• Sudahkah anda menulis Diari Cinta anda hari ini?
    Sebagai forumer Forum Tentang Cinta, anda kini boleh menulis dan mencoret kisah manis cinta anda di ruangan Diari Cinta. Hanya satu diari sahaja ya dibenarkan untuk setiap seorang.

Kongsi cite kelakar..

dieda

Well-Known Member
Surat putus cinta penjual buah:

"Wajahmu memang manggis, watakmu juga watermelon, tapi hatiku nanas kerana cemburu, durian belanda nafasku, hatiku anggur lebur, ini delima dalam hidupku, memang ini juga salakku, jarang appel malam minggu. Ya Tuhan, mohon belimbing-mu, jika memang perpisangan ini yang terbaik untukku, semangka kau bahagia dengan lelaki lain... Sawonara...."

Dari: Durianto

Surat balasan dari kekasihnya yang juga penjual sayur:

"Membalas kentang suratmu itu, brokoli sudah kubilang, jangan tiap kali dating rambutmu selalu kucai, jagungmu tidak pernah di cukur. Disuruh datang malam minggu, eh kau datang hari labu. Ditambah keadaan kewanganmu makin hari makin peria, kalau mahu telefon aku aje mesti ke lobak. Terus terung aja, cintaku padamu sudah lama tomato... Jangan kangkung aku lagi!!"

Dari : Kai Lan
 
dieda

Well-Known Member
Mee Bandung

Bidin diam-diam membuat hubungan sulit dan bernikah secara senyap dgn pembantu rumah mereka Sumarti yg berasal dari Bandung. Satu hari Sumarti memberi tahu Bidin diri nya hamil.
Dgn cepat Bidin menyuruh Sumarti pulang ka Bandung utk melahirkan anak mereka. Bidin menyuruh Sumarti mengirim poskad apabila anak itu lahir dgn kata-kata "Mee Bandung siap".
Bidin berjanji akan mengirim wang saraan anak itu tiap bulan sehingga mencapai umur 18 tahun.

Selang 9 bulan, pulang dari ofis isteri Bidin, Aishah cepat-cepat mendapatkan Bidin dan berkata "abg, abg dpt poskad. Tapi pelik bunyi nya saya pun tak faham!".
"Takpa, bagi biar abg tengok" kata Bidin konfiden...beberapa saat membaca muka Bidin jadi hijau, kemudian pucat terus biru langsung terus jatuh pengsan!!!
Poskad itu berbunyi " Mee Bandung 4 siap! 2 ada telor 2 tak ada telor! Tolong kirim kuah nya lebih2 ya !!.....
 
mawar putih

Dua2 cite lawakkk... :lol::lol::lol:
Baru sembang psl anggur la kiwi la dgn si tukang tepek ni tadi lol !!
 
dieda

Well-Known Member
Seorang mak cik telah pergi ke kaunter bank untuk mengeluarkan wang sebanyak RM 500. Tetapi kemudiannya kerani di kaunter bank itu telah melontarkan kad dengan lagak yang kurang ajar kepada mak cik itu sambil berkata "kalau nak keluarkan duit kurang daripada RM5000 sila keluarkan di ATM. Kami tiada masa untuk keluarkan wang yang sedikit."

Kemudian, mak cik itu mengambil kad itu semula dan menyerahkannya kepada kerani tersebut dan berkata "Kalau macam tu keluarkan sahaja semua yang ada di dalam akaun ini."

Kerani bank itu sangat terkejut apabila mendapati di dalam akaun mak cik itu terdapat sejumlah RM 20 JUTA.

Dengan lemah lembut & penuh santun, kerani bank menyatakan mereka tidak dapat menyediakan wang sebanyak itu. Jika mahu pengeluaran sebanyak itu, perlulah membuat temujanji.

mak cik itu kemudiannya bertanya tentang jumlah yang boleh dikeluarkan secara serta merta pada hari tersebut. Lalu kerani bank menjawab dengan amat sopan. Jumlah yang boleh dikeluarkan ialah RM 300, 000 sahaja.

mak cik itu menjawab "kalau begitu saya mahu keluarkan RM300,000 SEKARANG!!"

Dengan susah payah kerani bank mengira dan menyerahkan kepada mak cik itu. Setelah mengambil duit itu, mak cik menyerahkan semula duit sebanyak RM299, 500 kepada kerani tersebut dan berkata, "Saya hanya memerlukan RM500 sahaja. Sila simpan semula semua duit saya ke dalam akaun saya.
 
samaratungga

lagi cool andai mak cik menyerahkan baki tsb dalam poket kerani digunakan semata2 untuk kemaslahatan kerani itu saja
 
dieda

Well-Known Member
***nota kaki sblm baca : org OTAK KUNEN jek yg rasa KUNEN bila baca ni,,,lol

Kes tak pernah gi genting highland ni.....

Seorang ayah niat bercuti dengan anak dan isterinya di Genting.. beliau pun telefon hotel di Genting Highland..

Ayah: Saya nak sewa bilik satu mlm..berapa ringgit??
Hotel: Satu malam RM300 tetapi kalau nak main.. kena bayar lain..

Ayah: Knp saya kna bayar kalau nak main?? Sy pergi dgn isteri saya dgn ank sy..
Hotel: Memang kat sini mcm tu encik.. kalau bilik saje RM300.. kalau nak main..kena bayar lain.. walaupun dengan isteri encik..

Ayah: Mcm mana awak tahu saya main ke tak..
Hotel: Selepas encik bayar.. sebelum masuk..kita pakaikan gelang dulu..

Ayah: Awak ingat saya tak mampu ke sampai nak pakaikan GELANG???
Hotel: Bukan mcm tu encik.. bila dah pakai gelang.. encik dah bebas main berapa kali pun dalam sehari..

Ayah: Saya nak main brapa kali pun..ikut suka hati saya la..
Hotel: Maafkan saya encik.. tapi kita ada pakej family.. ibubapa... anak bleh main sekali..hanya sekali bayar sahaja...

Ayah: WOIIIIII ANAK AKU BARU 5 TAHUN LA....
Hotel: Owh.. 5 tahun bleh main free.. x payah pakai gelang...

Ayah: Kurang ajar... (terus letak telepon)
 
adakah mesej yg cuba awak nak sampaikan dalam hal ni dieda
still x hadam dengan cwrita itu
 
dieda

Well-Known Member
1-Ikan parang tidak boleh digunakan untuk menebang pokok.

2-Walau maju macam mana sekali pun Pekan di Pahang tetap akan disebut Pekan.

3-Air sebenarnya tidak boleh dicincang tetapi boleh ditarik,contohnya teh tarik.

4-Satu2 benda tidak hidup dan tidak bernyawa tapi boleh melahirkan adalah surat beranak.

5-Sumbu yg ada pada badak sumbu tidak boleh dicucuh dan menyala.

6-Kawasan yang mempunyai ibu tunggal yang boleh di percayai adalah di Janda Baik.

7-Tempat tertinggi di Malaysia bukannya di Gunung Kinabalu tetapi Kota Tinggi di Johor.

8-Burung tukang tidak boleh di harap untuk membuat rumah.

9-Selipar adalah panggilan yang betul sekiranya objek tersebut memiliki kedua-dua belah kiri dan kanan,penggunaan istilah Dualipar adalah salah dan tidak dibenarkan dalam Kamus Dewan.

10-Kakaktua tidak tahu yg dia sebenarnya saudara yg lebih tua dari adik2nya.

11-Kastam belum lagi menggunakan anjing laut untuk menghidu dan mengesan dadah.

12-Tempat paling kecil di Malaysia ialah Setapak.

13-Kuda laut tidak boleh berlumba.

14-Walaupun licin tetapi penduduk di Lumut tidak jatuh ketika berjalan.

15-Pasir Mas di Kelantan tidak laku jika ada yg membawa ke pajak gadai
 
dieda

Well-Known Member
Pepatah Melayu purba pernah menyatakan "Sejauh mana kau hafal aroma kekentutan seseorang, sejauh itu lah kau mengenali dia"
Korang ada tak kenalan yang korang dah hafal bau kentut dia? Maknanya dia bestfriend korang,,lol

sawittttt sgttttttt,,,wakakakkaa
kalu den,,dh lama kn terajang:lol::lol::lol::lol::lol:

dieda

Well-Known Member
Kelihatan sebuah kereta Myvi berwarna hitam laju membelah jalanan. Di dalam perut kereta tersebut terisi seorang pemuda sedang memandu. Pemuda yang berumur sekitar 20an. Terukir senyuman di bibirnya. Perasaan gembira membuak-buak tatkala menuju ke kampung halaman tercinta yang terletak di Tanjung Malim. Bermacam-macam yang difikirkannya ketika itu. Bermacam-macam agenda juga dirancangnya bila tiba nanti. Al-maklumlah, nakbalik kekampung halaman. Lantas dicapainya telefon bimbit yang berada di dalam beg. Nombor Datin Saleha Solero dicari.

" Helo mak. Kurshdoi dah on the way balik dah ni. Kurshdoi nak mak ajak orang-orang kampung datang rumah kita malam ni ye. Ajak sekali orang-orang surau. Kurshdoi ingat nak buat jamuan sikit kat rumah kita mak. Yelah, nak meraikan kepulangan Kurshdoi ni. Jangan lupa ajak sekali kawan-kawan Kurshdoi tu. Ekspeceli si Jemah Tukiman tu. Kurshdoi rindu sangat kat dia.",ujar Kurshdoi kepada Datin Saleha Solero.

" Kurshdoi anak mak... Balik dulu ye. Nanti dah sampai sini, ada sesuatu yang mak nak bincangkan..",jawab Datin Saleha Solero lantas mematikan talian.

Setelah mendapat jawapan sedemikian, hati Kurshdoi gelisah tiba-tiba. Perasaan risau bermain-main di dalam mindanya ketika itu. Entah apa lah yang berlaku di kampung. Entah apalah perkara penting seperti yang dikatakan Datin Saleha Solero tersebut. Takkan si Jemah Tukiman sudah dipinang orang? Atau adakah sesuatu yang buruk terjadi kepada keluarganya? Jantung Kurshdoi berdegup kencang. Ditekannya pedal minyak lebih dalam. Semakin laju kereta Myvi tersebut membelah jalanan.

Setengah jam kemudian..

" Assalamualaikum. Mak! Oh mak! Buka pintu ni. Kurshdoi dah sampai dah ni.",teriak Kurshdoi sambil mengetuk pintu rumah.
Salam dijawab. Pintu rumah terkuak dan terjojol wajah Datin Saleha Solero. Kelihatan riak wajah Datin Saleha Solero agak serius. Belum sempat Kurshdoi bersalaman dengan Datin Saleha Solero, secara tiba-tiba hinggap pelempang Datin Saleha Solero ke pipi gebu Kurshdoi. Tergamam Kurshdoi.

" Gurauan kasar berbentuk apakah ni mak?"
" Kau tu yang dah kenapa?!! Pergi KL tak sampai 5 jam, dah macam-macam kau request kat mak kan?! Dah macam orang tak balik kampung 5 tahun!! Dah! Bawa masuk semua barang-barang yang beli tadi. And then, pergi siapkan serunding kita tu!!",teriak Datin Saleha Solero memerintah Kurshdoi.

" Oh, lain ye? Ingatkan sama situasinya macam orang tak balik kampung bertahun-tahun tu. Heh heh."
 
Top