• Sudahkah anda menulis Diari Cinta anda hari ini?
    Sebagai forumer Forum Tentang Cinta, anda kini boleh menulis dan mencoret kisah manis cinta anda di ruangan Diari Cinta. Hanya satu diari sahaja ya dibenarkan untuk setiap seorang.

kisah hati.

"People write because nobody's listening..."


Probably, that's the reason why I'm still writing here and there. Kat hp aku rajin screenshot segala best and relatable quotes that I found on insta. Last checked, 3000 lebih jugak quotes yang aku dah simpan. Probably now dah reached 5000 quotes kot. Hahahaha that's why I came out to write every each of that quotes into my notebooks (and I'm obsessed in buying MORE AND MORE NOTEBOOKSSS!!). Not only that, aku jugak tulis semula ayat-ayat Quran yang aku rasa relatable to me in another notebook. Tak termasuk diari luahan hati lagi. Yeah... I like to write, a lot. Things that inspired me. Kadang ade jugak quotes yang aku buat sendiri. And whenever I get the ideas, aku terus tulis dalam note hp (Beli je buku kosong tapi tinggal kat rumahh).


Aku suka express kan feelings aku melalui tulisan. Kalau orang yang kenal aku, mostly tak percaya kata-kata tu datang daripada aku sendiri. Dah berapa banyak kali dah orang tanya aku, "Dari mana kau copy kata-kata tu?" Haha. Or, they asked, "Kau tulis sendiri ke ayat-ayat ni?" Yeap. Macam tak percaya je ek. Ceh... Yelaaa minah ni kan dulu ala-ala tomboy (sekarang pun cakap masih macam jantan, like brado2 kapak. Can you imagine muslimah cegini? :facepalm: takpe, aku still in progress nak berhijrah! Sukses! Sukses!). Ganas pada pandangan orang. Tapi tak sangka leteww hati aku berbunga. Tu belum lagi aku show all out my side of keromantaikchentaan aku. Hahahaha cair-mair manusia-manuswi semua nanti... :lol::lol::lol: (So iols simpan untuk husband jelah nanti. I'll make sure that he'll say "Beruntungggnya saya dapat awak!!" Hahahahaha verangans!)


Eh, ke ayat aku too deep sampai tertusuk ke dalam hati? Pfft... Hahaha. Kalau sampai tertusuk, orang boleh terimaaa, Alhamdulillah la. Even dalam al-Quran, juga ada mengatakan perihal ini.


أُولَٰئِكَ الَّذِينَ يَعْلَمُ اللَّهُ مَا فِي قُلُوبِهِمْ فَأَعْرِضْ عَنْهُمْ وَعِظْهُمْ وَقُلْ لَهُمْ فِي أَنْفُسِهِمْ قَوْلًا بَلِيغًا
"Mereka itu (orang-orang munafik - refer to ayat 62) adalah orang-orang yang Allah mengetahui apa yang di dalam hati mereka. Oleh itu berpalinglah kamu dari mereka, dan nasihatilah mereka, serta katakanlah kepada mereka kata-kata yang boleh memberi kesan pada jiwa mereka." - QS An-Nisa' (Ayat 63)


It's hard to stop when you have a passion for writing.
Tapi jujurlah, aku banyak follow & inspired from insta dakwah Indonesia je. (That's why ramai orang indon nak follow aku. Mana perkataan dorang yang aku tak paham, aku sanggup gugel sampai jumpa maksud in malay). Sebab mostly account Malaysian ni.... Selfie je lebey pastu letak caption islamik. It's considered as a 'click bait' yknowww... (Dah lah open to public :rolleyes: Ade saiko curik gambar korang baru tauu) Dunno lah, that's just my point of view. Kalau kau rasa posing selfie tu boleh menarik perhatian orang untuk baca caption dakwah kau yang selanjutnya.... Err... I won't say "Silakan" but please be more proper (Err... Is there any way of being "proper" in posting a selfie?). Especially niqabis.


Baru-baru ni aku terbaca pasal luahan makcik seorang niqabis yang berusia 50 tahun dan dah memakai niqab 40 tahun lebih gitu. Dia komenlah pasal tak relevannya budak-budak sekarang yang pakai niqab, more to follow the trend je. Niqab ape pakai berwarna-warni?? (Ada ustaz pernah kata, nak pakai niqab tu kalau boleh jangan on & off andddd make sure color tudung dan niqab satu warna yang sama supaya tak timbul unsur bertabaruj) Dah tu madah post selfie je kat social medias (Apa motif tutup muka cegitu)?? Yang dah tutup muka, tapi pegi bertabarruj dalam menghias mata pun ada disentuh juga dalam komennya (berhias such as pakai mascara, contact lenses berwarna, eyeliner bla3 just to make your eyes pop-up / face be more attractive compared to those who's not wearing the niqab). Aku paham perasaan makcik tu sebab aku pun sokong benda yang sama.


As for now, aku masih BELUM berniqab. Niat ni, dah lamaaa ada... Cuma sekarang aku lebih mematuhi kata mak dan ayah yang tak bagi pakai (because they still consider about my working line yang tak sesuai berniqab).. Lagipun kewajipan seorang anak yang masih belum berkahwin adalah patuhi kata mak bapak selagi tak melanggar syarak.. Niqab tu sunnah je. Ikut cakap mak ayah tu wajib ye adik-adik. Maka kita perlu utamakan yang wajib. Mak pernah cakap,
"Kalau kau dah kahwin, suami kau bagi pakai niqab, itu lainlah.."


In shaa Allah. Apa yang aku perlukan cuma seorang suami yang akan mengizinkan aku memakai niqab...
But for now, I rather be single.
#Girlslogic
:lol::lol::lol::lol::lol:
 
Aku tengok semula AJL semalam.. Ha. Ha. I still remember 2 years ago, I watched because of him. And... semalam is for the same reason.
L.


Aku beriye nak tengok sebab Aiman Tino tercalon. Muka dorang kan lebih kurang... And for another reason is, I'm dying to know lirik lagu Ku Rela Dibenci tu dia tukar cegano? Hahahahambar ah. Mati lagi baik. Eh, no, no... I mean lirik menghitung mati tu lagi kena. Hahaha so semalam masa Aiman Tino nyanyi, I was watching alone kat hall. So, aku pun recordlah dendiam kat phone. Siap niat nak post ke insta story. Ajet-ajet je.. Sekali akak aku keluar bilik dia and saw i was recording Aiman Tino dedepan tv. Bapak ahhhhhhhhhhhhhhhhhhhh kantoi kering gitu je dengan akak aku! Terjerit diaaaa... "SINCE WHENNNN ELL??!!C !@#!@#@$#%" Tu lagi kuangajo dia punya terkejut sampai nak jerit bagai. Hahahahahahahaha cis. Yang lagi cis nya, hp aku hang anddd..... Video tu tak ter-record pun. Hilang entah ke mana. Either cuz of my phone memory is full or memang saje... Hilang. Blergh.. Dahlah kantoi. Video tu pun takde. Sesia je la.. Hp aku mohon "Ku rela dibenci" bak Aiman Tino jugek gamaknya. :meh:


Haha. Takpe, takpe... Aku sempat snap gambar Akim, his favorite singer jadi Joker and posted on insta story. Anddd he viewed my story tu. Hah? Hahahahahahahahaha ohhh regarding this, I have a story. Last friday masa on the way balik keje tu, mode troll aku is on. So, I am about to 'catch' my stalker on insta (obviously HIM). Sooooo aku post a sentences with one word in every picture. So memang berjela lah insta story aku tu. Hahahaha First and second page memang ramailah yang tengok, masuk page ke 9, 10, stalker sebenar je yang masih teruskan pembacaan. Dan mostly kawan rapat or yang aku selalu duk komen je.


Ingatkan dia takkan baca. Cuz I didn't seen him online almost everywhere. Pikir aku, entah-entah dia dah tukar no hp lagi, buat another insta, bla3... orrrrr really is happily happy with his current life. But I was wrong. HE VIEWED ALL MY INSTA STORY yang banyak gilos tu. HAHAHAHAHAHAHAHA
So you still care about me, huh?
Hmmmm.....
 
Yang takleh blah nyaaaaaa... Why suddenly my officemates ni pun asked me if I was watching Aiman Tino semalam? Punyalah banyak artis lainnn yang bertanding. I never told anyone Iols minat Aiman Tino ke apa semua ni tahu takkkk!


Huwaaaaaaaaaaa everything cam nak triggered my rindu.
 
Beruntung jadi the only single lady dalam ofis ni. Hahaha. Pantang ada jejaka hensem datang ofis ni je, dorang akan pakat nak perkenalkan pada aku. Not our customers la but mostly outsider yang datang untuk buat kerja2 maintenance kat sini. Hahaha but not bad jugak mamat tadi. Memey hensem. Kahkahkah. HOD aku MC harini, so I have to stand by jaga front desk. Keje jual muka je kat depan tu and assist angkat calls. Macam receptionist dah. Tu yang aku pun terserempak ngan mamat tu. And dia duduk berdepan dengan tempat aku duk tu. Aku dah agak dahhh, lepas mamat tu balik jeee, mesti dorang akan kecoh ni. Betui pun. Madah duk kata sepadan dengan aku lah, hensem, sesuai sangat bla3.. Si abang manager tu lagi gila, nampak mamat tu lalu depan opis ni terus dia jerit panggil nama laki tu nak kenalkan kat aku. Gilaaaa kan dah kena "Woi" dengan aku sekali. Sebaikkk mamat tu tak dengar. Aku mampu gelak jelah tengok gelagat beriye dorang tu. Haha


Benda ni buat aku terfikir. I have to stop... looking for a guy through online lagi. I mean, I'm not searching. Tapi kalau boleh, nak elakkanlah perkenalan yang sekadar atas online ni je. I have to start looking up at working field pulak. Because yang online2 ni madah orang muda-muda, students or masih belum bekerja je. Kalau dah bekerja tu, jaranglah nak nampak dorang jenis harok nak upload2 gambar bagai ni. Cuz people have changed their focus on life, truly focus on their life. Plus, gambar is just a gambar je. Tak mencerminkan hidup dan perangai seseorang tu. Basically, online is just a PLATFORM OF FAIRYTALES where people wanna live the most. Meaning, it doesn't meant your life is perfect, but online is where you show as "IT WAS THAT PERFECT" with high, boldly, pressured, invisible caption of "TRUST ME, BECAUSE I SAID SO".


Lagipun, through online nilah orang duk compete nak tunjuk who's the best, who's the pretty, and all sh*t. Tak dinafikan, now, orang nak berkenalan even nak recruit staff pun mementingkan berapa jumlah followers on social medias. Hahaha lame. Attitude & personality is the truest form of a person, yknow. Kalau kau setakat nak based on likers, dude, that person probably dulu pernah buat hal sampai viral and people followed them because they privated their account to avoid maki-hamun netizens atas kesalahan viral yang dia pernah buat dulu. But since time is flies past, nampaklah followers dia yang berjuta tu je tanpa tahu asal-usul puncanya kenapa, mengapa dan bagaimana?? Duh. And these newcomers mulalah fikir "Wah, orang ni hebat sebab ramai follower. He / she must be cool! So, let's be friend / get marry with them!" and wujudlah idola-online-famous bagai tu. Yup, we live in this 'singkat akal' mentality.


Tapi aku tak kata semua, or aku tak tuju pada sesiapa pun. Itu just contoh je. Dan sebagai peringatan untuk diri aku sendiri jugak. Because ada je orang yang famous tanpa sebab. Famous doesn't mean you're good than others. Being alone doesn't really meant you're a loner. It just you know how to differentiate things and people, bad and good. Am I right? Btw, it's just my opinion.


So, Ell. Let's mulakan hidup baru!
(You've been saying this since forevor kottt...!!?! LOL)
 
Hum dil de chuke sanam...
(Telah ku serahkan hatiku untukmu)


Sape peminat citer hindustan, tahulah citer ni.. Zaman-zaman cintan Salman Khan and Ashywarya Rai dulu. Satu harini duk berkurung dalam bilik dengar mp3 je manjang. Tetiba keluar lagu citer ni dalam mp3 aku. Terkenang pulak jalan citer filem ni. Kisah si perempuan dah terlanjur cinta sorang lelaki pilihan dia, siap dah bawak jumpa keluarga bagai. Tapi akhirnya terpaksa kahwin dengan lelaki pilihan bapak dia. Sebab bapak dia tak merestui perhubungan si perempuan dengan lelaki kesukaan dia tu.


Hmmm.... Dalam otak aku fikir, tak payahlah duk kalut sangat pasal ni. Orang kata, kalau lelaki tu dah bawak jumpa keluarga dia means macam dah confirm sangatlah yang dia suka perempuan tu. Tapi kalau perempuan bawak jumpa keluarga dulu, itu dah macam 'lumrah'. So if you're in a relationship (yang si perempuan) tak payahlah terburu-buru nak bawak jumpa family bagai. Yang lelaki tu kadang baru nak kenali hati budi kau je, not serious pun dengan kau. Baru nak test market, orang kata. Kalau lelaki dah bawak jumpa family pun, tak payah nak yakin sangat kalau itu jodoh kau. Sebab yang tengah nikah pun boleh terputus, tercerai terus, apetah lagi kau yang baru melangkah masuk rumah nak berkenalan tu. Yang sepatutnya terjadi ialah bukan datang ke rumah kenalkan pada keluarga, but si lelaki terus datang ke rumah perempuan bawak rombongan meminang (I mean selepas bawak berbincanglahhh. Jangan terus add kat wicet pastu bawak rombongan. Ekau gilo??)


Iktibar dia, don't put too much hopes on anything. Because anything can happen. Leave everything to Allah. Bila kau dah letakkan seluruh pengharapan kau pada Allah, nothing cam harm you. Serious talk. Kekecewaan aku dengan manusia ni dah buatkan aku serik untuk letak harapan pada orang lagi. So aku berserah semua pada Allah. Banyak benda yang jadi pada aku, tapi aku je tak citer pada orang. Because aku dah takde rase sedih, marah, meroyan macam dulu lagi. Once in awhile takde mood tu, biasalah kan. Hormon. But can say, I still can managed the emotions la. And because of this people are seems bored with me, because aku kurang expresskan perasaan dan dah tak banyak bercakap lagi. Haha #foreveralone with Allah jelah ^_^


Now aku cuba nak kawal emosi orang2 sekeliling aku pulak. Aku nak ubah persepsi orang. Yang luahan perasaan tu tak semestinya kepada orang je. Walhal yang utamanya, if anything happen, bad nor good, you have to seek Allah first. Kalau kau gembira, terus je ucap "Alhamdulillah". Kalau kau sedih, terus je pegang dada and say,
"Lahaw la wala quwwata illa billah". Keep repeating this until you feel comfort. Trust me.
That's how I do it. Ini adalah semudah-mudah doa. Kalau kau kecewa teruk sangat, cakap je dengan Allah. How? By cakap sorang2 lah. In private. Lebih eloknya lagi dalam sujud or berdoa selepas solat, dalam solat hajat ke, solat tahajjud, or solat istikharah. Anything, anytime because Allah can hear you from everywhere, in any language, in any conditions. Mudah je kan?


Hope this may help you a little bit. Stay strong little fighter. Allah is near.
 
Kelmarin aku termimpikan mak L lagi...


I don't know why. Hari yang sama tu jugak aku tolong mak buat biskut lagi untuk dijual. Mak tanya aku, "Kau dah ada sesiapa ke sekarang?"
Memang itu jelah topiknya kan kalau kami berdua time baking tu..
"Takde.."
"Memang takde ke... ke kau masih teringat kat yang lama tu...?"

Aku dah berkerut dahi dah...
"N??", dengan rupa, 'Pleaselah mak, Iols dah moved on daripada N hokayyyy'
"R."
"Ehhhhhhhhh takde lah!!"
Haa kan dah panjang aku punya 'ehh' tu. Dah menjengkelkan sangat bila dengar nama dia sekarang.
Lama aku sepi before sambung berkata-kata.
"Tak tahulah mak. Lately orang asyik termimpikan mak seseorang.. Padahal tak pernah kenal, tak pernah jumpa pun. Tak tahu kenapa."
"Siapa?"
"Hmm...."
"Mak L??"

Gulp! Mak ni kalau teka, tepat benarrr....!!
"Kenapa lak mak tetiba sebut nama tu?? Dalam banyak-banyak nama, nape sebut yang itu? Hahaha" Gelak tu aku just nak buat cover situasi hambar je.
"Habis tu, dah itu je dulu yang kau.. (mumbling)"
"Aah..."
"Kau still contact dia tak?"
"Takde."
"Takde langsung?"
"Ade lah dia pm2 kat insta tu.. Tapi whatsap tu takdelah... FB pun kitorang still friend je lagi. Tapi orang pun tak naklah whatsapp2 ni kalau takde benda penting. Tapi kalau dengan dia tu... Ape jelah hal penting yang ada..?"

Memang takdelah kan hal penting. Hal menggatal tangan je ade lah..
"Jangan menaruh harapan..."
"Takdelah mak. Sekarang ni orang tak nak taruh harapan or beri harapan ke sesiapa pun. Ade je laki lain whatsapp2 orang. Tapi orang tak naklah layan. Tak nak kang terberi harapan pulak.."


Mamat Line tu suddenly contact aku balik. Dah tu madah menggila asyik tanya aku "Dah sampai rumah ke belum, dah sampai ke belum??" cuz masa yang dia start meseg aku tu time aku tengah otw balik keje. A same repeating 'concern' question like that only matter from a person you like je kan.. Haha. Bila kau dah memang takde perasaan kat orang tu, dia tanya sekali je pun kau dah rasa bapak ah annoyingggg...!


Last-last, aku sepikan diri gitu je... From everyone pun. Kalau aku rasa nak update anything, aku post jelah kat insta. Kalau tak, aku sepi jelah. But bila dah tak contact orang ni, banyak je ilham yang aku dapat untuk caption dakwah. Tu yang bestnya tuu. But these few days, agak kalut sikit life sebab pakcik aku tengah sakit tenat sekarang kat hospital. Dari haritu lagi dah tergerak hati nak ke rumah dia, tapi last-last tangguh sehingga aku rasakan ok, we should go now (on Isnin lepas). Rupanya Allah dah atur cantik... Seriously, aku nampak ada banyak hikmah dalam kepayahan kitorang tu rupanya untuk kesenangan urusan pakcik aku tu. Dan itulah kali pertama dalam hidup aku drive follow ambulans, sampai ayah semput jap tengok cara aku drive. Sorry ayah... Mak lagilah tak sanggup tengok depan langsung. Mujur cuti raya cina kan, jalan a bit clear not as usual. Gila kau, Sungai Buloh sana area sungai kereta kot. Mana pernah tak jem?!


Now, there's nothing we can do about my uncle.
Cuma mampu berdoa & berserah je kepada Allah.
And this should be applied to everything, Ell...


Berdoa dan bertawakal.
 
Aku termimpikan L lagi semalam...


Dalam mimpi tu aku hoping sangat nampak dia kat sebelah kereta yang aku naik. Sekali betul-betul kereta dia tepi aku. I saw him. So does him. But dia terus pecut kereta dia. HAHAHA cam ape je mimpi pun nak menyakitkan hati. But then, dalam mimpi tu dia datang balik ke aku. I said, "Ohh nampak orang je terus pecut eh..." pastu dia cakap, "Sebab nampak awaklah saya patah balik ni"


Haha. Mampu dalam mimpi jelah camni. Verangans... Eventhough just mimpi je tapi pagi tu bangun tidur aku tersangat happy. Lame Ell, lame. Mimpi je kot. Jalan citer mimpi tu pun tah pape. Haha. Tu pun nak happy bagai. Tersenyum satu hari. Haih...


Pakcik aku dah meninggal dunia masa malam Jumaat haritu. Alhamdulillah tanda2 kematian yang baik ada pada arwah. Cuma banyak perkara yang aku terkilan sepanjang minggu dia sakit di hospital sehingga ke time dia dah dikebumikan. Biarlah aku simpan je kesah yang sebenarnya.


Can say this time I experienced most of the things for the first time. First time aku drive menggila follow ambulans dekat2 to hospital. Cuz consider banyak jugak kereta malam tu, minggu dah cuti CNY kan.. Aku takut terlepas tak dapat kejar ambulans. Seriau mak ayah nak tengok jalan. Tau2 je dah sampai. Ayah siap kata aku boleh buat part time bawak ambulans. Ha. Ha. Then, malam Jumaat yang kematian arwah tu, first time aku ikut naik van jenazah. Logiknya, lelakilah yang patut ikut naik, tapi tak. Keadaan anak2 arwah tak mengizinkan. So aku amik peranan. Kesian kalau dikenangkan makcik aku nak kena naik van jenazah tu sorang2. Allahu... Macam sedara semua tak sudi pulak nak temankan..


Mak tak bagi aku naik pada awalnya. Sebab dia kata aku lemah semangat. But tidak. Aku yakin pada Allah that nothing will happen. Lagipun yang dalam keranda tu pun pakcik aku sendiri. Once alive. Malam tu dengan beraninya aku ikut naik sekali van jenazah tepat on midnight. First time juga aku dapat bacakan Yassin pada arwah. Cuz selama aku hidup ni, aku tak pernah dapat bacakan Yassin ke atas mana2 jenazah or kuburan. Aku buta Al-Quran. Alhamdulillah Allah permudahkan segalanya. Everything was right on time. Daripada tunggu di bilik forensik aku baca Yassin, dalam van aku sempat sambung Al-Mulk. Sampai rumah arwah tepat-tepat pukul 12 and itulah tepat2 jugak habis bacaan aku. Alhamdulillah..


Keadaan a bit tense kalau ikutkan kes pakcik aku ni. Sebab hayat terakhirnya he was fully on life support. Tapi kami dah redha untuk let doctor turned off the machine. Allah betul2 permudahkan keadaan. Ya Allah, aku tak putus2 ucap syukur pada Allah. Sebak aku bila tengok keluarga arwah yang sangat2 tabah. Hebatnya mereka.. Lagi sebak bila aku tengok layanan orang ke keluarga mereka dalam keadaan musibah yang menimpa dorang ni. Ya Allah.. Muda2 dah takde ayah dan mampu uruskan ayahnya dengan baik. Walaupun masing2 still muda, tapi keadaan terpaksa menjadikan mereka cepat matang.


This week kena balik ke selatan sebab sepupu last yang sebaya aku tu nak kahwin. Ikutkan hati malas nak balik sebab pakcik yang meninggal tu pun dari keluarga yang sama...


Hmm... Tinggal aku jelah 90s baby yang belum berkahwin lagi.. in my family la.. Yang bawah2 aku tu tak payah nak libatkanlah. Masing2 pun dah pikul gf / bf ke hulu hilir. Blergh. Dah tua2 ni, cinta umur 20an pun aku pandang sebelah mata. Meluat. Bagi aku kebudak-budakan, tak matang dan masih kategori cinta monyet. Takde maknanya nak dipanggil "cinta". Cinta sebenar tu adalah cinta yang mengajak ke pernikahan terus. Bukan bawak anak orang ke hulu hilir tanpa ikatan sah.


Jagalah cinta utama iaitu cinta kepada Allah s.w.t. Moga2 boleh dapat mati yang baik macam arwah pakcik aku. Sebak aku kat kubur memikirkan pakcik aku dah selamat dah dengan husnul khotimahnya, (in shaa Allah).
Aku ni nanti camnelah pulak...
Allah...
 
"Assalamualaikum awak. Nak tanya"
"Wasalam. Tanya ape?"
"Nak call boleh?"



Sejuk beku terus tangan aku. Macam ais! Padahal waktu tu dalam surau ofis, aku tak bukak kipas langsung. Floor tu, aircond pun tak bukak. A sudden message from L buatkan aku nervous jap. Really L? A call? Entah pasal ape pun aku tak tahu lagi. Aku tenung and pegang phone aku with my both hands, still tak caya dengan whatsapp dia tadi.


Suddenly his name appeared. Nama yang dah lama aku tunggu2 untuk muncul lagi kat screen phone aku.. Now, after 2 years...
"Hello, assalamualaikum."


Asingnya.. Suara yang dah lama aku rindukan kedengaran awkwardnyaaa.. Aku cuba kawal perasaan. But still, ada awkwardness nya dalam getar suara kami masing-masing. Aku teringat time selepas solat Zohor on the same day, aku tengok gambar2 dia. Then I feel like sooo distance. Seolah cam "Betul ke aku pernah kenal dia?"... The memories still ade terpahat dalam otak aku cuma it feels like just a dream. Aku jadi doubt dengan memori sendiri. Kenangan atau cuma sebuah bayangan?


Rupanya dia dapat task untuk beli group tiket flight untuk budak2 faculty dia. Dia tak pernah tahu how to book flight ticket berbundle2 lak tu. Then suddenly dia teringat aku cuz I work in travel agent. Soalannya satu tu je, but he kept repeating the same question by pusing2 sikit statement dia. But still, it's just a simple ONE question. Aku dah paham dah pun apa yang dia nak sampaikan but then... Tett! Call terputus. Aku ingatkan kredit dia habis. But then he called me back.
"Takde line ke?"
"A'ah.."
"Awak tengah kerja eh? Eh, bukan awak balik pukul 5 ke?"
"Pukul 6 lah.."
"Oh, nanti pukul 6 saya call awak balik"


Turun ke desk, tangan aku masih sejuk. Pukul 6 dia nak call?? Mata aku tak henti tengok jam kat tangan. Kejap2 kira bape mins left. Selalunya aku tak heran pun time balik nak tiba.. Haritu... Haih. Pastu aku kalut fikir nanti mak ayah dengar our conversation dalam kereta camne? Lagilah haru.. Mak mesti tanya sape yang call aku, bla3 etc.. Macam2 aku fikir. Jam dah pukul 6 lebih, but still takde call.. Aku pun tak mengharap dah sebab benda dah cleared. Dia cuma nak contact untuk beli tiket tu je. Nak call ape lagi en... Dahlah. BYE


Malam tu pulak, kitorang gi singgah jaseko jap sebab akak aku sibuk nak cari barang. Kitorang solat maghrib hujung2 waktu sekali nak tunggu Isya'. Sementara tunggu Isya' aku amik phone, sekali I saw his misscalled and text.
"L, awak solat ke?"


Ya Allah, awkwardnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Dia dah tak panggil aku Ell but instead he calling me by my real name. Haish... Ini pun 'lawak'. Bila dia call aku je mesti time2 aku solat. Either selepas, or time aku memang tengah solat. Don't care lah dia call awal ke akhir waktu. Random call pun, time aku solat. Haha Is this means you are the answer to my prayer? Chia chia chia kbye tak payah nak over Ell...


"A'ah. Nanti saya call awak balik. Saya kat luar ni"
"Takpe. Nanti malam sikit saya call"

Aku target kul 11 lah ni dia call. Dulu2 tu lah call time dia. Lagipun masa tu pukul 10 pun aku still tak sampai umah lagi. Kemain ready untuk pick up call pukul 11 tu. But takde pun... Then aku pun terlelap. For the first time I set my phone volume on just to hear his ringtone again.


Tepat pukul 12.30 malam, lagu 'Akhiri Penantianku' ringing. Terus aku pick up sebaik bukak mata. Terus terduduk segar!
"Awak dah tidur ke? Hehe"
Dengar dia gelak kecil. But aku pretended not sleeping yet.
Again, same question je. But aku layankan aje. (Didn't I tell you, same repeating questions only okay from a person who matters. haha)
Dah habis same question, I guess that is it jelah.. Tapi tetiba dia citerkan masalah fakulti dia. "Sorry, yang ni out of topic sikit.." Aku pun dengar jelah. Dengar, punya dengar punya dengar. Silent.
Aik? Hp aku mati dengan sendirinya! Ngeng punya phone.. Aku dah charge kot tadi bagi full. Hahaha saje mendengki. Then I guess, again, sampai situ jelah.. But nope. He called me back.


Banyak kredit kau. 3 jam dia bantai call aku malam tu. Macam2 kitorang borak yang memang out of topic and I guess, dia memang saje pun or is he really comfortable and enjoy talking to me? Because we jump from one topic to another. Dia cakap, aku pun nak cakap. Banyak jugak cut-off cakap2 sampaikan ade one point tu like "Awak cakap dulu" "Awaklah cakap dulu apa awak nak cakap tadi" "Awaklah" "Awak aaa" Ehhh 5 mins jugaklah main bolak-balik camtu. Hahah


Tapi bila dia tanya satu soalan tu, really buat aku tersentak.
"Awak, kalau saya berkahwin dengan penzina, apa pendapat awak?"
Aku ingatkan aku salah dengar. But nope... Then dia sambung soalan dia dengan "Ke awak rasa saya patut kahwin dengan awak?" Aku terus terdiam. Speechless. Tak tahu nak kata ape. Serba salah nak cakap. Sampaikan dia duk "Hello, hello" di hujung talian. Aku sepi macam line dah mati.


"Ye... Camne nak cakap eh, serba salah.." Aku pura-pura tak dengar sambungan soalan dia tadi. But then dia repeat balik soklan tu. Ehh tahi betei. Kau saje je nak uji aku en... Pastu still on the same topik, KAHWIN. Sibuk duk tanya aku bila nak kahwin siap cakap lagi kalau aku kahwin, dia nak tengok anak aku, mesti comel macam aku sebab bermata besar. Hek kauuu.. "Yang awak beriye nak saya kahwin cepat sangat ni pehal? Awak dah nak kahwin dah ke??", soal aku dah bengang ler kann... Grrr..
"Takdelah.. Kalau awak dah kahwin, takdelah saya risau lagi pasal awak..."
Huh? Apebenda mamat ni merepek ni...


"Tak naklah. Saya takde hati dah nak kahwin."
"Ke sebab awak tak moved on lagi dari saya?"

Sh*t. Aku diam.
"L, awak ingat saya tak tahu ke? Awak ingat saya tak baca semua moment2 (insta story) awak? Saya tau awak tujukan semuanya kat saya"
Demmit.


"Takkanlah awak nak dengan orang yang awak dah takde hati dah?", lemah je aku balas. And aku really tergamam.
"Mana awak tahu yang saya dah takde hati kat awak? Mana awak tahu saya memang dah takde hati kat awak?"


Call malam tu berakhir pukul 3 pagi. Lepas letak call, aku rasa semuanya macam mimpi. Suara dia, rupa dia, semua aku rasa tu bayangan je. Yang lagi gilanya, dah la aku cek call history yang pukul 12.30 tu takde nama dia. aku mulalah fikir bukan2, 'Entah2 tu khayalan aku je'. Hahahaha But nope. He really did call me. And soalan terakhir dia tu really buat aku terfikir,
L still ada hati pada aku ke...?
 
Just when everything starts to be fine, I ruined and messed things up with my bare hands. Stupidnye Ell.
I hate myself.


Eeeeei.
I wish I could turned back time.
 
"Happy birthday, L"


Weird. It's like talking to ownself. Mesti korang pun dah confused. L panggil aku as L. Dahlah wish kat insta je. Padahal malam tu kemain call but tak wish pun. Heii mamat ni. Tak paham aku.


Since dia start contact tu, aku sedar aku jadi tak keruan. Tembok tinggi yang aku bina roboh cegitu je with his simple "Assalamualaikum". I know I shouldn't feel anything as dia approached aku balik pun sebab nak mintak tolong aku je. Bukan nak get back or what. Stop putting on hopes anymore Ell...


I know I break my own walls and words. Now aku dah tersedar balik andddd I should take steps back before things could go worst. Alhamdulillah Allah sedarkan aku cepat. Aku kena jadi lebih berhati-hati. IN FACT, I'm worried that we're now getting close again now only for another goodbyes. Allah... Walaupun dalam hati aku nak and suka kitorang rapat and contact2 balik ni.. But I SHOULD STOP. Please lah Ell..... Jangan porak-perandakan hidup kau pasal sorang lelaki.


Haa regarding this, can say, aku dengan kawan rapat aku yang selalu text hari2 dulu tu, in a state of 'perang dingin'. Word "bergaduh" tu seems too harsh to use. But yup. Aku dah mula meluat dengan dia. As before this, aku kan jaga barrier dengan dia sebab tak nak duk citer benda bukan2 lagi. So kitorang jadi contact atas sebab penting je. Then haritu tetiba dia contact aku sebab rindu sangat. Nak mintak2 selfie bagailah. Really not my style. Aku geli. Lagilah perempuan dengan perempuan. Aku takut sangat akan jadi ke arah lain. Sebab tu aku lagi menjaga diri. Lantaklah nak kata aku kolot ke apa. Things is, I saw her in 'that' way. Nauzubillah min zalik...


So semalam kitorang contact baliklah sempena birthday aku. Then I was like, 'Okay brain, let's tell her about L and what happened in these few days before including my birthday celebrations'. This is where the part I said "I ruined and messed things up by my bare hands". Memula citer pasal birthday aku dapat baju daripada Abg H yang kawan abang aku tu.. He sew a dress for me. Pastu, minah ni memandai kata orang tu jahit baju untuk our wedding letewww. A joke is not valid anymore because it turned out to be a fitnah bila kau cakap sesuatu benda yang tak betul. NOTE THAT. Bila bukak je citer pasal L (As she knew before this pun sebab aku terlepas citer, and she kept on stalked L since then! Luckily L dah private his accounts semua sekarang) Perempuan ni lak boleh fikir, "Oh, pasal nilah kau buang aku. Aku dah agak dah" She, herself creating LELAKI as a reason kitorang berjauhan in her own mind! She blamed L on our matters. Jeles ke pe benda siaaa... End up, citer pasal masalah aku tu dah kelaut because now nak kena focus on her emotions and overthinking tu pulak. EEEEEEEEEEEEEII tolonglaahhhh nak merajuk bagai. Menyampah lak aku!


Like what? Seriously? Aku tak buang kawan kot. In fact, kadang aku tak nak terputus friendship kitorang gitu je so once in awhile aku shared gambar2 or quotes dakwah. But takdelah hari2 duk nak jadikan itu as a reason untuk contact hari2! Aku jadi sakit hati tu sebab aku ingat masa awal aku nak jaga jarak kitorang tu, kemain dia kata dia "nak jadi sandaran untuk aku time susah and senang. Nak tahu semua pasal life and problem aku bla3..." But then now, bila aku citer pasal hal aku, dia boleh nak buruk sangka kat aku?? Think negative. Merajuk. And whatever lagi lah. Serious ah wei?? Aku just KAWAN PEREMPUAN kau je. Bukan suami kau. Bukan adik kau. Bukan dan bukan semua itu. Sifat clingy dia ni and those negativity, lagilah buatkan aku terus nak stop contacting her again. And... Sedikit sebanyak, perspekstif aku pasal gadis muslimah and budak uni agama lak tu, kelaut sikit... Aren't they should be more "proper" about this? I means, kawalan emosi, baik sangka, cakap benda baik2, amalan, kebaikan and all those things... Ini dorang yang melebih daripada aku yang sememangnya dulu lagi dah jahil dah kenapa??


Sebelum ni aku just nak jaga je, sebab dia ni suka melencong bila berbual. Mesti ke arah ngata orang. Mesti ke arah tuding salah orang. Pernah je aku tegur etc, tapi tak semua orang boleh terima kan... But this time, really, I should put a stop sign too. I cannot bear anymorelah dengan orang camni. Penat, penat dan PENAT nak jaga hati orangggggggggg je!


Dah la. Aku pun dah 27 tahun. Ini bukan soal matang tak matang, bukan kes budak2 nak kawan ke tak nak kawan. Aku tahu yang mana baik buruk untuk aku dah. So, I better be alone. In fact, as I aware, semakin aku rapat dengan orang-orang, aku rasa dan jadi semakin jauh dengan Allah. Ya Allah... Itu yang paling aku takut. Sebab perasaan mula mengharapkan orang dah mula kembali dalam diri aku. As before this, semasa aku sibuk menyendiri tu, aku dah mula letak seluruh pengharapan aku pada Allah. Until orang semua nampak aku cam tak berperasaan langsung. Marah, sedih, gembira semua aku tak expresskan depan orang. Tapi aku adu hanya kepada Allah. Now, bila konon nak dengar cakap orang (by sharing problems) yang konon nakkkk sangat jadi 'tulang belakang' masalah2 aku, aku mula jadi beremosi instead. Cuz I'm being judged! Whatehey. Seriously, TAK SEMUA ORANG REALLY CONCERN ABOUT YOUR PROBLEM AND HOW TO SOLVE IT. SOME PEOPLE JUST WANT TO KNOW THAT YOU ARE HAVING A PROBLEM RIGHT NOW. Entah, seronok kot pastu senang nak judge hidup orang tu or rasa hidup dia pulak hebat dan bagus? If anything happened, senang nak bash balik orang tu dengan dosa dan kesilapan dia. Really. TAKE THIS AS A LESSON FOR YOU TOO, FTC.


See? Allah mula leburkan seluruh pengharapan aku pada orang bila aku 'menduakan' Allah semula. I should return back to Allah.. Moga Allah terima keampunan aku... Seriously, my souls feels so tired. My souls are crying right now.
I should return and repent, Ell.
 
She finally says sorry for her behaviour yang asyik buruk sangka ke aku. Jujurlah, aku jarang gaduh dengan kengkawan aku. Bila umur dah cegini tetiba lak baru ada masalah cegini, aku cam tak caya and malas nak layan pun. It doesn't meant aku tak maafkan dia. Cuma aku dah tawar hati. Aku dah jadi makin tak caya ke orang. Baik boleh, but not serapat dululah. Bukan aku menyombong tapi more to nak jaga hati dan iman sendiri. Aku kenal diri sendiri dan Allah lebih tahu segala perihal tentang aku. Buat apa asyik menjadi bahan fitnah orang dan punca orang berfikir yang bukan2? Bila fikir tu yang buatkan aku jadi malas dah nak berkawan.


Last message kawan aku tu, aku tak balas pun. Hati aku dah tawar selepas kecik hati haritu. Betul la kot orang tua2 kata, orang tua ni kalau dah merajuk, teruk dan buruk. Haha. Lantaklah.. Aku lebih happy sendiri. Bila kau dah letakkan semuanya pada Allah semula, nothing can harm you. Orang datang ke, pergi ke, kau akan tenang dan sentiasa redha sebab apa yang penting Allah tu sentiasa ada untuk kau.


Kisah L? End up his team tak jadi book ticket flight dengan our company pun. Cuz dorang prefer handle sendiri. But that's not a biggie for me pun. Cuz aku tahu ada hikmahnya. Dan hikmahnya itu, L contact aku balik. Even I know, after this kitorang mungkin akan kembali 'menyepi' daripada hidup masing2, but aku tetap bersyukur. Sebab Allah makbulkan doa aku haritu. Buat melepas rindu..


Lately aku banyakkk sangat tidur. Masuk tidur awal, bangun lambat, petang tidur lagi. Even aku tak nak tidur pun, but mesti akan tertidur. Aku cuba tahan diri but mulalah pening dan memaksa aku untuk tidur. Bangun tidur pun pastu jadi pening jugak, hahaha end up aku tidur awal lagi malamnya tu. I've read before, orang yang banyak tidur ni, sedang stress. Stress kah aku? Entah. Soalan yang aku sendiri tak reti nak jawab. Teringat dulu ade few times aku gi jumpa doktor for MC alasannya aku tak boleh tidur. And doktor said aku probably stress. Masa tu memang tengah down pun. Meroyan duk nak tunggu and hoping THAT someone will text me. Tu yang takleh tidur tu, tersedar 2 - 4 pagi terus check hp hopefully my dream comes true. Haha lawak kan Ell? But now, terbalik pulak. I guess my dream are better in my sleep than in my reality. Tu yang pulun tidur je..


Entahlah wei... Aku pun tak tahu sekarang ni nak buat apa. For sure, I miss my Quran... Rindu nak peluk, cium Quran aku. Hmm....
 
Zaman sekarang ni melihatkan ramai perempuan belum / tak nak kahwin dan tak kahwin2. Honestly, kawan2 lelaki sekolah aku mostly dah kahwin awal. Yang remain single is gadis-gadis, dan salah sorangnya, akulah! Haha.


Makcik pakcik heran dengan perempuan zaman sekarang yang tak kahwin-kahwin, kononnya tak / lambat matang dan terlalu "amik mudah" kes kahwin ni. Dorang fikir weols still nak enjoy, nak "Lek luuuu" padahal citer sebenarnya berbeza ye makcik pakcikkk. Lemme explain.


Actually, bukan gadis-gadis zaman sekarang tak nak kahwin, tapi... Kami ada education. We're educated. Sounds bongkak eh? Eh, tapi takkkk... Baca dulu penerangan aku. As an educated woman, kami dah tahu banyak benda, dah pelajari banyak benda pasal kehidupan dan manusia. One of it, yes, cara untuk hidup berdikari. But that's not the main point. Citer dia, bila wanita ni dah pandai, maka mereka menjadi pandai menilai lelaki ni ada kualiti ke idok. Ada je orang yang approached them, but dorang tahu nak timbang tara perihal / sikap seseorang lelaki tu. Yes, as a woman / girl, kitorang also ada imaginasi cam lelaki. Imaginasi bukanlah yang kelaut punyaaa tapi ke arah hidup selepas perkahwinan - "What it looks like if I ever married to this type of guy?". Kalau lelaki yang dia kenal tu ada sikap pemarah, dorang akan fikir 'masak aku kalau kahwin dengan type lelaki camni, sume benda nak marah'. Kalau dia tahu lelaki tu pemalas, 'matilah aku lepas dah kahwin nanti sume benda / kerja rumah aku nak kena buat sensorang'. Apetah lagi if tahu lelaki tu miang, mata keranjang, kaki judi, kaki pukul and soooo onnn... Kami fikir ke arah yang lebih jauh. Compared to guys, usually, lelaki suka fikir dalam jangka masa pendek je (usually and by most, I didn't meant all of you guys okayyy). Lelaki fikir, dah suka tu sukalah (in that mean time). Kalau dah bosan nanti, carilah yang lain pulak.


Bila dah tahu / agak-agak lelaki tu cuma akan 'menyusahkan' hidup dorang je later, that's why they preferred to be single. Lagipun dorang dah tahu cara untuk hidup berdikari, whatttt.... They got a stable life, a job or even own a business, got a car, and even some perempuan sekarang dah mula beli rumah sendiri! Like that lah. And so far, bab matang tu... Bukan masalah gadis. But lelaki yang biasanya lambat matang. There's still some of guys yang masih malas nak buat / cari kerja. Takde kesedaran sivik ke kesedaran diri ke apa, aku tak tahu. But it's like they all lupa bahawa tanggungjawab mencari nafkah tu adalah tugas lelaki. Even masih bujang or (apetah lagi dah) berkahwin, tetap tanggungjawab lelaki untuk membantu / membina / menjaga sumber kewangan keluarga.


Lelaki sekarang, nak perbaiki diri punnn malas. Tapi nak harapkan bidadari jatuh dari syurga untuk dia. A woman that comes with packages. Nak yang cantik, lawa, curvy, putih, sedap mata memandang, beragama, rajin & tahu buat kerja2 rumah, berkerjaya, pandai (lagi bagus kalau ada sijil universiti sekali), tahu jaga hati dia and keluarga si lelaki tu sekali, talented, pandai masak semua benda, serba-serbi tahu kemahiran macam2, full of surprises and gifts and love and sweet, dannnnnnnnnn yang paling penting (and a bit mustahil untuk para gadis zaman sekarang) - HANTARAN MURAH. Banyak cantiekkkk muka kooooo!!


Ada memang ada perempuan camtu, tapi zaman laa ni, 1 dalam seribu pun belum tentu kau jumpa. Penduduk bumi dah meningkat kan dherr, so... yeah, 1 dalam 10,000 or 100,000 orang kendian barulah kau akan jumpa perempuan pakej camtu. But the thing is, perempuan tu pun belum tentu nak ke kau. Haha.


Aku paham perasaan perempuan yang dipanggil tak laku ni cuz I was one of the victim too. Memang mentally downnn sangat masa tu. Nak kata aku ni tak cantik ke? Syukur Alhamdulillah, aku dilahirkan sempurna semuanya. Nak kata aku miskin? Alhamdulillah makan pakai aku cukup. Nak kata aku tak pandai, Alhamdulillah aku belajar sampai habis diploma. Kalau bab hantaran tu pun, in shaa Allah aku tak letak rege pun, seikhlas hati encik :oops:. Hihi Tapi tulahh... Kan aku dah cakap, tak semestinya weols ni nak ke korang. Cuz hati gua pun dah kering dherr.. Hahahahaha..ha..haa..ha..haiihh...


Siapa suruh lelaki tak reti jaga hati perempuan?... fedap dah acik. zZzz.. :meh:
 
Hari Sabtu lepas aku ajak kawan yang aku ada 'isu' tu hang out.. Aku tak naklah terus ada salah faham ke apa dengan orang lama-lama. Jiwa aku tak tenang nanti. So, kitorang hang out and borak macam biasa. That's what I want. Jarang contact tapi bila hang out still boleh borak cam biasa. You don't need to text everyday tough to keep things on.


So, on that day... Buat pertama kalinya, kami tunaikan hasrat untuk pakai niqab for the first time! Niatnya nak pergi main boling. But then tak jadi sebab aku habis kelas mengaji pun dah lambat, so kami just pergi jenjalan je. Saja nak experience pakai niqab. Aku takdelah pakai dari umah because mak kan tak bagi... So, kitorang gi keluar lunch dulu. Masa singgah solat kat petrol pam, barulah kami tukar imej. Hehe. Pastu gi buat masjid tour, kemain... Sesuailah dengan imej ni. Jenjalan ke masjid.


Pengalaman first time? Allahu... Aku rasa tenang dan amannnn sangat! Probably because orang tak nampak muka kita, so kita boleh buat selamba je. No more cover cun. By "cover cun" tu takdelah maksud aku, aku rosakkan pulak imej berniqab dengan buat benda bukan2... Means aku takdelah rasa orang asyik peratikan aku buat apa dan orang 'mark' tindakan aku dengan rupa aku straight away. Bila berniqab ni, orang tak tahu siapa kita. So, kalau ada orang pandang2 kita pun, kita tak rasa ujub "Eh, orang pandang aku sebab aku lawa ke?" No. Sebab orang bukannya tahu kita lawa ke tak. Cuma orang pandang2 tu macam terkejutlah kot ek sebab pakai serba-serbi hitam berlitup bagai dalam Malaysia nan panas ni. But Alhamdulillah on that day, cuaca mendungggg sepanjang hari. Ya Allahhhh.. Allah permudahkan niat aku untuk rasai berniqab tu! So, amazingly aku takde pening kepala like selalunya (walaupun petangnya tu aku terkena hujan kat taman). Seriously kottt aku jenis orang yang kalau keluar je, balik mesti pening kepala sebab panas pakai tudung / duk bawah terik lama2. But haritu sangat2 amazing. Allahuuu...


Pandangan orang ke kita? They tend to be more respect towards us. Takde lagi lelaki yang gatal bagi2 salam ada makna. Kalau dorang pandang kita berniqab, automatik dorang yang tunduk / pandang ke tempat lain which is BEST GILERRR!! Kau tak takut lagi lelaki akan tergoda or fikir fantasi bukan2 bila tengok kau (eventough probably ada je lagi lelaki yang boleh berfantasi tengok perempuan berpurdah, but tak semua). Dan bila jumpa orang yang sesama berniqab WE'RE SMILING TO EACH OTHER! Kau bayangkannnnn bila muka dah bertutup tulah lebih dapat senyuman daripada strangers compared to bila kau pakai tudung biasa nampak muka, kau senyum orang tak nak balas pun!! (Geram ya amat nii! Haha) But serious! Bila jumpa 'geng' ni macam best laa.. Contact pakai mata je. Sebab dah tak nampak gerakan mulut. Hihi lawak pun ada ek?


Yang paling lawak ialah..... Masa kitorang gi duduk kat taman. Kawan aku tu walaupun berniqab, body language dia masih gitu jugak. Borak beriya dengan gaya2 sekali! Lepas tu, dia kata, "Mesti orang ingat aku cakap sorang2 sebab kau nampak tenangg macam tak cakap wehhh! Kau cakap ke tak ni?? Kau yang bercakap ke apa ni??" Padahal aku tengah cakap masa tu. I said "Bestnyaaaaaaaaaa" dengan penuh perasaan dah masa citerkan pasal perasaan aku pakai niqab tu. Tapi disebabkan mata aku besar kot nampak cam takde expression. Hahaha kuajak.. Pastu tetiba datang bebudak perempuan offer nak buat servis pedicure. Mata dia tak beralih pun daripada aku. Kau tahu takkk masa tu aku tengah minum air under niqabbb... HAHAHAHAHAHA Pastu budak tu cam still nak tunggu jawapan aku. Aku ada la jugak tanya2 dia berapa RM apa semua.. But lepas budak tu dah blah, kawan aku tu cakap, "Mesti budak tu confuse kau ke aku yang cakap, sebab mata kau macam takde react apa pun. Tapi suara keluar" Hahahahaha Yang lawaknya lagi, dah pakai niqab ni lah kawan aku nak beli makan jagung setongkol. Kau rasa??? Hahahahaha gila dah lah baru first time pakai. Last2 dia tak beli pun.. Mikirkan camne nak makan. :lol:


Whatever it is, aku rasa best pakai niqab! Punyalah semangat tu en... Hari Rabu tu aku baru kirim beli online. Siap kira2 lagi sempatlah parcel aku nak sampai on hari Jumaat. Alhamdulillah semuanya Allah permudahkan. Ada jugak aku up gambar berniqab (Padahal dah sah2 kitorang pakai senyap2 tanpa pengetahuan keluarga masing2). Kawan aku tegur, takpe ke (takut family tau)? I said, kat insta tu apalah sangat.. Sedara yang follow pun semua aku tak rapat mana & tak jumpa hari2 (Sebab almost all tu duduk selatan). Suddenly semalam, dalam group sedara ade orang upload picture orang berniqab and suruh teka siapa ittew... Berderau jantung aku!!! Sebab aku tak buat auto download pic in whatsapp. So gambar tu keluar blur jelah kan. Dalam hati aku, 'Janganlah dorang tetiba screencap pic aku tu and buat kecoh kat group ni...' Pastu baru teringat, aku mana ada pose cegitu. Thennn I saw it actually anak buah aku (one of my followers gak) pun tetiba pakai niqab gak sekarang. Pheww... Bikin cuak je. Hahaha Mak tengok gambar tu as dia pun ada dalam grup tu sekali. Then she said, "Hehe tengok ni dia dah berniqab hehe". Time tu aku rasa cam nakkk je 'hehe' kan mak aku jugak "Hehe, tengok ni mak. Orang dah berniqab dulu hehe". But aku simpan je hasrat tu dulu. Hahai :p


Teringat haritu L ada tanya aku, "Awak nak berniqab ke?"
"Yup. But selepas berkahwinlah. IF ONLY suami saya izinkan..."

Ni tetiba he saw me berniqab pulak. Nampak jugak dia like2 gambar aku. Ah, sudahlah. Sekarang ni aku tengah fokus nak luaskan cinta aku pada Allah je.


But all I can say about my experience is... BESTNYAAAAAAAAA! In shaa Allah, there will be a 2nd time I'm wearing niqab. I'm looking forward into this! Doakan aku dapat betul-betul berniqab ye kawan-kawannnn~ tanpa perlu sorok-sorok lagi ^_^
 
"Assalamualaikum... Boleh uncle tanya sikit? Tapi soalan ni agak personal sikit..."


Berderau darah aku bila baca ayah R pm aku kat FB cenggitu haritu. Soalan apa pulak pakcik ni nak bagi...
"Ada kena-mengena ke dengan pelakon citer Suamiku Paling Sweet? Kembar ke? Aunty pun kata sama.. Kalau petang-petang tu mesti nanti dia kata nak tengok citer yang kamu berlakon tu. Hehe"


BAPAK AHHHHHHHHHHHH. Aku ingatkan soalan ape. Rupanya ni?!! Pakcik dah buat hati saya berdebar-debar, tak keruan tahu takkk?? Hahahahahahahaha Aku mampu gelak jelahhhh melayan karenah pakcik makcik ni kannn... "Rindu saya letewww", selamba je aku bahasakan. Haha


It's quite some time jugak aku dah tak pergi ke kedai dorang tu. Tu yang muka entah sesapa pun main kata macam muka aku tu.. Mawar Rashid macam muka aku? Lawak weh. Mungkin part mata besar tu jelah kot buatkan dorang terbayang-bayang cam muka aku. Padahal jauh bezaaaaaa... Mak ayah jelah rajin ke kedai dorang everytime after ayah buat check up kat klinik. Dah jadi macam satu kemestian je. Nanti adeeee jelah mak R kirim macam-macam kuih-muih ke aku, "Kak, nanti bagi kuih ni kat Ell ye?". Pantang mak aku tersebut je aku suka kuih itu ini, dia tahu jee terus dia kirimkan kuih2 tu ke aku. Camnelah mak aku tak kata, "Mak dia tu sayang kau lagi...."


Baru semalam aku teringat ke R sebab gi stalked insta dia. Bila teringatkan balik kes dulu-dulu yang dia pernah buat ke aku, aku jadi naik heran. Camnelahhh aku boleh buta hati and still layan dia bebaik. Padahal, kalau dalam drama2, penonton dah marah2 tau ada scene gadis baik seperti aku ni. Pui! Sorry, terbawak-bawak diri rasa Mawar Rashid. Hahahahahahahahah


Seriously, Mawar Rashid???....
Tolonggglah aunty.
:meh:
 
Hari Sabtu yang lepas aku join kelas memasak. Niat aku join sebab nak temankan mak je. Lagipun kelas tu dibuat kat rumah je oleh jiran setaman. So, aku amik peluang ni untuk berkenalan dengan jiran-jiran. Lagipun aku kan suka berkawan dengan makcik2. Tiba hari kejadian tu, lawak pulak. After kelas mengaji baru kitorang datang ke kelas tu. So agak lambat lah sikit tiba. Masuk2 je ade makcik tanya, "Mana Ell? Mana Ell nya?" Aku dah cam blur2 ayam. Siapa pulak sebut nama aku ni? Makcik tu nampak je aku terus dikatanya, "Ohhh inilah Ell nyaaaaa". Cuak aku. Dahlah orang2 dalam tu aku tak kenal sangat, tetiba nama aku naik. Hebat kengkawan mak ni. Kenal nama aku dulu. Haha


On that day, weols belajar buat meatballs, mee, cake and ice blended. Oh yeah, another reason why I registered for that class is CAKE!! Once I was dreamt of setup a bakery cafe siap nak amik course culinary lagi but orang tak berapa nak support impian aku tu.. Because badan aku kecik katanya nanti tak larat nak angkat tools and everything. Duhh mmkayy.


K. Masa the class ongoing, ade la aku tolong buat meatballs tu. Then, lepas dia ajar buat cake gulung, suddenly cikgu asked, "Siapa nak tolong saya buat?" Aku pun willing to laaaaa hahahaha bahagianyaaa.. Excited! Tapi memang kekok la kan, jarang2 masak tetiba masak depan orang ramai. Ade makcik mulut laser siap tegur aku lagi, "Ai, menggigil tangan? Hahaha jahat tak mata makcik?" Sabooo jelah aku dengan makcik ni. Haha tapi lawaklah kann. Yang pergi kelas ni semua makcik2 sampaikan suami2 dorang pun 'bising' "Dah tua2 awak nak gi kelas memasak lagi buat apa??" Haha. Tapi aku paham, makcik2 ni gi pun sebab nak support member. Dorang bukan nak belajar sangat pun, just nak jumpa berborak.


Masa buat kek tu pun, banyak makcik2 dah berdedai duk kat sofa2, berborak. Itu yang aku dapat peluang buat kek (Lagipun dalam fikiran aku, kelas ni berbayar kot. Better I take the chance!). First time tu cikgu tunjuk buat, huru hara kek tu jadinya. 2nd cake, dia kemain ajar siap buat lakaran untuk lukis kat cake. Tapi si anak murid baru ni, melawan. "Cikgu takleh ke kalau saya main lukis je?" Haha. Tapi aku tanya je sebab cikgu dah beriya lukis leb leb tu kan.. So aku ikut jelah lakaran dia dan akhirnya bentuk love tu pun entah ke mana2. Lukisan kecik and rapat2, bancuhan tu pulak cair, dengan tangan aku gigilnya.. KAU RASA?? Takpelah maybe love tu ikut si pembuat kek ni yang lara hatinya tanpa chenta. Ceh! Hahahaha :lol::lol::lol:


Dapat buat gulungan kek yang kedua, aku dah mula buat kemas mengalahkan cikgu. Okay, yang ini serious. Cake aku lagi nampak cam seorang cikgu yang buat. Kek yang cikgu buat demo first2 tadi, gulungannya tak rapat until time potong jadi bentuk 3segi sebab terlebih krim also. Yang aku buat just nice. Alhamdulillah... Hihi tangan berseni jugak Ell ni rupanya :p


Lepas tu time nak buat pape, cikgu tu dah aimed akuuu je untuk tolong dia. Aku memang nak. Tapi dalam hati aku cam tak sedap la, orang lain pun bayar jugak nak masuk kelas ni. Kasi la chance kat orang lain untuk tolong / cuba jugak. Hahai cikgu ni punnn.. :oops: Dapat bawak balik kek yang aku buat vs kek demo cikgu tu. Tengok2 lesap dah kek yang aku buat compared to cikgu punya. Sebaik aku sempat rasa dan memang sedap aku buat. Kek gulung inti blueberry uolss :lol::lol:


Pape pun, bestlah join kelas camtu. Best sebab dapat new experiences, kenal orang2 baru.. And memang best lahhh! Pasni in shaa Allah aku akan cuba aktifkan diri lagi dalam persatuan makcik2 ni. Dengar citer lepas ni ada lawatan ke penjara wanitalah, larian muslimah la, kelas tadabbur Quran... Wahhh~ Moga Allah beri aku kudrat & kesempatan untuk join lagi program2 cegini. ^_^^_^^_^ *positive vibes*


Oh, btw harini birthday mak R. Nak wish ke tak, nak wish ke tak...
 
Lately, aku memang dalam keadaan yang sangat low. Sangat down, I must say IF bagi orang lain. But I got these positive vibes always. Even bila aku dalam keadaan tertekan, tertindas, poket kosong, and macam2 hal dan ujian yang mendatang tapi aku masih mampu tersenyum dan berfikiran positif. Kadang kan, rasa nak nangis dengan kekuatan aku ni sendiri. Heran, dari mana kekuatan ni datang? Then aku akui inilah hebatnya kekuasaan Allah. Allah hanya menguji hamba-hambaNya sebatas kesanggupan seseorang hamba tu. Aku cuba tak mengeluh. Malah cuba yakini diri sendiri bahawa Allah memberi ujian2 ini kerana Allah tahu aku mampu hadapinya. Sebab tulah aku rasa sebak. Semua aku dapat lalui kerana bantuan Allah.


Ingat, aku pernah kata aku tak nak bergantung harap pada manusia lagi? Aku cuba lepaskan segalanya hanya pada Allah. That's why aku tak rasa all this things choked me up. Seriously. Allahu... Semua ujian yang aku berjaya lalui, aku cuba tak berbangga diri sebab aku tahu semua ni hanya atas kehebatan Allah membantuku semata. Cuma kadang tu aku kena lawanlah nafsu fikiran sendiri yang takut2 akan overthinking and lead me to stress again. Biasalah tu, setan...


How do I get this positive vibes? Because aku baca Quran. Dan bacaan ku bukan sekadar baca, tapi aku amik point ayat-ayat from surah yang aku boleh jadikan pegangan dalam menjalani kisah hidup aku. Yes, probably terlalu ramai orang yang generally said, "Jadikan Al-Quran itu sebagai pegangan". But bagi orang yang bertatih macam kita ni mesti wonder, HOW? Pegangan yang macam mana? Bila nangis tu duk peganggg je ke al-Quran tu?? Or what? Lemme explain, how I do it.


Anggaplah ini sekadar aku berkongsi ilmu. Bukan niat membangga diri jauh sekali memandang kecil kalian. Tapi kerana aku pernah jahil, pernah jauh dari Allah seperti kalian. WE ALL DID. BECAUSE WE'RE ALL THE SAME. Manusia, mana pernah lari dari hasutan syaitan. Dan dari situlah kita mula berbuat dosa dan kesalahan... Ingat, kat muka pengadilan Allah nanti, syaitan akan kata kitalah yang willing buat dosa tu, dorang just ajak je, tak paksa kita pun. (Setan pun nak lari daripada hukuman Allah)


Okay, back to topic. Aku mula belajar baca Quran daripada Iqra' je. Bila aku dah start buku Iqra' 4, aku mula beranikan diri baca Quran sendiri. Tapi ramai orang tak bagi baca Quran sendiri sebab takut nanti 'mengaji dengan setan'. I'm sure you guys pun pernah dengar ni kan? Well, itu aku belakang kira. Apa yang aku fikirkan semangat aku untuk baca Quran tu tengah membara in that time. And I assumed kata-kata orang yang camtu hanyalah comes from bisikan syaitan yang nak membunuh semangat aku nak baca Quran. That's why aku tetap teruskan niat untuk baca Quran walaupun bacaan aku merangkak-rangkak. Well, it's actually good sebab aku kan gi kelas mengaji, so membaca Quran sendiri di rumah tu is like I'm practicing what I've learned. Macam gi sekolah lah, kita belajar dalam kelas but still everyday we brought back homework for practicing what we have learned. Fikirkan camtu je, in shaa Allah kau akan terus istiqomah. But make sure at the same time, kau cubalah jugak belajar tajwid dan cara sebutan huruf yang betul. If takde guru, teknologi sekarang dah canggih. Jangan cari banyak alasan untuk tak nak but instead carilah pelbagai cara untuk belajar.


Aku kira, kalau aku tak start2 baca Quran sendiri tu mesti aku terus layu dan takkan baca Quran sehingga ke harini. Disebabkan usaha itulah aku cuba engagedkan diri aku dengan nekad, "Aku kena baca Quran at least sekali sehari". And it must be a solid Quran not an apps in phone. Sebab the feelings is different. Kau jangan samakan apps dengan Quran sebenar ok? Okay, tang pegangan al-Quran tu, it's actually YOU HAVE TO TAKE OUT AND WRITE OUT YOUR FAVORITE AYAT QURAN IN A SPECIAL NOTEBOOK. Ini same thing I did whenever I saw a favorite quote from insta, I rewrite it again in my own notebook. Yes, RE-WRITE. IT'S A MUST. Sebab kalau kau biarkan je ayat2 tu dalam Quran, you'll never read it again. Kau akan jadi malas. Kenapa kena tulis semula? Supaya bila emosi kau tak stabil, you just have to open up the book. Tak perlu selak Quran selai2 duk cari balik ayat yang kau tanda tu. Kau boleh bukak buku notes tu ikut suka page mana or read it through page by page and DEFINITELY kau akan jumpa ayat Quran yang akan menerangkan / menenangkan perasaan yang kau alami ketika itu. And if you've found it, tanamkan ayat tu dalam hati dan diri kau. Itulah maksud sebenar JADIKAN AL-QURAN SEBAGAI PEGANGAN HIDUP KAU. Try it! Aku boleh guarantee it because itu adalah kalam-kalam dari Allah. Bukan dari aku, kau, dia mahupun manusia biasa. Allah will always lead us back towards him.


So far, itulah aktiviti aku either time lapang or selepas waktu maghrib. Aku akan salin ayat-ayat Quran kesukaan aku. But first of all, kau beli or pakailah Quran yang ada terjemahan. Barulah kau boleh faham makna ayat2 Allah tu semua. Lagi bagus kalau Quran tu ade translate word by word. So it's easy for you to rewrite the ayat from maksud yang kau suka tu je. Like "La tahzan, innallah ha ma'ana". Ramai orang guna ayat ni kan? It's only part of an ayat Quran je actually not the whole sentences. Nak tahu ayat ni dari surah mana and ayat ke berapa and apa maksud dia?? Bacalah Quran.. I dare you to read Quran and find it on your own. Jangan ngelat pakai ncik google okayyy :smug:


This lesson, kau tahu tak ada orang yang buat kelas kena bayar beratus-ratus ringgit? But I'm giving you FOR FREE here. Just kau jangan malaslah untuk baca. Yang dalam kelas tu, orang tu yang bagi & sediakan segala notes dan ayat yang mengikut kesukaan dia. Kita ni, janganlah ikut2 orang je semata-mata. Mostly lah, bagi aku lah, gi kelas berbayar berjuta pun, kalau kelas dan pelajaran tu bagus mana sekali pun tapi kalau inisiatif tu takde datang dalam diri kita sendiri, tetap tak menjadi jugak. Dalam ilmu Allah ni, kita takleh mengharapkan orang bagiii je semua. Ada benda yang kita kena cari sendiri, and of course, Hidayah dari Allah. Cubalah. Cuba. Kau takkan menyesal sedikitpun.


Jadikanlah malam ini sebagai malam pertama kau membuka semula Al-Quran. Dan jangan sesekali kau berniat menjadikan ianya sebagai kali terakhir dalam hidup kau. Bimbang, itu adalah kali terakhir juga kau akan bernafas atas muka bumi ni...


Semoga perkongsian aku kali ini bermanfaat buat kalian.
Assalamualaikum ^_^
 
Honestly, aku mula meluat dengan orang yang jual produk kecantikan beriye ni. Iyeee aku faham, dorang mencari rezeki... Tapi harus diingat, korang bukan tuhan. Produk korang jual tu bukan mukjizat. Yes, aku ada try lah few products before this. Sesaja je. Not really excite to try, just gatal tangan nak beli. #supportlokal gitewww. Muka aku Alhamdulillah, memang dah cerah dan ade jerawat sesikit. Even before pakai product tu pun.. But bagi aku normallah tu. Hormon perempuan sentiasa bertukar. Kau nak maintain muka tanpa jerawat je, flawless, agak susah sikitlah dah baligh2 ni kan. Time sekolah, memang aku flawless habis. Sebab, aku memang jenis kena malas jaga muka. Kena malas eh.. Haha. Muka aku niii makin tak jaga, makin ok. Entah nape tah haritu terajin beli produk pape dorang pasarkan kat FB ni, dahhh orang yang menjual duk kecoh2 pm aku tanya camne feedback bla3... Eeei tolonglahhh. Rimas weh. Nak cakap tak bagus, kesian pulak orang nak cari rezeki.. Nak cakap bagus, kang cam menipu pulak.. Dah muka aku camni jugak, takde ke bertukar rupa jadi Anne Hathaway ke, Emma Watson ke.. So, aku diam jelah. :lol: Dan ngelakkan diri dari on FB. Haha. As always....


Aku terus nak stop pakai semua benda. Takde maknanya makin nak mencuba. Sebab aku takut. Takut bila aku tengok testimoni2 orang ni yang seolah memuja produk yang dorang beli tu. Wei, let me remind you, ubat / alat / produk tu cuma medium penyampaian je. Yang menyembuh / menukar / mencerah / mencantikan apa semua tu Allah yang buat dengan izinNya. Tolonglah bawak2 bertaubat bagi yang taksub pakai produk dan juga si penjualnya ni. Paling menyampah dengan cara dorang cakap "Pasti" bukan dengan kata "In shaa Allah boleh sembuh / elok" ke pe. It's like, amboi, kau tu tuhan ke boleh yakin benda2 tu yang akan menyembuhkan 100%??


Lazimnya, sebelum aku makan sesuatu ubat / supplement or anythinglah dengan niat untuk membaikkan diri, aku akan cakap ni sambil pegang benda tu, "Ya Allah, sesungguhnya ini hanya sebahagian cara aku untuk merawat sakit ini. Ubat ini cuma medium penyampaian je. Yang menyembuhkanku adalah Engkau". Only then, I'll eat the medicine etc. But seriously, jaranglah untuk aku makan ubat. Melainkan kalau aku dah tak tahan sangat sakit tu. Selagi larat, aku akan cuba ikhtiar lain tanpa cuba menyusahkan orang lain. It's true kita kena ikhtiar, takleh mengharapkan penyembuhan tanpa usaha apa2. Tapi aku jenis yang tak nak diri aku jadi terlalu bergantung harap pada ubat / any material. Sehinggakan ada orang yang jenis "Kalau takde ubat ni, matilah akuuu". Well, hello. Kita ada tuhan, ok? Ubat tu cuma alat untuk membantu je. Jangan letakkan seluruh pengharapan kau pada ubat tu semata. Salah tu... Dalam kita tak sedar, actually benda tu boleh jadi syirik... Sebab kita dah dikira menduakan Allah. Remind yourself that, apabila kita meletakkan sesuatu pengharapan selain daripada Allah itu pun dah dikira syirik. Dan dosa syirik ni adalah antara dosa yang tak diampunkan Allah. Nauzubillah min zalik... Semoga kita sentiasa beringat dan terlindung daripada dosa ni...


Sebelum nak buat sesuatu tu, niatkan segalanya hanya untuk Allah. In shaa Allah, Allah akan permudahkan segala urusan dan usaha kau. Pahala pun dapat. Cuma janganlah pulak nak buat maksiat, dah tahu perkara tu dosa, kau gi berniat untuk Allah jugak. Jangan pernah mempersendakan Allah dan agama Islam. Takut jadi orang munafik pulak.. Orang munafik ni kategorinya lebih bawah daripada orang kafir. Kalau dalam neraka tu, tingkatnya lebih bawah daripada orang2 kafir. So, toksah nak bangga kau Islam tapi perangai macam orang kafir pun tak guna jugak. Apabila kita dicampakkan ke dalam neraka, untuk sampai ke dalam / dasar neraka tu, mengambil masa 70 TAHUN. Selagi belum sampai bawah neraka tu, kulit kita akan melepuh kepanasan, hancur berkali-kali; diberi kulit baru lagi oleh Allah, hancur lagi, kulit baru dan hancur lagi sehinggalahhhhhh akhirnya tiba ke dalam neraka tu. Kita baru umur berapa sekarang ni? 25 tahun? 48 tahun? 55 tahun? punnn dah rasa cam hidup dah lama dah. Ini kan pulak nak tempuh 70 tahun perjalanan ke NERAKA sahaja. Dan ingat, di alam akhirat kita takde mati-mati lagi. Kita akan hidup selamanya. Selama itulah seksaan Allah akan berjalan kalau kita tak bertaubat dan kembali kepadaNya. Allahu... Bawak-bawaklah bertaubat.. This is not even funny.


وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ لَيَقُولُنَّ إِنَّمَا كُنَّا نَخُوضُ وَنَلْعَبُ ۚ قُلْ أَبِاللَّهِ وَآيَاتِهِ وَرَسُولِهِ كُنْتُمْ تَسْتَهْزِئُونَ
"Dan jika kamu tanyakan kepada mereka (tentang apa yang mereka lakukan itu), tentulah mereka akan manjawab, "Sesungguhnya kami hanyalah bersenda gurau dan bermain-main saja". Katakanlah: "Apakah dengan Allah, ayat-ayat-Nya dan Rasul-Nya kamu selalu berolok-olok?"- Surah Al-Tawbah (Ayat 65)


لَا تَعْتَذِرُوا قَدْ كَفَرْتُمْ بَعْدَ إِيمَانِكُمْ ۚ إِنْ نَعْفُ عَنْ طَائِفَةٍ مِنْكُمْ نُعَذِّبْ طَائِفَةً بِأَنَّهُمْ كَانُوا مُجْرِمِينَ
"Tidak usah kamu minta maaf, karena kamu kafir sesudah beriman. Jika Kami memaafkan segolongan kamu (lantaran mereka taubat), niscaya Kami akan mengazab golongan (yang lain) disebabkan mereka adalah orang-orang yang selalu berbuat dosa" - Surah Al-Tawbah (Ayat 66)


Wallahua'lam..
 
"Seorang sahabat bagi aku ialah seorang yang selalu ada dengan aku time susah dan senang, tak pernah tinggalkan aku. Maybe we're not meant for each other kot..."


Macam break up pulak aku dengan kawan aku tu semalam (Ye, dia still tak habis-habis lagi pasal isu ni rupanya.. Ingatkan gi keluar haritu dah ok..). Tak pernah aku dengar terms "We're not for each other" dalam berkawan. Nak kawan, kawan jelah. Rapat ke idok, itu atas alasan dan perasaan sendiri masing-masing. Ini bukan sebuah perkahwinan yang nak tak nak, kau kena bina keserasian untuk make sure hidup bersama sampai bila-bila kerana adanya akad yang dah diangkat. Kawan, kau berhak untuk memilih siapa dan kenapa untuk kau berkawan. Dah dia nak 'pergi', aku okay kan jelah... Aku tak halang dia untuk mencari S.A.H.A.B.A.T seperti yang dia definisikan tu.


Bagi aku, seorang sahabat itu ialah seseorang yang membawa / mengajak aku kepada kebaikan. Rapat atau tidak, bertemu atau tidak, bagi aku dia tetap seorang sahabat. Sahabat ialah orang yang boleh membawa kita ke syurga. Simple as that. "Seseorang yang perlu ada time kita susah dan senang", aku dah buang terms ni jauh-jauh dari dunia persahabatan... Bagi aku, takde siapa yang boleh bersama dengan kita melainkan Allah sahaja. Pengalaman2 lepas banyak mengajar aku. Bila aku susahhh je, no one was there for me. Aku harungi sendiri. Takde kawan nak diluahkan. Kekasih hati aku lak dulu semua jenis yang menjauhkan diri apabila aku berada dalam masalah. Can you imagine that? Those situations have make me stronger to be alone, untuk berdiri atas kaki sendiri. Nak tak nak, aku kena percaya diri dan bina kekuatan diri untuk harungi segala masalah aku tu sorang2. So apa guna kawan beratus kat FB tu, bercinta bercouple bagai, end up aku sendiri? Ye.. Agak lambat sikit untuk aku tersedar bahawa the only one that I needed in that time is Allah, alone. Not anybody, but only Allah...


Aku bukan tak kesian ke kawan aku ni.. Kesian... Tapi sebab kesianlah (and maybe rimas), aku jadi camni.. It started from, dia pernah kata ke aku, dia tak boleh hidup tanpa aku and/or IF 'kehilangan' aku. She rather died first before me and her mother. Bagi aku, that's too much already... Sebab nyawa kita ni, Allah yang pegang. Kenapa nak harok / "obses" berkawan / sayangkan seseorang tu sampai cakap camtu sekali? Seolah kau tak hargai nyawa yang Allah beri tu.. Bagi aku, it's not relevant anymore. Dan biarlah aku menjauhi dia sebagai alasan pengharapan dia akan jatuh hanya kepada Allah s.w.t sahaja. Tak kiralah sayang mana pun kau ke orang tu, kita tak boleh doa mintak mati. Melainkan doa untuk meminta mati dalam khusnul khotimah.. Begitu juga dengan 'sanggup mati', beza dengan mintak mati.. Kita boleh sanggup mati untuk seseorang tapi kita tak boleh mintak mati demi seseorang. Faham? Berbeza ye dua benda tu.


Aku memang totally jadi malas nak explain ke dia. Cukuplah aku 'benarkan' dia pergi cari sahabat baru, seiring dengan kehendak dia. Jenis yang nak huha2 je, masih bincangkan hal dunia dan orang, or anything duniawi, pergilah... As for me, memang aku tengah berusaha untuk cuba tinggalkan semua tu. I'm getting boring for some kind of people. Or maybe for all. Ramai je orang ajak aku borak, citer pasal drama-drama Melayu and none of it yang aku tahu. Sampaikan orang naik heran, "Eh, takkanlah tak tengok tv langsung?" "Awak buat apa je balik rumah??" "Eleh, duk bilik layan whatsap, fesbuk jela tuwwww" None. None of that was true. Even aku sendiri tak tahu nak jawab apa. Masa aku entah banyak dihabiskan untuk apa? Biarlah... Biar aku dan Allah sahaja yang tahu.. Well, itu jelah point borak2 orang muda.. Tak citer hal orang lain, mesti hal drama melayu dan artis-artis.. Berbeza dengan group makcik pakcik yang lebih suka ceritakan hal pengalaman atau pengajaran hidup.


Berbalik kepada definisi 'sahabat susah dan senang'. Aku takde membeza-bezakan tahap kawan / sahabat / kenalan dalam hidup aku untuk memberikan bantuan. Aku jenis yang kalau kau susah, yes you can reach for me. Kalau aku mampu, aku akan cuba bantu seterdaya yang mampu. Berapa ramai orang yang tak pernah bertegur sangat pun dengan aku time sekolah / study dulu, tetiba contact aku untuk mintak tolong hal duit, kerja etc sekarang ni. Kalau dah time sekolah tu pun tak pernah bertegur.. Bayangkan, dah habis2 sekolah ni, dannn dah berapa belas tahun pulak aku dah tinggalkan dunia sekolah tu ade ke pernah kitorang berhubung?? Memang tak ahhhh! Kalau orang lain, probably dah bolayan laaaa "Dah susah baru nak cari aku! Time senang dulu tak hengat!!" But not for me.. Aku anggap, ini adalah sesuatu yang baik. Bila orang dalam kesusahan, orang teringatkan kita. It's like we are their light in the darkness. Dalam dia kegelapan tak tahu mana arah nak tuju, they see you as someone that can lead them the way out. Allah hadirkan kau dalam fikiran dorang as a good image, as someone who they can rely on. Allah yang put that trust on you! Bukan orang tu yang percaya / berniat nak cari kau time susah tu. Isn't it good to think about that this way? So kau akan a bit relieved rather than being mad sebab fikir orang cari kau hanya waktu terdesak je. Well, gitulah lilin.. Hanya dicari time gelap. Time terang, orang tak perlukan lilin. Dan persis seperti lilin, kita harus berkorban diri dulu untuk bahagiakan orang lain. Fikir jelah, balasan Allah tu akan menanti di akhirat. ^_^


Something that I can relate and wanted to share with you. Kadang kita merungut right bila orang suruh itu ini, lebih2 lagi mak ayah or adik-beradik kita.. I used to be like that too because kadang fikir tak logik, aku dari hujung rumah dipanggil untuk tutup suis / hulurkan barang yang ada di depan mata dorang. Sedangkan ada je orang lain di situ jugak. Fikir cam tak logik je.. But now, whenever I'm in that situation camtu lagi, I will said to myself, "Takpe... Ini semua pahala.. In shaa Allah, ade pahala dariMu ya Allah". So kerja yang aku memula buat tanpa keikhlasan tu lama2 terdidik untuk diikhlaskan. Sehinggakan aku jadi rela untuk disuruh anything now fikirkan reward Allah. I am more into being the 'tak ape person' now sebab aku yakin segalanya tiada yang sia-sia. Allah yang aturkan semuanya. Yakinilah akan ganjaran Allah.


Semoga kita semua bertemu sahabat yang akan sentiasa membawa kita ke arah kebaikan. Jangan pernah tinggalkan berlian hanya kerana ingin mengutip kaca. Hati-hatilah, takut nanti terluka pula... Salam Jumaat :)
 
Harini aku cuti. Gi hantar ayah ke hospital untuk amik darah. Takde dalam buku appointment pun.. Doktor suddenly call suruh datang harini amik darah. So, lepas rutin hantar akak aku gi keje dan ayah ke hospital, kami singgah la ke kedai mak R (finally!). Actually daripada semalam mak ayah dah ajak, tapi aku tak nak. Aku nak jenjalan jauh sikit (dari hujan) tapi situ je dorang cadang kan? Blerghh habis jauh lah tu? Awan hujan kat umah kitorang pun meliputi kawasan tu jugak (nak menandakan yang dekat sangat la kedai dorang tu dengan umah kitorang). So I drove them to Bagan Lalang. Jauh sikit.. Dan tak hujan, yang penting. Hehe bukan apa... Aku takut cuaca hujan dan kilat ni..


Pergi ke kedai mak R... Kedai tutup!!!!! HAHAHAHAHAHA K tak lawak. Aku just ulang lawak kumpulan Joras pada Maharajalawak Mega yang lepas. Kedai dorang bukak lah. Naik je tangga, I saw R. Sitting with his makcik. Ah sudah... Dahlah makcik dia tu one of my FB friend (currently deactivated). Aku duduk membelakangkan meja yang de dorang tu. Dia ada jugak datang ke kami, nak salam mak ayah aku. Then dia blah la balik tak duk dengan kitorang. Pheww. Can say, kami tak pandang each other langsung.


Dari awal datang tu, mak R asyik bahan nak autograph iols je. Retiss katanyaa.. Citer tu pun duk ulang tayang balik ye sekarang? Kemain semangat pakcik tu duk layan drama tu sekali lagi. Dah pakcik makcik, saya dah ade di sini. Tak perlu terkonangkan Mawar Rashid tu lagi. Hahaha


Mak R suruh R kira baki biskut2 kami cuz dia nak bayar untuk biskut2 yang dah terjual. Suruh kira pun payah.. Aku pun bangunlah sekali sebab nak tahu jugak biskut apa yang tinggal lagi. Masa aku duk counting tu, nampak kat hujung mata aku ni, dia toleh dan pandang aku (as he's standing in front of me). But, sikittt pun aku tak pandang dia. Weird. The person whom once you love the most, end up being just a memory. Pandang pun tak lalu...


On the way balik tu, aku duk terfikir. Peliknya. Dulu kan aku dengan dia. Sekarang ni, jangan kata bercakap, pandang pun idok. Kitorang tak gaduh. Cuma... cukuplah. Aku malas nak berhubung lagi. Nanti kang marah lak gf dia. Takpe, aku kan jenis memahami. Oh ye, aku tak wish pun birthday mak R. Tadi pun tak say "Happy belated birthday". Biarlah... Kang nampak cam aku beriya nak amik hati makcik tu lagi. Gf R tu entah wish ke tidak kat mak R tu. Kalau wished, baguslah. Yang jadi isunya kang aku wish, perempuan tu tak wish pun rupanya. So, lebih baik elak kan.. Benda nampak remeh, tapi boleh jadi isu besar sebenarnya.


Selalunya, aku yang selalu ingat birthday setiap ahli keluarga R. I will wished them and beserta hadiah and buah tangan la sekali sekala. (Takleh selalu sebab tak kahwin lagi kan. Kang nampak lain macam sangat even niat aku biasa je.. Ikhlas). Even anniversary mak ayah dia pun aku yang beriya wish dan bagi hadiah. Anak2 dorang buat dang je. Tapi zaman dah berlalu.. Masa salam dengan mak R tadi, dia kata "Bilalahh dapat jumpa Ell lagi..." Sayu je bunyik dia. Nak je aku sound "R dah nak kahwin ke? Kalu dia kahwin, saya tak datang dah la kesini lagi hahaha (nanti ade bini dia marah lak enn haha)". Tapi tak terkata lak. Kang bunyiknya macam aku lak yang kecewa membawa diri. Padahal aku yang dumped anak dia.... pfft.


Btw, disebabkan cuti kerja dan cuaca nan hujan seharian, aku bantai tidur pas Zohor tadi until before Asar. Bangun tu macam terpinga-pinga.
Aku mimpi L.
Lagi???
 

Top