• Sudahkah anda menulis Diari Cinta anda hari ini?
    Sebagai forumer Forum Tentang Cinta, anda kini boleh menulis dan mencoret kisah manis cinta anda di ruangan Diari Cinta. Hanya satu diari sahaja ya dibenarkan untuk setiap seorang.

hati ini milikmu

awatif

New Member
Bayu petang bertiup perlahan. Sekadar membuaikan dedaun yg bertaburan. Biru lazuardi di dada langit sudah bertukar kemerah merahan. Mentari sudah hampir tengelam di ufuk timur. Indahnya ciptaan Yang Maha Esa. Lautan kelihatan bersinar-sinar terbias dek cahaya mentari yg masih bersisa. Ombak beralun tenang. Nur masih berteleku di pasir putih. mengadap mentari yg sudah smbunyi sedikit-sedikit. dia benar-benar takjub dengan suasana senja begini. beberapa detik berlalu, hanya cahaya mentari yg menghiasi kaki langit. kemudian kedengaran azan berkumandang dari masjid berdekatan menandakan sudah masuk waktu maghrib. Nur bangun meninggalkan ombak tenang yg tetap setia memhempas pantainya. tanpa jemu...

salam perkenalan wat suma ftc group....
 
Last edited by a moderator:

awatif

New Member
part I ( yg 1st tu intro) :)

Matanya tidak mahu pejam malam itu. sudah puas memujuk. kebiasaannya selepas setengah jam membaca buku, pasti matanya sudah kuyup. lain benar malam ini. Nur mengomel memarahi matanya yg degil. Nur berpaling ke kiri. Atie sedang nyenyak tidur. Pasti saja gadis itu kepenatan bekerja seharian. Atie, teman baik semenjak sekolah menengahnya lg. mereka mmg akrab sehingga dia melanjutkan pengajian di UPSI. dulunya dikenali dngan nama Maktab Perguruan Sultan Idris. Atie pula terpilih ke UPM. Kini setelah masing-masing bekerja, sesekali pasti mereka sepakat mencuri waktu yang sibuk itu untuk bertemu. kebetulan sekarang cuti sekolah. juga bermakna Nur juga sedang bercuti dari kerjaya gurunya. Nur menoleh ke kanan. Terpandang telefon bimbitnya yg sudah seminggu di off[/I]kan. Seminggu sejak dia mengambil keputusan menjadi pelarian di Pulau Langkawi. sebetulnya dia ingin menjadi pelarian ke tmpat yg tidak dikenali sesiapa. tp Atie yg memujuknya ke sini. Nur mendengus perlahan. seolah ingin membuang masalah ini jauh-jauh. seperti dia membaling batu-batu kecil ke laut di persisir pantai petang tadi. Tetapi peristiwa pagi jumaat minggu lalu masih melekat di kotak ingatannya. memori yg tidak bisa di kikis lg. terus terbenam jauh ke dasar hati yg paling dalam.

yer. harap2 leh la skdar nk menumpahkan idea yg tak sebrapa bagus nie... sekadar berkongsi rasa:)
 
Last edited by a moderator:

awatif

New Member
sambungan part I (maaf.. td pc ni prblem..:))

“Apa semua ni Hj. Mansor?,” Puan Normala bingkas berdiri di tengah-tengah majlis yg sedang berlangsung di rumah batu Hj. Mansor. Mukanya merah padan. Terserlah riak kemarahan pada wajahnya.
“Puan Mala, sabar dulu..,” Hj. Mansor, ayah Nur Ain cuba menteramkan hati wanita yg sedang panas itu.
“Mana boleh sabar. Kenapa pernikahan ni di wali hakimkan? Kenapa Hj. Mansor sndiri yg tidak mewalikan?,” bertalu-talu soalan di hamburkan Pn. Normala. Dia jadi pelik apabila pernikahan Taufik dan Nur Ain di nikahkan dengan wali hakim. Setahunya wali hakim hanya untuk gadis yg tiada waris atau paling tepat pasti dia anak yg lahir tanpa akad dan ijab.
“Puan, nanti sy terangkan. Kita teruskan dulu majlis ni,” Hj. Mansor masih berlembut. Dia sudah malu diperlakukan bagitu. Nur Ain tidak patut di malukan seperti ini.
“Tidak! Majlis ni takkan berlangsung! Aku tidak mahu keturunan aku dicemari dengan darah daging yg aku tak tau asal usul. Jangan-jangan perempuan ni anak yg takda mak bapak!,” suaranya bergema kuat. Semua hadirin berpandangan. Ada yg berbisik sesama sndiri. Nur Ain tertunduk sambil menahan air mata yg sudah memenuhi kolam matanya. Ibunya, Pn Anisah mengusap-usap kepalanya. Apabila terasa tangan yg mengusap belakang dan kepalanya hatinya bertambah hiba. Air mata Nur mengalir deras. Esak tangisnya masih cuba ditahan. Dia benar-benar rasa terhina. Mak memeluknya erat-erat. Kak ngah juga memeluknya. Badan mak terhinggut-hinggut menahan esakan. Taufik yg segak berbaju melayu putih gading bangun menghampiri mamanya.
“Mama, jangan lah macam ni. Sabar. Malu kt orang,” Taufik cuba mengawal suaranya. Suaranya sekadar berbisik. Dia jadi bingung dengan karenah mamanya. Dulu dia yg beriya-iya inginkan perkahwinan ini. Taufik sanggup menunda pengajiannya ke Australia semata-mata demi menurut kehendak mama. Pengajian di peringkat master yg sudah lama di rancang ditangguhkan seketika. Malahan dia sanggup mengahwini gadis polos itu biarpun dia tidak cintakn Nur. Dia sudah punya buah hati di Australia. Andrea, gadis kacukan inggeris cina itu pasti setia menantinya. Dia cuba menenangkan angin mama yg sudah bertukar ribut itu.
“Malu kata Fik?,” soalnya seakan mengejek.
“Mama tak setuju. Taufik kita dh kena tipu rupanya. Perempuan ni tak layak untuk Taufik. Dasar anak pungut. Lagi takut kalau dia tak berbapa!,” suaranya makin nyaring bersuara.
“Puan, cukup la. Jangan keterlaluan menghina adik sy. Kalau puan tidak sukakn adik sy, puan boleh segera keluar dari rumah ni,” anak sulung Hj. Mansor bangun berdiri. Hanya beberapa tapak dari tempat Taufik dan Pn. Normala berdiri. Dia sudah hilang sabar dengan karenah wanita itu.
“Aku akan keluar dari rumah ni. Tak ingin aku bermenantukan anak luar nikah!,” Amarahnya masih belum surut.
“Mama! Cukup la, jangan menghina Nur lagi,” Taufik juga sudah hilang pertimbangan dengan mamanya sendiri. Dia tidak sanggup melihat gadis polos itu terus dilukai. Lantas dia menarik tangan Pn. Normala dan berlalu keluar. Sebelum melangkah Taufik menoleh pada Nur Ain yg masih tunduk menahan esak tangis. Maaf Nur… Fik tak dapat membahagiakan Nur walau seketika. Ucapnya sekadar di dalam hati.
 

zahra

FTC Crew
Moderator
salam perkenalan wat suma ftc group....
huhu..salam awatif..awat xp'knalkn diri kt ruangan mari berkenalan?:Dif lum ag..buke thread bru kt sne eh..:)

huhu..awatif..rse nye leh jew awk edit..if pc awk prob..xpyh post baru..:Dhmm tp dew bakat jge awk ni ek..xmo lmbt2 sgt smbungan nye taw..sbb dh rse best..;))
 
Last edited:

awatif

New Member
zahra, sorry la yer. tak smpt nk thread kt salam perkenalan. japg ek. thanks sudi2kn baca n komen..:)

dolphin, thanks. maaf yer. lmbt sambung. nanti 1 ari sy abiskn...

silver_planet.. skang dh jd trend kot. hehehe.. tp klu ada masa sy suka abiskn suma skali. sorry yek!

PART II

Mereka berjalan seiringan di tepi pantai. Sedetik buih-buih memenuhi kaki mereka apabila di hempas ombak. Sengaja dibiarkan kaki di ratah air laut masin. Dia pernah membaca dalam satu majalah. Berjalan di tepi pantai, boleh merelakskan kaki. Spa kaki semulajadi. Sesekali Atie ketawa kecil apabila buih-buih itu hampir sahaja mengenai wajahnya. Nur juga ketawa. Kadangkala mereka sengaja membiarkn air masin itu membasahi baju mereka.
“Nur, aku haus la. Jom kita pekena air kelapa dulu,” ajak Atie sambil menarik tangan Nur ke sebuah warung tidak jauh dari situ.
“Hm.. nikmatnya minum air kelapa isi nyior ni kt tepi pantai kan,” Nur memejamkan matanya. Tanda perasaannya yg mungkin sudah tenang. Atie tersenyum.
“Nur, aku bangga kau dapat melalui semua ni. Kau masih belum bersedia untuk pulang?,” atie mengatur ayatnya satu satu. Sejak peristiwa di rumah batu Hj Mansor, dia semakin menjaga tutur bicaranya. Bimbang melukai hati Nur. Dia cukup menyayangi gadis itu.
“Kenapa? Kau dh tak larat nk jaga aku ke?,” Nur mencebik. Cute sangat bila dia buat memek muka seperti itu. Atie tersenyum. Takkan tanya macam tu dh tersentap.
“Aik! Aku takda niat pun mcm tu. Yer la. Nenek dah banyak kali call aku. Tanya bila kau nak balik. Dia rindu. Dia nk datang aku tak benarkan. Lagipun nenek bukannya sihat sangat kan,” Atie berterus-terang saja. Dia tidak mahu Nur berprasangka bukan-bukan. Dia lagi suka kalau Nur terus menetap di Puau Langkawi sahaja. Senang nk berjumpa. Dia juga tidak punya sesiapa di pulau ini. Tugas yg terus mengikatnya di sini. Keluarganya dia Johor.
“Nenek… em… aku juga rindukan dia. Aku tak cukup kekuatan nak berjumpa dengan mereka lagi. Nanti la. Tunggu dalam minggu ni ke.. Lagipun cuti aku ada lagi 2 minggu tau,” air kelapa diteguk penuh nikmat. Dia suka air kelapa tanpa ais seperti ini.
“Asalamualaikum,” satu suara menegur mereka yg sedang ralit menikmati minuman dan pemandangan laut yg indah sewaktu mentari masih sembunyi-sembunyi di balik awan. Redup petang itu. Atie dan Nur menjawab salam serentak. Nur tersentak! Dia!
“Suami Nur sihat?,” soalan pertama yg ditanya lelaki itu ketika menyertai mereka minum petang. Kebetulan Atie ke bilik air.
“Em.. sy tak faham apa awk cakap,” Nur cuba membetulkan duduknya yg sudah terasa tidak selesa. Dia langsung tidak menduga akan bertemu dengan lelaki ini semula. Di sini pula. Pada waktu yg tidak wajar seperti ini. Aduh! Kuatkan hati ku Ya Allah.. Dia memohon.
“Nazri bagitau majlis awk dh berlangsung minggu lepas,” lelaki itu sekadar menjelaskn apa yg didengari dri sepupu Nur Ain. Dia juga ingin tahu gadis di hadapannya berkahwin dengan siapa. Bahagiakah dia? bertuahnya lelaki itu. Tetapi gadis itu masih membisu. Masih menebar pandang ke laut lepas yg luas.
“Nur, kalau awk tak nak ceritakan pasal majlis awk takpe. Sy faham,” Azim akur. Jika gadis itu membisu pasti dia tidak ingin berkongsi cerita apa-apa. Cuma diamnya Nur membuatkan hatinya semakin ingin mengetahui.
“Sy tak jadi kahwin, majlis tu tak berlangsung seperti yg Nazri cakap,” suaranya setelah lama dikepung kebisuan. Dia harus menerima hakikat majlis nikahnya yg tidak menjadi. Dia tidak boleh terus diam bisu membiarkan semua org melupakan majlis itu seperti yg dia harapkn. Mana mungkin semua org melupakan kejadian yg paling bermakna dalam hidupnya itu. Azim diam. Tidak tahu apa yg ingin di suarakan. Tidak pasti apa soalan yg paling rasional untuk Nur saat itu.
“Azim, sy minta maaf. Mungkin ini balasan setelah apa yg sy buat pada awk,” Nur memandang wajah Azim yg tenang. Wajah yg telah dilukai hatinya. Dia yg merobek hati Azim. Dia yg memutuskn hubungan mereka 6 bulan lalu. Dia trpaksa demi kasih pada ayahnya. Dia tahu dia hanya anak angkat Hj. Mansor. Lalu apabila lelaki itu menyuarakn hasrat utk menikahkn dia dengan lelaki yg lgsung dia tidak kenal. Dia menerima dengan hati yg ikhlas. Wlupun trpaksa melukakn hati Azim.lelaki yg dicintainya. Sebetulnya lelaki itu yg menyintainya setulus hati. Sanggup berkorban segalanya demi dia.
 
Last edited by a moderator:

awatif

New Member
PART III

Sudah 2 hari kepulangannya ke rumah Hj Mansor. Semua orang melayannya seperti biasa. Tiada seorang pn yg bertanyakan tentang perasaannya, tentang hatinya yg terluka. Mungkin mereka tidak mahu menambahkan luka di hatinya. Hanya nenek yg tak putus-putus memberikn kata perangsang. Nenek ingin dia jadi kuat dan tabah. Mak pula lebih banyak mendiamkan diri semenjak peristiwa itu. Kadang-kadang dia ternampak mak menangis sorok-sorok. Hatinya di serbu rasa bersalah. Hj Mansor dan anak-anaknya yg lain saja yg tidak berubah. Tetap buat-buat biasa seperti tiada sejarah pahit yg melanda keluarga mereka.
“Ucu, ada tamu kt luar,” anak abang long yg sulung menjenguk dari balik pintu biliknya. Dia baru usai solat zohor. Nani hanya menggeleng apabila ditanya siapa. Lima minit tamu itu menunggu sebelum dia ke ruang tamu berhadapan kolam ikan yg sengaja di designkn untuk ruang rumah besar itu. Ayahnya suka benar berbual sambil mendengar bunyi air.
“Azim?,” Nur Ain tersentak. Lelaki itu tersenyum sambil meletakkan majalah dekorasi yg dibeleknya sementara menanti Nur Ain.
“Maaf kalau kehadiran sy membuatkn Nur rasa tak selesa,” Azim memohon kemaafan. Ini lah pertama kali dia memberanikan diri datang ke rumah Nur Ain. Selama ini pun dia sudah beriya-iya nak bertemu dengan Hj Mansor. Cuma Nur Ain yg tidak benarkan.
“Awak kata nak ke Vietnam. Tak jadi pergi ke?,” betul. Ketika perpisahan mereka di Pulau Langkawi minggu lepas, Azim kata akan ke Vietnam. 6 bulan kerana menjalankn tugasnya. Tiba-tiba hari ini dia muncul.
“Tak. Ditangguhkn. Nur bila nk balik Pahang?,” Azim membetulkan duduknya. Dia rasa berdebar-debar pula saat itu. Dia sudah tekad dengan hasrat hatinya. Dia ingin meluahkan segalanya pada Nur.
“Minggu depan sy dah nak balik ke Pahang. Ambil barang. Lupa nak bagitau. Sy akan ditukarkan ke Sarawak. Mengajar di sana pula,” Azim terkedu dengan jawapan Nur. Kenapa dia ke Sarawak? Dia benar-benar ingin membawa hatinya yg luka? Soalan muncul di benaknya.
“Kenapa awk nak ke Sarawak? Jauhkan. Pahang pun dh cukup jauh,”
“Tak ada apa. Nk tukar angin ja. Lagipun memang kerajaan memerlukan guru untuk berkhidmat di Sarawak dan Sabah. Sekadar memenuhi permintaan,” Nur menyimpul senyum. Sesekali dia membetulkan tudungnya yg ditiup kipas angin.
“Macam tu, ya. Bagus la. Mujur ada lagi guru macam awk,” Azim tersenyum juga.
“Sekejap, ya,” Nur ke belakang. Mungkin ke dapur. Beberapa detik dia muncul sambil menatang dulang.
“Nur, sy ingin melamar Nur. Sudi tak Nur jadi isteri sy?,” Azim tekad menuturkan ketika gadis itu meletakkan air di meja kopi berhadapan Azim. Nur tersentak. Dia benar-benar kaget.
“Azim, sy tak layak untuk awk. Sy tak layak untuk sesiapa pun,” Nur tertunduk. Merenung kerawang di tudungnya.
“Nur, sy tak pernah peduli siapa pun awk. Sy dh lama tau awk bukan anak Hj Mansur. Tapi awk hanya anak yatim yg ditinggalkn mak ayah kandung awk. Itu saja. Tak menjadi soal untuk sy. Nur, sy tak pernah berhenti menyintai awk. Hanya awk yg akan jadi isteri sy,” dia meluahkan segala yg terpendam dlm hatinya. Dia tidak mahu melepaskn Nur untuk kali kedua. Malah dia sudah bersedia untuk bertemu dengan Hj Mansor sekarang juga jika Nur izinkn. Nur masih tertunduk. Ada air jernih yg menitis. Ah! Nur jangan menangis lagi. Aku tidak ingin menjatuhkan air matamu. Aku hanya ingin membahagiakn sekeping hatimu, Nur.
“Tapi sy tak layak untuk lelaki sebaik awk,” Nur diserbu rasa bersalah. Dia tambah kesal melukakn hati Azim dulu. Semalam Taufik ada menelefonnya. Lelaki itu juga tekad untuk menjadikan Nur isterinya yg sah. Dia akan meninggalkan segala harta kemewahan jika mamanya masih belum merestui hubungan mereka. Dia mengaku dia cintakan Nur. Sepanjang pertunangan selama 6 bulan itu, dia sudah cukup mengenali Nur. Dia jatuh hati dengan apa yg dimiliki gadis itu. Budi bahasanya. Paras rupanya. 2 minggu Nur menghilangkan diri. 2 minggu Nur gagal dihubungi. Setiap hari dia ke rumah Hj Mansor. Merayu, meluahkan apa saja yg dia rasa. Nur jadi bingung. 2 lelaki yg menyintainya. Taufik, dia sudah mula menumbuhkan rasa kasih pada lelaki itu ketika mereka mengikat tali pertunangan. Dia sudah senang dengan Taufik. Lelaki itu pandai mengambil hati. Apa yg penting, Hj Mansor menyukai Taufik. Tetapi lelaki ini terlebih dahulu menyayanginya. Azim adalah kekasih pertamanya. Siapa yg harus dia pilih… Oh Tuhan…
 

awatif

New Member
hanis.. mekaseh yek sudi2 jenguk kt thread sy..:)

mr sam.. indah tu asyik kan.. ;;)

sweetpink.. adussss... mmg susah kn nk kuarkn imagine kt dlm otak nie:D

zahra.. mmg saje nk wat suma trtunggu2..:p
 

zahra

FTC Crew
Moderator
aduyaii..cik cyg atif..hehe..xpew kew zahra cll atif ni..hmm..npe xgune multi quote function jew..ag senang atif..atif just click kt sblh thanks utk quote mne2 yg atif nk quote..jd xyah sbut nme kteorg 1-1 kn..hehe..xmo lmbt ek..heheh:D
 
Last edited:

awatif

New Member
sorry yer.. sebetulnya bz giler. byk keje.. tp sempat buat gak :)

PART IV

Sudah enam bulan berlalu sejak peristiwa itu. Sudah enam bulan juga dia berkhidmat di Sarawak. Mujur hanya sekadar mengisi kekosongan di Bintulu. Tidak terlalu pendalaman. Tetapi 1 jam juga mengambil masa untuk ke bandar Bintulu. Nur sudah boleh menyesuaikan diri dengan suasana begini. Dengan anak muridnya yg rata-rata berbangsa iban, melanau, cina, kayan, kenyah, dayak dan macam-macam lagi. Biar pun berlainan bangsa mereka dapat menerima diri masing-masing. Dia juga terasa semakin harmoni dengan keadaan ini. Mak menelefonnya pagi tadi. Bertanyakan khabar. Mak juga bertanyakan tarikh kepulangannya. Dia tahu mak dan semua disana rindukan dia. minggu depan dia akan pulang ke semenanjung. Minggu depan sudah bermula cuti sekolah selama 2 minggu. Sejak dia ke Sarawak. Sudah 2 kali Hj Mansor dan isterinya datang menjenguk. Ketika dia mengajar di Pahang dulu pun ayah dan mak kerap datang menziarahinya. Kebetulan pula ayahnya sudah pencen dari khidmatnya di syarikat milik teman baiknya. Lalu masa yg dulu sentiasa sibuk terisi dengan trip melawat anak-anaknya. Abang long sekeluarga di Kemaman. Kak Ngah pula di Perlis. Hanya abang Teh dan abang Chik yg tinggal bersama mereka. Dia juga rindukan mereka. Rindukan nenek yg selalu memberikan kata-kata semangat untuknya. Nur membetulkan duduknya sambil tekun melayani Atie yg sedang berchating dengannya di internet. Sejak ke sini hanya internet menjadi penghubung mereka. Atie khabarkan berita gembira. Dia bakal melangsungkan perkahwinannya dengan Ady. 2 minggu lagi. Bermakna seminggu sebelum dia pulang semula ke Sarawak. Hubungan mereka sudah lama terjalin. Sejak di sekolah menengah lagi. Malah Ady lah orang yg bertanggungjawab menjadi orang tengah dalam perkenalannya dengan Azim. Mereka best friends. Nur tumpang seronok. Pertunangan Atie dan Ady sudah berusia 5 tahun. Pelbagai onak mereka lalui. Lebih-lebih lagi Ady bekerja sebagai jurutera di atas kapal. Hanya 3 bulan sekali mereka dapat bertemu. Dia benar-benar bahagia mendengar perkhabaran gembira ini. Atie… pasti dia akan merindui sahabat baiknya itu. Gadis itu sudah mengomel macam-macam. Katanya dia tidak mahu tinggal bersama keluarga Ady setelah berkahwin. Keluarga Ady menetap di Alor Setar. Bakal mertuanya sudah memujuk agar dia tinggal bersama mereka saja setelah berkahwin. Sudah meminta dia memohon surat pertukaran ke Alor Setar. Hehehe.. Nur tersenyum. Atie pasti tetap dengan keputusannya. Ady kan lelaki budiman. Selalu mengalah saja dengan Atie yg kepala batu.
Telefonnya berdering. Mengganggu sedikit kosentrasinya di skrin komputer riba. Tiada nama tertulis di skrin telefon bimbitnya. Hanya nombor bermula dengan 019. dia membalas salam dari suara di sana.
“Nur..,” suara yg amat dikenalinya. Nur terdiam. Sudah berbulan dia tidak mendengar suara itu. Semenjak dia menukar nombor telefonnya tiada lagi kedengaran suara lelaki yg selalu mengganggu fikirannya.
“Nur tak sudi nk cakap dengan sy?,” suaranya kedengaran sayu. Nur masih bisu.
“Maaf. Sy tak ada niat nak ganggu Nur. Tapi..,” kata-katanya mati di situ.
“Sy sayangkan Nur. Sy asyik teringatkan Nur. Sy dah tak boleh tipu lagi. Sy perlukan Nur dalam hidup sy,” lalu masing-masing diam beku. Suasana sepi mengepung beberapa detik.
“Taufik. Awk dah ada segalanya dalam hidup awk. Awk dh biasa tanpa kehadiran sy,” Nur sekadar meluahkan apa yg terpendam. Betul. Dia bukan apa-apa dalam hidup lelaki itu. Hanya 6 bulan menjadi tunangan. Suami isteri pun boleh bercerai, ni kan pula hanya tunangan yg di atur keluarga.
“Tidak. Nur memang penting dalam hidup sy. Sy dah sukakn Nur. Nur bagi lah peluang untuk sy,” suaranya seakan merayu. Nur dapat mengesan betapa lelaki itu bersungguh dengan apa yg di katakn. Nur juga rasa.
Malam itu dia benar-benar tidak boleh lena. Panggilan telefon dari Taufik mengganggu fikirannya. Dia bangun dari katil. Mencapai sesuatu dari laci sebelah katil singlenya. Kotak berbentuk hati dari baldu berwarna merah di pegang. Sebuah cincin emas putih bertatahkan berlian di ambil. Wajah Azim terbayang. Tanpa di minta kenangan di rumah Hj Mansor menerpa ke ruang ingatannya.
“Apa semua ni Azim. Awk buat sy mcm tak ada maruah,” wajahnya merah menaham marah. Kotak berisi cincin yg baru diletakkn Azim di atas meja berhadapan Nur buatkn dia rasa begitu. Dia rasa lelaki itu hanya bersimpati. Dia terasa bagaikan balu yg baru kematian suami. Pusaranya masih merah, lelaki ini pula ingin melamarnya. Dia rasa terhina lagi.
“Nur, jangan cakap macam tu. Awk tau kan sy sayangkan awk. Cintakan awk. Sy Cuma tak mau kehilangan awk untuk kali kedua. Cukup lah sekali sy hampir kehilangan awk. Kali ni sy tekad. Apa pun terjadi sy tetap akan melamar awk. Sy sanggup bawa rombongan peminangan hari ni jugak,” Nur terkedu dengan penyataan berani mati Azim. lelaki itu disangkanya tidak lah seberani itu.
“Tapi..,” Nur masih cuba membantah.
“Sy akan tunggu sampai awk terima sy semula. Sy akan tunggu awk,” dia masih teringat bicara Azim. kata-kata itu sering bermain di fikirannya. Dia jadi bingung lagi.

hehehe.. maaf yer.. Tif tak reti sgt...:">
 
Last edited by a moderator:

awatif

New Member
aduyaii..cik cyg atif..hehe..xpew kew zahra cll atif ni..hmm..npe xgen multi quote function jew..ag senang atif..atif just click kt sblh thanks utk quote mne2 yg atif nk quote..jd xyah sbut nme kteorg 1-1 kn..hehe..xmo lmbt ek..heheh:D
kena byk blajar ni zahra.. jd cikgu atif yek!:)
 

zahra

FTC Crew
Moderator
uiksss..heheh..mcm dh mkin besh ni..:)

xpew atif..awl2 mse zahra msuk dlu pun byk gak silap..mcm atif jge..:)atif leh rfer pd rules posting yg mr teddy dh bt..mgkn dpt m'bntu serba sedikit..admin n ftc crew pun dew..atif leh pm jew dorg..pew yg atif musykil..forumer2 kt cni pun leh jge
 
Last edited:

awatif

New Member
PART V

Suasana di pekarangan rumah kawasan perumahan elit di Damansara meriah dengan kehadiran tetamu yg berpusu-pusu sejak tengahari. Segalanya berjalan lancar. Pagi tadi Atie dan Ady sudah selamat diijabkabulkan. Majlis bersanding juga sudah berlalu dengan meriah. Atie asyik tersenyum manis sepanjang hari. Wajah pengantin itu berseri-seri. Atie hanya di rias sederhana. Namun wajahnya yg cantik tetap terserlah biarpun hanya bersanggul dan di serikan dengan crown bercorak bunga. Layahnya juga simple. Namun majlisnya dihias dengan bunga lily segar tampak begitu menarik. Dia memang meminati bunga lily. Katanya bunga lily dapat menenangkan hati. Tidak serabut. Tidak nampak macam dia tu minah bunga. Itulah yg selalu dinyatakan apabila Nur bertanya sebab dia meminati bunga lily. Atie ni suka simple aje. Minah brutal sebenarnya. Nur mengambil tempat di kerusi batu bersebelahan taman mini Puan Rohaya. Banyak pokok bunga yg di tanam. Sederet bunga orkid tergantung di belakangnya. Ada macam-macam warna. Ada ungu, merah tua, merah muda, putih dan banyak lagi. Nur meneguk air oren yg baru di ambilnya tadi. Dia ingin berehat sebentar. Sejak pagi membantu Atie bersiap. Menyandang jawatan pengapit pula. Biar lah Atie melayani tetamunya dengan Ady. Segak pula Ady mengenakan baju melayu warna biru laut sedondon isterinya. Nur ralit memerhati seekor rama-rama yg hinggap menghisap madu di sekuntum bunga mawar mekar. Pastinya rama-rama itu seenaknya menghisap madu sang bunga. Suara seseorang berdehem mengganggu pemerhatiannya. Azim tersenyum. Dia mengambil tempat di hadapan Nur tanpa dipelawa.
“Baru sampai?,” Nur sekadar berbasa-basi. Sejak peristiwa di rumah Hj. Mansor, baru hari ini bertemu. Dia jadi kekok pula. Bukan tidak biasa dengan Azim. Cuma situasi dulu dan sekarang berbeza.
“Ya. Ada kenduri di rumah sepupu. Tu yg lambat sikit ke sini,” sebetulnya dia tidak sabar untuk bertemu gadis itu. Dia rindukan Nur. Nur.. fahami lah hatiku.. desisnya di dalam hati. Wajah Nur tidak berubah. Cuma hari ini dia tampak lebih manis dengan kebaya biru muda yg berkerawang di tangan bajunya.
“Mak ayah sihat?,” sudah lama dia tidak bertanyakan khabar orang tua Azim.Setahunya dulu mak Azim ada sakit kencing manis. Dia hanya pernah sekali bertemu mak ayah Azim. ketika konvokesyen di universiti 5 tahun lepas.
“Ayah sihat. Cuma mak aje yg kurang sihat. Baru minggu lepas keluar hospital. Seminggu di wad,” Azim terkenangkan mak di rumah kakak sulungnya, Shira. Sebelum ke sini pun dia terlebih dahulu menjenguk ibunya. Mak dah boleh bangun. Cuma langkah jalannya yg lambat sedikit. Dia rimas asyik berbaring di katil. Ayah pula sudah merungut hendak balik kampung. Teringat ayam itiknya yg tidak terjaga. Teringat pokok buahnya yg sedang ranum. Takut di tebuk tupai. Takut di curi orang. Ayahnya memang begitu. Padahal, pak Wan jirannya sudah berjanji akan tengokkan pokok buahnya.. akan jagakan ayam itiknya. Ayah, ayah…
“Ya ka? Sekarang mak di mana?,” Nur jadi kaget. Teringin juga nak menziarahi mak Azim. tetapi dia segan pula. Kalau pergi dengan Atie takpa juga. Takkan pula nk diheret isteri orang tu ke sana. Tak sesuai langsung. Di pendamkan saja hasrat hati.
“Kak Shira yg jaga. Kebetulan kak Shira dah tak bekerja sekarang. Abang Rizuan suruh dia tengokkn anak-anak. Dah ada lima anak,” dia tersenyum mengingatkan keluarga kak Shira. Seronok kalau ke rumah kak Shira. Melayan anak-anak saudaranya yg semakin membesar. Macam-macam perangai yg selalu membuatkan dia terhibur.
“Wah! Dah ramai la. Dulu rasa baru anak dua kan,” Nur juga mengukir senyum. Pernah juga beberapa kali kakak sulung Azim datang ke kolej dulu. Wanita itu pensyarah di kolej swasta. Lulusan luar negara.
“Tu la. Dah lama Nur tak jumpa kak Shira. Bukan setakat keluarganya juga besar, dia pun dah besar,” mereka sama-sama ketawa. Azim sekadar menzahirkan apa yg dilihat.
“Jom la ikut sy pergi rumah kak Shira. Awk boleh jumpa mak sy sekali,” Azim mengajaknya sungguh-sungguh.
“Em.. er.. takpa la. Lain kali, ok. Hari ni sy tak boleh. Majlis pun belum selesai,” dia bertingkah. Sebolehnya Nur ingin mengelak. Bukan dia tidak ingin bertemu mak Azim. Cuma tak mahu berdua-duaan dengan Azim. dia segan sejak peristiwa di rumah ayahnya dulu.

Telefon bimbitnya berbunyi. Rentak lagu Yuna berkumandang. Sudah 5 kali nombor itu menghubunginya. Cuma dia yg malas nak menjawab. Rimas mendengar suara Taufik. Sejak panggilan pertamanya beberapa minggu lalu, sekarang setiap hari dia akan menelefon. Bertanyakan khabar. Sihat? Apa lagi yg harus di beritahu. Kalau 3 jam sekali dia menelefon, pasti Nur masih sihat. Tetapi kalau begini setiap hari, dalam masa beberapa bulan lagi, bukan setakat temperaturenya aja yg naik. Silap-silap dia boleh masuk hospital di serang migrain.
“Ada apa lagi Taufik?,” suaranya sengaja ditekan.
“Nur, kita jumpa? Sy ke rumah Nur,” Taufik terus dengan matlamatnya.
“Ha? Gila!,” terpacul perkataan itu dari mulutnya. Nur menekup mulut. Aduh! Taufik ni mesti sudah sewel.
“Sorry.. awk tak tengok jam ke pukul berapa? Dah 10.30 malam tau,” suaranya di kendurkan. Sekadar menjaga hati Taufik. Kenapa lah dia tak faham-faham.
“Ok. Maaf. Esok pagi sy ke rumah Nur,” lelaki itu tak putus asa. Hatinya sendiri bingung. Kenapa dia harus bertungkus lumus begitu. Sudah terang-terang Nur tidak mahu dia mengganggu hidupnya. Hatinya jadi dua. 1 menggesa dia menghentikan usaha yg sudah nampak kelam. 1 lagi pula tidak putus-putus mendorong. Usaha lah! Pikat lah hatinya!
“Tak boleh. Esok sy ada hal. Nk jumpa kawan, ok Taufik. Lain kali saja. Bye. Assalamualaikum,” talian diputuskan sebelum mendengar Taufik memjawab salam. Sebelum sempat dia meletakkn telefon bimbit nokia itu, terdengar lagi deringan lagu Dan Sebenarnya..
“Awak! Sy nak tidur la!,” suaranya tinggi.
“Nur?,” ah! Azim! silap orang. Hihihi.. dia termalu sendiri.
 
Top