• Sudahkah anda menulis Diari Cinta anda hari ini?
    Sebagai forumer Forum Tentang Cinta, anda kini boleh menulis dan mencoret kisah manis cinta anda di ruangan Diari Cinta. Hanya satu diari sahaja ya dibenarkan untuk setiap seorang.

keranamu kirana sofeaku

selendang_biru

New Member
keranamu kirana sofeaku 9

Daniel sedang memikirkan sesuatu. Kata-kata sahabatnya Johan dan ayahnya semalam banyak mempengaruhi keputusannya untuk mencari seseorang untuk menyamar menjadi cucu datuknya.

“ Macam ni…, kau cari seseorang yang boleh menyamar jadi anak perempuan pakcik Yusri kau. Dalam masa yang sama kau teruskan cari anak pakcik kau yang asli. Bila dah jumpa baru la cerita kebenaran. Sekurang-kurangnya datuk kau tak terus terlantar sakit macam tu. Dah dua tahun kan. Aku sendiri kesian tengok keadaan datuk kau ”. Itu adalah cadangan dari sahabatnya Johan.

" Penyiasat yang ayah upah ada bagi berita baik. Katanya pakcik kamu tu ada berdekatan dengan kita. Pakcik kamu ada seorang anak angkat lelaki. Ayah rasa kita dah semakin hampir dengan pakcik kamu. Ayah yakin kita akan bertemu dengan pakcik kamu tidak lama lagi ”. Itu pula adalah kata-kata dari ayahnya Datuk Islauddin.

Daniel masih belum dapat membuat keputusan. Dia bimbang sekiranya penyiasat yang diupah ayahnya itu hanya memberi satu berita yang palsu. Baginya jika pakcik Yusrinya berada berdekatan dengan mereka masakan masih belum ditemui pakcik Yusrinya itu. Kirana…Nama gadis kecil molek itu bermain dimindanya. Teringat dia akan peristiwa di hadapan pintu masuk airport tadi.

“ Saya nak duit saya ”. Kirana menghulurkan tapak tangannya pada Daniel. Daniel terkejut. Tidak menyangka perempuan itu mengekorinya.

“ Cik… Boleh tak kalau cik tak ganggu hidup saya lagi. Saya menyampah. Cukup-cukupla minta duit kat orang. Saya tahu cik ni memang suka makan rezeki tak halal macam ni kan ”. Dengan garangnya Daniel bersuara.

“ Bagi duit saya dan saya akan pergi. Encik nak kata apa, kata je la. Saya tak kisah pun ”. Walaupun hatinya sedikit sakit dengan kata- kata Daniel ditahan juga kerana dia sememangnya memerlukan duit untuk hidup.

“ Baiklah… ”. Daniel membuka dompetnya dan mengambil beberapa keping not lima puluh ringgit lalu dicampaknya ke muka Kirana. Kirana membeliakkan matanya pada Daniel.

“ Kau nak duit sangat kan. Tu yang berterabur tu kau kutipla. Jangan sampai peminta sedekah yang lain datang kutip nanti. One more thing…, jangan sesekali kau muncul dalam hidup aku lagi ”. Daniel kemudiannya berlalu meninggalkan Kirana yang terkulat-kulat seorang diri di situ. Kirana berasa amat malu. Malu kerana dihina sebegitu.

“ Kau memang lelaki angkuh ”. Kata-kata Kirana didengari Daniel. Daniel memalingkan mukanya pada Kirana dan tersenyum mengejek pada Kirana. Kirana mula geram. Kirana mula merencanakan sesuatu. Tiba-tiba…

“ Darling… ”. Sekuat hatinya Kirana menjerit. Semua orang yang berada di kawasan itu memandang ke arahnya. Daniel turut tidak ketinggalan untuk berpaling untuk melihat gerangan yang menjerit tadi. Daniel terkejut. Kirana menghalakan tanganya kearah dirinya. Daniel tahu sesuatu yang buruk bakal berlaku.

“ Sampai hati darling buat ayang macam ni. Dulu sebelum kahwin apa ayang minta semua darling bagi. Sekarang ni bila ayang minta semua darling campak macam ni ”. Kirana berpura-pura menanggis sambil berlari mendapatkan Daniel yang cuba melarikan diri darinya. Daniel pula kelam-kabut mencari kawasan untuk dia bersembunyi. Nampaknya tindakan Daniel sia-sia sahaja apabila Kirana memeluk kakinya.

“ Woi… Apa ni ? Kau ni nak apa lagi tak cukup lagi ke dengan duit yang aku bagi ”. Daniel berusaha untuk melepaskan diri dari Kirana.

“ Darling… Kenapa buat ayang macam ni ? Dah lupa ke yang ayang sedang kandungkan anak darling ni. Sampai hati darling buat ayang macam ni ”. Kirana tidak mahu mengalah. Dia mahu memalukan Daniel secukupnya.

“ Tolongla… Aku dah lambat. Nanti aku terlepas flight aku ”. Daniel cuba untuk berlembut sikit pada Kirana. Kirana mula tersenyum kemenangan.

“ Kalau itu yang darling nak… Ayang akan pergi jauh dari hidup darling. Selamat tinggal sayangku ”. Kirana kemudiannya berlari dari kawasan airport itu. Sempat lagi dia menjelirkan lidahnya pada Daniel. Daniel mengeluh lega selepas Kirana beredar dari situ. Daniel merasakan seperti di perhatikan. Ye…orang ramai dikawasan airport itu memandangnya. Ada yang berbisik-bisik sesama mereka. Ada yang mengeleng kepala padanya. Daniel malu. Kerana perempuan itu dia menjadi perhatian. Daniel mengeluh. Daniel tersentak dari lamunannya apabila ditegur seseorang.

“ Daniel…, I tak sangka akan jumpa you disini. You nak kemana ni ? ”. Gadis itu kemudiannya mengambil tempat disebelah Daniel yang sememangnya kosong itu. Daniel pula agak terkejut melihat gerangan gadis itu.

“ Shima… ”. Hanya itu sahaja yang diucapkan Daniel.

“ Ye… You ni kenapa ? Tak suka tengok I ke ”. Shima dengan aksi gediknya meliuk manja pada Daniel. Daniel mula rimas. Daniel hanya berdiam diri. Sikit pun dia tidak menoleh pada Shima atau melayan kata-kata Shima. Shima tahu Daniel sememangnya tidak memerlukan dirinya pada saat ini. Shima akhirnya berlalu pergi meninggalkan Daniel. Sempat juga dia melayangkan sekeping kad nama berwarna biru lembut pada Daniel.

“ I tahu you masih marahkan I. Tapi itu tak bermakna you tak sayang I kan. I masih sayang dan cintakan you macam dulu. Lagipun kita tak pernah putus. Cincin tunang yang you bagi ni masih tersarung kemas pada jari I ni. I akan tunggu you Daniel. Bye honey…”. Sempat juga Shima memberi flying kiss pada Daniel. Daniel mengeraskan dirinya. Cuba menyabarkan diri dengan kelakuan Shima itu. Daniel kemudiannya mengeluh lega selepas Shima berlalu pergi.
 
Last edited:

zahra

FTC Crew
Moderator
:)nice..continue lagi taw biru..tak sabar ni..hehe..kadang2 geram gak dengan kirana tu..tak habis2 dengan menipu die tu...huhu..tapi tu la..nak jadikan cite kan..hehe
 

mawar putih

Well-Known Member
bace cite ni teringat lak kat 1 cite korea tu...(adehhh, aku ni cite korea jek aku ingat..haha) tp ckit2 la...pape2 pn troskan useha ye cik slendang biru...continue ag yew...:)
 

dolphin

FTC Crew Jr
cam iras2 slh stu novel yg pnh den bc..mcm jer la..mgkin x sama kot..he3
tp best..menarik..teruskn sambungnnye lg ye..;)
 

selendang_biru

New Member
keranamu kirana sofeaku 10

Kirana mengira-ngira duit yang diperolehi dari Daniel. Kirana tersenyum puas. Padanla muka kau. Hina aku lagi. Tak pasal- pasal kau dapat malu free kat airport tadi. Kirana berkata-kata didalam hatinya. Kirana memandang disekelilingnya. Ramainya orang yang keluar membeli-belah hari ini. Bermacam-macam gelagat manusia yang dapat dilihatnya. Ada yang berjalan dengan satu tangan didalam poket seluar dan sebelah lagi mengorek hidung. Eee… pengotor betul. Ada pula yang berjalan sambil tangan mencabut daun-daun pokok yang berada di situ. Ada yang duduk meninggung sambil menghisap rokok. Kirana mengeleng-gelengkan kepalanya. Padangannya dihalakan pada seorang pakcik yang sedang berusaha untuk melintas jalan. Sekali lagi Kirana mengeleng-gelengkan kepalanya. Ada jejantas yang besar dibina tetapi sengaja nak membahayakan diri dengan melintas jalan raya yang penuh sesak itu. Kirana masih melihat kearah pakcik itu. Pakcik itu kelihatan agak susah untuk menyeberangi jalan dengan barang yang penuh ditangannya.

“ Pon… ”, kedengaran bunyi amaran dari sebuah kereta. Kirana turut terkejut mendengan bunyi hon kereta tersebut. Kedengaran bunyi tayar kereta yang bergesel dengan permukaan jalan raya kesan dari pada brek secara mengejut.

“ Woi orang tua, kau dah lama hidup ke ? Kalau nak mampus sekalipun jangan mampus depan kereta aku ”. Dengan kasarnya lelaki itu berkata-kata. Orang tua itu terkial-kial untuk bangun. Tapak tangannya terasa perit.

“ Woi lelaki mulut busuk, sesuka hati moyang kau je cakap orang macam tu ye. Kau ingat kau tu bagus sangat ke. Kau jangan nak salahkan pakcik tu. Aku tengok kau pun bawa kereta laju macam formula F1 ”. Lelaki itu tercengang seketika. Tidak menyangka dia akan disembur sebegitu oleh seorang gadis yang tidak dikenalinya.

“ Kau ni sapa ? jangan nak menyebuk. Ini antara aku dengan pakcik yang otak letak kat lutut ni. Kau pergi main jauh-jauh ”. Lelaki itu menolak gadis itu ketepi dan menghampiri pakcik yang dilanggarnya itu. Kirana geram. Dia menarik lengan lelaki itu supaya lelaki itu berhadapan dengannya.

“ Nama aku Kirana Sofea. Pakcik ni ayah aku. Kau nampak semua orang pandang kau. Lelaki biadap tak ada budi bahasa langsung. Kalau pakcik ni salah pun tak boleh ke cakap elok-elok. Kau tak pernah pergi sekolah ke? ”. Kirana dengan beraninya memarahi lelaki itu. Pakcik itu pula tercengang mendengar kata-kata Kirana.

“ Sudahla…, pakcik tak apa-apa pun. Jangan gaduh kat sini. Encik saya minta maaf. Pakcik akui memang salah pakcik lintas jalan tak guna jejantas yang ada tu ”. Pakcik itu cuba meleraikan pergaduhan antara Kirana dan lelaki yang melanggarnya.

“ Hmm…, lain kali kalau kau nak lintas jalan guna jejantas tu. Jangan nak menyusahkan orang. Tua-tua nak mampus pun masih ada hati nak susahkan orang ”. Lelaki itu kemudiannya kembali ke keretanya dan meneruskan perjalanannya yang tergendala tadi. Kirana yang geram cuba untuk memukul lelaki itu kerana baginya lelaki itu terlalu biadap dengan orang tua. Tetapi pakcik itu menghalangnya.

“ Kirana…, sudahla. Biarkan dia. Orang macam tu akan terima juga balasannya”. Mujurla pakcik itu menghalangnya jika tidak dah lama lelaki itu terkena tumbukan paling berbisa Kirana. Kirana membantu pakcik itu membawa barang-barang yang dibawa pakcik itu tadi.

“ Ini kereta pakcik ke ?” Tanya Kirana sebaik sahaja pakcik itu berhenti berjalan pada sebuah kereta mewah.

“ Ye… Kenapa ? ” Soalan Kirana dibalas soalan dari pakcik itu.

“ Err… tak ada apa-apa la. Cuma saya terkejut je. Tak sangka pakcik ni orang kaya sebenarnya ”. Kata Kirana sambil tersengih malu.

“ Tak kaya mana pun Kirana. Lagipun biar kaya hati budi macam kamu ni dari miskin budi macam lelaki tadi tu ”. Pakcik itu kemudiannya mengeluarkan beberapa keping duit not lima puluh ringgit lalu diberi pada Kirana.

“ Eh… Apa ni pakcik ? Saya ikhlas tolong pakcik. Saya minta diri dulu ye pakcik ”. Kirana berniat untuk beredar dari kawasan itu.

“ Pakcik pun ikhlas nak bagi duit ni pada kamu. Ambil duit ni buat belanja ”. Wajah Kirana dipandangnya.

“ Tak pa la pakcik. Nanti bila kita jumpa lagi pakcik belanja saya makan ye. Nama pakcik apa ye ? ”. Kirana tidak sampai hati untuk mengambil duit dari pakcik itu.

“ Baiklah kalau kamu kata macam tu.Tapi kalau kita bertemu lagi, pakcik akan belanja kamu makan. Jangan pula kamu menolak ye. Pakcik nama Yusri. Kamu nak kemana ? Pakcik boleh tolong hantarkan ”. Pelawa pakcik Yusri pada Kirana.

“ Terima kasih ye pakcik Yusri. Saya ada kerja nak buat ni. Nanti kita jumpa lagi. Saya minta diri dulu ye ”. Kirana kemudiannya berlalu pergi. Yusri berasa sayu melihat Kirana. Jika anak kembarnya masih ada di dunia ini mungkinkah mereka sudah sebesar Kirana. Yusri kemudiannya turut beredar dari kawasan itu.
 

selendang_biru

New Member
keranamu kirana sofeaku 11

Danel berdiri dihadapan sebuah syarikat penyiasatan di Kuala Lumpur. Dia kelihatan teragak-agak disitu. Daniel berfikir seketika. Ayahnya sudah berjaya mendapat serba sedikit maklumat mengenai pakciknya. Sudah banyak penyisat yang diupahnya namun semua memberi jawapan yang hampir sama dengan penyisat yang diupah ayahnya. Daniel sendiri bingung. Apakah dia perlu mengupah penyiasat lain untuk mencari pakcik Yusrinya yang telah lama menghilang itu. Ataupun hanya menunggu je perkembangan baru dari penyiasat yang diupah ayahnya. Selangkah kedepan atau kebelakang Daniel masih belum membuat keputusan.

“ Tepi… tepi… tepi… nanti aku terlanggar korang nanti tepi… ”. Kedengaran suara seorang perempuan menjerit. Daniel menghalakan pandangannya pada empunya suara itu. Kelihatan seorang gadis tidak dapat mengawal pergerakkan kasut roda yang dipakainya. Daniel tahu dia perlu mengelak jika tidak dia akan dilanggar perempuan itu. Malang sekali nasibnya apabila kakinya terpelecok dan dia terjatuh menyembah lantai. Daniel cuba bangun belum sempat dia berdiri terasa seperti buah tembikai jatuh menghentam dirinya. Perutnya senak seketika seperti dicucuk sembilu. Perempuan yang hendak dielaknya tadi telah jatuh di atasnya.

“ He..he.. Maaf ye encik tak sengaja. Tak dapat control brek roda ”. Gadis itu cepat-cepat bangun menjauhi Daniel. Daniel pula kelihatan terkejut. Tidak menyangka akan berjumpa dengan gadis itu lagi.

“ Kenapa encik pandang saya macam nampak hantu.? Maafla encik. Saya betul-betul tak sengaja. Saya dah bagi amaran tadi kan. Saya baru je belajar pakai kasut roda ni ”. Gadis itu serba-salah. Pandangan Daniel pada dirinya terasa amat menakutkan.

“ Gadis penipu… ” Hanya itu yang dikatakan Daniel. Gadis itu pula memandang pelik pada Daniel.

“ Err… Apa maksud encik ni ? Bila pula saya tipu encik. Baru hari ni saya nampak muka encik. Saya tahula encik hensem tapi saya pun tak kurang lawa juga kan ”. Terkebil-kebil Daniel memandang gadis itu. Perasan cantik.

“ Jangan nak berlakon la. Macam mana kau boleh sampai sini. Setahu aku tak da flight lain yang ke Kuala Lumpur ni selain flight aku ni ”. Daniel sendiri pelik mana mungkin gadis itu boleh sampai ke Kuala Lumpur secepat ini. Mungkinkah pelanduk dua serupa.

“ Hello… saya dah lama ye tinggal di Kuala Lumpur ni. Dari umur saya satu hari sampai umur saya sekarang ni. Encik ni mengigau kot. Aduhai… Sayang betul muka hensem-hensem macam ni tapi otak tak betul sangat ”. Daniel bengang mendengar kata-kata gadis itu. Dia ingin membalas tapi…

“ Kirana Maisara… ” Daniel dan gadis itu serentak memandang kearah dari datangnya suara itu. Kelihatan seorang perempuan tua sedang berjalan kearah mereka.

“ Ibu…” . Tahulah Daniel bahawa gadis itu anak kepada perempuan tua itu dan namanya Kirana Maisara.

“ Apa kamu buat ni Sara. Kamu ganggu orang lagi ke. Berapa kali ibu kata jangan pakai kasut roda tu kalau tak tahu macam mana nak kawal ”. Perempuan tua itu kemudiannya menghalakan pandangannya pada Daniel.

“ Maafla ye encik. Anak saya ni nakal sikit ”. Perempuan tua itu tersenyum pada Daniel.

“ Err… Makcik boleh saya tanya sikit ? ”. Daniel memandang perempuan tua itu. Perempuan tua itu mengangguk.

“ Makcik memang asal sini ke. Pernah ke makcik dengan anak makcik ni tinggal kat Pulau Pinang ”. Perempuan tua itu kelihatan tersentak sikit.

“ Err… tak pernah encik. Dari Sara kecil sampai sekarang makcik tinggal sini. Tak pernah lagi la makcik tinggal di Pulau Pinang ”. Daniel sememangnya telah tersalah orang. Gadis itu bukan gadis yang sama dengan gadis di airport itu.

“ Panggil saya Daniel cukupla… Tak payah berencik-encik. Makcik nama apa ye ? ”. Daniel berniat ingin tahu.

“ Panggil je makcik Ila. Anak makcik ni namanya Kirana Maisara tapi kamu panggil Sara cukupla ”. Daniel mengangguk sambil tersenyum, Sara hanya mencebikkan bibir padanya.

“ Makcik Ila saya minta diri dulu la ye. Ada kerja nak disiapkan ”. Daniel meminta diri untuk beredar.

“ Nanti kalau Daniel ada masa jemput la kerumah makcik. Rumah makcik tak jauh dari sini. Kamu tanya je orang kat sini nanti mereka tunjuk la pada kamu”.

“ Insyallah makcik. Ni kad saya makcik. Kalau nanti makcik sampai kat Pulau Pinang contact la saya ”. Kad nama yang dihulurkan Daniel diambil dan dilihatnya. Daniel dapat melihat riak wajah makcik Ila yang sedikit berubah itu.

“ Kenapa makcik ? ”. Daniel bertanya.

“ Err… tak ada apa-apa la… Makcik minta diri dulu ye. Assalamualaikum. Sara jom kita balik cepat. Ada kerja nak kena buat di rumah ”. Daniel dapat melihat makcik Ila seperti tergesa-gesa selepas melihat kad namanya. Daniel hanya menjawab salam yang diberi makcik Ila didalam hatinya. Ingin ditanya sebabnya pada makcik Ila tetapi makcik Ila telah pun hilang dari pandangan matanya.
 

selendang_biru

New Member
keranamu kirana sofeaku 12

Mustika melihat jam dipergelagan tangannya. Sudah hampir ke waktu asar. Mustika menunggu kepulangan Kirana. Ada sesuatu yang mahu diberitahu pada Kirana. Dia pasti Kirana akan terkejut besar mendengar berita yang akan disampaikannya. Mustika mengambil keputusan untuk solat dahulu sebaik sahaja mendengar azan dari surau berdekatan rumahnya.

“ Assalamualaikum… ”. Kirana memberi salam pada penghuni rumah.

“ Senyap je… Mustika kamu di mana ? aku temanmu sudah balik… “. Berubah pula cara percakapan Kirana.

“ Waalaikumusalam…, Kau ni pergi mana ? Pagi-pagi lagi dah hilang ”. Mustika melabuhkan pungunggnya di atas lantai yang keras itu.

“ Aku gi airport jumpa lelaki yang angkuh tu ”. Terang Kirana.

“ Kiranya hari ni kau dapat wang besar lagi la ye… ”. Mustika meneka.

“ Mestila dapat. Tapi kan… ”. kata-kata Kirana tersangkut disitu.

“ Tapi kenapa ? ”. Mustika mahu jawapanya.

“ Tak berkat duit kita dapat ni. Dari orang jahat sekalipun yang haram tetap haram kan ”. Kirana mengeluh.

“ Itu la… aku rasa kita kena cari kerja. Sampai bila nak hidup macam ni. Nak tunggu lelaki kaya masuk meminang entah bila semua tu nak berlaku ”. Mustika juga mengeluh.

“ Kau tak pa… Abang jambul kecil dah ada… Aku ni… ”. Kirana mengenakan Mustika.

“ Woi apa ni… Tak ada kena mengena dengan abang jambul kecil kau tu ye. Sesuka hati kau je cakap macam tu ”. Sebiji bantal lusuh yang berada diruang tamu itu dibaling pada Kirana. Kirana mengelak.

“ He… he…, releksla Tika. Aku rasa kita kena cari kerja dan aku tahu kat mana kita nak dapat kerja ”. Kirana berkata seperti pasti dengan apa yang diperkatakannya.

“ Maksud kau ? ”. Mustika menunggu jawapan dari Kirana.

“ Esok kau ikut aku. Kita pergi minta kerja kat Hotel Seri Mahligai ”. Kirana sudah merencanakan sesuatu.

“ Kau ni biar betul. Sapa nak bagi kita kerja kat tempat macam tu? Dah la kita ni tak da apa-apa kelulusan univesiti pun ”. Mustika mengalih kedudukannya. Sakit punggungnya duduk di lantai yang keras itu.

“ Jangan risau… Kau ikut je. Aku tahu apa yang aku buat. Sekarang ni apa kata Kita cari baju untuk esok. Kena la kita pakai cantik-cantik sikit ”. Kirana mengeluarkan wang yang diperolehi dari Daniel.

“ Kirana kau pasti ke ? ”. Mustika masih belum puas hati. Kirana mengangguk sambil tersenyum sinis. Mustika dan Kirana kemudiannya bergerak ke bandar untuk bershopping. Berita yang ingin disampaikannya pada Kirana disimpan dahulu.
 
Assalamualaikum...maaf sebab lama sangat x update cer Ni...dah bertahun rasanya...dulu selendang sutera lepas tu bertukar ke puterishakila sekarang miss cactus...

Masih Ada yang baca kisah kirana Ni ke
 
Top