• Sudahkah anda menulis Diari Cinta anda hari ini?
    Sebagai forumer Forum Tentang Cinta, anda kini boleh menulis dan mencoret kisah manis cinta anda di ruangan Diari Cinta. Hanya satu diari sahaja ya dibenarkan untuk setiap seorang.

KECELARUAN PERASSAN

#1
Assalamualaikum, sebenarnya aku ni tak pernah bercinta umur pon dah 21 tahun . Bukan tak nak. Nak je. Tapi disebabkan aku menggalas tanggungjawab sebagai anak sepenuh masa serta kakak sepenuh masa. Aku takut nak bercinta. Aku takut aku jadi gila macam kawan aku. Sentiasa contact to each other. Selalu ungkap kan perkataan sayang dengan berani sebelum berkahwin . Aku jadi takut. Bukan sebab aku memilih . Tapi aku nak cinta tuh datang daripada dua hati. Cinta tuh ikhlas dan terima aku seadanya. Kawan kawan aku selalu cakap aku ni cantik dgn comel gila. Tapi kenapa tak ada lelaki pon yang berani dekat dgn aku. Bila aku kata tak ada. Dikata pulak aku ni pembohong. Aku bukan apa. Aku nak yang terbaik buat diri aku. Sebelum aku berkahwin. Aku tak nak lah laki aku bayar hutang hutang pt aku yg melambak tuh. Dia pon berhutang jugak. Siapa pulak nak jaga mak bapak aku. Makapak angkat aku yg memerlukan kehadiran aku. Aku takut. Aku takut sangat. Aku takut jadi perempuan yang tidak berguna . Aku takut nak bercinta kerana duit. Sebab beban hutang yang terlalu tinggi membuatkan aku takut nak berkeluarga. Aku takut bercinta. Tapi aku lagi takut jadik andartu.
 

Top