• Sudahkah anda menulis Diari Cinta anda hari ini?
    Sebagai forumer Forum Tentang Cinta, anda kini boleh menulis dan mencoret kisah manis cinta anda di ruangan Diari Cinta. Hanya satu diari sahaja ya dibenarkan untuk setiap seorang.

[Fisher-Man]

are-fiyz

Active Member
“Prangg..”

Bunyi deraian kaca mengejutkan aku. Mata yang sudah tertutup kembali terbuka luas. Aku kat mana ni?

Oo.. aku kat dapur rupanya. Mengantuk sangat sampai terpejam mata sambil tunggu air yang dimasak untuk mendidih. Masa-masa ni la pulak stok air panas dalam botol air panas tu habis..

Sedang mata aku mencari kelibat heater.. tiba-tiba saja aku teringat bunyi deraian kaca yang sangat kuat tadi. Aku mimpi ke? Bunyi macam ada benda pecah. Terus heater aku lupakan. Pandangan aku halakan ke arah kaki..

“Abang?”

Kepala aku automatik mencari arah suara itu. Oo.. isteri aku rupanya. Kalau bukan dia, aku wajib la buat-buat pengsan tengah pagi buta ni.

“Abang buat apa? Abang marah siapa pagi-pagi buta ni? Sampai pecah-pecah pinggan murah tu..” Iche cakap perkataan murah dengan intonasi yang menekan dan kening yang terangkat-angkat. Macam nak perli aku jer gayanya..

“Buat apa lagi..” Tiba-tiba aku rasa nak ‘berangin’. “Ni..” Aku tunjuk botol susu kat tangan. Lepas tu aku ambik heater dan tuang air panas yang dah masak dalam botol. Disebabkan aku dah terer bab-bab buat susu ni.. sekejap saja dah siap. Aku goncang-goncang botol susu dengan muka mengantuk. Tolong la jangan ada manusia ke hantu ke yang nak menambahkan angin aku lagi.

Aku mengantuk!!!

“Kenapa abang bancuh susu tengah-tengah pagi ni?” Iche tanya aku tiba-tiba dengan muka tak bersalah.. ya.. hakikatnya isteri aku memang sangat innocent dan aku rasa angin aku dah jadi taufan sekarang ni.

Rasulullah s.a.w cakap kalau nak marah.. diam.

Aku diam. Tak menjawab..

“Abang nak minum susu Amin ehh?” Iche tanya sambil sengih-sengih lepas tengok aku diam saja.

Masya-Allah.. lagi la aku rasa nak mengamuk. Buang tebiat ke apa aku yang nak minum susu budak. Kalau ye pun aku nak minum susu budak 2 tahun ni, aku tak gila lagi la nak pergi bancuh dalam botol susu. Baik aku cari jag ke teko ke tong air ke nak buat bancuh susu ni..

Gigi aku dah berketap-ketap sambil tenung muka isteri dengan mata merah.. Aku mengantuk la Iche weh.. Jangan nak buat lawak tengah-tengah pagi buta macam ni boleh tak??

“Iche..” Aku sebut perlahan nama isteri aku. Nafas berat aku lepaskan bersama-sama perasaan marah yang dicucuk syaitan.

“Midah la. Kan Iche dah jadi Midah..” Isteri aku perbetulkan pulak panggilan aku tadi. Hish.. Baru nak hilang marah ni dia pergi tambah pulak dah kenapa?

Aku tarik dia keluar dari dapur bersama botol susu kat tangan. Pinggan pecah atas lantai dibiarkan sepi. Nasib tak terpijak serpihan kaca tu tadi..Sekarang kami berdua dah duduk atas sofa dekat ruang tamu dalam gelap. Tapi tak la gelap sangat sebab lampu dapur aku tak tutup. Jadinya keadaan sekarang suram-suram kuku.

Ada ke suram-suram kuku??

Whatever.

Botol susu aku letak atas lantai sebab dua-dua tangan aku sekarang tengah pegang kiri dan kanan bahu isteri.

“Iche..” Aku panggil namanya lagi. Perlahan. Dah lama aku tak panggil namanya.

“Midah la. Midaah..” Dia tekan perkataan Mi dan Dah tu sampai terangguk-angguk kepala dengan mata yang bulat.

Macam mana la aku tak geram dengan perangai yang macam kanak-kanak tak cukup umur ni.. Terus sahaja aku peluk dia ni kuat-kuat. Biar padan dengan muka..

Tiba-tiba..

“Cup.” Satu ciuman melekap pada pipi aku.

Dalam sekelip mata aku pulak yang dipeluk erat. Terbalik sudah. Dia usap-usap belakang aku. Aku jadi mengantuk dengan belaian yang tiba-tiba macam ni. Tertidur dalam posisi duduk senget macam ni boleh tanggal tulang belulang esok pagi.

“Abang..”

Aku dengar dia panggil aku.

“Hmmmm..” Aku balas mengantuk akibat tindakannya.

“Kenapa abang tiba-tiba jadi nak kahwin dengan Midah ekk masa dulu-dulu tu?” Iche tanya soalan yang menyebabkan mata aku jadi macam segar bugar sedikit. Gaya dia cakap masa dulu-dulu tu macam la kitorang ni dah 40 tahun kahwin.

“Tiba-tiba jer tanya ni kenapa?” Aku tanya balik kenapa dia tanya soalan macam tu. Posisi kami sekarang ni masih seperti tadi. Berpelukan.

“Hehehe.. Saja. Tak mengantuk. Jom la kita sembang-sembang dulu..” Iche punya jawapan buat aku rasa nak ketuk-ketuk kepala dia ni. Ting tong ke apa nak ajak menyembang pukul 2 3 pagi macam ni hah??

Aku tutup mulut akibat menguap. Mengantuk datang bergayut kembali. “Mengantuk la sayang.” Punya la aku mengantuk sampai tersayang-sayang dia ni. Aku ni spesis yang susah nak tunjukkan sayang melalui kata-kata tau tak.. Kalau dah sebut tu, maknanya aku ni tengah mamai la kut..

“Alaa..” Panjang bunyinya. Tak puas hati mungkin. “Kalau macam tu abang jawab soalan Midah dulu. Baru boleh tidur.” Dia bagi syarat kat aku tapi tangannya masih mengusap-usap belakang aku macam dodoi anak kecik. Ni macam mana nak jawab soalan kalau dah mendodoi macam nak suruh aku tidur sekarang?

“Errmmm..” Aku mulakan cerita aku dengan bunyi macam nak tidur. “Kenapa eh?” Aku tanya balik. Sedangkan otak aku dah lama ke laut. Tidur dan bunyi krooohh.. kroohhh..

Dagu aku dah sangkut atas bahu dia ni. Sikit masa lagi mata aku akan terpejam..

“Abang.. Jangan berani-berani tidur lagi eh.. jawab dulu.” Tiba-tiba aku dengar suara macam amaran betul-betul tepi telinga aku ni. Belakang aku dah tak rasa usapan lembut tadi.

“Kenapa sekarang? Besok-besok tak boleh ke?”

“Tak boleh. Nanti abang sibuk, Midah busy, lepas tu kita banyak kerja, lepas tu lupa terus..” Ada saja jawapan isteri aku ni..

Aku pejam mata. Lantak la.. Bukannya dia nampak aku tidur pun kan. Hahaha.

Tiba-tiba..

“Argghh!!” Aku dah menjarak daripada dia. “Midah! Geli la! Geli!” Tak pasal-pasal aku menjerit pagi-pagi buta macam ni. Memandai jer minah ni geletek leher aku. Sensitif kut. Sensitif!

Dia ketawa tengok reaksi aku yang dah macam obor-obor demam. “Tu laa.. tidur lagi. Jangan ingat Midah tak nampak abang, Midah tak tahu tau.. Uwekk..” Dia buat muka comel lepas jelir lidah kat aku.

Disebabkan aku dah dapat ubat yang paling aku allergic, mata aku 100% segar bugar. Hilang terbang habis rasa nak tidur tadi. Pandai dia nak ajak aku bersembang ye.. Aku tengok isteri sendiri dengan perasaan geram-geram. Terus pipi dia aku picit-picit.

Dia senyum saja dengan tindakan aku. Comel pulak tu.. Astaghfirullahala’zim.. Sabar Iman.. Isteri kau baru lepas bersalin tu..

Terus aku paksa otak aku yang dah tidur tadi bangun semula. Kerja. Kerja otak weh.. Jangan fikir benda lain. Fikir balik peristiwa dua tahun lepas tu. Fikir.. Fikir..

Fikir Iman.. Fikir..
 

are-fiyz

Active Member
“Hud..” Nenek panggil aku.

“Ye nek.” Aku jawab panggilan nenek.

“Kau nak kahwin dengan si Iche tu ke?” Nenek tanya sambil sengih-sengih.

“Tak la.”

“Apaaa??” Nenek dah terjerit dengan jawapan aku. “Kalau bukan dengan budak tu, dengan siapa pulak?” Mata nenek mencerun tajam ke arah aku. “Kalau bukan dengan Iche, nenek tak nak join rombongan kau tu. Titik.” Nenek aku dah macam indon-indon pulak main titik-titik bagai.

Aku gelak. Tengok nenek teringat dia. Serupa saja perangai nenek ni dengan si Iche. Memang patut pun aku dapat sakit kepala nak bezakan dua orang ni. “Nenek ni.. Hud cakap tak habis lagi dah main sampuk-sampuk. Cuba sabar kejap..”

Sekarang ni aku dengan nenek dah bersila depan ruang tamu. Kaki kanan nenek aku capai dan tarik ke arah sila aku. Tangan mula melaksanakan rutin. Kaki nenek aku urut-urut perlahan. “Bukan dengan Iche, tapi dengan Nafisha la nek.” Aku sengih.

“Kuk!”

Haa.. Kena ketuk lagi. Nenek ni ganas betul la. Cuba ayu sikit kan comel gitu.. Haish..

“Apa salah Hud?” Aku tanya sambil buat muka kesian dan kesedihan..

Nenek ketawa kuat-kuat. “Padan la dengan muka kau. Cari pasal dengan nenek kau ni siapa suruh. Haa.. Memang patut kena ketuk kepala tu. Mana aku letak tukul entah.. Tukul ooo tukuul.. Dimanakah kau??” Nenek dah menjerit menyeru nama penukul.

Terus aku peluk nenek kuat-kuat. Suka tengok nenek macam ni.. “Hud saaayaaangg nenek!!”

“Yer la tu..”

Seminggu berlalu sejak daripada aku ajak nenek hantar rombongan..

“Nekk.. mana ada orang nak bertunang, lelaki pergi rumah ikut sekali..” Aku buat muka cuak depan nenek sebab mak bapak aku dah menapak masuk dalam rumah. Nenek dengan aku saja yang terpacak dekat luar.

Nenek buat muka kat aku. Entah muka spesis apa pun tak tahu la. Tapi yang pastinya muka itu sangatlah buruk. Mimpi ngeri aku kalau tengok muka nenek macam ni tiap hari. Tiba-tiba telinga aku kena pulas.

Nenek kejam!

“Yang kau ni spesis tradisional sangat dah kenapa? Ketinggalan zaman betul la cucu aku ni. Budak-budak zaman kau ni kan, kalau dah bertunang tu macam orang dah nak menikah. Konon lelaki tak boleh datang.. Piiraahh..” Suara nenek macam ayam..

Aku tengok nenek dengan mata terbeliak dan gigi yang hampir nak luruh sebab ternganga luas sangat. Akhirnya aku selesai dan selamat bertunang dengan normal. Tiada la macam nak menikah yang nenek cakap tu. Seram..

Masa bertunang tu, aku memang tak boleh nak lupa reaksi si Iche. Serius tak rugi aku jadi budak zaman sekarang. Nasib la aku ada nenek moden yang menasihati aku dengan ‘baik’. Disebabkan aku dengan nenek masuk dalam rumah lambat sedikit daripada geng-geng rombongan yang lain..

“Awaaakkk!!!”

Aku terkejut dengan suara nyaring Iche dekat depan pintu. Bukan pintu rumah, tapi pintu ruang tamu.. Bapak besar rumah si Iche ni. Memang patut la dia tak de kampung kan kalau dah kaya macam ni. Hampir saja aku sesat nak mencari ruang tamu ni tadi. Nenek pulak berdiri kat belakang aku sebab dari tadi aku ni kena tolak-tolak dengan dia suruh masuk rumah jugak-jugak.

Nak tak nak aku dah depan si Iche yang tengah..

“Awak.. Kenapa awak datang masa ni? Awak tahu tak saya tengah nak bertunang sekarang? Awak tak boleh macam ni. Saya dah nak terjadi tunang orang tau tak. Ni semua sebab awak la. Awak dah tak boleh nak halang saya lagi macam dalam drama-drama tu tau. Kita ni ada agama. Tak baik kacau tunang orang kan.”

Panjang lebar dia bersyarah kat aku.. kuat pulak tu..

Tapi.. mata aku dah macam nak tercabut keluar apabila terpandangkan bakal bapa mertua aku yang..

“Awak jangan buat muka terkejut macam tu. Comel tau tak awak ni. Nanti saya meraung kat sini, malu la tunang saya tu. Mana mak bapak saya nak letak muka.. Malu awak ehh..”

“Naaafiishaaa!!!” Suara bakal bapa mertua aku dah keluar macam singa.. macam mana la tak jadi singa kalau dah kena..

Siram dengan air oren..

“Ohh bapak engkau oooren..” Terpelanting jag plastik yang dah kosong isinya. Nasib la plastik.. Kalau kaca, mahu arwah orang yang terkena balingan dia ni. Melatah pun dah macam nenek. Penat perut aku tahan ketawa.

Bakal bapak mertua aku yang dah mandi dengan air oren tengok kami dua orang. “Iman.. tercegat apa kat sini, pergi duduk.” Dia arah aku masuk ruang tamu dan duduk. “Nafisha!! Yang kamu ni perasan macam heroin dalam drama dah kenapa? Dia tu la bakal tunang kamu!”

Last-last.. satu ruang tamu pecah dengan ketawa semua orang.
 

are-fiyz

Active Member
“Abang!!!!”

Aku rasa macam nak pengsan. Ingatan aku pada peristiwa dua tahun yang lalu tiba-tiba terpadam. Macam black out takde elektrik gitu. Tiba-tiba degupan jantung aku macam tak bunyi. Aku tersandar pada sofa.. Mata aku macam tak berkelip. Inikah tanda-tanda akibat terkejut yang melampau??

“Abang..?” Aku dengar suara Iche panggil aku perlahan. Mungkin panik akibat tengok aku yang dah macam nak pergi meninggalkan dunia ini.

Aku urut-urut perlahan dada aku. Susah juga nak hilangkan rasa terkejut ya.. Moral of the story is selalu-selalulah terkejutkan orang yang disayangi kalau nak dia cepat mati.

“Abang ni.. Midah tanya abang mengelamun pulak. Penat Midah tengok muka abang yang macam patung ni dari tadi.” Dia buka mulut selepas tengok aku reaksi yang macam dah kembali sihat.

Aku selesakan posisi duduk aku. Menyandar pada sofa dengan kaki bersila. Lepas tu aku tarik Iche agar sandar pada aku. Kepala Iche dah lentok atas bahu aku. Suka sungguh aku bau rambut dia ni.. Tiba-tiba teringat peristiwa helmet pulak.. Aduhai…

“Kenapa Iche tak tanya masa kita bertunang tu?” Aku tanya dia balik.

Tiba-tiba aku dengar dia gelak. Aku senyum sendiri. Faham sangat kenapa dia gelak. “Macam mana la Midah nak tanya kalau dah sampai dengan papa termandi dengan air oren. Terkejut tau..”

“Dah tu, kenapa tak tanya masa hari kita nak kahwin tu?” Aku tanya lagi. Aku dengan dia jumpa dua kali saja. Sekali masa bertunang. Sekali lagi masa hari nak kahwin. Kata nenek, aku ni memang sangat tradisional..

“Hisshhh.. abang ni.. macam mana la Midah nak tanya.. takut la.”

“Kenapa pulak nak takut?”

“Yer laa.. kalau Midah tanya sebelum kita kahwin, nanti tiba-tiba jer abang tak jadi nak kahwin dengan Midah macam dalam drama-drama, rugi la Midah.. Masa lepas kahwin, mana la Midah ingat nak tanya kalau Midah excited sangat-sangat nak peluk abang. Macam nii!!” Lepas tu terus dia peluk aku kuat-kuat.

Adoyaiii..

Aku senyum. Pelukan dia aku balas erat. “Abang pilih Iche sebab Iche la jawapan yang Allah bagi untuk abang.. Macam Iche jugak..” Aku cium ubun-ubun kepalanya dengan lembut.

“Midah la. Midah.” Sempat lagi dia perbetul panggilan aku padanya. Iche memang tukar terus namanya lepas dapat tahu kenapa aku pakai nama Hud tu. Katanya.. pasangan Hud adalah Midah.. dan pasangan Iche adalah dengan Iman. Sebab aku dah jadi Hud, dia berkeras jugak nak jadi Midah.

Keras kepala betul.

“Kenapa tak nak abang panggil nama ‘ikan’ tu lagi dah?” Aku sengaja tanya macam tu. Perli.

“Perli la tu..” Aku nampak dia senyum dari ekor mata aku. “Mana la Midah tahu abang kerja apa. Mati-mati Midah ingat abang ni memang nelayan sejati. Siap mintak Midah jadi macam orang-orang nelayan lagi.” Dia gelak lepas cakap pasal nelayan.

“Sedap apa nama ‘ikan’ tu..” Aku menyakat.

“Abang ni.. Tu kisah lama la..” Dia cakap macam tragedi kad kahwin aku dengan dia ni macam berlaku sejak zaman purba dinasor pulak. “Lagipun kan memang betul apa nama tu.. Sesuai la dengan nelayan macam abang ni. Kisah kita kan ada ikan-ikan..”

Aku senyum saja. Walaupun macam geram dulu tu.. aku suka saja nama pada kad kahwin aku tu..

Fisher-Man.


tamat.. (cedera otak aku wehh nak menghabiskan 'drama' ni..)
 

are-fiyz

Active Member
err xfhm smpai skrg,,
celah mn nm 'diva' tu leh muncul
ayoo... kan ad sket cebisan kisah nme midah tu bole muncul.. citer ni cerpen la.. cerita pendek.. kalau da novel, arus la apiz citer dgn lebih detail pasal nme 'diva' tu.. mcm citer ..... dgn unfriend tu.. panjang jele.. :meh:

Nextttt cerpen! Hahaha comel lah iche ni. Eh, midah lah. Mii dahhh hahahahha
mls la ell. nk bersare dah.. hbiskan mse2 tue ni dgn melancong la pulak. hua3... :D
 
ayoo... kan ad sket cebisan kisah nme midah tu bole muncul.. citer ni cerpen la.. cerita pendek.. kalau da novel, arus la apiz citer dgn lebih detail pasal nme 'diva' tu.. mcm citer ..... dgn unfriend tu.. panjang jele.. :meh:



mls la ell. nk bersare dah.. hbiskan mse2 tue ni dgn melancong la pulak. hua3... :D

haihhh nak jadi cam Hud ke, 'melancong' ke kampung menangkap ikan? haha
 

are-fiyz

Active Member
kasihanilah new member seperti saya.. sob sob.. dunia cerpen sepi tanpa apiz (ngampu lebih hahaha)
ell jer la msuk cerpen.. apiz ne da tak lme.. (terbaring ats ktil smbil btuk2.. ohok3..tgk tpak tgn.. Ooohh.. ad blood..).. apiz wasiatkn 'hrta' ni kat ell.. jge baik2 yer nak..
 

Top