• Sudahkah anda menulis Diari Cinta anda hari ini?
    Sebagai forumer Forum Tentang Cinta, anda kini boleh menulis dan mencoret kisah manis cinta anda di ruangan Diari Cinta. Hanya satu diari sahaja ya dibenarkan untuk setiap seorang.

i love u...

lavender90

New Member
huh...ntah pape...da la lme x jmpe...g amik syuhana jadi awek lak...mentang2 lawa...dah2 clash...eh..ter emo lak..=p
 

cemutcute

New Member
(4)
Tit...tit....tit.....Satu pesanan ringkas dihantar.Dari siapa entah.Aku pantas membuka mesej tersebut.Dari Iskandar.

Sya otw ke rumah awak.Dalam 10 minit lagi sampai la.Bersiap ok.

Aik,hari ni hari apa ya?Aku pantas melihat kalender yang tersangkut di belakang pintu.11.4.2010.Ahad.Alamak!!!Hari nilah Iskandar hendak membawaku ke satu tempat.Aduh,sudahlah tidak mandi lagi ni.aku pantas mencapai tuala lalu berlari ke bilik air.Setelah mandi ala kadar(tapi masih bersabun ya.Bukan mandi kerbau.) aku segera mencapai baju yang ada.Sudah tidak sempat hendak memilih baju.Tiba-tiba terdengar bunyi hon dari luar.Alamak.Dah sampai.Aku segera menempek bedak.Alah,bersiap gitu-gitu sudah la.Bukan nak pergi jumpa mak mertua pun.Setelah siap aku segera mencapai tas tanganku.
"hoi,nak ke mana tu?date erk???Amboi,handsome pakwe nuh?"Alni menyanggahku tiba-tina.Kus semangat.Nasib baik tak ada heart attack.
"Hish,kau ni.Nasib baik tak arwah aku ni.Bos aku la.Dia nak bawa aku ke mana entah."
"Amboi,dapat bos lagi tu.Bertuah punya badan.Dia nak bawak jumpa mak mertua la tu."kata alni sambil ketawa.
"Eh,pandai-pandai je kau ni.Sudah la.Aku dah lambat ni."
Oi,sempat mandi ke tak tu?"kata Alni lagi sambil ketawa.Aku menjelingnya.Setelah mencapai kasut aku berlari kecil ke arahnya.
"Sorry wak.Terlupa pula hari ni hari Ahad."kataku termengah-mengah.Iyalah dah lama tak bersenam inilah jadinya.Iskandar melihatku dari atas hingga bawah.Eh,apa yang tidak kena ni?Pelik ke apa yang aku pakai ni?Jeans dan blous labuh berwarna hitam serta sulaman berwarna kunig serta tudung senada dengan warna sulaman.Pelik ke?
"Kenapa?"soalku apabila dia memandangku tidak berkelip.
"Cantik."katanya sambil tersenyum.Mukaku merona merah di puji sebegitu.
"JOmlah."aku pantas memasuki kereta.
"Kita nak ke mana ni?"
"Adalah."dia hanya tersenyum.Huh,misterious sungguh.
"Ni awak mandi tak ni?"aku mengerutkan dahiku.Soalan jenis apa ni?
"Kenapa pula awak tanya?"
"Kan awak kata awak lupa hari ni hari ahad.Entah-entah lupa nak mandi apa."aku ketawa mendengar kata-katanya.Ada ke patut aku tak mandi.
"Hei,saya ni pembersih tau.Saya mandi ye.Pandai je awak ni buat andaian."kataku.Dia hanya tersenyum.
"Entah-entah mandi kerbau."
"Ish,ada ke patut.Ada bau busuk ke?"aku mencium bajuku.Dia ketawa melihat gelagatku.
"Taklah.Wangi jer.."huh,kalau nak kenakan orang nombor satu.Namun tak dinafikan yang aku terhibur apa bila bersama dengannya.Tak sudah-sudah dengan jenakanya.Setelah setengah jam perjalanan kami memasuki satu kawasan perumahan yang agak mewah.Mungkin untuk golongan elit gamaknya.Tiba-tiba dia membelok masuk ke sebuah rumah banglo dua tingkat yang tersergam indah.
"Eh,ni rumah sape pulak ni?"tanyaku.
"Rumah saya la."
"Eh,buat apa awak bawa saya ke sini?'ujarku terpinga-pinga.
"Kan saya cakap nak bawa awak jumpa makwe saya."katanya sambil tersenyum.Iya tak iya juga.
"Jomlah."ajaknya.Ya Allah besar sungguh rumah ni.Seumur hidup aku sekali saja agaknya aku dapat menjejak kaki ke rumah ni.Sungguh cantik kawasan sekeliling rumah itu.Dengan pancuran air terjun di satu sudut yang juga terdapat sebuah pondok.Agaknya tuan punya rumah ini sukakan flora kerana terdapat pelbagai pokok hijaun menjadi hiasan.Cantik.Eh,tuan rumah ni mesti Tuan Haji Isa bukan.
"Assalamualaikum.Umi..."Iskandar memberi salam sambil memanggil uminya.Tiba-tiba muncul seorang wanita memakai jubah serta tudung.
"Hah,dah sampai pun.Inilah Syazira ya?"soalnya.Aik,macam mana dia tahu nama aku.Iskandar hanya menganggukkan kepala.Aku menghulurkan tangan untuk bersalam.
"This is my mom and also my girlfriend yang awak nak tengok tu."katanya sambil memeluk bahu uminya.Wah,manjanya.Aku tersenyum.
"Ish,ada-ada saja Is ni."kata Hajah Naimah sambil menampar lembut pipi Iskandar.
"Duduklah dulu ya.Umi buat air dulu."
"Eh,tak payahla makcik.Buat susah je."kataku.Hajah Naimah tersenyum.
"Tak ada susahnya.Syazira panggil umi saja ya."katanya sebelum berlalu.Aku memandang sekeling sambil mengerutkan dahi.
"Any questions?"aku mengerutkan dahi sambil memandangnya.
"Saya tahu macam-macam soalan dalam kepala awak tu.Tanyalah."ujar Iskandar.
"First questions.Why did you bring me here?"
"Saje.Umi saya nak kenal dengan awak."
"Second questions.Macam mana awak boleh kenal saya?"musykil betul.
"Ayah saya yang cerita kot."dia kelihatan selamba.Aku mendiamkan diri seketika.
"Awak ni anak tunggal ke?"dia menggelengkan kepala.
"Taklah.Saya ada seorang adik perempuan.Sekarang tengah study dekat London."aku hanya menganggukkan kepala.
"Nah,airnya.Minumlah dulu.Buat basah tekak sementara tunggu makanan tengah hari di siapkan."aku terkejut.Makan tengah hari?Aku memandang Iskandar.Dia hanya menjungkit bahu.
"Iskandar tak beritahu ke yang umi ajak Syazira makan dekat sini.Ish,budak ni."Hajah Naimha menggelengkan kepala.
"Alah,umi kalau beritahu nanti dia mesti tak nak datang."Iskandar membela diri.
"Minta maaf la ye Syazira.Isknadar ni memang suka buat sesuatu tak beritahu orang."aku hanya tersenyum sambil menggelengkan kepala.Tak akanlah nak marah dia dekat sini kot.
"Abah ke mana umi?"
"Jumpa kawan dia dekat Kelab Alamoda.Macam biasalah dia hujung-hujung minggu ni.Nak ke mana lagi kalau bukan dengan golf dia."
"Biasalah tu umi."aku hanya tersenyum mendengar perbualan mereka.Tidak dinafikan yang Tuan Haji Isa memang suka bermain golf.
"Syazira ni asal dari mana?"
"Dari Kedah."
"Anak yang ke berapa?"
"Anak bongsu dari empat adik-beradik."
"Ayah dengan mak kerja ke?"ish,macam private investigate pula umi si Iskandar ni.
"Ayah dah bersara.Dulu askar.Mak tak kerja."ujarku.Dia hanya menganggukkan kepala.
"Adik beradik yang lain dah berkahwin ke?"aku hanya menganggukkan kepala.
"Iya mak..eh,umi.Kakak saya yang sulung berada di kuantan.Abang saya yang dua orang lagi kerja di kedah."
"Jadi tinggal Syazira jela yang tak kahwin lagi ya."aku hanya mampu tersenyum.
"Jodoh tak sampai lagi umi."iyalah.Dah tak ada orang nak dekat aku.Huhuhu...sedihnya.
"Macam si Iskandar ni la.Orang suruh kahwin tak nak.Umur dah nak masuk 28 tahun.Yang umi carikan pun dia tak nak.Umi suruh pilih sendiri sampai sekrang pun tak ada hasilnya."Iskandar ketawa mendengar kata-kata Hajah Naimah.
"Macam Syaz cakap la umi jodoh tak sampai lagi."
"Iyalah tu."tiba-tiba seorang pembantu rumah memberitahu yang makan sudah terhidang.
"Jomlah kita makan dulu."pelawa Hajah Naimah.
"Tak tunggu abah ke umi?"
"Dia makan dekat luar.Mari Syazira.Jangan malu-malu.Buat macam rumah sendiri."kata Hajah Naimah.
"Lagipun nanti bakal jadi salah seorang tuan rumah juga."kata Iskandar sambil tersengih.Begitu juga Hajah Naimah.Aku mengerutkan dahi tanda tidak faham.Bergurau agaknya.
 

lavender90

New Member
klu la lav kna mcm 2...mesti mase balik lav membebel2 kat dye smpi tlinga dye berdarah...huhuhuhu...tbe2 jer nk bwak lav g umah mak dye...heheheh...
 

cemutcute

New Member
"Kenapa tak beritahu yang awak nak bawa saya jumpa umi awak?"soalku sewaktu dalam perjalanan menghantarku pulang.
"Saja.Umi saya yang nak jumpa awak.Tak kan saya tak turuti permintaan dia.LAgipun dia nak sangat kenal dengan awak."ujar Iskandar.Betul atau tak hanya dia dan Allah saja yang tahu.
"Iyalah kalau ya pun beritahu la dengan saya dulu."ujarku memprotes tindakannya.
"Kalau beritahu awak nak ikut ke?"soalnya.Iya tak iya juga.
"Tapi sekurang-kurang beritahu la saya dulu.Segan saya dengan umi awak.Nasib baik tak pakai tshirt tadi."kataku.
"La,soal pakaian ke?"
"tak la.Sekurang-kurang saya tahu awak nak bawa saya jumpa umi awak.Boleh la saya prepare awal-awal.Buatnya tadi saya pakai baju jogging ke tak ke pasal."dia ketawa mendengar kata-kataku.Lawak ke?
"Awak nak but persedian apa?Bukannya awak pakai yang tak menutup aurat.Lagipun umi saya tak kata apa pun.Dia dah berkenan dengan awak.Jangan la risau."katanya sambil tersenyum.
"Awak jangan nak merepek ya."kataku geram.Dia ketawa.Tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi.
"Assalamualaikum.Ya,ada apa Syahir?"soalku.Tawa Iskandar mati dengan serta mertanya.
"Hari tak boleh la.Aku baru je keluar.Ni pun tak sampai rumah lagi."kataku.
"Esok?Erm,mungkin lusa boleh kot.Dekat tempat biasa.Pukul 12.30 aku pergi.Ok.Waalaikumussalam."aku mematikan talian.
"Siapa?"
"Syahir."
"Dia nak apa?"soal Iskandar lagi.
"Dia ajak saya lunch."
"Awak terima la pelawaan dia tu?"aku memandangnya pelik.Ish,soal macam aku ni kekasih dia pula.
"Iyalah kenapa?Tak boleh?"soalku kembali padanya.
"Awak masih sanggup nak keluar dengan dia.Awak nak kena macam hari tu lagi."ujarnya dengan nada yang agak keras.Aku tersentak.Kenapa pula dengan dia ni.tiba-tiba je ambil berat.
"La,tak salah bukan kalau keluar makan dengan kawan."kataku membela diri.Iyalah,antara aku dengan Syahir tiada apa-apa perhubungan.Lagipun siapa dia untuk menghalangku.
"Awak nak dituduh perampas atau awak memang begitu?"aku terkedu mendengar sebaris ayat darinya itu.Dia menuduhku merampas kekasih orang.Nampak terdesak sangat ke aku ni samapai nak ambil kekasih orang lain.Kekasih rakanku sendiri.Aku tidak percaya yang dia sanggup menuturkan kata yang sedemikian.
"Terima kasih."ujarku sebelum keluar dari keretanya.
"Syaz..."aku tidak menghiraukan panggilannya.Aku terus berlari masuk ke dalam rumah dan menuju ke bilikku.Aku tidak menghirau Alni yang memandangku.Setelah berada di dalam bilik tiba-tiba telefon bimbitku berdering minta diangkat.Panggilan dari Iskandar.Aku membiarkannya.
"Woi,angkat la telefon tu."jerit Alni setelah beberapa kali ia berdering.
"Sorry...sorry..."aku pantas mematikan telefon bimbitku.Biar dia rasakan.Itulah padahnya berkata tanpa berfikir.Aku tersa kecil hatinya dengan kata-katanya.Aku ingat dia memahamiku.Namun tidak.Sanggup dia menuduhku perampas.Kenapalah aku jadi begitu sensitif kali ini.Selalunya tidak begini.Namun apabila kata-kata itu lahir dari bibirnya membuatkan hatiku tersentuh.Air mataku bergenang.TIdak pernah aku terasa sebegini sekali.Arg,Syazira kenapa dengan kau ni.
 

zahra

FTC Crew
Moderator
suke2 ati jew..kate cam2..kan dah kena..huhu..tapi si syaz tu pun satu..si syahir tu dah buat cam die tak wujud..nak gak die kluar dgn die..aduyaii..
 

cemutcute

New Member
"Ira hari ni Ira kena pergi dengan bos jumpa klien waktu lunch nanti."kata Kak Haryatie kepadaku.
"Aik,setahu Ira selalunya Gina yang pergi dengan dia kenapa hari ni Ira pula yang kena ikut dia?"soalku.Pelik ya.Selalunya kalau setakat perjumpaan biasa Iskandar akan membawa Gina selaku assistant dia.Tapi hari ni apa pasal pula aku yang kena ikut.
"Entah la Ira.Kak Yatie tengok dari semalam lagi mood bos tu len macam je.Serius 24 jam.Naik takut Kak Yatie.Bukan setakat Kak Yatie pekerja yang lain pun takut.Tak taw lah kalau dia dengan Ira macam mana."kata Kak Haryatie sambil tersengih.Hah,tu ada la tu yang nak menyakatku tu.
"Ish,ada pula macam tu Kak Yatie.Samalah kita.Kalau dia serius dengan orang lain bermakna dia serius juga la dengan saya.Ish,Kak Yatie ni menakutkan saya pula.Dah la nak kena pergi dengan dia ni."aku mengerutkan dahi.Sebenarnya aku memikirkan tentang perangai serius si Iskandar itu.Setahu aku dia selalunya seorang yang ceria.Tak pernah serius.Maksud aku serius dalam bekerja tapi sentiasa ceria.Tak pernah moody.
"Alah,Kak yatie berani jamin la dengan Ira no hal.Kalau tak dia tak ajak Ira pergi la."kata Kak Haryatie lagi.Aku mengeluh.Ada-ada saja la si Iskandar ni.
"Alah,pergi sajalah Ira.Dah arahan dari bos tu.Dah la dia tengah moody kang lagi moody kalau Ira tak nak ikut.Dah tu Ira bagi la dia happy sikit ya.Supaya dia tak moody lagi."kata Kak Haryatie sambil ketawa sebelum berlalu pergi.
"Eh,apa pasal pula aku yang nak kena pujuk dia.Eh,pujuk???Ish,apa ni???Tak faham aku."aku menguman sendiri.Nampaknya terpaksa la batalkan lunch aku dengan Syahir.

Setelah semua urusan selesai kami selalu pulang ke ofice seperti biasa.Namun kali ini Iskandar membawaku ke sebuah taman rekreasi.Aku hanya mendiamkan diri.Tidak bercakap walau sepatah pun.Semenjak dia menghantarku pulang aku tidak pernah bercakap mahupun menegurnya.Panggilan telefonnya pun aku tidak jawab.Berpuluh mesej yang dihantarnya pun tak aku balas.Sakit hati punya pasal.
"Kenapa tak angkat phone?"dia memulakan bicara.Aku hanya mendiamkan diri.
"Syaz..."aku masih mendiamkan diri.Sebenarnya tak tahu nak jawab apa.
"Nur Syazira bt Mohd Akmal."dia sudah memanggil nama penuhku.Ini pertama kali dia menyebut nama penuhku.Dia kelihatan begitu serius.Ya Allah.Gerunnya aku.Ini pertama kali aku melihatnya seserius ini.Mak,takutnya.
"Ok....ok....Saya tak perasan kot."ujarku takut-taku.
"Tak perasan?Berpuluh kali saya call,hantar mesej.Tak kan satu pun awak tak baca?"ujarnya.
"tak kan sebab kata-kata saya tu awak nak ambil hati?"soalnya lagi.Aku tiba-tiba berang.Perampas.Ya itu yang dituduhnya.
"Eh,sepatutnya saya yang naik angin ni awak pula.Dah awak tuduh saya perampas.Ada ke macam tu.Awak tak faham ke yang saya dengan dia tu hanya kawan.Tak faham?Yang awak sibuk sangat saya nak keluar dengan dia tu kenapa?Siapa awak nak halang saya?"hah,kan dah keluar puting beliung.Aku lihat wajahnya keruh.Akukah yang bersalah?
"Saya tak mahu awak dituduh macam hari tu.Kenapa awak tak faham?"aku mengeluh.
"Kenapa awak perlu kata sebegitu?Saya dah besar.Dah tahu mana baik mana buruknya."kataku perlahan.Sebenarnya aku naik kesian pula tengok muka dia yang macam cokodok basi itu.Tapi kalau aku kesiankan dia siapa nak kesiankan hatiku yang pedih ini.Arg,kenapa perlu aku bergaduh dengan dia?
"Ok,sebenarnya kenapa kita jadi macam ni ya?"soalku.Dia memandangku.
"Dah awak tak jawab panggilan dan mesej saya.Saya takut awak marah.Saya minta maaf pasal hari tu.Tak terniat pun nak cakap macam tu."katanya dengan nadasayu.Adui,boleh cair macam ni.Hatiku sedikt terubat.
"Entahla.Dah la.Just forget it."aku tersenyum.
"Jadi awak dah maafkan saya la ya?"wajahnya kembali ceria.
"Eh,siapa kata."wajahku kembali serius.Wajahnya kembali keruh.Ni nak kena pujuk la ni.Aku pun satu suka cari pasal.
"Awak tunggu kejap."aku ke gerai berhampiran.Setelah membeli sesuatu aku kembali kepadanya.
"Nah."aku menghulurkan sebatang lolipop kepadanya.Dia memandangku dengan wajah yang pelik.
"Hari tu awak bagi saya gula-gula kapas.Hari ni saya ganti dengan lolipop.Makan lolipop ni supaya muka awak yang macam cokodok basi tu boleh jadi manis balik macam lolipop ni.Lagipun saya tak nak la pekerja lain takut dan datang mengadu dekat saya yang awak serius 24 jam."kataku sambil tersenyum.Dia ketawa.
"Ada ke yang datang mengadu dekat awak."
"Iyalah.Tambah-tambah Kak Yatie.Dia ingat saya ni tukang pujuk agaknya."dia ketawa.
"Ada juga ye yang perasan."
Semua orang perasan.Awak tu kan bos yang ceria dan idaman hati mereka."kataku.Dia memandangku.
"Mereka je ke yang nak dekat saya?"aku memandangnya.
Hello tolong jangan tanya soalan yang tak ada jawapan ya."dia hanya tersenyum.Tiba-tiba dia mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya lalu memberikan kepadaku.Sebuah kotak yang agak kecil.
"Apa ni?"tanyaku.
"Bukalah."aku membuka kotak itu.Eh,rantai yang kami tengok hari tu.Rantai couple.
"Kenapa awak bagi ni dekat saya?"soalku.
"Saya nak awak bagi yang satu lagi dekat pilihan hati awak."katanya.Aku ketawa.
"Ish,buat susah je awak ni.Saya boleh beli sendiri la.Lagipun lelaki manalah yang nak benda-benda macam ni."kataku sambil ketawa.Iyalah lelakikan tak berminat dengan benda-benda seperti ini.
"Tak apalah.Just give it to him.I'm sure he will accept it."katanya.Eh,macam la dia tahu sangat.Tapi pada siapa harus aku bagi pasangan rantai ini?
 

cemutcute

New Member
"Assalamualaikum.Mak sihat?"tanyaku.Entah kenapa hari ni tergerak hati untuk menelefon emakku.
"Waalaikumussalam.Sihat.Amboi hang baru la ingat nak telefon mak nuh.Nak tunggu mak sakit gamaknya baru nak telefon."ujar emak.Aku hanya ketawa mendengar kata-kata mak kesayanganku itu.
"Bukan macam tu mak.Sibuk sikit sekarang.Bukan tak nak telefon."
"Hah,ada apa yang yang hang telefon mak ni?"
"La,mak ni...orang telefon salah tak telefon pun.Pelik aih."kataku dengan nada manja.Besa la.Anak mak la katakan.Kedengaran emakku ketawa.Aik,apa yang lucunya.
"La mak gelai pasai pa?Betul la orang kata."kataku.
"Tak da apa aih.Ni bila nak balik sini?"tanya emak.
"Ni telefon nak habaq kat mak la ni.Tengok la seminggu dua lagi orang balik la."
"La,lambat lagi nuh.Alang-alang hang telefon ni mak nak habaq satu benda nih."hatiku berdebar-debar.Apa benda yang mak nak beritahu ni.
"Benda apa?Buat saspen je la mak ni."aku buat-buat ketawa untuk menenangkan hati.
"Macam ni.Hari tu ada orang datang meminang hang.Dia siap bagi cincin lagi la.Kalau hang setuju kiranya ampa dua dah bertunang la."zupp...Hatiku tersentap.Terasa tanganku menggeletar.
"Siapa mak?"
"Entah la.Mak tak kenai.Budak laki tu tak mai.Mak dia cuma tunjuk gambar ja.Segak juga budak tu.Mak tengok keluarga depa tu dari keturunan yang baik-baik ja.Mak nak hang pertimbangkanlah.Ini untuk kebaikan hang juga.Sampai bila hang nak bujang macam ni."hatiku sedikit tersentuh mendengar kata-kata ibuku.Tetapi haruskah aku menerima seseorang yang aku tidak kenali.
"Tak apalah mak.Nanti orang balik sana kita bincang lain na."
"Hah,iyalah."
"Kirim salam kata ayah ya mak.Assalamualaikum."aku mengakhiri perbualan kami.Aku menyandarkan tubuh ke kerusi.Hai,siapa pula yang hantar pinangan tu.Aku membuka laptopku.Segera membuka facebook.

Syahir :Assalamualaikum.Hai,buat apa tu?Curi tulang ya?
Syazira:Waalaikumussalam.Hello baik2 sikit ya.Aku bukan macam kau.
Syahir :Alah melawak je pun.=)
Syazira:Iyalah tu.Eh,macam mana dengan Syuhana.Aku minta maaf ya pasal hari tu.

Namun tiada balasan.Aik,kenapa pula ni?

Syazira:Syahir....r u there?

Namun dia masih mendiamkan diri.Setelah beberapa minit barulah dia membalasnya.

Syahir :Aku dah clash dengan dia.

Aku terkejut.Pasal aku ke?Hatiku jadi tidak tenteram.

Syazira:Eh,kenapa korang clash pula?Pasal aku ke?Kalau pasal hari tu aku boleh
jelaskan dekat dia.Kau nak aku pergi bagi penjelasan ke dekat dia?
Cakap la kalau aku boleh tolong korang berbaik balik.
Syahir :No need.Kau tak payah la bersusah payah.Lagipun aku clash dengan dia sebab
kau.Aku dah tak tahan dengan perangai.
Syazira:Tapi kenapa?
Syahir :Entahlah.Aku dah muak dengan sikap dia yang cemburu buta tu.Pentingkan diri.
Aku dah penat melayan kerenah dia.
Syazira:Jadi korang clash bukan sebab aku la ya?
Syahir :Iya.Sebab aku sendiri yang hendak clash dengan dia.

Aku menarik nafas lega.Takut juga aku jika perhubungan mereka putus disebabkan oleh aku.Tak pasal-pasal je orang tuduh aku orang ketiga.

Syazira:Kalau macam tu tak apalah.Takut juga aku kalau sebab aku korang clash.
Syahir :Tapi aku ada benda nak cakap dengan kau ni.
Syazira:Apa dia?
Syahir :Aku cintakan kau Syaz.

Aku terkedu membaca sebaris ayat itu.Dia cintakan aku.

Syahir :Aku tak sedar yang selama ini aku cintakan kau.Aku terlalu buta dalam menilai erti
percintaan.Sekarang baru aku sedar yang aku cintakan kau.

Aku tidak mampu lagi untuk menulis.Tanganku terkaku.Aduh,sudah dua kejutan yang aku terima pada hari ini.Tiba-tiba aku teringatkan tentang pinangan itu.Entah-entah dia yang menghantar pinangan itu.

Syazira:Jadi kaulah yang mengantar pinangan itu?
Syahir:pinangan?Pinangan apa?Rumah kau pun aku tak tahu.Ada orang hantar pinangan?
Siapa?Jadi kau terima?

Banyak pula soalan dia.Iya tak iya juga.Kalau dia sendiri tak tahu di mana rumahku bagaimana dia nak hantar pinangan ke rumahku.

Syazira:Aku masih mempertimbangkan.
Syahir :Aku harap kau juga mempertimbangkan cinta aku.Percayalah yang aku hanya
cintakan kau Syazira.

Aku tidak tahu mahu membalas apa.Fikiranku runsing.Pinangan dari orang tak ku kenali dengan pengakuan cinta dari Syahir yang ku tunggu selama ini.Apa yang harus aku lakukan?Ya Allah kau berikanlah aku petunjuk.
 

cemutcute

New Member
Aku runsing memikirkan permintaan emak dan ayahku.Begitu juga dengan Syahir yang tidak putus-putus menyatakan cintanya.Naik rimas pula aku.Itulah time aku dok syok dekat dia tak mau.Time yang rumit macam nilah baru nak luahkan cinta.Tapi masih adakah cinta buat dia?Bagaimana pula dengan Iskandar?Eh,kenapa pula aku teringat dekat dia?Aku bukannya ada apa-ap hubungan dengan dia pun.Arg,semuanya jadi kacau bilau.Tapi aku rasa macam sayang pula dekat Iskandar.Tapi adakah dia pun sayang juga dekat aku?Entah-entah aku ni syok sendiri saja.Ish,apa yang aku mengarut ni.Sedarlah Syazira oi,yang kau dan dia tu macam pipt dan enggang.Tapi perlukah aku terima pinangan orang yang tak aku kenali itu.Masih tergiang-ngiang perbualan antaraku dan emak dan ayahku.
"Emak bukan nak paksa hang.Cuma mak rasa ini adalah pilihan yang terbaik.Tapi kalau hang ada orang lain cakap awal-awal"ujar emak.Ayah pula hanya menganggukkan kepala.
"Bukan orang tak mau mak.Tapi orang tak kenal pun sapa dia.Nama pun tak taw.Gambar dia mak ambik tak?"
"Gambar dia mak tak ambik pula.Ingat hang tak mau tengok.Jangan risau la.Budak tu segak aih."emak ketawa.Aku tersenyum.
"Nama dia apa mak?"ingin juga tahu nama orangnya.
"Ish,mak tak ingat la.Tapi nama pendek dia Man kot.Kalau tak silap.Betul tak ayah hang?"
"Betul la tu.Nama dia panjang sangat tak ingat.Macam mana Ira?Ayah dengan mak ni nak hang hidup senang.Ayah tengok mak bapak dia pun macam orang yang baik-baik.Fikirkanlah.Kami tak mau hang hidup susah nanti."uajr ayah pula.Aduh,pening aku.
"Mak pun nak hang hidup bahagia.Sebolehnya terimalah pinangan dia.tapi mak tak paksa kalau hang dah ada pilihan lain."kata mak sayu.Mendengar suara mak itu begitu meruntun hatiku.
"Mak...ayah...bagi masa kat orang untuk fikir.Nanti bila dah ada jawapannya orang bagitaw."kataku.Mereka hanya menganggukkan kepala.sebolehnya aku tidak mahu menghampakan harapan kedua ibu bapaku.Tapi sanggupkah aku memperjudikan hidupku bersama dengan orang yang tak aku kenali.Siapakah dia?arg,apa yang perlu aku lakukan.Aku melihat jam ti sisi katil.Sudah 12.30 malam.Aku pantas bangun lalu ke bilik air.Setelah selesai berwuduk aku melakukan solat istiqarah agar Allah memberikanku petunjuk.
Ya Allah ya tuhanku hanya kepada-Mu tempatku mengadu.Berikanlah ku petunjuk-Mu agar mudah aku membuat keputusan.Aku tidak mahu menghampakan harapan kedua ibu dan bapaku.Namun dalam masa yang sama hatiku telahku berikan kepada orang lain.Ya Allah ya tuhanku sesungguh hanya kepada-Mu aku memohon pertolongan.Kau berikanlah jalan penyelesaian yang terbaik kepada hambamu yang hina ini.Amin.
 

cemutcute

New Member
(5)
Pagi itu aku masuk ke office seperti biasa.Setelah bercuti tiga hari kembali bertugas.Cuti pun bukannya menenangkan fikiran tapi mengusutkan lagi adalah.Entah kenapa hatiku berasa tidak sedap sewaktu melangkah ke dalam pejabat.Aku terus ke bilikku.Aduh,banyaknya fail yang kenak semak.
"Hai,Ira.Macam mana cuti?"soal Kak Haryatie.Aku memandangnya sambil tersenyum.
"Cuti macam biasa saja kak."
"Kenapa tak cuti lama sikit.Ira ni rajin sangat cuti pun bukan selalu akak tengok."aku hanya ketawa mendengar kata-kata Kak Haryatie.Tapi itulah aku.Jarang mengambil cuti kalau tak apa-apa hal yang penting.
"Bukan tak cuti kak Yatie.Ni Kak yatie tengoklah.Baru cuti tiga hari fail dah setimbun atas meja.Kalau cuti sebulan penuh bilik ni agaknya."
"Hah,iyalah tu.Eh,Ira nak tahu satu benda tak?Berita tergempar ni."kata Kak Haryatie dengan memek muka yang saspen.Ish,apa benda pulak ni.
"Apanya Kak Yatie?Bos nak kahwin ke?'soalku sambil ketawa.Mungkinkah Iskandar akan berkahwin.
"Bukan nak kahwin Ira tapi bertunang."ketawaku mati.Apa Iskandar akan bertunang?Hatiku tersentap mendengar kata-kata Kak haryatie.
"Betul ke?"soalku ingin mendapatkan kepastian.Kak Haryatie menganggukkan kepala.
"Betul la.Kak Yatie pun baru dapat tahu pagi ni.Ingatkan Ira dah tahu.Dengar kata pilihan ibu bapa dia.Dia pun terima sajalah."tersa ada batu menghempap kepalaku tatkala ini.Arg,kenapa dengan aku ni.Kenapa aku rasa sedih sangat ni?Ya Allah apa perasan aku sebenarnya terhadap dia?Adakah aku mencintai dia?"
"Ira...."suara Kak Haryatie mematikan lamunanku.Aku segera memberikannya senyuman.Tidak mahu dia menangkap kesedihan yang bertamu di hati.
"Kenapa ni Ira?"
"Eh,ada apa-apalah kak Yatie."ujarku bersahaja.
"Akak ingatkan bos bertunang dengan Ira rupanya bukan."ujar Kak Haryatie sedih.Kalau dia sediah aku apatah lagi.
"Nak buat macam mana kak.Tak ada jodoh."Eh,hari ni kita lunch sama-sama ya kak."ujarku cuba mengubah topik.
"Hah,ok juga.Tapi Ira belanja ya."ujar Kak Haryatie tanpa mengesyaki apa-apa.
"Boleh saja."kataku sambil tersenyum.
"Kalau macam tu akak keluar dulu ya."aku hanya menganggukkan kepala.
Aku menyandarkan tubuhku di kerusi.Pedihnya hati.Iskandar sudah bertunang.Kenapa aku harus berperasan begini?Kenapa?Adakah aku mencintai dia?Kenapa harus hadir perasan ini di saat aku memerlukan dia?Arg,semuanya sudah jadi kacau bilau.Ya Allah apa yang harus aku buat sekarang?Adakah ini petunjuk dari-Mu untuk.Ya.Mungkin inilah petunjuk yang aku nantika.Aku pantas mencapai telefon bimbit.
"Assalamualaikum mak.Orang dah buat keputusan."ya,keputusanku kali ini adalah muktamad.Ya Allah semoga keputusanku ini akan menggembirakan hati kedua ibu bapaku.
 

cemutcute

New Member
"Syazira tolong masuk dalam bilik saya."tiba-tiba interkom di atas mejaku berbunyi.Aduh,kenapa pula la time sekarang la dia nak jumpa aku.Sebolehnya aku tidak mahu berjumpa dengan dia buat sementara waktu.Hatiku rasa sedih.Arg,antara aku dengan dia hanya pekerja dengan bos.Untuk apa aku fikirkan pasal ni?Entah-entah dia memang sukakan perempuan tu.Tapi Kak Haryatie kata itu pilihan keluarga dia.Arg,lantaklah dengan dia.Aku menarik nafas panjang sebelum melangkah ke biliknya.
tuk......tuk.......tu....aku mengetuk pintu biliknya.
"Masuk."aku membuka pintu biliknya lalu masuk.
"Ada apa encik Iskandar."aku cuba menenangkan diri.Dia memandangku.
"Arr.....20 haribulan ni ada seminar di Pulau Pangkor.Awak terpilih untuk ke sana."ujarnya.Seminar???
"Ooo...erm,berapa orang yang pergi?"soalku.
"Kita berdua."what???Pergi dengan dia???Arg,tidak.....
"Arg,kenapa saya?"soalku seperti orang bodoh.Ish,apa yang aku tanya ni?Dia memandangku.Mukanya kelihatan serius.Alamak!!!Salah ke apa yang aku cakap.
"Kenapa?Awak tak nak pergi?"
"Eh,bukan macam tu Encik Iskandar."ujarku gagap-gagap.Ish,apa alasan yang aku nak bagi dekat dia ni.Aku tak nak pergi......
"Jadi???"
"erm......."aku tidak tahu bercakap apa lagi.
"Keputusan muktamad.Tiada bantahan.Kalau tak ada apa-apa lagi awak boleh keluar."dia kembali tunduk.Meneruskan kerjanya.Apa boleh buat.Dah CEO sendiri yang suruh pergi.tak akan nak membantah kot.Aku segera keluar.Terasa ingin mengalir air mata dengan sikapnya yang dingin.Entah kenapa aku jadi begitu sensitif hari ini.Tiada lagi hari-hari yang indah buat kami.Arg,apa yang aku harapkan sebenarnya.Aku dan dia bukanlah pasangan kekasih.Lagipun aku sendiri sudah bertunang.Bertunang.Arg,siapa agaknya tunangku itu.Emak ada memberikan aku nombor telefonnya.Haruskah aku menelefonnya.
Nantilah....
"Eh,Ira kenapa ni?monyok je muka?Kena marah ke?"soal Kak Haryatie sewaktu aku melalui mejanya.Eh,muka aku monyok?Aku segera mengukirkan senyuman.Tidak mahu dia mengesyaki apa-apa.
"Eh,tak ada apa-apalah Kak Yatie.Mana ada?Saya kena pergi ke Pulau Pangkor minggu depan.tak dapat la nak berehat."kataku sambil ketawa.cuba menutup pilu di hati.Arg,apa ni???
"Alah biasalah tu Ira.Macam tak biasa pula.Tapi seronok apa pergi Pulau pangkor.Kalau offer dekat akak memang akak nak pergi punya.Tambah-tambah pula pergi dengan bos."ujar kak haryatie.itulah masalahnya.Pergi dengan bosku yang bernama Iskandar itu la.
"Alah akak.Pergi ni pun sebab ada seminar.Bukannya sebab nak bercuti.Lagipun takut juga nak pergi dengan dia.takut nampak dek tunangnya tak ke nya?"kataku.Kak haryatie mencebik.
"Arg,peduli apa dengan tunang dia.Lagipun diorang cuma bertunang.Bukan sudah berkahwin.Lainlah kalau dah jadi laki bini.Jodoh semua di tanga tuhan Ira.Sedangkan yang dah berkahwin pun boleh bercerai inikan pula baru saja bertunang."ujar Kak haryatie.Betul juga.
"Ish,apa pulak yang Kak Haryatie merepek ni?"soalku sambil tersenyum.Macam dia pula yang putus cinta.Aik,putus cinta???
"Iyalah.Kalau boleh akak nak la makan nasi minyak bos dengan Ira."aku terkejut mendengar kata-katanya.Ya Allah ada juga yang mengharap antara aku dengan dia.Namun semua itu hanya mimpi semata-mata.
"Ya Allah akak ni.Ada ke situ pula.Dah jodoh Kak Yatie.Nak buat macam mana.Macam yang Kak yatie kata tadi la.Sedangkan yang dah berkahwin pun boleh bercerai.Kalau ada jodoh adalah nanti.Kalau tak ada nak buat macam mana.Lagipun saya sendiri pun dah bertunang."ujarku.Kak Haryatie terkejut mendengar kata-kataku.
"Apa???Ira dah bertunang???Lah,cinta tak kesampaian la macam ni.Nak buat macam mana kalau dah dua dua dah bertunang."kata Kak Haryatie.Aku hanya tersenyum
"Alah Kak Yatie.Antara saya dan bos tu hanya pekerja dengan majikan saja.Tak lebih."
"Bukan apa Kak Yatie tengok bos tu macam syok kat Ira.Alih-alih dah bertunang tu yang hairan tu.entah-entah bertunang dengan ira apa?'ujar Kak Haryatie.Mukanya kembali bercahya.Seolah-olah berharap apa yang dikatakan itu menjadi kenyataan.Aku mengeluh.Tak habis-habis Kak Yatie ni.Kalaulah aku bertunang dengan si Iskandar tu tak perlu la aku sedih.Ish,sedih ke aku????
"Kak Yatie ni.Saya pun tak kenal siapa tunang saya tu.Ni semua atas permintaan keluarga.Saya pun tak mampu nak tolak."kataku.Wajah Kak Haryatie kembali muram.
"Sudah la Kak Yatie.Tak guna mengharap pada benda yang tak mungkin berlaku.Eh,tak pelah.Saya pergi sambung kerja saya dulu ya."ujarku.Aku melangkah kembali ke bilikku.Namun di sudut hati Kak Haryatie tetap mengharap yang mereka akan bersatu juga suatu hari nanti.
 

cemutcute

New Member
tok...tok...tok...
"Masuk"
"Ira,ni fail yang Ira minta tadi."kata Kak Haryatie.Aku mengambil fail yang diberikan.Semenjak balik dari Pulau Pangkor kerjaku semakin bertambah.Bukannya sedikit tapi semakin banyak pula.Seperti mendera aku pula.
"Terima kasih Kak yatie."ujarku sambil menulis sesuatu dia atas fail itu.
"Kak Yatie tengok kerja Ira ni semakin banyak pula.Lebih dari yang selalu.Tak patut bos bagi kerja banyak sampai macam ni."aku memandang Kak Haryatie sambil tersenyum.
"Tak apalah kak.Lagipun dah memang kerja saya kan."kataku kepadanya.Nak buat macam dah diberikan kerja yang banyak.Kena terima sajalah.
"Iyalah,kalau ya pun tak kan lah banyak sampai tak terbuat Kak Yatie tengok.Waktu lunch tadi pun Ira tak keluar.Bos pula senang-senang je cuti hari ni.Penat balik seminar pun entah tak habis lagi."ujar Kak Haryatie separuh merungut.Eh,macam dia pula yang sibuk.Aku hanya ketawa kecil.
"Tak baik Kak Yatie cakap macam tu.Saya tak apa-apalah.Bos cuti bersebab kot.Entah-entah dia sakit ke."
"Iya tak iya juga ya.Entahlah.Eh,macam mana dengan Pulau pangkor?"
"Macam biasa je.Cuma aktiviti banyak sangat.Ingatkan duduk dalam dewan dengar ceramah jer.Tapi best jugak la sebab ada aktiviti.Taklah bosan sangat."kataku sambil tersenyum.
"Macam mana pula dengan bos?"aku mengerutkan dahi.Tidak faham dengan soalan Kak Haryatie.
"Saya tak faham?"
"Iyalah.Kot-kot la bos cerita apa-apa pasal tunang dia."
"Tak ada apa lah Kak Yatie.Kami tak sembang apa-apa pun."ujarku.Hatiku kembali sayu.Dia kelihatan dingin denganku.Masih tak berubah.Tapi kenapa ya?Apa salahku sebenarnya.Apa yang telah aku lakukan.Iskandar.....arg,aku tak sepatutnya berfikiran begitu sedangkan kami masing-masing sudah bertunang.
"Erm,tak apalah kalau macam tu Ira.Kak Yatie keluar dulu."ujar Kak Yatie.Aku hanya memandangnya berlalu.Aku meneruskan kerja yang tertangguh.

Hari ini hari ketiga aku pulang lewat dan merupakan hari yang terakhir.Segala-galanya telah ku selesaikan.Huh,penatnya tak terkata.Aku bergerak ke kereta.
"Syaz..."tiba-tiba seseorang memanggil namaku.Aku menoleh ke belakang.Aku terkejut.Syahir.
"Eh,kau Syahir.Buat apa dekat sini?"soalku.Setahu aku tidak pernah pula aku memberitahu di mana tempat kerjaku.Terasa sedikit canggung bercakap dengan dengan.Iyalah setelah pengakuan cintanya aku dan dia tidak pernah berhubung.
"Kenapa kau tak on fb?Kau nak larikan diri dari aku ker?"aku tercengang mendengar kata-katanya.
"Eh,kau cakap apa ni?Aku tak fahamla."
"Sudahlah Syaz.Aku tahu kau faham apa yang aku makudkan.Maafkan aku Syaz.Aku tak sedar selama ni kau orang yang aku tunggu-tunggu.Aku cintakan kau Syaz.Sungguh aku terlalu cintakan kau."dia menghampiriku.Aku berundur.Eh,apa ke halnya dia ni.Macam dah hilang kewarasan pula.
"Bawa bertenang Syahir.Aku...."dia memegang tanganku.
"Please Syaz.Aku cintakan kau.Kenapa kau tak pernah faham."aku cuba menrik tangnku.Namun pegangannya terlalu kejap.Ya Allah,ampunkan dosaku.
"Syahir,kau dah gila ke?Tolong Syahir.Lepaskan aku dulu.Benda ni boleh dibawa berbincang.Lagipun tak elok macam ni."kataku separuh merayu.Namun begitu dia enggan melepaskan tanganku.
"Syahir aku dah bertunang.Dah terlambat untuk kita."ujarku.Ya,sudah terlambat untuk menjalinkan perhubungan antara mereka.Walaupun dia masih belum bertunang mustahil untuk mereka bercinta kerana perasaannya terhadap Syahir bukan seperti dulu.Hatinya sudah berubah.
"Jadi kau terima pinangan itu?"soal syahir?Aku hanya menganggukkan kepala.Gengamannya mulai terlerai.
"Sudahlah Syahir.Hari ni aku penat sangat.Bukan aku tak mahu on tapi aku tak sempat.Banyak sangat kerja.Please,benarkan aku balik dulu."ujarku.Aku betul-betul letih hari ini.Di tambah dengan kerja yang banyak dan kemunculannya secara tiba-tiba membuatkan aku bertambah kusut.
"Aku tetap cintakan kau Syaz.Sampai bila bila-bila."ujarnya sebelum melangkah pergi.Aku hanya mampu memandang.Tidak mampu berbuat apa-apa.
 

cemutcute

New Member
Aku memandang sekeliling.Restoran itu penuh dengan manusia.Iyalah kalau bukan manusia siapa lagi yang akan datang.Biasalah kalau hari-hari minggu ni.Aku lebih suka duduk di rumah saja.Tapi mengenang si Syahir tu ajak aku keluar tak kan nak tolak pulak.Orang dah nak belanja makan.Ish,takut juga tunang aku tu tahu.Tunang?Macam atas nama je.Kalau orang lain keluar dengan tunang aku keluar dengan kawan.Dah dia pun tak hubungi aku.Tak akan aku nak cari dia pulak?Kang kata aku yang terhegeh-hegeh pula.Aku memilih sudut yang agak tersembunyi.Aku memang suka dengan tempat yang sembunyi-sembunyi ni.Tak lah rimas.Kepala pun tak pening memerhati gelagat manusia yang pelbagai jenis ragam.Tiba-tiba meja di belakangku diduduki orang.Aku malas hendak mahu melihat siapa.Tidak ada kaitan denganku bukan.Mana pula si Syahir ni.
"Apa tujuan kau nak jumpa aku ni?"eh,seperti aku pernah dengar pula suara ni.
"Aku tahu kau yang hantar pinangan tu bukan?"
"Mana kau tahu?Siapa yang beritahu kau?"aku mendengar perbualan mereka yang agak jelas di telingaku.Mereka mungkin tidak perasankanku kerana mejaku terlindung disebalik rumpun buluh.
"Mak ngah yang beritahu."
"Umi?Aku tak percaya."aku cuba menjengah kepala melihat siapa gerangan mereka kerana suara mereka itu seperti ku kenal.Syahir.Eh,Iskandar pun ada juga?Apa mereka buat di sini?
"Kau tak patut buat Syazira macam ni.Dia berhak tahu."pergerakanku terhenti tatkala aku ingin melangkah ke arah mereka.Kenapa boleh timbul pula nama aku?Hairan.Aku memasang telinga.
"Apa maksud kau ni?Ikiut suka aku la aku nak beritahu ke tak?Yang penting sekarang dia sudah menjadi tunang aku.Kau tak berhak nak kacau dia."kata Iskandar keras.Aku terpana.Apa???Aku manjadi tunang Iskandar.Eh,entah-entah nama tunang dia sama dengan aku pa.Lagipun tunangku bernama Man.Walaupun aku tak tahu nama penuhnya.
"Kau hantar pinangan tu semata-mata nak buktikan yang kau tu mampu dapatkan apa saja bukan.Itu yang kau nak buktikan bukan?"kata Syahir.Iskandar berang.
"Apa maksud kau sebenarnya?Apa yang kau tak puas hati?"
"Aku tahu kau tahu yang Syazira cintakan aku.Tapi kau hantar pinangan untuk mengikat dia semata-mata nak buktikan yang kau mampu dapatkan apa saja.Dari dulu kau tak pernah tak dapat apa yang kau idamkan.Kali ni kau nak dapatkan Syazira untuk buktikan yang kau tu hebat sedangkan kau tak cintakan dia.Aku tak sangka yang kau ni keji Aiman Iskandar."aku terkedu.Jadi betullah yang dia itu tunangku.Aiman Iskandar.Man itu singkatan dari Aiman mungkin.
Wajah Iskandar kelihatan merah menahan marah.
"Ya aku nak buktikan yang aku hebat.Kau sememangnya tak layak untuk dia?"aku bangaun dari kerusi yang aku duduk.Tidak betah lagi untuk mendengar segala-galanya.Terasa aku dipermainkan oleh dua lelaki.Aku bergerak ke arah mereka.Iskandar kelihatan terkejut manakala Syahir hanya tersenyum sinis.
"Jadi inilah permainan korang berdua.Terima kasih."aku pantas berlalu pergi meninggalkan mereka.
"Syaz....."terdengar Iskandar memanggilku.Namun tidak aku hiraukan.Seboleh-bolehnya aku mahu dari situ secepat yang mungkin.Hatiku terluka mendengar pengakuan itu.Benar-benar terluka.Ya Allah,apa yang harus aku lakukan sekarang.

Tidak tahu bagaimana mahu bersemuka dengan Iskandar pada hari ini.Seboleh-bolehnya aku tidak mahu berjumpa dengannya.Namun apakan daya.Lagipun kamikan satu office.Tidak mampu mengelek.Pagi tadi saja sudah bertembung dengannya.Dia memandangku sayu.Namun aku pura-pura tidak namapk.Arg,aku peduli apa.Setelah tiba waktu pulang aku cepat-cepat mengemas peralatanku.Aku mahu cepat-cepat pulang agar tidak terserempak dengannya.Aku lihat biliknya sudah gelap.Aku menarik nafas kelegaan.Nampknya dia sudah pulang terlebih dahulu.
"Hai Ira cepatnya nak balik.Selalunya Ira yang turun paling lambat."sergah kak Haryatie.Aku mengurut dadaku.Sedikit terkejut.
"Ish,Kak Yatie ni.Nasib baik tak kena serangan jantung.Kalau tak pergi hospita terusla saya.Tak pun batu dua."ujarku.Kak Haryatie hanya ketawa.
"Eh,Kak Yaie.Bos dah lama balik ke?"soalku.Kak Haryatie mengerutkan dahinya.
"Kenapa Ira?Tak pernah-pernah Ira tanya hari ni mimpi apa?Dia dah lama turun.Kenapa?Ira nak jumpa dia ke?"soal Kak Haryatie.Aku pantas mengelengkan kepala sambil tersenyum.
"Tak adalah.Saja la tanya.Itu pun tak boleh Kak Yatie ni."ujarku memasamkan muka.Kak haryatie hanya tersenyum.
"Alah,akak tanya je.Manalah tahu kot-kot Ira nak minta bonus ke dengan bos.Boleh Kak Yatie tumpang sekaki."aku hanya ketawa mendengar kata-kata Kak Haryatie.
"Ada-ada jelah Kak Yatie ni.Tak apalah.Saya balik dululah ye.Assalamualaikum."ujarku.
"Waalaikumussalam"
Aku turun ke tempat meletakkan kereta dengan senang hati.Namun jangkaanku meleset.Dia kelihatan sedang bersandar di keretaku.Aduh,macam mana ni?Kalau tak pergi macam mana nak balik.Aku melangkah berat ke arahnya.
"Ada apa?"soalku.Seboleh-bolehnya aku tidak mahu memandangnya.Takut hatiku cair.
"Syaz,saya minta maaf.Apa yang awak dengar tu bukan seperti yang awak sangkakan."ujarnya.
"Sudahlah Encik Aiman Iskandar.Saya tak mahu dengar apa-apa lagi."aku sengaja menyebut nama penuhnya.Macam mana aku boleh terlupa yang namanya Aiman Iskandar.Dari hari dia mula bekerja pun Tuan Haji Isa memanggilnya dengan nama Aiman.
"Please syaz.You need to hear what i'm going to say first.please."dia merayu padaku.Huh,hampir nak cair hati ini.Maklumlah orang handsome merayu kita.Ish,ke situ pula aku ni.Namun begitu aku mengeraskan hati.
"Cakaplah cepat.Saya nak balik ni.Kang lambat pula sampai dekat rumah."ujarku.
"Apa yang awak dengar kelmarin tu tak betul.Maksud saya memang saya nak dapatkan awak kerana nak buktikan yang saya ni hebat.Tapi saya betul-betul sayangkan awak."katanya.Dia sayangkan aku???Aku memandang wajahnya.Cuba mencari kebenaran di sebalik kata-katanya.
"Nak tanya sikit boleh?"dia menganggukkan kepala.
"Apa hubungan awak dengan Syahir sebenarnya?"soalku.
"Sepupu."jawabnya.Oh,patutlah aku terdengar dia menyebut mak ngah.Jadi rupa-rupanya mereka ni bersaudara.Dan tak peliklah si Syahir tu terkejut sangat bila aku memperkenalkan dia sebagai teman lelakiku hari tu.Adui,kan dah terkantoi dengan dia.Mesti la dia tahu yang aku dan iskandar ni bukan pasangan kekasih.
"Kenapa awak tak pernah cakap dengan saya pun?"soalku lagi.Namun dia hanya mendiamkan diri.Aku mengeluh.
"Erm,tak pelah.Sekarang ni izinkan saya masuk dlam kereta.Saya nak balik."ujaraku.Dia memberi laluan kepadaku untuk membuka pintu kereta.Dia memegang pintu kereta sebelum sempat aku menutup.
"Ada apa lagi?"soalku agak keras.
"Saya nak awak tahu yang saya cintakan.Awak pertimbangkanlah.Pilihlah yang terbaik untuk diri awak.Kalau awak memilih untuk bersama orang lain saya akan suruh umi putuskan pertunangan kita."aku terkedu.Dia berlalu pergi.Memutuskan pertunangan kami?
 
Top