• Sudahkah anda menulis Diari Cinta anda hari ini?
    Sebagai forumer Forum Tentang Cinta, anda kini boleh menulis dan mencoret kisah manis cinta anda di ruangan Diari Cinta. Hanya satu diari sahaja ya dibenarkan untuk setiap seorang.

Kenapa doktor itu angkuh sangat

samaratungga

Well-Known Member
Seorang doktor bergegas masuk ke bilik bedah. Ayah kepada pesakit yang akan menjalani pembedahan menghampirinya dan marah sambil berkata.

"Kenapa doktor lambat datang? Nyawa anak saya akan terancam jika tidak segera dibedah?" sang ayah menjerkah doktor.

Dokter tersenyum saja, "Maaf, tadi saya balik ke rumah, namun segera datang ke sini selepas hospital memanggil saya".

Dokter tersebut menuju bilik bedah.

Dalam beberapa jam doktor keluar bilik sambil tersenyum.

"Syukurlah, sekarang keadaan anak Anda sudah stabil".

Tanpa menanti jawapan dari ayah pesakit, Doktor berkata: "Jururawat akan membantu Anda jika ada yang ingin anda tanyakan”

Selepas itu Doktor pun berlalu...

"Kenapa Doktor itu angkuh sangat? Dia sepatutnya memberi penjelasan mengenai keadaan anak saya!" sang Ayah berkata pada jururawat.

Sambil menitikkan airmata, jururawat menjawap: “Kelmarin anak Doktor baru saja meninggal doniya nan fana dalam peristiwa kemalangan, ia sedang mengurusi jenazah anaknya ketika kami memanggil. Sekarang anak Anda sudah okay, jadi beliau pun sudah boleh berkabung semula"

(translated from: pkspiyungan.org)
 
Top