• Sudahkah anda menulis Diari Cinta anda hari ini?
    Sebagai forumer Forum Tentang Cinta, anda kini boleh menulis dan mencoret kisah manis cinta anda di ruangan Diari Cinta. Hanya satu diari sahaja ya dibenarkan untuk setiap seorang.

keliru dengan sikap si dia

#1
saya dah kenal dia sejak umur 18, sekarang dh 7 tahun kenal. dan dia dah banyak kali ajak kawin. dia cadang kawin hujung tahun. dan dia dah pun jumpa family saya masa raya haritu untuk tengok respond parents saya kat dia tapi dia belum meminang lagi. cuma masalahnya, kadang2 saya tak faham dgn sikap dia. dah lah tak romantik, tak faham perempuan, call jarang sekali, mesej je lah hari2 itupun tak lama. saya tau dia tak biasa dgn perempuan maybe sbb mak dia meninggal masa dia kecik. adik dia sorg tu pun lelaki. ayah dia pun dh meninggal juga. saya tau dia sibuk kerja cari duit dan saya pun takdelah nak dia bagi 24 jam masa dia kat saya. sekurang2nya mesej lah saya sblm tidur atau senggang waktu makan atau solat untuk bgtau yg dia fikir saya atau ingat saya. tapi bila saya nak pergi dari dia, tau pulak melalak merayu jgn tinggalkan dia. patut ke saya tinggalkan dia? atau stay je dgn dia? help me guys.
 

Top