• Sudahkah anda menulis Diari Cinta anda hari ini?
    Sebagai forumer Forum Tentang Cinta, anda kini boleh menulis dan mencoret kisah manis cinta anda di ruangan Diari Cinta. Hanya satu diari sahaja ya dibenarkan untuk setiap seorang.

kisah hati.

Ell En

New Member
#1
Aku start couple dgn seorang lelaki masa lepas aku dah habis SPM. Hubungan tu bertahan selama 6 tahun. yes, aku seorang yg setia gila. Tapi disebabkan dia muda dari aku 3 tahun, aku tak nampak hubungan tu ke mana sebab masa aku dah keje ni dia masih study. dan dalam tempoh dia study, takde pun dia nak belajar2 buat kerja part time utk tampung perbelanjaan sendiri. cuz as I know, family dia jenis susah. ayahnya kehilangan kerja gara2 ditipu kawan sendiri dan cuma mengharapkan maknya yg kerja kilang utk tampung keluarga mereka. sebab aku kenal dan kesiankan mak dialah aku push dia untuk kerja part time. aku berusaha carikan dia kerja. my family even give him permission utk duduk rumah kitorang dan kemudahan motor utk dia pergi keje every weekends. hari2 pergi kelas ayah aku hantarkan dia. dia duduk rumah kitorang sebab tak dapat kemudahan hostel. dah dpt kerja, dia main2 tak pergi kerja katanya ade exam, nak study apa semua. disebabkan aku dah nampak perangai malas, xbertanggungjawab (dia anak sulung) dia sebelum kahwin lagi, aku amik keputusan utk break dgn dia. itupun selepas family dia dah pindah KL, gara2 rumahnya tergadai dek kerana nak bayar hutang along. aku tak tinggalkan semasa dia susah. aku make sure dorang dah stabil baru aku nekad amik keputusan tu.

selepas break, aku tgk dia bising2 kat media social mcm aku ni tinggalkan dia sebab lelaki lain. sedangkan aku tinggalkan dia sebab perangai dia. tapi aku tak zalim sbb aku masih boleh bagi dia peluang lagi. but itupun IF ONLY he puts some effort utk dapatkan aku balik. tapi hakikatnya tak, malah dia lagi cari skandal2 yg dia ada dulu waktu masih couple dgn aku. disebabkan itu, aku moved on dgn lelaki lain yg sebaya aku.. dia lelaki yg aku xpernah suka dan tak pernah terdetik pun akan suka. tapi selama dia add kat fb, aku perasan dan ingatkan nama dan gaya dia. sehinggakan selepas 4 tahun kemudian baru dia tegur aku, aku boleh ingati dia yg dulu rambut panjang kini dah rambut pendek.

dia dah lama add aku kat FB. sejak 4 tahun lepas. dia pun sebenarnya adalah kawan kepada kawan2 aku yg pernah satu sekolah rendah dulu. dalam aku xpernah suka dia, tetiba aku rasa aku patut bagi chance kat dia sebab nampak beriya dia meseg2 aku setiap hari. siap call bagai walau aku xsuka pun angkat call dia. satu hari tu, ayah aku sakit dan xdapat amik balik kerja. pulak masa tu aku kena kerja on weekends, sampai ke malam. jadi aku pun dgn beraninya mintak tolong dia utk hantar aku balik ke rumah. he's okay with that sehingga sanggup utk jumpa parents aku just in case dorang xpercayakan dia. aku ni jenis yg tak keluar dgn lelaki. tak pernah keluar huha-huha. pendek kata lelaki yg aku kenal cuma ex aku yg dulu tu. jadi bila mak aku dgr ni dia macam tak percaya jugak. tapi Alhamdulillah, dia jujur hantar aku ke rumah walau masa tu dah pukul 10.30 malam. dia bawak kereta punyalah laju sebab risaukan mak aku marah / tak percayakan dia (kot2 nak amik kesempatan ke ape).

lusanya aku kerja malam lagi. dan aku mintak tolong dia hantarkan lagi. dan semenjak dari hari itu, kami jadi rapat. dan aku fikir, takdelah susah pun untuk moved on. he treated me like a princess. walau kami baru jumpa, tapi dia betul2 protect aku, sebab waktu kami nak jalan ke parking tu ada ramai lelaki di tepi2 jalan, jadi dia make sure aku betul2 ada tepi dia dan dia dah bersedia utk apa sahaja keadaan bahaya yg akan menimpa kami, just in case. kemudian dialah yg angkatkan beg aku, bukakan pintu kereta.. a girl totally akan jatuh cinta kalau dpt layanan sebegini. aku mula terfikir aku tak pernah pun dpt layanan sebegini. sebab tu aku tersentuh hati.

aku rasa makin lama, makin jatuh cinta dgn dia. kami pernah keluar date setakat sekali. kami pakat amik cuti atas cadangan dia. kononnya dia nak bawak aku naik belon panas. aku xtaulah dia tahu ke tak, tapi itu memang impian aku. tapi tak kesampaian.. sebab takde ride utk belon panas pada hari itu.. maka kami cume keluar makan2 kat2 rumah aku sebab dia dah janji kat mak aku yg dia akan hantar aku balik sebelum maghrib. aku mula terpikat bila masa nak makan, dia bacakan doa utk kami. dan sebelum dia hantar aku ke rumah, dia mulakan dgn bismillah. amalan yg nampak mudah, tp inilah yg buatkan aku terpesona. tak perlu berserban / berjubah bagai, cukup utk aku tahu dia masih amalkan Islam dalam kehidupan sehariannya.

satu hari, tengah2 aku busy kat office, tetiba aku dapat meseg dari dia.. soalan yang ringkas tapi dah cukup utk buat perempuan seperti aku tersentuh dan terkejut..

"awak...."
"ye saya?"




(to be continue...)
 

Ell En

New Member
#2
"awak dah pergi kursus kahwin?"

soalan yg ringkas. tapi sangat bermakna bg aku. ini dah macam dia nak ajak ke langkah seterusnya. KAHWIN. bagi seorang yg berumur 24 macam aku, ofcourse aku dah fikirkan dan ada hati pasal nak berkahwin. lagilah bila tengok kawan2 aku masing2 dah ada suami dan anak. bahagianya ada teman.

"belum lagi. nak pergi apa kalau calon pun belum ada. haha saya nak pergi dgn bakal suami saya je. so senang.. takdelah berbalah ustaz dia kata lain, ustaz saya kata lain"
"jom"
"eh.. bukan ke saya kata nak pergi dgn calon suami saya tadi..."
"jom"

secara tak langsung aku jadi paham maksud dia. atau aku syok sendiri? tapi dari pemahaman aku, secara tak langsung dia nak jadi calon suami aku di situ. ah, sudahlah.. topik terhenti di situ.. beberapa hari selepas itu, dia tanya lagi.

"awak dah daftarkan ke kursus kita?"
"awaklah daftarkan..."

sebab aku xnak nampak aku beriya. walaupun aku dah excited giler.

"ala, awaklah.. awak daftarkan, saya bagi duit dekat awak. awak kan menteri kewangan kita"

tersenyum sendirian aku kat office. whatsapp dia aku balaskan dengan pengesahan nama dan IC kami daripada pihak penganjur kursus kahwin yg aku daftarkan tu.

"berderau jantung saya baca nama awak dan saya"

aku tergelak. comel. lepas dari itu, banyak soalan susulan yg dia tanyakan berkaitan perkahwinan kami & dia nak pertemukan aku dgn keluarga dia.

"tunang atau terus nikah?"

aku kata nak terus nikah, malah aku kata nak buat majlis sekali je for both side. senang.. jimat masa dan duit. bagi aku tanggungjawab lelaki bukan sekadar perkahwinan, tapi kehidupan lepas kahwin tu yg penting. tapi dia pula macam x berapa setuju buat satu majlis. kami ada plan utk keluar sama lagi, tapi mak aku xbagi. katanya, aku dan mak dah jadi ahli surau, maka tak manis kalau kawan2 surau kami nampak aku keluar dgn lelaki. so, kadang2 je kami keluar lunch sama. itupun kat2 office aku je. pertemuan 1 jam sehari pun takpelah, bermakna bagi aku. utk berjumpa dgn keluarganya, mak aku masih tak izinkan lagi.. yg inipun aku tak paham. mungkin sebab aku anak bongsu dan mak aku masih belum rela utk 'lepaskan' aku utk berkahwin.

dia agak kecewa bila dpt tahu pasal ni. mulalah dia fikir aku ni fool around dia sebab dia fikir aku buat alasan-alasan semua ni. sumpah tak, aku betul-betul dah sayangkan dia. then, dia pergi ke Penang dgn whole family dia. aku mula ajak bincang pasal majlis kahwin macam mana nak buat semua. tapi dia kata nanti bincang, he's too excited that he can't think how and how. so i just let him be.. kemudian dia senyap. hilang

tahu2 dapat meseg kata dia tertidur. dan sekarang tengah dengar ayah dia berleter. ayah marah sebab masa tarikh kursus kahwin kami tu nanti, ada sepupu rapat dia bertunang. jadi tak elok kalau dia xdatang majlis tu. sedangkan pada belah aku, sepupu rapat aku akan kahwin pada tarikh yg sama. tapi family even dorang pun xkisah kalau aku xdapat datang sebab menghadiri kursus kahwin tu. maka, demi dia, aku terpaksa tundakan kursus kahwin kami. aku fikir positif dan masih boleh balas meseg dia seceria mungkin sebab aku tak nak dia tahu yg sebenarnya dalam hati aku ada sikit perasaan kecewa.

hari seterusnya, dia bertanya macam mana dengan kursus tu? dah tunda ke? aku belum tunda lagi. sebab tak rela.. akhirnya aku meseg jugak orang penganjur tu dan minta tunda atas alasan yg xdapat dielakkan. dia lega mendengarnya. ada sedikit pujian utk aku dari dia kerana 'bijak' minta tunda kursus tu dulu.. pada hari kejadian, aku ke majlis kahwin sepupu aku. dan dia? entah.. aku cuba keep on contact as usual. tapi balasnya pendek2. alasannya busy sepupu dia kan tunang. aku biarkan saja dan percaya. esoknya lagi lah payah nak dapat meseg dia, sedangkan waktu itu hari Ahad. dia dah kata ada family dinner. dan kalau ikutkan plan dia dulu, lepas kursus kahwin tu dia nak bawak aku join family dinner dia pada malam Ahad tu. aku meseg dia. tapi tak berbalas. hairan. aku cuba tanya soalan tricky.

"kalau masa awak dengan saya ni ada perempuan lain datang kat awak, dia kata suka kat awak, apa yg awak akan buat? dan apa yg awak akan cakap kat saya?"

aku tak tahu kenapa soalan ni dah lama berada dalam fikiran aku. tapi hanya pada waktu itu, baru aku dapat ingat dan tanyakan.

"saya akan cakap kat dia terima kasih. dan saya xperlu bagitahu awak pasal ni"

aku pelik dgn jawapan dia. but still I respected him. tapi lepas dari itu, cara meseg dia macam marahkan aku. lepas tu aku tanya dia terus marah dan kata aku xberhak nak persoalkan balik apa jawapan2 yang dia bagi. aku pelik. how come seorang gentlemen mcm dia tetiba nak marah pasal hal kecik macam tu. sebab aku tanya soalan dan aku tanya kenapa atas jawapan2 dia. esoknya, dia langsung tak meseg aku pagi2 seperti selalu yg dia buat, wish good morning. aku tenangkan hati dan meseg dia macam biasa. tapi cara dia balas memang buat aku terasa. kenapa perlu marah atas alasan yg tak munasabah.

"awak dah hilang perasaan kat saya langsung ke?"
"mungkin."

aku tengah drive waktu tu. ye, merbahaya. aku masih balas meseg dia sebab susah nak dapat replies dari dia. dan aku hampir accident waktu tu. aku tak bagitau dia. sebab aku tahu dia tak kesah. sebab aku pernah bagitahu dia aku di follow oleh kereta lain sampai ke rumah, tapi dia buat dang je. betul2 marahkan aku ke? but still bagi aku tak logik.





(to be continue...)
 

Ell En

New Member
#3
2 minggu dia tak balas meseg aku. kononnya nak space, tak bersedia utk bercinta lagi sebab pernah dilukai dulu dan perangai aku mcm ex dia yg buatkan dia takut yg aku akan tinggalkan dia. what is this nonsenses? macam2 alasan dia bagi tak nak baik balik dgn aku not even layan aku baik2. tapi tengok kat twitter update status macam bercinta. sedangkan kami tgh dalam krisis. disebabkan itu, aku mula mencari kawan2 baik dia. dengan harapan dorang dapat bantu baik pulihkan hubungan kami balik. apa yg aku cari adalah cerita tentang dia utk aku lebih memahami dia, dgn lebih mendalam lagi. kenapa dia act macam tu, kenapa dia tetiba berubah, dan apakah kisah silam dia yg buatkan dia. aku bersedia utk tawan hati dia balik sebab sebelum ni dia pernah cakap pintu hati dia tertutup gara2 ex dia. tapi disebabkan aku, dia jatuh cinta kembali..

tapi apa yg aku harapkan hampeh. ada 2 orang yg aku contact. kawan dia yg pertama macam acuh tak acuh dan jawapan yg aku nak tak dapat. kawan dia yg kedua, E, bolehlah layan aku. tapi dia tak nak jugak ceritakan kisah silam N (nama lelaki tu). dah kata BFF kan.. tapi yang lagi parah, si E ni pulak nak try aku. bukan lagi nak membaikkan keadaan. lagi menyukarkan ada. aku selongkar sendiri pasal dia. setelah beberapa minggu aku pujuk rayu dia supaya balas meseg aku & at the same time stalked him, akhirnya aku dapat jawapan daripada fb mak dia..
 

Ell En

New Member
#4
luluhnya hati aku bila aku ternampak mak dia post gambar sewaktu family dinner on exact date kursus kahwin tu.. luluh bila aku nampak muka ex dia yg ada dalam gambar family dinner tu. menggeletar tangan aku. berderau darah aku. aku rasa lemah seluruh tubuh. aku tak sangka.. dia janji nak bawak aku, tapi orang lain yg ada kat situ...
 

Ell En

New Member
#5
aku tak menangis. aku lagi rasa marah, geram dan bodoh sebab aku ye-ye salahka diri aku sebab dia pergi sedangkan dia tengah happy dengan perempuan lain! aku cuba pendam sorang2. setiap hari balik kerja, aku cuma duduk berkurung dalam bilik dan pandang ke siling tanpa berbuat apa-apa. beberapa selepas tu, mak ayah panggil aku duduk depan dorang. aku ingatkan sebab nak bincangkan raya haji kali ni nak balik ke kampung mana? aku ternanti-nanti apa yg dorang nak bincangkan.

"awak cakap lah."
"awaklah cakap"
"awaklah yg mulakan.."

mak dan ayah aku berbolak-balik sesama sendiri. aku yg terpinga-pinga.

"kenapa ni?"
"sebenarnya, macam ni.."
"kitorang ingat nak buat majlis tunang kau lepas raya haji ni."

Ya Allah! aku tak kuat! tunang?? sedang aku ada masalah dengan dia, parents aku tetiba nak aku bertunang.. tolong aku ya Allah... tapi aku harus kuat. sekurang2nya aku perlu pura-pura kuat untuk masa ini. Janganlah air mata aku jatuh pada saat ini.

"eh, awak ni. raya haji tu awal sangat.. masa bulan 10 lah."
"hehehe"
"macam tak sabar sangat!"

mesranya mak dan ayah aku bergurau.. tak pernah aku tengok dorang ceria dan sebahagia ini. last wedding dalam keluarga aku ialah pada 7 tahun lepas. dan itulah yang pertama dan terakhir? sebab adik beradik atas aku sudah buat keputusan utk tidak berkahwin. dorang awal2 sudah pesan pada mak ayah aku, kalau nak harapkan anak mak ayah kahwin, suruhlah adik (aku) tu kahwin. sebab aku yang bongsu.. mereka jenis workaholic. sedang mak ayah aku betul2 meletakkan harapan ke atas aku utk menjadi penyambung zuriat, keturunan mereka. sebab anak sulung mereka tidak boleh mengandung. mungkin belum rezeki. hampir 10 tahun mereka tunggu utk mempunyai cucu. jadi aku adalah satu-satunya harapan mereka.

aku diam. tidak memberi sebarang jawapan tentang cadangan dorang pasal tunang tu. aku takut utk bersuara. takut dorang dapat detect kegetaran dalam suara aku menahan tangis.

"tengoklah dulu.. sebab ayah dan mak dia cuma akan benarkan dia berkahwin once dia reached 26 tahun"

kalih aku. tapi memang alasan itu yg pernah diberi dia selepas dia "dileteri" ayahnya sepanjang perjalanan balik dari Penang tempohari. Itu sebelum aku tahu dia curang dan memang takkan memilih aku.

Aku naik ke atas, melangkah ke bilik dengan lemah langkah kaki. Solat malam tu aku mengadu puas-puas kat Allah. ya Allah.. lemahnya aku sebab menangis pasal seorang lelaki. Basah habis telekung dan sejadah aku. ye, aku lemah sebab seorang lelaki. One after another heart break. Bagai bertimpa-timpa. Dahlah aku pernah kata kat diri aku sendiri, lelaki yg pertama ajak aku kahwin, aku akan terima dan aku berjanji akan menjaga dia sebaik mungkin. Tapi harapan hanya tinggal harapan.

That's it. Selepas beberapa hari fikir, aku nekad utk hantar gambar dinner dorang tu kat N. And I did. Mungkin sebab aku ikut perasaan? entahlah.. aku cuma nak cari sebab solid utk membenci dia daripada terus membazirkan perasaan sayang yang tak berbelah bagi ni. He acted like he wasn't sorry for it at all. Lagi bertambah geram dan bengang aku. "Sorry" dia macam takde makna. tak nampak pun seolah dia benar-benar maksudkan perkataan maaf yg diucapkan.

E tahu aku hantar gambar tu ke kawan baik dia tu. Dia call aku, suruh aku bertenang jangan menangis dan macam-macam lagi nasihat. Hairannya aku tak menangis. Lebih kepada perasaan marah dan geram. Lepas dari itu, E lagi cuba utk merapati aku. Aku tak kisah utk berkawan tapi dia bukan nak berkawan biasa tapi lebih kepada utk mendapatkan aku. "Kawan apa macam ni?", fikir aku. Aku sedar itu dan mula menjauhkan diri. Aku cuba mengaktifkan kembali diri di FB. Tapi jiwa aku masih tak tenang dan teringatkan dia.. Aku post status2 kata-kata hikmah berbaur sedih. Dan sebab itu muncul pulak watak lain dalam hidup aku, F, kawan sekolah rendah aku dulu.
 

Ell En

New Member
#6
F, seorang yg aku kenali dulu agak nakal dan sering kacau aku. Pendek kata, aku memang benci dia. Sekarang bila kami dah dewasa, dia dah berubah perwatakan. Dah berkawan dengan orang2 alim, tabligh, asas agamanya ada. Sejuk hati. Dialah yg mula komen di status sedih aku tu. dari situ kami bertukar-tukar pandangan dan akhirnya melarat ke whatsapp. Aku suka berkawan dengan dia. daripada guna kau-aku, kini dah bertukar awak-saya. memang agak awkward mula-mula. aku still guna aku, tapi dia yg tukar ke saya-awak. jadi akupun terikut cara dia. kebetulan kawan kami nak kahwin. jadi pertemuan pertama kami selepas 12 tahun terpisah, di majlis perkahwinan rakan sekelas sekolah rendah. Lama kan? tapi dia masih ingat nama penuh aku siap dengan binti lagi! aku terkejut. tapi dia kata nama aku sedap sebab tu dia sentiasa dan akan ingat selalu.

aku macam mula nak terpaut kat dia. aku nak cuba buka hati utk orang baru selepas N. tapi aku dapat tahu F ada kawan rapat dgn seorang perempuan yg juga kawan aku masa sekolah rendah dulu. pergi ke mana mereka mesti berdua. aku simpan je perasaan ni, aku tak nak ia bercambah. lama aku menyepi daripada dia.

satu hari, E contact aku balik dengan mention nama F.

"Apa yg awak cerita dekat F pasal kita?"

aku tergumam. Kenapa E boleh tahu aku sedang berkawan dgn F? aku cuba putar balik ingatan aku. ye. aku baru teringat, haritu F ada tanyakan siapa kawan2 sekolah menengah dia yg aku kenal? aku termention nama E dan N. bodoh. itu memang silap aku. tapi cepat2 cover cerita pasal N. aku tak nak dia tahu aku pernah ada apa2 dengan N sebelum ni. aku dpt tahu dia rupanya BFF kepada N jugak. omg

"takde apa2. saya cume cakap sy kenal awak kat fb. itu je. tapi tak lebih dari kawan fb. kenapa?"
"dia sebar cerita pasal saya nak pikat awak kat kawan2 kitorang yg lain"

aku terkejut dengar ayat tu. F yang konon baik tu jenis yg suka menyampai2 kan cerita?? aku tak nak percaya. tapi aku dah ada perasaan kecewa. aku malas nak layan.

"dekat siapa yg dia cerita? nama dorang?"

E bagitau nama dorang satu persatu. aku buat dang. Beberapa hari selepas tu, ada request to follow dekat insta aku. terbuntang mata aku. Nama yg E sebut haritu.... betul ke F ni buat gosip pasal aku?? ya Allah... tak sangka aku. kemudian, tak lama lepas tu F contact aku balik kat whatsapp. tapi aku pretend macam takde apa2 yg jadi. kepercayaan aku kepada lelaki sekali lagi hilang.
 

Ell En

New Member
#9
Agak lama aku cuba menyepi daripada social network. Nak tengok2 kot2 ada yg mencari.. Suatu hari tu, kawan2 sekolah menengah aku contact aku balik. Ada jugak yg sudi ajak aku hang out. Aku dibesarkan oleh parents yg sangat strict. Aku susah utk keluar rumah. Even dengan kawan2 perempuan pun mak aku macam tak percaya. Tak bermakna mak aku tak percayakan aku sebab aku licik tapi mungkin sebab aku si bongsu. Sebab tu kawalannya agak ketat. Dulu aku keluar dengan ex aku tu pun ada parents aku ikut sekali.

Sekurang2nya kehadiran kawan2 aku ni balik dapat hilangkan sikit sepi dalam hati ni. Tapi kami tak dapat keluar selalu sebab masing2 busy kerja. Dan masing2 dalam bidang2 yg berlainan. Masa keluar dengan doranglah aku melalak karaoke lagu2 sedih habis-habisan. Itu cara aku luahkan. Dan secara kebetulan hampir semua kawan2 aku waktu tu single, baru putus cinta dan masih xketemu cinta. Makin serasilah kami nyanyi lagu heartbroken sama2.

Waktu hari raya, kami keluar lagi sama2 beraya ke rumah masing2. Rumah aku yg paling terakhir dalam list kami sebab rumah aku yg paling jauh dan terkeluar dari area rumah dorang. Balik2 rumah kepenatan, alang2 kawan2 aku nak datang, kami adik-beradik jemput rakan2 office utk datang bagi meriah lagi. Ex-officemate aku datang bersama 3 kawan2 lelaki dia. Dalam ramai2 tu rupanya ada yg tersangkut dengan aku, G. Aku tak tahu, tapi officemate aku yg lagi sorang ternampak cara pandangan G dekat aku lain macam. Aku tak nak amik port pun.

Tak lama lepas tu, G tetiba hantar friend request kat fb aku. GILA. mana dia tahu itu fb aku? sedangkan aku tak pakai nama betul pun. Mesti dia stalk aku gila2 sampai dapat cari aku! Aku memang agak peramah. Dan si G ingat aku pun ada perasaan yg sama dgn dia kot? Dia budak grafik. Bila saja aku cerita pasal diri aku (selepas dia tanya) dia akan lukiskan dalam grafik. Dari tarikh awal perkenalan dia simpan cerita aku, kemudian dia lakarkan kisah aku tu dalam kartun. Creative, I must say. tapi aku mula rasa tak selesa. aku cuba jauhkan diri. Mak aku pulak tetiba cerita pasal dia since dia datang rumah tempohari, dia pandai ambil hati mak aku dengan mengajar buat bunga kertas. cis. dia tahu mak aku suka bunga. Dan lagi kelebihan dia ialah dia belajar psikologi juga. Maka, dia pandai utk 'baca' orang utk ambil hati orang tu. But sorry, not for me. Aku dah stop balas pm dia di FB. Sebab yg lagi merimaskan, dia suka post gambar kat aku. Lelaki suka berselfie, macam agak gedik bagi aku. Plus gaya dia pun agak lembut. Ah, aku malas nak layan.

Datang lagi lelaki2 lain yg cuba pikat aku di fb. Semua aku malas nak layan. Sampailah L tegur aku di fb. Dia dah add aku dari tahun lepas. tapi xbertegur pun. Aku approve tanpa sangka apa2. Tahu2 dia pm aku dan kami borak2 di situ. Kemudian dia mintak no hp aku. Since that, kami contact through whatsapp.

Dia suka menyanyi. He's even a vocalist for a band. Jadi, agak selalu juga dia hantar2 lagu nyanyian dan ciptaan dia kat aku. Aku fikir dia cuma mintak pendapat. Lepas tu agak lama kami tak whatsapp. Suatu hari, dia whatsapp aku dan kata

"kalau saya sebaya awak, awak akan terima tak utk jadi gf saya?"

pelik. Dia tak kata suka aku ke apa, tapi tanya soalan mcm ni. Aku cuba jawab sebaik mungkin.

"Umur tu xpenting. yg penting kematangan.."

"Saya dah cuba elakkan awak. Saya suka awak, tapi tak boleh. Saya nak awak, tapi tak boleh. Saya perlukan awak, tapi tak boleh. Saya cuba ignore perasaan saya ni kat awak. tapi saya tak tahu, ada perasaan yg sgt lain utk awak. From the first, i know you're a great person"

Ah sudah. Dia dah bermadah. Aku speechless. Kenapa awak suka saya? What makes me great?

"Awak post2 pasal islamik kat fb dan setakat yg saya tengok takde benda buruk2 yg awak buat"
"status islamik tu boleh copy & paste je.. Saya byk post gambar je. So awak suka saya sebab rupa je?"
"tak. segala2 nya pasal awak baik2 saja"

Entah. aku tak tahu nak jawab apa. gila. ada lagi ke cinta kilat? aku xsuka orang suka aku sebab luaran sebab semua ni suatu hari nanti akan hancur. Aku macam dah tak percaya cinta. Lagilah kami agak baru kenal. Dan yang paling aku tak boleh percaya, dia baru belasan tahun!
 
#10
Aku dah mula rasa aku bakal jadi macam N. Layan orang lain hanya sebab nak lupakan yg lama. so he jumped in rebound relationship just untuk lupakan kisah silam dia. Dan sebab tu tanpa fikir panjang dia boleh buat keputusan terburu0bur untuk jatuh cinta dan kahwin. Aku tak nak jadi camtu. Things will be not fair for L. Aku kesiankan dia. Walau buat masa sekarang ni, dialah yg mampu buat aku ketawa kembali, tapi aku tak nak!

Aku nafikan perasaan yg aku ada ni. Aku berpegang teguh dengan ayat

"Don't let loneliness leads you to lust"

Kata-kata yg sangat tepat dan bermakna utk aku. sangat penuh nasihat. Aku cuba menjauhkan diri dari L perlahan-lahan. Tapi dia dah mula cerita pasal "kita". Sedangkan dalam hati aku takde istilah "KITA" antara aku dan dia. Dia kata, dia tahu, akulah yg terbaik utk dia. Walau beza umur kami 5 tahun, dia sanggup utk bersama dgn aku.

"Cuma kesianlah awak. Saya cuma boleh kahwin selepas umur 23. Masa tu awak dah 28.. Kalau awak ada jumpa orang lain, pergilah... tapi saya akan tunggu awak"

Gila. Aku tak percaya semua ni. Tak contact apa bagai, tetiba jatuh cinta siap fikir kahwin. Aku pernah baca fakta

"Bila lelaki mula bercerita tentang masa depan denganmu maka dia benar2 serius"

Ah. Mungkin itu fakta untuk 10, 20 tahun yg lalu. Sekarang ni budak darjah 2 pun dah tahu cerita pasal kahwin. Aku tak boleh terima L. Aku terpaksa tolak kehadiran dia walau ada juga dalam otak aku terfikir "Bagaimana kalau aku sedang menolak jodoh sebenar ku?"

Ahhhh kusut! Aku tak perlu terima semua lelaki yg hadir dalam hidup aku. Makin aku tolak, makin aku overthinking. L meseg lagi. Dia kata, dia tetap cintakan aku walau aku menolak. Hm... aku nak cuba buka hati aku untuk dia tapi lately ni aku macam dapat perasaan yg menghalang aku dari mengikat apa2 hubungan dgn mana2 lelaki. Aku tak tahu dari mana, tapi kata hati aku

"Sabar.. Jodoh kau belum tiba lagi. Allah sedang mempersiapkan untuk mu"

Mungkin Allah yg hadirkan perasaan ini. Buatkan aku sedikit relieve dgn tekanan pasal jodoh ni, Mana taknya, sepupu yg baya aku semua dah kahwin. Aku je yg belum. Dan mereka pulak jenis judgemental. Ye, aku dibenci sepupu2 sendiri. Aku tak tahu apa silap ku kat diorang. Aku dah cuba layan dorang sebaik mungkin. Aku ajak berborak, tapi tak dibalas langsung soalan2 ku. Aku hampiri dorang utk bersalam, dorang terus masuk ke bilik BERLARI! ye, berlari depan mata aku. Aku tak faham kenapa..

Aku pakai baju labuh menutup aurat pun aku dikutuk. Aku sedih. Family bonding aku dgn sanak-saudara semua tak kuat. Aku akhirnya jadi kera sumbang. Takde kawan rapat, takde sedara rapat yg boleh berbual mesra. Adik-beradik aku pun jarak umur sgt berbeza dgn aku, dan malah sekarang kami semakin jarak kerana masing2 duduk berasingan.

Sebab tu aku nak cari suami yg benar2 terbaik utk aku. Yang selalu ada utk aku. Sebab aku tak punyai siapa selain keluarga aku sendiri. Kalau aku berjaya menemui jodohku, sayang aku pada dia takkan berbelah bagi. Aku akan selalu bahagiakan dan ada utk dia. Selagi dia hormat mak dan ayah ku. Ini janjiku..
 
#11
L masih nak contact aku. Aku dah bagi alasan aku tak nak bagi dia harapan, aku tak bersedia utk cinta. Senang citer, hati aku takde utk dia pun sebenarnya. Aku mula risau sebab dia dah mula panggil2 aku sayang dalam text. Ish budak ni... Sweet talker. Sorrylah, aku dah takkan percaya lelaki from now on. Mulut lelaki ni senang buat perempuan cair. Maka aku kena teguhkan iman aku.

"Awak pergilah kat orang lain. I'm sure ramai lagi perempuan yg lebih baik dari saya"

"Sorry. Nite"

Dia akhiri macam tu je perbualan kami. Terasa hatilah tu cinta ditolak. Ah, biarlah. Bukan kuasa aku nak pujuk kau. Walau aku risau gak nanti takde teman nak text time aku sepi. Aaaahhhh jangan ikutkan hati Ell! Kau harus kuat! Kau boleh hidup tanpa lelaki. Biarlah.. aku berpegang, kalau ada jodoh, jauh macam mana, terpisah dek halangan apa sekalipun, kalau tuhan dah tetapkan aku dengan dia, pasti akan ketemu. So, sekarang aku tak nak terikat dgn mana2 lelaki.

Aku berpegang kuat dengan jodoh pasti bertemu.


Jodoh Pasti Bertemu....


Lagu kenangan antara aku dengan N. Aku kembali teringatkan dia. Sedih aku masih tak hilang. Aku jadi serik dengan cinta. Semua gara-gara kau N. Aku dah cuba benci kau tapi tak mampu. Aku masih sayangkan kau. Sebab perasaan aku tu suci. sebab tu masih ada. Walau sekarang kau tgh bahagia dgn dia.. Dan yg lagi haru, aku dapat tahu tahun depan kau akan berkahwin dengan dia. Aku cuba doakan kebahagiaan kau. Selama kita dah xcontact, hari2 aku stalk kau.

Aku di sini masih care pasal kau. Aku baru tahu ex kau tu dulu kau dah kenal 4 tahun dulu. Same year kau add aku kat fb. Mungkin kau kenal dia dulu sebab tu kau pernah cakap

"Mungkin saya menyesal sebab tak kenal awak dulu"

Pelik. Rupanya ada cerita di sebalik setiap ayat kau. Ah, dah lah. aku nak cuba lupakan kau. Tapi aku rasa sepi & sendiri sehinggakan aku gi "cari penyakit" dengan ajak ex aku yg dulu keluar dgn aku. Kali ni aku keluar berdua dgn dia, aku pun tak tahu macam mana mak aku benarkan.

Nothing much. Keluar sebagai teman biasa bukan lagi couple macam dulu. A bit awkward actually. Kita mula bincang pasal kenapa aku minta break selepas hampir setahun kita putus. Dan aku si jujur, gitaulah straight away aku minta putus sebab sikap dia. Dia takde put efforts utk aku. He seems "okay" with that. Aku buat macam nak get back dgn dia tapi entah, aku tak luahkan pun apa yg aku terfikirkan tu. Aku ego. Maybe. Aku tak nak nampak aku yg terhegeh2 nak bagi peluang sedangkan dia nampak macam tak kisah langsung. Yelah, finally dia dapat kawan dgn kawan2 kolej dia yg aku pernah halang dulu & dia pun boleh keluar dgn perempuan2 tu in any days in anyways. Takde siapa lagi akan marah & halang dia macam yg aku selalu buat.

Aku buat camtu pun sebab aku dikurniakan six sense, I trust my guts. Instinct aku dapat rasakan perempuan2 tu suka dia walau masa tu dia baru sebut nama dorang tanpa aku kenal pun dorang. Dan lihatlah sekarang, dia memang sangat rapat dgn perempuan2 tu. Padahal dulu dia mati2 kata takde apa2 dgn perempuan2 tu. Cakap pun tak. Hampeh lah kau. Ayat macam mintak kerat anu.

Lepas aku gitau reason tu, dia boleh kata kat aku,

"I think you should give chances to other guys kot"

Maka pahamlah aku di situ, dia dah tak nak pun aku balik. Nasib baik aku tak kata "jom couple balik?" So yeah, aku malas nak contact dia terus lepas jumpa tu. Balik2 rumah aku kena mentally tortured dgn mak aku, dituduh macam perempuan desperate, takde maruah. Aku jadi sakit hati dan sedih. Makin aku diam, makin kuat dan panjang kata2 mak aku. Aku cuba tahan marah & nangis. Tapi sakitnya hati aku ya Allah. Sampaikan aku terpaksa stop mak aku cakap. Aku merayu, bukan dalam tone kurang ajar.

"Pleaselah mak, dah lah tu. Jangan cakap lagi pasal ni. Orang pun dah tak nak keluar lagi dgn dia or siapa2 (lelaki). Kitorang keluar just nak clear things out. Itu sahaja. please mak, please. Tolongggg lah......"

Suara aku sayu merayu. Air mata aku dah bertakung. Aku masuk ke bilik dengan lemahnya. Aku menangis. Aku tak nak jadi anak derhaka. Tapi siapa yg boleh tahan kalau mak sendiri kata anaknya macam perempuan tak bermaruah?

Tetiba pintu bilik aku diketuk. Mak aku masuk dan tanya dengan manja

"Apa cerita sebenarnya? Ceritalah~"

Aku cuma mampu sembam muka aku kat bantal. Tak berkata apa. Lepas tu macam2 lah mak aku ajak berborak, tapi aku balas sepatah dua je. Kuat jugak aku masih boleh bersuara walau tekak aku dah sakit tahan nangis. Mak aku keluar lepas tu. Aku rasa serba salah. Mesti mak aku terasa. Aku nangis lagi ngadu kat Allah. Ya Allah... jahatnya aku rasa diri ini. Tapi aku juga manusia biasa yg ada masalah dan perlukan privacy.

Aku tak boleh terima kalau orang kata "Kau muda lagi. Apa benda nak stress nya?"

Aku pernah cakap aku stress kat kakak aku dan itu lah jawapan dan pertanyaan yg aku dapat. Dan dari orang2 tua yg lainnya pun sama. Seolah-olah, aku ni tak layak, tak boleh dan haram utk aku stress. Apa masalah dorang ni sebenarnya? Act macam dorang je ada masalah. Aku pun manusia, bukan robot tak berperasaan! Agaknya, sebab orang pandang rendah kat aku, sebab tu lah perasaan aku selalu dimain-mainkan. Logiknya manusia. Berfikir guna hati bukan otak. Kata dulu tanpa berfikir. Aku makin terguris. Aku jadi pendam masalah aku sorang-sorang.

Dan sebenarnya, sebab stress, aku jadi cakap sorang2. Borak sendiri2. Sendiri tanya dan sendiri jawab. Itu dah jadi kebiasaan aku daripada kecik. Sebab aku takde teman bermain. Bila aku nak ajak orang main, aku mesti dipinggirkan. Masa aku kecik, semua adik beradik aku dah besar. Jiran pun takde yg sebaya. Dan dekat kampung aku tinggal tu, aku juga dibenci rakan2 sebaya. Sebab aku cucu peneroka. Ayah aku terkenal satu kampung. Mak aku seorang yg sangat cantik. Dan aku antara yg terpandai dalam kampung. Ramai yg dengki dengan kami sekeluarga. Disebabkan tu aku kecik2 dulu main dan cakap sorang2. Terbawak-bawak sehingga ke besar.

Satu-satu masalah hati aku tak selesai. Ni semua sebab gara-gara aku rasa kesunyian dan terpinggir.

"Hai"

Jauh aku melalut. Tersentak bila dapat text dari L.

"Awak tgh buat apa?"

Belum sempatpun lagi aku jawab, dia dah hantar text seterusnya

"Bagilah saya bermanja dengan awak"

Hampir tersembur aku baca text dia.
Apahal budak ni?
 
#12
Ni bukan kali pertama sebenarnya orang yg lebih muda jatuh cinta kat aku. Mungkin sebab aku dikurniakan rupa yg awet muda buatkan ramai orang salah agak umur aku. Even gaya aku sendiri macam gaya orang tak matang. Dengan imej kasut sneakers walau ke mana pergi, walau berbaju kurung sekalipun, dah macam trademark aku. Baru sekarang2 ni je aku try belajar2 pakai high heels itupun sebab mak galakkan aku.

"Kau belilah kasut tinggi. Pakai kasut tinggi. Pakwe kau kan tinggi"

N. Mak aku sedang bercakap pasal N. Tak dinafikan N memang tinggi melampai dan kepala aku cuma sampai paras bahu dia. Rendahnya aku berbanding dia. Sebab tu dia pandang rendah kat aku macam aku takde perasaan kot?

Ah, N lagi yg disebut. Actually, sebelum aku rapat dengan N, aku ada berkenalan dgn seorang budak yg lebih muda dr aku 6 tahun through wechat. Bosan punya pasal, aku pergi bukak mode 'People Nearby'. Masa tu aku tengah lawat pakcik kat Hosp Sg Buloh. Balik2 tengok ada greetings daripada A. Ramai yg add actually, tapi aku cuma terdetik untuk approve A je. Entah tak tahu kenapa. Mungkin inilah jalan cerita yg Allah sedang persiapkan utk aku.

Aku rapat dengan A, text setiap hari. Walau dia panggil aku kakak, tapi tetiba dia gitau dia terpikat dengan gaya & personaliti aku. Tak dinafikan, ramai yg tertarik dgn personaliti aku sebab aku seorang yang ceria, suka ketawa dan pandai melawak (melawa je failed!). Aku sebagai seorang perempuan pun sukalah bila lelaki memuji. Jadi kami macam ade affair but unofficial. dia pun ada cerita pasal kahwin, anak cucu apa semua dgn aku. Siapa je yg tak happy bila berangan pasal masa depan dgn pasangan masa tgh hangat bercinta?

Tetiba suatu hari tu dia avoid aku. Macam2 alasan dia bagi. Katanya dia dah mula kerja downtown lepas habis SPM haritu. Aku pun ye kan jelah. Niat di hati kan konon nak menjadi pasangan yg paling memahami.. Tapi aku hairan, takkanlah busy sgt sampai tak boleh balas text aku? Tak logik. Aku on whatsapp and tengok2 status dia tengah online tapi tak balas text aku. Macam2 cara aku pancing supaya dia balas. And at the same time aku post2 utk tahu dia online ke tak. Masa tu function 'double blue tick' takde lagi. Kuno.

Sampailah satu hari tu aku dapat tahu dia baik ngan ex dia balik! Dan dia sound aku kata aku ni bingit sebab text dia xsudah2. Daripada akak-adik, tukar sayang-ayang then last dia bahasakan kau-aku je. That's why I said, aku heartbroken back to back. First ex (R), A lepas tu kena dgn N pulak.

Sebab tu aku serik dengan cinta orang yg muda dari aku ni. Aku pernah bercinta dengan semua peringkat dgn orang yg muda dari aku (R and A), sebaya (n) dan tua dari aku 5 tahun (masa aku form 2 baru nak kenal cintan). Boleh kata semua break tinggalkan aku sebab masalah ada perempuan lain. Yes, I always be the second option for a guy.

Aku kadang tak paham kenapa. Sebab aku dah cuba menjadi yg terbaik utk dorang. Jujur kalau aku dah sayangkan seseorang, aku akan sayangkan dia sepenuh hati. Aku tak pernah curang, text or even contact dengan lelaki lain. Tumpuan aku hanya pada dia sorang. Aku punyalah jaga diri aku. Aku tak pernah disentuh atau menyentuh lelaki lain. Aku nak suami aku rasa istimewa kerana hanya dia yg akan dapat pegang aku selepas sah nikah nanti. Bukankah itu impian setiap lelaki utk dapatkan isteri yang suci?

Bila dah pernah kena 'game' dengan A ni yg buatkan aku serik utk buka hati utk L. Sebab gaya dia macam sama dgn A. Tak dinafikan L seorang yg jaga agama dan amalnya. Dia siap boleh kata kat aku,

"Pasal agama dan iman saya awak jgn risau. Saya tak naklah bagitau apa2 yg saya buat kan, masuk itu ini ke apa itu semua, tapi cukuplah saya cakap awak tak perlu risau pasal agama saya"

Okay. tak risau pasal agama kau sebab aku tengok dah pun family kau jenis berkopiah dan tudung labuh bagai. Aku masih belum sampai ke tahap itu. Tapi aku jugak bukan hijabista. Aku cuma pakai tudung awning indon tu dan pernah dikutuk N "Awak ni macam makciklah pakai tudung ni!" So judgmental... padahal aku terangkan kat dia "Biarlah macam makcik pun. Saya pakai tudung ni sebab senang nak solat. Bukak & sarung je. Cepat."

"Semayang pun, pakai la tudung bawal. Macam hijabista tu"

N pentingkan penampilan jugak rupanya. Haih

Okay, melalut lagi! Back to point, L ni mulut dia agak berbisa jugak. Laser orang kata. Dan kerja nak menilai orang je. Apa guna agama terjaga tapi mulutnya tak? Pun tak boleh jugak kan? So, aku dah mula tak suka pasal mulut dia ni. Pernah kami berborak on call, dia ceritakan pasal ajal seseorang yang naik motor. Nak potong lori punya pasal, dia potong ikut jalan rumput, terlanggar bonggol dan tercampak depan sebuah lori. Mati kena lenyek. And all he can ever said was "haha macam lawak pulak"

Oi, ini pasal ajal maut. Takde apa yg kelakar. He's too liberal i can say. Dia cakap belilah kereta, jangan naik motor nanti mati cepat lah, bla bla... Kau rasa? Aku balas kata2 dia dengan kata "tak semua orang mampu." Lagipun ajal maut kat tangan tuhan. "Belilah kereta! awak tahu tak kereta sekarang 5ribu pun dah boleh dapat. Tapi kereta kancil la."

Amboi, dia kata macam dia pandai sangat dan tahu segalanya pulak. "Second hand?" aku buat2 bodoh. "Aah la." Kereta second hand setahu aku kena bayar cash. "Awak ingat semua orang mampu macam awak?" Dia anak orang kaya. Ayahnya pengurus syarikat, gaji RM20k. Kalau nak keluarkan kereta, anytime pun boleh. Okay yg ni aku tak tanya, tapi dia yg cerita. Dia yg cakap. Sounds riak for me. Aku tak suka orang macam ni.

"Habis tu beli moto tu kan bayar jugak bulan2. baik beli kereta"

Lantak dialah. Aku boleh tahu dah dia ni jenis kalau cakap nak menang je. Aku diam tak bermakna aku bodoh, tapi aku simpan penilaian aku pada dia ni dalam2. Dia boleh cerita pasal family dia dalam masa 1 malam phone call. Aku hampir tahu semuanya pasal keluarga dia. Kerja gaji mak bapak, rumah kat mana, pernah dipinang perempuan, apa semua aku tahu. Budak baru nak up kot, biarlah.. Tapi aku layankan aje sebab aku sepi. Handphone aku ni boleh kata functionnya dah bertukar jadi utk main game dan jadi kalkulator time belanja barang dapur je paling2.

Perhubungan aku dengan L ni aku labelkan as 'friend with benefits'. Dia perlukan aku utk release stress study dia. Dan aku perlukan dia utk teman berborak. Itu je. Tak lebih. Tapi dia yg melebih-lebih nak cerita pasal kahwin dengan aku apa semua. He even said, dia boleh tampung aku lah lepas 'kita' kahwin sebab dia mampu dan berasal dari keluarga yg kaya.

Sorrylah, aku bukan jenis perempuan materialistik. Selama aku couple dengan ex aku yg 6 tahun tu pun, aku tak pernah mintak dia belikan apa2. Aku cuma mintak dia tuliskan reasons dia sayang aku for about 1000 notes. But he can't and won't do it. 4 tahun aku tunggu dia bagi kejutan dengan notes tulisan dia, but aku tak pernah dapat. Yet, aku still berada dgn dia sampai aku akhirnya tepu dengan perasaan sabar aku sendiri.

Disebabkan meluat dengan angan2 Mat Jenin dari L ni, dan alang2 dia pernah cakap aku ni perempuan yg perfect, sempurna, aku tanya dia killer question je utk tahu dia ni lelaki jenis boleh pakai ke tak.



"Let say awak dapat tahu saya ni bukanlah seperti apa yg awak harapkan, what will you do?"
 
#13
"I don't know"

Terus sepi. Jawapan dia cukup untuk buat aku lagi tak perlu percayakan L. Sedangkan N dulu, siap janji akan terima aku seadanya,

"Bodohlah saya kalau tinggalkan awak sebab kekurangan awak"
"Bodoh?"
"Sebab tak nampak kelebihan awak"

Aku masih lagi hidup dalam mimpi yg N ciptakan untuk aku. Dulu hari2 aku balik kerja, aku pergi karaoke sampai nak tutup dah tempat tu sebab nak nyanyi lagu Pelamin Anganku Musnah by Azie. Dalam 2 bulan jugak habis duit melalak & melepas perasaan kat situ. Lepas tu aku dah insaf. Aku kembali dengan rutin lepas balik kerja, duduk rumah berkurung dalam bilik.

Sekarang ni lagi teruk, pukul 9 lepas isyak aku dah tertidur. Dengan tak off game Kim Kardashian kat hp nya, aku tertidur dengan muka tersembam atas phone. Sedar-sedar tengah2 pagi2 buta. Aku terpisat-pisat bukak mata. Bukak contact lense lepas tu sambung main game Kim kejadah tu sampai habis bateri phone. Bateri phone aku hanya utk main game tu je. Kalau tak pun, aku on off hp utk tengok gambar sendiri. HA HA. Memang lifeless gila rasa.

Dalam tempoh nak lupakan kisah sedih aku, aku cuba jadikan tu as my new addiction sebab dalam tempoh sekarang ni aku takde mood nak membaca. Padahal dah berlonggok buku aku beli. tapi tak sempat baca pun lagi aku dah beli buku lain. Even kawan ofis pun ada bagi aku buku baru utk dibaca. Semuanya aku buat hiasan atas almari sampai berhabuk. Aku suka buku baru sebab aku nak amik bau dia je. Bukak page randomly, dan hiruppp dalam2. Perasaan yg tak dapat aku gambarkan. Kau kena cuba sendirilah baru tahu.

Sebelum ni aku suka baca komik & novel but of course not novel cintan eh, please. Bahasa dia tak setaraf otak aku. Aku more to simple. That's why aku suka novel from FIXI dan Lejen Press. Pernah aku excited baca 1 novel sampai 3 hari je habis. Okay, itu sahaja rekod yg aku mampu. Bagi orang yg malas membaca macam aku ni, it's quite impressive what..

Sekarang ni aku suka baca quote pendek2 je. Rajin aku buka insta sebab nak baca quote2 kat insta yg aku follow. Yg mana aku suka, aku akan simpan dan keep re-reading it as a reminder. Tak dinafikan, sejak break dengan N ni, aku makin cuba dekatkan diri dengan tuhan. Aku follow akaun2 agama dan dakwah. Aku berazam nak menjadi lagi baik. In my evil side, biar dorang2 yg tinggalkan aku ni rasa menyesal suatu hari nanti! MUAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA






Hmm...... dah kata, aku ni bukannya baik sangat. Kadang ada jugak jahatnya. Tapi jahat aku kategori comel lagi. Comel sikitlah. Sikit je. Okay. Tak. Tipu. mmkay Bye.
 
#14
"Kau yang tinggalkan aku. Now bila aku dah move on kau datang balik salahkan aku. Kau pehal?"

A page of secret confession kat twitter post that status. Aku tak tahu kenapa tapi baca tu je instinct aku terus kata itu ex aku yg buat confession. Aku percaya instinct aku. Sebab few days sebelum tu dia tanya aku why aku break ngan dia. Memang aku marah gila. Aku terus block dia kat whatsapp, insta & FB. Lepas tu aku update status kat fb. Aku takdelah marah or guna kata kesat. Cuma aku kata terima kasih orang yg tak kenang budi.

Tetiba mak ex aku komen tanya siapa? Aku tahu, mak dia tahu aku tengah cakap pasal anak dia tu. Bapak dia pulak g join like komen mak dia tu. Aku tahu fb aku dah 'dicemari' semua keluarga ex aku. Dari mak, bapak, adik-beradik, sampailah ke makcik2 dia semua add aku. Adik dia siap buat relationship status dengan aku as brother. Masa sebelum update tu aku dah fikir dah dan memang kalau boleh memang nak family dia semua nampak pun status aku tu dan tahu aku tengah cakap pasal dia. Tapi aku takdelah sampai mention nama. Aku tak nak malukan dia. Just biar dorang who close to us know, perangai sebenar dia. & tak put blame on me sebab dumped him.

Tetiba aku dapat SMS. eh?
And it's from him.

Oh, yalahhh.. aku lupa ada modus operandi lain utk contact aku! wkwkwkwk

Punyalah panjang berjela dia meseg aku. Aku pun unblock whatsapp and balas text dia kat situ. Dia kata aku fitnah dia. Oh. Really? entah. Aku pun g check twitter dia. Dia ada favorite kot tweet dari account tu, to be exact that tweet. Ha, aku consider tu as bukti jelah. Aku trapped dia.

"Then kalau bukan you yg tweet, why you favorite? means you mean it too"
"I fav things yg relatable je."
"so, now you admitlah yg benda tu relatable & it's me who you talking about?" (cuz I'm the only ex that he got)

Dia tak balas. Aku tunggu gak jawapan dari dia. 2 hari babe aku tunggu. Last2 aku block dia balik kat whatsapp. And aku consider kitorang takkan berbaik lagilah sekarang. Dia pun seems dah 'move on' dgn kawan2 perempuan dia tu (walaupun kat tumblr meroyan pasal aku). Siap cakap lucah dan mencarut terang-terangan dengan those girls in their tweets. Perempuan & lelaki apa camtu jenis cakap lucah? Padahal masa selama dgn aku dulu bahasa dia sopan je sebab aku dah 'trained' dia cakap baik2 je, jangan mencarut aku tak suka. And now since kawan dengan perempuan2 tu perangai dia totally berubah. I can say, instinct aku dulu tak salah lah pasal aku halang dia daripada berkawan dgn dorang. Nampak kan sekarang?

Sorrylah, aku memang tak suka lelaki mencarut. Even kalau aku tak dengar, dan korang just cakap dengan kawan2 lelaki korang pun, I don't like it. Tak perlu hipokrit tak mencarut depan aku, cuz Allah knows who you are.
 
#15
"We don't know about the future. But right now, you own my heart.."


Omgeeeeeeeeeeeeeeeee. L cuba ambil hati aku lagi. Dia ni tak pernah lelah ke kejar aku? Aku tak faham. Semalam aku jumpa kengkawan perempuan aku. Ada yg cikgu, nurse.. Aku saja cerita pasal cecinta orang muda ni, dan kawan aku yg cikgu tu kata, budak2 sekolah sekarang ramai yg nak pikat dia dan cikgu2 lain. They even try to intimate with her. Bila cikgu tak nak layan, dorang boleh kata "Alah, umur cikgu 24. umur awek saya 26, takde ape pun. Rilekkk je".

Tahi. It's like a trend pulak sekarang ni budak2 muda nak bercinta dgn kami2 yg lagi tua dari dorang dan dah bekerja. Eh, senang buat duit! (ayat MahaRajaLawak Megaaaa!)

"Kau jangan layan dia Ell.."
"Aku memang malas nak layan dia. Aku just contact dia kalau aku bosan je"

Skandal ke? Ah... entah. Tapi semalam aku dah cakap dgn L. Let's be friend with benefits.


Gila.


Tawaran apa yg aku buat ni?


"Saya ada time awak perlukan saya. Dan awak perlu ada time saya perlukan awak"


L meroyan. Terus dia panggil aku kakak. HAHAHAHAHA Aku terus tak betah nak layan dia.


"Kakak. Saya suka akak"


Kakak? Aku tak suka orang panggil aku kakak actually. Sebab aku takut yg panggil aku tu malu nanti kalau orang tegur yg muka aku lagi nampak muda dari dorang. See? Aku ni prihatin lagi baik, tak kejam pun. HAHAHAHAHAHA okay. dah. stop.


Aku betul2 tak faham dengan L ni. Aku pernah tanya dia ada ke adik-beradik yg sebaya aku? Ada. Abang pulak tu.

"Awak nak kenal dengan abang saya?"
"For what?"
"Mana tahu awak nak kahwin dengan dia"


Aik? Main offer2 pulak? Kata 'chentakan awok sangat'. ZzZzZ..... Abang dia pun jenis beragama. Seperti yang dia cerita, abang dia dah pun ada calon nak kahwin tahun depan. Perempuan bertudung labuh. Agak lama gak dorang bercinta. Tapi baru sekarang ni abang dia persoalkan perempuan tu tak sekufu dengan dia. Kan dorang kayaaa~ Perempuan tu pulak jenis keluarga yang memang susah, tinggal kat kampung, rumah pun rumah kayu (ni semua kata dia, aku ulangtayang je macam Astro). And then, abang dia siap came out with excuse yg perempuan tu tak pandai / tak pakai mekap langsung. Abang dia dah hilang selera nak kahwin memikirkan nanti lepas kahwin perempuan tu takkan berubah (berhias), pakai mekap2 ni semua.

Aku as seorang yg prihatin masalah perempuan tu, aku cakaplah kat L.


"Perempuan mana boleh berhias, mekap2 ni. Lagilah dia bertudung labuh. Nanti tak melambangkan imej Islam sebenar yg dia bawakan. Bagilah dia chance. Mana tahu lepas kahwin nanti dia baru nak belajar pakai2 mekap utk suami dia."
"Tulah masalah perempuan tau tak? tak reti nak bergaya", emosi pulak si L ni.

"Tengoklah dulu. Kecantikkan seorang perempuan kan hanya utk suaminya saja? dah kahwin kalau dia still tak berubah, nanti ajarlah dia pastu. Suruh dia pakai mekap ke, baju seksi2, pakai baju 'Rahsia Victoria' ke...bla bla bla"

Okay tak. tu tipu. Aku cuma cakap sampai mekap tu je. Yang pakai seksi2 tu ada dalam otak aku je tapi tak terluahkan. Risau dia fikir aku ni notty professor. Eh.

Haaa... dengar ye perempuan2 sekalian. Lelaki nak kita berhias. Suka tengok kita cantik2, barulah dorang bangga nak ngaku kita ni dia yg punya. Tapi bagi aku berhias ni ada limitnya. Jangan la sampai tabaruj. Dan berhias wanita ni hanya utk tatapan suaminya bukan utk yg bukan mahramnya.

Actually, lelaki2 ni pun korang tak bolehlah terus nak judge seseorang perempuan yang nampak selekeh ni. Because... Aku sebagai perempuan, I have to admit. Bila aku keluar, memang aku selekeh. Bukanlah rupa tak mandi. Tapi jenis baju tak gosok, tak pakai mekap, perfume pun macam bau2 bacang je takdelah aku pakai bau sampai langit ke tujuh. TAPI. itu kalau keluar.

Kalau kat rumah,.. aku jenis suka melawa kat rumah. Pakai lipstick, sepit rambut bunga2 cinta, baju blink2 dan seluar ranggi. Tapi itu semua kat rumah. Keluarga aku je tahu aku melaram macam mana kat rumah. Sebab aku seorang yg bertudung luar rumah, so aku moderate je dalam bergaya. Kat rumah baru aku beriya. Kakak aku even persoalkan buat apa kau beli hair straightening / curly iron ape kejadah semua ni? It's my passion. Jangan persoalkan.

So, lelaki. Kalau kau dapat yg selekeh dalam bergaya, tak bermaksud kat rumah pun dorang selekeh. Sebenarnya, perempuan yg berhias kemain masa keluar rumah nilah yg korang harus bimbangkan. Sebab perempuan jenis camni yang bila duk umahnya dorang akan seselekeh mungkin. INI FAKTA. Kau nampak macam mana penekanan aku terhadap penggunaan caps lock kat situ?

Sebab benda ni dah jadi kat kawan office aku sendiri. Dia kutuk bini dia. Selama belum kahwin asyik dating je hari2. Bini dia memang nampak cun gila lah. "Flawlessnya sis" bak kata budak2 baru nak up / mengampu. Bila dah kahwin ni, baru dia tahu bini dia kalau duk rumah rupanya tak semenggah langsung.. Nyesal kahwin! Okay yang ayat ni tak. Aku je tambah. hehe

One tips untuk lelaki. Perempuan yg vogue, melaram gila2 masa keluar rumah probably is the most selekeh girl masa duk kat rumah dan ada kemungkinan biliknya berselerak dan bersepah macam tongkang pecah. Perempuan yg jenis simple je masa keluar, mekap pun tak, she's a tidy & neat person. Bilik tidurnya sgt teratur dan kemas biasanya. Weols jenis tak suka mekap sebab rasa nanti muka tu nampak kotor, berminyak dan so on la perasaan yg melecehkan. So, don't judge book by it's cover dan jangan bangga sangat dengan awek2 korang yang kuat melaram & mekap tu. Okay? Aku tahulah fakta ni sebab aku perempuan.











Eh, mana kisah Ell dan L tadi?
 

dieda

Well-Known Member
#16
"We don't know about the future. But right now, you own my heart.."


Omgeeeeeeeeeeeeeeeee. L cuba ambil hati aku lagi. Dia ni tak pernah lelah ke kejar aku? Aku tak faham. Semalam aku jumpa kengkawan perempuan aku. Ada yg cikgu, nurse.. Aku saja cerita pasal cecinta orang muda ni, dan kawan aku yg cikgu tu kata, budak2 sekolah sekarang ramai yg nak pikat dia dan cikgu2 lain. They even try to intimate with her. Bila cikgu tak nak layan, dorang boleh kata "Alah, umur cikgu 24. umur awek saya 26, takde ape pun. Rilekkk je".

Tahi. It's like a trend pulak sekarang ni budak2 muda nak bercinta dgn kami2 yg lagi tua dari dorang dan dah bekerja. Eh, senang buat duit! (ayat MahaRajaLawak Megaaaa!)

"Kau jangan layan dia Ell.."
"Aku memang malas nak layan dia. Aku just contact dia kalau aku bosan je"

Skandal ke? Ah... entah. Tapi semalam aku dah cakap dgn L. Let's be friend with benefits.


Gila.


Tawaran apa yg aku buat ni?


"Saya ada time awak perlukan saya. Dan awak perlu ada time saya perlukan awak"


L meroyan. Terus dia panggil aku kakak. HAHAHAHAHA Aku terus tak betah nak layan dia.


"Kakak. Saya suka akak"


Kakak? Aku tak suka orang panggil aku kakak actually. Sebab aku takut yg panggil aku tu malu nanti kalau orang tegur yg muka aku lagi nampak muda dari dorang. See? Aku ni prihatin lagi baik, tak kejam pun. HAHAHAHAHAHA okay. dah. stop.


Aku betul2 tak faham dengan L ni. Aku pernah tanya dia ada ke adik-beradik yg sebaya aku? Ada. Abang pulak tu.

"Awak nak kenal dengan abang saya?"
"For what?"
"Mana tahu awak nak kahwin dengan dia"


Aik? Main offer2 pulak? Kata 'chentakan awok sangat'. ZzZzZ..... Abang dia pun jenis beragama. Seperti yang dia cerita, abang dia dah pun ada calon nak kahwin tahun depan. Perempuan bertudung labuh. Agak lama gak dorang bercinta. Tapi baru sekarang ni abang dia persoalkan perempuan tu tak sekufu dengan dia. Kan dorang kayaaa~ Perempuan tu pulak jenis keluarga yang memang susah, tinggal kat kampung, rumah pun rumah kayu (ni semua kata dia, aku ulangtayang je macam Astro). And then, abang dia siap came out with excuse yg perempuan tu tak pandai / tak pakai mekap langsung. Abang dia dah hilang selera nak kahwin memikirkan nanti lepas kahwin perempuan tu takkan berubah (berhias), pakai mekap2 ni semua.

Aku as seorang yg prihatin masalah perempuan tu, aku cakaplah kat L.


"Perempuan mana boleh berhias, mekap2 ni. Lagilah dia bertudung labuh. Nanti tak melambangkan imej Islam sebenar yg dia bawakan. Bagilah dia chance. Mana tahu lepas kahwin nanti dia baru nak belajar pakai2 mekap utk suami dia."
"Tulah masalah perempuan tau tak? tak reti nak bergaya", emosi pulak si L ni.

"Tengoklah dulu. Kecantikkan seorang perempuan kan hanya utk suaminya saja? dah kahwin kalau dia still tak berubah, nanti ajarlah dia pastu. Suruh dia pakai mekap ke, baju seksi2, pakai baju 'Rahsia Victoria' ke...bla bla bla"

Okay tak. tu tipu. Aku cuma cakap sampai mekap tu je. Yang pakai seksi2 tu ada dalam otak aku je tapi tak terluahkan. Risau dia fikir aku ni notty professor. Eh.

Haaa... dengar ye perempuan2 sekalian. Lelaki nak kita berhias. Suka tengok kita cantik2, barulah dorang bangga nak ngaku kita ni dia yg punya. Tapi bagi aku berhias ni ada limitnya. Jangan la sampai tabaruj. Dan berhias wanita ni hanya utk tatapan suaminya bukan utk yg bukan mahramnya.

Actually, lelaki2 ni pun korang tak bolehlah terus nak judge seseorang perempuan yang nampak selekeh ni. Because... Aku sebagai perempuan, I have to admit. Bila aku keluar, memang aku selekeh. Bukanlah rupa tak mandi. Tapi jenis baju tak gosok, tak pakai mekap, perfume pun macam bau2 bacang je takdelah aku pakai bau sampai langit ke tujuh. TAPI. itu kalau keluar.

Kalau kat rumah,.. aku jenis suka melawa kat rumah. Pakai lipstick, sepit rambut bunga2 cinta, baju blink2 dan seluar ranggi. Tapi itu semua kat rumah. Keluarga aku je tahu aku melaram macam mana kat rumah. Sebab aku seorang yg bertudung luar rumah, so aku moderate je dalam bergaya. Kat rumah baru aku beriya. Kakak aku even persoalkan buat apa kau beli hair straightening / curly iron ape kejadah semua ni? It's my passion. Jangan persoalkan.

So, lelaki. Kalau kau dapat yg selekeh dalam bergaya, tak bermaksud kat rumah pun dorang selekeh. Sebenarnya, perempuan yg berhias kemain masa keluar rumah nilah yg korang harus bimbangkan. Sebab perempuan jenis camni yang bila duk umahnya dorang akan seselekeh mungkin. INI FAKTA. Kau nampak macam mana penekanan aku terhadap penggunaan caps lock kat situ?

Sebab benda ni dah jadi kat kawan office aku sendiri. Dia kutuk bini dia. Selama belum kahwin asyik dating je hari2. Bini dia memang nampak cun gila lah. "Flawlessnya sis" bak kata budak2 baru nak up / mengampu. Bila dah kahwin ni, baru dia tahu bini dia kalau duk rumah rupanya tak semenggah langsung.. Nyesal kahwin! Okay yang ayat ni tak. Aku je tambah. hehe

One tips untuk lelaki. Perempuan yg vogue, melaram gila2 masa keluar rumah probably is the most selekeh girl masa duk kat rumah dan ada kemungkinan biliknya berselerak dan bersepah macam tongkang pecah. Perempuan yg jenis simple je masa keluar, mekap pun tak, she's a tidy & neat person. Bilik tidurnya sgt teratur dan kemas biasanya. Weols jenis tak suka mekap sebab rasa nanti muka tu nampak kotor, berminyak dan so on la perasaan yg melecehkan. So, don't judge book by it's cover dan jangan bangga sangat dengan awek2 korang yang kuat melaram & mekap tu. Okay? Aku tahulah fakta ni sebab aku perempuan.











Eh, mana kisah Ell dan L tadi?
a,ahh,,mn kisah nye??>>>ehh,,tb2 nyampuk
 
#20
"Awak, kita nak pergi mana ni?"
"Alah, awak ikut jelah.. Jangan byk tanya."
"hm..yelah..."

Aku pakai helmet. Suami aku ikatkan tali topi keledar aku. Sayang betul dia kat aku. Nak jaga aku betul2. Yelah, sebab dah lama dia try aku, susah nak dapat ni!

Kami naik scooter Modenas Elegant yg dia beli masa zaman bujang dulu2. Aku ikutkan saja. Tak tahu ke mana arah tuju dia nak bawa. Tahu2 dah sampai dekat The Curve.

Wahhhh pergi shopping!!

Jerit aku dalam hati. Aku dah riang2 dah jalan pegang tangan suami aku walau badannya macam Abam Bocey. Tetiba dia ajak masuk Dip N Dip. Aku agak awkward masuk kedai2 camni. Aku cuma layak makan kat warung je. Tak betah masuk tempat yg nampak kelas ni. Takut duit xcukup. Ah, tapi dah suami aku yg bawak, lantak lerrr...

Dia tarik tangan aku ke satu meja. Yang ramai dengan lelaki. Hati aku tak sedap. Berdebar-debar kemain macam nak tercabut jantung.

Eh, macam kenal... OMG.

E duduk dan minta maaf sebab lambat.

"Sorry la geng, lambat sikit. Hehehe"
"yelah... orang dah berbini kan.." perli kawan E.
HAHAHAHA

Semua gelak. Aku terbungkam. Hati aku dah tak senang. Rasa macam nak lari dari situ. Depan mata aku, N ada bersama isterinya. Si perempuan yg jadi punca dia tinggalkan aku beberapa tahun dulu. E borak2 dengan kawan2 nya yang lain. Dan aku? Aku rasa sedih, stress, pening, macam nak pitam dan nak je aku jerit

TIDAKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK!!!!!!


Jauh betul aku mengelamun! Aku cuak kalau2 jarum E utk ngorat aku mengena. Aku lemas dalam bayangan sendiri. E, N dan kawan2 nya yang lain suka lepak ramai2. Biasanya dorang akan lepak sambil bawak pasangan masing2. Bila aku fikirkan kalau aku terpaksa berdepan dengan N dan isterinya nanti, itulah yg aku paling tak sanggup. Nanti forever aku berdosa sebab ingat kat dia walau dengan suami aku.

Haih. Kusut fikiran aku ni. Jauh benar berangan!

Aku duduk sendiri memikirkan pasal E. Daripada haritu lagi actually aku dah rasa menyesal contact dia pasal nak tanya about N tu. Ingatkan akan terhenti kat situ je, tapi si E ni ter-berkenan pulak kat aku. Aku ni yang payahnya kalau orang text, aku tetap akan cuba balas walaupun aku tak suka orang tu. Sebab aku tak suka dicop sombong dan yg paling2, aku paham perasaan orang yg dah text tu. Mestilah dorang mengharapkan text dorang berbalas. Aku tak nak orang rasa sakit hati bila aku tak balas. Aku tak nak orang rasa apa yg N dah buat kat aku; tak pernah balas meseg aku since that day. Tapi benda ni macam menjerut aku jugak sebenarnya. Kalau dah tak suka, buat apa layan? Kan ke itu secara tak langsung macam kau dah bagi harapan kat dorang? Nanti end up aku jadi macam N jugak. Bagi harapan menggunung kat orang last2 pergi kat orang lain. Arghhhh!

That's it. Muktamad. Aku terus block E kat whatsapp. Aku tak tahu kenapa, tapi aku rasa lega gila. Mungkin ini salah satu cara terbaik utk aku terus lupakan N. Jangan terlibat or ada kaitan dengan mana2 kawan2 dia sekalipun. Lantaklah. Bayangan aku tadi aku dah boleh buang jauh2. Aku rasa happy sangat malam tu.

Pagi esoknya, aku boleh charge hp kat bilik tanpa sibuk2 nak pegang hp takut2 orang meseg lagi. Aku breakfast sambil tengok Disney Movie. Ah... what a life. Ell yang dulu dah kembali. Aku boleh jadi macam budak2 yg suka tengok kartun lagi tanpa pening memikirkan lelaki2 tak guna tu. Memang Disney Channel kat umah ni family aku subscribe khas untuk aku. Akulah 'budak kecik' dalam rumah tu. Even cerita mengeja kat channel 613 & 616 pun aku layan.

Aku naik ke bilik nak teruskan rutin harian aku macam biasa, dengar lagu. Tapi bila tengok2 hp ada 1 missed call.

"Siapalahhh call pagi2 ni?" keluh aku.


Eh.







E???
 
Top