• Sudahkah anda menulis Diari Cinta anda hari ini?
    Sebagai forumer Forum Tentang Cinta, anda kini boleh menulis dan mencoret kisah manis cinta anda di ruangan Diari Cinta. Hanya satu diari sahaja ya dibenarkan untuk setiap seorang.

i love u...

cemutcute

New Member
(6)
Aku hanya mendiamkan diri.Hanya mampu mendengar apa yang diluahkan oleh Syahir.
"Sungguh Syaz,aku cintakan kau.Dulu aku tak sedar yang aku cintakan kau.Aku ingat perasan tu hanya perasaan sayang kepada seorang kawan."ujar Syahir.Aku hanya mampu melihatnya.
"Please say something Syaz."aku mengeluh.
"Kau nak aku cakap apa?"soalku.Wajahnya kelihatan keruh.
"Sekarang kau thau bukan yang tunang kau tu Iskandar.Dia tak cintakan kau.Jadi untuk apa korang bertunang."aku terkejut mendengar kata-katanya.
"Mana kau tahu yang dia tak cintakan aku?"kelihatan dia pula yang terkejut mendengar kata-kataku.Dia hanya mendiamkan dia.
"Sudahlah Syahir.Dah terlambat untuk kita bina perhubungan yang baru.Lagipun aku terima dia kerana tidak mahu melukakan hati parent aku.Dah Diorang berkenan dekat dia.Apa lagi yang boleh aku buat."ujarku.Eh,macam bagi harapan pula dekat dia.Aku memandang ke sekeliling.Memerhatikan gelagat orang yang lalu lalang.Tiba-tiba mataku seperti ternampak Iskandar.Namun apabila aku memerhatikan sekali lagi dia sudah tiada.Arg,mungkin pelanduk dua serupa agaknya.
"Kalau macam tu aku suruh dia putuskan pertunangan korang and then aku akan terus masuk meminang kau."kata Syahir bersungguh-sungguh.Ish,hilang akal ke apa dia ni.
"Syahir boleh tak kau berfikiran waras sikit."
"Aku bukan apa.Kau sendiri tahu yang dia masuk meminang kau kerana dia nak buktikan yang dia tu hebat.Kau tak sedar ke yang dia tak cintakan kau."Syahir berusaha meyakinkanku.Hatiku sedikit tersentuh mendengar kata-katanya.Arg,peduli apa aku.Iskandar sendiri mengaku sayangkanku.Tak mungkin dia akan menipu.
"Walaupun aku dan dia putuskan pertunangan tu kita tetap tak boleh bina hubungan percintaan.Antara kita tidak sesuai untuk bercinta.mungkin lebih sesuai berkawan.Aku telah berikan hatiku padanya sebelum dia sendiri menghantar pinangan.Meskipun kau kata yang dia tak cintakan aku....namun aku tetap akan cintakan dia sampai bila-bila.Kalau jodoh di antara kami kuat insyaAllah aku dan dia akan terus bersama.Namun kalau Allah tak benarkan apa aku boleh buat.Kita berserah saja padanya.Aku tak mahu kau menaruh harapan.Tapi satu je yang aku nak kau tahu yang hati aku sudah tertulis nama seorang lelaki iaitu Aiman Iskandar."fuh,lega.Puas hatiku.Wajah Syahir kelihatan keruh.Namun apa boleh aku buat.Hatiku hanya ada Iskandar.
Namun di satu suatu sudut sekeping hati remuk melihat pasangan itu.Kini dia sudah mengetahui siapakah pilihan hati si gadis.....

Hari ini hatiku berasa girang.Hari ini aku mahu membuat kejutan kepada Iskandar.Setelah meletakkan beg tanganku berserta beg laptop dia atas meja aku segera ke meja Kak Haryatie.Aku menghadiahkan senyuman yang paling manis buatnya.
"Assalamualaikum Kak Yatie."
"Waalaikumussalam.Aik,ni mimpi bulan jatuh ke riba ke?"soalnya.Aku hanya ketawa.
"Mana ada.Pandai je Kak Yatie ni."
"Manalah tahu."dia hanya tersenyum.
"Bos dah masuk ke Kak Yatie?"aku memandang biliknya.Masih gelap.Senyuman di wajah Kak Haryatie terus hilang.
"Ira tak tahu ke?"
"Eh,tahu apa pulak ni?Bos bagi bonus lebih ke tahun ni?"soalku sambil tersenyum.Namun wajah Kak Yatie kelihatan muram.
"Kenapa Kak Yatie?"soalku lagi.
"Hari ni bos pergi ke Australia.Dengar kata bekerja dengan pak cik dia adik Tuan haji Isa yang berada di sana.Dia tak beritahu Ira ke?"aku terkejut mendengar kata-katanya.
"Oh....erm....say terlupa kot."ujarku gagap.Shock yang tak terhingga.
"Itulah ingatkan dia tak beritahu Ira."
"Jadi siapa yang akan ambil alih syarikat ni?"soalku lagi.
"Dengar kata adik dia.Untuk sementara waktu je.Mungkin dia akan pulang balik ke syarikat ni."
"Oh,kalau macam tu tak apalah Kak Yatie."aku berlalu pergi.Tanpa aku sedri air mataku mengalir.Kenapa Iskandar....kenapa buat Syaz macam ni???Syaz cintakan iskandar...Kenapa dia pergi tanpa memberitahuku?Apa salahku?Dia pergi tanpa menunggu jawapan dariku.Tapi kenapa?Entah-entah hari tu memang dia yang berada di sebalik tiang itu.mungkin kerana dia melihatku keluar bersama Syahir yang membuatkan dia menganggap aku memilih Syahir.Arg,kenapa tidak menunggu jawapan dari mulutku sendiri.Kenapa perlu membuat kesimpulan sendiri.Tiba-tiba aku teringat kata-kata terakhirnya.
"Saya nak awak tahu yang saya cintakan awak.Awak pertimbangkanlah.Pilihlah yang terbaik untuk diri awak.Kalau awak memilih untuk bersama dengan orang lain saya akan suruh umi putuskan pertunangan kita."aku segera mencapai telefon bimbitku.
"Assalamualaikum mak."
 
Last edited:

cemutcute

New Member
Dua tahun berlalu.....

"Assalamualaikum."satu suara menyapa Kak Haryatie yang sedang sibuk menulis sesuatu itu.
"Waalai..."Kak Haryatie tidak mampu menjawab salam apabila melihat wajah di hadapannya.
"Bos."jerit Kak Haryatie.
"Bila bos balik sini.Wah,rindunya Kak Yatie dengan bos."ujar kak Yatie girang.bukan kepalang gembiranya dia apabila melihat Iskandar di situ.Iskandar hanya ketawa.
"Saya pun rindu dengan staff di sini.Apa khabar Kak Yatie."
"Kak Yatie sihat je bos.Terlebih sihat lagi ada la."mereka ketawa.
"Erm,macam mana dengan office ni?Ada apa-apa perubahan."soal Iskandar.
"Erm,tak ada apa yang berubah bos.Cuma semenjak kebelakangan ni syarikat kita tak berapa nak dapat tender.Kebanyakannya lari ke Syarikat Neraca Holding.Tak ada rezeki agaknya.Iyalah semenjak bos pergi ni rezeki tak berapa nak masuk.Harap-harap bos balik ni pun membawa rezeki la."kata Kak Yatie sambil tergelak-gelak.Tidak dinafikan yang prestasi syarikat mereka sedikit turun.Tidak tahu di mana silapnya.
"Oh,insyaAllah saya akan tengok apa kekurangannya dan saya akan cuba perbaiki.Kak Yatie tolong hantarkan laporan tahu lepan dan yang sebelumnya ke dalam bilik saya.Saya nak buat semakan.Erm,tolong suruh Syazira masuk sekali ya."
"Erm....bos....erm...."Kak Yatie kelihatan gelisah.Bagaimana mahu di khabarkan kepada Iskandar.
"Kenapa Kak yatie?"soal Iskandar dengan dahi yang berkerut.
"Syazira....dia......"Iskandar mengangkat keningnya meminta penjelasan.
"Dia dah resign."sebaris ayat itu membuatkan Iskandar terkedu.Syazira berhenti kerja?Dia seperti tidak percaya.
"Tapi kenapa?"
"Sebulan selepas bos pergi.Tak tahu la bos.Kak Yatie tengok selepas bos pergi dia macam orang yang patah semangat.Dengar kata dia putus tunang.Sebab tu la kot.Sebulan sebelum dia berhenti tu akak tengok dia macam mayat hidup pun ada.Jasad tanpa roh.Dia senyum tapi tak seceria seperti selalu.Wajah dia pun nampak pucat.Tak seperti selalu.Sakit ke apa akak tak tahu la.Bila tanya senyum je dia tahu.Hish,tak faham kak Yatie."Iskandar terkaku mendengar cerita Kak Haryatie.Tidak menduga yang Syazira boleh berubah begitu sekali.tetapi kenapa?Bukankah dia sudah memilih Syahir?Bukankah dia sudah bahagia bersama Syahir?
"Oh,ya bos.Syazira suruh saya serahkan benda ni kepada bos.Dia ingat nak serahkan pada hari yang bos pergi tu tapi tak sempat."Kak Haryatie membuka laci mejanya lalu mengeluarkan sebuah kotak.Iskandar terkaku sekali lagi melihat kotak itu.kotak yang amat dikenalinya.
"Dia nak bagi masa saya pergi?"Kak Haryatie mengangguk.
"Ya bos.tapi tak sempat.Sebelum dia berhenti tu dia serahkan pada saya suruh sampaikan pada bos.Dia macam yakin je yang bos akan balik ke sini.Memang tepat firasat dia.Saya ingat bos nak bermaustatin dekat sana."ujar kak Haryatie dengan senyuman.
"Dia ada cakap apa-apa tak?"
"Tak.Dia bagi ni and then dia senyum dan terus pergi."Iskandar mengeluh.Dia faham yang Syazira tidak sudi menerima barang darinya sampai sanggup memulangkan kembali couple necklace tu.
"Erm,tak apalah Kak Yatie.Tolong hantarkan laporan tu ya."pesan Iskandar sebelum berlalu pergi.Dia menggengam erat kotak itu.
Iskandar menyandarkan tubuhnya.Dia memusingka kerusi ke belakang menghadap bandaraya Kuala Lumpur.Setelah dua tahun tidak pulang banyak yang telah.Perubahan yang paling mengejutkannya adalah pemerhentian Syazira.Tidak menyangka yang Syazira akan berhenti kerja dari syarikatnya itu.Tetapi kenapa?Pelbagai soalan bermain di fikirannya.Adakah dia tidak bahagia dengan pilihan hatinya.tetapi kenapa dia memulangkan kembali rantai itu?Bukankah aku suruh dia berikan kepada pilihannya.Iskandar melihat kotak yang berada di atas mejanya.Hatinya tertarik-tarik untuk membuka kotak itu.Dia mengambilnya lalu membukanya.
'eh,kenapa ada satu saja.Mana pasangannya?'hatinya tertanya-tanya di manakah pasangan rantai ini.Sepatutnya ada dua.Tiba-tiba dia teringatkan kata-kata Kak Haryatie.
"Dia nak serahkan pada hari yang bos pergi tu tapi tak sempat."Iskandar mula tersedar.Dia nak serahkan kepadaku rantai ni pada hari yang aku pergi?Tapi tak sempat.Maknanya......Ya Allah apa yang aku lakukan ini.
Iskandar menutup kotak lalu berlari keluar.Dia perlu segera menemui Syazira.
 

cemutcute

New Member
Mereka meragui wujudnya cinta yang sejati
Tidak hati ini
Semenjak dari mula ku yakin ada cinta
cintalah yang memungkinkan segala
ku rela biar bertapa pedih tertusuk duri
jalan berliku tiada bertepi
ku percaya tidak sia-sia aku diuji demi cinta
tersembunyi hikmah yang pasti
pandang-pandang alam ini satu
pandang sisi kiri kanan bumbung langit tinggi
mana lantai bumi
tiap satu yang terjadi tidak mungkin tersendiri
cuba cari jawapannya andai meragui.....

Aku duduk di atas batas sawah padi itu.tatkala itu aku teringatkan lirik lagu percaya ada cinta yang dinyanyikan oleh Dato' Siti Nur Haliza.Begitu menyentuh hati.Setiap bait patah lagu itu aku hayati.Seperti diriku...Ceh,boleh dok berjiwang karat pulak pula pagi-pagi ni.Aku menarik nafas.Sunguh nyaman sekali.Biasalah kalau di kampung memang udaranya sejuk dan nyaman di waktu pagi.Permandangannya juga cantik.Rumahku pula terletak di tepi sawah padi dan menghadap Gunung Jerai.Memang mengasyik.Tambah pula aku memang suka menghayati permandangan yang indah seperti ini pada hari-hari cuti seperti ini.Lebih banyak masa yang boleh diluangkan.Tidak jauh dari kampungku terdapat sebuah tempat peranginan yang terdapatnya air terjun.Setelah berhenti kerja aku kembali ke kampung halamanku.Bekerja di sebuah chalet berdekatan dengan pusat peranginan tersebut la.Pada mulanya emakku agak bising.Nasib baik ayah membelaku.
Kesejukan pagi mencengkam tubuh.Aku memasukkan tanganku yang mengigil ke dalam poket sweater yang ku pakai.Memang sudah menjadi kebiasaanku selepas bersenam aku akan duduk di situ memandang alam semula jadi ciptaan Allah s.w.t ini.Sungguh indah.Di situ jugalah aku akan memuhasabah diriku.Sesekali terimbau juga kenangan dulu.Sudah dua tahun berlalu.Apa khabar agaknya dia.Aku teringat kembali perbualanku di telefon dengan emak dua tahun yang lepas.

"Kenapa jadi macam ni Ira?Apa yang hang dah buat ni?"soal mak.Aku terkelu lidah.Tidak mampu berkata apa-apa.
"Hajah baru telefon mak kata yang pihak depa minta putus.Hajah tak mahu putuskan tapi dah sebab anak dia nak putuskan dia terpaksa.Apa yang hang dah buat ni?Hang dah jumpa dia ka?hampa dua tak sesuai untuk bersama ka?Awak Ira?Cuba habaq mai kat mak tengok."sambung emak lagi.Suaranya seperti sedih.Aku mengeluh.Kalau emak sedih aku apatah lagi.Air mataku mengalir lagi.Macam mana hendak aku jelaskan kepada emak.Iskandar kenapa buat Syaz macam ni....
"Entahlah mak.Orang tak tahu nak cakap macam mana.Orang sendiri tak tahu kenapa dia nak putuskan pertunangan ni."ujarku tertahan-tahan.Cuba menjadi seorang wanita yang tabah.
"Mak marah ka?Orang minta maaf.tapi nak buat macam mana.Dah dia buat keputusan macam tu."aku terdengar keluhan di sebelah sana.
"Mak tak marah.Cuma mak terkilan.Hampa bertunang tak sampai berapa bulan dah putus.Hajah kata dia tetap anggap hang sebagai anak dia walaupun hubungan ni tak kesampaian.Dia sebenaqnya harap sangat hang dengan Aiman bersatu."hatiku sedih mendengar kata-kata yang lahir dari mulut emakku.Sampai begitu sekali Hajah Naimah mengharap.Kenapa perkara ini harus jadi begini?
"Entah la mak.Dah tak da jodoh.Nak buat macam mana."itu sahaja yang boleh dikatakan.Aku sendiri kebingungan dan terluka dengan apa yang berlaku.

Arg,untuk apa lagi dikenang benda yang dah berlaku.Sudah suratan takdir.Sudah tertulis yang aku dan dia tiada jodoh.Arg,sudah terlalu lama aku berada di sini.Aku memejamkan mata dan menarik nafas sedalam-dalamnya.Ingin mengambil udara segar sebelum pulang.Tiba-tiba terasa bahuku disentuh.Aku terkejut.Ish,sape pulaklah yang kacau daun ni.Aku membuka mata lalu menoleh ke belakang.Alangkah terkejutnya aku melihat dia.Siapa lagi kalau bukan Aiman Iskandar.Aku spontan bangun.Dadaku terasa seperti mahu pecah.Tidak percaya yang dia berada di sini.Berada di hadapanku.Betulkah ni?Entah-entah hantu.Aik,kalau hantu tak kan dia nak jijak tanah.Lagipun hantu apanya pagi-pagi ni.
Aku lantas mengorak langkah.Tidak betah berada di situ bersama dengannya.Lelaki yang meninggalkanku tanpa pesan.Namun dia pantas menarik lenganku.
"Apa yang awak nak lagi."soalku keras.Aku cuba menarik lenganku namun cengkamannya yang kukuh tidak mampu meleraikan tangannya dari lenganku.
"Please i need to talk with you.I need an explanation."aku membulatkan mataku.Penjelasan?
"Penjelasan apa yang awak nak.Segalanya sudah jelas bukan.Lagipun pertunangan kita sudah putus.Awak dan saya tak ada apa-apa hubungan lagi.Tolong jangan ganggu hidup saya.Dan tolong lepaskan tangan saya ni.Nanti orang kampung tengok apa pula kata diorang."ujarku meronta-ronta.Namun dia menangkap pula tanganku yang sebelah lagi.Aku terperangkap.Aku memerhatikan sekeliling takut ada mata yang memandang.Maklumlah di sinikan kampung bukan seperti di bandar.Takut ada yang memandang serong terhadap kami.
"Please Is.Lepaskan tangan saya."aku merayu kepadanya.
"Is akan lepaskan kalau Syaz janji tak akan lari."aku pantas mengangguk..Dia meleraikan pautannya.
"Apa yang awak nak sebenarnya?Cakaplah cepat saya tak boleh lama di sini."sebolehnya aku tidak mahu berdepan dengannya lama-lama.
"Syaz....Is nak minta maaf kerana dah putuskan pertunangan kit.Bukan niat Is nak putuskan....tapi masa tu Is nampak......"dia tidak meneruskan kata-katanya.Aku memandangnya.
"Nampak apa?Syaz dengan Syahir?Jadi masa dekat One Utama tu awak la ye?"dia hanya menganggukkan kepala.Aku ketawa.
"Jadi Is pergi tanpa menunggu keputusan dari Syaz.Dengan melihat pertemuan tu Is dah buat kesimpulan sendiri bukan.Sekarang kenapa Is datng jumpa Syaz lagi?Bukankah sekarang semuanya sudah jelas.Bukan Syaz yang tinggalkan Is tapi Is yang pergi tanpa menuggu Syaz membuat keputusan.Is tahu tak betapa luluhnya hati Syaz bila mak cakap yang Is suruh umi minta putuskan pertunangan kita.Syaz jadi tak tentu arah.Kenapa Is buat macam tu?Kenapa Is cepat sangat buat keputusan?Is tahu tak betapa pedihnya hati ni bila dapat tahu yang Is ke Australia tanpa memberitahu Syaz.Is tak tahu bukan.Sebab itu Syaz tak mampu lagi nak bekerja di situ.Setiap hari hanya banyangan is yang Syaz nampak.Syaz tak mampu nak teruskan lagi.Jadi Syaz berhenti."luahku.Mataku berkaca.Aku cuba menahan perasan sebak di dada.Tidak mahu dianggap lemah.Selama dua tahun aku menanggung seorang diri akhirnya terluah juga pada pagi yang hening ini.Iskandar terkaku.Wajahnya kelihatan sedih.Namun apa boleh buat hatiku turut terluka atas tindakannya yang terburu-buru itu.
"Maafkan Is Syaz.Is tak tahu yang Syaz akan menderita sampai begitu sekali.Maafkanlah Is.Berikanlah Is peluang kedua untuk Is tebus semua kesalahan Is.Is janji akan bahagiakan Syaz."dia merayu padaku.Aku pantas menggeleng kepala.
"Tak mungkin Is.Hati Syaz betul-betul terluka dengan tindakan terburu-buru Is.Maafkan Syaz."gaya aku hendak pergi Iskandar terjelopok di atas tanah.Aku terkejut
 
Last edited:

cemutcute

New Member
"Maafkanlah Is Syaz.Maafkan Is."setitik air mata mengalir di pipinya.Aku terkedu.Sampai begitu sekali dia cuba memujukku.Haruskah aku memberikan dia peluang?Aku memejamkan mata.Apabila ku buka mata dia masih seperti itu.Aku pantas menghampirinya.
"Erm,Syaz tak tahu la macam mana nak kata.Tapi Is tolonglah bangun.Jangan buat macam ni.Nanti apa pula orang kampung kata."ujarku.Aku tidak mahu ada orang melihat drama yang sedang berlaku ini.Kanng tersebar satu kampung tak ke pasal.
"Janji dengan Is yang Syaz akan berikan peluang kedua buat Is.Baru Is akan bangun.Janji dengan Is Syaz."aku mengeluh.
"Iyalah...iyalah.Ok.Sekarang bangun."ujarku.Dia bangun perlahan-lahan.tiba-tiba dia seperti hendak pitam.Aku pantas menyambutnya.Aku mengelabah.Dari tadi aku perasan yang wajahnya sedikit pucat.
"Is kenapa ni?"dia hanya tersenyum.
"Dah dua hari Is tak makan.Mogok dengan umi minta alamta rumah Syaz.Dah dapat terus drive ke sini.Is tak larat.Dah la sejuk"Ya Allah.Ada-ada saja dia ni.Baru aku perasan yang dia memakai tshirt berlengan pendek dengan jeans.Patut la....
"Is ni.Kenapa tak makan.Kan dah sakit ni."kataku sedikit risau.
"Untuk Syaz Is sanggup buat apa saja."aku terharu mendengar kata-katanya.
"Sudahlah.Jom kita balik.Sementara Is boleh jalan ni baik kita gerak sekarang.Kalau pengsan dekat sini Syaz tinggalkan jer."kataku sambil meletakkan tangannya di atas bahuku.
"Syaz sanggup tinggalkan Is dekat sini?"soalnya manja.Ish,manja pulak dia.
"Entah."
"Tak sayang Is la tu."aku ketawa.
"Dah pandai merajuk ya.Sapelah yang nak kena pujuk ni?"ujarku.Kami mula berjalan.
"Syaz tolong la pujukkan."
"Eii..sudah jangan nak mengada-ngada.Sedar ye yang awak tu berada dekat kampung bukan di bandar."dia hanya tersenyum.
"Alah,nak manja sikit pun tak boleh."
"Eh,tolong sikit ye.Kita ni tak ada apa-apa perhubungan ya?"dia tersentak.
"Tak apa.Nanti adala."
"Ada apa?Nak bertunang balik?"soalku.Dia menggelengkn kepala.
"Kita terus kahwin la sayang.".Aku terpana mendengar kata-katanya.Kahwin?
"Biar betul Is ni?"aku seolah-olah tidak percaya mnedengar kata-katanya.Dia hanya menganggukkan kepala.
"Syaz ingat lagi tak rantai ni?"dia mengeluarkan seutas rantai dari poket seluarnya.Aku hanya menganggukkan kepala.Masakan aku boleh lupa.
"Mana pasangannya?"
"Syaz dah buang dalam bendang tu."ujarku sambil memuncungkan mulutku ke arah bendang yang terbentang luas.Dia terkejut lalu memandangku.
"Betul ke ni?"aku menahan tawa melihat wajahnya yang berkerut.
"Tak adalah.Syaz pakai la rantai tu.Ni ha."aku mengeluarkan rantai yangku pakai semenjak dua tahun dulu dari celahan tudung.
"Bohong Is ya."dia mencubit pipiku tanpa sempat aku mengelak.Aku ketawa.Kalau bapak aku tahu ni mati aku dikerjakan dia.Tak pelah darurat.Hehehe.
"Nakal."ujarnya sambil tersenyum.
"Sayang..."
"Erm...."
"I love you."dia mengucapkan kata cinta padaku.Ya Allah betapa gembiranya hati ini.
"me too."dia tersenyum mendengar kata-kataku lantas melentokkan kepala ke atas kepalaku.Maklumlah akukan sedikit rendah darinya.Ya Allah sesungguhnya aku bersyukur kerana akhirnya kau telah pulangkan dia kepadaku.Akhirnya bait-bait lagu itu menjadi kenyataan.Ku percaya tidak sia-sia aku diuji,demi cinta tersembunyi hikmah yang pasti.Ada kebenarannya dari lirik itu.Aiman Iskandar,I love you........

~Tamat~
 

zahra

FTC Crew
Moderator
:Dfinally bis gak cite ni..lame tul nak tunggu ending die yew..nice job cemut..dew bakat ni..dew mase post lagi yew cerpen:up:
 
Top