali Iche ni bersalin keadaan dia kronikal sangat kut..

Kronikal?

Kronik+Kritikal= Jadi la kronikal..

Tiba-tiba aku mengimbau saat-saat genting dan kronikal itu..

“Abang!!!!”

Aku dengar isteri aku menjerit kuat dari arah dapur. Terus aku lempar smart phone masuk tong sampah yang ada tepi pintu bilik. Mungkin aku dah panik sangat rasanya sampai terlempar benda mahal-mahal gaya macam sampah dah. Lepas tu aku buat larian ke dapur.

Ooo.. Scene tadi macam nak serupa dengan kejadian dua tahun yang lalu rupanya..

“Kenapa ni?”

Mata aku mencari kelibat isteri sambil bertanya dengan muka terkejut. Siapa yang tak terkejut kalau dah dengar menjerit ala-ala macam nak bersalin lepas tu nampak pulak scene air sirap atas lantai dapur.

“Abang.. boleh tolong?” Isteri aku tanya sambil sua mop kat tangan.

Huh?

Aku tengok mop yang dah bertukar tangan.

“Datang mana air sirap ni?” Aku masih tak faham dengan situasi sekarang. Nak buat apa air sirap banyak-banyak sampai dah banjir macam ni? Kenduri?

Tiba-tiba mata aku mengesan sesuatu yang pelik pada sebelah kiri muka isteri aku. Tadi tak perasan sebab aku hanya nampak sisi kanan dia saja. Alih-alih, apabila dia menghadap aku betul-betul.. aku rasa macam nak pengsan. Pandangan aku pada isteri makin cuak. Cemas. “Iche.. Abang tanya kan..?”

Aku tak tertanya..

Dia tengok aku yang dah buat muka pucat. Bukan aku sengaja nak pucatkan muka aku.. tapi..

“Yer la kan.. Iche lupa nak cakap. Iche rasa macam nak terberanak jer tadi. Tapi masa nak pergi cakap kat abang, Iche nak jatuh la pulak. Sebab nak buat misi menyelamat perut besar ni, Iche terhantuk dekat bucu kabinet tu...” Dia tunjuk bucu kabinet dapur yang telah menjadi mangsa penganiayaan kepala sendiri.

Aku tengok tempat kejadian.

Muka aku dah makin cuak. Mungkin dah nak ke tahap panik. Aku tengok si isteri yang masih relax. Dia tengok aku yang tengah panik.

“Darah kat kepala ni sibuk pulak nak keluar banyak-banyak sampai banjir macam ni. Tak kena timing betul la.. Jom-jom.. tolong Iche mop kejap.” Dia dah cari kain buruk nak buat lap ‘air sirapnya’ itu..

Aku tepuk dahi sendiri. Kenal sangat dah perangai pelik ni.

Mual semacam aku rasa apabila tengok darah banyak macam ni. Gaya macam tengah shooting drama pembunuhan bersiri pun ada. Ngeri kut.. Elok saja tangan aku mula nak mop lantai..

“Nafisha!”

Isteri aku dah terbaring atas lantai.

“Pap!”

Sengal pada lengan kiri aku menjemput kesedaran kembali ke alam nyata. Depan mata aku sekarang ada muka nenek. Nenek ni suka sungguh buat vandalisme kat badan aku.

“Tu..” Nenek memuncungkan mulutnya menunjuk ke arah pintu bilik bersalin tu. Tak boleh tunjuk pakai tangan sebab tengah pegang anak aku. “Berangan apa hah sampai nurse panggil masuk azankan anak pun tak dengar ke?”

Berangan apanya nenek weh.. Ni namanya tengah trauma akibat imbas kembali punya aktiviti sebentar tadi. Tak nampak ke muka aku yang macam tengah berak ni?

Akhirnya aku ikut nurse tu masuk dengan perasaan lega. Bersyukur sangat sebab isteri aku dah selamat bersalin.. Hooyeaahh..

Alhamdulillah..
 

dieda

Well-Known Member
#94
cehhhh,,punya thp divaaaa petala 8,,kite nenek die,,,
nk jekk kite kasi wakk wakk wakk (xsmpai ht nk smbg)
lol
 

Top