• Sudahkah anda menulis Diari Cinta anda hari ini?
    Sebagai forumer Forum Tentang Cinta, anda kini boleh menulis dan mencoret kisah manis cinta anda di ruangan Diari Cinta. Hanya satu diari sahaja ya dibenarkan untuk setiap seorang.

Kenapa Aku Bercinta ?

#1
Bagaimana harus aku mulakan tentang Cinta, walhal Cinta sendiri yang dapat menerangkan tentang Cinta dan percintaan.

Kisah ini mungkin agak berbeza dengan kisah orang lain, namun kisah ini ternyata sebuah kisah yang benar benar berlaku..

Kata orang Cinta itu apabila kita mempunyai persamaan dengan seseorang, samada watak, atau lain-lain.. namun kisah ini ternyata berbeza.
Ada yang kata Cinta juga sesuatu yang berbeza dan Cinta itulah yang saling melengkapi.. Namun aku tidak pasti ..


Aku merupakan seorang gadis kecil, boleh dikatakan, aku agak menjaga ikhtilat dengan kaun lelaki.Aku menjaga solat sebagai maruah aku.

Mungkin atas dasar Allah Sedang menguji aku, aku tidak pasti .
Aku berubah , aku mulai berubah ..



Sejak aku mulai belajar di tempat baru, aku mulai berkenalan dengan seseorang yang aku anggap mempunyai watak, kerakter yang amat bertentangan dengan sifat aku. Bahkan ramai yang kata, kami bagai langit dan bumi.

Aku bukan cuba membanggakan diri, namun itu realiti yang diperkatakan oleh orang lain..

Pada awal pertemuan, didalam hati aku hanya melihat dia sebagai seorang lelaki yang diabaikan oleh orang sekeliling, membuat urusan sendiri, dan tersisih mungkin disebabkan fizikalnya yang besar dan tinggi.

Aku pula seorang wanita mempunyai bentuk tubuh yang langsing dan bertubuh rendah,* Boleh lah nak dikatakan gadis melayu terakhir kalau aku berbaju kurung . ecehh ayat *


Kemudian, bulan berganti bulan, dia mulai bercakap dari sepatah ke sepatah dengan aku, aku pula jenis pendiam kalau dengan orang tak kenal aku, apabila aku semakin selesa dengan perkenalan aku mulai bercakap banyak..

Aku mulai menyedari bahawa dia mempunyai karakter yang agak mengambil berat terutama tentang aku. Bila aku mulai menyedari rupanya dia memiliki perasaan buat aku. pada mulanya aku menggelak ..
Aku jenis yang kasihan dan mudah simpati dengan orang, namun aku mulai menggelak dengan dia,
detik waktu terus berjalan, tanpa sedar kami merupakan pasangan. Pelbagai tomahan yang kami terima, semestinya kasihan pada dia, boleh dikatakan aku menjadi perhatian di sini, bahkan dia pula menjadi bahan ejekan orang ramai ..
Apabila gosip mulai tersebar, macam macam yang kami lalui .

Benar kata orang, Cinta itu buta..
Ramai yang mempersoalkan kenapa, mengapa aku memilih dia walhal ramai yang baik menunggu.
Ketika itu aku dikaburi dengan perasaan sayang yang membuak .
Prinsip mahu bercinta selepas nikah hilang entah kemana ?

Aku terima dia seadanya.
Aku mengajak dia berubah ke arah agama dengan lebih baik.
Aku menegur dia agar dia menjaga ikhtilat .
Aku mendidik dia , sabar dengan karenahnya..



Apabila aku mulai ditegur dan ditegah ''Buang masa menunggu lelaki macam dia''..
pelbagai kata yang aku terima namun aku tidak endahkan,

sehingga suatu hari .
Aku terjumpa sebaris kata, bahawa alam percintaan hanya penuh dengan lakokan dan sandiwara. Bahkan selepas akad, kita akan kenal siapa pasangan kita,.
aku mulai takut andai dia berubah hanya kerna aku.Bila aku tiada dan dimiliki oleh dia, dia berubah menjadi diri dia yang teruk..
Aku diam..

Buat apa bercinta kalau aku hanya membuang masa, ingat memilih pasangan merupakan memilih calon menjadi bapa kepada anak-anak kaum wanita, begitu juga sebaliknya. aku terdiam. Bagaimana harus aku lakukan ?

Sebagai wanita islam , aku mulai berfikir. Aku perlu mengambil tindakan. Ya , perkenalan ini cukup membahagiakan aku, menjaga aku dan membuat aku gembira..

Ada masa aku menangis sendirian, bukan ini yang aku mahukan, aku mahu menggapai Cinta Ilahi.
aku lemah, air mata ku mengalir dipipi , aku menangis teresak di tikai sejadah, meskipun aku tidak membenarkan dia menyentuh aku walaupun hujung kuku, aku tetap rasa aku berdosa. Aku mulai terlupa bahawa wanita itu fitnah, bahkan selagi namanya manusia yang normal mereka mempunyai nafsu. Entah.

Bagaimana harus aku lakukan ?
Adakah ini Cinta andai ia menyakitkan ?
Tidak ini bukan Cinta, jangan sesekali mencemari erti Cinta dengan tafsiran yang salah ! Cinta itu sesuatu yang suci..

Bagaimana harus aku teruskan ? aku diam. Dia mulai menyedari perubahan aku dan memberi peluang aku membuat keputusan,

Ya . Mungkin aku patut hentikan, Aku perlu menggapai Cinta Ilahi dahulu, kemudian waktu itu barulah Allah akan menemukan orang-orang yang tepat buat aku..

Kisah ini terhenti disitu. Sebuah perjalanan kisah Cinta yang unik..

Andai benar Cinta biarlah membawa kita semakin dekat kpd Pencipta .
 

Top