• Sudahkah anda menulis Diari Cinta anda hari ini?
    Sebagai forumer Forum Tentang Cinta, anda kini boleh menulis dan mencoret kisah manis cinta anda di ruangan Diari Cinta. Hanya satu diari sahaja ya dibenarkan untuk setiap seorang.

kisah hati.

Aku sedar diri aku dah banyak kurang bercakap sekarang ni. Kunci diri dalam bilik tu dah terlalu lazim dengan aku. Sampaikan orang dah tak heran. But bila aku stop bercakap ni, aku perasan, keluarga aku pun perasan and probably mula pelik dengan aku.


Few days ni mak ayah hantarkan aku ke ofis. Dalam kereta, aku tak bercakap apa pun. Sampaikan mak pandang2 tengok aku. Heranlah tu. Seolah aku tak wujud kat seat belakang tu. Ayah pun matanya sambil2 tengok cermin pandang belakang tu, ade tengok2 aku jugak. Aku diam kaku, mata terkebil-kebil je tengok ke luar tingkap. Selalunya naik je kereta at least, aku akan bercakap untuk mintak ayah passkan spek hitam aku from driver side tu. But now, i rather not to speak anything sampaikan aku lagi rela biarkan mata aku menahan terik matahari pagi tu.


Bukanlah aku tak cuba bercakap langsung. I did tried. But then, aku rasa cam "nyesal" bercakap. Baik aku diam je. Ayah pun lately tak banyak cakap sangat. We're both in the same mood kot. Maklah yang beriya nak berborak. Tapi entah.. Aku jadi tak berapa nak cakap. Janganlah mak ingat aku merajuk pulak gara-gara aku tak dapat hang out dengan kawan aku last week.


Last week, kawan rapat sekolah rendah tu ajak aku keluar. Haritu pun entah kenapa aku bangun awal semacam. Keluar bilik, tengok mak ayah still tak keluar bilik lagi. Only then I know, mak tak berapa sihat. Aku cubalah urut2 dia haritu, tapi still camtu jugak. Bukan takde orang lain kat rumah tu, tapi mak lagi prefer panggil aku untuk jaga dia. So, aku terpaksalah cancel kan plan haritu.. Kawan aku tu bukan selalu ajak keluar. Bila dia ajak je, ada je aral melintang menghalang. So, quite few times jugak bila dia ajak aku akan cancel plan last minutes. Lama-lama it seems like aku saja je batalkan plan and everything last minutes. While actually, aku bukan sengaja...


Bila dah jadi for a few times, buatkan aku rasa, orang mesti anggap aku jenis mungkir janji. So, I'm a bit down. Bukan merajuk... Cuma aku rasa... Down. Faham tak? Lagi pun, bukan selalu aku keluar dengan kawan. Orang pun tahu aku duk berkurung je dalam bilik. Duk selfie pun semua dalam bilik sendiri je. Mana ada sangat keluar ke mall ke apa. Bila ada plan, keadaan pulak tak mengizinkan. Aku cuba fikir positif about this. But can't denied, sedikit sebanyak this thing affecting me jugak..


Lagi pulak, semalam aku join meeting with outsource regarding office punya website. I have to be there sebab new assistant manager yang suruh aku join. Sebab aku yang managed our web. Suddenly lepas orang outsource tu balik, our legal counsel (who was in the meeting too) tetiba dengan gaya kereknya bersandar and muka2 kereknya tanya aku "You buat ape actually?". I thought she was asking related to the website, so aku jawablah aku buat tour packages and upload into it. Pastu dia persoalkan lagi, "Takdelah satu harii tu keje you buat ape je?". Serious gaya dia tanya tu kerek gila kau tau. Macam watak perempuan drama yang antagonis. Aku pulak baru masuk keje semalam gara-gara tak bape sihat hari Senin haritu. So memang otak aku lembap sikit. Lagipun masa tu consider awal lagi masuk opis, pagi. Actually kan dari pertanyaan dia tu rupanya dia cam pertikaikan jawatan aku. Actually nama jawatan je tour & multimedia officer padahal aku actually a graphic designer. Keje aku bukanlah buat coding website pun! Just managed it by key-in info into our products. Itu yang dia pertikaikan. Masalahnya company ni dimanage oleh orang2 tua. So they consider ade 3 department je : ticketing, tour or account? While I'm not in any of those. Aku ni patut under marketing. Tapi diletaknya under tour dept dengan nama jawatan entah bukan2 diberi oleh orang tua. Even my friend said, nama jawatan macam nama course kau study dulu je. INDEED!


Again, down lagi. Aku fikir, sampai bilaaa lah aku keje nak makan gaji ni ek. Kadang fed up nak berdepan dengan orang kerek2 ni tau. Sesama bangsa lak tu. Nama jawatan pun nak pertikaikan. Kau tu pangkat lagi besar kot. Kalau nak dibandingkan dengan jawatan aku, apetah lagi gaji aku ni ha.. Jauh besar bezanya makcik oiiiiiii!!!! Entahlah. Ragam manusia. Meleis lazimnya. Seorang muslim beriman setahu aku takkan begitu sikapnya. Meleis with the so-called-Islam-liberal je besenya kes suka dengki mendengki ni.


Ya Allahhhhh... The only reason aku masih mengadap kerja siang malam ni sebab aku nak tampung mak ayah aku je. Since dorang dah tak bekerja. Anak2 lain pun sume busy, ade komitmen sendiri, duduk luar bla3. Until kita jadi malas, dan biarlah kita yang amik tanggungjawab jaga mak ayah tu. Even i'm the youngest. Bongsu. Anak perempuan. But itu jelah sumber kekuatan aku untuk teruskan hidup dan bekerja jadi kuli orang. Can say, 3/4 from my gaji is not even mine. Janganlah korang nak pertikaikan if seseorang tu takde duit simpanan langsung. You just don't know what we're facing through. Single, tak single. Sometimes I don't even eat time lunch break. Kebahagian mak ayah aku yang paling utama. It's not about me anymore. Marriage? Is not my priority. Probably not even on my list anymore.
 
Weeks ago, aku baru pulangkan balik kesemua gambar-gambar R masa baby. Well,... dulu part of "adat-istiadat versawit" (takde istilah ni dalam kamus. Aku sendiri yg labelkan), kalau bercouple je mesti simpan gambar pasangan masa dia baby2 dulu. Konon suweet lah... And aku tak terlepas dari "adat" itu.


But, aku tak nak jumpa or berdepan dengan R lagi. Just pass gambar tu ke mak aku, mintak tolong dia sampaikan pada mak R whenever they drop by kedai makan dorang untuk hantar stok kuih yang kami jual tu. See? Business is still business. Kitorang takde masalah pun on that. Cuma... Aku rasa aku dah tak patut lagi selalu ke kedai dorang tu. Because.. Y'know, I'm getting matured. Baru terfikir sekarang, nampak tak manis bila aku asyik ke sana. Aku ni perempuan.. Nanti orang ingat aku tak moved on, duk terhegeh-hegeh nak amik hati mak ayah ex lagi. Padahal aku takde niat tu pun.. Tapi tu lah, bila aku dah terserempak dengan makcik pakcik dia kat kedai tu tempohari, aku jadi segan... Because almost all of sedara dia semua dah kenal aku dan tahu kisah cintan kami. Hebatnya penangan FB. Believe it or not, half of the people in my friendlist kat fb tu semuanya sedara mara & kawan-kawan dia je. Masih friend! Beratuslah jugak kenalan dia dalam fb aku... Gila.


Aku tanya mak, masa dia pulangkan gambar tu what's happening? Nothing much. Cuma mak R cakap kat mak aku,
"Biarlah kak. Ini hal budak-budak.. Kita tak payah campur ye? Kita still geng tau.."
Then, mak dia peluk mak aku. Entah erat ke tidak, aku tak tahu. Tapi pelukkan sayang yang pasti. The way mak citer pun, aku paham. Dia macam sedih je bunyinya. Sebab bila aku pulangkan gambar tu means macam dah takde harapan langsunglah untuk kami berbaik semula. Kecewa sebab tak dapat nak berbesan dengan orang yang dorang dah rapat and anggap seperti keluarga sendiri.


Dengar citer, mak ayah R akan pergi buat umrah bulan 12 ni. Baguslah, Alhamdulillah...


Teringin aku nak hantar mak ayah aku gi haji. Dorang dah berdaftar dengan LTH. Tapi... giliran dorang akan dipanggil barangkali pada tahun 2070 gitu.. Sebab ramai sangat. Mak and ayah cuma mampu tergelak kecil. Hampa. Aku tahu. Lebih sebak bila aku dengar ayah & mak berkata "Entah ada lagi ke tidak masa tu..." Aku terkelu. Mak ayah takde pencen. EPF pun dah selamat buat beli rumah. Harga rumah sekarang pun korang sedia maklum kan harganya bukan murah..


Saban hari waktu berlalu, aku tengok mak and ayah semakin tua seiringnya aku makin dewasa dan matang. Tengok adik-beradik mak ayah yang lebih nampak uzurnya berbanding dorang buatkan aku makin sebak. Orang-orang inilah yang aku kenal daripada aku kecik lagi. Sekarang masing2 dah nampak tua dengan macam2 penyakitnya. Kadang aku termenung sendiri memikirkan mati. Ade terdetik dalam fikiran aku, mak ayah dah bersedia ke?
Astaghfirullah al azim... If for me, aku memang tak pernah bersedia untuk kehilangan dorang.


Tapi sebenarnya, aku yang sepatutnya bertanya diri sendiri and jawab sendiri soalan tu.
"Sudah bersediakah aku untuk mati?"
Dengan amalan yang on off nya ni.. There's one time dulu, aku terlampau memikirkan pasal mati ni sehinggakan bila tibanya malam aku jadi seriau. Takut nak tidur sebab aku takut akan mati dan esoknya tak bangun2 lagi. Entah tersampuk badi mayat atau apa, but itu baru fikir pasal mati. Belum lagi betul2 nak mati.


Allahu...
Takutnya aku dengan hari terakhir...
Citer pasal hari terakhir, harini last day "pakwe" cina aku a.k.a kawan opis bekerja kat sini.. Somehow, I do feel sad. Takde dah kawan nak main masak-masak kat opis lagi lepas ni.. Aku ngan dia je rajin ke pantri siapkan makan2 untuk any occasion. Pergi beli buah sesama, pastu bawak balik opis potong sesama. Huwaaaa sedihnya :(
 
Kecoh Malaysia or maybe sehingga ke luar negaranya berikutan kejadian hospital di JB terbakar. Nak nangis aku bila dapat berita tu daripada whatsapp. Topik yang dah cukup sesuai untuk aku kaitkan dengan post aku sebelum ni. Tapi kang aku terlebih taip sampai reached the limit, langsung tak boleh terus post kat sini (there's a limit for every post in case you don't know. I've reached it ONCE! haha).


Mati...
Kita fikirkan kita dah sakit / ada sakit itu ini, maka begitulah takdir kematian kita. Tapi Allah menetapkan sebaliknya. Like what just had happened. Pesakit-pesakit yang meninggal adalah yang sememangnya berada dalam keadaan kritikal, on life support. Tapi takdir pengakhiran mereka, mati bukan kerana sakit. Tapi kerana kebakaran. Allah... Pilu aku dengarnya. Tapi itu merupakan syahid kecil bagi orang Islam.


Lately, banyak jugak aku nampak kematian yang menimpa orang-orang muda. Haritu kematian seorang graduan wanita pada hari konvokesyen nya. Terbaru, 2 orang pelajar meninggal kerana dirempuh lori. Allah... Banyak lagi berita kematian orang-orang yang jauh lebih muda daripada umur aku. Ade jugak kes yang isterinya didiagnos ada kanser tapi takdir menetapkan suaminya yang sihat 'pergi' terlebih dahulu kerana exciden.. Buatkan aku terfikir, mati tu memang boleh datang bila-bila masa je, boleh jadi kat mana-mana pun, kat siapa2 pun.


Bagaimanalah cara kematian kita?
Takde siapa yang tahu. Sedangkan Nabi Idris a.s yang siang dan malamnya dipenuhi dengan beribadat kepada Allah, apabila diizinkan Allah untuk merasai sakaratul maut dan dihidupkan kembali, Nabi Idris a.s mengatakan sakitnya sakaratul maut itu 1000 kali lebih sakit daripada binatang hidup yang disiat kulitnya. Allahu... Apa kau yakin dengan amalan kau yang seciput tu boleh menyelamatkan kau daripada sakitnya saat mati?


Sungguh menginsafkan... Tapi janganlah pulak kita berputus asa. Hari-hari doa tu, mintaklah kepada Allah agar dimatikan dalam keadaan Husnul Khotimah. Bak kata seorang ustaz di tv tempohari (lebih kurang gini), "Sedangkan permintaan iblis yang derhaka kepada Allah, meminta untuk terus hidup dan menyesatkan manusia sehingga tibanya hari kiamat dimakbulkan oleh Allah. Inikan lagi pula kita yang solat hari-hari, buat perintah Allah."
Maka apa yang menghalang kita untuk terus meminta kepada Allah?
Berdoalah...
Allah itu Maha Pengasih.
 
Perempuan,
Mesti seringkali kau rasakan bahawa kau sudah menjadi yang terbaik. Kau sudah berusaha memberikan hanya yang terbaik dengan sepenuh hati. Tapi kenapa masih disakiti? Kenapa masih ada kata kecewa dalam perhubungan? Kenapa still ditinggalkan?


Ingatlah, bila masih ada lelaki nakal yang berani mencuba untuk mendekati kau, beerti kau masih belum lagi menjadi wanita yang terbaik.


Hakikatnya, perempuan itu harus dihormati oleh mana-mana lelaki pun. Bila kau benar-benar dah menjadi solehah, sure tak semua laki berani untuk mendekati kau. Bahkan untuk melirik matanya pun tak berani. Tapi kalau kau masih diusik lelaki2 tu, sedarlah. Bukan kerana kau lawa. Bukan kerana kau calon isteri solehah yang dicarinya, tapi sebab mereka lihat kau boleh dibuat 'bahan'. Lelaki suka test market je. Ape kau ingat dorang serious sangat ke dengan kau?


Hadamlah ni, seorang lelaki yang soleh takkan cuba mendekati kau melainkan hanya melalui doa. Kerana takutnya dia akan dosa kepada Allah. Maka dijaga batas ikhtilatnya agar tak membuat Allah murka. Itulah ciri mukmin sejati. Menjaga pandangan mata dari melihat yang haram. Berusaha menahan nafsunya siang dan malam. Bukan yang setakat pakai kopiah atau jubah hipstur hanya kerana "adat" or ikut trend terkini.


Perempuan,
Janganlah tertipu dengan tipu daya lelaki dunia ni. Semua orang boleh menipu dengan penampilan. Tak semua orang dapat lihat dengan benar dek kerana dah tertipu dengan pakaian dorang ni. Baru lelaki tu pakai kopiah, acah2 upload status caption / status keagamaan sikit je kau dah menggelenyor duk kata itulah jodoh yang kau duk cari2 selama ni. Lelaki yang soleh, kononnya. Dik, lelaki soleh ni dia takde masa nak bercinta dengan kau dik. Dorang duk sibuk nak "book" banglo untuk duduk di dalam syurga Allah nanti. Hidup dan matinya hanya untuk Allah. Dan kalau kau cuba cari kat fesbuk ke, twitter ke, memang tak dapatlah. Cuz maybe dorang duk busy join tabligh or baca quran selagi ada masa lapang.


So camne tak nak kena tipu or dipermainkan lelaki lagi??


Dekatkan diri kau kepada Allah...
Bagaimana seorang kuli boleh ampu bosnya untuk dapat naik pangkat dan gaji, walaupun terlihat hina?
Kenapa seorang Islam tak sanggup mendekati tuhan pencipta sekalian alam ni pulak? Bukannya nak kena beli pape bagi pada tuhan pun? Kau cuma perlu tingkatkan iman je. How? Jagalah solat ikut timing, cukupkan waktu solat (lagi bagus kalau kau buat jugak solat2 sunat lainnya), banyakkan mengaji dan mentadabbur makna Al-Quran, perbanyakan sedekah atau kalau sengkek sangat pun buatlah kebaikan dan niatkan semuanya kerana Allah. Lillah hi ta'ala. In shaa Allah, bukan setakat gaji je naik, jodoh, harta, zuriat, kesenangan hidup malah syurga pun mampu kau miliki. Name it, anything!


Tak rugi pun menjadi hamba yang taat kepada Allah. Yang ruginya kalau kau masih teruskan hidup tanpa ada sekelumit niat pun untuk berhijrah menjadi lebih baik dan beriman kepada Allah. Duk asyik fikir pasal cinta, cinta dan cinta daripada seorang lelaki (or vise versa). So, peringatan untuk kaum lelaki juga, perempuan solehah tu takkan terlihat di fesbuk, insta, snapchat etc ye.. Perempuan solehah takkan tergamak pun nak post selfie bagai ni. Not even acah2 post pic with caption islamik tapi profile open to public... Habis semua lelaki ajnabi pun dapat tengok muka dan "kesolehah-an" dorang hatta hanya sekadar nampak mata. Pelis. Stoplah niqabistur semua. Cukup-cukuplah dengan trend hijabista dulu. None of this represents Islam. Kewujudan kau hanya sekadar menjadi fitnah kepada lelaki. Yes, inilah fitnah akhir zaman yang dah diberitahu oleh Nabi ribuan tahun dahulu.


"Syaitan tu akan selalu membuatkan kau nampak suci dalam berbuat dosa" - Ell En
 
Mak dan ayah mengadu pada aku lagi pasal perihal adik-beradik aku yang lain. Tapi dalam dorang mengomel tu, terbit rasa kasihan pada setiap anak-anaknya. Biasalah tu... Hati mak bapak. Walau anak tu layan dorang camne pun, tetap ada rasa kasihnya yang tak pernah berkurang. Bab kasih manusia nan satu ni, tiada tandingannya walaupun daripada seorang lelaki yang mengaku cinta mati pada kau (Kenapa amik contoh lelaki? Sebab lelaki setia memang rare dan mantop kasih sayangnya).


Aku paham dorang cuma nak meluahkan rasa. But then, I make them stop and think.
"Bagi orang, senang je... Apa yang dorang buat kat mak dan ayah, secara tak langsung itulah jugak yang dia kena dalam hidupnya.."
"Mak redha (dengan layanan dorang ke mak)..",
sentap kot mak bila dia ingat aku fikir mak yang doakan bukan2 buat anak2nya sehingga dapat balasan daripada tuhan. Tapi bukan gitu maksud aku...
"Mak, ini bukan pasal mak redha ke tak. Tapi inilah hukum dunia mak. Apa yang kita buat, itulah yang kita akan dapat. Mak itu, emak. Redha Allah bergantung kepada redha mak bapak. Bagi orang, senang je... Kalau hidup kita ada something yang tak betul, tak payah nak tuding jari or salahkan orang. Kita lihat balik diri kita. Maybe ada benda yang salah kita dah buat. Tak jaga hubungan dengan Allah ke, solat lambat ke, tak hormat mak bapak ke... Anything. Just jangan salahkan orang lain. Sebaliknya kita salahkan diri kita dulu. Perbaiki diri kita dulu, in shaa Allah, orang2 sekeliling kita akan berubah jugak."


Mak terdiam. Ayah pun nampak macam tersentak. Tak sangka barangkali anaknya yang masih dilihat kecik lebih bersikap matang daripada anak-anak yang lain. Yes, it's true. Perubahan aku ni amat dirasakan setelah kehilangan cinta-cinta yang dulu. Aku jadi makin rajin membaca bahan-bahan ilmiah dan islamik. Sedikit sebanyak memberi peringatan kepada aku. Kesedaran yang tiada tandingan harga. Alhamdulillah, kini baru aku nampak hikmahnya cinta kami tu terputus di tengah jalan.


Aku bukan nak tunjuk pandai depan mak bapak. Tapi aku rasa dah masanya untuk aku stand up, nyatakan pendapat mana yang aku rasakan betul. Dulu pernah jugak aku rasa down, sedih dalam penghijrahan aku ni. Sedih sebab aku rasa struggle sorang-sorang. Yelah, keluarga aku bukan dari keluarga alim, ulama'. Pengetahuan agama masing2 sekadar basic. As anak bongsu, akulah yang paling tak mendalami agama. Zaman aku membesar kurang ada masa dengan mak dan ayah. Sampaikan dulu dorang join direct selling, aku ikut je dorang pergi seminar apa bagai sebab itu je waktu yang aku ada untuk bersama dorang. Lain dari itu, almost hari2, dari bangun tidur hingga ke waktu nak tidur, aku hampir tak jumpa mak and ayah. Bukan salah dorang mencari duit actually. Masa tu Malaysia kegawatan ekonomi sehinggakan ayah aku dibuang kerja. Lama kami hidup susah. Aku sedar itu. Aku tak bersekolah agama, Dengar je pasal agama, aku jadi 'panas' and nak larikan diri. Bila kawan2 sebaya tahu serba-serbi pasal agama, aku jadi down. Malu. Apesal aku tak tahu pape? Asal takde sape ajar? Kenapa aku sendiri lari dari agama? No wonder, sebab aku takde 'core' yang kuat untuk aku berpegang, untuk bimbing aku. Buatkan dah tua-tua ni baru aku bertatih nak amik tahu semua. Semoga semuanya belum terlambat lagi buatku...


Pernah aku salahkan keadaan keluarga aku begini, circle of friends aku yang begitu.. Salahkan everything atas sikap jahil ku sendiri ini. Sehinggalah pada suatu hari aku terjumpa quotes.
"Jika sekelilingmu terasa gelap, barangkali dirimu yang dikirim oleh Allah sebagai cahaya bagi mereka".
Takdelah rasa diri aku ni baik mana. Cuma ayat itu memberikan aku kesedaran bahawa aku takleh terus-terusan mengharapkan orang lain untuk membimbing aku. Mungkin aku yang kena bangkit sendiri, ubah diri sendiri supaya dapat inspired orang sekeliling aku pula untuk turut berubah. Memang hakikatnya begitu. Orang kita kan memang suka berteman. Buat apa semua nak kena ada geng. Paham...


So now, whatever it is, korang cubalah untuk tetap menjadi baik. Semua yang baik2 lepas tu akan datang balik dalam hidup kau. Jika beruntung kamu akan menemukan orang yang baik. Jika tidak, kamu akan ditemukan pula oleh orang-orang baik. Papepun, buatlah semua niatkan kerana Allah. In shaa Allah kau takkan tersasar. Atas segala masalah / kesulitan yang kau tengah hadapi sekarang, carilah masa untuk introspek diri sendiri, cari di mana silapnya dalam hidup kau yang kau pernah buat. Maybe selama ni kau kedekut nak bersedekah. Mungkin selama ni kau ada sakitkan hati orang2 sekeliling kau tanpa kau sedar. Mungkin kau tak jaga waktu solat, selalu solat di hujung waktu. Mungkin ada dosa maksiat yang kau masih lakukan hari-hari. Mungkin kau pernah abaikan mak bapak kau. Too many things to list in the maybe-list. Kita sendiri yang lebih kenali diri kita. So, renung-renungkan.. Selamat bermuhasabah diri.
 
Love, Supermoon.


Movie melayu kesukaan aku tuuu! Because the main character is portrayed as me. That's from my own point of view lah.. Tapi penilaian kita ke atas diri sendiri mana pernah tepat. But can say, sedikit sebanyak gitulah perangai Ell. Umpama watak Triz tu. I can watch this film back to back. Tak pernah jemu. Gila kan? Haha. Sesiapa yang belum tengok citer tu, pergilah layan. :D


Malam ni akan ada fenomena Supermoon. Pada 9.52 pm mengikut waktu Malaysia. Selamat menikmati pemandangan terindah ini.. Yang mana, if korang terlepas peluang kali ni, korang cuma akan berpeluang untuk tengoknya pada tahun 2034! Itupun kalau umur kita masih panjang kan.. Siapa tahu apa yang mungkin terjadi? Tak siapa yang tahu walaupun untuk rencana hari esok..


Genap 2 bulan aku dah tak contact L. Can say, itu adalah pencapaian "terbaik" aku setakat ni. Aku nak cuba lupakan dia. But... Gila. Banyak dugaan seolah dalam drama weii... Aku online twitter, nampak ade rt tweet budak2 yang sama nama ngan dia (but bukan dia & i'm not even following those accounts). So aku "rehab" by offline twitter for awhile because benda tu happened for quite a few times. Means, more than once. More than one accounts! Accounts berlainan but still same name as him. So, aku mula berjinak-jinak untuk tengok tv pulak sepanjang tempoh offline social medias tu.


Pun sama. Dan-danlah reporter tv tu ade interview orang yanggg bernama seperti dia. Benda ni pun samaa, suddenly appeared nama dia kat tv. Aku cuba beralih ke radio.. Even in the radio, nama caller2 tu nama sama dia jugakkkkkkk! Tu belum lagi masuk citer pasal orang2 yang gaya dan rupanya ala-ala muka diaa... Like whatehey..... Maka aku cuba dah tak tengok tv or dengar radio. So aku pun cuba rajinkan diri dengan tolong mak buat kerja-kerja rumah. Haritu mak pesan suruh potongkan betik. So aku pun buat kerja alas pakai surat khabar. And guess what... Nama dia ada jugak dalam halaman surat khabar tu........... Huwaaaaaaaa!! Tak cukup dengan nama sebenar dia, nama samaran yang aku bagi ke dia pun seems to appear everywhere. Yang paling terkesan, memeranjatkan dan sangat2 !@#!@$ ...... (aku dah lost of words, tak tahu lagi nak explain camne), handphone aku "ter"auto play his voicenote once he sent through whatsapp. TER eh, TER. Bukan aku yang saje bukak. In fact, dah lama aku tak on sound handphone aku. Apetah lagi main music. Ya Allahhhh.... Allah betul2 nak uji aku.


Suddenly, genap2 2 bulan kami tak contact nii... He appeared into my life. Again. Okay. This one bukan nama je dah. Memang orang dia sendiri. Yang betul2. Tetiba je requested to follow my insta balik. Mak ai... Masa tu aku on the way balik ke KL after attending the wedding tu lah. Berderau darah aku masuk ke jantung. Aku terus locked phone. Termenung aku jap. Terfikir-fikir, should I approved him?


Yelah, like seriously... Kenapa tetiba dia muncul balik? But I acting cool. Approved jelah dia. Malam tu jugaklah. Langsung tak 'Like' any of his pictures. Yelah, selama ni I've been stalked him. Semua gambar and videos yang dia upload aku dah tengok dulu even yang orang lain tak sempat tengok pun (cuz ade yang dia delete balik lepas few minutes been uploaded on his insta) Hahahahaha. Yakinnn je Ell ni semuanya macam kau tengok ek.. Yelah, Allah tu selalu tunjukkan pada aku. Bila aku online je, time tulah jugak (seems to be most of the time) dia uploaded new picture. Hahaha terima kasih ya Allah... Walaupun aku takdelah stalked dia all the time. But whenever I stalked tu kira "perfect timing" lah. Hahaha


But sekarang aku dah okay sikit. Takde sangat dah meroyan pasal dia. I'm okay. I even cam tak caya sendiri, bila tengok muka dia tu, aku cam terfikir sendiri, "Eh, betul ke kitorang pernah kenal dulu? Pernah contact? Pernah jumpa?" Because seems like cam aku dah takde memori sangat pasal dia. Doesn't meant I'm not into him anymore. Just...
We're seems like a PERFECT STRANGER.
 
Aku rasa nak menyendiri je sekarang ni... Kawan aku yang duk hari-hari whatsapp aku tu rasa nak ditinggalkan je. Bukan sebab aku benci dia, gaduh or what. Just... Aku nak lindungi diri aku & dia daripada buat dosa / perkara yang tak sepatutnya. Hari-hari whatsapp pun duk borak apa? Terjumpa pulak gambar kat insta perihal "Jauhi Dosa-Dosa Lisan". Dosa-dosa tu termasuklah
1) memfitnah,
2) melaknat,
3) ghibah (mengumpat),
4) berbohong / berkata dusta,
5) mengadu domba (berkeluh kesah),
6) mencela,
7) mencaci,
8) bergurau berlebihan,
9) berkata benda yg tak bermanfaat &
10) bergosip serta membuka aib orang lain.


Allahu... Memanglah kadang kami ada jugak bincang pasal agama but most of the time kitorang cakap pasal benda2 yang tak berfaedah je. Aku pun dah mula tak selesa bila dia punya cara tu... entahlah. Bagi aku lain macam, sebab aku tak biasa pun berkawan rapat dengan perempuan ni.. Plus, aku pun bukan jenis budak yang duduk asrama, so getting toooo close dengan orang sejantina ni sangat2 awkward buat aku. Lagi pulak cara-cara yang dia buat / layanan tu biasa aku dapat daripada lelaki, so EXTRA awkwardlah. I try to cut off the cord. But... At the same time aku nak kena jaga hati orang. Tapi end up biasanya aku yang makan hati. Hm... Pernah aku cuba create excuses untuk tak meseg dia for few days, merajuk gila dia. Marah aku. Terasa apa bagai. Dah nak kena pujuk macam orang bercinta!


Haritu lak dia merajuk sebab dia up kan this one point about marriage. Dia kata, kalau aku kahwin dia akan sedih. And dia tanya aku akan rasa yang sama jugak tak if she's getting married? So aku jawab jelah tak sedih. Benda baik buat apa nak sedih. I just happy for her la. Kalau aku sedih sekalipun itu adalah kerana 'Kenapa aku tak kahwin2 lagii'. Haha. But pastu dia perli2 aku kata aku tak sabar nak dia kahwin awal laa, biar dia kahwin dulu so that aku happy, bla3... Haihh rumitlah perempuan ni. Cakap happy salah. Cakap sedih pun salah.. If you ever wanted to ask something but already have your own scheme on how others should reply you, then better don't ask. Sebab tak semestinya kau akan dapat jawapan seperti yang kau nak.


Entahlah. Aku tak paham dan jadi malas nak memahami orang dah. Aku dah terlalu banyak korbankan perasaan sendiri demi menjaga hati orang lain. End up aku jugak yang sedih & termenung sendiri. Allah je yang tahu. Makin aku dekatkan diri pada
Allah, aku mula sedar takde guna & takde bendanya nak disedih-sedihkan sangat. Sedih tu masih tetap ada wujud sebab itu lumrah pembawakan perasaan seorang manusia. Tapi aku takde dahlah nak terbawak-bawak perasaan sedih tu sampai rasa nak matilah, menangis berhari-hari, merajuk berhari-hari, bla, bla.... Sebab aku sedar, benda yang harus aku sedih ialah pada AMALAN ku. Benda yang harus aku tangisi adalah DOSA-DOSA ku.


Kenangkan benda-benda nilah buatkan aku nak menyendiri terus. Aku dah tak nak bazirkan masa dengan citer, berborak benda-benda yang takde faedah untuk aku nanti. Bila dah selalu bersama, ramai sangat dah berkumpul & dah tak tahu nak cakap ape, itu yang mula laaaa jadi bukak citer orang, mengumpat sebab dah takde modal benda nak borak. Aku tak nak gitu! Aku tak nak! Ya Allah.... tolonglah paham.... Dan untuk kes aku ni, yes, I do doakan kawan aku tu supaya dia kahwin cepat so that we no longer get to chat 24/7. Kejam ke doa aku tu? Aku tak rasa camtu. Ini semua just untuk elakkan dosa. Sedar, iman aku terlalu lemah untuk menegur orang. Even I did tried cakap pada dia. More to bincang, takdelah aku tuding jari ke dia ke pe. But tak berkesan... Esoknya, it's either her or ME MYSELF yang start balik buat dosa yang sama. Allah....


That's why. Aku prefer sendiri sekarang. Mati pun sendiri-sendiri je nanti. Takdenya siapa sudi nak duk teman dalam kubur tu...
 
Pagi-pagi dah dibangkitkan isu berkaitan duit. Isu yang sangat-sangat sensitif bagi aku or maybe sesiapa pun. Aku cuba tahan perasaan. Aku cuba tak emosi. Maka, lebih baik aku berdiam diri saat ayah mula upkan isu pasal geran rumah dll... Semua tu perlukan duit. Nak mohon, kena duit, nak bergerak pun guna duit. Aku tahu ayah dah mula risau dengan umur tua dan sakit2nya tu, buatkan dia nak percepatkan segala urusan. Kalau saja ayah tahu keadaan aku sekarang...


Lately aku rasa tepu kat office. Blur. Blank. Sampaikan kekadang orang tanya semua benda aku jadi tak tahu nak jawab. Even benda yang aku sendirinya patut tahu dan sememangnya aku sedang buat. Sejak2 kena provoke pasal jawatan aku yang seolah tak function kat opis ni, can't denied, it do affected me. Aku settlekan kerja2 key-in products in my flyers design. Terlalu efisien dan tekun aku berkerja. Alhamdulillah, cara kerja aku cekap. Sehinggakan siap semuanya dalam masa sekejapan je. Aku plan untuk 'simpan' kerja2 key-in in website pulak keesokkannya. Sekalii.... Our website still under maintenance. Third party website yang we joint for promoting our products pun tengah problem sekarang ni. Buatkan aku takde keje langsung sekarang ni. Yup. TAKDE KERJA. Aku cuba cari inisiatif dengan buat design thumbnail sendiri untuk products yang kitorang ada untuk tujuan promot kat FB dan insta company pulak.


Fikiran aku terganggu balik dengan pertanyaan orang-orang sekeliling aku yang suddenly cam nak provoke tugas aku. Entahlah. Suddenly, nak hujung2 tahun ni, memang orang saje nak cari pasal la kan. Sebab time ni lah, bonus, naik gaji, naik pangkat semua akan dipertimbangkan semula. Bila dah hujung2 tahun ni, orang pandang yang satu bulan terakhir ni je. Selama 11 bulan kau terpacak kat opis ni, kerja bagai nak gila, tak pernah ada siapa orang heran pun. Manusia. Busuk hati betul.


Kalau lah ayah tahu... Aku tengah kusut memikirkan diri aku sendiri sekarang ni. Diprovoke dengan orang dari department2 lain kat opis ni (YEP DEPARTMENT LAIN okayyy), aku kena lebih berhati-hati. Aku nak cari kerja lain, aku sendiri tak pasti apa kebolehan dan kelebihan aku. Lagi pulak, belum tentu aku boleh dapat gaji seperti sekarang. Because I've surveyed, gaji designer orang bagi 900 - 1000 je wei. Jangan kata makan, tambang aku pun belum tentu lepas. Dorang ni pun tak hagak2, offer gaji murah camtu. Ingat semua designer ade buat kerja part time ke? Dulu aku cuba jugak open untuk terima buat design. Tapi madah orang semua buat dang bila pasal bayaran. It's like I did for nothing. Artwork aku seolah tak dihargai. Seolah takde harga langsung. Padahal aku dah buat bersungguh2. Buatkan aku down.


Aku cuba jugak nak berbisnes. Member-member pulak bukan jenis supportive. Entahlah. Semua benda yang aku buat macam tak kena. Dan adaaaaa saja manusia yang cam dengki. Padahal aku takde cari pasal pun dengan dorang. Aku layan semua orang dengan baik. Takde kes benci-benci. Tapi lepas kawan aku sorang tu pecah rahsia haritu, baru aku cam tersentak. Rupanya daripada zaman sekolah ramai yang tak suka aku. Punyalah tak suka aku sampaikan budak2 yang berkawan dengan aku pun dimarahnya dorang.. Like, apa salah aku? Oh. Rupanya didengki sebab aku dulu pernah jadi penyanyi sekolah? Is it? Budak popular kononnya. Tapi aku tak pernah anggap aku camtu. In fact, aku takde kawan yang betul-betul rapat pun. Boleh kata, more of the time, aku banyak buat hal sendiri. Sebab sedar, takde sape nak berkawan rapat dengan aku betul2. Most of them usually nak amik kesempatan ke atas aku. That's why I have a trust issue.


Pelik kan? Daripada kecik aku dah didengki, dibenci. Even masa zaman2 prasekolah pun, budak2 sebaya dah benci aku. Benci sebab? Aku ajak main cikgu2 instead of main kahwin2? Hahaha. Kalau pasal itu..., Entahlah. Bila fikir balik, macam kelakar pulak. Tapi bila dah besar2 ni... Bila orang still nak benci2 kau for no solid reasons,... Siapa yang tak down wei? Usually, bila orang adee je masalah akan datang cari aku, and I'm happy to help them, give moral support etc. Tapi bila sampai part aku, mostly orang ignored je. It's like, Ell is a drama queen lah. Apa yang aku cakap semua cam 'tak mungkin', 'tak benar' and so on.. So end up aku memendam sendiri. Orang tak pernah betul2 fikirkan perasaan aku dan apa yang aku alami. Orang fikir life aku perfect.


Back to topic, DUIT. Memang ada banyak cara untuk dapatkannya. Tapi aku masih menitikberatkan halal, haramnya cara untuk dapatkan duit tu. Buatkan semuanya seems limited to me. Pernahlah, seorang hamba Allah katakan kat aku, "Kalau semua kau nak camtu (terlalu mengikut agama), susahlah..."


Satu yang aku ingat,
"Sesungguhnya dunia ini adalah penjara bagi orang-orang Mukmin".
Takpe. Aku cuba tabah selagi daya. Allah takkan menguji hambaNya melebihi kemampuan hamba tersebut kan? So, Allah tahu aku boleh lalui ujian ni. Dan aku percayakan Allah.
Doakan aku kuat.
 
Semua nak bercerita pasal tahun 2017 yang nak mendatang ni. Bagi aku biasa je.. I feel nothing. Tahun ni adalah tahun yang tak berapa meriah, sendu dan natural bagi aku. Tak terlalu emosi. I guess?


Apa-apa pun, aku nak ucap "Tahniah" pada diri sendiri kerana ini adalah tempoh paling lama yang aku pernah stay single (selepas start pandai bercouple2 ni lah). Hebat Ell. Cool. Teruskan usaha untuk istiqomah menjadi wanita solehah. In shaa Allah, I'm getting wiser in choosing people to be part of my life. Siap aku boleh bagi nasihat pada member2 team single aku mengenai lelaki. Since broke up dengan dia, aku dah takde hati lagi nak bercinta bagai. Bukan takde lelaki yang nak try aku, but I just don't bother.


Menjelang nak masuk tahun baru ni, just another reminder, birthday aku pun tak lama selepas itu. Pejam, celik, pejam, celik, aku akan berumur 27 tahun next year. In shaa Allah dengan izin Allah, hidup lagilah aku di muka bumi ni. 27 tahun, buatkan aku rasa tua sebab rasa dah semakin hampir dengan usia 30-an. HA. HA. Entah kahwin ke tidak masa umur dah 30 tu.. :lol:


Yang pasti, setahun melangkah ke tahun baru, selangkah kita semakin menghampiri kiamat. Sehari kita melangkah ke hari baru, selangkah kita semakin mendekati kematian..
Assalamualaikum.
 
Ikutkan hati, dah tak mau aku menulis lagi untuk tahun ni kat sini. Sebab dah malas. Tahu tak, MALASSSSSSSSSSSSSSSS.... All my social media also aku stop posting and updating. But this thing that happened recently, really triggered me. Semenjak bertukar tahun ni, or maybe sebelum masuknya lagi tahun 2017, I kept on mimpikan R. Like what?!
Yeah, seriously.


Padahal dah lama gilaaa kot aku tak stalked dia. Sebab dah takde hati nak stalked dia. As I can remember, sepanjang aku duk stalked dia dulu kat twitter, hati aku sakit. Bukan sebab masih ada perasaan ke dia, or what. Just the things yang dia retweeted tu mostly about kutuk his ex. Which is I'm positive, he talked about me. Seriously lah bro, kau dah boleh moved on kot. But since I see he's not even moved the heck on from our past (or probably his past with anak selebriti tu dulu) so I decided, AKU yang kena moved on supaya tak datang2 jengok lagi any of his social medias.


But yang sekarang ni dia asyik masuk mimpi aku je dah kenapa?? Aku pun dah jarang and dah lama tak ke kedai makan dorang kot? Masuk beberapa hari lepas, dah kali ketiga aku mimpi dia. DANNNN.... Hari termimpikan dia tu bersulaman dengan hari aku termimpikan L pula. Ya Allah...... Lagilah aku tak paham. Main take turn ye korang dalam minda bawah sedar aku? But seriously, aku tak fikirkan pasal dorang lagi sekarang ni.


Ok, mimpi pasal L tu, kita tolak tepi sebab... Bukan tak penting. Cumaa.... Mimpi tu pun sama je dalam dunia realiti aku ni. Samar-samar. Dia kejap2 datang dan kejap2 pergi. Sama je tak pasti macam dalam keadaan sekarang. Haritu dia follow insta aku. Pastu sepi, buat hal sendiri. Suddenly dia pm kat insta aku. Like... Weh, kau ada nombor aku kot. But... Nevermind. Dah, malas nak citer pasal dia. Takde hati lagi for now. Sebab aku dah malas nak fikir pasal benda yang tak pasti. Bazir maso den jo.


So, first time mimpi R tu, scene dia, aku terjumpa dia kat shoplots. Then, we chat. Like tanya khabar apa semua gitu. Suddenly dia show me my small note 'dulu' (yang aku pernah bagi ke dia kononnya). Saying I love him. And lepas kitorang dah balik dari kedai tu, dia text aku macam nak reply note aku tu la by saying "He (still) loves me". Pastu aku terus tersedar feel like it's for real and apelagi, aku pun check hp. But nope. Mana ada text, gilaaa. Tu mimpi je! Hahaha


Mimpi kali kedua, aku ada kat kedai makan family dia. His parents was there too. Dan dorang layan aku baik dan mesra seperti biasa. But, dalam mimpi tu ade R dan jugak his current gf. Which is obviously lah awek dia tak suka aku duk datang2 kedai tu lagi. Jeles dengan layanan mak R ke aku lagi. Even I don't see it in reality, but I still can relate kot. Mana ada awek korang yang akan suka kalau ex korang masih mesra dengan mak bapak korang aite? Hehe. Laaagilah aku tak nak amik tahu hal dia ni or ke kedai dorang lagi sekarang ni.


Mimpi ketiga, was few days ago. This one is about we're bumped to each other ala2 kat KLCC. Then dia follow aku all the way around just because dia nak pujuk aku jumpa luar daripada KLCC tu. But I refused. Because dulu, in real life pun, dia and gf dia kerja kat bank dalam KLCC tu. Haha. Tak pahe kawe. Asal entah dia beriye nak ajak aku jumpa. Tapi dalam mimpi tu aku boleh bajetlah dia ajak aku jumpa kat tempat lain sebab takut kantoi dengan awek dia kot. Then, aku tersedar dari mimpi tu. Aku mula jadi rimas and citer kat kawan aku sampaikan dia pun naik heran asal asyik mimpi pasal dia?


Pastu, aku pun mulakanlah balik misi yang terhenti dulu, STALKING again on him. And I starting to get more confused. Current stats, dia keep on retweeting about tak puas hati pasal breaking up and exes while actually, dia still couple dengan current gf dia yang budak bank a.k.a budak kolej dia dulu tu. Siap dah belikan cincin, go on vacations bersama bagai. And I'm starting to come out with this stupid assumptions. Probably, R is not even moving on from our stories or (his another ex tu) YET. So, he engaged a relationship with this girl just to 'show off' (or as a reboundship). Just to show that he still can live without his undying ex? But sadly, I see that girl as his victim. Can say perangai dia totally berubah sekarang. Pakai semua benda yang branded2. Dah tu, semua benda nak yang mahal2 and he keep on updating on his twitter buying such and such for hundreds of dollar JERR! No wonderlah kot dia boleh belikan perempuan tu cincin anytime cuz dia pun mampu. Dan madah tweet asyik about nak proving that he is better, pasal dia mampu, boleh berubah and not like what people think of him bla3...


Obviously bro. You're just not matured yet. And sure, not fully moving on from your past. Kesian kadang aku tengok dia ni. Jenis tak reti nak sedar diri. Main labur je duit kat gf and kawan2 perempuan dia sekarang, pergi tempat mahal2 bagai. Dengan aku dulu, aku mintak sekeping nota 'Why he loves me' pun tak mampu (Only then I realized now he's not even love me that time, and I dumped him for good rupanya. Baru terbukak mata dia kot pastu I'm not always available for him). Last visits, jumpa mak dia, mak dia sampaikan cakap, "Baguslah dia dah tak duduk sini! Menyemak je!" Can you imagine a mother saying like that?


Huhhh.. Whatever it is, aku dah takde kaitan dengan dorang ni lagi. I'm totally nak moving on. And in shaa Allah already in progress. Here, I leave you my latest favorite quotes,
"Move on itu bukan perihal kita dah berjaya lupakan bekas kekasih kita dan teruskan bercinta dengan orang yang baru. Move on itu ialah di saat kau memutuskan untuk tak lagi bercouple. Lantas kau sibuk memperbaiki diri kerana kau sedar bahawa bercouple itu adalah salah satu hal yang dibenci oleh Allah."
 
Seperti pengharapan aku, aku tak mimpikan R pun esoknya tu. Hewhewhew. But aku termimpikan orang Turki berkulit hitam yang dying to be my friend. Siap kejar-kejar aku lagi. Hahahaha penat tau mimpi lari2 camtu. Aku ada peminat misteri dari Turki ke kat sini?? Hahahaha lawak.


Semalam aku cuti gara-gara nak hantar ayah ke klinik kesihatan for physiotherapy. Disebabkan dah memang2 treatment tu take 1 hour, aku bawak mak tidur dalam kereta. Sebab mak ngantuk sangat katanya.. All the time of waiting tu, aku whatsapp dengan kawan rapat aku tu. Weols memang cegini sikit, kat whatsapp borak citer lain, kat insta pm citer lain.. Haha tamak! Disebabkan line 'orang kuning' aku macam harey sikit, aku dapat notification from insta kata kawan aku tu ada sent new message lagi kat insta. Padahal aku dah bukak and baca dah meseg dia tu sebelum berjalan ke kereta. Masa dalam kereta tu, aku bukaklah notis tu.. Herannya, mana ada meseg baru? Ni kan meseg yang sama tadi? Gila ke apa insta aku ni.. Ke line yang tak betul? Aku refresh2 still takde meseg lain pun. Then, aku pun nak bukaklah thread nama kawan aku tu... Manalah tahuu... Dah bukak inbox tu, baru meseg tu masuk... Sebab whatsapp aku gitu bila pakai data. Madah kena ngadap, online whatsapp all the time je to make sure meseg masuk. Ceh.


Sekali.... Aku terbukak thread L. Oh, if you don't know.. Last time dia pm aku tu sebab nak replied my insta story. Aku "Comel" kata dia... Tu je kau cakap selama kita dah lama tak contact each other ni?? (Mata ke atas, tangan ke bahu). So, sambung balik citer aku. Aku terbukak thread L... "Eh, tersalah bukak lak", kata hati aku. Aku nak tekan back. Sekaliiiiiiiiiiii..............!?



AKU TERTEKAN ICON LOVEEEEEEEEEEE!!!!!!!



OMG...........!!!!!! Kalut aku! Sampai terlepas kata bukan2. Mak terdengar. Mak tanya "Kenapa??". Aku cuba kawal emosi, "Takde pape...". Eh, ingatkan mak dah tidur.. Adeh. Terus aku whatsapp kawan aku tu kata gara2 dia lahhh nii, bla bla bla..... Eeeiiii~ Sorry mate, aku kalut. Tak tahu nak kata apa dah, tersalahkan kau pulak (but in a joking way la. Takdelah bergaduh. Ell masih cool haha). Yeah, I was cool until.... I get another notification. HE REPLIED MESSAGE AKU KAT INSTA TU!!!
Gulp! Aku terus gelabah gila bhaiiiiiiiiiiiiiiii......!!


Aku bukak, but blank. Eh? Mana mungkin replied without any words??
Demmit. Dia replied pakai emoji andddddddddddddddddddddddd as an Android user sejati, tegar lagi padu nian di hati ini,
I CAN'T SEE THAT EMOJI!!!!


Racist punya ipong user!! I hate chewwww!
%@#!@#45#$~$#@~%^&^*
 
14 January 2015...


Dah dua tahun tarikh tu berlalu. Aku tahu aku tak perlu ingat. Aku tahu aku tak perlu terkenang-kenang, or fikirkan pasal tu lagi. Kenangan manis? Entahlah.. I've been numb. Entah kerana kepercayaan aku kepada Allah telah meningkat atau kerana terlalu tepu dengan cinta manusia. Either way, I still grateful.


You probably won't remember us. Not even bout me. But still, I kept our pictures. The funny thing is, I still use keychain nama kita berdua pada kunci rumah aku yang aku bawak setiap hari.. I even framed our name and put it in my room (takde siapa yang perasan). Background dua phone lama aku yang dah rosak tu pun, aku tak pernah tukar wallpapernya. I still can look at your name, your face without even feel mad or what. Entah terlalu aman atau aku dah tak nak amik port lagi tentang perasaan sendiri. Nama kau masih aku lihat dan dengar hampir di setiap tempat yang aku pergi. Sekarang ni, nama kau dah terlalu dekat dalam hidup aku. Entah petanda atau apa..


Take care, L.
Kau takkan pernah luput dalam ingatan ini.
Thanks for the memories...
 
Again, aku mula rasa nak memencilkan diri lagi. FB aku deactivated balik. Instagram aku pun 'nyawa di ujung tanduk' je tu... Heh, boleh ke pakai peribahasa tu? Ah, tak kesahlah. Pokoknyaa, aku dah cantas. Eh, pokoknya, aku dah delete komen2 kawan2 aku kat insta tu beserta dengan gambar-gambarnya sekali. Suddenly dia suarakan pulak keterasaan-hatinya pasal tu ke aku. Anddd aku mula jadi rimas balik. It's my personal accounts kot. Sukati akulah nak buat apa pun. Payahlah bila dah rapat sangat ni sampai semua benda nak persoalkan. Rasa takde privasi langsung. Rasanya dah lama aku tak post gambar, tu pun dia boleh tahu komen2 dia kat gambar2 lama aku dah kena delete. Kau rasa? Memang dia stalked akulah minah ni...


Aku mula perasan, bila aku rasa nak memencilkan diri ni, seolah aku dalam fasa nak ke perubahan 'identiti' or sikap yang baharu. It's like aku dalam dilemma pertukaran identiti. Tak bermakna aku akan terus jadi Ell yang lain, perubahannya drastik terus. Tidak. Cuma, aku akan pencil diri seolah-olah beri masa untuk aku muhasabah diri, fikir masak2 akan tindakan aku, apa dosa-dosa aku yang lepas and so on. Pendek citer, "bertafakur". Selepas itu, baruuuulah aku jadi seorang yang lebih baik dari aku yang dulu. Gitulah cara aku mula nak bertudung labuh, pakai handsocks bla3... Ye, aku perlu meminggirkan diri at first.


Tapi orang tak paham lah. Dan aku mula kena bagi alasan2. Then, aku fikir, pesal lak aku nak bagi alasan jaga hati orang bagai? This is my life kot. Selama sendiri sebelum2 ni, takde sape kisah pasal aku dan aku aman bahagiaa je sebab dah tak payah nak fikir pasal orang. Takde orang2 / kawan2 yang rapat yang akan nampak & kritik perubahan aku. Tahu2 je aku dah tak seperti Ell yang dulu. That's why aku bahagia. I don't need other people "approval" to change to be better. Bila kita dah rapat dengan someone ni, mulalah dorang perasan, "Awal2 rapat dulu attitude kau tak camni, camtu pun, tetiba sekarang tak boleh itu, ini. Asal jadi camni??"
EEEIII RIMASLAH!!


Tak kata aku menjauhkan diri dari semua orang tu sebab aku mula berasa aku lebih baik dari kalian, tidak. It's just that, aku mula nampak dosa2 berlaku everywhere terang-terangan. Bukan aku nak judge. NO. Jauhh sekali, tidak. Cuma aku tahu aku tak mampu kawal diri risau benda2 tak baik tu akan sentiasa ada pengaruh dalam hidup aku. Sebab tu aku mula berhati-hati sekarang dan menjauhkan diri adalah jalan yang terbaik. Serious talk, lepas aku amalkan baca Quran dan tadabbur maknanya almost everyday, buatkan aku mula rasa aku ni banyaknya dosa. Aku tak boleh tambah dosa lagi. Aku pun sedar, aku tak layak lagi nak menegur orang. Aku bukanlah alim, ulama'. Cuma gadis yang baru setahun jagung berhijrah.


Yes, sesuatu perubahan itu boleh; consider as senang untuk dilakukan pada diri sendiri. Tapi yang payahnya adalah ISTIQOMAH. Tell me, camne kau nak istiqomah kalau kau masih berada dalam lingkungan orang2 lama yang masih melakukan dosa yang sama? Eventually, kau perlukan 'orang baru' yang lebih baik dari kau untuk bimbing kau. Kalau kau je yang berubah tapi kawan2 kau cegitu jugak, seriously, susah. Sangat susah. Melainkan kau ada iman yang padu. Tapi iman kita ni, ada turun naiknya. Takdenya 4 flet sokmo. Aku pernah baca, semakin tinggi iman seseorang tu, semakin besar syaitan yang mendampinginya.


Aku bukan buang kawan... Aku cuma perlukan waktu bersendiri... Tolonglah.
"Kadang tak semua benda kita kena faham".
 

Top