1. Sudahkah anda menulis Diari Cinta anda hari ini?
    Sebagai forumer Forum Tentang Cinta, anda kini boleh menulis dan mencoret kisah manis cinta anda di ruangan Diari Cinta. Hanya satu diari sahaja ya dibenarkan untuk setiap seorang.
    Dismiss Notice

kisah hati.

Discussion in 'Diari Cinta' started by Ell En, Dec 16, 2014.

  1. Ell En
    Offline

    Ell En New Member

    Messages:
    23
    Likes Received:
    16
    Trophy Points:
    3
    Ade budak request to follow my insta. Aku belek dp muka dak tu, macammm pernah tengok. Tapi siapa eh? Anak buah aku kot (sedara belah ayah kan aku tak kenal sangat). So I approved. Terharu pulak kekanak pun nak follow acik...


    Aku ada post insta story harini. But aku dah blocked sumoranggg. HAHAHAHAHA Story aku cuma open untuk.... jeng jeng jeng... Then sesape yang aku termissed untuk blocked tu, masa nama dorang appeared dalam view list tu barulah aku blocked dorang. (Walaupun followers cuma beratus je, jenuh jugak nak hide story from sorang2). Sempatlah budak tu tengok 1 story aku yang dah berjam aku post sebelum tu.



    Tadi dia like2 gambar aku. And I wonder, sapeee la budak ni sebenarnya? 'Ramah' beno nak like2 gambar aku. Aku pun bukak la insta dia (tapi private) only then I know dia anak buah kawan aku tu rupanya!! Erk.. harap2 tak kantoilah aku de post story tapi orang lain (especially kawan aku tu) tak tahu... Hmmm... Dah mula hantar 'askar' ke...
     
  2. Ell En
    Offline

    Ell En New Member

    Messages:
    23
    Likes Received:
    16
    Trophy Points:
    3
    Role Model.


    Setiap orang secara sedar atau tidak, pasti ada seseorang yang dijadikannya sebagai 'Role Model'. Role model ni tak semestinya dalam perkara baik je, kadang boleh jadi untuk perkara tak elok / tak baik juga.. Untuk perubahan dalam hidup aku ni, can say banyak orang yang dah aku jadikan sebagai role model. Daripada zaman aku jahil dulu, sehingga kini. Orangnya berubah-ubah mengikut tahap penghijrahan aku. Yelah, korang bayangkanlah. Dari aku zaman tomboy (lebih dipanggil as Pengkid) sehinggakan aku dah berubah menjadi seorang muslimah (hampir) sejati sekarang ni. Daripada Wynona Ryder sehingga ke para niqabis. Mana mungkin aku cuma statik menjadikan hanya SATU orang sahaja sebagai role model?


    Awal dulu, aku 'lost identity'. Semua remaja pernah dan akan mengalami fasa ni di mana korang masih tercari-cari identiti sendiri. Tengok orang tu, rasa nak jadi macam dia lah. Then, nampak orang yang lebih (macam je) bagus, nak jadi macam itu pula. Dan begitulah seterusnya sehingga jadi caca-marba hidup kita ni. That's why remaja jiwanya memberontak. Sebab masih belum mengenal diri sendiri. Semua serba tak kena. Semuanya sekadar ikut-ikutan orang itu dan ini. Dalam keluarga aku, ada 2 orang perempuan dengan ciri berbeza. Kalau ikut kakak aku yang sorang tu, aku akan jadi sepertinya. Selesa dengan imej tomboy. Kalau berjalan dengan kakak aku yang terlebih perempuan ni pulak, automatik cara dan ciri-ciri aku jugak akan berubah mengikut dia. Sehinggalah akhirnya aku dah mula besar sikit dan fikir aku perlu cari imej sendiri tanpa ikut-ikut dorang ni lagi.


    And here comes the HARU part... A phase of which aku mula lihat ke dunia luar bukan sekadar apa yang ada dalam keluarga aku. Maka bermulalah 'identiti sendiri' yang mula meniru-niru orang luar. Semua benda yang aku kenan, aku cedok sikit2. Harajuku style, budak-budak emo, hip-hop, metal dan segala style bukan-bukanlah. Tapi aku cuma tiru style berpakaian je. Tang toreh tangan, minum darah kambing #raver #hipstur apa bagai tu takdelah, Alhamdulillah masih ada iman di hati...


    Semua orang pernah mengalami fasa ni. Semua orang pernah tercari-cari diri sendiri. Lost. Tak mengapa... Cuma jangan selalu & lama sangat tersesat tu. Cepat-cepatlah sedar diri. Lagi-lagi kalau kau dah semakin tua (Mana ada manusia makin muda!).


    Masa tu aku rasa aku jauhhh dari agama Islam dan aku akan tetap jauh dari jalan Allah. Melihatkan lingkungan kawan-kawan aku pun lebih kurang perangai je... Mana mungkin terjadi? Orang baik-baik semua aku avoid. Nak-nak yang bertudung labuh, berkopiah bagai dan cakapnya tentang agamaaa je.


    Sehinggalah masa bulan Ramadhan 7 tahun lepas. Mak tegur aku.
    "Kau puasa tak?"
    "Puasa!"
    , dengan kerek dan bangganya jawab.
    "Apa guna puasa kalau tak tutup aurat? Mak dengar ada ustaz kata, perempuan kalau berpuasa tapi tak tutup aurat PUASANYA SIA-SIA. Buat apa kau berlapar seharian kalau camtu, tapi kau tak dapat apa-apa?"


    Sentapnya soalan mak tu sampai ke harini aku terkesan. Terima kasih mak. Terima kasih ustaz tu. And of course, TERIMA KASIH ALLAH... Kalau Allah tak sentuh hati aku dengan kata-kata mak tu, maybe sampai ke harini aku masih tak berubah. And probably, I'm totally being a pengkid. Bukan sekadar acah-acah pengkid. Sebab sikap aku yang suka & pandai buat lawak and acah-acah hensem kalau jadi lelaki (orang yang kata), ditambah pula dengan ramai perempuan yang suka attitude 'kelelakian' aku ni, aku boleh jadi pakej PENGKID YANG SEMPURNA untuk dimurkai Allah. Allahurabbi... Nauzubillah min zalik.


    Bila awal pakai tudung tu, ingatkan aku akan dikecam dengan strangers ; dak-dak cyber cafe, pakcik kedai topup, akak-akak kedai buku, dan abang-abang pelayan restoran kat area kolej aku tu. Tapi aku silap. Dorang rupanya support aku siap beri doa dan dorongan. Orang-orang yang rapat / kenal dengan aku pulak yang beri respons negatif. Start dari situlah aku mula istiqomah pakai tudung ke kolej (SAHAJA). Lepas aku asyik dihantui perasaan takut dijumpai oleh dak-dak cyber cafe, pakcik kedai topup, akak-akak kedai buku, dan abang-abang pelayan restoran kat area kolej aku tu kat mana2, aku mula pakai tudung betul-betul. Role model aku masa tu ialah mak. Dan rakan sekelas aku yang satu-satunya perempuan besides me (dah dia je bertudung!).


    Masuk dunia pekerjaan, slowly aku 'upgrade' penampilan aku. Cuma mujur aku bukan jenis harok ikut hijabista. Role model aku masih mak, so aku pun jadi jenis yang pakai tudung sarung ber'awning' tu. Then, in trend tengah up pasal pakai shawl, aku pun try lah.. Tak kena dengan jiwa aku. Selebet je pakai, duk lilit-lilit sampai jadi pendek sangat. Aku jadi tak selesa. Aku last-last pakai tudung bawal je sehingga ke harini. Dari pendek, ke selabuh yang boleh aku tarik tudung tu tutupi badan. Nak gosok pun senang. Muka pun nampak muda. #eh


    Along the time, aku jugak peratikan artis-artis yang mula berhijrah dan berhijab sebagai role model baru. Yatt Hamzah, FJ, Ummi Nazeera... Aku suka dengan pemakaian dorang. Yatt dengan sarung tangan bagainya. Ummi dengan skirt labuh dan sarung kakinya. FJ... Aku lihat dia seperti aku sebab dia dulu pun dari budak2 gig cam emo2 gitu. Laa ni dah mula berniqab. Serious aku kagum. Tapi cuma sekadar perubahan pada pakaiannya. Kawan aku tu adore perangai2 dia sekali. She said, dia suka orang berniqab tapi masih berperangai gila-gila. Bagi aku lak, aku kurang setuju part tu... Kalau dah berniqab tu, sebolehnya kita kena jaga tingkahlaku. Takleh nak huha2 sangat, terlebih bergaya, cakap kuat-kuat bagai.. Pendek kata, toksey nak menggelabah hehhh!


    'Eksperimen' aku dengan niqab haritu buatkan aku betul-betul nak jaga adab dan tingkahlaku. Aku cuba cakap seslow, setenang dan sesopan mungkin. Aku tinggalkan FJ sebagai role model ku. Cukuplah dia dah 'bimbing' aku sehingga ke tahap mula nak berubah. Sekarang ni aku perlu cari role model baru untuk benar2 berniqab or at least, yang boleh buatkan tingkahlaku aku berubah menjadi muslimah yang sejati.


    Ye, tak mudah nak berubah. Lagi pulak kalau kau memang jenis yang #kepalatimun. Eh! Kepala gila-gila.. Because orang dah tahu sikap kau yang begini, so all the time orang akan treat kau begini jugak. Bila kau berubah je, orang akan perli2, kata kita dah tak best, extremist bla3 and so on dengan alasan manusiawi nya.


    If you are in this phase too, just stay strong. Pedulikan apa yang orang kutuk. Stay positive. After all, kau cuma nak buat benda yang baik. Buat benda baik pun orang akan kata, buat benda tak baik pun orang lagilah akan mengata. Tapi ingat, buat benda baik balasannya pahala dan syurga. Buat benda salah dapatlah dosa. So takde ruginya pun kalau kau buat baik dan orang still mengata. Dapat pahala extra (kat Akhirat nanti dapat kaut pahala dari orang yang ngumpat kita tu sampai dia muflis pahalanya)!


    So nak buat sesuatu tu, beringatlah.. Sebab kita ni adalah 'role model' kepada orang lain. Percayalah. Even kau kenal orang tu, kau tak kenal ke orang tu.., even a stranger on a street can adore you for who you are. It doesn't matter any thing to be as someone's role model. A moment or a glimpse is enough to capture someone's heart and make them remember you for the rest of their life.


    Jadilah role model terbaik untuk diri sendiri dan orang lain.
     
  3. Ell En
    Offline

    Ell En New Member

    Messages:
    23
    Likes Received:
    16
    Trophy Points:
    3
    "Probably, I'm not the one whom you waiting for a wish, but... Happy Birthday L.."


    And I never know that actually, he IS waiting for my text to wish him Happy Birthday. Seriously tho. Since we (have to) text at whatsapp, we reminiscing our old memories.. The sweater that I gave him 2 years ago is still one of his favorite sweater. In fact, he admit that he's still wearing it till now. Just like what I hope to be.. Alhamdulillah.. And keychain nama gabungan kitorang tu pun... Dia still simpan... Haih.


    Actually I was thought of nak wish kat insta je (like he did!) But then video yang aku record tu takleh sent lak sebab "too" long. Hek kau lah insta. Err.. Yeap,... A video. I'm singing to him. Gila apetah Ell ni. But tu cuma balasan kepada lagu ciptaan yang dia beri masa birthday aku last month... And dia terharu because I sing lagu ciptaan dia tu balik dengan diselitkan sekali namanya. But aku dah tukar sikit lirik dia sebagai 'jawapan'.
    Jawapan kepada apa?


    Biarlah rahsia...
     
  4. Ell En
    Offline

    Ell En New Member

    Messages:
    23
    Likes Received:
    16
    Trophy Points:
    3
    Rupanya masa harijadi L haritu, dalam aku sibuk mengenang orang lain... Mak ayah aku pergi jenjalan dengan R SEKELUARGA!!!


    Aku tahu dah the day before that, mak gitau aku yang mak R ajak mak ayah aku keluar untuk belanja makan. I know, hari Selasa memang hari cuti kedai dorang. Tapi tak expect pulak R dan adik-adiknya nak ikut sekali keluar makan dengan mak ayah aku.. Kemain siap jenjalan gi Klang lagi bershopping. Patutlah aku rasa 'berat' je nak amik cuti haritu (sempena birthday L. Walaupun takde plan kemana pun apetah lagi dapat keluar dengan L! Cuma sesaja je... Nak ngabehkan cuti, mengenang nasib kat umah.. Dasar takde life, Ell!)


    Mujur aku tak cuti ek. Kalau tak kena mengadap R tu lagi.. Tak benci pun dia, cuma tak perlulah wei nak jumpa-jumpa ni lagi. Kitorang dah takde pape. Aku tak nak menimbulkan salah paham pada mana-mana pihak lagi. Apetah lagi pihak mak ayah R dan gf R. Elok je aku masuk kereta, mak kemain kata, "R dah beli kereta baru..."
    "Like I care!"
    (mampu kata dalam hati aku je)
    "R dah beli kereta baru, Bezza merah.."
    , mak ulang lagi seolah menanti respons dari aku. Tapi aku tak tahu nak bagi respons apa. So aku diam je. Lagipun tangan aku sakit sampai ke belakang badan dek kerana harok main table hockey kat arcade haritu. Akhirnya lepas gak gian aku nak main game tu!


    Bagi aku, baguslah R dah beli kereta baru tu. It doesn't mean aku dah dapat tahu dia beli kereta baru tu aku nak / akan balik ke dia balik. Cuma aku fikir, sebab aku dumped dia dulu tu lah baru dia tersedar diri and mula nak hidup berdikari (walaupun niatnya pada mulanya just nak menunjuk ke aku je. I know that.). Cuba fikir, kalau sampai sekarang aku still dngan dia. Probably dia still kat bawah ketiak aku dan mak ayahnya lagi kot. Nak mengharapkan kitorang je. Duit hantaran dan segala persiapan kahwin pun dia kata nak pakai duit EPF bapak dia. Bapak ah... Manalah aku tak angkat kaki??


    Whatever it is, dalam hidup kita mesti ada satu kejadian besar yang akan terjadi umpama satu 'button' reset kehidupan kita. Bila perkara tu dah terjadi, barulah kita akan keluar dari kepompong keselesaan kita. Kita terpaksa buat sesuatu yang mungkin luar kebiasaan kita. Tapi percayalah, benda itulah yang akan mendewasakan dan menjadi siapa kita yang sebenarnya. There's always a blessed in disguise. Tak semua benda buruk yang jadi pada kita tu adalah untuk menjatuhkan kita. Allah jadikan setiap kejadian tu tanpa sia-sia. Pasti hikmahnya. Trust in Allah, okay?
     
  5. Ell En
    Offline

    Ell En New Member

    Messages:
    23
    Likes Received:
    16
    Trophy Points:
    3
    "Human cells replaced every 7 years"


    I saw that statement before. Entah mitos atau fakta.. Tapi kalau betul that means literally after 7 years, we are totally a new person lah. Aku baru benar-benar terperasan yang kesan terbakar dek kena bunga api kat jari aku ni dah hilang. Masa darjah 2 dulu, aku main bunga api sorang-sorang (cuz obviously no one's willing to accompany me, akak-akak and abang aku lah. Jiran memang takde yang sebaya). So bila bunga api yang merah belang2 putih tu dah habis, aku kecewa. Sebab aku still nak main lagi. Tapi ayah beli seikat je.. Mana cukup! So aku kutip and bakar balik puntung bunga api yang dah habis tu. Sssup! Jari aku terbakar! Terus aku campak bunga api tu. Dan sehingga sekarang aku dah tak sentuh bunga api sejak kes tu, I guess... Takdelah terbakar melecur melepuh teruk tu.. Just tanda tu seolah tahi lalat kat ruas jari telunjuk aku. NO ONE KNOWS THIS INCIDENT OKAYYY. Sendiri buat, sendiri tanggung.


    So, bila aku nampak tanda terbakar ni dah hilang, aku jadi ingat fakta yang aku baca ni. Which I assumed to "sebab ni ke aku still tak move on?" So, barangkali jenis yang putus cinta dan susah nak move on tu kita kena tunggu after 7 years baru dapat fully move on la kot.. hahahahahahahaha k. Not funny.


    Harini aku mimpi L balik setelah sekian lama tak mimpi dia. Giniii jelah citer. Bila aku kata nak move onnn je, dia akan / mesti muncul balik. Reality, or even in a dream.


    Haru.
     
  6. Ell En
    Offline

    Ell En New Member

    Messages:
    23
    Likes Received:
    16
    Trophy Points:
    3
    Aku tak bekerja harini sebab nak hantar ayah attend appointment dia dengan klinik kesihatan dan hospital. Harini aku rasa waktu penungguan yang paling lama kot. Alhamdulillah dapat lak parking kat hospital ni. Kalau tak, haru...


    Tengah ngantuk2 menunggu kat bench ni, ayah cakap nak solat kat surau hospital ni je. Aku dengan mak dah gi dulu dah solat kat sini tadi. Pastu ayah kata tak tahu mana surau dia. So, mak aku tolonglah tunjukkan jalannya. Aku pun duk sorang2 kat bench bebanyak ni. Aku cuma mampu hantar dorang pakai mata jelah. Tetiba mata aku teralih ke seseorang.


    Ayah L???!!!!


    Seriously berderau darah aku masuk lelaju ke jantung!!! Terus aku serta-merta jadi ingat mimpi yang ade L tu, ayahnya pun ade sekali kot!! Cuma aku tak ingat je jalan citer mimpi tu yang sebenarnya camne.


    Pakcik tu makin dekat dan dekat. Menuju ke kerusi yang aku duduk ni!! Omg. Dia duduk kat bench depan akuuuuu!!!!!!!!!


    Only then I realized, that's not ayah L... Because bini dia is totally bukan mak L. Dan selepas diteliti baru aku perasan muka dia lain sikit. But overall, pemakaian dia, bentuk badan semua sama. Mana laaaa aku tak tersalah orang... Dannnn dia duduk kerusi row depan aku but still can saw me. And aku rasa dia perasan aku asyik pandang dia. Sorry pakcik... Muka pakcik macam ayah mertua saya. Eh! Macam ayah kawan saya....


    Tapi yang herannya, dorang bukannya kenal aku pun. Yang aku nak berderau semacam apehal. Keciohhhh!
     
  7. Ell En
    Offline

    Ell En New Member

    Messages:
    23
    Likes Received:
    16
    Trophy Points:
    3
    "You need to be in a relationship with the worst kind of person"


    Wow, title! Aku teliti, baca sebutir-sebutir title artikel yang kawan aku shared personally in whatsapp. One of my team single. But dia private texted me. Haha. Sejak keluar berdua dengan dia last week, tetiba kami jadi rapat duk membincangkan hal cintan. Pui. Geli pulak nak sebut perkataan tu. Sebab aku pun dah tawar hati nak bercinta ni.


    Masa keluar tu, aku dah lama actually nantikan saat untuk tanya dia personally camne dia dengan mamat yang dia citer masa kitorang keluar ramai-ramai haritu. Sedikit intro, dia macam terminat kat mamat metroseksual yang bekerja sama bidang dengan dia yang terjumpa secara kebetulan di suatu event di luar negara. Kawan aku ni tak pernah couple. So memang cam wonderlah how dia boleh suka mamat yang sebegitu lak tu. Haha.


    "Ha, camne mamat yang kau suka haritu? Dah dapat kerja kat opis kau?", tanya aku seelok je dia masuk kereta aku. Gila, 5-6 bulan tak jumpa, aku terus sambung topik cam baru last jumpa semalam. Hahaha. But she said dia tak suka pun mamat tu... And mamat tu tak datang pun gi interview di company yang kawan aku kerja ni. Mmmkay.. Off topic. Aku terus tukar topik lain. Suddenly masa tengah lunch, tetiba she asked me, "Camne eh?"
    "Camne ape??",
    blur lak aku. Tetiba je..
    "Camne eh kita boleh suka kat orang yang camtu?"
    Ehhhh tadi kata cam tak suka pun. Ni dah citer macam dah falling in love and can't go back. Tapi takpe.. Aku paham. Dia belum pernah suka sesiapa sebelum ni. So maybe ego dia tak nak ngaku dah tersuka mamat tu... So aku pun mengakulah yang aku pun ada pengalaman yang lebih kurang sama cam dia so after that dia lebih selesa menceritakan semuanya ke aku.


    "So, camne eh??"
    She kept asking me for a solution.


    Entahlah... Hati kita ni, bukan jenis main suka sesiapa yang dia nak suka. Hati kita ni memilih. Pasti ada satu 'linked' yang dirasa barulah buatkan kita mula sukakan seseorang tu tanpa sesuka hati. Aku nak bagi solution ke dia pun, aku bukanlah orang yang tepat untuk ditanya. Aku cuma boleh berbual jelah bagi panjangkan cerita sementara habiskan pizza :p. Because after all, I'm stucked in a same situation too. Aku sukakan orang yang belum tentu suka ke aku pun. Layan aku pun idok. Samalah cam kes kawan aku tu, laki tu text dia sepatah2 lepas tu senyap tanpa berita. She's the one yang typing panjang2 & mulakan conversations.


    Entah lelaki yang memang ego nak ngaku suka kat aku, or aku yang ego nak ngaku dorang memang dah tak suka ke aku. There's no in between.


    Mengenai title pembuka bicara aku di sini tu, it's true.
    "Be in a relationship with the worst kind of person. The one who ignores you, neglect you, avoiding you, who don't admit they love you, who always makes you wonder if they actually love you, the one who makes you overthinking, the one who hurts you & keep on hurting you, didn't care about your feelings... bla3.."
    Because.... only then you will realized how actually you wanted to be treated in the new / upcoming / next relationship. You will never settle for less because you've know what you actually wanted in a relationship.


    Itulah cerita sebenarnya... Malam kelmarin lah dia tetiba sent aku this article yang 'sangat berguna'. Katanya she kenot go lah dengan perangai lelaki yang asyik kitaaa je yang beriye nak entertain, jaga hati dia bagai. Tapi end up, hati kita sendiri yang sakit. True. True. Aku dah mula rasakan itu sejak birthday L tempohari. Aku baca balik text2 aku ke dia. Betapa beriyaaaa nya aku wish dia happy2 and he seems took it for granted!


    Aku mula jadi teringat emel panjang berjela yang aku pernah sent ke N dulu selepas dia tetiba tinggalkan aku tanpa pesan. Betapa almost look-like-3-muka-surat-karangan-SPM emel aku ke dia and what did I get? NOTHING. Not even his guiltiness!! Aku rasa maluuuu yang teramat sangat bila ingat balik perkara bodoh yang aku buat tu. Yakinkan orang untuk sukakan aku kembali dengan emel yang panjang berjela??! Merendah-rendahkan diri? What is this, Ell??
    NONSENSE!!!!


    Enough is enough lah. Aku fikir aku dah cukup portray kan diri as perempuan yang 'sempurna'. Aku cuba jadi perempuan cantik yang baik. Beauty with brain and manners. Tahu buat kerja rumah. Tahu berhias. Ada pelajaran. Tahu memasak. Can drive. Dan bekerjaya. Solehah. Bersederhana in everything bla3... Dapat aku boleh kira boleh 'cuci kaki' (boleh ke guna ayat ni?? TIBAIIIIIIIII~) terus orang kata. A someone whom someone can be a proud of. A daughter, a sister, a mother, an employee? Named it!
    So, buat aku nak melutut kepada lelaki lagi meminta dorang untuk terima dan sukakan aku???
    Gila ke apa, Ell??


    Sebutir berlian itu dicari oleh orang, bukannya orang yang dicari untuk memilikinya!





    EEEII.... Dahlah. Aku nak lupakan semua kisah cinta aku.
    (Kalau readers meluat, sorry. Aku just nak bangkitkan semangat diri sendiri...:argh::()
     
  8. Ell En
    Offline

    Ell En New Member

    Messages:
    23
    Likes Received:
    16
    Trophy Points:
    3
    Sunday morning thoughts.


    Kadang aku rasa meluat pulak bila tengok kekanak (age bawah aku) ni bercinta. Lebih meluat lagi apabila orang yang dah berkahwin tak reti nak care pasangan sendiri. But pagi ni aku bukan nak citer pasal orang yang dah berkahwin tu tapi pasal kekanak rebina ni.


    Bila dah besar ni, baru aku nampak agaknya ceginilah makcik pakcik dulu meluat rasa bila dengar kisah cinta orang2 muda yek? (Huhh Ell dah tuaaa ke sebab dah mula rasa camniii?! Haaaaa hahahaha terimalah hakikat) Seriously, time bercinta, rasa indahlah dijanji itu ini but end up, tak kemana pun hubungan tu. Be it, salahkan la orang itu orang ini pun, kalau dah takde jodoh tu memang it will end, sooner or later.


    Selalu dalam kes2 perhubungan orang2 terdekat (kawan) ngan aku, akulah yang selalu disalahkan. Dituduh konon perampas, perempuan tak laku, perosak hubungan orang dan segala panggilan yang tak baik. Gaduh punya gaduh, end up dedua kahwin dengan orang lain jugak! Aku jugak yang still single huwaaaa :argh:


    Kadang heran gak tau, kenapa mesti aku? Punya berlambak kawan perempuan pasangan dorang tu, tapi aku jugak yang dituduhnya. Only then I realized, ohh rupanya sebab aku je yang berani 'tayang' aku berkawan dengan pakwe2 dorang. Yelerrr Ell kan jujur and ikhlas je berkawan dengan orang. So aku okay jelah nak bertegur sape sesiapa tanpa segan silu. Yang perempuan2 ni pulak cuma nampak aku je yang kononnya rapat dengan laki depa. Padahal... aku ni 'kambing hitam' je kau tau tak?? Laki2 korang tu memang dah ade perempuan lain belakang korang. That's why sekarang punya fikir, aku takde kawan lelaki pun takpelah. I don't want to involve in any drama.


    Secara logiknyalah, ade ke orang buat salah (curang) nak tayang2 beb? Of courselah, walau bf kau tu jenis kepochi or pondan macam mana punnn, suddenly deols akan became orang yang pandai simpan rahsia okayyy. "Pandai makan, pandai2 lah simpan". And those girls yang otak singkat tu nak blamed aku apehallll.. Serious babe, menyampah. I mean, kemon laaaa use your common sense.


    Biasanya or mostly la, perempuan akan anggap aku sebagai pesaing 'terhebat' dorang. Padahal, lelaki tak pernah pun anggap aku sebagai calon untuk dorang.
    Bukankah itu satu ironi?
     
  9. Ell En
    Offline

    Ell En New Member

    Messages:
    23
    Likes Received:
    16
    Trophy Points:
    3
    Semalam aku duk layan tengok citer Beringin kat astero. (Wah, Ell tengok tv!) Sebab tengok iklan cambest je, tulah aku beriye tengok. Haritu aku termissed prime time show dia. Sebaik astero. Sebaik ade ulangan.


    Bila aku tengok citer, aku suka peratikan how they do the scene, mekap hantu tu, teknik kamera, bla3... Budak praktikal betei Ell ni. Sebab tu aku boleh patahkan "semangat takut" time tengok citer2 hantu ni. Haha. Kadang aku tolonglah kacau mood mak or akak aku. Ade je nanti aku buat lawak dek jalan cerita dorang yang kadang tak logik and mostly cliche. Tak sempat dorang nak hayati keseraman citer tu. (The truth is sebab aku tak nak dorang jadi penakut. Nanti pape aku jugak yang kena teman dorang ke dapur, ke bilik air etc.. :meh:)


    Aku actually pernah jadi crew belakang tabir ni. So aku taulah camne dorang bekerja. Masa tengah2 jadi crew aku pernah gak dapat offer jadi extra. Kahkahkah but aku terpaksa tolak sebab aku bagi alasan pakaian aku pakai waktu tu sangat tak logik untuk bawak watak tu. Eventough watak extra je pun, aku amik kira tau logik ke tak logik! (Ni extra tangkap muat) Sebab aku tak nak watak dalam citer korang tu dipertikaikan.. Apetah lagi bila yang bawak watak tu gonna be my face pulak. Memang tak ah.. Acik ni kalau nak masuk dunia glamor tu, boleh dah lamaa dulu. Tapi Allah jaga aku, Alhamdulillah...


    Sedikit pengalaman masa jadi crew dulu, memang crew2 ni akan mendalami scene2 lakonan tu secara tak langsung. Kalau tengok lakonan scene sedih, dengan crew2 sekali duk nangeh. Belum lagi part citer seram, crew lah yang paling banyak kena ganggu actually. Alhamdulillah aku tak pernah terlibat jadi crew citer seram. Citer saiko je pernah and memang agak mengganggu emosi sebab pelakon duk teriak2 sokmo. Rimas aku dengar orang menjerit-jerit ni. Tapi kalau dah selalu jadi crew ni, hati pun dah kental. Takde rasa pape dah..


    Haaa. Balik ke citer Beringin tu. Sape yang tengok, tahulah citer dia camne. Lakonan Sara Ali. Dalam citer tu dia asyik termimpi-mimpikan hantu je. Part tu aku tak seram. Yang seramnya bila aku nak tidur malam tu. Alamak. Janganlah aku termimpi yang bukan2 sebab dah tengok citer bukan2 sebelum tidur.


    Poof!!!


    Malam tu aku memang mimpi yang menyeramkan.
    Aku termimpikan R and adiknya.
    Kejadaahhhhhhhhnyelahhhh :meh:
     
  10. Ell En
    Offline

    Ell En New Member

    Messages:
    23
    Likes Received:
    16
    Trophy Points:
    3
    Citer Mann ni... Muka Amir Khan muda ni... Jalan citer and character wataknya lagi..
    Haih.


    Really reminds me to that someone...
     
  11. Ell En
    Offline

    Ell En New Member

    Messages:
    23
    Likes Received:
    16
    Trophy Points:
    3
    Celik mata pagi ni aku diterjah dengan topik jodoh oleh dua orang yang berlainan! Weird.. Mimpi apa entah dorang ni. Pagi-pagi buta lak tu. Woi, get a life! Hahahahaha


    First tu, whatsapp aku cakap mengenai website untuk mencari jodoh. Macam nak mintak pendapat, macam nak mengajak aku join pun iya. Yang sorang lagi, bercakap pasal topik bukak pintu hati untuk orang2 yang diperkenalkan oleh orang lain ke kita. Both ways, still related to main topic : JODOH.


    Berkenaan website mencari jodoh tu... She likely asked me to join, register on the portal. Bagi aku yang dah tertutup pintu hati ni, memang tak ah. Haha. Bukan ape, aku dah malas nak kenali orang melalui online. She considered as newbie to this whole thing, tu yang mintak tolong ajar aku tu. Lepas aku share how this thing works, dia terus rasa serun and tak jadi nak teruskan niat join portal cegitu. Haha


    Regarding bukak hati untuk orang yang diperkenalkan oleh orang lain tu.. Hmmm... Baruuuuu je semalam Abang H datang ke rumah kami dengan abang aku la. Masa aku keluar bilik tu, suddenly dalam hati aku terdetik untuk bukak hati untuk orang2 yang diperkenalkan kat aku ni. Who knows, jodoh aku dengan cara begitu? Tapi masa aku turun tangga tu, Abang H takde dalam rumah. Dia ngan abang aku sibuk main kucing kat luar. Terdetiknya hati aku cegitu bila masa petang semalam sebelum dorang tiba tu, mak ade kata kat aku. Nampak gaya Abang H tu macam nak try salah sorang daripada kami adik beradik. Either aku atau akak aku yang lagi sorang tu ler. But tak tahu siapa, dia macam baru nak try amik hati family ni.. Mak la yang kata. Tu lah yang buatkan aku terfikir gini.


    Persoalannya, sanggupkah aku? First way tu, memang aku dah tak sanggup. Cara yang kedua tu, masih perlu difikirkan. Tak salah untuk kita cuba beri peluang ke orang lain, orang yang langsung tak pernah kita fikir / inginkan. Because usually, orang2 cegini la yang ada cinta yang kita perlukan. Instead of yang kita nampak sedap mata memandang tu, biasanya dorang pandang kita pun tak. Anggap kita pun macam wujud tak wujud je.. Petang tadi saje aku tanya ke mak pasal portal cari jodoh tu. Mak kata, "Macam desperate je.. Kau pun muda lagi. Bukannya tua. Umur dah 40an ke boleh lah citer!" Hahaha. Marah betei mak. Acah jelah mak... Ell takkan join pun benda2 gitu.



    Hmm... citer dia sekarang, aku sendiri pun masih tak kuat nak terima orang baru...
     
  12. Ell En
    Offline

    Ell En New Member

    Messages:
    23
    Likes Received:
    16
    Trophy Points:
    3
    "Minta ampun, minta maaf mak... Halalkan makan minum orang..."


    Aku "cabar" diri aku untuk berkata gitu kat mak time salam nak pergi ke kerja tadi. Serious babe. Sebak bila luahkan ayat tu. "Jangan cakap bukan-bukan...". Itu je yang mak kata. Cuak la tu aku mula "buat perangai".


    'Buang tebiat' orang tua-tua kata. Tulah manusia. Bila ingat tentang kematian, dikatanya buang tebiat. Yang buang tebiat sebenarnya adalah orang-orang masih duk berangan, fikir seolah-olah akan hidup selama-lamanya. Dengan tak solatnya, hembus asap rokok sana sini, hutang orang sana sini tak nak bayar, makan minum benda-benda yang haram. Belum lagi citer benda2 syubhah pun duk ditelannya tanpa was-was. Main kira sedapp je. Bila ditanya, "Relaxlah, muda lagiii!" "Nanti-nantilah taubat" Walaupun yang menjawabnya tu umur dah cecah 40-an, 50-an..


    Aku nak cuba train diri aku dengan lebih mengingati tentang kematian. Orang duk cakap pasal nak renovate rumah kasi besar, naik tembok, pecah dinding, tambah buat bilik itu ini, buat banglo bla3... Aku pun cakap impian aku nan satu ni.. "Kalau ada duit, orang nak pecahkan pintu rumah tu. Nak gantikan dengan pintu yang lebih besar sikit. Bukan apa, senang nanti (keranda) nak masuk... Kalau pintu kecik, takkan nak sengetkan jenazah?"


    Sentap. Sunyi. Sepi, keadaan selepas itu. Terkejut barangkali orang yang mendengar cadangan aku. Serious talk. Pengalaman ketika arwah pakcik aku meninggal haritu, benar-benar beri aku pengajaran dan peringatan. Sukarnya nak masukkan jenazah melepasi pintu dan ruang yang kecil. Tambahan pulak rumahnya, rumah flet. Mana nak elak kena pintu grill rumah jiran lagi, nak masuk pintu sendiri tak lepas, perlu disengetkan sikit pengusung itu. Alhamdulillah, lepas. Buatnya kena terbalikkan keranda tu 90°?? Tak ke giler... Aku pun jadi teringat masa awal mak beli sofa dulu, kemain susah nak masukkan sofa tu dalam rumah sampaikan kena bukak skru kaki sofa tu. Itu ade skruuuu, bolehlah dibuka-buka. Yang pengusung tu, kau nak bukak ape? Silap-silap sebab tak muat, jenazah duk letak kat luar rumah je. Nauzubillah min zalik...


    Ambillah pengajaran daripada kisah ini.. Jangan bangga dengan segala apa yang kita punya dan miliki. Few times dah aku cuba sampaikan pada mak, kurangkan pinggan mangkuk atau segala benda yang tak perlu. Lebih-lebih lagi perhiasan yang takde function. Sebab nanti masa kat Akhirat nanti, semua harta kita, sesen pun akan disoal. Kenapa dan mengapa. Semuanya akan ditanya. Ke mana dan bagaimana? So, sebelum 'menyusahkan' hisaban dan diri kita sendiri kat sana nanti, start lah soal diri sendiri bila nak beli / simpan sesuatu tu,
    "Buat apa?"
    "Untuk apa?"
    "Apa perlunya barang tu?"
    "Apa manfaatnya pada diri kita?"
    "Apa manfaatnya pada agama kita?"

    If you rather give passive answers towards all of these questions, then NO. No buying nor keeping, please. Just don't.


    Yang ada masalah camni biasanya perempuanlah. Ada dah handbag kat rumah, but still nak beli yang baru, nak yang matching color baju kasut itu ini. Ada dah tudung merah plain kat rumah, tapi beli jugak tudung merah plain lain yang kononnya materialnya (JE?!) yang lain. Tu belum citer pasal duk tak habis2 merungut kata takde baju padahal baju dah penuh satu almari! Allahu... Lelaki sekarang pun lebih kurang jer pun citer dia.. Entah. Lelaki zaman sekarang pandai sangat melawa sampai kasut dan cermin mata pun berstock-stock penuh lemari. Dengan "handbag" nya. Nak kemana bang oii... Cubalah start dermakan barang-barang yang kita ada tu sikit2. Mulailah kurangkan barang2 yang kita punya.


    Menangis bila aku baca Rasulullah dulu cuma ada 2 helai persalinan baju. Yes, Nabi kita tak kaya... Tapi tak pernah merungut. Kita ni yang baru Allah beri nikmat sikit, dah kufur. Baju tak pudar pun, dah kata bosan asyik pakai baju yang sama. Baju yang singkat, tudung yang singkat2 tu kau tak fikir pulak ye nak gantikan baru, yang lebih labuh dan longgar? Makin pendek dan ketat, hado... Allahu rabbi..


    Kita merungut konon takde baju lain nak dipakai. Bosan. Kita merungut even dapat makan kat restoren mewah2 tapi kata semua makanan depa tak sedap pun dengan eksyennya. Kita merungut muka tumbuh jerawat seketul (tapi duk posting gambar selfie muka cecomel sambil merungut 'mintak simpati' supaya orang puji "Cantik").


    Sedangkan orang lain, baju yang samaaaa tu dipakainya hari-hari. Ada orang, probably berhari-hari nak makan pun tak dapat sebab takde makanan langsung. Ada orang yang cacat rupa, buta, kudung tapi tak pernah merungut. Apetah lagi mintak simpati, malah masih mampu bekerja mencari duit sendiri sedaya-upaya. Beringatlah. Dalam kita susah, ada orang yang lebih susah. Bila kita ada sesuatu yang berlebihan, ringankanlah tangan & ikhlaskanlah hati untuk memberi kepada yang memerlukan or orang yang teringin. Sungguh, kau tak rugi apa pun.


    Tanamkan dalam jiwa SESUATU YANG LEBIH DARI SATU ITU DAH CUKUP BANYAK. Jangan bersikap, "Alah, baru berapa JE!" Untuk orang yang tak pernah memiliki, SATU itu dah dirasakannya cukup banyak dan berharga...
     
  13. Ell En
    Offline

    Ell En New Member

    Messages:
    23
    Likes Received:
    16
    Trophy Points:
    3
    "Sadaqallahul azim..."
    "Awak memang dah pakai tudung labuh eh?"
    , tanya ustazah aku seusai mengaji tadi.
    "Heee... baru nak belajar2..", entah, tersipu-sipu terus aku nak jawab.
    "Saya ade banyak tudung labuh2 camni. Saya dah tak pakai dah sebab ade tudung sarung camni kan sekarang. Awak nak tak? Tapi saya dah pernah pakai lah. Buat basah2 rumah. Ade jugak yang ustazah dah siap jahit, tapi tak pernah pakai. Awak nak?", pelawa ustazah ke aku sambil usik2 tudung awning indon yang dia pakai.
    "Kalau ustazah nak bagi, saya terima jee. Hihihi". Gaya aku tersipu-sipu tu macam laaa orang tanya pasal nak bagi jodoh. Tak tipu. Gedik. Benci lak dengan respons sendiri. Hahahaha


    Masa tu makcik2 lain semua dah sibuk berborak sesama sendiri. So dorang tak dengarlah offer ustazah tu ke aku. Kalau tak, jeles nanti dorang. Hihi :p


    "Ustazah balik dengan siapa?", aku lak pelawa dia naik kereta aku. Memang dah biasa aku tolong hantarkan ustazah balik selepas kelas kami walaupun kami tinggal berlainan taman. Best actually. Sebab ade peluang berborak or at least dengar perbualan ustazah ngan mak aku sepanjang jalan tu. "Takpe. Saya balik dengan aunty tu". Ok.. Aku terus jalan ke depan.


    "Umur awak berapa eh??" Aku tak perasan. Rupanya ustazah kejar aku dari belakang. "Hah??" Tanya aku, banyak kali gak duk hah-hah kan ustazah. Bukan sebab tak dengar. Tapi sebab terkejut. Apa kaitan tudung labuh dengan umur aku? Haha.. "27.." Kenapaaaaa??? - Mampu tanya dalam hati je tang kenapa tu. Hahaha. Aku biar ustazah huraikan sendiri pertanyaan double meaning dia tu. "Dah ade 'cik abang'?"


    Pergh. Hahahahahambar ketawaku sebagai jawapan untuk soalan ittew. "Belum lah ustazah". Kenapa??? Sekali lagi, pertanyaan dalam benak otak sendiri je. "Tak mencari ke?" "Hmmm... kadang benda2 ni terkait dengan redha mak bapak jugak. Kalau dorang tak redha lagi, pun takleh jugak (kahwin).." "Yelah.. tapi awak tak nak ke?" "Kalau pasal itu... Hati saya belum terbukak lagilah ustazah..". End of discussion. Aku terus menuju ke kereta.


    Sampai kat umah, mak mintak tolong aku picitkan kepala beliau dalam bilik aku. Suddenly... "Ustazah cakap ape tadi kat kau?" Erk. Pasal tudung tadi tu ke... Ingatkan semua busy berborak je tadi, tak dengar.. But then aku teringat, perbualan aku dengan ustazah ade 2 segmen. Eceh, macam rancangan Tanyalah Ustazah pulak duk bersegmen-segmen bagai. Hahaha tapi ni rancangan Tanyalah Ell!


    "Yang mana satu?" Hah? Mak pulak terkejut. Ada banyak ke?? Ohh mak cuma dengar yang pertanyaan ustazah masa nak tinggalkan surau tu je sebab mak ade tak jauh dari kami. And mak pun nampak ustazah 'kejar' aku. "Ustazah tanya umur.." "Pastu?" "Haha dia tanya orang ade encik abang tak?" Hahahahah" Gelak aku this time takde tersipu lagi dah tapi rasa cam kelakar lak topik tu until laaa mak said this, "Ustazah tu berkenan tu kat kau.. Lama dah mak tengok dia peratikan kau."
    Gulp!
    "Eishhhh anak dia muda2 lagi lahhh". I still remember, dulu aku pernah datang rumah ustazah, kenduri sempena dia nak pergi haji. Anak2 lelaki dia semua takde kat rumah but I saw family potrait dorang. Nampaklah mudanya tu and as I know, dorang pun still studying. And probably, baya2 L..


    "Manalah tahu, kot2 dia nak kenalkan ke anak2 buah dia ke...", mak cuba pancing lagi. Aku mampu diam je. Tak berani nak bersuara. Serba salah nak jawab. Sebab ustazah tak kata lebih2 pun. Dan kalau betul pun aku nak dijodohkan dengan orang kenalan ustazah, nak ditolak pun rasa serba salah. Sebab must be orang yang ustazah kenal, iman dorang bukan calang2. Pasti waraq. Tapi buat masa sekarang, memang aku tak bersedia lagi.


    Haritu masa aku sedar time subuh, aku tengok hp je nak tau dah pukul berapa. But then, I saw whatsapp came from L... Terus terbangun aku. Why out of sudden dia tetiba whatsapp aku? Pukul 1 pagi lak tu. Ade hal penting ke? Aku cuba tenangkan diri. Berfikir dulu any possible things and ways to reply him. Kalau dia cakap pasal ni, how should I reply? Kalau camtu lak, how? The power of shower thoughts. Aku terus ke kerja seperti biasa. Time on the way tu baru aku betul2 teringat nak balas. Okay. Let's start this!


    "Waalaikumsalam. Yes?", jawab aku acah2 jual mahal.
    10 minit... 15 minit... Jam di dinding terus berdetak, ahhh..
    Pukul 9 lebih baru dia seen whatsapp yang aku sent pukul 8 tu.
    Seen.
    Seen..
    SEEN je?!?? Ni dah masuk hari ketiga and all he ever did is SEEN je????!:rage::rage::rage:


    Bapak ah.
    Ade orang masuk minang aku nanti, barulah kau nak tergigit jari time tu!
    Huhhh!:punch:
     
  14. Ell En
    Offline

    Ell En New Member

    Messages:
    23
    Likes Received:
    16
    Trophy Points:
    3
    "Is it still about me"


    Satu pertanyaan daripada L yang buatkan aku speechless. Entah kenapa mood Blues Clues aku datang. Aku post satu insta story yang sangat deep quotenya. Regarding a girl staying single not because something's wrong with her, but it's her ex that changed her into that way. Buatkan L terasa dengan post aku tu. Terasa ke?.......... Sape makan cili, dia rasa pedas..
    Amboi.
    Amboii.
    #amboiamboiamboiamboiamboiamboi


    I left it for about 3 hours before really open it up to read. 3 jam tanpa respons aku, itu dah cukup lama tau bagi orang seperti aku. Dalam kawan2 aku, aku dikenali sebagai fast texter. Entah bila masa aku menaip pun dorang tak tahu. Tau2 meseg daripada aku menderu-deru masuk inbox dorang. Laju seperti peluru. "Biar kasi dia 'seen' je Ell. Biar. Biarkan dia pulak yang merasa bagaimana perasaan di'seen' ittew! Muahahahah", kata hati aku memberontak.


    Entahlah.. Semua pictures aku on insta, aku dah delete. Kecuali those 3 that related to him. Aku biarkan sebagai mengenang kenangan kami yang hampir pupus ditelan hari. Diam tak diam, it's already 2 years and a half. Kot.. Yang lebih herannya, dia like gambar2 tu semua few days ago. Stalked aku leteww since agak lama dah aku 'close' insta tu.


    Was it really about you, L?


    Entah. Aku sendiri tak pasti nak jawab camne.. It's like actually aku cuma masih tenggelam dalam memori kami je. While the truth is, he is totally changed. Dia bukan yang aku kenali dulu. Aku je yang masih dalam khayalan bahawa dia acah2 still the same.


    Dahlah tanya pun tanpa letak tanda "?". Aku pantang betul bila ada kesalahan tatabahasa dalam bahasa Melayu ni. Sayugia itu... Eh, maafkan beta. Dengan tiadanya tanda soal itu, aku baca dengan intonasi suara yang sangat mendatar seolah pertanyaan yang berbunyik camni, "Kau tak moved on lagi ke daripada aku, Ell? Eh kamon la, kamonnn. Dah lama dah kot". Gitu intepretasi otak aku kepada ayat L yang tiada tanda soal itu. (Sel otak overthinking aku berhubung dengan jayanya. Or was this just a 'common sense'?)


    Kadang rasa he don't deserves my reply. Kadang rasa cam nak muntahkan je segala isi hati yang aku pendam ni. Tapi bila dia reply, aku jadi kelu. Like in this case. Maybe Allah nak jaga aku kot.. Supaya tak emosi. Supaya tak ikut perasaan. Nafsu. Lesu. But then, lepasssss je kitorang tak bercakap tu, nanti mulalah otak aku berfungsi semula, like "Kenapa tak jawab dia camtu?", "Kenapa tak tanya dia soalan ni?" "Kenapa? Kenapa dan kenapa??" Bla, bla, bla and so onnn... Sehinggalah aku takleh tidur dek memikirkan 'why, oh why'.


    Actually kann... Aku dah banyak kali type story and save the draft untuk dipost dalam diary ni. Kadang, tak habis satu topik, otak aku dah berilham untuk tulis tentang topik lain. Probably Mr & Mrs Teddy dah boleh buat archieve untuk aku simpan dulu draft diary yang aku dah taip berjelaaaaa tapi lupa nak post tu. Hmmmmmm penat tau taip panjang2 pastu hilang sebegitu sahaja (sape suruh ekkk taip berjela macam jawab SPM?)


    Conclusionnya,
    Nak reply L ke idok ni?
     
  15. Ell En
    Offline

    Ell En New Member

    Messages:
    23
    Likes Received:
    16
    Trophy Points:
    3
    "Walau genggamannya kuat tapi bukan milik kita,
    Akan terlepas jua..."
    lagu Alhamdulillah (Wani feat Juzzthin)


    So close, yet so far. Gitu je yang aku boleh explain pasal aku dan L ni. Semua family dia aku dah kenal, 'dalam genggaman' bak hang. Yelerr aku ada profile dorang sorang2, semua, online, in hand, sebab akupun online dari phone (nampak la power sikit ayat 'dalam genggaman' tu). Except mak dia cuz mak dia tak main social medias semua ni. Mak dia memang waraq. Kagum aku. Mana tak aku kata so close.. Cuma tu lah. Kalau genggam kuat mana pun, dah kalau takdir Allah menetapkan 'TIDAK', maka tetap takkan menjadi milik kita.


    Aku lebih bersikap berserah je sekarang ni. Yes, I was about to move on. Finally. Really. No joke. Andddd AT THIS EXACT TIME lah jugak, he came back. KAN?! But I know, he came back bukan untuk memateri janji ke ape pun, just dia hadir kembali sebagai sebuah ujian untuk menguji gejolak hati aku ni... Sebab tu dia sendiri seems unsure of his feelings. Sekejap kata cam nak aku, sekejap doa aku dapat orang yang baik. Sekejap lagi datang balik. Pfft... Selepas few times this thing happening onto me, I started to realized this fact. Aku tak blame dia for this. Sebab Allah yang mendatangkan dia. I assure that. Segala yang terjadi ni kan atas kehendak Allah. So, aku sebagai hamba yang kerdil ni perlu sedar diri.


    Just let's view this thing as this example : Dalam pembelajaran sesuatu kelas, mesti cikgu akan bertanya "Murid-murid faham tak?" selepas mengajar. So kita yang student ni dengan yakinnya ngaku "Pahammm cikgu". Sebagai nak tahu betul ke murid-murid tu betul paham dengan ape yang cikgu tu dah ajar, maka si cikgu akan beri ujian penilaian.


    Haaa... Sama jelah dengan konsep hidup kita ni. Seperti aku yang dah ye-ye mengaku 'moved on' bagai, sekali Allah hadirkan dia balikkk, terus jatuh terjelepok. Dia baru duk sent salam / satu ayat je in text. Bukannya bagi ayat jiwangs ke pe. Tak berdepan lak tu. Dahhhhh jatuh tergolek-golek si Ell ni. Put on hopes, berangan sampai langit ke-7, bla..bla.. Hampeh betul hati ku nan rapuh ni...


    So this time, in shaa Allah. Aku nekad. Dan aku perlu betul-betul tekad untuk teruskan hidup tanpa dia. TANPA DIA, okay Ell! First of all, aku perlu blocked him everywhere. Lepas tu, aku dah betul-betul boleh yakin, kalau memang dia tertakdir untuk aku, maka serumit sepayah sesusah apa sekalipun cara untuk dia cari aku kembali, pasti Allah akan beri jalanNya. Maka, persis seperti bait-bait lagu favorite ku daripada abang Anuar Zain, kan ku tunggu sehingga takdir Allah yang terindah tiba buatku...


    "Biarlah waktu ini kau bebas berlari,
    Jika tersasar hilang arahmu,
    Pulang ke pangkal ku menunggu..."


    Selamat tinggal, L.
     
  16. Ell En
    Offline

    Ell En New Member

    Messages:
    23
    Likes Received:
    16
    Trophy Points:
    3
    2 tahun lepas, at this exact date, 30 Mei 2015, adalah hari yang hati aku betul-betul remuk dan sakit seperti dicarik dan dihempaskan dari tempat yang tinggi. Sakitnya... Allah sahaja yang tahu.


    Seperti yang aku nyatakan sebelum ini, aku benar-benar blocked L from my insta. Aku rasa itu adalah kejayaan aku yang paling besar untuk tahun ini. Sebab aku berjaya pegang kata-kata sendiri. Dengan tiadanya lagi our account following each other, aku jadi rasa "aman". Tak perlu dah aku nak upload gambar to impress him. Yes. Aku dapat rasakan selama ni aku upload pictures just to impress him. That's why whenever he don't 'Like' my picture aku rasa kalut semacam. I'm not living into that anymore. Aku 'bebas' daripada pemikiran diri sendiri yang begitu sekarang ni.


    Perasaan aku sekarang ni, nak kata apa pun tak tahu dah. Tak bahagia, tak sedih mahupun terasa kosong. Aku cuma rasa 'cukup'. Bukan 'cukup' beerti gave up, 'enough lah of these nonsense' mahupun meluat. Tetapi kata 'CUKUP' yang memberi erti bahawa aku merasa segala-galanya cukup. Tidak 'terlalu' dan tidak 'terkurang'. Semuanya rasa dicukupkan Allah. Optimum. Average. Whatsoever word. Everything feels better. Takde lagi sarat otak fikir nak pose camne, nak post apa, captionnya cemana. No. Tiada lagi Ell yang acah-acah solehah dulu.


    Aku sedar, aku cinta dia, STILL. Maka aku ciptakan jarak ini untuk menjaga hati sendiri. Plus I really need to move on. Aku tak mampu ajaknya ke syurga, maka tak perlu pula aku menariknya ke neraka. Cukuplah doa dalam sujudku yang bergema diketahui tuhan. Tak perlu lagi aku umbar ke dia mengenai perasaanku. Andai benar jodoh, pasti ada jalanNya. And dengan sesiapa pun kita boleh berjodohan.


    Bulan Ramadhan yang suci ni, tak bermakna aku lalui malam tanpa termimpikan dia. Still. Aku siap mimpi dia jumpa mak ayah aku, ya Allah betapa berbudi bahasanya dia dalam mimpi tu sama perwatakannya semasa kitorang punya first date dulu. Bangun sahur tu aku terpinga-pinga. Berkali-kali jugak jadi. Dia lagi yang ada dalam mimpiku, ya Allah? Allahu... Benar-benar menguji iman. But I WON'T STOP MOVING ON.


    Dan disebabkan aku nak moving on ni, aku terpaksa contact sepupu aku suruh dia tolong blockedkan L daripada insta adik sepupu aku ni. Cuz sepupu aku ni is an overprotective brother, so I know I can asked him to do this 'task' tanpa banyak tanya.


    Previously, masa birthday aku, aku ada post satu gambar di insta. L dan adik sepupu aku ni wished my birthday kat situ. Tahu-tahu tetiba masing2 dah followed each other since that day. Mulanya aku cuba berfikiran matang, following each other kat insta tu means nothing pun. But I kenot go bila fikirkan takut L akan 'try' adik sepupu aku ni anddd seeing her name appeared on 'Like' list gambar2 L is really killing me. So that's why aku terpaksa suruh abang dia blockedkan L tanpa pengetahuan adik sepupu aku ni. Niatnya just nak protect hati aku sendiri dan adik sepupu aku ni. Sorry, I have to. For me. Untuk rawat hati sendiri. Dan sememangnya aku tak suka lelaki yang aku kenal KHUSUSNYA orang yang aku pernah cintai mingle around my relatives nor my friends. It just feels not right.


    A day ago, aku konon decided untuk activated balik FB aku. Beriye update gambar profile (still not exposing my face), update status. But then I feel so wrong. Aku rasa sia-sia. Berdosa. Takde faedah. Having those account again really make me wanna onlineeee je manjang even there's no notification (lame kan?). Idk why but it urged me to online even time busy buat kerja. And what's "funny" is I hate whoever I saw updating their status / pictures. (Penyakit apa ni??) Basically I started to 'hate' everyone in my friend list. Haha. So I know la it gives a bad influence to me, so aku deactivated balik.


    Berkenaan selfie... Akhirnya, aku dah jumpa "soulmate" aku yang begitu menekankan bahaya, haram dan dosanya berselfie ni (if kau pamerkan pada orang). It's an account kat instagram yang berdakwah tentang 'ukhti anti selfie'. Seperti yang sebelumnya, aku memang selalu follow account dakwah daripada Indonesia kerana isinya yang lebih padu tapi dalam penyampaian yang lembut, kelakar dan comel TANPA PERLU 'MENJUAL' SELFIE to capture attention. Bacalah or carilah any articles yang related kenapa haramnya mempamerkan gambar selfie. Jangan salah faham. Bukan maksud selfie sorang2 tu yang haram, tapi yang datang haramnya tu bila kita duk post bagi orang tengok. (while selfie cuma terkait dengan rasa ujub. Dosa jugaklah kiranya kerana ada sifat riak dalam / pada diri sendiri..). Kerana pandangan daripada mata manusia ni boleh mendatangkan penyakit 'Ain. Bila aku banyakkan membaca pasal ni, aku mula boleh relate kan, agaknya pasal ni lah retis2 kita ni banyak kes bercerai-berai, asal retis je cerai, asal cerai je retis. Sebab adanya penyakit 'Ain ni. Dan sebagai retis memang depa duk pulun post gambar luar dalam habis-habisan segala kehidupan dorang orang dah tahu dah.


    Aku nak explain pun panjang lebar sangat. Aku tinggalkanlah satu 'wasiat' ni di sini. Cari tahulah pasal penyakit 'Ain ini, dan tolonglah WAHAI WANITA, HENTILAH MENJADI PENYUMBANG FITNAH DI AKHIR ZAMAN INI. Stop upload gambar selfie korang. Sesungguhnya dari situlah boleh bermulanya fitnah kepada sorang lelaki. Yang waraq pun boleh terbeliak biji mata melihat gambar statik korang yang takleh 'lari' ke mana tu. If once they open it, forever they can see it. Kalau kau jalan kaki jumpa orang tengok kau semacam, kau masih boleh lari. Tapi kalau dah memang kau tepekkan gambar tu kat online media, ia umpama satu hidangan kepada seorang lelaki. Bila-bila masa boleh dibuat 'jamuan', bila2 masa dorang boleh tengok, screencaptured, share ke lelaki2 lain hanya kerana muka korang yang cantik tu nak dijadikan sebagai pemuas nafsu dorang. Selanjutnya korang sendiri boleh fikir apa yang lelaki biasa buat bila dah harok...dalam bilik...sorang-sorang.... Ok, enough of that.


    Lagipun aku bukan orang yang layak untuk berdakwah di sini. Lu pikirlah sendiri


    Now, hari-hari aku lalui dengan mengadap buku diari aku. Yep. Aku masih punyai diari bertulisan tangan which I keep on writing there instead of here. Because terlalu banyak cerita actually yang aku pendam dan tidak dikisahkan di sini. Yang itu, biarlah hanya aku dan Allah je yang tahu. Selalu jugak terfikir, kalau aku mati, mahu terbongkar segala kisah hidup aku dalam buku2 tu. I kept my diaries since tahun 2002! Tapi masa dah mati tu, nak malu pun dah takde kudrat. Kita duk sibuk mintak ampun pulak nak mengadap Allah. Dalam kubur, hilang dah malu. Yang ada cuma takut. Takut dengan azab Allah, persoalan malaikat Munkar dan Nakir.. Dan akhirnya baru kita nak percaya laa yang dunia selepas kematian itu benar. Kan?... Sebab dah masuk dalam kubur sendiri for real, finally...


    Deep. Aku rasa deep dah tu ayat aku yang last tu. Anyway... Mungkin sampai di sini sahaja pertemuan kita. This is my second goodbye and probably last. Terima kasih semua.. Aku tak sangka kisah hidup aku ada beribu readers. Semoga kisah hati Ell ni boleh memberi manfaat kepada kalian sedikit sebanyak. Till then, I really need to move on. And this is my last step. Tinggalkan segala jenis kisah cinta dan lelaki yang aku pernah kenali di sini. Btw, aku nak mintak ampun, mintak maaf atas segala kata-kata yang aku gunapakai kat sini yang probably too harsh for you nak hadamkan. Semoga korang semua dilindungi oleh Allah.
    Selamat tinggal kalian...



    Salam sayang,
    Ell.
     

Share This Page